Selasa, 10 Mei 2011

SEMUA DALAM ILMU ALLAH...KITA HANYA ADA...APA YG ALLAH BERI SAJA...

Adik Teoh diingatkan tidak keluar kenyataan salah
Mei 9, 11 8:08pm

Pengerusi suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini mengingatkanadik perempuan Teoh supaya tidak mengeluarkan kenyataan salah berhubung prosiding siasatan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya Teoh Lee Lan berbuat demikian.

"Kami telah bertugas hingga larut malam dan lebih masa untuk mencari kebenaran. Kami tersinggung dengan tuduhan sedemikian. Malah peguam Majlis Peguam Christopher Leong sendiri telah menyatakan secara terbuka tidak ada yang dapat menyokong perkara (dakwaan) sedemikian. Kami tidak akan biarkan ini mengganggu dan merosakkan prosiding ini," katanya, lapor Bernama.

Arahan Foong itu timbul setelah sebuah lamanweb menyiarkan artikel yang memetik kata-kata Lee Lan dalam satu sidang media pada 28 April lalu bertajuk "RCI sekongkol dengan SPRM".

Lee Lan yang disoal Foong berhubung artikel tersebut pada awalnya kelihatan tercengang dan menyatakan tidak tahu apa yang ditulis sehinggalah ditunjukkan artikel itu.

Bagaimanapun beliau tidak memberi jawapan (selepas membaca artikel) sama ada ada menyebutnya (dakwaan tentang prosiding) atau tidak.

Sementara itu, Lee Lan yang memberi keterangan dalam bahasa Kantonis yang diterjemah oleh seorang jurubahasa berkata beliau amat rapat dengan Teoh tetapi tidak dapat cam tulisan tangan abangnya bagi memastikan kesahihan nota 'selamat tinggal' yang dijumpai dalam beg Teoh.

Tambahnya, Teoh bukan seorang yang kuat agama dan hanya sekali ke kuil iaitu pada Tahun Baru Cina.

Ketika prosiding, Lee Lan gagal menjawab soalan dengan tepat dan kelihatan sebak apabila menceritakan karektor Teoh.

Selain Lee Lan, abang Teoh iaitu Meng Kee, tunang Teoh Soh Cher Wei dan bapa Teoh, Leong Hwee turut dipanggil memberi keterangan hari ini.

Teoh, 30, setiausaha politik Ean, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S. Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner, pada akhir siasatannya, membuat keputusan terbuka.

Prosiding disambung esok.


Harga gula naik 20 sen
Mei 9, 11 6:57pm

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

azlan"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.




Bernard Dompok: Apa salahnya PM Kristian?
Mei 9, 11 8:20pm

Walaupun percaya ia tidak akan menjadi kenyataan, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok mengemukakan persoalan apa salahnya memiliki seorang perdana menteri yang beragama Kristian.

merdeka statement launch 020807 bernard dompok"Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen.

"Sekiranya Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut, Kelabit, Cina atau India yang menjadi rakyat Malaysia boleh memenuhi peruntukan dalam Artikel 43 dalam perlembagaan, dia boleh menjadi perdana menteri di negara ini," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau bagaimanapun tetap membidas Utusan ekoran laporannya berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan, sekaligus melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Bernard berkata, tindakan akhbar itu mempromosikan trend yang tidak sihat dengan melaporkan tanpa usaha mengesahkan kebenaran faktanya terlebih dahulu.

Perkara itu, menurutnya menjejaskan keamanan dan keharmonian negara ini.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 1"Bagaimana sebuah akhbar kebangsaan, bukan hanya mencetak, tetapi mensensasikan tulisan penulis blog. Ini adalah kemuncak (sikap) tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurut Bernard, dari pengalamannya menghadiri sesi sembahyang penganut Kristian, kumpulan itu sebaliknya memohon untuk kebaikan negara, pemimpin dan rakyatnya.

"Kedudukan Islam dijamin dalam perlembagaan dan diterima tanpa soal oleh seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kepercayaan agama," katanya.

Sebaliknya, tambah Bernard, apa yang orang bukan Islam mahukan adalah kebebasan untuk mengamalkan ajaran masing-masing dengan aman.

"Seperti kata perdana menteri, kita mesti bergerak daripada sikap toleransi kepada menerima antara satu sama lain," katanya.

Jakim tiada kuasa siasat isu 'negara Kristian'
Mei 9, 11 6:54pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan usaha pihak tertentu menjadikan Kristian agama rasmi negara.

Sebaliknya beliau berkata perkara itu, yang melibatkan agama bukan Islam serta keselamatan negara, diuruskan oleh pihak berkuasa keselamatan termasuk polis.

NONE"(Peranan) Jakim hanya untuk (menjaga urusan) agama Islam. Jakim tidak menjaga agama bukan Islam. Kalau berkaitan dengan hendak tukar agama, (itu tanggungjawab) pihak keselamatan.

"Jakim tiada hak untuk marah dan sebagainya...kerja-kerja untuk siasat (perkara ini) dan sebagainya...(biar) polis yang buat siasatan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat 10 pensyarah dari Universiti Al-Azhar yang akan berkhidmat di Malaysia, di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan majlis pertemuan tertutup 100 paderi seluruh negara di Pulau Pinang dan antara lain dikatakan merangkumi ikrar menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Sementara itu, Jamil Khir berkata beliau masih meneliti nama-nama calon yang akan menggantikan Allahyarham Datuk Ilani Isahak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Antara Agama Kebangsaan.

"Ada beberapa nama yang boleh diketengahkan tetapi kita hendak mereka yang dapat memahami tugas sebagaimana Datuk Ilani lakukan kerana (jawatankuasa ini) terdiri daripada pelbagai bangsa dan anutan agama.

"Kalau tersilap pilih, kita bimbang akan wujud sensitiviti. Kita akan teliti dan buat keputusan nanti," katanya.

Ilani meninggal dunia pada Februari lepas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana menghidap kanser payu dara.

--Bernama

Suhu panas dijangka berakhir minggu depan
Mei 9, 11 6:49pm

Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya kepada Bernama.

Namun beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal dalam bulan Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada bulan Mei tahun 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9ËšC), Alor Setar (37.5ËšC), Lubuk Merbau (37.0ËšC), Melaka (38.0ËšC), Batu dan Kuala Krai (38.0ËšC)," katanya.

Saw bekata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.

Beliau menasihatkan orang ramai agar mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya.

Ramai beli penghawa dingin

Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, produk penghawa dingin menjadi pilihan ketika susu panas ini.

Penolong Pengurus Courts Mammoth cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli penghawa dingin.

"Saya tidak dapat memberikan jumlahnya, tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya.

Syarikat Sen Heng cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu yang lepas.

"Satu minggu saya rasa purata dalam 12 buah. Semalam sahaja empat ke lima buah penghawa dingin terjual. Sebelum ini tidak macam ini, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab.

- Bernama


6 perkara yang menjadi rahsia Allah

Setelah Allah s.w.t. selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat ( ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.. "tidak"

Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannku dan ketinggianku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahku."

Kemudian Jibrail a.s. berkata:

"Ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

"Ya Jibrail, akan aku berikan syurga ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah s.w.t. maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud.

Kepada Allah s.w.t. lalu ia berkata dalam sujud :

"Ya tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan...."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1.Allah s.w.t telah menyembunyikan redha-nya dalam taat.

2.Allah s.w.t telah menyembunyikan murka-nya di dalam maksiat.

3.Allah s.w.t telah menyembunyikan nama-nya yang maha agung di
dalam al-quran.

4.Allah s.w.t telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam bulan
ramadhan.

5.Allah s.w.t telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6.Allah s.w.t telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.


Lima perkara rahsia

Luqman [34] Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:

1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.

2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.

3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.

4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.(Hadith Riwayat Bukhari)


Lima Perkara yang hanya diketahui oleh Allah SWT

Macam – macam yang kita lalui dan pelajari dalam hidup ini. Ada yang belajar dari kelas , ada yang belajar dari kehidupan , ada yang belajar di tepi – tepi lorong pendek kata semua kita ada belajar sedikit sebanyak. Semakin kita belajar sepatutnya semakin banyak kita tahu. Tetapi semakin hari semakin saya rasa semakin saya tak tahu. Apabila kita pelajari sesuatu perkara ia akan membuka kepada sepuluh malah lebih dari itu lagi cabang - cabang ilmu yang baru dan perasaan sudah tahu akan menutup pintu untuk kita mengetahui dan menyerap ilmu - ilmu atau pengetahun yang baru .

Tapi hari ini saya nak renungkan satu ayat yang menunjukkan kepada kita betapa kerdilnya kita dan betapa luasnya Ilmu Allah SWT.
Lima perkara yang tidak diketahui manusia melainkan Allah SWT. Tidak seorangpun tahu akan rahsia dan tahu mengenainya melainkan setelah diberitahu Allah. ( rujuk surah Lukman :34)



1) Sesungguhnya di sisi Allahlah pengetahuan yang tepat tentang Hari kiamat. Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ia akan berlaku tidak malaikat tidak juga para rasul as.

2) Dan Dia jugalah Yang menurunkan hujan. Diturunkan hujan di waktu yang ditetapkan dan kadar yang tertentu .

3) Dan Yang mengetahui sebenar –benarnya apa yang di dalam rahim ibu

4) Tiada seorang yang betul –betul mengetahui apa yang diusahakannya esuk ( samada jadi baik atau buruk)

5) Tidak ada seorang pun tahu di bumi manakah dia akan mati. Adakah berakhir di laut atau di darat di bukit atau di tanah rata. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi amat meliputi pengetahuanNya samada yang zahir mahupun batin.


Ilmu pengetahuan yang lima di atas ini boleh dibahagikan kepada tiga .


Bahagian pertama adalah ilmu bila berlakunya akhirat, ini hanya diketahui oleh Allah SWT tidak suatu makhluk pun yang mengetahui bila ia akan berlaku melainkan hanya diketahui alamat alamat serta isyarat yang menunjukkan betapa dekatnya ia akan berlaku dan alamat nya yang paling besar ialah diturunkan Rasulullah SAW sebagai khatimul anbiya’. Tidak diberitahu secara tepat dan hikmahnya supaya manusia sentiasa berwaspada dan bersedia untuknya. Berapa banyak contoh – contoh ummat terdahulu yang telah binasa secara totalnya dari mukabumi ini adalah gambaran dan peringatan akan kejadian kiamat yang sebenarnya.

Tiada tahu bila kiamat
Apa ada hanyalah isyarat
Maka bersedialah wahai umat
Segeralah bertaubat bersegeralah berkhairat








Bahagian kedua pula adalah ilmu mengenai turunnya hujan dan apa yang di dalam rahim ibu. Kedua dua kejadian ini berkait rapat kerana ia berlaku sejak dari dulu lagi dan berulang – ulang hinggakan kita sudah mendapat mengagak tentang apa di dalam rahim ibu itu dan bila hujan akan turun. Allah SWT telah memberi kita sedikit pengetahuan dan kepandaian dalam mengagak kedua – dua kejadian ini namun ilmu yang total mengenai keduanya masih tidak diketahui manusia. Allah SWT meliputi ilmu kedua – dua kejadian ini .

Sesungguhnya Allah SWT. Menurunkan hujan dengan waktu yang tertentu , kadarnya yang tertentu dan tempat yang tertentu . hikmah penurunan hujan ini menunjukkan kekuasaan Allah SWT dalam menghidupkan kehidupan di mukabumi ini. Tanpa hujan dan air maka kering kontanglah mukabumi. Di dalam penurunan hujan dapat kita lihat bagaimana kawasan yang kosong di hijaukan begitu jugalah kita sebagaimana Allah swt mematikan kita begitu jugalah Allah SWT berkuasa menghidupkan kita semula. Jikalau kita lihat ummat ummat terdahulu juga telah lenyap dari muka bumi dan digantikan dengan kaum lain. Bagai bumi yang dihijaukan setelah turunnya hujan begitu juga bumi ini diganti dengan kaum lain menggantikan kaum – kaum yang terdahulu.


Alghais hujan rahmatnya sarat
Almatar hujan bala merana
Hanya Arrazzaq berkuasa berkudrat
Menurunkan hujan bila di mana

Allah SWT lah yang sebenar – benarnya mengetahui apa yang ada dalam rahim seorang ibu dan ilmu ini sudah diketahuiNya sejak dulu lagi sebelum bertemunya si ibu dan si bapa. Pengetahuan yang kita ada hanyalah sedikit itupun setelah belaku percantuman dua insan dan setelah beberapa bulan si ibu mengandung. Ia juga adalah tanda kekuasaan Allaw swt. Dalam menjadikan kehidupan daripada tiada kepada ada. Ia juga membuktikan kekuasaan Allah swt dalam menghidupkan kita semua pada hari hisab nanti. Bukankah untuk menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada lebih susah daripada menjadikan sesuatu yang sudah ada dan hancur.


Merantau ingin menjadi Fahim
Semakin fahim semakin ummiyy
Sembilan bulan dikandung di rahim
Hingga kiamat di perut bumi

Bahagian ketiga pula adalah berkaitan diri manusia itu sendiri iaitu nasib serta perbuatannya pada masa akan datang beserta ajal mautnya . Manusia sentiasa mempunyai perancangan dan perhitungan dalam melakukan sesuatu terutama yang berkaitan masa depannya namun begitu segala perancangannya tidak lah diketahui apa kesudahannya melainkan oleh Allah swt.

Apakah kesudahan kita esuk hari? Apakah nasib kita? Adakah baik atau sebaliknya? Tiada seorang pun tahu oleh itu berhati – hatilah daripada berjumpa penenun nasib untuk mengetahui masa depan kerana perbuatan itu boleh merosakkan aqidah kita. Sesungguhnya hanya Allah swt yang berkuasa mengetahui hari esuk. Apa yang kita boleh buat ialah berusaha dan bertawakkal atau berserah semoga kesudahannya adalah baik.
Setelah berusaha dan bertawakkal jika kesudahannya baik maka itu adalah nikmat dan ujian juga samada kita bersyukur dan jika ia berlawanan dengan perancangan kita itu adalah cubaan dan bersabarlah semoga mendapat ganjaran dengan kesabaran kita itu.


Kalau senang janganlah kedekut
Nanti hati bertambah busuk
Berusaha bertawakkal syariat diikut
Bersyukur bersabarlah natijahnya esuk





Sebagaimana kejadian esok hari begitulah juga dengan ajal maut kita , apa yang kita rancangkan dari segi penjagaan kesihatan malah meramalkan jangka hayat seorang pesakit tidak lah boleh melawan ilmu Allah SWT . sebab itu kedua – dua ayat ini menggunakan bentuk nafi iaitu menafikan kebolehan manusia mengetahui masa hadapan dan ajalnya. Hikmahnya kita tidak mengetahui ajal maut kita adalah supaya kita sentiasa bersedia untuknya dan berasa takut untuk melanggar perintrah Allah SWT kerana kita tidak tahu adakah kita akan sempat bertaubat dan menerjakan amal kebajikan untuk bekalan ke akhirat.


Lembu di korban darahnya memancut
Dagingnya dilapah kulitnya dilurut
Janganlah takut janganlah kecut
Maut tampil aku menurut





Memang benarlah kita semakin maju dan berpengetahuan tetapi adakah kepandaiain kita itu merapatkan kita kepada keredhaanNya? Atau adakah ia menjadikan kita semakin sombong dan jauh dari perintah – perintahNya? Semoga kita diberikan hidayah dan kekuatan untuk beramal dengan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.

Tiada ulasan: