Sabtu, 21 Mei 2011

BILA AKHIR ZAMAN.....MANUSIA TIDAK PENDULI LAGI HALAL HARAM.....

Balasan Bagi Pengumpat


Surah al-Humazah mengandungi sembilan ayat, ia termasuk dalam kategori surah Makiyyah dan diturunkan selepas surah al-Qiyamah. Walaupun begitu, ada pendapat menyatakan bahawa surah ini diturunkan di Madinah, justeru dinamakan Madaniyyah.



Hubungan al-Humazah dengan surah al-Asr



Dalam surah al-Asr disebutkan bahawa semua manusia bergelumang dalam kesesatan kecuali orang yang dilindungi Allah SWT kemudian dalam surah ini Dia menyebut sifat-sifat orang yang sesat itu.



Ata' dan al-Kalbi mengatakan surah ini diturunkan berkenaan al-Akhnas Ibn Shariq yang selalu mengumpat manusia terutamanya tentang Nabi Muhammad SAW. Inilah pendapat Abu Soleh daripada Ibn Abbas, al-Suddi dan Ibn Asa'ib.



Muqatil mengatakan surah ini diturunkan tentang al-Walid Ibn Mughirah yang selalu mengumpat Nabi Muhammad SAW ketika baginda tidak hadir dan mencelanya secara terang-terangan di hadapan baginda. Ini juga pendapat Ibn Juraij.



Muhammad Ibn Ishaq, penulis kitab Sirah berkata: "Kami selalu mendengar surah ini diturunkan berkenaan Umayyah Ibn Khalaf."



Ibn al-Jauzi menukilkan beberapa pendapat lain:

i. Ia diturunkan kepada al-'As bin Wa'il al-Sahmi. Inilah pendapat Urwah.

ii. Ia diturunkan kepada Jamil bin Amir. Inilah pendapat Ibn Abi Nujaih.

iii. Ia diturunkan kepada Ubay bin Khalaf. Inilah pendapat al-Mawardi.

iv. Pendapat yang kedua bagi Mujahid: Ia diturunkan kepada umum tanpa tertentu kepada seseorang.



Firman Allah SWT: Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.



Berkenaan perkataan humazah dan lumazah, adakah sama atau berlainan? Ada dua pendapat:

i. Bersamaan.

ii. Berlainan. Bagi yang berpendapat berlainan, ia menafsirkan seperti berikut:

* Humazah adalah mereka yang mencela dan lumazah adalah yang mengaibkan. Inilah pendapat Ibn Abbas.

* Humazah adalah mereka yang mencela manusia di hadapannya, sedangkan lumazah pula ialah mencela manusia di belakangnya. Inilah pendapat al-Hasan, Ata' dan Abu al-'Aliah.

* Humazah adalah mereka yang memaki manusia, manakala lumazah pula mereka yang memaki keturunan manusia. Inilah pendapat Mujahid.

* Humazah adalah mereka yang mengejek dengan mata, sedangkan lumazah pula mengejek dengan lidah. Inilah pendapat Qatadah.

* Humazah adalah mereka yang mengejek manusia dengan tangan dan memukulnya, sedangkan lumazah ialah mereka yang mengejek dengan lidahnya. Inilah pendapat Ibn Zaid.

* Humazah adalah yang mengejek dengan lidahnya, sedangkan lumazah pula adalah mengejek dengan matanya. Inilah pendapat Sufyan al-Thauri.

* Humazah adalah mereka yang menghina dan mengata orang, sedangkan lumazah adalah menghina secara berhadapan. Inilah pendapat Muqatil.



Al-Maraghi berkata: "Kemurkaan dan seksaan Allah SWT kepada golongan yang mencerca manusia yang melanggar kehormatan mereka dan yang menyakitkan hati mereka sama ada ketika hadir atau tidak."



Kemudian Allah SWT menyebutkan sebab Dia mencerca manusia menerusi firman-Nya.



Firman Allah SWT: Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung.



Maksud himpunan di sini ada dua pendapat iaitu mengira bilangan dan menghitungnya yang merupakan pendapat al-Suddi. Yang kedua mengiranya bagi mencukupkan beberapa tahun. Ini pendapat Ikrimah.



Al-Maraghi berkata: "Perkara yang mendorong mereka menjatuh dan menghinakan martabat manusia disebabkan pengumpulan mereka akan harta dan selalu menghitungnya kerana sukakannya dan berasa seronok menghitungnya."



Pada pandangan mereka bahawa tidak ada kehormatan dan kemuliaan selain daripada itu sehingga setiap kali mereka melihat apa yang ada padanya, mereka mendakwa sebab yang demikian itulah mereka memperoleh kedudukan yang tinggi.



Mereka menghina orang yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang berada di bawahnya, dan tidak berasa takut jika mereka ditimpa bencana akibat umpatan dan cercaannya terhadap kehormatan manusia.



Ia lantaran perkara yang menipunya itu telah melupakannya akan kematian dan membutakan pula mata hatinya untuk memikirkan kesudahan perbuatannya dan merenungkan keadaan diri mereka. Kemudian Allah SWT menjelaskan dakwaan mereka yang salah ini menerusi firman-Nya.



Firman Allah SWT: Dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya.



Al-Maraghi berkata: Pengumpat ini mendakwa harta yang ada pada dirinya akan dapat menjaminnya kekal di dunia dan memberi keselamatan daripada kematian. Sehingga dia beramal seperti beramalnya orang yang menyangka hidup kekal buat selama-lamanya dan tidak akan kembali kepada kehidupan lain yang di sana nanti akan menerima seksaan terhadap perbuatan buruk mereka.



Setelah Allah SWT mengancam orang yang bersifat seperti ini dengan ancaman seksaan yang keras dan menyatakan sebab yang mendorong orang itu melakukan tindak tanduk yang dibenci iaitu dakwaan mereka bahawa harta itu dapat menjamin keselamatan mereka daripada kematian, Dia mengakhirkan dengan menjelaskan seksaan yang telah disediakan untuk mereka.



Firman Allah SWT: Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.



Hamka berkata: Pekerjaan mengumpulkan harta benda yang disangkanya itu akan dapat memelihara dirinya dari sakit, tua, mati atau pun azab seksa neraka tidaklah benar, bahkan ia akan dicampakkan ke dalam Huthamah.



Ini kerana dia bukan seorang yang boleh dihargai. Dia mengumpulkan dan menghitung harta, namun dia mencela dan menghina dan memburukkan orang lain, mengumpat dan mengeji. Balasan kepadanya neraka dan nama lain baginya Hutamah.



Firman Allah SWT: Dan tahukah kamu apa Hutamah itu? (Iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan. Yang (membakar) sampai ke hati.



Sayid Qutub dalam Fi Zilal al-Quran berkata: Satu gambaran yang mengerikan bagaimana api itu membakar hati yang menjadi sumber melahirkan umpat keji, persendaan, sombong dan takbur. Untuk menyempurnakan gambaran keazaban manusia yang terbuang itu, api neraka ditutupkan ke atasnya.



Tiada siapa yang dapat menyelamatkannya, diikat dan ditambat pada tiang-tiang yang panjang seperti binatang.



Firman Allah SWT: Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka.



Al-Mawardi menyebut lima pendapat:

i. Iaitu dihukum dengan diikat pada kayu yang memanjang. Inilah pendapat Ibn Mas'ud.

ii. Diazab padanya dengan palang kayu yang tajam sebagaimana pendapat Qatadah.

iii. Tiang yang memanjang yang dibelenggu pada leher mereka. Inilah pendapat Ibn Abbas.

iv. Ia adalah rantai pada kaki mereka sebagaimana pendapat Abu Soleh.

v. Maknanya tempoh masa yang panjang. Inilah pendapat Abu Fatimah.



Al-Maraghi berkata: Api itu ditutupkan kepada mereka sehingga tidak dapat keluar dan tidak mampu untuk keluar.



Setiap kali mereka ingin keluar mereka dikembalikan semula ke dalamnya (api neraka).

Tidak ada pintu yang dibukakan kepada mereka, tidak pula dimasukkan roh kepada mereka. Ini menggambarkan betapa kuatnya penutupan api itu kepada mereka, di samping menambahkan kehangatan api itu sehingga hati mereka putus asa untuk melepaskan diri daripada seksaan tersebut.



Kita wajib beriman kepada perkara itu dan tidak perlu mengkaji tentang tiang-tiang itu adakah ia dibuat daripada api atau besi.

kredit: DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI


25 Jenis Pompuan Yang Lelaki Nyampah


Tok terjumpa artikel ni dalam groupyahoo, harap rakan2 tak marah atau menyalahkan tok dalam hal ini sebab yang ini bukan pendapat tok....kita cuma share jer. Tapi sebenarnya ini adalah kisah kutukan balak terhadap aweknya yang serba tak kena dimatanya. Walau bagaimanapun kita bacalah apakah keluhan itu. Ingat yer...baca jer saja2 nak amek tau. he he..~


25 Jenis Pompuan Yang Lelaki Nyampah

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah ***** kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

23. Pakai mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok

24. Pakai baju sikit lagi nak 6pak ****..lengan himpit **** bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah siot.

blog tok wan


8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki


Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan kaki boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.


Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan kaki dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.


1. Serangan Jantung

Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.


2. Stroke


Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.


3. Membakar Lemak

Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.


4. Melangsingkan Badan

Jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam sekurang-nya dalam sehari.


5. Kanser


Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.


6. Mencegah Osteoporosis

Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.


7. Mencegah Kencing Manis

Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes type 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.


8. Depresi


Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki Insyaallah akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

kredit: Tulahan



Punca Pendapatan Harta Tidak Penting (tanda akhir zaman)


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Daripada Abu Hurairah ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram." (Hadis Riwayat Nasak)

Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisma, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin kekayaan, mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka, supaya dapat hidup dengan kemewahan dan keseronokkan.

Apabila diteliti jenis-jenis pekerjaan dan sumbar pendapatan yang haram yang mana ramai umat Islam terlibat daripada sumber-sumber seperti berikut :

Pertama : Arak

Kedua : Riba

Ketiga : Rasuah

Keempat : Mengadai maruah




Huraiannya adalah seperti berikut :


Pertama : Arak

Bekerja dan berusaha mencari sumber kehidupan mesti dilakukan dalam kerangka yang dibenarkan agama. Walaupun Islam mewajibkan umatnya bekerja dengan gigih dan berdedikasi, pencarian sumber kehidupan tersebut seharusnya selari dengan aturan yang dibenarkan agama saja. Ini termasuk aspek melibatkan minuman memabukkan seperti arak.

Sebenarnya Islam bukan saja mengharamkan umatnya minum arak, tetapi juga segala perkara yang berhubungkait dengan penghasilan dan pemprosesan arak. Mungkin sesetengah kita beranggapan mereka hanya bekerja, tetapi tidak terlibat dengan meminumnya. Ini salah dan amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Dalam hal ini, ada baiknya kita lihat apa yang pernah disampaikan Ibnu Mas’ud yang katanya: “Telah dilaknat dalam (urusan) khamar (arak) itu, iaitu orang yang memerah, yang diminta diperahkan, yang meminumnya, yang memberi minuman, orang yang bertugas menghantar, yang membekal, yang menjual, yang membeli dan juga yang menyimpannya.”

Dalam zaman sekarang ini termasuk juga orang yang mengiklankan arak dan orang yang terlibat membeli saham syarikat arak.

Ini kategori manusia yang dikira terlibat secara langsung dengan arak. Jadi, bekerja di premis pemprosesan arak termasuk dalam jenis manusia yang akan mendapat laknat Allah sebagaimana digariskan Ibnu Mas’ud tadi. Walauapapun tarikan berupa kebendaan dan upah lumayan, sebagai umat Islam kita ditegah sama sekali terlibat dalam industri pengeluaran arak. Ini kerana segala hasil pendapatannya juga akan termasuk dalam kategori sumber yang haram. Sanggupkah kita makan dan memberi makan anak isteri dengan hasil sumber yang haram?

Amat malang seandainya ada di kalangan umat Islam masih setia dan sayang dengan pekerjaan di indusrti haram seperti kilang memproses arak atau di premis penjualan arak samaada dipasaraya atau pasar mini milik orang bukan Islam, termasuk juga bekerja disyarikat penerbangan yang ada menyediakan arak kerana senario sebegini sangat mengaibkan maruah agama.

Kejernihan hati banyak tergantung kepada kesucian rezeki. Jika makanan dan minuman yang mengalir dalam tubuh diperolehi dari sumber yang baik, maka bahan tersebut akan menyumbang keperibadian mulia dalam diri seseorang. Sebaliknya jika darah yang mengalir dalam tubuh diperolehi dari sumber rezeki yang haram, maka segala tingkah laku, budi pekerti dan akhlak seseorang akan dicorak oleh jenis makanan haram tersebut.

Mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan merupakan perintah Allah kepada hambaNya yang cintakan kebenaran. Sedangkan punca pencarian untuk meneruskan kehidupan terdiri dari berbagai cabang dan arah. Dari sekian banyak sumber usaha tersebut, perniagaan merupakan sembilan persepuluh (90%) dari sekalian punca rezeki yang terdapat di dunia ini. Sesungguhnya perniagaan yang jujur dan ikhlas akan menghasilkan rezeki yang berkat.


Kedua : Riba

Islam melarang umatnya bekerja di syarikat atau perbankan yang menggunakan sistem riba dalam urusniaganya. Syarikat yang terlibat adalah seperti di bank-bank konvensional, syarikat insuran nyawa, syarikat kewangan berlesen, kedai pajak gadai cara konvensional dan menjadi pengutip wang untuk syariakt pinjaman tanpa lesen (along) dan sebagainya.

Dari Jabir r.a, ia berkata : Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi riba, penulis, dan kedua orang yang menjadi saksi atasnya. ia berkata : “mereka itu sama (saja). (Hadis Riwayat Muslim : 3/219).

Begitu hebat sekali sistem riba menguasai pasaran di dalam masyarakat kita, ramai umat Islam bekerja di syarikat yang mengamalkan sistem riba sedangkan jelas Allah S.W.T mengharamkan sistem riba dan terdapat di dalam ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 278-279.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

Walaupun sudah ada altenatif menggunakan sistem muamalah secara Islam (melalui Bank Islam, Takaful dan sebagainya) tetapi umat Islam masih suka dan seronok bekerja disyarikat-syarikat tersebut, yang mana telah jelas bahawa sumber rezeki yang diperolehi adalah haram di sisi Islam.


Ketiga : Rasuah

Islam memberi amaran keras kepada manusia supaya tidak terbabit dengan perbuatan rasuah. Islam mengharamkan mengaut harta orang lain secara rasuah sedangkan menyedari perbuatan itu berdosa.

Ketika mengulas perkara itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan." (Hadis riwayat Ahmad)

Islam mengharamkan rasuah kerana menjadi penyebab kezaliman berlaku dalam masyarakat, orang yang tidak bersalah boleh dihukum bersalah, menghapuskan peluang mereka yang sepatutnya layak dan penyebaran harta di kalangan pihak tertentu saja. Selain itu, kita bimbang gaya hidup rasuah akan mempengaruhi tabiat integriti keturunan akan datang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka." (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)

Berdasarkan hadis itu jelas ada kaitan kuat bahawa keturunan dan anak pinak yang bersumber daripada darah daging haram akan kemungkinan besar terpengaruh dengan gaya hidup menjerumuskan ke dalam api neraka. Jauhilah perbuatan mengambil rasuah kerana telah jelas disisi Islam bahawa harta tersebut adalah daripada sumber yang haram dan tidak seharusnya dibawa balik untuk di beri makan kepada anak dan isteri.


Keempat : Mengadai maruah.

Dasar Islam dalam pekerjaan adalah jelas. Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat dan mengumpul kekayaan. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha supaya mereka menjadi umat terbaik dan contoh kepada pihak lain.

Salah satu pekerjaan yang diharamkan adalah bekerja ditempat-tempat yang boleh mengadaikan maruah diri sebagai seorang muslim.

Pekerjaan tersebuat adalah seperti berikut :

1. Pelacur

2. Teman sosial (di kelab-kelab malam)

3. Penari, penyayi dan permainan alat musik dikelab-kelab malam (terdapat hidangan arak dan pergaulan bebas lelaki perempuan)

4. Bonser (pengawal keselamatan untuk tempat-tempat maksiat)

5. Tukang urut untuk berlainan jenis (lelaki mengurut wanita atau wanita mengurut lelaki)

6. Menjadi model pakaian atau iklan yang mendedahkan aurat dan menjadi tontonan orang ramai

7. Mendapat habuan (wang ringgit atau projek) kerana merancang konsperasi untuk mengaibkan seseorang muslim dengan memasang cctv , membuat video atau mengambil gambar dan sebagainya.

Semua pekerjaan tersebut di atas atau apa sahaja pekerjaan yang boleh mengadai maruah seorang muslim adalah haram di sisi Islam dan wajib ditinggalkan kerana ianya boleh mendapat laknat Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah kita sama-sama tingkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT. Tinggalkanlah semua pekerjaan atau sumber rezeki yang haram dan syubahat kerana hasil daripada pekerjaan yang haram tidak boleh digunakan untuk memberi nafkah kepada ahli keluarga, sedekah dan ibadah yang dikerjakan dengan menggunakan sumber yang haram tidak akan diterima di akhirat nanti amalan yang baik itu akan menjadi debu-debu yang berterbangan dan akan dilemparkan balik ke muka orang tersebut dan dia akan dihumbankan ke dalam api neraka, nauzubillahiminzalik.

Rezeki yang halal akan membawa keberkatan dan rahmat Allah SWT. Sedekah dan zakat yang ikhlas dan diperolehi daripada sumber yang halal akan dilipat gandakan oleh Allah SWT di hari akhirat nanti sehingga 700 kali ganda.

kredit: Abu Basher












Tiada ulasan: