‘Suka hidung abang Salih’
maiamalina@hmetro.com.my
BAHAGIA...Salih bersama tiga isterinya.
EMI...akui Salih berbeza berbanding lelaki lain
KUALA LUMPUR: “Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.
Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.
Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.
Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.
“Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.
Tubuh kurus, berat melampau
am@hmetro.com.my
DERITA...Rosyatinah memangku anaknya yang lumpuh selepas diserang penyakit misteri sejak dua tahun lalu.
KUANTAN: Doktor mengesahkan dia tidak menghidap sebarang penyakit, namun timbul pelbagai persoalan apabila susuk tubuhnya jauh berubah hingga kurus melidi sedangkan dia makan dengan banyak berbanding sebelum dia diserang penyakit misteri itu dua tahun lalu.
Lebih aneh, di sebalik tubuhnya yang kurus itu, Saila Alias, 25, yang kini mampu terbaring di atas tilam, cukup berat untuk diangkat, malah tidak cukup dengan kudrat dua orang dewasa.
“Pernah dua ahli keluarga kami cuba mengangkat Saila tapi tak mampu. Biarpun kurus, beratnya tidak masuk akal dan tidak setanding dengan fizikalnya,” kata ibunya, Rosyatinah Yon, 48.
Menurutnya, sebelum sakit dua tahun lalu, berat badan Saila kira-kira 49 kilogram (kg), namun sekarang bila dia diangkat beratnya dirasa bertambah lebih sekali ganda, dianggarkan tidak kurang daripada 100kg.
“Saya tak tahu berat sebenar Saila sekarang kerana sejak dia sakit kami tak pernah timbang memandangkan dia lumpuh,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di rumah adiknya di Taman Tas.
‘Saida sakit angau’
murni@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Isteri saya sakit...sakit angau, jika tiada gangguan orang ketiga kami boleh berbaik,” dakwa Mohd Ghazali Yahya Zikri suami kepada kakak penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza di dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Mohd Ghazali, 40, berkata demikian ketika Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi memberi peluang kepadanya untuk memaklumkan kepada mahkamah berhubung perkembangan terbaru hasil penemuan hakam (wakil ahli keluarga) pihaknya dan isteri, penyanyi Saida bagi membincangkan isu yang melanda rumah tangga mereka.
Dengan nada penuh emosi, Mohd Ghazali (defendan) mendakwa keengganan Saida (plaintif) berbaik semula dan meneruskan permohonan cerai adalah disebabkan kewujudan pihak ketiga.
“Sudah bermacam cara saya buat untuk kami berbaik. Keluarga juga tidak percaya daripada seorang wanita lemah-lembut dia (Saida) menjadi tidak bertanggungjawab. Saya sendiri berjumpa Saida bersama lelaki itu dalam sebuah kereta di Balakong. Saya tanya lelaki itu sama ada mengetahui Saida isteri saya.
“Apabila ditanya kepada Saida untuk apa berada di dalam kereta itu, dia memaklumkan mahu memulangkan telefon bimbit. Saya rampas telefon bimbit dan menemui SMS mengandungi perkataan ‘sayang’, ‘rindu’, dan ‘I Love You’ (Saya cinta awak). Dia keluar rumah tanpa izin saya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan