Facebook, Yahudi & Status Hukum
Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?
Jawapan
Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.
Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.
Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.
Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.
Atas tanggungjawab dakwah dan web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.
Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.
Zaharuddin.net on Facebook
Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum memberi izin kepda rakan webmaster saya. Ia adalah seperti berikut :-
1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.
Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.
Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?
3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.
Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.
Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)
Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.
Jika dikatakan
"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"
Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.
Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.
Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.
Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini keran amereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.
4) Privacy pengguna facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.
Policy menyebutkan :
"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."
Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.
Selain itu, juga disebutkan :
To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."
Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.
Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.
KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-
· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.
· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.
· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-
a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.
d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.
Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Assalamualaikum dan selamat sejahtera~
Selamat pagi, Selamat tengahari, Selamat petang dan Selamat malam. Moga selamat semuanya.
Oke oke. Straight to the point, what we can see nowadays, facebook has taken everyone attentions by its popularity. Ye lah, its almost everyone ada account facebook. Betol tak? Jangankan kate individual je macam friendster, tagged, hi-5, myspace semua tu, sekarang ni, tv3, rancangan2 tv3 dan segala macam bendalah, mesti ada fan page dekat facebook. It’s world wide. Everyone, everywhere and every second, there is a person who uses facebook. Saya pun ada facebook. Hahaha.
Sehinggalah kedengaran ada yang mengatakan facebook ini haram kerana ianya adalah salah satu produk yahudi, malah, pengasas facebook, Mark Zucherberg, katanya menyumbangkan dana yang diperolehi daripada facebook kepada Israel laknatullah. Dan boleh dikatakan sana sini dekat facebook tu sekarang, semuanya update pasal mari boikot produk Yahudi. Tak kira lah produk makanan ke, kecantikan ke, segala bagai lah. Tapi persoalannya, kenapa mereka masih menggunakan facebook jika mereka kata mari boikot produk Yahudi? Pelik kan?
Oke mari sini kita sama-sama huraikan, both sides lah tapi atas satu nama iaitu produk Yahudi dan yang menyumbang dana ke atas Israel di atas perolehan yang diorang dapat daripada jualan barang dan juga facebook. Dua dalam satu lah. Hahaha.
Pertama sekali, kita tahu ke memang betul2 dana yang disumbangkan kepada Israel tu digunakan untuk menghancurkan Islam di atas nama facebook? Jika kita mahu mengkaji sehingga sedalam itu, maksud saya jika benar dana sumbangan diberikan kepada Yahudi Zionis, dan kita pula mahu mengkaji dana yang diberikan itu digunakan dengan cara bagaimanana, sebenarnya Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian sampai macam tu sebab nanti ia akan menyusahkan dan memberatkan umat Islam dan mengakibatkan kesukaran berat buat seluruh umat Islam dalam aktiviti-aktiviti yang lain.
Maksudnya di sini, jika di Malaysia, kita ada agama2 lain yang melakukan urusniaga, seperti Hindu, Buddha dan sebagainya, jadi kita perlu juga mengharamkan aktiviti jual beli dengan mereka? Sedangkan Rasulullah S.A.W dan para sahabat dahulu pun berurus niaga dengan Yahudi di Madinah. Keuntungan yang diperolehi oleh mereka apabila kita, Islam berjual beli dengan mereka adalah tidak sama sekali salah di sisi Islam.
Hukum facebook ini boleh dikatakan harus dan keharusannya boleh bertukar menjadi makruh, syubhah atau haram dengan cara si penggunanya. Begitu juga dengan barangan produk yahudi. Keharusannya boleh bertukar menjadi haram apabila terang-terangan digunakan untuk menyerang umat Islam dan ini perlu diteliti satu persatu sedalamnya.
Tidak salah jika kita membuka akaun facebook tetapi jika anda antara mereka yang di luar sana masih berasa tidak selesa dengan latar belakang facebook, ianya adalah lebih baik bagi anda tidak membuka dan menyertai facebook. Tetapi jangan mengeluarkan apa-apa fatwa tetapi masih boleh memberikan sedikit nasihat dengan menyekat sedikit aktiviti dan penggunaannya.
Tidak boleh kita menyalahkan facebook. Ironiknya, mari kita samakan alkohol dengan facebook. Alkohol jika kita gunakan sebagai ubat untuk membersihkan luka, ianya menjadi halal sebaliknya jika kita meminumnya dengan sengaja maka hukumnya jatuh haram. Sama situasinya seperti facebook. Jika kita menggunakannya dengan tujuan memperkenalkan Islam, berkongsi pendapat mengenai Islam dengan lebih meluas, mengeratkan silaturahim, pendek kata dengan tujuan yang baik, ianya harus, manakala jika kita menggunakan facebook untuk bergaduh sesama saudara seagama, menonjolkan apa yang tak sepatutnya maka haramlah hukumnya.
Jadi dapat disimpulkan di sini adalah penggunaan facebook ini adalah bergantung kepada si pengguna bukan kandungan di dalamnya. It depends on us. Jangan bermain dengan aplikasi yang bukan2 walaupun dengan tujuan main2. Ingat ya kawan2. Saya pun baru sedar akan hal ini. Mari kita sama2 mengingati antara satu sama lain.
Bincang-Bincang Tentang Hukum Facebook
Al Faqir Ilallah: Muhammad Abduh Tuasikal
Alhamdulillah wa shalaatu wa salaamu ‘ala Rosulillah wa ‘ala alihi wa shohbihi ajma’in.Para pembaca yang semoga dirahmati oleh Allah Ta’ala. Belakangan ini di antara kita pernah mendengar fatwa haramnya Facebook, sebuah layanan pertemanan di dunia maya yang hampir serupa dengan Friendster dan layanan pertemanan lainnya. Banyak yang bingung dalam menyikapi fatwa semacam ini. Namun, bagi orang yang diberi anugerah ilmu oleh Allah tentu tidak akan bingung mengenai fatwa tersebut.
Dalam tulisan yang singkat ini, dengan izin dan pertolongan Allah kami akan membahas tema yang cukup menarik ini, yang sempat membuat sebagian orang kaget. Tetapi sebelumnya, ada beberapa preface yang akan kami kemukakan.Semoga Allah memudahkannya.
Dua Kaedah yang Mesti Diperhatikan
Saudaraku, yang semoga selalu mendapatkan taufik dan hidayah Allah Ta’ala. Dari hasil penelitian dari Al Qur’an dan As Sunnah, para ulama membuat dua kaedah ushul fiqih berikut ini:
Hukum asal untuk perkara ibadah adalah terlarang dan tidaklah disyari’atkan sampai Allah dan Rasul-Nya mensyari’atkan.
Sebaliknya, hukum asal untuk perkara ‘aadat (non ibadah) adalah dibolehkan dan tidak diharamkan sampai Allah dan Rasul-Nya melarangnya.
Apa yang dimaksud dua kaedah di atas?
Untuk kaedah pertama yaitu hukum asal setiap perkara ibadah adalah terlarang sampai ada dalil yang mensyariatkannya. Sebagaimana yang kita ketahui bahwa ibadah adalah sesuatu yang diperintahkan atau dianjurkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang memerintahkan atau menganjurkan suatu amalan yang tidak ditunjukkan oleh Al Qur’an dan hadits, maka orang seperti ini berarti telah mengada-ada dalam beragama (baca: berbuat bid’ah). Amalan yang dilakukan oleh orang semacam ini pun tertolak karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda,
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim no. 1718)
Namun, untuk perkara ‘aadat (non ibadah) seperti makanan, minuman, pakaian, pekerjaan, dan mu’amalat, hukum asalnya adalah diperbolehkan kecuali jika ada dalil yang mengharamkannya. Dalil untuk kaedah kedua ini adalah firman Allah Ta’ala,
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu”. (QS. Al Baqarah: 29).
Maksudnya, adalah Allah menciptakan segala yang ada di muka bumi ini untuk dimanfaatkan. Itu berarti diperbolehkan selama tidak dilarangkan oleh syari’at dan tidak mendatangkan bahaya.
Allah Ta’ala juga berfirman,
“Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik?” Katakanlah: “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat .” Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.” (QS. Al A’raaf: 32).
Dalam ayat ini, Allah Ta’ala mengingkari siapa saja yang mengharamkan makanan, minuman, pakaian, dan semacamnya.
Jadi, jika ada yang menanyakan mengenai hukum makanan “tahu”? Apa hukumnya? Maka jawabannya adalah “tahu” itu halal dan diperbolehkan.
Jika ada yang menanyakan lagi mengenai hukum minuman “Coca-cola”? Apa hukumnya? Maka jawabannya juga sama yaitu halal dan diperbolehkan.
Begitu pula jika ada yang menanyakan mengenai jual beli laptop? Apa hukumnya? Jawabannya adalah halal dan diperbolehkan.
Jadi, untuk perkara non ibadah seperti tadi, hukum asalnya adalah halal dan diperbolehkan kecuali ada dalil yang mengharamkannya. Makan bangkai menjadi haram, karena dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu pula pakaian sutra bagi laki-laki diharamkan karena ada dalil yang menunjukkan demikian. Namun asalnya untuk perkara non ibadah adalah halal dan diperbolehkan.
Oleh karena itu, jika ada yang menanyakan pada kami bagaimana hukum Facebook? Maka kami jawab bahwa hukum asal Facebook adalah sebagaimana handphone, email, blog, internet, radio, dan alat-alat teknologi lainnya yaitu sama-sama mubah dan diperbolehkan.
Hukum Sarana sama dengan Hukum Tujuan
Perkara mubah (yang dibolehkan) itu ada dua macam. Ada perkara mubah yang dibolehkan dilihat dari dzatnya dan ada pula perkara mubah yang menjadi wasilah (perantara) kepada sesuatu yang diperintahkan atau sesuatu yang dilarang.
Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di –rahimahullah- mengatakan,
“Perkara mubah dibolehkan dan diizinkan oleh syari’at untuk dilakukan. Namun, perkara mubah itu dapat pula mengantarkan kepada hal-hal yang baik maka dia dikelompokkan dalam hal-hal yang diperintahkan. Perkara mubah terkadang pula mengantarkan pada hal yang jelek, maka dia dikelompokkan dalam hal-hal yang dilarang.
Inilah landasan yang harus diketahui setiap muslim bahwa hukum sarana sama dengan hukum tujuan (al wasa-il laha hukmul maqhosid).”
Maksud perkataan beliau di atas:
Apabila perkara mubah tersebut mengantarkan pada kebaikan, maka perkara mubah tersebut diperintahkan, baik dengan perintah yang wajib atau pun yang sunnah. Orang yang melakukan mubah seperti ini akan diberi ganjaran sesuai dengan niatnya.
Misalnya : Tidur adalah suatu hal yang mubah. Namun, jika tidur itu bisa membantu dalam melakukan ketaatan pada Allah atau bisa membantu dalam mencari rizki, maka tidur tersebut menjadi mustahab (dianjurkan/disunnahkan) dan akan diberi ganjaran jika diniatkan untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah.
Begitu pula jika perkara mubah dapat mengantarkan pada sesuatu yang dilarang, maka hukumnya pun menjadi terlarang, baik dengan larangan haram maupun makruh.
Misalnya : Terlarang menjual barang yang sebenarnya mubah namun nantinya akan digunakan untuk maksiat. Seperti menjual anggur untuk dijadikan khomr.
Contoh lainnya adalah makan dan minum dari yang thoyib dan mubah, namun secara berlebihan sampai merusak sistem pencernaan, maka ini sebaiknya ditinggalkan (makruh).
Bersenda gurau atau guyon juga asalnya adalah mubah. Sebagian ulama mengatakan, “Canda itu bagaikan garam untuk makanan. Jika terlalu banyak tidak enak, terlalu sedikit juga tidak enak.” Jadi, jika guyon tersebut sampai melalaikan dari perkara yang wajib seperti shalat atau mengganggu orang lain, maka guyon seperti ini menjadi terlarang.
Oleh karena itu, jika sudah ditetapkan hukum pada tujuan, maka sarana (perantara) menuju tujuan tadi akan memiliki hukum yang sama. Perantara pada sesuatu yang diperintahkan, maka perantara tersebut diperintahkan. Begitu pula perantara pada sesuatu yang dilarang, maka perantara tersebut dilarang pula. Misalnya tujuan tersebut wajib, maka sarana yang mengantarkan kepada yang wajib ini ikut menjadi wajib.
Contohnya : Menunaikan shalat lima waktu adalah sebagai tujuan. Dan berjalan ke tempat shalat (masjid) adalah wasilah (perantara). Maka karena tujuan tadi wajib, maka wasilah di sini juga ikut menjadi wajib. Ini berlaku untuk perkara sunnah dan seterusnya.
Intinya, Hukum Facebook adalah Tergantung Pemanfaatannya
Jadi intinya, hukum facebook adalah tergantung pemanfaatannya. Kalau pemanfaatannya adalah untuk perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat, maka facebook pun bernilai sia-sia dan hanya membuang-buang waktu. Begitu pula jika facebook digunakan untuk perkara yang haram, maka hukumnya pun menjadi haram. Hal ini semua termasuk dalam kaedah “al wasa-il laha hukmul maqhosid (hukum sarana sama dengan hukum tujuan).” Di bawah kaedah ini terdapat kaedah derivat atau turunan yaitu:
1. Maa laa yatimmul wajibu illah bihi fa huwa wajib (Suatu yang wajib yang tidak sempurna kecuali dengan sarana ini, maka sarana ini menjadi wajib)
2. Maa laa yatimmul masnun illah bihi fa huwa masnun (Suatu yang sunnah yang tidak sempurna kecuali dengan sarana ini, maka sarana ini menjadi wajib)
3. Maa yatawaqqoful haromu ‘alaihi fa huwa haromun (Suatu yang bisa menyebabkan terjerumus pada yang haram, maka sarana menuju yang haram tersebut menjadi haram)
4. Wasail makruh makruhatun (Perantara kepada perkara yang makruh juga dinilah makruh)
Maka lihatlah kaedah derivat yang ketiga di atas. Intinya, jika facebook digunakan untuk yang haram dan sia-sia, maka facebook menjadi haram dan terlarang.
Kita dapat melihat bahwa tidak sedikit di antara pengguna facebook yang melakukan hubungan gelap di luar nikah di dunia maya. Padahal lawan jenis yang diajak berhubungan bukanlah mahram dan bukan istri. Sungguh, banyak terjadi perselingkuhan karena kasus semacam ini. Jika memang facebook banyak digunakan untuk tujuan-tujuan seperti ini, maka sungguh kami katakan, “Hukum facebook sebagaimana hukum pemanfaatannya. Kalau dimanfaatkan untuk yang haram, maka facebook pun menjadi haram.”
Waktu yang Sia-sia Di Depan Facebook
Saudaraku, inilah yang kami ingatkan untuk para pengguna facebook. Ingatlah waktumu! Kebanyakan orang betah berjam-jam di depan facebook, bisa sampai 5 jam bahkan seharian, namun mereka begitu tidak betah di depan Al Qur’an dan majelis ilmu. Sungguh, ini yang kami sayangkan bagi saudara-saudaraku yang begitu gandrung dengan facebook. Oleh karena itu, sadarlah!!
Semoga beberapa nasehat ulama kembali menyadarkanmu tentang waktu dan hidupmu.
Imam Asy Syafi’i rahimahullah pernah mengatakan,
“Aku pernah bersama dengan seorang sufi. Aku tidaklah mendapatkan pelajaran darinya selain dua hal. Pertama, dia mengatakan bahwa waktu bagaikan pedang. Jika kamu tidak memotongnya (memanfaatkannya), maka dia akan memotongmu.”
Lanjutan dari perkataan Imam Asy Syafi’i di atas,
“Kemudian orang sufi tersebut menyebutkan perkataan lain: Jika dirimu tidak tersibukkan dengan hal-hal yang baik (haq), pasti akan tersibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil).” (Al Jawabul Kafi, 109, Darul Kutub Al ‘Ilmiyah)
Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,
“Waktu manusia adalah umurnya yang sebenarnya. Waktu tersebut adalah waktu yang dimanfaatkan untuk mendapatkan kehidupan yang abadi dan penuh kenikmatan dan terbebas dari kesempitan dan adzab yang pedih. Ketahuilah bahwa berlalunya waktu lebih cepat dari berjalannya awan (mendung). Barangsiapa yang waktunya hanya untuk ketaatan dan beribadah pada Allah, maka itulah waktu dan umurnya yang sebenarnya. Selain itu tidak dinilai sebagai kehidupannya, namun hanya teranggap seperti kehidupan binatang ternak.”
Ingatlah … kematian lebih layak bagi orang yang menyia-nyiakan waktu.
Ibnul Qayyim mengatakan perkataan selanjutnya yang sangat menyentuh qolbu,
“Jika waktu hanya dihabiskan untuk hal-hal yang membuat lalai, untuk sekedar menghamburkan syahwat (hawa nafsu), berangan-angan yang batil, hanya dihabiskan dengan banyak tidur dan digunakan dalam kebatilan, maka sungguh kematian lebih layak bagi dirinya.” (Al Jawabul Kafi, 109)
Marilah Memanfaatkan Facebook untuk Dakwah
Inilah pemanfaatan yang paling baik yaitu facebook dimanfaatkan untuk dakwah. Betapa banyak orang yang senang dikirimi pesan nasehat agama yang dibaca di inbox, note atau melalui link mereka. Banyak yang sadar dan kembali kepada jalan kebenaran karena membaca nasehat-nasehat tersebut.
Jadilah orang yang bermanfaat bagi orang lain apalagi dalam masalah agama yang dapat mendatangkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Dari Jabir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling memberikan manfaat bagi orang lain.” (Al Jaami’ Ash Shogir, no. 11608)
Dari Abu Mas’ud Al Anshori, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa memberi petunjuk pada orang lain, maka dia mendapat ganjaran sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya.” (HR. Muslim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
“Jika Allah memberikan hidayah kepada seseorang melalui perantaraanmu maka itu lebih baik bagimu daripada mendapatkan unta merah (harta yang paling berharga bagi orang Arab saat itu).” (HR. Bukhari dan Muslim)
Lihatlah saudaraku, bagaimana jika tulisan kita dalam note, status, atau link di facebook dibaca oleh 5, 10 bahkan ratusan orang, lalu mereka amalkan, betapa banyak pahala yang kita peroleh. Jadi, facebook jika dimanfaatkan untuk dakwah semacam ini, sungguh sangat bermanfaat.
Penutup: Nasehat bagi Para Pengguna Facebook
Faedah dari perkataan Imam Asy Syafi’i:
“Jika dirimu tidak tersibukkan dengan hal-hal yang baik, pasti akan tersibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil)”.(Al Jawabul Kafi, 109)
Kami hanya bisa berdoa kepada Allah, semoga Allah memberikan taufik dan hidayah bagi orang yang membaca tulisan ini. Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk memanfaatkan waktu dengan baik, dalam hal-hal yang bermanfaat.
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.
Rujukan:
Al Jawabul Kafi, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, Darul Kutub Al ‘Ilmiyah
Al Qowa’id wal Ushul Al Jaami’ah, Abdurrahman bin Nashir As Sa’di, Darul Wathon Lin Nasyr
Jam’ul Mahshul fi Syarhi Risalah Ibni Sya’di fil Ushul, Abdullah bin Sholeh Al Fauzan, Dar Al Muslim
Risalah Lathifah, Abdurrahman bin Nashir As Sa’di
BAGAIMANA HUKUM FACEBOOK?
Salamun’alaikum…
Alhamdulillah, setelah satu artikel tulisan penulis berkaitan Facebook yang bertajuk ‘Ada Apa Dengan Facebook‘ telah mendapat respon yang agak menggalakkan tidak kira yang respon di dalam blog ini, mahupun pada mereka yang memberi respon melalui email dan juga SMS. Ditambah pula dengan artikel ‘gurauan’ yang bertajuk ‘Gambar Hari Ini : Facebook Zaman Dulu-Dulu‘. Ada yang memberi respon dalam nada bergurau yang mengatakan penulis sememangnya anti-Facebook. Mungkin betul juga (huhu)…
Namun untuk artikel kali ini, penulis cuba mengetengahkan satu artikel yang sangat baik untuk dikongsikan bersama dengan pembaca budiman sekalian. Ada beberapa sahabat penulis bertanyakan tentang asal hukum Facebook. Sememangnya telah ramai pakar agama mengatakan hukum Facebook itu adalah harus, tetapi tidak dijelaskan bagaimana asal hukum harus itu dikeluarkan. Bagi sesetengah orang, memadai bagi mereka untuk sekadar mengetahui hukum sesuatu perkara itu, namun bagi sesetengah yang lain pula mempunyai semangat ingin tahu yang mendalam tentang bagaimana sesuatu hukum itu dikeluarkan.
Untuk menjelaskan persoalan ini, maka penulis mengeluarkan satu entri khas yang dicedok dari hasil tulisan seorang muslimah yang menggunakan nama samaran sebagai ‘Ummu Taufiq & Ridhwan’ dari laman Discussion Room. Satu penulisan yang sangat baik pada perkiraan penulis. Tulisannya penulis ambil kesemuanya tanpa sebarang perubahan dari struktur ayat, cuma dimurnikan sedikit dari ejaan supaya kelihatan lebih formal.
Moga bermanfaat buat semua.
……………………………………………
Salamun’alaikum…
Alhamdulillah, dapat diperhatikan bahawa ruangan ini adanya satu perbincangan yang sihat untuk sama-sama kita membuka minda. Di sini saya pula ingin memberi pendapat untuk memenuhi hak seorang suami ke atas diri ini. Sekadar pendapat peribadi maka dengan itu tidak wajib untuk pembaca lain sependapat dengan saya.
Para pembaca yang semoga dirahmati oleh Allah Ta’ala. Kebelakangan ini telah wujud pelbagai laman perhubungan ataupun yang dikenali sebagai social community ataupun social networking. Maka dengan itu, wujudlah pelbagai persoalan berkaitan dengan hukum menggunakannya dan sebagainya.
Dalam masa yang terbatas ini, atas permintaan suami, maka dengan izin dan pertolongan Allah saya akan cuba memberikan sedikit pernghuraiannya moga perkara ini dapat dilihat dari pelbagai sudut sisi.
Apakah hukum menggunakannya?
Untuk menentukan sesuatu hukum itu, maka dua kaedah mesti diperhatikan. Hasil penelitian dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, para ulama membuat dua kaedah usul-fiqh seperti berikut :
- Hukum asal untuk perkara ibadah adalah terlarang dan tidaklah disyariatkan sehinggalah Allah dan Rasul-Nya mensyariatkannya.
- Sebaliknya, hukum asal untuk perkara ‘aadat (perkara bukan ibadah) adalah dibolehkan (diharuskan) dan tidak diharamkan sehinggalah Allah dan Rasul-Nya melarangnya atau mengharamkannya.
Untuk kaedah pertama iaitu hukum asal setiap perkara ibadah adalah terlarang sampai ada dalil yang mensyariatkannya. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa ibadah adalah sesuatu yang diperintahkan atau dianjurkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang memerintahkan atau menganjurkan suatu amalan yang tidak ditunjukkan oleh Al Qur’an dan hadits, maka orang seperti ini bererti telah mengada-ada dalam beragama (berbuat bid’ah). Amalan yang dilakukan oleh orang semacam ini pun tertolak kerana Nabi S.A.W telah bersabda,
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim)
Namun, untuk perkara ‘aadat (bukan ibadah) seperti makan, minum, pakaian, pekerjaan, dan mu’amalat, hukum asalnya adalah diperbolehkan kecuali jika ada dalil yang mengharamkannya. Dalil untuk kaedah kedua ini adalah firman Allah Ta’ala,
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu”. (Al-Baqarah: 29).
Maksudnya, adalah Allah menciptakan segala yang ada di muka bumi ini untuk dimanfaatkan. Ini bererti diperbolehkan selama tidak dilarang oleh syari’at dan tidak mendatangkan bahaya.
Allah Ta’ala juga berfirman,
“Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?” Katakanlah: “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat .” Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.” (Al-A’raaf: 32).
Dalam ayat ini, Allah Ta’ala mengingkari siapa saja yang mengharamkan makanan, minuman, pakaian, dan semacamnya.
Jadi, sebagai contoh jika ada yang bertanyakan mengenai hukum memakai tali leher? Apa hukumnya? Maka jawapannya adalah memakai tali leher itu sah, harus (halal) dan diperbolehkan.
Jadi, untuk perkara bukan ibadah seperti tadi, hukum asalnya adalah halal dan diperbolehkan kecuali ada dalil yang mengharamkannya. Tetapi apabila adanya dalil yang mengharamkan maka asal hukum harus bertukar menjadi haram. Sebagai contoh asal hukum lelaki memakai tali leher adalah harus dan diperbolehkan tetapi ia berubah menjadi haram apabila tali leher itu dibuat dari sutera asli. Pakaian sutera bagi laki-laki diharamkan kerana ada dalil yang menunjukkan demikian.
Oleh kerana itu, jika ada yang bertanyakan bagaimana hukum Facebook? Maka hukum asal Facebook adalah sebagaimana handphone, email, blog, internet, radio, dan alat-alat teknologi lainnya iaitu sama-sama mubah dan diperbolehkan.
Hukum Menggunakannya sama dengan Hukum Tujuan
Perkara mubah (yang dibolehkan) itu ada dua macam. Ada perkara mubah yang dibolehkan dilihat dari zatnya dan ada pula perkara mubah yang menjadi wasilah (perantara) kepada sesuatu yang diperintahkan atau sesuatu yang dilarang.
Syeikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di –rahimahullah- mengatakan,
“Perkara mubah dibolehkan dan diizinkan oleh syariat untuk dilakukan. Namun, perkara mubah itu dapat pula digunakan kepada hal-hal yang baik maka dia digolongkan dalam hal-hal yang diperintahkan. Perkara mubah terkadang pula digunakan pada hal yang buruk, maka dia digolongkan dalam hal-hal yang dilarang. Inilah landasan yang harus diketahui setiap muslim bahawa hukum menggunakannya sama dengan hukum tujuan (al wasa-il laha hukmul maqhosid).”
Maksud perkataan beliau di atas:
Apabila perkara mubah tersebut digunakan pada kebaikan, maka perkara mubah tersebut diperintahkan, baik dengan perintah yang wajib atau pun yang sunnah. Orang yang melakukan mubah seperti ini akan diberi ganjaran sesuai dengan niatnya.
Misalnya : Tidur adalah suatu perkara yang mubah. Namun, jika tidur itu boleh membantu dalam melakukan ketaatan pada Allah atau boleh membantu dalam mencari rezeki, maka tidur tersebut menjadi mustahab (dianjurkan/ disunnahkan) dan akan diberi ganjaran jika diniatkan untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah.
Begitu pula jika perkara mubah digunakan pada sesuatu yang dilarang, maka hukumnya pun menjadi terlarang, baik dengan larangan haram mahupun makruh.
Misalnya : Menjual pisau adalah mubah namun ia bertukar menjadi haram apabila pisau itu digunakan untuk tujuan buruk seperti membunuh dan sebagainya.
Contoh lainnya adalah makan dan minum dari dari sumber yang halal hukum asalnya adalah mubah, namun apabila dimakan secara berlebihan sehingga boleh merosakkan sistem pencernaan, maka hukumnya adalah makruh dan boleh jatuh haram.
Contoh yang lain yang ingin saya bawakan di sini untuk menerangkan bagaimana asal hukum yang harus atau sunat boleh bertukar makruh atau haram adalah seperti bersenda gurau. Bergurau senda asalnya adalah mubah. Sebahagian ulama mengatakan, “bergurau senda itu bagaikan garam untuk makanan. Jika terlalu banyak tidak enak, terlalu sedikit juga tidak enak.” Jadi, jika bergurau senda tersebut sampai melalaikan dari perkara yang wajib seperti solat atau mengganggu orang lain, maka bersenda gurau tersebut menjadi terlarang.
Oleh kerana itu, jika sudah ditetapkan hukum pada tujuan, maka menggunakan (perantara) menuju tujuan tadi akan memiliki hukum yang sama. Perantara pada sesuatu yang diperintahkan, maka perantara tersebut diperintahkan. Begitu pula perantara pada sesuatu yang dilarang, maka perantara tersebut dilarang pula.
Contohnya : Menunaikan solat lima waktu adalah sebagai tujuan. Dan berjalan ke tempat solat (masjid) adalah wasilah (perantara). Maka kerana tujuan tadi wajib, maka wasilah di sini juga turut menjadi wajib. Ini berlaku untuk perkara sunnah dan seterusnya.
Hukum Facebook adalah Tergantung Pemanfaatannya
Jadi perkara pentingnya di sini, hukum facebook ataupun social community atau social networking yang lain adalah tergantung pada pemanfaatannya. Kalau pemanfaatannya adalah untuk perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat, maka laman-laman social networking pun turut bernilai sia-sia dan hanya membuang waktu. Begitu pula jika ia digunakan untuk perkara yang haram, maka hukumnya pun menjadi haram. Hal ini semua termasuk dalam kaedah “al wasa-il laha hukmul maqhosid (hukum menggunakannya sama dengan hukum tujuan).” Di dalam kaedah ini terdapat kaedah turunan iaitu:
1. Maa laa yatimmul wajibu illah bihi fa huwa wajib (Suatu yang wajib yang tidak sempurna kecuali dengannya, maka menggunakannya menjadi wajib)
2. Maa laa yatimmul masnun illah bihi fa huwa masnun (Suatu yang sunnah yang tidak sempurna kecuali dengan menggunakannya, maka menggunakannya menjadi wajib)
3. Maa yatawaqqoful haromu ‘alaihi fa huwa haromun (Suatu yang boleh menyebabkan terjerumus pada yang haram, maka menggunakan sesuatu menuju yang haram tersebut menjadi haram)
4. Wasail makruh makruhatun (Perantara kepada perkara yang makruh juga dinilai makruh)
Maka lihatlah kaedah yang ketiga di atas. Perkara pentingnya, jika laman social digunakan untuk yang haram dan sia-sia, maka laman tersebut menjadi haram dan terlarang.
Dari statistik menunjukkan bahawa terdapat pengguna laman social menggunakan laman-laman ini untuk mencari teman-teman yang berlawanan jenis dan kemudian terjerumus ke lembah maksiat. Dari statistik juga dapat diketahui ada segelintir anak-anak gadis yang dirogol oleh teman yang baru pertama kali dijumpai yang mana mereka berkenalan di laman social tersebut. Jika memang laman-laman ini banyak digunakan untuk tujuan-tujuan seperti ini, maka sungguh dikatakan, “Hukum laman social sebagaimana hukum pemanfaatannya. Kalau dimanfaatkan untuk yang haram, maka laman social pun menjadi haram.”
Waktu yang Sia-sia Di Depan laman social
Wahai pembaca budiman, inilah yang ingin diingatkan untuk para pengguna laman social. Ingatlah waktumu! Kebanyakan orang boleh berjam-jam di depan komputer, sampai 3 jam malah lebih, namun mereka tidak mampu menggunakan masa yang sama untuk majlis-majlis ilmu, membaca Al-Qur’an dan juga membaca buku. Perkara inilah yang sangat disayangkan.
Semoga beberapa nasihat ulama kembali menyedarkan kita tentang waktu dan hidup kita.
Imam Asy-Syafi’e pernah mengatakan,
“Aku pernah bersama dengan seorang sufi. Aku tidaklah mendapatkan pelajaran darinya selain dua perkara. Pertama, dia mengatakan bahawa waktu bagaikan pedang. Jika kamu tidak memotongnya (memanfaatkannya), maka dia akan memotongmu.”
Lanjutan dari perkataan Imam Asy-Syafi’e di atas,
“Kemudian orang sufi tersebut menyebutkan perkataan lain: Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal-hal yang baik (haq), pasti akan disibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil).” (Al Jawabul Kafi, 109, Darul Kutub Al ‘Ilmiyah)
Ibnu Qayyim mengatakan,
“Waktu manusia adalah umurnya yang sebenarnya. Waktu tersebut adalah waktu yang dimanfaatkan untuk mendapatkan kehidupan yang abadi dan penuh kenikmatan dan terbebas dari kesempitan dan azab yang pedih. Ketahuilah bahawa berlalunya waktu lebih cepat dari berjalannya awan (mendung). Barangsiapa yang waktunya hanya untuk ketaatan dan beribadah pada Allah, maka itulah waktu dan umurnya yang sebenarnya. Selain itu tidak dinilai sebagai kehidupannya, namun hanya teranggap seperti kehidupan binatang ternak.”
Ingatlah … kematian lebih layak bagi orang yang menyia-nyiakan waktu.
Ibnu Qayyim mengatakan perkataan selanjutnya yang sangat menyentuh kalbu,
“Jika waktu hanya dihabiskan untuk hal-hal yang membuat lalai, untuk sekadar menghamburkan syahwat (hawa nafsu), berangan-angan yang batil, hanya dihabiskan dengan banyak tidur dan digunakan dalam kebatilan, maka sungguh kematian lebih layak bagi dirinya.” (Al Jawabul Kafi, 109)
Marilah Memanfaatkan laman social untuk Dakwah
Inilah pemanfaatan yang paling baik iaitu laman social community, social networking dimanfaatkan untuk dakwah. Betapa ramainya orang yang kembali ke pangkal jalan apabila dikirimkan pesanan-pesanan berbaur nasihat agama yang dibaca di inbox, note atau melalui link-link di laman social community mereka yang menggunakannya untuk berdakwah. Banyak yang sedar, insaf dan kembali kepada jalan kebenaran kerana membaca nasihat-nasihat tersebut.
Jadilah orang yang bermanfaat bagi orang lain apatah lagi dalam masalah agama yang dapat mendatangkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Dari Jabir, Nabi S.A.W bersabda,
“Sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberikan manfaat bagi orang lain.” (Al-Jaami’ Ash-Shogir)
Dari Abu Mas’ud Al-Anshari, Nabi S.A.W bersabda,
“Barangsiapa memberi petunjuk pada orang lain, maka dia mendapat ganjaran sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya.” (HR. Muslim)
Rasulullah S.A.W juga bersabda,
“Jika Allah memberikan hidayah kepada seseorang melalui perantaraanmu maka itu lebih baik bagimu daripada mendapatkan unta merah (harta yang paling berharga bagi orang Arab saat itu).” (HR. Bukhari dan Muslim)
Lihatlah wahai saudaraku pembaca budiman, bagaimana jika tulisan kita di dalam note, status, atau link di laman-laman social kita dibaca oleh 5, 10 malah ratusan orang, lalu mereka amalkan, betapa banyak pahala yang kita peroleh. Jadi, laman social jika dimanfaatkan untuk dakwah seperti ini, sungguh sangat bermanfaat.
Penutup: Nasihat bagi Para Pengguna Laman Social
Faedah dari perkataan Imam Asy-Syafi’e:
“Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal-hal yang baik, pasti akan disibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil)”. (Al Jawabul Kafi, 109)
Tamat…
Saya berdoa pada Allah Ta’ala, semoga Allah memberikan taufik dan hidayah buat semua pembaca budiman yang membaca tulisan ini. Semoga ia menjadi bekalan untuk saya, suami, anak-anak, serta tuan punya blog (adik Mofas) dan juga bekalan untuk pembaca sekalian. Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk memanfaatkan waktu dengan baik, dalam hal-hal yang bermanfaat.
Ummu Taufiq & Ridhwan
Status Hukum Facebook
Salam....
Apa hukum facebook ustaz...dengar kata dana keuntungan dari facebook disalurkan untuk yahudi?
Jawapannya
Facebook adalah laman sesawang yang sangat popular dan sangat mudah berkomunikasi di seluruh dunia. Facebook juga merupakan laman yang sangat efektif untuk menyebarkan apa-apa maklumat dan apa-apa iklan perniagaan, kerana ia dapat dilihat oleh semua orang seluruh dunia. Lazimnya facebook digunakan untuk ahlinya berkomunikasi bersama kawan-kawannya dan juga kemudahan untuk soal-soal tugasan atau pekerjaan. Ada individu mengunakan facebook untuk mengisi masa lapangnya, ada mengunakan facebook untuk mencari kawan-kawan lama, ada mengunakan facebook untuk perniagaan dan sebagainya.
Pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York. Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama. majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008. Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion. Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008.
Status hukum
Menurut Ustaz Zaharuddin dalam blognya berkata :
“Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.”
Katanya lagi :
“Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk tidak membuka dan menyertai facebook. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.”
Hujah yang mengatakan harus adalah disandarkan kepada hadis Nabi yang bermaksud :
"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari)
Muamalah Islam tidak melarang umatnya untuk berniaga atau urusan keduniaan dengan orang bukan Islam, kerana ini tidak melibatkan perkara yang dilarang oleh agama Islam. Sebagai ingatan, selagimana muamalah atau urusan keduniaan itu tidak melibatkan agama atau sensitiviti agama, maka selagi itulah ianya menjadi harus. Kalau melibatkan sensitiviti agama, maka ia jatuh haram.
Pandangan saya
Pertama : Harus
Facebook merupakan medan yang paling baik untuk menyebarkan dakwah, kerana ianya luas dan tiada tapisan, setiap berita yang dimasukkan akan dilihat oleh semua orang seluruh dunia. Saya juga mempunyai akaun facebook dan saya hanya menggunakan akaun facebook untuk menyebarkan artikel-artikel blog saya yang berkaitan dakwah kepada sahabat-sahabat di facebook dan jarang saya gunakan facebook untuk sembang-sembang kosong dan tidak pernah sembang perkara-perkara yang laqa atau tidak berfaedah.
Harus juga bagi sesiapa yang menjadikan facebook sebagai tempat mencari kawan-kawan lama, menjadikan facebook sebagai medan pertanyaan, menjadikan facebook sebagai urusan pekerjaan dan seumpamanya. Kerana aktiviti ini tidak bercanggah dengan Amal makruf dalam Islam.
Kedua-dua perkara di atas ini tidak melibatkan transaksi kewangan kepada facebook dan ianya semata-mata sosial. Ada orang mengatakan bahawa sebahagian keuntungan facebook akan diberikan kepada negara haram Israel. Awas!!! Jangan sesekali klik kepada iklan yang terdapat di sisi kanan facebook, kerana facebook akan memperolehi duit dari iklan tersebut.
Kedua : Haram
Jika facebook dijadikan sebagai tempat untuk mencari kesilapan orang, mengutuk orang, menghina orang, menyebarkan perkara yang dilarang oleh Islam, menyebarkan fitnah, laqa sehingga lupa solat dan sebagainya, maka ini menjadi haram, kerana Islam melarang umatnya melakukan perkara yang sia-sia dan perkara sia-sia itu adalah sifat syaitan dan mazmumah.
Menyertai segala skim atau pelaburan yang ditawarkan oleh facebook, sepertimana skim infinity downline, iklan perklik facebook dan sebagainya, maka ini menjadi haram kerana bisnes tersebut bercanggah dengan muamalah Islam dan sedikit sebanyak menyumbangkan dana kepada negara haram Israel untuk membunuh umat Islam Palestin.
Kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengan pendapat saya, maka itu tidak mengapa dan mungkin anda mempunyai hujah yang tersendiri. Pesanan saya lagi, setiap perkara yang dilakukan bersandarlah kepada 4 sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas atau bersandarlah kepada dalil naqli dan aqli. Berbeza pendapat adalah fitrah kejadi manusia. Selagimana setiap perkara itu tidak mempunyai dalil qat’i atau dalil yang jelas mengatakan itu adalah haram, maka selagi itulah kita perlu merujuk kepada yang alim atau berijtihad (orang yang ada ilmu sahaja) bersandarkan dalil naqli dan qat’i.
Orang yang ragu-ragu dan takut, maka lebih baik tolak terus dan jangan menggunakan facebook. Perbuatan ini lebih baik dan orang tersebut tidak was-was dan ragu-ragu lagi akan tindakkannya. Kaedah Islam lebih baik elak dari melakukan perkara yang subhah atau tidak jelas halal dan haramnya. Janganlah pula terus menuding jari mengatakan ustaz-ustaz yang ada akaun facebook itu tak betul atau menyokong Yahudi membunuh umat Islam Palestin. Anda semua perlu faham, setiap ustaz itu ada hujahnya tersendiri dan hujah mereka selalunya bersandarkan kepada nas-nas Al-Quran, Hadis dan pendapat ulamak yang muktabar.
Letak gambar muslimah di Facebook
Assalamualaikum ustaz,
Apa hukum muslimah meletakkan gambar mereka yg menutup aurat di dalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri?
Jawapan:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصحبه أجمعين
وبعد,
Ada beberapa sudut yang perlu dibincang dalam isu ini antaranya ialah perhiasan yang dibenarkan didedahkan oleh seorang wanita , isu saranan menundukkan pandangan kepada kaum lelaki ,isu niat dan isu fitnah.
Firman Allah SWT:
Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )
Dalam tafsir Ibnu Kathir dinukilkan beberapa pandangan mengenai perhiasan tubuh yang diberi pengecualian antara:
عن ابن عباس: { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } قال: وجهها وكفيها والخاتم
Ibnu Abbas mengatakan antara perhiasan berkenaan ialah wajah , kedua tapak tangan dan cincin.Beliau membawa dalil :
عن عائشة، رضي الله عنها؛ أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليها ثياب رقاق، فأعرض عنها وقال: “يا أسماء، إن المرأة إذا بلغت المحيض لم يصلح أن يُرَى منها إلا هذا” وأشار إلى وجهه وكفيه
Daripada Aishah R.A bahawa Asma’ bte Abu Bakar menemui Nabi SAW dalam keadaan berpakaian agak nipis lantas Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata “wahai Asma’ sesungguhnya apabila sampai peringkat umur baligh , tidak harus dirinya dipandang kecuali ini sambil menunjuk kepada muka dan tapak tangannya.(sunan Abi Daud 4014)
Dalam isu menundukkan pandangan Allah SWT berfirman:
Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.(Terjemahan ayat 30 surah al-Nur)
Mengikut sebahagian ulama muka dan tapak tangan adalah termasuk dalam perhiasan yang diberi keizinan oleh syara’ untuk didedahkan .Namun falsafah mengapa ia diberi keizinan ialah seperti diungkap oleh al-Hafiz Ibnu Kathir
قال : { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } أي: لا يُظهرْنَ شيئا من الزينة للأجانب، إلا ما لا يمكن إخفاؤه.
“Janganlah mendedahkan perhiasan berkenaan kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin atau sukar untuk di sembunyikan”
Maka dengan itu , sengaja meletakkan gambar walaupun menutup aurat didalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi lebih-lebih jika gambar itu ada unsur tabarruj , aksi yang merangsang dan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada diri sendiri mahupun keluarga .
Kecuali ada maksud tertentu yang diterima oleh shara’ tetapi dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .
Hadith menyebut :
انما الأعمال بالنيات
Hanyasanya amalan itu itu dinilai berdasar kepada niat
Kaidah feqh menyebut :
الأمور بمقاصدها
Sesuatu perkara itu berdasarkan kepada tujuannya.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
والله أعلم بالصواب
Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS
Facebook Cara Selamat
“Hari-hari facebook. Macam-macam dibuat. Macam-macam disumbat. Terjamin ka privacy kita?”
“Privacy boleh disetting, apa nak kisah.”
Baguslah kalau privasi boleh diubah ketetapannya. Tetapi, adakah itu satu jaminan? Anda tentu sedar pengguna facebook semakin bertambah, dan banyak masa mereka dihabiskan di facebook. Maklumat dikemaskini dengan sangat kerap dan ini akan menjadi tumpuan penggodam. Walaupun anda boleh tetapkan tahap privasi di dalam facebook, bagaimana kalau katalaluannya di curi tanpa disedari. Si penggodam dengan seronoknya mengorek akaun anda.
Saya ingin berkongsi tiga perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kecurian katalaluan di facebook. Sebahagian dari cara ini boleh diamalkan di laman web lain.
3 Perkara Yang Boleh Dilakukan
1.
Sentiasa semak alamat pada pelayar sebelum log masuk, adakah anda berada di laman web yang benar. Untuk lebih selamat lagi, gunakan enkripsi ssl. Mudah saja, hanya tambah ‘s’ selepas ‘http’. Ia akan menjadi ‘https://www.facebook.com’. Pastikan ia mempunyai rupa seperti gambar di bawah.
Ubah sedikit tetapan akaun facebook dengan pergi ke Account(Akaun) – Account Settings(Tetapan Akaun). Pada Account Security(Keselamatan Akaun), klik Change(Ubah). Tandakan pada https atau lebih baik lagi tandakan pada kedua-dua kotak. Save(Simpan).
2.
Jangan amalkan sifat suka menyimpan katalaluan pada pelayar. Walaupun komputer itu hak milik anda, mungkin ada yang cuba meminjam dan cuba mendapatkan katalaluan dari komputer anda. Jika anda menggunakan komputer di cybercafe, amatlah ditegah menyimpan katalaluan.
3.
Gunakan papan kekunci maya jika anda menggunakan komputer orang lain seperti komputer di cybercafe. Disarankan juga pada komputer sendiri, kerana berkemungkinan ada perisian yang sedang merakam segala aktiviti anda. Saya sarankan guna Neo’s SafeKeys v3. Jangan gunakan Microsoft On-Screen Keyboard.
Sebab
1.
Kita menyemak alamat untuk mengelakkan dari laman web phishing. Menggunakan enkripsi(https) juga boleh mengelakkan dari laman web phishing dan mengelakkan dari kecurian data. Penggodam mampu mengambil maklumat yang dihantar antara kita dan facebook. Ini berlaku terutamanya pada internet tanpa wayar di tempat-tempat umum yang tidak menggunakan enkripsi. Jika kita menggunakan enkripsi, pengggodam hanya mampu mengambil data tetapi tidak boleh membacanya.
2.
Katalaluan yang disimpan pada pelayar boleh dipapar dengan mudah!
3.
Di dalam dunia perkomputeran, ada sejenis alat dalam bentuk perisian dan perkakasan yang mampu merakam segala aktiviti anda semasa menggunakan komputer seperti menyimpan setiap aksara yang ditaip dan mengambil gambar skrin. Alat ini dinamakan keylogger. Dengan adanya keylogger, penggunaan papan kekunci adalah sangat berbahaya. Anda boleh mengimbas sistem dengan perisian antivirus untuk mengesan keylogger jenis perisian tetapi tidak pada keylogger jenis perkakasan. Untuk menambahkan lagi keselamatan, papan kekunci maya digunakan. Anda boleh menggunakan Kaspersky Virtual Keyboard ataupun Neo’s SafeKeys v3.
Tiada jaminan 100% boleh diberikan untuk mengelakkan kebocoran katalaluan walaupun semua cara di atas digunakan. Kerana masih terdapat cara lain lagi untuk menggodam yang kita sendiri tidak dapat elakkan. Walaubagaimanapun, usaha diatas mampu mematahkan sebahagian besar kaedah-kaedah yang digunakan untuk mencuri katalaluan.
Awas!! Anda boleh di "BOGELKAN" dalam FaceBook
Kamu Cantik..?? Mari Baca..
AWAS HALAMAN SOSIAL FACEBOOK DLL..GUNA TUK DAKWAH BUKAN CARI CINTA...
Cinta palsu kekasih maya
2010/06/24
Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Suresh, 28, berkata dia mula mengenali wanita terbabit melalui laman sosial berkenaan kira-kira enam bulan lalu yang menggunakan nama Sai Sailani, selepas wanita terbabit menjemputnya menjadi sahabat facebook dan mempelawanya untuk berkenalan.
Katanya, pada mulanya dia gembira kerana jika dilihat daripada gambar dilampirkan pada profil, wanita terbabit berperwatakan cantik dan seksi.
“Selepas beberapa minggu berkenalan, saya mula jatuh hati kepadanya yang begitu pandai bermain ayat cinta.
“Namun apabila diajak berjumpa, wanita terbabit memberi pelbagai alasan. Wanita berkenaan juga mula membuat cerita sedih kononnya dia kesempitan wang menjalankan perniagaan sehingga saya tertipu dengan memasukkan sejumlah wang ke akaun banknya,” katanya di sini, semalam.
Suresh berkata, dalam tempoh enam bulan itu, dia sudah memasukkan RM1,600 ke akaun Sai kerana percaya wanita terbabit benar-benar mencintainya dan berada dalam kesusahan.
“Pernah sekali dia kata terlalu kesempitan duit dan terpaksa menanggung bapa yang sakit tenat sehingga ingin membunuh diri,” katanya.
Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Jaya, 32, yang juga rakan baik Suresh berkata, dia berkenalan dengan Sai Sailani juga melalui laman facebook.
Katanya, selepas ‘mengikatnya’ sebagai sahabat siber, wanita terbabit mengaku dia rakan baik kepada seorang lagi rakannya dan akan berkahwin tidak lama lagi.
Menurutnya, wanita itu menggunakan helah sama menipunya iaitu dengan mengatakan dia kesempitan wang dan berdepan pelbagai masalah.
“Sejak kenal dengannya, saya sudah anggap dia macam adik sendiri kerana bakal berkahwin dengan teman rapat saya sehingga saya sanggup memasukkan RM5,500 ke akaun banknya.
“Bagaimanapun, saya mula mengesyaki sesuatu selepas mendapati nama tercatat pada akaun bank tidak sama dengan nama diberikan wanita terbabit, lalu menyiasat latar belakang sebenarnya,” katanya.
Menurutnya, selepas mendapat alamat rumah dan tempat wanita itu bekerja, dia dan Suresh kemudian pergi menemuinya di pejabat.
Hasil kerjasama majikan di pejabat berkenaan, wanita terbabit ditemui dan selepas diajukan pelbagai pertanyaan, dia akhirnya mengaku segala penipuan dilakukan.
“Kami terkejut apabila buat pertama kali bertemu kerana susuk tubuh wanita itu langsung tidak sama dengan profil diberikan dalam facebook. Dia gemuk dan tidak menarik langsung.
“Selepas itu, kami menemui keluarganya dan mereka memberitahu kami bukan orang pertama ditipu wanita berkenaan, malah sebelum itu lebih lapan lelaki datang mengadu perkara sama,” katanya.
Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, Jumaat lalu, namun dimaklumkan pihak berkuasa hanya boleh mengambil keterangan daripada suspek dan sukar mensabitkan atas kesalahan menipu kerana wang berkenaan dimasukkan sendiri oleh mangsa tanpa paksaan.
“Wanita terbabit berjanji akan memulangkan wang kami tetapi hingga kini masih gagal melunaskannya.
“Kami tahu mungkin sukar mendapatkan kembali duit, tetapi mendedahkan perkara ini supaya orang lain tidak tertipu seperti kami,” katanya.
2 ulasan:
aSSAlamualaikum wbt.....
sy sokong tulisan d atas dan sy juga membantah krn ramai yg berfacebook akhirnya lupa diri....
Semoga Allah pelihara dan kuatkan iman para sahabat kita yg ade berfacebook, dan betolkan niat...
nak tanyakan tuan punya blog ni ade facebook ke z ia??
Wsalaam ww.
tk...sama2 ingat mengingat...
saya de fb..atas nama Fendi Isa.
InsyaAllah...tuk dakwah...cuma xlink jer
Catat Ulasan