Sabtu, 7 Mei 2011

HARI IBU BUKAN DISAMBUT BERKETIKA2@BERMUSIM..TAPI SEPANJANG HAYAT...BEGITU JUGA BAPA...MEREKA ADA KHIDMAT@JASA2 YANG TERSENDIRI....

Tanggungjawab Anak Terhadap Ketua Ibu Bapa

§ Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.

§ Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama.

§ Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.

§ Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya atau berlaku biadap.

§ Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.

§ Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.

§ Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.

§ Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.

§ Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.

§ Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.

§ Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.

§ Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya. Menahan diri dengan berdoa dan sabar adalah lebih baik.

§ Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan sekadar kemampuan.

§ Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.

§ Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.

§ Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.

§ Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.

§ Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.

§ Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.

§ Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya.

§ Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila telah meninggal manusia putuslah amalnya, kecuali dari tiga perkara:sedekah jariah (umpamanya membuat masjid) atau ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya."
(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Junjungan Nabi Muhammad s.a.w tersebut mencerminkan betapa pentingnya didikan yang wajib ditekan ke atas anak-anak di peringkat bayi sehingga baligh dan seterusnya ke peringkat remaja supaya mereka dapat menjadi anak yang soleh.

Andainya ibu bapa mewujudkan satu suasana yang bercorak kebaratan dalam rumah, iaitu bukan secara Islam maka ini akan membuatkan anak-anaknya berlagak seperti orang-orang Barat. Tidak ada langsung menunjukkan ciri-ciri orang Islam dari segi pertuturan, pemikiran dan tingkah lakunya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Didiklah anak-anakmu atas tiga perkara:
  1. Mencintai Nabinya
  2. Mencintai ahli rumahnya
  3. membaca al-Quran, kerana si penghafal al-Quran, di dalam naungan Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya beserta Nabi-nabinya dan orang-orang suci-Nya."
(Hadis riwayat Dailami)

Hadis ini menegaskan bahawasanya ibu bapa wajib mendidik anaknya supaya pandai membaca dan memahami al-Quran. Sebab kita membaca sesuatu adalah untuk kefahaman. Kita mesti faham apa yang dibacakan, jika tidak sia-sia sahaja dan ini adalah satu kerugian besar bagi diri sendiri.

Dengan erti kata lain ibu bapa Muslim wajib memainkan peranan untuk membesarkan anak-anak mereka agar menjadi insan Islam yang sebenarnya yang mematuhi ajaran al-Quran dan sunnah Nabi-Nya.

Anak-anak perempuan mesti dididik untuk mencerminkan Islam lebih-lebih lagi dalam hal pakaian, supaya menutup aurat agar apabila besar nanti tidak akan memakai pakaian yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Anak-anak lelaki perlu dikawal supaya apabila besar nanti mereka tidak berpakaian tidak sempurna serta terlibat dengan najis dadah. Ibu bapa perlu menekankan kepada disiplin dan menggunakan psikologi yang bijak.

Yang penting dalam pendidikan anak-anak ialah untuk menanamkan keperibadian Islam yang murni dalam jiwa mereka. Kita berharap dengan benteng ini, apabila mereka besar kelak dapat menolak gejala-gejala yang bercanggah dengan agama Islam.

Dari sudut Islam penekanan amat penting diberikan kepada:
  • Ilmu-ilmu yang diberikan
  • Asas pelajaran yang diberikan
  • Pendidikan jasmani yang diberikan
  • memberi makanan dan minuman yang halal
  • Mencari jodoh untuk anak-anak apabila tiba waktunya
Diharap dengan terbinanya institusi keluarga Islam, ianya dapat memberikan sumber kekuatan untuk memantapkan satu masyarakat Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Ini dikira dapat menyumbangkan satu kekuatan ke arah pembangunan negara Islam serta mendapat penghormatan daripada bangsa dan negara lain. Lebih-lebih lagi masyarakat kita terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak secara positif, khususnya dalam pembentukan peribadi dengan sifat-sifat berikut:
  • Keyakinan penuh pada diri sendiri
  • Memuliakan diri sendiri sebagai hamba Allah
  • Menjaga nilai harga diri
  • Bersifat benar dalam segala hal
  • Berani menghadapi dugaan dan cabaran
  • Selalu bersifat tenang
Jangan sekali-kali ibu bapa memperkecilkan kecepatan kedewasaan anak-anak. Masa dan peluang perlu diberikan kepada anak-anak untuk maju. Mereka amat memerlukan bimbingan yang positif dan didikan yang sempurna dari ibu bapa.

Tanggungjawab anak terhadap ibubapa



Berbuat baik kepada kedua ibubapa merupakan ibadat yang wajib dan kedua besarnya atau mulianya selain dari menyembah Allah swt. dari segi ajaran agama islam yang merupakan perintah secara langsung dari Allah swt. . Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amal yang paling tinggi darjatnya setelah mentahuidkan Allah swt dan menjauhi daripada menyegutukanNya . Jika kita melanggar kewajipan berbuat baik terhadap keduanya, maka kita telah melakukan dosa kerana perintah Allah swt.



Firman Allah swt dalam, Surah Al Isra': 23-24

Maksudnya,: "Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu mmbentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecii."

Hadis Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:

Seorang leleki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baikaku dampingi?"

Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepasa itu siapa?" Rasulullah saw menjawab Bapa kamu".
Mengapa perlunya supaya lebih menyangi ibu kita daripada bapa?. Sebabnya ialah kerana besarnya jasa serta pengorbanan seorang ibu itu terhadap anaknya. Ibulah yang mengandungkan bayi, melahirkan, menyusu, mengasuh, membesarkan hingga mendidik dan dicukupi segala keperluan kita dengan secara ikhlas. Betapa besarnya jasa yang dapat kita berikan kepada ibu kita, namun belum tentu kita dapat menyamai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu.!

Dalam satu maksud hadis yang lain, ' Kerana ibumu memelihara kamu dan ia suka kamu panjang umur, sedang kamu memelihara dia tetapi kamu inginkan dia segera mati".

Pengajarannya:

1. Anak-anak hendaklah menghormati kedua ibu bapa, sejajar dengan pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibupapa mereka semasa mereka kecil lagi.Kita juga diperintahkan supaya taat kepada perintah Allah dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Anak-anak adalah diwajibkan mentaati arahan kedua ibubapanya aslakan arahan itu tidak bertentangan dengan hukum-hukum syarak.

3. Al -Quran dan sunnah memerintahkan mereka supaya berlaku baik ketika berhadapan dan berhubung dengan mereka seperti tidak bercakap kasar atau menggunakan perkataan seperti "Ah", apabila berbicara dengan mereka.

4. Nabi saw juga mengajar kita supaya anak mengasihi ibu lebih dari bapa kerana pengorbanan seorang ibu yang megandung serta melahir dan mengasuh anak lebih darpada bapa sehingga menjadi dewasa.

5. Setelah ibubapa lanjut umur atau sudah peringkat tua, anak-anak hendaklah juga melindungi mereka mebngikut keperluan dari segi perhatian terhadap mereka terutama sekirnya mereka keurang berada, uzur dan seumpamanya. Hubungkan silaturrahim dengan mereka dan tunjukkan yang kita terhutang budi kepada mereka dan mengamalkan amalan masyarakat penyayang.

6. Pada setiap masa kita hendaklabh mendoakan mereka sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia khususnya selepaw solah dengan doa. ( Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya sebagaimana mereka kedua telah mendidik aku waktu lecil)

7. Jauhkan diri kita bersikap kurang sopan, berkelakuan yang menyinggung perasaan dan berlaku durhaka terhadap mereka, kerana seseorang anak yang durhaka itu tidak akan mencium bau syurga.

Menghormat kedua ibubapa sesuai engan jasa serta pengorbanan mereka melahir dan mendidikn kita sehingga kapat menikmati hidup di dunia walaupun sementara dan kemudian nya akan dapat hidup semula di akhirat dengan balasan syurga jika kita mentaati perintah-perintah yang disyariatkan kepada kita. Sifat kasih sayanga terhadap kita merupakan sifat semula jadi yang ditanamkan oleh Allah swt di dalam jiwa mereka. Di atas pengorbanan ynag besar mereka lakuikan, maka sebab itulah kita diwajibkan supaya berbuat baik terhadap mereka.

Berbuat baik terhadap kedua ibubapa meliputi bidang yang luas. Secara umumnya ialah anak-anak perlu menunaikan apa yang dianggap baik terhadap mereka berdua berpandukan ajaran Islam. Rasulullah saw pernah besabda":

1. " Berbakti kepada kedua ibubapa lebih utama dri solat, sedekah, puasa, haji dan jihad di jalan Allah".

2. "Apabila seorang lelaki memandang wajah ibu bapanya dengan penuh hormat serta kasih dan mesra, mak Allah menuliskan baginya dari sebab memandang itu pahala sebesar ibadat Haji yang makbul dan diterima Allah".

3. "Keredhaan Allah di dalam keredhaan orang tua dan kebencian Allah di dalam kebencian orang tua"

(Hadis ini memberi maksud supaya kita sentiasa berusaha menyukakan hati kedua ibubapa kita dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kemarahan atau berkecil hati disebabkan perbuatan yang dilakukan terhadapnya. Kerana seperti hadis Nabi di atas, terang sekali bahawa Allah swt sentiasa gembira dan murka di samping kegembiraan dan kemarahan orang tua kita.)

Menurut ajaran agama kita antara ibu dan bapa, pihak ibulah yang patut kita utamakan lebih dari pahak bapa. Sabda Rasulullah saw.

5. "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu"

6. "Orang yang palin tinggi haknya kepada anak ialah ibu"

7. " Jika ibu dan bapamu memanggil kamu datanglah lebih dahulu kepada ibumu".


Begitulah besar dan mulianya kita taat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa kita dengan mendatangkan pahala yang besar dan bahkan kita juga mendapat pelbagai ganjaran anatra lain:

1.Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amalan yang amat disukai Allah swt, yanag menyamai pahala jihad di jalan allah.

2. Memuliakan kedua ibubapa menjadi jamina dan syarat bagi kita memasuki syurga.

3. Memuliakan kedu ibu bapa menyamai pahala haji dan umrah.

4. memulikan kedua ibubapa menghasilkan keredhaan llah swt.

5. memulikana kedua ibubapa menambahkan umur yanh berkat dan memberkatkan harta dan rezeki.

6. Memuliakan kedua ibubapa akan menyebabkan kita peroleh anak-anak yang soleh dan tahu berbakti kepada kita..

Sabda Rasulullah saw.

"Berbaktilah kepada kedua ibubapamu supaya berbakti kepadamu kelak anak-anakmu"

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa



Assalamualaikum warahmatullah,

Dalam SiM egroup yang saya sertai, ada yang mengirimkan persoalan tentang "Sara hidup ibu bapa", rujuk thread : message/74684. Katanya :

Siapakah yang lebih WAJIB memberi wang belanja kepada ibubapa, adakah :

  • a) Anak lelaki
  • b) Anak perempuan (yang telah berkahwin dan belum berkahwin)
  • c) Kedua-duanya iaitu anak lelaki dan perempuan.
Soalan saya di sini ialah yang WAJIB kerana setahu saya anak perempuan yang telah berkahwin kalau nak bagi atau tidak itu ikut kemampuan masing-masing dengan kata lain hanya untuk membantu tetapi anak lelaki adalah WAJIB memberi wang kepada ibubapa.

ADA banyak feedback untuk soalan ini dan jawapannya berbeza-beza. Dapat saya simpulkan, masih ramai yang TIDAK JELAS apakah kewajipan anak-anak terhadap ibu bapa, maka tidak hairanlah makin hari makin banyak kes anak derhaka dilaporkan di akhbar-akhbar. Saya masih ingat kisah seorang ayah yang ditinggalkan anak di pusat dialisis dan tidak lama kemudian muncul kisah seorang ayah ditinggalkan di perhentian bas di PutraJaya.

Penderhakaan kepada ibu bapa adalah sebahagian gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat. Terdapat masyarakat Islam yang menganggap memelihara dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa bukan satu tanggungjawab penting. Fenomena ini berlaku kerana masyarakat beranggapan menjaga rumahtangga sendiri dan anak-anak lebih penting daripada mengambil berat ke atas ibu bapa. Paling malang lagi terdapat anak-anak yang menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua dengan alasan sibuk bekerja ataupun sukar mencari penjaga. Ini adalah berita buruk dan amat menyedihkan ibu bapa.

Mari kita sama-sama refresh perkara yang paling BASIC dalam kehidupan kita sehari-hari.

Melakukan kebaikan kepada ibu bapa merupakan suatu perintah dari Allah SWT kepada setiap muslimin dan muslimat. Sebagai seorang anak kita diingatkan agar melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Di samping itu, kita hendaklah tahu menghargai budi dan jasa yang dicurahkan mereka siang dan malam demi melihat anak-anak dalam keadaan baik dan berjaya dalam hidup tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Di dalam al-Quran, Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut, seperti firman-Nya yang bermaksud, “…dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).” (Surah al- Isra’ ayat 23)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, “…dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya.” (Surah al-Ahqaf, ayat 15)

Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan : “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Sahih Imam al-Bukhari)

Menghormati ibu bapa, bererti kita sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka supaya tidak tersinggung ataupun disakiti. Dengan kata lain, segala suruhan dan larangan ibu bapa mestilah dipatuhi selagi suruhan dan larangan mereka tidak menyalahi syariat yang telah ditetapkan. Bagi sesiapa yang tidak menghormati ibu bapanya ataupun mengkhianati (mengingkari) tunjuk yang baik, maka dia (anak tersebut) dianggap telah menderhaka terhadap ibu bapanya. Bagi mereka yang derhaka kepada ibu bapanya pasti menghadapi pelbagai kesulitan hidup sewaktu di dunia dan juga di akhirat. Selain itu, menderhaka kedua ibu bapa bererti telah menderhaka kepada Allah SWT. Dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Islam memberi amaran keras terhadap mereka yang gagal melaksanakan hak-hak ibu bapa, menderhaka atau membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar dan menyedihkan.

Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik? Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa? Rasulullah menjawab, “Ibumu. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa? Rasulullah menjawab, “Ibumu. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa? Rasulullah menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras.” (Sunan al-Nasai')

Apa yang nyata, berbakti kepada kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka adalah di antara tugas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud, “…Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Hakikatnya tanggungjawab anak-anak dalam melaksanakan hak-hak ibu bapa adalah hak yang paling penting sesudah menunaikan hak Allah SWT dan hak Rasul-Nya. Lantaran itu, hendaklah kita berbakti dan berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, berakhlak mulia sepanjang masa kepada mereka, mengutamakan mereka dalam segala kebajikan dan kebaikan lebih daripada diri kita sendiri, anak-anak dan juga isteri.

Berbalik kepada soalan yang begitu specific, jawapan saya, ‘C’.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan, wang bukanlah satu-satunya medium untuk membalas atau mengenang jasa ibu bapa. Jangan tersilap konsep. Ramai menganggap dengan memberi wang kepada ibu bapa, maka dia beranggapan 'sedang' membalas jasa ibu bapa. Sedangkan membalas jasa ibu bapa lebih luas daripada itu.

Banyak kisah di zaman Rasulullah yang boleh kita ambil iktibar. Kisah pemuda yang menggandar ibu tua dalam cuaca yang panas terik sehingga dia keletihan (untuk mengerjakan haji), usahanya itu tidak sedikitpun dapat membalas jasa ibunya. Ada juga kisah sahabat yang tidak mampu mengucap ketika penghujung hayat, semata-mata kerana membuat ibunya tersinggung. Ada juga kisah seorang perempuan yang tidak menziarahi ayahnya yang sakit sehingga si ayah meninggal dunia pun dia tak ziarah kerana suami tiada di rumah untuk meminta izin keluar rumah. Ayahnya masuk syurga kerana anaknya taat kepada suami... dan macam-macam kisah lagi yang boleh dijadikan teladan.

Secara basic, kesemua adik-beradik bertanggungjawab menjaga ibu dan ayah tidak kira sama ada anak yang sudah berkahwin mahupun yang masih bujang. Walau bagaimanapun, dalam bab menyara (saya kira dari segi wang ringgit), adalah menurut kemampuan masing-masing. Menyara ibu bapa memang tanggungjawab anak (apatah lagi jika bapa sudah uzur dan tidak mampu menyara ibu), tetapi saraan itu adalah sekadar memenuhi KEPERLUAN ibu bapa dan bukan untuk memenuhi KEHENDAK ibu bapa. Kita kena bezakan keperluan dan kehendak. Lainlah jika anak mampu, bolehlah penuhi kehendak ibu bapa, tapi kena lihat juga, jika kehendak mereka bertentangan dengan syarak, tak boleh juga kita turuti. Saraan ini pula hendaklah tidak mengurangkan hak-hak orang-orang di bawah tanggungjawab kita sendiri pula.

Saya tidak nafikan, ada sesetengah ibu bapa (selalunya ibulah) yang berkeras menuntut anak-anak mesti beri sekian-sekian jumlah wang kepadanya (this happened to my friend). Padahal, bapa masih mampu bekerja untuk menyara ibu (isterinya). Tiap-tiap tahun tukar perabot, langsir untuk sambut raya. Pakaian tiap-tiap bulan berganti. Handbag, kasut dan tudung pula ‘wajib’ sedondon dengan baju... (sekadar beberapa contoh, sebagai TELADAN). Bila si anak ter ‘miss’ (tak beri) sebulan dua, sudah merungut-rungut dan beritahu “kalau tak nak bagi, tak payah bagi duit lagi sampai aku mati...” dan membuatkan si anak menjadi serba tidak keruan. Memanglah anak mesti balas jasa ibu bapa, tapi tak bolehlah hingga buat mereka rasa terpaksa dan tak ikhlas pula.

Perkahwinan seorang anak perempuan dengan seorang lelaki pula tidak memutuskan hubungannya dengan ibu bapa dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita. Islam tidak menuntut kita lakukan sesuatu lebih dari kemampuan. Bagi lelaki yang telah berkahwin, kebajikan ibu bapa mertua juga menjadi tanggungjawabnya sebab status ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa sendiri. Rujuk Tangungjawab terhadap ibu bapa untuk lebih info lebih detail.

Hukum faraid sebenarnya ada berkaitan dengan tanggungjawab anak lelaki dan anak perempuan terhadap ibu bapa masing-masing. Maknanya berat menjaga dan menyara ibu bapa adalah lebih kepada anak lelaki. [NB: Amboi... bab mahukan harta lebih, laju saja ya.. tapi bab tanggungjawab yang turun BERSERTA dengan harta itu, purak-purak tak tahu pula ya...] Jangan nafikan kenyataan ini, jika benar tidak tahu, sila ambil tahu dan isi dada dengan ilmu! [NB : Sila rujuk Rahsia Wasiat dan Faraid : updated 03/05/2010 1715hrs]

Saya tidak nafikan, ada ibu bapa yang lebih selesa tinggal bersama anak perempuan, tapi itu bukan tiket untuk adik-beradik lain (terutamanya adik-beradik lelaki) boleh lepas tangan daripada bertanggungjawab kepada ibu bapa. Perbelanjaan makan minum serta ubat-ubatan yang diperlukan oleh ibu bapa harus dikongsi bersama adik-beradik yang lain.

Saya petik komen blogger UMMU WAHEEDAH : Tentang siapa yang patut jaga juga begitu. Tak semestinya anak lelaki. Jika ibu selesa dengan anak perempuan, anak perempuanlah yang patut jaga dan anak-anak lain wajib menziarah ibunya dan memberi bantuan lain untuk memudahkan anak yang menjaga ibu. Bayangkan kalau ibu itu tak ada anak lelaki, siapa nak jaga? Atau dia ada anak lelaki tetapi menantu cenge macam singa betina. Silap hari si anak lelaki boleh dapat pangkat anak derhaka pula. [updated 03/05/2010]

Jika ada permasalahan dengan adik-beradik, bawa-bawalah berbincang. Carilah kata sepakat. Umur ibu bapa bukannya panjang pun. Selagi mereka masih ada inilah kita patut berebut berbakti kerana besar ganjarannya di sana nanti, insya Allah.

Harap sedikit sebanyak dapat membantu meleraikan kebuntuan yang dihadapi.


Tanggungjawab terhadap ibu bapa.

Menghormati ibu bapa dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa sangat istimewa serta tinggi sekali sehinggakan ibu bapa adalah yang kedua perlu dihormati selepas yang Maha Pencipta.

Terdapat dua jenis tanggungjawab yang boleh dilakukan anak terhadap ibu bapa mereka kerana jika mereka berbuat ehsan kepada ibu bapa, ia membawa kepada seribu keberkatan untuk si anak yang melakukannya.

Tanggungjawab pertama ialah tanggungjawab yang boleh dilakukan ketika ibu bapa masih hidup, manakala yang kedua ialah perkara yang perlu dilakukan selepas mereka meninggal.

Jika berbuat buat baik kepada ibu bapa, ganjaran yang Allah berikan ialah panjang umur dan murah rezeki. Anak yang sebegini diredhai Allah dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.Selain itu, hidup mereka juga sentiasa dalam keberkatan dan peliharaan Allah serta dijauhkan daripada kesempitan hidup. Besar atau tidak ganjaran yang bakal diperoleh, ia mengatasi pahala berjihad fisabilillah.

Lebih besar daripada itu, anak yang tidak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa mendapat kemuliaan luar biasa dan Allah menjauhkan rasa dukacita serta kesedihan daripada hidupnya.

Tidak sekadar tanggungjawab ketika hidup, apabila ibu bapa meninggal, tanggungjawab yang perlu dilakukan lebih berat iaitu menguruskan jenazah ibu bapa bersama keluarga terdekat.

“Anak sewajarnya menerima berita kematian ibu atau bapa dengan reda dan sabar di atas qada dan qadar serta ketentuan Allah dengan mengucap ‘Inna lillaahi wa inna ilaihiraajiuun’ dan tidak meratap kematian berkenaan.

“Selepas itu segeralah menguruskan jenazah dengan memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan dengan sempurna. Lebih afdal kalau anak berupaya membaca sendiri talkin untuk orang tua mereka.”

Selain itu, tanggungjawab lain perlu dilakukan ialah menyelesaikan hutang piutang ibu bapa dan membahagikan harta peninggalan mengikut hukum faraid yang ditetapkan supaya tidak timbul sebarang perbalahan di kalangan mereka yang berhak menerimanya.

Anak juga boleh mengqada puasa untuk ibu bapa mereka sekiranya ibadat tertangguh ketika hayatnya. Kalau berkemampuan, upah orang mengerjakan haji atau umrah bagi kedua-dua ibu bapa yang sudah meninggal itu.

Baca lah untuk mengenag jasa IBU

Post by mamat

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ....
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ....
ampon kan kiter....


Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.......
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ......
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!


Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...


makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. ...


Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ....?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak... kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. ...


Jangan perlekeh jasa bapa

Oleh Maiamalina Mohamed Amin


KUALA LUMPUR: Seorang bapa mempunyai darjat tinggi dalam keluarga dan lelaki yang tugasnya mencari nafkah serta membahagiakan anak isteri tidak seharusnya diperlekehkan begitu saja, sebaliknya wajar diberi penghormatan.

Meskipun ibu lebih dimuliakan selaras sabda Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan syurga di bawah tapak kaki ibu, bapa juga perlu diangkat seumpamanya kerana peranan dimainkan selaku ketua dan pemimpin dalam keluarga.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Razak Idris, berkata generasi Islam masa kini seharusnya mengambil kira perkara berkenaan sebagai asas utama menjadi seorang anak yang baik dan menghormati kedua-dua orang tuanya.

Katanya, beliau percaya sekiranya sifat hormat-menghormati diberi keutamaan disusuli kasih sayang dan didikan sempurna, maka institusi keluarga akan menjadi kukuh dengan ibu bapa serta anak saling bergantung antara satu sama lain.

“Malaysia adalah sebuah negara bertamadun, jadi tidak sepatutnya dalam lingkungan masyarakat ini ada pula pihak memperlihatkan wajah derhaka kepada keluarga termasuk bapa kita.

“Jika dinilai dari perspektif agama, umat Islam perlu menilai bapa sebagai peluang untuk meningkatkan ibadat kepada Allah s.w.t, yakni dengan berbuat baik kepadanya, menabur bakti dan membalas jasa kerana ini cara kita mendapat pahala.

“Kalau tidak pun, takkan kita langsung tiada sifat kemanusiaan hingga sanggup mencederakan darah daging kita sendiri, tinggalkan terkapai-kapai sendirian begitu saja,” katanya, semalam.

Beliau mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai beberapa kisah bapa yang diabaikan anak sendiri dan menerima nasib malang kerana disisihkan ketika orang lain bergembira pada Hari Bapa semalam.

(Petikan dari akhbar Harian Metro)


8 kebohongan seorang Ibu yang Sering Dilakukan..

Posted by seehoonks on 4th May 2009

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahwa kebohongan akan membuat manusia terpuruk dalam penderitaan yang mendalam, tetapi kisah ini justru sebaliknya. Dengan adanya kebohongan ini, makna sesungguhnya dari kebohongan ini justru dapat membuka mata kita dan terbebas dari penderitaan, ibarat sebuah energi yang mampu mendorong mekarnya sekuntum bunga yang paling indah di dunia.

Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan porsi nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata: “Makanlah nak, aku tidak lapar” ———- KEBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Ketika saya mulai tumbuh dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan, ia bisa memberikan sedikit makanan bergizi untuk petumbuhan. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk di sampingku dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan sendokku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, ia berkata : “Makanlah nak, aku tidak suka makan ikan” ———- KEBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Sekarang aku sudah masuk SMP, demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak korek api untuk ditempel, dan hasil tempelannya itu membuahkan sedikit uang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya menempel kotak korek api. Aku berkata :”Ibu, tidurlah, udah malam, besok pagi ibu masih harus kerja.” Ibu tersenyum dan berkata :”Cepatlah tidur nak, aku tidak capek” ———- KEBOHONGAN IBU YANG KETIGA

Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi lonceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata :”Minumlah nak, aku tidak haus!” ———- KEBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT

Setelah kepergian ayah karena sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai kebutuhan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kita pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada seorang paman yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kita yang begitu sengsara, seringkali menasehati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan nasehat mereka, ibu berkata : “Saya tidak butuh cinta” ———- KEBOHONGAN IBU YANG KELIMA

Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pensiun. Tetapi ibu tidak mau, ia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi kebutuhan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit uang untuk membantu memenuhi kebutuhan ibu, tetapi ibu bersikukuh tidak mau menerima uang tersebut. Malahan mengirim balik uang tersebut. Ibu berkata : “Saya punya duit” ———- KEBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah lulus dari S1, aku pun melanjutkan studi ke S2 dan kemudian memperoleh gelar master di sebuah universitas ternama di Amerika berkat sebuah beasiswa di sebuah perusahaan. Akhirnya aku pun bekerja di perusahaan itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mau merepotkan anaknya, ia berkata kepadaku “Aku tidak terbiasa” ———- KEBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanker lambung, harus dirawat di rumah sakit, aku yang berada jauh di seberang samudra atlantik langsung segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani operasi. Ibu yang keliatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perih, sakit sekali melihat ibuku dalam kondisi seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : “jangan menangis anakku, Aku tidak kesakitan” ———- KEBOHONGAN IBU YANG KEDELAPAN.

Setelah mengucapkan kebohongannya yang kedelapan, ibuku tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kalinya.

Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : ” Terima kasih ibu !”

Coba dipikir-pikir teman, sudah berapa lamakah kita tidak menelepon ayah ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktivitas kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah.

Jika dibandingkan dengan pacar kita, kita pasti lebih peduli dengan pacar kita. Buktinya, kita selalu cemas akan kabar pacar kita, cemas apakah dia sudah makan atau belum, cemas apakah dia bahagia bila di samping kita.

Namun, apakah kita semua pernah mencemaskan kabar dari ortu kita?
Cemas apakah ortu kita sudah makan atau belum? Cemas apakah ortu kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, coba kita renungkan kembali lagi..

Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi ortu kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata “MENYESAL” di kemudian hari.

Ingat Jasa Ibu Dan Ayah

Setiap ibubapa sayangkan anak mereka. Mereka inginkan si anak berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Jasa mereka terhadap kita terlalu besar. Jika dihitung dari segi kewangan, nili sumbangan mereka kepada kita sejak dilahirkan hingga tamat sekolah atau universiti adalah terlalu tinggi dan tidak mungkin dapat ditafsirkan. Semua ini bukan dilakukan setahun dua, tetapi sehingga kita dewasa. Maknanya jasa ibu dan bapa terhadap kita terlalu besar.

Sebagai balasan apakah yang dikehendaki mereka. Sumbangan kewangan? Walaupun tindakan tersebut elok dilakukan oleh anak-anak, ibubapa tidak mengharapkan itu sebenarnya. Mereka sudah cukup gembira sekiranya kita berjaya dalam hidup. Maka sebagai langkah permulaan, kita hendaklah berjaya dalam setiap kerja yang dilakukan.


BAPA PUN MANUSIA DE HATI DAN PERASAAN GAK KECUALI ROBOT...IBU PULA LEMAH...SAYANGI KEDUA JGN BERAT SEBELAH

KES 3:
“BIAR kau mampus cepat, orang tua!” Itu antara kata-kata anak lelaki tunggalnya yang menghantui fikiran Besah, 63, walaupun peristiwa itu berlaku lebih setahun lalu.


Bagi Besah, kejadian kepalanya dihantukkan ke lantai dapur oleh anak sehingga lebam dan bengkak seluruh muka tidak akan dilupai hingga ke akhir hayat.


“Semuanya akibat dadah. Sejak kecil, saya dan suami menjaganya seperti menatang minyak yang penuh. Malang akibat terlalu sayang, saya tidak menyekat pergerakannya, menyebabkan dia menjadi liar dan ingin kemewahan sedangkan kami keluarga miskin,” katanya.


Besah berkata, dia menyedari anaknya terjebak dengan dadah ketika bakal menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) selepas perangainya berubah daripada pendiam kepada seorang yang mudah naik angin.


Katanya, walaupun tahu anaknya menagih dadah, dia dan suami tidak melaporkannya kepada polis kerana tidak mahu anaknya merengkok dalam penjara, selain enggan mengaibkan nama keluarga.


“Kami pernah hantar dia tinggal bersama bapa saudaranya di Rantau Panjang, namun hanya bertahan seminggu apabila dia pulang ‘mengejut’ ke rumah.


“Sejak hari itu perangainya semakin menjadi-jadi dan paling mengejutkan, dia sanggup menjual seekor lembu milik ayahnya kepada seorang penduduk kampung dengan harga RM300 semata-mata untuk membeli dadah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Bharu, Kelantan.


Paling kritikal, Besah akhirnya menjadi mangsa ‘dera’ anaknya. Ketika kejadian, dia seorang diri di dapur manakala suami, anak sulung serta dua lagi anaknya keluar bekerja dan bersekolah.


“Dia tiba-tiba muncul dan meminta wang RM100 dengan alasan hendak membeli pakaian. Saya tahu tujuan sebenarnya nak beli dadah, jadi saya membebel dan merayunya berhenti menagih dadah.


“Tanpa disangka dia menerkam saya hingga saya terjatuh. Bagai dirasuk syaitan, dia naik atas belakang saya, pegang rambut saya dan menghantuk muka saya ke lantai berulang kali.


“Saya menjerit kesakitan dan merayu supaya dia berhenti tapi dia tak peduli, malah muka saya terus dihantuk ke lantai hingga hidung berdarah. Syukur, ketika itu suami pulang dan menyelamatkan saya,” katanya.


Besah berkata, anaknya melarikan diri dan hanya pulang ke rumah seminggu selepas kejadian. Kini dia bekerja sebagai buruh binaan di Kuala Lumpur selepas gagal dalam SPM dan hanya pulang sekali ke kampung, Aidilfitri tahun lalu.



JIKA ADA IBU ATAU BAPA YG DIABAI OLEH ANAK2....
MAKA....SERINGLAH INGAT DAN FIKIR....BEGINI...
'CUKUP BAGIKU...KERANA AKU SUDAH ADA ALLAH DAN RASUL'...INI MUNGKIN MENGEMBIRA DAN MENENANG FIKIRAN KITA.....

Tiada ulasan: