Sabtu, 7 Mei 2011

LAWAK..GILA KUASA MEMANG RAMAI...JANGAN KATA DULANG PAKU SERPEH...PAKATAN NI SOKONGAN BERGABUNG DARI PAS..PKR DAN DAP...JIKA TAK.PENYOKONG2 TAK SOKONG

Lagi perhimpunan bantah kilang proses nadir bumi
Mei 6, 11 7:06pm

Sekurang-kurangnya 100 penduduk di Balok dan kawasan sekitarnya mengadakan perhimpuan aman sebagai bantahan terhadap cadangan pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng yang terletak berhampiran penempatan mereka.

Mereka mendakwa ini kali keempat perhimpunan aman seumpama itu diadakan.

Ia diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Al Fatah di Balok.

Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Anti-Lynas Persatuan Penduduk Balok dan diketuai oleh ketua pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan ketua pemuda PAS Pahang Suhaimi Saad.

Sambil membawa sepanduk dan kain rentang yang tertera perkataan “Selamatkan Kuantan, Hentikan Lynas” mereka juga mendesak pembinaan kilang itu dihentikan segera.

Ada juga kain rentang yang mempunyai logo 1Malaysia tetapi dengan mesej “1Bantah Kilang Radioaktif (rare earth) di Gebeng”.

Pada perhimpunan ini, Nasaruddin dan Suhaimi mendakwa Umno cuba membawa dimensi perkauman dalam isu kilang pemprosesan nadir bumi itu.

Mereka berkata Umno ke kampung-kampung Melayu dan memberitahu penduduk bahawa hanya masyarkat Cina yang menentang projek Lynas.

“Radioaktif adalah isu sejagat,” kata mereka pada perhimpunan ini.


'Malaysia tempat terbaik dunia bina kilang nadir bumi'
Kuek Ser Kuang Keng
Mei 6, 11
3:48pm

Dalam video ringkas yang dimuat-naik di laman sosial Facebook, syarikat perlombongan Australia - Lynas menyifatkan pantai timur di Malaysia sebagai “tempat terbaik di dunia” bagi mendirikan pusat pemprosen nadir bumi.

Dalam video sepanjang 26 saat itu, pengerusi eksekutif Lynas Corporation Nicholas Curtis menjelaskan sebab-sebab mengapa pusat berkenaan tidak didirikan di Australia meskipun telah mendapat kelulusan membina pusat penapisan di negara itu.

Katanya, mengikut perancangan asal, ia sepatutnya dibina di Australia tetapi “perkara itu tidak menjadi”.

"Australia bukan, malangnya, kompetitif dalam industri kimia berbanding pantai timur di Malaysia. Ia adalah tempat terbaik di dunia bagi mendirikan pusat berkenaan.”

NONECurtis berkata Lynas senang dengan persekitaran perniagaan dan infrastruktur di Malaysia dan “paling utama adalah rakyatnya”.

Namun, beliau tidak mengulas lanjut perkara berkenaan dalam rakaman itu.

Pendedahan bahawa pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng yang terletak kira-kira 25 kilometer dari timur laut Kuantan, Pahang telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar yang bimbang kemungkinan radiasi yang boleh menjejaskan kesihatan mereka dan juga orang ramai sekitar kawasan perindustrian tersebut.



NGO: Osama mati syahid
Salhan K Ahmad
Mei 6, 11
6:54pm


Sekumpulan NGO hari ini menyuarakan kutukan ke atas kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan bahawa dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.

Seorang wakil NGO berkenaan, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kenyataan Najib itu tidak mewakili sentimen sebenar masyarakat Islam di negara ini.

NONE"Kita kesal ada pemimpin yang sanggup buat kenyataan yang tidak mewakili orang Islam di sini. Kita mengutuk kenyataan yang dibuat oleh pemimpin negara kita sendiri.

"Kematian Osama bagi kita adalah syahid dan itu adalah simbol perjuangan menentang kezaliman Amerika," kata Mohd Azmi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, beliau turut bersama sekumpulan wakil NGO hari ini bagi menghantar notis bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk operasi yang dijalankan negara itu bagi membunuh pemimpin Osama.

Beliau turut menyatakan kebimbangan bahawa AS akan "membayar harga yang mahal" atas tindakan yang dilakukan ke atas pemimpin Al-Qaeda yang didakwa sebagai pengganas itu.

"Setelah dia membunuh dengan cara itu, akan ada tindak balas daripada orang yang telah bertekad untuk membalas dendam.

"Seluruh pentadbiran Obama sudah tahu bahawa mereka terpaksa bersiap untuk (menghadapi) kebarangkalian tindak balas yang lebih berani daripada orang yang simpati dengan Obama," katanya lagi.

Mohd Azmi yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu berkata, notis bantahan itu diserahkan kepada setiausaha kanan kedutaan berkenaan, Greg Chapman petang ini.

Notis bantahan berkenaan mewakili suara daripada 21 buah NGO termasuk Persatuan Ulama Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam SeMalaysia dan Muslimat PAS.

"Kita nyatakan kutukan keras terhadap pembunuhan (Osama) yang diarahkan presiden Barack Obama kerana ia merupakan operasi tidak bertamadun dan sangat terkutuk kerana tentera Amerika masuk ke bumi negara berdaulat tanpa berunding dan tanpa kebenaran.

"Mereka melakukan pencerobohan untuk membunuh. Kalau ini dilakukan di AS, adakah ini dibenarkan?," soalnya.

osama bin laden dead hide out in pakistan 1Beliau turut membangkitkan tindakan AS yang didakwa melakukan penghinaan ke atas Osama dan juga kepada umat Islam dengan "membuang jenazahnya ke laut."

Difahamkan, seramai kira-kira 30 orang daripada wakil pertubuhan berkenaan turut berdemonstrasi secara aman di hadapan kedutaan berkenaan pada petang ini.

Allahyarham Osama yang hidup dalam buruan AS sejak sekian lama, dilaporkan terbunuh dalam satu operasi serangan yang dijalankan anggota risikan negara berkenaan pada Ahad lalu di Pakistan.


Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan?
Wira Arjuna
Mei 6, 11
4:34pm

"Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

NONEDemikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina itu adalah Anwar Ibrahim.

Lafaznya jelas dan maksud yang terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan.

Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong:

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Eskay.

eskay abdullah in kepong police station sex videoSebaliknya dalam penafiannya itu, Eskay meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu (yang membawa makna Anwar berzina), di bahu wartawan.

Eskay berkata, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu kerana mahu mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar atau bukan.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar. Itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada para pemberita.

Yang jelas kenyataan media itu bercanggah dengan sumpah laknat yang dilafazkannya di masjid Amru Al-As, Sentul.

alleged four full sex videos on youtube 290411 17Yang menjadi persoalan, mengapa Eskay kali ini berusaha menafikan pernah membuat tuduhan Anwar berzina? Adakah beliau bermaksud mengatakan bahawa beliau tidak faham kandungan lafaz sumpahnya kerana penguasaan bahasa Melayunya lemah?

Atau, beliau memang tidak faham lafaz sumpah itu kerana sebenarnya teks sumpah berkenaan bukan beliau tulis sendiri?

Atau, mungkinkah Eskay ada maksud lain yang hendak beliau sampaikan melalui majlis sumpah itu? Mungkinkah Eskay terpengaruh dengan taktik yang pernah digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menafikan beliau pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu?

Namun seperkara perlu diingat kes Raja Petra dengan kes Eskay ini amat jauh bezanya. Raja Petra membuat perakuan bersumpah bahawa perdana menteri dan isterinya terbabit dalam kes pembunuhan ngeri itu berpaksikan maklumat yang diberikan oleh suatu sumber yang pada anggapannya sahih di sisi undang-undang negara. Justeru itu beliau mahu dakwaan sumber itu disiasat.

Sebaliknya dalam lafaz sumpahnya Eskay mendakwa beliau berada di tempat perzinaan itu berlaku. Meskipun memberi alasan menayangkan video zina itu kepada wartawan terpilih kerana mahu mereka (wartawan) membuat pengecaman siapa pezina itu atas kepercayaan mereka (wartawan) lebih mengenali Anwar kerana sering mewawancara beliau, Eskay dengan jelas menyebut pelaku itu adalah Anwar. Lafaz itu dibuat di rumah Allah dengan menyebut nama Allah.

NONEPaling nyata ialah, Raja Petra membuat perakuan bersumpah mengikut undang-undang buatan manusia. Namun Eskay melafazkan tuduhan menurut peraturan agama Islam.

Meskipun sebelum itu beliau diberi nasihat di masjid yang sama bahawa sumpah laknat ini tidak sesuai dilafazkan dalam usahanya untuk membuktikan “kerendahan moral” Anwar, Eskay dengan yakin dan diapit oleh regu Datuk T – Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim - melakukannya juga.

Mungkinkah setelah lafaz sumpah laknat itu baru Eskay sedar sebilangan besar ulama di negara ini berfatwa penuduh orang lain berzina tetapi gagal mengemukakan empat saksi perbuatan dosa besar itu mesti dirotan 80 kali seperti yang diwajibkan Allah dalam al-Quran.

azlanMungkinkah Eskay dan regu Datuk T kemudiannya baru juga insaf tindakan bersumpah itu sebenarnya adalah satu strategi yang salah. Tindakan beliau sebenarnya meletakkan seluruh wibawa keIslaman kerajaan Umno-BN menjadi bahan senda gurau kerana gagal melaksanakan hukum Allah?

Regu Datuk T tidak ada empat saksi yang melihat perlakuan zina itu. Mufti dan ulama berhukum bahawa bahan mati seperti video tidak boleh menggantikan ketetapan Allah.

Pembuktian tuduhan zina mesti ada empat saksi yang tidak tercemar peribadi mereka. Lantas kesudahan kerja dan tuduhan Eskay dan rakan-rakannya ialah, mereka wajib dirotan 80 kali.

Adakah Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Atau, mereka lebih takut “dirotan” oleh parti junjungan mereka, Umno, yang diaibkan oleh perbuatan mereka itu?

Maka, mungkinkah kerana itu Eskay perlu menarik balik sumpahnya dengan mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzina?

Siapa pelaku seks dalam video itu belum dapat dipastikan. Namun apa yang sudah pasti ialah, siapa yang merakam, menayangkan dan bersumpah dengan nama Allah akan butir video itu sudah diketahui umum.

Umum juga sudah tahu apakah hukuman yang perlu dikenakan terhadap pihak yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain berzina. Regu Datuk T memilih untuk menuntut keadilan dan membuktikan kebenaran tuduhan mereka di dalam mahkamah Allah. Hukum Allah jelas dan tegas.

Apa yang dinantikan khalayak umum di negara ini hari ini (tidak kira penganut Islam atau bukan) adalah, apakah kerajaan yang diterajui oleh Umno hari ini tegas melaksanakan hukum Allah?

Atau, adakah sama seperti Eskay dan Regu Datuk T nya, Umno juga akan cuba lari dari tanggungjawab dan peluang menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini?

Bagi pemerhati politik, apakah kegagalan Umno melaksanakan perintah Allah ini tidak akan menjejaskan lamarannya kepada PAS untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini?


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.


Kabinet bayangan: PKR lapar kuasa, kata DAP
Mei 6, 11 6:07pm

Perbalahan Pakatan Rakyat di Sarawak semakin parah apabila DAP hari ini melabelkan PKR sebagai “lapar kuasa” kerana menolak kabinet bayangan yang ditubuhkan pada 1 Mei lalu pada mesyuarat majlis gabungan itu.

NONE"Biro politik (kebangsaan) PKR (pada 4 Mei lalu) menimbulkan bantahan terhadap senarai kabinet bayangan atas dasar portfolio yang serahkan kepada mereka adalah kurang penting.

"Tidak ada asas bagi bantahan itu,” kata pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng (kiri).

"Oleh kerana ia hanya kabinet bayangan, maka tidak ada portfolio yang kanan ataupun kurang penting atau lebih penting.

"Ini hanya membuktikan bahawa seseorang dalam biro politik PKR adalah lapar kuasa tanpa (memahami) maksud atau fungsi sebenar kabinet bayangan...,” kata Wong dalam satu kenyataan hari ini.

Memandangkan perkembangan ini, katanya lebih baik bagi PKR Sarawak diberikan beberapa bentuk kuasa autonomi daripada kepemimpinan pusat mereka.

Biro politik PKR itu, kata Wong membuat keputusan tanpa mengetahui “fakta sepenuhnya” mengenai apa yang berlaku pada mesyuarat 1 Mei di Kuching lalu.

NONESambil menafikan kenyataan daripada ketua PKR Sarawak Baru Bian (kanan) semalam yang mendakwa “tidak ada perbincangan dan rundingan” sebelum senarai berkenaan diumumkan selepas mesyuarat 1 Mei, Wong berkata Baru dengan jelas menghantar tiga perwakilan ke mesyuarat berkenaan.

"Dalam SMS kepada saya, Baru berkata beliau terlupa mengenai mesyuarat itu. Justeru, beliau menghantar naib presiden kebangsaan PKR, anggota jawatankuasa negeri PKR Ibi Uding dan (pembantu baru) Vernon Kedit untuk menghadirinya.

"Wakil PKR membincangkan senarai kabinet bayangan itu dan membuat beberapa pindaan sebelum ia diumumkan pada sidang (akhbar) bersama,” kata Wong.

Tiada ulasan: