Sabtu, 14 Mei 2011

MEMANG MUNGKIN KITA BERKUASA...TAPI TAK TERLAWAN KUASA ALLAH..BEGITU TENTANG PENGARUH....TENTU ORANG TERPENGARUH YANG BENAR DAN BUKAN YANG SALAH...

Pemuda jangan terpengaruh dakyah - Ahmad Maslan
Mei 14, 11 4:35pm

Anggota Pemuda Umno diingatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah disebarkan pembangkang yang memburukkan nama baik pemimpin negara.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata anggota Pemuda perlu mengkaji terlebih dahulu dan menilai secara bijak setiap dakwaan pembangkang yang menabur fitnah semata-mata untuk mencalar nama baik pemimpin negara.

"Negara akan pincang sekiranya anggota Pemuda Umno terlalu mudah terpengaruh dengan cerita tidak benar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab bagi meraih sokongan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pekan, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhamad dan Ketua Pemuda Umno Pekan Mohammad Jefree Wahab.

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Pemuda Umno Pekan seharusnya berbangga dan merasa bertuah kerana dapat berdiri di belakang Ketua Umno Bahagian Pekan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memiliki pengalaman luas dalam bidang politik.

Beliau berkata dalam tempoh singkat, Perdana Menteri telah berjaya melakukan pelbagai perubahan dan kemajuan yang diperlukan rakyat di setiap peringkat.

--Bernama


Anwar: Saya tak menyesal masuk Umno dulu
Jimadie Shah Othman
Mei 14, 11
4:07pm

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pengakuan terbuka bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai Umno hampir 30 tahun lepas.

anwar abim forum"Saya tidak pernah kesali dengan keputusan menyertai Umno. Pengalaman itu juga mematangkan saya," katanya ketika berucap dalam Forum Pengkisahan Semula Angkatan Belia Islam (ABIM).

Beliau memberikan penjelasan itu setelah disebut dalam ucapan dua bekas presiden terawal NGO itu yang menyifatkan pemergian Anwar itu sebagai zaman sukar pada mereka.

Berucap di hadapan seribu anggota ABIM di Universiti Selangor (UNISEL) di Shah Alam, Anwar berkata, tindakannya pada tahun 1982 itu juga secara tidak langsung mematangkan NGO Islam lain, termasuk ABIM.

anwar and abim"Ada orang beranggapan, tanpa Anwar habislah ABIM," katanya sambil memberitahu andaian itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Dengan nada membela diri, beliau menjelaskan, penyertaannya ke dalam Umno pada masa itu bukan bertujuan "mengukuhkan amalan fitnah, penindasan dan rasuah".

Sebaliknya, tambah Anwar, bagi menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan.

Menceritakan pengalaman awalnya bersama Umno, Anwar mendakwa tindakannya menyertai usrah (perbincangan) selepas Subuh dan qiamullail (solat malam) mengundang perasaan tidak selesa segelintir anggota parti itu sendiri.

Pengalaman amat pahit, kata Siddiq

"Mereka kata ada usaha mengubah landasan Umno," katanya tanpa menyebut pihak tersebut secara jelas.

anwar abim forumSebelum itu, presiden ketiga ABIM Datuk Dr Siddiq Fadzil yang memangku jawatan itu ketika Anwar meninggalkan ABIM berkata berasa amat "pedih" dengan tindakan itu.

Katanya, setelah cukup 40 tahun usia ABIM pada tahun ini, beliau mahu memberitahu bahawa pengalaman itu amat pahit sekali.

"Kalau saya anak-anak kecil dan mahukan ghanimah (harta), sudah tentu saya mengamuk dan lari (keluar ABIM)," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Dia juga menghambur pertanyaan yang membuatkan Anwar terus tersipu-sipu di pentas.

islamic state"Dia jadi menteri kewangan, apa dia bagi pada kita? Kita tahulah dia sibuk, baru masuk dah hendak bertanding ketua Pemuda (Umno)," katanya lagi dengan sinis.

Dalam gerakan Islam di Malaysia, masih banyak pihak yang beranggapan tindakan Anwar menyertai Umno 29 tahun lalu sebagai pengkhianatan dan mengecewakan banyak pihak.

Lebih-lebih lagi, ABIM merupakan antara gerakan Islam terawal dan paling berpengaruh ketika itu.

Peguam Negara gagal hadir pendengaran Ketua AMK
Aidila Razak
Mei 14, 11
5:32pm

Peguam Negara hari ini gagal hadir ke sesi pendengaran jawatankuasa disiplin berhubung aduannya keapda peguam Shamsul Iskandar Md Akin yang juga ketua Pemuda PKR.

Menurut Shamshul Iskandar, wakil dan saksi Abdul Gani Patail juga tidak hadir.

"Pendengaran pertama pada 16 April dan ketika itu wakil peguam negara hadir dan menerima notis bahawa sesi itu akan disambung hari ini dengan pihaknya mengemukakan bukti," katanya ketika dihubungi.

Pengerusi Tribunal Siasatan Suraj Singh memutuskan meneruskan sesi itu walaupun tanpa kehadiran pihak berkenaan.

Peguam negara membuat laporan dan aduan mengenai Shamsul Iskandar pada 12 April 2010, setahun selepas ucapannya berhubung pengambilalihan kerajaan Perak menjelang pilihan raya kecil Penanti pada 30 Mac 2009.

Kes antara bekas bekas menteri besar Nizar Jamaluddin dan penggantinya Zambry Abdul Kadir masih berjalan.

Aduan itu dibuat bawah Seksyen 99(a)(2) Akta Profesion Undang-undang 1976 yang menetapkan bahawa mahkamah, hakim, majistret atau Peguam negara boleh mengadapkan seorang peguam kepada lembaga disiplin.

Isu penjualan asid akan dibawa ke kabinet
Mei 14, 11 4:44pm

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membawa isu penjualan dan pembelian asid ke Kabinet secepat mungkin supaya undang-undang pembelian dan penjualan asid dapat diperketat.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau juga akan mengutarakan kepada Kabinet supaya kes–kes keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita diberi keutamaan dalam penyiasatan dan keutamaan untuk mensabitkan penjenayah terbabit.

Beliau berkata kementerian memberi perhatian serius terhadap kedua-dua isu itu selepas terlalu ramai wanita menjadi mangsa simbahan cecair dipercayai asid yang kini tertumpu di sekitar Lembah Klang.

Saya akan membawa isu ini ke Kabinet dalam masa terdekat memohon peraturan yang berkaitan aktiviti menyimpan dan menjual asid dikaji semula supaya orang awam tidak memiliki bahan ini dengan sewenang-wenangnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena di Alor Setar hari ini.

Shahrizat berkata beliau juga telah berjumpa dengan pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dua hari lepas meminta isu simbahan asid itu dan keganasan terhadap wanita dibendung sebaik mungkin.

Sehingga semalam sebanyak 22 kes jenayah menyimbah cecair terhadap wanita berlaku di sekitar Lembah Klang yang dipercayai dilakukan oleh dua lelaki berusia 20 dan 30-an yang menaiki motosikal.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichtyosis Kedah (Perkid) Mohd Firdaus Mehad menyerah memorandum berkaitan tuntutan kebajikan pesakit Ichtyosis, sejenis penyakit kulit, di seluruh Kedah kepada Shahrizat.

Firdaus berkata Perkid yang ditubuhkan dua bulan lepas dan mempunyai anggota seramai 25 orang memerlukan sokongan daripada kementerian tertentu supaya hal-hal kebajikan pesakit Ichtyosis diberi perhatian.

"Kebajikan yang kami perlukan ialah seperti ubat-ubatan, kewangan dan kaunseling bagi memastikan nasib pesakit seperti kami ini dibela dan kami mengharapkan masyarakat sedar dan tidak meminggirkan kami," katanya kepada pemberita.

--Bernama


Kes liwat: Nasib Anwar diketahui Isnin ini
Mei 14, 11 4:54pm

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui nasibnya Isnin ini dalam perbicaraan di mana beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan sama ada Anwar akan diminta membela diri atau dibebaskan.

Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.

Peguam utama Anwar Karpal Singh, ketika dihubungi Bernama, berkata beliau bersedia bagi sebarang kemungkinan dan telah menyiapka persediaan jika Anwar diperintah membela diri.

"Saya tidak berminat untuk membuat spekulasi mengenai keputusan itu dan berharap mahkamah akan mengambil pertimbangan pada sesetengah kekurangan dalam kes pendakwaan," kata Karpal.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, kerana kesalahan persetubuhan di luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Sungguhpun pasukan pembelaan pada mulanya berjaya memohon untuk kes itu didengar di mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi pada 3 Mac, 2009, membenarkan rayuan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.

Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Feb tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.

Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamh secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberikan keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.

Malah Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.

Mohd Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.

Pendakwaan memanggil 27 saksi, termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.

Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA "lelaki Y" didapati di dubur Mohd Saiful yang pada hakikatnya adalah milik Anwar.

--Bernama

Khabar gembira buat guru Isnin ini
Mei 14, 11 4:39pm

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan khabar gembira buat warga pendidik bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata: "Insya-Allah, tunggulah..."

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di Kuantan hari ini, Muhyiddin berkata cabaran baru warga pendidik kini amat mencabar dalam usaha kerajaan mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

"Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020," katanya.

Turut hadir pada majlis yang disertai lebih 2,000 warga pendidik Pahang ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata peranan guru amat penting dalam mendidik anak bangsa bagi mewujudkan modal insan berkualiti pada masa depan.

Katanya kerajaan juga telah menggariskan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang bakal menyediakan 33 juta peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang.

"Terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga manusia terlatih dan ia merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Dalam konteks menjadi negara maju, kita berhadapan dengan persaingan, kecekapan pengurusan, keupayaan menjana sumber baru dan nilai tambah tinggi yang mana perkara itu berpandukan kepada penyediaan tenaga kerja terlatih," katanya.

Beliau berkata kesemua perkara itu memerlukan tuntutan warga pendidik yang mempunyai beban tugas mencabar bagi membentuk manusia terlatih.

Muhyiddin berkata tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat perwatakan sahsiah baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar.

Beliau berkata dalam tempoh akan datang, Kementerian Pelajaran juga akan membantu warga pendidik daripada segi kebajikan guru, perjawatan, peralatan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran.

--Bernama


Nik Aziz diminta berkata benar tentang Anwar
Mei 14, 11 4:27pm

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu "berkata benar walaupun pahit" berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan "seseorang yang ternama".

"Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu, jadi disebabkan jadi perhatian awam, kumum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama warga pendidik Pahang, di Kuantan, hari ini.

Mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan "tak masuk syurga tuduh Anwar" terbabit dalam video seks berkenaan, Muhyiddin berkata:

"(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah, dia menjawab lebih kepada bahasa politik bukan kepada hukum," katanya.

Muhyiddin berkata apa yang penting ketika ini ialah mencari kebenaran berhubung isu video seks berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah dan tohmahan.

"Yang penting ialah mencari hak, kebenaran, katalah benar walaupun yang benar itu pahit, jadi penting bagi kita menjelaskan hal itu, dan kerajaan tidak eksploitasi untuk kepentingan politik," kata beliau.

Menjawab soalan berkenaan kenyataan Nik Aziz sekalipun polis mengesahkan bahawa pakar-pakar asing menyatakan bahawa video seks itu tulen, Muhyiddin berkata:

"Nik Aziz mudah saja, tak ada jalan, cari pada hukum, memang kita faham apa hukum, tetapi ini soal yang besar, yang pasti penting bagi pihak kita cari jalan setidak-tidaknya cari jalan, beri, cari bukti yang sah, bukti fakta sebenar untuk elak tohmahan, fitnah dan sebagainya," kata Muhyiddin.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam berkata rakaman video seks membabitkan pelaku mirip Anwar telah disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara.

--Bernama


Jeff Ooi: 'Variasi lain' laporan mungkin paksaan
Aidila Razak
Mei 14, 11
12:41pm

Ahli parlimen DAP-Jelutong, Jeff Ooi hari ini mendakwa terdapat kemungkinan bahawa lelaki yang membuat laporan polis dengan 'variasi lain' mengenai dakwaan 'konspirasi Kristian' dipaksa berbuat demikian.

jeff ooi on utusan mohamed razali report 140511 03Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Ooi berkata beliau percaya ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba Mohamed Razali Abdul Rahman, yang membuat laporan polis itu semalam dipujuk oleh saudaranya yang bekerja sebagai polis cawangan khas yang memantau kegiatan politik di kawasan Jelutong.

"Kami diberitahu Mohamed Razali dan anggota polis itu ada pertalian keluarga dan anggota itu yang dikatakan berperanan membantu Utusan Malaysia mendapatkan berita itu. Saya harap polis juga boleh mula siasat dari sudut ini dan adil serta bebas dalam siasatan kes berkenaan.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 group"Kita tidak tahu motif atau niatnya membuat laporan polis lima hari setelah kami membuat laporan polis menafikan dakwaan yang dibuat di Utusan... (yang) juga diiringi oleh beliau,” kata Ooi sambil menunjukkan sekeping gambar Mohamed Razali bersamanya ketika membuat laporan polis pada 8 Mei lalu.

Semalam, polis mengesahkan mereka menerima laporan yang mempunyai 'variasi lain' berhubung apa yang terjadi. Bagaimanapun kedua-dua Mohamad Razali dan pihak berkuasa juga enggan mendedahkan apa yang terkandung dalam laporan itu.

Tidak dapat dihubungi

"(Laporan di) Utusan dan TV3 (mengenai laporan polis Mohamed Razali) kekurangan butiran. Kedua-dua melaporkan (beliau) berada di lokasi makan malam yang dianjurkan oleh masyarakat Kristian dan dia berkata 'saya tau apa yang sebenrnya berlaku'. Beliau berselindung di sebalik laporan polis itu.

utusan mohamed razali report police 140511 02"Kami berharap Mohamed Razali mengulangi apa yang dilaporkannya kepada polis supaya kami boleh mengambl tindakan undang-undang jika kenyataannya mengancam kedudukan DAP dan masyarakat Kristian,” kata Ooi.

Utusan
pada 7 Mei lalu, bersandarkan pendedahan di dua blog pro-Umno menyiarkan tajuk utama mendakwa paderi Kristian bercadang menukar agama rasmi persekutuan dan melantik seorang pemimpin di kalangan penganut agama itu sebagai perdana menteri.

Ooi berkata tindakan Mohamed Razali, yang tampil bagi membuat laporan yang menurut pihak berkuasa memberi laporan Utusan “ada asas kebenaran” sebagai tidak logik.

"Jika wujud konspirasi, kami tidak akan menjemput sesiapa, apa lagi seorang Islam.

"Ini common sense dan bagi mendakwa saya adalah penganjur supaya ikrar seperti ini diadakan juga tak masuk akal. Mereka harus tahu, saya beragama Buddha dan mengamalkan ajaran itu,” kata Ooi.

NONEMenurut Ooi, kali terakhir beliau berhubungan dengan Mohamed Razali adalah pada 8 Mei lalu dan kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat selepas beliau meninggalkan Umno Pulau Pinang untuk menyertai DAP pada 2008.

Ahli parlimen itu berkata beliau cuba menghubungi lelaki itu yang disifatkannya sebagai “penyokong setia DAP” tetapi gagal.

Ahli setia DAP

"Mohamed Razali banyak bantu kami pada pilihan raya kecil dan juga berkempen untuk kami di Miri pada pilihan raya negeri Sarawak,” katanya.

Semalam, Mohamed Razali, 42, yang hadir pada majlis tertutup paderi-paderi berkenaan tampil membuat laporan polis.

"Saya datang untuk ceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku di sana (majlis berkenaan) sebab saya sendiri pun hadir pada majlis tersebut. Saya buat laporan ini sebab terlampau kecewa dengan laporan-laporan (dalam media) sebelum ini yang dibuat beberapa pihak yang mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

utusan mohamed razali report police 140511 01"Jadi saya pun buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut tentang isu ini," katanya ketika ditemui di luar Balai Polis Jalan Patani di Pulau Pinang selepas membuat laporan itu.

Mohamed Razali yang ditemani isteri tiba di balai tersebut pukul 9 pagi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran yang dilaporkan kepada polis dengan alasan tidak mahu mengganggu siasatan.


Konspirasi Kristian: Paderi disoal siasat polis
Mei 14, 11 12:07pm

Lapan paderi Kristian yang menghadiri pertemuan tertutup di sebuah majlis kesyukuran di Pulau Pinang di mana dakwaan 'konspirasi' bagi menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia disoal-siasat polis atas tuduhan menghasut.

jeff ooi on utusan mohamed razali report 140511 03Menurut ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi, paderi berkenaan dipanggil minggu lalu berikutan laporan polis yang dibuatnya pada 8 Mei lalu yang menafikan konspirasi berkenaan.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini, Ooi yang turut hadir pada majlis makan malam di mana 'plot' itu didakwa dirancang berkata terdapat kekeliruan berhubung cara sembahyang masyarakat Kristian dengan cara membuat ikrar.

"Paderi-paderi itu ditanya (oleh polis) soalan dengan tema yang sama. Mereka ditanya jika ada konspirasi bagi melantik seorang perdana menteri Kristian dan sama ada terdapat ikrar bagi menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan. Mereka secara kategori menafikan semua itu.

"Mereka juga ditanya sama ada mereka mengangkat tangan semasa bersembahyang seperti yang diamalkan oleh orang Kristian dan sama ada tangan kanan atau kiri yang diangkat dan setinggi mana ia diangkat,” katanya.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meetingDakwa Ooi, sesetengah pihak menganggap apabila orang Kristian mengangkat tangan ketika bersembahyang apdalah upacara mengambil ikrar atau membuat janji.

Selain paderi berkenaan, tiga sukarelawan DAP termasuk dua ahli majlis tempatan dan diri Ooi telah memberikan keterangan mereka kepada polis bagi membantu siasatan yang sedang berterusan itu.

Tiada ulasan: