Selasa, 17 Mei 2011

TAK PE....KITA TUNGGU AJE...TINDAKAN DARI ALLAH...MANUSIA MEMILIH BULU...ALLAH MAHA ADIL...NAK KEMANA...AKHIRNYA MATI GAK...SEMUA DAPAT BALASAN DISANA

K'jaan tidak boleh terburu tangani isu agama
Mei 17, 11 10:33pm
Kerajaan tidak boleh terburu-buru menangani isu manipulasi agama bagi mengelak berlakunya implikasi yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kerajaan perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam 'permainan jahat' pihak tidak bertanggungjawab.

"Kerajaan tidak boleh terburu-buru, sebaliknya perlu mengikut segala prosedur bagi mengelak implikasi yang lebih besar...kita tidak menghadapi masalah untuk membuat tangkapan tetapi perkara ini perlu dilihat secara menyeluruh," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Larut hari ini.

Beliau berkata pihaknya perlu berhati-hati kerana tindakan penahanan pihak berkuasa merupakan strategi mereka untuk menimbulkan simpati rakyat.

Dalam sidang media selepas itu, beliau meminta supaya semua pihak tidak terlampau beremosi dalam membincangkan isu mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti diperuntukkan Perlembagaan negara.

Hishammuddin berkata daripada laporan polis yang diterima, setakat ini masih sukar menentukan siapa yang benar atau sebaliknya dalam perkara terbabit.

"Kita hanya akan tahu selepas siasatan polis. Oleh itu jangan kita beremosi dan saya berharap bahangnya dapat kita turunkan termasuk sesama akhbar. Kali ini ia berkaitan Utusan Malaysia, tetapi jangan ingat China Press, Nanyang Siang Pau malah New Straits Times tidak berdepan isu yang sama sebelum ini," katanya.

Terdahulu Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mahu kerajaan bertindak tegas termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

- Bernama


Nazri: Tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali
S Pathmawathy
Mei 17, 11
9:32pm

Tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadap presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung amarannya terhadap masyarakat Kristian kerana kenyataan seumpama itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia, kata menteri undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

NONETegasnya, walaupun jika kenyataan sedemikian tidak disenangi, tetapi rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" dalam menangani watak-watak seperti Ibrahim dan yang seumpamanya, memandangkan platform sosial dan media seperti Twitter dan blog, turut menyiarkan kenyataan seperti itu yang melangkaui keupayaan kerajaan untuk mencegahnya - atau menghukum - mereka.

"Adalah sukar untuk bertindak terhadap Ibrahim sekarang
dengan adanya Twitter dan blog... kerana kita tidak boleh memilih dalam membuat membuat pendakwaan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Ibrahim telah mencetuskan kemarahan awam apabila mengeluarkan kata dua kepada "orang Kristian yang tidak mengenang budi" sekiranya mereka meneruskan dakwaan rancangan yang menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Ibrahim membuat kenyataan itu berdasarkan kepada laporan Utusan Malaysia awal bulan ini yang mendakwa pemimpin Kristian dikatakan berpakat untuk mengubah perlembagaan persekutuan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri dan menjadi Malaysia sebuah negara Kristian.

utusan malaysia kritsian agama rasmiNazri berkata pengguna Twitter dan penulis blog juga telah melakukan kesalahan membuat kenyataan yang dianggap sensitif terhadap kumpulan lain.

"Jika saya mengambil tindakan sekrang (terhadap Ibrahim), saya mesti berbuat demikian terhadap semua blog dan mereka (yang membuat komen yang sama) dalam Twitter," kata Nazri.

Itu, tambahnya, akan merupakan satu tugas yang sukar kerana kerajaan akan dituduh mengekang kebebasan bersuara.

TPM: Masih ada 'masalah' di peringkat akar umbi Umno
Mei 17, 11 10:54pm

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan seluruh perwakilan dan kepimpinan parti di peringkat bahagian dan cawangan supaya memperkukuhkan hubungan mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, rata-rata tinjauan beliau di peringkat bahagian, mendapati wujudnya "masalah" hubungan antara pemimpin parti, bahagian, cawangan dan sayap-sayap.

"Rata-rata di peringkat bawahan khususnya Umno bahagian masih dalam keadaan sama (iaitu) tidak memperlihatkan satu perubahan agak besar.

"Ada masalah lagi timbul, hubungan pemimpin parti di peringkat bahagian cawangan dan sayap bermasalah.

"Saya sendiri berpengalaman membuat tinjauan di seluruh negara berjumpa dengan pemimpin negeri dan bahagian, antara faktor yang perlu ditangani adalah dengan memperkukuhkan hubungan di peringkat bahagian," katanya.

Menurutnya pengukuhan itu penting kerana akar umbi di peringkat inilah yang akan menggerakkan jentera kempen dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Kewajipan kita menjaga hubungan baik bersama dengan semangat kekitaan dan perpaduan sesama kita.

"Segala apa jua isu yang timbul, ia perlu diselesaikan awal-awal lagi," katanya.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri memberi amanat tersebut dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Umno bahagian Petaling Jaya Utara petang tadi.

Walaupun mengakui kerusi parlimen PJU dikuasai oleh parti komponen BN - MCA - beliau berkata, Umno juga mempunyai sejarah "menguasai" kerusi tersebut.

Sehubungan itu, sebagai rakan parti komponen, beliau menggesa bahagian tersebut membantu rakan kongsinya itu dalam pilihan raya akan datang.

"Tak kira di mana kita berada, tidak kira calon Umno atau calon dia (MCA) dalam komponen BN, kita mesti bekerja keras untuk menebuskan kekalahan khususnya di negeri Selangor (dan) mengembalikan kuasa politik dan kerajaan pada parti kita pada masa akan datang," tegasnya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 300 perwakilan.

Katanya, jika Umno dapat menjalankan program-program khususnya di peringkat bawah, beliau yakin parti itu akan memperolehi sokongan yang lebih besar untuk mengembalikan kuasa politik kepada BN.






Tiada ulasan: