Sabtu, 21 Mei 2011

TAKZIAH...BAGI YANG PERGI...KITA AKAN MENYUSUL JUGA...TIADA YG BOLEH LARI DARI MATI...YANG MENIPU DAN KENA TIPU MATI JUGA...HUKUM AKHIRAT MENUNGGU....




Tanah runtuh: 24 orang tertimbus, 5 mati
Mei 21, 11 4:09pm

[VIDEO TANAH RUNTUH]

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat hari ini.

Menurut laporan Bernama, setakat 8 malam ini, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.

24 buried alive in landslide at orphanagePenghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.

24 buried alive in landslide at orphanageKetika kejadian pada pukul 2.30 petang semua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.

Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.

24 buried alive in landslide at orphanageBeliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

Sementara itu, TV Selangor melaporkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi laman twitternya berkata pihaknya mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera.

24 buried alive in landslide at orphanage

Khalid juga berkata kerajaan negeri akan menyediakan tabung bantuan mangsa dengan kadar segera.

Ahli exco kerajaan negeri Selangor Rodziah Ismail yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memberi segala bantuan yang diperlukan.


Guru Sarawak pula luahkan kekecewaan dipinggirkan
Mei 21, 11 9:14pm

Golongan guru di Sarawak mahu kaedah struktur gaji yang lebih adil berikutan ada sebilangan mereka berpendapat telah dipinggirkan daripada kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani BinaPresiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani Bina berkata kaedah baru kenaikan pangkat guru hanya memberi manfaat kepada kumpulan kecil pendidik dalam profesion itu.

Bercakap pada mesyuarat agung tahunan STU cawangan Sibu dan sambutan Hari Guru di Sibu hari ini, beliau mencadangkan supaya kerajaan merangka sistem penggreddan baru untuk golongan guru.

"Sistem sedia ada hanya melambatkan peluang kenaikan pangkat dan kenaikan gaji bagi guru gred rendah. Ini mematahkan semangat mereka," katanya.

Ghani juga meminta kerajaan merekut sekurang-kurang 70 peratus penduduk tempatan sebagai guru di Sabah dan Sarawak dengan majoriti daripada kawasan luar bandar.

Pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 pada 16 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lima kaedah kenaikan pangkat bagi warga pendidik berkuat kuasa 1 Jan depan.

NONELima kaedah tersebut ialah kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Bagaimanapun, beberapa warga pendidik khususnya dalam kumpulan rendah mendakwa mereka tercicir daripada kaedah baru kenaikan pangkat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, telah meminta kumpulan itu supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.

- Bernama


Projek IC: Saya TPM tapi tak dirujuk, kata Anwar
Salhan K Ahmad
Mei 21, 11
1:34pm

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas semula satu projek rahsia bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri berhubung pendaftaran warga asing sebagai warga Malaysia – dikatakan sebagai penyumbang utama kepada peluasan Umno di Sabah.

NONENamun, Anwar menegaskan bahawa beliau bukanlah salah seorang daripada individu yang mengetahui secara khusus mengenai projek rahsia berkenaan walaupun beliau merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu.

"Saya telah menjelaskan perkara ini dan ia tidak dipertikaikan. Ia merupakan operasi khas di bawah JPM dan Kementerian Dalam Negeri, pada waktu itu berada bawah (Tun Dr) Mahathir (Mohamed) dan Megat Junid (Megat Ayub).

"(Operasinya) ada sistem dan jumlah (individu atau peruntukan) tidak pernah dirujuk kepada kabinet atau majlis tertinggi Umno atau kepada biro politik," kata ketua umum PKR itu dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini pada minggu lalu.

illegal immigrants roundup 010305 patiently waitingAnwar bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak mendapat maklumat secara langsung berhubung projek berkenaan dan hanya mengetahui mengenainya daripada sumber sekunder.

"Saya merupakan timbalan presiden Umno, tetapi tidak pernah menjadi penandatangan kepada apa-apa cek dalam Umno. Anda boleh bayangkan?

"Pada waktu itu saya bukan sekadar timbalan biasa, saya agak berpengaruh. Tapi perkara tertentu (seperti) keselamatan dalam negeri, operasi ini, duit – itu adalah (tanggungjawab) Mahathir dan (Tun) Daim (Zainuddin)," katanya lagi.

Operasi rahsia

Anwar sebelum ini turut terpalit dengan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam operasi yang antara lainnya pernah didokumentasikan dalam buku Lest We Forget: Security and Sovereignty of Sabah tulisan bekas pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah, Dr Chong Eng Leong.

mahathir and anwar hardtalk showMahathir telah menafikan dakwaan berkenaan manakala satu inkuiri pada 1997 oleh satu jawatankuasa terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum.

Tanda tanya berhubung 'Projek IC' ini timbul semula apabila PKR menimbulkan dakwaan pada awal bulan ini bahawa Umno Hulu Selangor telah meminta KDN memberikan kerakyatan kepada 2,000 orang warga asing.

NONEBagaimanapun, Anwar berkata warga asing berkenaan sepatutnya diberikan kerakyatan sekiranya golongan itu mencapai kelayakan dan melalui proses yang sepatutnya.

"Tapi kenapa ia perlu jadi operasi rahsia. Kenapa ia tidak boleh dijalankan secara telus? Maksud saya, jika mereka sebelum ini warga Indonesia yang telah tinggal di sini selama 20, 30 tahun, saya tidak nampak sebab mengapa kita patut halang.

"Saya tidak memegang pandangan ekstrem seperti sesetengah rakan kita di Sabah," katanya lagi yang menjangkakan kos operasi di negeri berkenaan mencecah angka "ratusan juta ringgit."

captured detained illegal immigrants 030707Tambahnya lagi, sekiranya usaha yang sama dijalankan di seluruh negara, ia akan memakan belanja tambahan sebanyak beberapa ratus juta ringgit.

"(Adakah) sukarelawan Umno yang buat begini? Tidak. (Ia melibatkan) syarikat-syarikat besar," katanya yang berpendapat isu tersebut tidak akan disiasat sepenuhnya kerana ia mungkin turut melibatkan kementerian dalam negeri.


PAS kumpul 100,000 ahli sertai BERSIH 9 Julai ini
Abdul Rahim Sabri
Mei 21, 11
4:24pm

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

mohamad sabu pc announcing new bersih rallyBeliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.

"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.

"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.

"Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini.

bersih rally 271207 03Katanya, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.

Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.

Terlalu singkat

Dua perkara itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.

Satu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

bersih rally 101107 fru water cannon masjid jamek"Kalau di Thailand, mereka mengumumkan untuk mengadakan pada bulan Julai, lebih kurang dua bulan.

"Jadi kita minta tempoh yang munasabah, masa sekarang terlalu singkat," katanya.

Mohamad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata pihaknya bersedia untuk membantu BERSIH untuk mengerahkan ahlinya untuk turun di seluruh negara.

"Kita yakin, PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli... Lebih besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi.

"Kita mahu mengelak kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya untuk menukar kerajaan. Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia," katanya.

mohamad sabu pc announcing new bersih rallyTurut hadir dalam sidang media tersebut adalah Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad.

Dr Hatta berkata butiran terperinci berhubung perhimpunan BERSIH 2 itu akan diumumkan kepada media termasuk tempat, warna tema, dan penyerahan memorandum kepada pihak tertentu.

PAS saja 100 ribu

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata PAS yakin dapat menggerakkan rakyat dalam tempoh tujuh minggu dari tarikh himpunan berbanding BERSIH yang pertama yang mengambil masa selama enam bulan.

Ini kerana katanya, "pengalaman lama" sebelum ini mampu untuk menarik ahli dalam masa yang singkat.

"Jumlah 100 ribu dapat dicapai oleh PAS sahaja untuk menarik para penyokong.

bersih parliament police blockade memo 111207 tian chua hauled"Himpunan di muktamar, kami akan menyedarkan ahli supaya menggerakkan kawasan masing-masing," katanya sambil menambah PAS akan membuat roadshow untuk memobilisasikan ahli-ahlinya ke perhimpunan tersebut.

Katanya, perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang bagi membantah undang-undang yang dianggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi OSA.

Kamaruzaman yang mewakili Pemuda turut memberi komitmen untuk mengerahkan pemuda mereka menyertai himpunan tersebut.

Hisham: Mahkamah akan dedah kebenaran isu video
Mei 21, 11 9:04pm

Mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

umno constitutional amendment committee meeting 061009 hishamuddin pcBeliau berkata ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan.

"Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal.

"Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban di Padang Awam Taman Pelangi hari ini.

Hishammuddin berkata laporan mengenai siasatan itu telah dihantar kepada Peguam Negara.

- Bernama

Pakatan dibidas eksploitasi isu harga minyak
Mei 21, 11 5:27pm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas Pakatan Rakyat yang didakwanya hanya tahu mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sedangkan mereka sendiri tidak tahu mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah itu.

sarawak election muhyiddin 080411 04Beliau berkata Pakatan tidak terbeban dengan tanggungjawab untuk menangani masalah berkenaan, kerana itu mereka hanya bijak untuk menyalahkan kerajaan dalam soal tersebut.

Kerajaan sentiasa mengambil kira pelbagai faktor sebelum mengambil keputusan untuk menaikkan harga sesuatu barangan mahupun minyak bagi memastikan apa jua langkah yang diambil tidak membebankan rakyat, katanya.

"Dari masa ke semasa apabila ada perkara perubahan dari segi kos, kita (kerajaan) kena buat penyesuaian, tetapi kita tak buat keputusan secara tergesa-gesa.

"Bukan hari ini cakap esok kita buat, kita kaji dengan teliti kesannya walaupun sebesar mana kenaikan yang berlaku di pasaran. Kalau naik harga barang ini, apa kesannya kepada rakyat, itu antara perkara yang kita ambil kira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman hari ini.

azlanTimbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas sikap Pakatan yang mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak RON95 walaupun kerajaan belum lagi memutuskan perkara tersebut.

Katanya, sebelum kenaikan dilakukan kerajaan akan meneliti terlebih dahulu laporan daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk dibincangkan dalam Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga yang dipengerusikan oleh beliau.

"Kenaikan harga minyak, harga barang, harga gas atau elektrik ke, ini kenyataan yang harus diterima yang berlaku di mana-mana negara di dunia apabila kos meningkat.

NONE"Di negara jiran baik di Singapura, Thailand, dan Indonesia isunya sama, cuma tahap yang berbeza. Di Malaysia memang ada isu itu (kenaikan) tetapi kadar inflasi kita antara yang terendah...memang ada peningkatan (inflasi) tetapi berbanding dengan apa yang berlaku di dunia, peningkatan itu tidak ketara,” katanya.

Katanya, di negara ini rakyat mudah terasa apabila berlaku kenaikan harga kerana selama ini mereka banyak dibantu oleh subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, jelasnya apabila sampai ke satu peringkat harga yang sedia ada perlu dikaji semula, kerajaan terpaksa merasionalisasikan subsidi yang diberikan supaya pembangunan lain tidak terjejas.

"Ini bukan satu keputusan popular, tetapi kalau tak buat perkara itu, kita akan kekurangan sumber untuk menguruskan negara.

azlan"Jika kerajaan tidak menguruskan dengan baik masalah itu, kerajaan terpaksa menanggung nilai subsidi yang meningkat mendadak daripada RM10 bilion kepada RM18 bilion,” katanya.

Hakikatnya beliau berkata, kerajaan bukan tidak mampu menanggung kos itu namun ia ada had dan batasannya.

Muhyiddin berkata rakyat juga perlu menanggung sebahagian daripada nilai tersebut bagi membolehkan peruntukan turut digunakan dalam pembangunan sektor lain.

- Bernama

PM diminta tak anggap rakyat penagih 'candu'
Mei 21, 11 3:56pm

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menganggap pemberian subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebagai "candu" yang mesti dihentikan.

NONETV Selangor melaporkan Anwar berkata, dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak serta kos hidup semakin tinggi, langkah kerajaan menaikan lagi harga barangan bakal menyusahkan lagi rakyat.

"Candu apa? Bagi subsidi sikit kepada rakyat, candu? Yang diberi kepada tauke tak apa? Subsidi rakyat RM4 bilion. Subsidi IPP RM19 bilion. Apakah (Najib) berani tak panggil Genting San-Yen, Malakoff, Ananda, YTL penagih candu, berani?

"Kalau miskin, memang tanggungjawab kerajaan beri bantuan. Ini bukan nak tolong rakyat miskin, tetapi tuduh mereka penagih candu. Tapi tolong Genting San Yen semua, berbilion ringgit, boleh! Kepada orang kampung, candu. Ini saya tak boleh terima," kata Anwar dengan nada marah.

Beliau berucap di hadapan kira- kira seribu hadirin pada majlis ceramah perdana di Dewan Serbaguna Cheras Baru hari ini.

azlanNajib dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford, United Kingdom pada 17 Mei lalu berkata subsidi ibarat “candu” yang perlu dikurangkan secara berperingkat- peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Justeru, harga petrol RON95 dan diesel turut dijangka dinaikkan dalam masa terdekat berikutan pengumuman beberapa menteri, termasuk timbalan perdana menteri yang meminta rakyat 'bersedia' dengan kenaikan harga.

Anwar berkata Umno cuma menghalalkan kenaikan harga minyak dengan membandingkan dengan harga petrol di Singapura - negara yang tidak mempunyai sumber minyak mentah dan taraf hidup jauh lebih tinggi dari Malaysia.

azlanMenurut Anwar lagi, rakyat Singapura sendiri berfikir untuk perubahan walaupun telah maju kerana tahu mereka boleh menjadi lebih baik.

"Gaji mereka lebih tinggi? Rasuah jauh lebih kurang dari di Malaysia. Pembangunan tinggi...

"Tapi babak demokrasi berat sikit. Tapi itupun, parti pembangkang dibenarkan bercakap di TV. Walaupun maju dan stabil, rakyat masih nak berubah sebab mereka berfikir Singapura boleh menjadi lebih baik," kata Anwar.
PRU-13: Pakatan Rakyat bincang agihan kerusi
Abdul Rahim Sabri
Mei 21, 11
2:57pm

Pakatan Rakyat telah mengarahkan setiap negeri supaya membincangkan mengenai pembahagian kerusi di kalangan parti-parti komponennya menjelang pilihan raya umum ke-13, kata pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abd Rahman.

pengerusi jawatankuasa pemilihan parti Datuk Abdul Halim Abd RahmanMenurut beliau, sekiranya rundingan itu tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka kebuntuan berkenaan akan dibawa ke peringkat pimpinan atasan Pakatan untuk diselesaikan.

"PAS pada dasarnya kekal dengan status-quo, tapi mungkin ada perubahan," katanya sambil menambah perundingan dan agihan kerusi terletak di bidang kuasa setiausaha agung.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita pada sidang mengenai pembahagian kerusi bagi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pada pilihan raya umum lalu, PAS-DAP-PKR yang bergabung dalam Pakatan Rakyat mencapai persefahaman bahawa mereka tidak akan bertanding di kerusi yang diwakili oleh rakan mereka yang lain.

Ini membolehkan mereka bertanding satu lawan satu menumbangkan BN.

Malah, persetujuan dan kerjasama itu dilanjutkan pada pilihan raya kecil apabila amalan tersebut terus dipraktikkan sehingga hari ini.

NONEHasil persefahaman itu, Pakatan Rakyat berjaya menguasai lima negeri - Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan. Bagaimanapun Perak kemudiannya dirampas semula apabila beberapa ADUN Pakatan berpaling tadah.

Mengulas mengenai perkara pokok yang akan dibahaskan oleh perwakilan dalam muktamar Agung PAS Jun ini, Abdul Halim yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan berkata beliau menjangkakan ucapan presiden parti tertumpu kepada persiapan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Maknanya ia menyentuh persiapan seluruh ahli ke arah itu," katanya.

Umno harapkan kejutan di Pulau Pinang
Mei 21, 11 3:14pm

Umno Pulau Pinang mengakui bakal menghadapi cabaran getir pada pilihan raya umum akan datang, namun mengharapkan 'kejutan' daripada rakyat untuk menguasai kembali negeri itu.

Datuk Zainal Abidin Osman, penang umno chiefPengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata Umno dan BN kini bukan hanya melawan parti politik, sebaliknya turut berdepan jentera kerajaan negeri.

"Kalau dulu, BN bertarung bagi mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, begitu juga di Selangor dan Kedah...kini, kita bukan sahaja melawan parti tetapi jentera kerajaan negeri, orang yang sedang berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Pekan, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhammad dan Ketua Puteri Umno Pekan Nor Azita Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang sebagai paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

Zainal Abidin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno bagaimanapun berkata, beliau mengharapkan kejutan daripada rakyat untuk menumbangkan kerajaan negeri pimpinan DAP yang dilihat mengamalkan politik tidak bertanggungjawab.

demonstration against lim guan eng 080511 shaikh hussein mydinBeliau berkata Pakatan Rakyat mengharapkan keburukan pada negara dan kesusahan rakyat demi untuk berkuasa.

"Mereka mahu ekonomi negara merudum dan harap harga barang serta minyak naik supaya rakyat akan marah kerajaan (BN)," katanya.

Beliau berkata Umno di negeri itu kini sedang berusaha keras bagi mengembalikan sokongan rakyat termasuk mengadakan program tinjauan mesra setiap minggu.

"Malah parti-parti komponen BN juga telah bangkit dan mula mengorak langkah dan saya yakin sedikit masa lagi rakyat akan kembali kepada BN," katanya.

- Bernama

Pencalonan Mohamad Sabu 'memberansangkan'
Abdul Rahim Sabri
Mei 21, 11
6:00pm

Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti Jun ini.

petrol price hike protest 2 100306 mat sabuKatanya beliau akan menghantar borang penerimaan pencalonan hari ini atau esok dengan serahan tangan kepada ibu pejabat parti.

"Saya akan teruskan (bertanding jawatan timbalan) tidak kira siapa bertanding (jawatan itu)," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah pencalonan kawasan yang diperolehinya sebaliknya menyifatkannya "memberangsangkan" berbanding dua tahun lalu.

"Kalau jawatankuasa merahsiakan, maka kami pun merahsiakannya," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu petang ini.

Ditanya mengenai sokongan akar umbi terhadap beliau untuk memenangi jawatan tersebut, Mohamad berkata beliau tidak membuat penilaian berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat penilaian.

husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409Mohamad merebut jawatan timbalan buat kali kedua dalam pemilihan kali ini. Dalam pemilihan 2009, beliau tewas dalam pertembungan dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

Seramai enam calon layak bertanding jawatan tersebut pada pemilihan kali ini termasuk Nasharudin yang menyatakan hasratnya untuk mempertahankan jawatannya itu.

Sementara itu, Dr Hatta yang turut hadir dalam sidang media memberitahu beliau akan meneliti terlebih dahulu jumlah pencalonan yang diterimanya sebelum menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden.

pas muktamar 130610 hatta ramli 2"Kalau kehadiran saya untuk bertanding naib dapat meningkatkan (prestasi) parti berbanding orang lain, ada baiknya saya bertanding," katanya.

Sekiranya terdapat calon yang lebih baik dan hebat, katanya calon tersebut lebih baik diutamakan oleh perwakilan.

Dr Hatta kini merupakan bendahari PAS dan ahli parlimen Kuala Krai.

Seramai 14 calon layak bertanding bagi jawatan naib presiden. Setakat ini, hanya ketua penerangan PAS Idris Ahmad telah menawarkan diri untuk bertanding.

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia
Mei 21, 11 5:42pm

Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang lagi seniwati veteran, kali ini Mahyon Ismail, yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira 1 petang tadi selepas mengalami sesak nafas.

Allahyarham berusia 69 tahun.

Mahyon Ismail, popular malay actresMahyon, atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kira-kira pukul 11 malam.

Cucu Allahyarham, Natrah Yasmin, 27, berkata beliau tidak menyangka nenek yang dipanggil 'mak' itu akan meninggal dunia berdasarkan keadaannya yang sihat dan sentiasa ceria.

"Saya dengan mak semalam sempat lagi menghabiskan masa bersama bersiar-siar di pasar raya, dan beliau masih lagi ceria," katanya ketika ditemui Bernama di kediaman Allahyarham di Gombak Setia hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, Allahyarham mengadu sesak nafas kira-kira 10.30 malam dan terus dibawa ke hospital.

"Semasa kami tiba, doktor mengesahkan kandungan gulanya tinggi dan terpaksa menahannya di ICU," katanya.

Mahyon Ismail, popular malay actresNatrah berkata selepas diberi ubat, keadaan neneknya pulih seketika sebelum koma, sehinggalah doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarham, yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan tiga anak serta empat cucu termasuk pelakon Faizal, penulis skrip drama iaitu Dilla dan penyanyi R&B Fairuz.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak hari ini selepas solat Asar.

- Bernama


Dr Mahathir beri tindak balas baik terhadap rawatan
Mei 21, 11 3:05pm

Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi respons yang baik terhadap rawatan dan fisioterapi yang dijalaninya di Institut Jantung Negara (IJN), kata pegawai khasnya, Sufi Yusoff.

Sufi berkata, bekas Perdana Menteri juga mempunyai selera makan yang bertambah baik dan doktor gembira dengan kadar respons terhadap rawatan berkenaan.

"Dr Mahathir akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan beliau juga menjalani senaman rutin seperti berjalan di sekitar wad sejak semalam," katanya melalui emel hari ini.

Sufi berkata, bekas Perdana Menteri akan terus menerima rawatan di IJN bagi membolehkan doktor meneliti perkembangannya dan pelawat hanya terhad kepada anggota keluarga terdekat sahaja.

Sementara itu, beliau berkata, Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut mengucapkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan supaya beliau cepat sembuh.

Negarawan berusia 86 tahun itu dimasukkan ke IJN pada Rabu lalu kerana jangkitan pada dada selepas mengalami batuk dan demam.

- Bernama


RENUNGILAH


MATI ITU TETAP DAN MESTI...TAK KIRA YG BAIK..MUNAFIK..ZALIM..SOKONG ISLAM ATAU MENGHINA ISLAM

YANG TAKABUR ATAU TAWADUK....TUNGGU MASA@TAKDIR...KALAU FAHAM@SEDAR...BERHENTI2LAH BUAT JAHAT

Tiada ulasan: