MUHASABAH BERSAMA: UNTUK LELAKI@SUAMI DAN UNTUK WANITA@ISTERI
Ingatlah dua pesanan daripada Qudwah Hasanah kita, Rasulullah SAW untuk dua jantina berbeza, walaupun berbeza pesanan, tetapi demi satu kebahagian dan ketenteraman bersama..Wahai Para Lelaki atau Para Suami, sematkanlah di dalam dadamu, sabdaan Nabi SAW dalam Khutbah Wada' (Khutbah Terakhir) yang mana jika dipegang kukuh, pasti ada kebaikan dan keberkatan sepanjang hidupmu:
Wahai manusia! Takutilah Allah s.w.t dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah s.w.t dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik.
(Hadis Riwayat Muslim no 2137)
Wahai Para Wanita atau Para Isteri, ingatlah pesanan Nabi SAW dalam hadis sohih ini, agar tiada lagi rungutan dan ketidakpuasan hati memberontak di dalam dirimu, kerana suamimu juga seorg manusia biasa yg tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan, namun peganglah sabdaan Rasulullah SAW yg penuh makna ini, agar lebih berhati-hati dalam kehidupan, dan balasan syurga bakal menjadi milikmu, Di dalam satu hadis yang panjang (Daripada Ibnu Abbas R.A):
Nabi SAW bersabda: ((….aku telah dibentangkan (keadaan) neraka, aku tidak pernah melihat suasana sangat teruk (menakutkan) seperti hari itu, dan aku telah melihat penghuni nereka yg paling ramai adalah para wanita)).
Mereka (para sahabat) bertanya: Kenapakah Ya Rasulallah?
Rasulullah SAW bersabda: ((Kerana kekufuran mereka)).
Ditanya lagi: Adakah mereka kufur dgn Allah SWT.
Rasulullah SAW menyambung:
((Mereka (para wanita itu) kufur dengan keluarga (iaitu; suami mereka), mereka kufur dengan kebaikan (suami mereka), jika satu ketika dahulu kamu pernah membuat kebaikan kpd salah seorg dari mereka sepanjang masa, kemudian dia (isteri) melihat sesuatu (kekurangan/kelemahan/kesalahan) dari kamu, lantas dia (isteri) berkata: Aku tidak pernah sekalipun melihat dari kamu kebaikan (ke atasku))).
(Sahih Bukhari , No Hadis 4798 dalam “Bab Mengkufuri Suami” dan Sahih Muslim, No Hadis 1512 dalam Bab “Solat Gerhana”)
Perlu diingat oleh kedua-duanya, samada lelaki atau wanita, teguran dan pesanan ini bukanlah untuk merendahkan satu jantina ke atas jantina lain, atau diekploitasikan untuk kebaikan individu tertentu, tetapi pesanan ini untuk disimpan di hati masing-masing, bahawa jalankan tanggungjawab dengan seikhlas mungkin, tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati dari satu pihak kepada pihak lain...tiada lagi istilah, hak siapa ke atas siapa tidak ditunaikan, tetapi yang perlu difahami adalah "ADAKAH AKU TELAH MENUNAIKAN HAK AKU DENGAN SEBAIKNYA KE ATAS SI DIA?"Jauhkan isitlah ANA KHAIRUN MINHU (AKU LEBIH BAIK DARINYA), AKU LEBIH BANYAK BERJASA KEPADANYA, kerana hanya dengan perkataan ini, IBLIS yang asalnya mulia dan dipuji, dicampakkan dari Syurga dalam keadaan hina dan dilaknati!~
Wallahu'alam...
PESANAN UNTUK DIRIKU, ISTERIKU, PARA SUAMI, PARA ISTERI SERTA UNTUK LELAKI DAN WANITA SEKALIAN...
Apa Yang Lelaki Suka dan Tak Suka
Lelaki suka:* Sikap kelakar
* Budi pekerti dan kesopanan
* Murah hati
* Senyuman manja
* Pandai memasak
* Pandai dalam mengenakan pakaian
* Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
* Tak mudah naik angin
* Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
* Tak terlalu seksi dalam berpakaian
* “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
* Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
* Berwawasan atau bercita-cita tinggi
* Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
* Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
* Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
* Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
* Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
* Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
* Sikap keibuan
* Sukakan kanak-kanak
* Suara lembut tanpa dibuat-buat
* Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
* Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
* Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
* Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
* Tahu bersyukur
* Pandai berjimat-cermat
* Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki Tak Suka:
* Wanita yang suka mengumpat
* Sombong dan bongkak
* Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
* Hisap rokok
* “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
* Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
* Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
* “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
* “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
* Wanita yang hipokrit
* Pembohong dan suka mencari alasan
* Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
* Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
* Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
* Pengotor dan pemalas
* Tak bertanggungjawab langsung
* Tak pandai mengemas
* Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
* Kuat berleter walau hal remeh temeh
* Boros berbelanja
* Tak tahu memasak
* Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
* “Queen Control” atau suka mengarah-arah
* Tak pandai bergaya atau selekeh
* Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
* Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
* Panas baran
* Kuat merajuk dan sukar dipujuk
* Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
* Tak mahu mengakui kesilapan dan ego.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan