Khamis, 26 Mei 2011

BILA KITA MENEGUR ORANG MENGHINA ISLAM PERPILIH2...SEDANGKAN BANYAK PROGRAM2 BERBENTUK MENGHINA HUKUM ALLAH...

Mahasiswa kuasa penentu PRU 13
Mohd Yusof Hadhari

Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan. Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau jika di negara ini, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri.

Kadang-kadang ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, manakala kadang-kadang pula ia hanya tercatat sebagai sejarah di kalangan aktivis dan pendokongnya sahaja. Jika ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang baik, manakala kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang kurang baik.

Walaupun apapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap gerakan mahasiswa, hakikatnya ialah ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif, sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurang-kurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Kerana itu, ia perlu dilihat dan dirakam dengan bijaksana. Sebagai sejarah dan penunjuk arah. Bagi gerakan dan pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara.

Mahasiswa Bangkit

Jika terdapat pendapat yang berbeza tentang tahun permulaan zaman kemuncak gerakan mahasiswa, tetapi, dalam menentukan tahun akhirnya, terdapat pendapat yang sama, iaitu tahun 1974. Walaupun ramai penulis yang menggunakan tahun 1974 dalam tulisan mereka, dan ada juga penulis menggunakan tahun 1971, tetapi tahun 1971 yang digunakan kedua-duanya adalah kerana faktor teknikal.

Pendapat ini turut dikongsi oleh ramai pemerhati gerakan mahasiswa yang lain. Yang menjadikan tahun 1974 adalah tahun akhir zaman kemuncak gerakan mahasiswa ialah kerana setelah peristiwa demonstrasi Baling pada Disember 1974, pindaan telah dibuat terhadap AUKU 1971 pada awal tahun 1975 (dikenali sebagai Pindaan 1975), dan setelah itu, jelas kelihatan berlaku perubahan yang besar dari segi bermulanya zaman kelembapan gerakan mahasiswa.

Bagi pendapat yang mengatakan bahawa tempoh masa dari tahun 1965 hingga tahun 1974 adalah zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara, ia diukur dari segi tindakan-tindakan mahasiswa yang bercorak politik. Hal ini termasuklah:

(1) Seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.

(2) Resolusi-resolusi bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.

(3) Penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.

(4) Demonstrasi di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan ideal perjuangan mereka.

(5) Sesetengah mahasiswa mengambil bahagian dengan memegang jawatan dalam parti-parti politik, seperti Parti Rakyat.

Sama ada ukuran politik yang sedemikian rupa adalah ukuran paling tepat untuk zaman tersebut, dan sama ada pemilihan zaman tersebut itu sendiri adalah pemilihan yang tepat, ia terserah kepada pandangan masing-masing individu. Ini adalah kerana tidak wujud satu kayu ukur, indikator atau kriteria yang saintifik tentang keaktifan, kelembapan atau kemuncak gerakan mahasiswa. Bagi mereka yang mengukurnya dengan ukuran politik, antara hujah utamanya ialah gerakan mahasiswa harus berbeza daripada sekadar penganjuran aktiviti kokurikulum oleh pelajar sekolah menengah tinggi.

Mahasiswa dalam PRU

PRU 13 bakal tiba tidak lama lagi. Bacaan ahli-ahli politik kemungkinan paling awal pada bulan julai ini. Persoalan yang timbul dimana tempat mahasiswa menjelang pilihan raya nanti. Semua sedia maklum bahawa mahasiswa yang dipanggil ‘Kuasa Ketiga’ iaitu pengundi atas pagar yang sangat penting diperhatikan justru golongan ini dilihat memiliki critical thinking yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di negara sekarang. Golongan atas pagar ini mungkin tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka hanya akan mengundi parti dan calon yang memenuhi cita rasa mereka. Mereka ini melihat isu dan cara mana sesuatu parti yang bertanding itu menangani isu itu. Mereka juga meneliti rekod parti pemerintah dan pembangkang.

Bercakap soal keberanian mahasiswa menyertai pilihan raya umum akan datang. Bagi saya bukan soal bertanding ataupun tidak, berani atau penakut. Tapi yang penting bagaimana kita boleh hadirkan atau berikan calon yang terbaik kepada masyarakat. Jika ada calon yang boleh kita sepakati kebolehannya dalam memimpin, apa salahnya kita serahkan kepada rakyat. Dan perlu diingat pemimpin bagi masyarakat bukan lagi ruang mahasiswa sahaja. Soal kuliah, soal parlimen, soal kebajikan rakyat, soal mahasiswa dan sebagainya. Mahasiswa perlu lebih matang fikirkan soal ini dan bukan bertindak dengan keberanian dan semangat semata-mata tanpa membuat persediaan yang rapi.

Golongan muda dan ‘Kuasa Ketiga’ ini kemungkinan menjadi kuasa penentu akan kemenangan calon-calon dalam PRU Ke-13 nanti. Mahasiswa sedang memerhatikan sungguh- sungguh perjalanan Pakatan Rakyat dan Umno/BN, terutama para calon yang akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Mahasiswa dan anak muda hanya akan memberikan undi kepada calon yang mereka lihat berwibawa, calon yang berilmu, mesra rakyat dan berfikiran terbuka serta calon yang tidak pelahap dengan pelbagai habuan atau boleh dibeli dengan wang dan ganjaran lain. Boleh disimpulkan bahawa golongan generasi muda dan golongan mahasiswa ini adalah golongan yang sangat kritikal. Jangan ada siapa yang berfikir bahawa mahasiswa adalah ‘pengundi mainoriti’, tidak penting dan bukan penentu keputusan pilihan raya nanti.

Mohd Yusof Hadhari adalah Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis)


Auku: 17 pelajar UM dibebaskan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Mei: “Pertamanya, saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi, kuasa Allah terbukti adalah yang Maha Hebat dan Maha Adil,” kata Izzuddin Hilmi Mohd Zaini.

Mahasiswa tahun akhir Universiti Malaya (UM) itu menyatakan demikian setelah dibebaskan daripada disabitkan dengan hukuman Akta Universiti dan Akta Universiti (Auku).

“Setelah keputusan diumumkan, ternyata saya dan rakan-rakan saya lain terbukti tidak melakukan kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman Akta Universiti dan Akta Universiti (Auku) yang diwujudkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” ujarnya.

Semalam, beliau antara enam siswa lain telah dibicarakan oleh barisan Jawatankuasa Tindakan Tatatertib UM di Bilik Mesyuarat HEP di Kompleks Perdanasiswa UM.

Itu pun setelah perbicaraan ditangguhkan dua kali di mana sebelum ini pada 20 Mei dan 23 Mei lalu.

“Dan kami dibacakan segala pertuduhan termasuk seorang rakan baik saya, Mohd Sabri (Jamaluddin) yang dikenakan tujuh pertuduhan.

“Alhamdulillah, setelah semuanya dibaca dan disoal jawab (prosiding bermula 2 petang hingga malam), saya dan rakan-rakan dengan lindungan Allah telah dibuktikan 'tidak layak' untuk disabitkan kesalahan di bawah Auku,” jelasnya yang juga Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Keputusannya ialah seorang pelajar digugurkan kes kerana telah bergraduasi tahun lalu, Qayyum Suhaimi, lima pelajar dibebaskan tanpa sebarang amaran kerana tiada bukti, dua pelajar didenda RM200 serta amaran keras (Izzuddin Hilmi dan Sabri Jamaluddin) dan sembilan pelajar dikenakan amaran awal.

Antara saksi yang sering kali dipanggil masuk untuk disoal jawab oleh panel adalah Ketua Pengarah Keselamatan UM, Mejar (B) Mohd Nor Othman dan Wahyu dan beberapa lagi yang lain.

“Yang saya nak tekankan kat sini, mengapa kami dikenakan pertuduhan setelah hampir 3 bulan kes itu berlaku, kes di pilihan raya kampus Februari lalu.

“Dan andai kata nak dikatakan 3 bulan diambil untuk mengumpul bukti kukuh, saya ada beberapa persoalan yang perlu dijawab semua pihak,” katanya.

Beliau mempersoalkan mengapa lima siswa dibebaskan kerana tiada bukti kukuh dan atas sebab apa kelima-limanya dituduh.

Soalnya, adakah sekadar ingin 'memperkenalkan' mereka kepada umum dan kami juga dibebaskan dengan hukuman masing-masing (denda dan amaran).

Atas sebab apakah seorang graduan, Abdul Qayyum Suhaimi (Graduasi 2010) turut diberi surat amaran dan diminta hadir prosiding kemudian digugurkan kes.

Ini, katanya sedikit sebanyak memberi seribu satu persoalan kepada mereka kerana kesalahan pada tahun 2011 tetapi turut diberi surat amaran.

Soalnya lagi, mengapa setiap kali prosiding, munculnya dua orang kanan TNC iaitu Rozaini dan Imran Nul Hakim Derasip.

“Apakah autoriti pegawai-pegawai HEP terbabit dalam kes ini?

“Adakah pihak TNC HEP, Datuk Rohana akan membuka kembali kes ini untuk membuat rayuan terhadap keputusan barisan panel?” tanya beliau.

Katanya, pihak universiti seharusnya menggunakan proses budibicara untuk menyiasat pertuduhan ke atas mereka sebelum mendakwa ke kamar prosiding.

“Mengapa kami terus diheret tanpa sebarang budi bicara?” soalnya lagi.

Menurut Izzudin lagi, antara pertuduhan yang dikenakan ke atasnya saya dan seorang rakannya adalah ketika pertemuan dengan Rohana bagi membincangkan pelbagai perkara di biliknya ketika pilihan raya lalu.

“Mengapa pertemuan itu pun ingin didakwa ke atas kami?

“Di peringkat kami, kami meminta penjelasan terperinci terhadap segala pertuduhan yang dikenakan ke atas kami,” katanya.

Hina Islam: Abim gesa ambil tindakan tegas
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

Dalam kes ini, Abim merujuk kepada penyebaran beberapa bahan penulisan dalam blog http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/ , dan laman Facebook menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara'.

Setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikannya, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut.

“Tindakan ini amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengajukan laporan polis di Balai Dang Wangi.

Menilai daripada itu, katanya Abim menuntut agar pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci insiden yang sangat mendukacitakan ini.

Katanya, Abim menuntut agar dakwaan dan tindakan tegas dikenakan terhadap beliau dan mana-mana pihak yang bersubahat.

“Abim juga dengan ini mendesak agar pemohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh beliau terhadap seluruh umat Islam,” ujarnya.

Abim, tambahnya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan kebebasan ruang maya untuk menghina agama Islam.

“Sebagai agama Persekutuan, kesucian dan kehormatan Islam haruslah dipertahankan dari sebarang unsur-unsur atau usaha untuk mencemarkannya,” ujarnya.

Biasiswa: Umno-MCA berkelahi teruk
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Pergaduhan Umno dan MCA berterusan dengan akhbar milik Umno mempersendakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Ketua Pemudanya, Datuk Dr Wee Ka Siong yang menuduh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyalahgunakan kuasa dalam pemberian biasiswa dan peruntukan tempat ke universiti.

Perbalahan Umno-MCA timbul sejak Wee mendakwa 363 pelajar yang memperolehi kesemua A+ tercicir dalam senarai biasiswa JPA selepas jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar kesemua pelajar yang mendapat 8A+ dan ke atas akan mendapat biasiswa JPA.

“Dalam soal pemilihan ini, JPA hanya bertindak sebagai penyelia dan sesi temu duga dijalankan oleh mereka dari latar belakang akademik yang tinggi serta pelbagai kaum.

“Malah, pemberian biasiswa ini juga terlebih dahulu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk penilaian dan kelulusan sebelum dilaksanakan,” kata Menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang dipetik Utusan sebagai respons kepada dakwaan MCA.

Sebelum itu, Nazri turut menyelar Wee, sebagai seorang ahli parlimen Barisan Nasional dan Timbalan Menteri memperbesarkan isu ini dengan pergi ke media dan menjerit di umum semata-mata untuk publisiti murahan tanpa datang berjumpanya terlebih dahulu untuk memahami isu sebenar.

“Saya ada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang cuba membantu pelajar, datang berjumpa dengan saya... mereka tidak pergi kepada media.

“Tetapi Wee, sebagai MP BN dan seorang timbalan menteri, pergi kepada media dan menjerit di umum untuk publisiti murahan tanpa datang berjumpa saya untuk melihat isu yang sebenar,” kata Nazri.

Mengenai jaminan Najib, Nazri berkata Putrajaya tidak pernah berjanji memberikan biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang sebaliknya kerajaan hanya komited untuk memastikan setiap pelajar cemerlang diberi jaminan tempat di institusi tempatan dan luar negara dengan biasiswa.

Kami tidak pernah kata kesemua pelajar 9A+ akan dihantar ke luar negara. Tetapi kami ada menjanjikan bahawa mereka akan mendapat tempat sama ada di universiti tempatan atau luar negara,” kata Nazri yang jelas tidak senada dengan Najib.

Serangan bertubi-tubi Nazri menyebabkan keadaan MCA semakin tertekan sehingga akhirnya Chua menyerang Nazri kembali bahawa ia agak malang bagi seorang pemimpin Umno untuk tidak memahami ‘peranan MCA’ selama ini.

“Saya tidak mengajar Nazri bagaimana untuk membuat kerja, jika Nazri menjadi seorang menteri kanan tetapi tidak tahu peranan MCA, maka itu adalah agak malang,” kata Chua.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar percakaran Umno dan MCA yang disifatkannya hanyalah satu usaha untuk menunjukkan siapa menjadi wira dalam isu biasiswa JPA tanpa menyelesaikan masalah.

“UMNO dan MCA bercakaran bagi membuktikan siapa yang benar dalam isu pemberian biasiswa JPA yang dilihat seolah-olah tidak mempunyai jalan penyelasaian kerana masih terdapat pelajar cemerlang yang masih tidak menerima biasiswa.

"Masyarakat kini tidak tertarik untuk mengetahui siapa jadi wira tetapi yang nyata wira sebenar ialah mereka yang dapat memastikan kesemua pelajar cemerlang ini boleh menerima biasiswa JPA,” selar Lim dalam satu kenyataannya hari ini.

Tambahnya, masyarakat bertambah keliru apabila kedua- dua Umno dan MCA memberikan jawapan yang berlainan walaupun bernaung di bawah Menteri dalam Kabinet yang sama.

Kekeliruan ini akan menjadi lucu jika difikirkan, kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, namun fakta sebenar ialah pelajar-pelajar cemerlang yang tidak bersalah akan menjadi mangsa atas pertelingkahan di antara Umno dan MCA.

“Sekiranya MCA benar, mengapa tiada tindakan diambil ke atas pegawai kerajaan yang gagal memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan memperbaiki kesilapan dan memberikan biasiswa kepada pelajar yang layak dengan segera?

"Namun jika UMNO benar, MCA kemudiannya harus meminta maaf kepada pelajar dan mendesak Umno untuk mengubah polisi bagi memastikan biasiswa JPA diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira agama atau pun bangsa,” ujar beliau.

Hadis Ketiga Puluh Empat



34- عَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ. (الترمذي وابن ماجه)
34 - Dari Ka'ab bin Malik ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menuntut ilmu, dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu, atau pun dengan tujuan menarik dengan ilmunya itu perhatian orang ramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka. "

(Tirmizi dan Ibnu Majah)

Hadis yang ketiga puluh empat ini mengingatkan:

Penuntut-penuntut ilmu supaya jangan bertujuan selain dari mentaati Allah serta mendapat keredhaan-Nya.
Huraiannya:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak sepatutnya dijadikan tujuan bagi menuntut ilmu agama:

1 - Bermegah-megah menandingi alim ulama.

2 - Bertengkar dengan orang-orang jahil.

3 - Mendapat pujian orang ramai.

Sesiapa yang menjadikan salah satu dan tiga perkara yang tersebut sebagai tujuannya dalam mempelajari ilmu agama, maka amatlah buruk balasannya, kerana sikap dan tujuannya yang demikian bukan sahaja merosakkan dirinya sendiri bahkan juga membawa kerosakan kepada agama Allah yang dibawa oleh RasulNya.

Kejadian yang demikian dapat disaksikan di mana-mana; ada di antara orang-orang yang mempelajari ilmu agama tetapi perbuatannya memburukkan Islam. Ada pula yang tidak beramal menurut ilmu dan ajaran Islam yang dipelajarinya, kerana amal bakti itu bukan menjadi tujuannya; pada hal tujuan yang tunggal bagi menuntut ilmu agama itu ialah untuk mencapai keredhaan Allah Taala dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.


Hadis Ketiga Puluh Dua

32- عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ غَيْرَهُ فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ. (الترمذي وأبو داود)

32 - Dari Zaid bin Thabit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Semoga Allah menyerikan wajah dan memperelokkan keadaan orang yang mendengar dari kami sebarang hadis lalu ia memeliharanya (dengan ingatannya atau dengan tulisannya), supaya ia dapat menyampaikannya (kepada orang lain); - kerana boleh jadi ada pembawa sesuatu hadis hukum kepada orang yang lebih faham daripadanya dan boleh jadi juga pembawa sesuatu hadis hukum itu, ia sendiri bukanlah seorang yang memahaminya."(Tirmizi dan Abu Daud)

Hadis yang ketiga puluh dua ini menerangkan tentang:

(1) Kelebihan orang yang berkhidmat memelihara hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

(2) Orang yang menyampaikan hadis disyaratkan "Hafaznya" tidak disyaratkan "Fahamnya".

Huraiannya;

(1) Kelebihan orang yang berkhidmat memelihara Hadis-hadis Nabi S.A.W.
Orang-orang yang memelihara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. amatlah besar jasanya! Apabila mendengar sesebuah hadis, mereka menghafaznya atau menulisnya dengan cermat, kemudian mereka menghebahkannya dengan sepenuh tanggungjawab. Ini bermakna mereka bekerjasama dengan Rasulullah s.a.w. menunaikan kewajipan dalam hal mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh Baginda. Dengan yang demikian, sudah selayaknya perkhidmatan mereka mendapat balasan yang sebaik-baiknya.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa perkhidmatan mereka dihargai oleh Baginda dengan mendoakan semoga Allah Taala menyerikan wajah mereka dan menjadikan mereka berpuas hati dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada mereka di dunia dan di akhirat.

(2) Orang yang menyampaikan hadis disyaratkan menghafaznya dan memeliharanya betul-betul, tidak disyaratkan memahaminya.
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. hendaklah disebarkan. Apa yang mesti disebarkan itu ialah kata-kata yang disabdakan oleh Baginda.

Ada pun tentang makna maksud hadis-hadis itu, terpulanglah kepada masing-masing memahaminya, kerana boleh jadi orang yang menyampaikan sesebuah hadis itu tidak memahaminya atau kurang mendalaminya, meskipun demikian, ia berkewajipan juga menyebarkannya. Dalam pada itu, boleh jadi orang yang disampaikan kepadanya itu boleh memahami lebih mendalam dari orang yang menyampaikannya.



..kita akan bersimpati dengan seorang ayah yang memberitahu bahawa susu yang diminum oleh anak kecilnya terpaksa dikurangkan disebabkan pendapatannya sudah tidak dapat menampung..rasa kesian kita padanya dan anaknya..namun simpati itu akan hilang jika dapat tahu bahawa si ayah ini sering membelanjakan wang bukan pada tempatnya; berfo...ya-foya, membazir, kuat merokok dan selalu belanja rakan-rakan kedai kopinya..simpati kita pada si ayah bertukar marah, benci dan kecewa..dan kasihan kita kepada si anak meningkat kerana dia dizalimi..demikian sesebuah kerajaan dan subsidi..jika kerajaan berhemat, tidak membazir wang negara, belanja dengan kadar patut, pada tempat yang patut, kita tidak kecewa dan marah jika subsidi dipotong..tetapi jika kerajaan itu seperti si ayah tadi, kita kecewa dan marah..kita simpati pada rakyat bawahan dan akan bangkit membela mereka..tahniah kepada rakyat yang dapat menghalang 'sementara' kenaikan harga petrol..-Dr MAZASee More
Apa ke jadah buat pinjaman ke KWSP?Bank pergi mana?


Ditulis oleh admin
Khamis, 26 Mei 2011 10:33

Kerajaan diminta menjelaskan tujuan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membuat pinjaman sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

NONEPengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, sekiranya laporan yang diterima pihaknya dua minggu lalu itu tidak benar, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mesti membuat penafian.

Sebaliknya jika ia benar, ANAK, katanya menuntut penjelasan segera mengenai penggunaan wang tersebut.

"Laporan yang anak terima dua minggu lalu melalui minit mesyuarat 6 April lalu menyebut Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjam?

"Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda dan keseluruhannya," katanya kepada Harakahdaily di ibu pejabat PAS, di Kuala Lumpur, semalam.



Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut mendakwa Felda sedang mengalami krisis kewangan yang serius sehingga terpaksa membuat pinjaman tersebut dalam pada Felda diwarwarkan sebagai agensi yang mempunyai keuntungan yang tinggi selepas Petronas.

NONELaporan Felda meminjam daripada KWSP ini katanya timbul ketika isu kemerosotan rezab Felda belum lagi reda.

"Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen seperti didedahkan media pada17 dan 18 jun 2010, Datuk Ahmad Maslan iaitu menteri yang bertanggungjawab hal-hal berkaitan felda mengakui bahawa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.

"Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang sangat mengejutkan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Ahmad Maslan dalam jawapannya itu memberi alasan bahawa kemerosotan itu disebabkan sejumlah wang digunakan untuk tujuan tertentu.

felda farm products 130207RM2 bilion katanya digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda.

Mazlan berkata, meskipun laporan polis telah dibuat agar siasatan dilakukan mengenai penggunaan wang tersebut, dan keraguan munasabah terhadap ketelusan pengurusan kewangan, sehingga hari ini tidak ada sebarang maklumat daripada pihak polis.

Berita disini

*Habis dah ke bank kat Malaysia ni? KWSP kan duit rakyat? Kata bijak memerintah?


MB arah cari tapak baru untuk rumah anak yatim
Mei 26, 11 10:30am


Kerajaan negeri Selangor akan mencari tapak baru untuk menempatkan semula Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Hidayah Al-Taqwa Hulu Langat yang ditimpa tanah runtuh Sabtu lalu

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahimMenteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Daerah Hulu Langat Datuk Zainal Abidin A'ala supaya mencari tapak baru di kawasan yang lebih selamat untuk rumah anak yatim dan madarsah itu.

Tapak baru diperlukan untuk menempatkan anak-anak yatim dari madrasah itu di premis baru selepas bangunan lama disahkan tidak selamat diduduki setelah dilanda tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa Sabtu lalu, katanya dalam satu kenyataan.

"Kami akan wartakan tapak ini sebagai tapak untuk rumah kebajikan anak-anak yatim dan Madrasah Al-Taqwa bolehlah memohon tapak berkenaan untuk membina bangunan baru dengan bayaran premium paling rendah," kata Abdul Khalid.

24 buried alive in landslide at orphanageBeliau mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam membantu badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan tapak untuk membina bangunan bagi melaksanakan program kebajikan dengan hanya mengenakan bayaran premium tanah sebanyak RM1.

"Bagaimanapun, NGO ini perlu mematuhi semua peraturan dan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa dalam melaksanakan program-program kebajikan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

24 buried alive in landslide at orphanageMengenai pendidikan anak-anak yatim di Madrasah Al-Taqwa, Abdul Khalid berkata usaha sedang dijalankan untuk menempatkan mereka di sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor.

Beliau berkata Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor menyalurkan sumbangan berjumlah RM217,000 untuk diagihkan kepada semua mangsa dan keluarga kejadian itu.

- Bernama

Mampukah Nasha pertahankan jawatannya?
Mei 26, 11 10:42am


Semua tumpuan kini beralih kepada perebutan jawatan nombor dua PAS berikutan timbulnya persoalan sama ada Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akan mempertahankan jawatannya atau menarik diri daripada pertandingan selepas Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk bertanding jawatan itu.

azlanPara pemimpin parti berkata kemasukkan Tuan Ibrahim dalam perebutan jawatan itu telah mengubah perkiraan, dinamik dan perspektif pemilihan parti memandangkan terdapat tiga pemimpin bertanding jawatan nombor dua, memaksa para calon menyemak semula strategi dan peluang mereka.

Selain penyandang, Nasharudin and Tuan Ibrahim, Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mohamad Sabu mengumumkan bahawa beliau juga akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Saya berpendapat Tuan Ibrahim mempunyai peluang baik untuk menang. Apa yang menarik adalah sama ada Nasharudin akan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan jawatan. Namun, Nasharudin berada dalam kedudukan sukar, sama ada terus bertanding ataupun menarik diri," kata anggota Jawatankuasa Pusat PAS Datuk Kamaruddin Jaafar.

NONESemua calon yang bertanding jawatan utama parti mesti mengesahkan penerimaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei tetapi terdapat spekulasi bahawa Nasharudin mungkin tidak mempertahankan jawatannya.

Meskipun wujud spekulasi kemungkinan beliau menarik diri, Nasharudin ketika dihubungi kekal menyatakan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan disandangnya.

Jika tarik diri...

Beberapa penganalisis politik berkata jika beliau menarik diri, ia akan membawa gambaran kurang baik terhadapnya memandangkan beliau merupakan pemimpin pertama yang mengumumkan akan mempertahankan jawatan nombor dua parti untuk penggal ketiga, sejak 2005.

sarawak election sibu dap ceramah 110411 hadi awangBegitupun, sumber parti menyatakan bahawa mungkin ada keputusan pada saat akhir yang menyaksikan calon menarik diri daripada bertanding seperti yang berlaku pada 2005, apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Harun Din yang merupakan Ketua Penerangan parti ketika itu memutuskan untuk menarik diri.

Berikutan itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding sebagai Presiden PAS.

Pada Jumaat ini, Jawatankuasa Pemilihan PAS dijangka mengumumkan senarai nama calon yang layak bertanding bagi jawatan masing-masing semasa Muktamar PAS pada 3 hingga 5 Jun.

- Bernama


Hina Islam: Abim gesa tindakan tegas
Mei 26, 11 10:17am


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mahu tindakan tegas diambil ke atas blog dan laman Facebook yang menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara' kerana jelas menghina imej serta kesucian agama Islam.

abimSetiausaha agungnya Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, bahan-bahan yang dimuatkan itu menggambarkan niat jahat dan berbentuk provokasi.

“Tindakan ini amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah membuat laporan polis di balai Dang Wangi.

Selain tulisan yang mencaci agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, turut disiarkan dalam blog berkenaan adalah beberapa gambar palsu yang menghina Kaabah yang ditampal dengan gambar binatang, jerung dan juga penyanyi barat yang berpakaian seksi.

NONESehubungan itu, Abim juga kata Mohamad Raimi, Abim mahu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci insiden berkenaan.

“Abim menuntut agar dakwaan dan tindakan tegas dikenakan terhadap penulis itu dan mana-mana pihak yang bersubahat.

“Abim juga dengan ini mendesak agar pemohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh beliau terhadap seluruh umat Islam,” katanya.



Tiada ulasan: