PM: Jangan kerana satu dua nyamuk, kelambu dibakar
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meyakinkan rakyat dengan berkata
bahawa kerajaan sedia ada boleh terus membuat perubahan demi tuntutan
aspirasi rakyat dengan kerajaan yang sama, sekalipun telah memerintah 55
tahun.
"Tidak semestinya sudah 55 tahun, bererti sudah sampai masanya untuk berubah (dasar dan kerajaan)? Adakah 55 tahun, masa untuk berubah. Ataupun kita memilih kesinambungan?
"Dan kita melakukan kesinambungan. Saya menyambut apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad buat yang melakukan proses pemodenan, Wawasan 2020 dan melakarkan proses negara maju.
"Beliau mengumumkannya, saya mengisi visi itu... Sebab itu kita boleh (lakukan)... Kalau kita terjatuh, tak apa kita bangun balik," kata Najib sewaktu merasmikan perhimpunan agung Parti Progresif Penduduk (PPP) di ibunegara hari ini.
Turut hadir ialah Dr Mahathir dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Dalam ucapannya Najib membidas pembangkang yang membawa slogan "Ubah" yang dianggapnya dalam sistem politik terbuka sebagai slogan "popular" semata-mata.
Malah, Najib yang juga pengerusi BN mendakwa pembangkang tidak mempunyai "persefahaman fundamental" untuk mengurus rakyat dan negara dengan baik dan sekaligus tidak mahu nasib seperti rakyat di negara timur tengah yang berdepan dengan 'Arab Spring.
"Tetapi (dalam) soal ubah, adakah kita mendapat yang terbaik. Sebagai contoh (rakyat)dalam (peristiwa) Arab Spring, mereka tidak merasai musim bunga, kerana masih dalam salji.
"Musim bunga dan panas belum sampai. Ekonomi mereka terumbang ambing. Industri pelancongan dahulunya maju, hari ini lumpuh, kedai tak ada pelanggan. Pekerja hari-hari lap meja kerana tidak ada pelancong.
"Nilai mata wang mereka jatuh, keselamatan tidak terjamin dan pelajar kita (dalam) kebimbangan," katanya.
Oleh sebab itu, katanya, ucapan beliau sewaktu Perhimpunan Agung Umno beberapa hari lalu, beliau menegaskan kemenangan BN adalah untuk destini rakyat dan Malaysia pada masa akan datang.
"Adakah mereka (pembangkang) mengambil berat Wawasan 2020... Mereka ada agenda tersendiri.
"Sebab itu kita bercakap kepada rakyat, BN tidak akan membuatkan rakyat kecewa," katanya sambil mengakui BN sebelum ini ada kelemahan dan beliau memohon maaf, dan sekaligus telah membuat dengan lebih baik.
Katanya, antara pencapaian yang dicapai ialah pertumbuhan ekonomi negara yang meninngkat, pertambahan pelaburan domestik, tersenarai 20 negara terbaik, dan destinasi beli belah yang keempat terkenal di seluruh dunia.
"Jadi kenapa nak perjudian masa depan kita, dan masa depan generasi akan datang dengan risiko.
"Undi untuk pembangkang, adalah undi untuk masa depan yang tak tentu. Undi untuk BN, adalah undi untuk masa depan yang lebih baik.
"Sebagai PM, saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk negara kita, membantu dengan adil dan saksama supaya semua rakyat dapat faedah pada masa akan datang," katanya di hadapan kira-kira 4,000 perwakilan dan hadirin di Dewan Merdeka PWTC.
Menurutnya lagi, kerajaan akan memastikan dasar-dasar kerajaan memenuhi aspirasi dan ia boleh dihayati rakyat.
"Tetapi jangan kerana marah kepada nyamuk, kelambu dibakar. Jangan kerana satu, dua nyamuk, kita kata keseluruhan (dasar) tidak baik. Jangan!
"Sebab kita dalam proses perubahan, dan ia sedang mengambil tempatnya. Dan perubahan ini dibawa oleh BN," katanya.
Dalam ucapannya juga, Najib turut menggesa supaya setiap parti komponen berada dalam "sifar problem" termasuk soal dalaman parti bagi memastikan kesepaduan dan persefahaman BN menentang pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Jika hubungan (sesama kita) tidak ada masalah besar, Insya-Allah BN akan menang besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Katanya, selepas perhimpunan agung Umno berakhir semalam, beliau menegaskan parti itu telah "bertenaga semula" untuk meneruskan perjuangan dalam pilihan raya itu.
Bahkan, beliau juga berharap PPP juga berada dalam situasi yang sama bagi menjadikannya sebagai kekuatan kepada BN untuk memastikan "keberhasilan dan outcome yang tuntut oleh rakyat" dapat dicapai.
Lim (kiri) mengingatkan mereka supaya jangan memandang ringan kemampunan BN dan Umno, bukan sahaja untuk memenangi majoriti dua pertiga di peringkat pusat tetapi juga untuk menawan semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau mengingatkan mereka supaya jangan memandang rendah keberkesanan pembohongan, ancaman dan politik wang serta sentimen perkauman dan melampau.
Berucap merasmikan konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini, Lim mendakwa bahawa Umno adalah pakar dalam taktik-taktik kotor tersebut.
Lim berkata, pemimpin dan ahli-ahli DAP tidak takut kalah tetapi tetapi tegasnya, rakyat Pulau Pinang tidak boleh kehilangan masa depan mereka kepada Umno dan BN.
"Jika kita kalah, rakyat juga akan rugi," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Beliau menambah bahawa pilihan raya akan datang akan menentukan bukan sahaja nasib DAP tetapi nasib rakyat.
Lim memberi amaran jika BN kembali berkuasa di negeri itu, Umno akan memastikan semua "program emas" Pakatan Rakyat untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah, akan tidak ada lagi.
Umno, dakwanya, akan memastikan pembaharuan demokrasi dan langkah-langkah integriti akan digantikan oleh rejim yang menindas dan zalim yang korup.
Umno juga, dakwanya, akan memastikan kerajaan yang mesra rakyat akan digantikan oleh kerajaan yang didorong oleh kroni.

- Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · 249 subscribersMasalahnya nyamuk pembawa penyakit..!!dah berapa ramai rakyat yg menderita kerana nyamuk nyamuk parasit ini.. selama 55 tahun, rakyat sudah cukup matang utk melihat sendiri apa yg mampu diberikan oleh uMNO..apakah kebaikan dan keburukan UMNO sebagai pemerintah dan apakah hala tuju negara..apa yg berlaku rakyat lebih memahami dari mereka yg membuat dasar..apa yg terbaik utk negara bukan ditentukan oleh pemimpin semata.. tapi juga rakyat.. adakah dasar yg diamalkan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh ataupun tidak.. pemimpin UMNO menyatakan mereka terbaik utk memimpin negara.. dari mana mereka tahu mereka yg terbaik..? adakah itu andaian atau kebenaran..? Ubah oleh PR bukan bererti mengubah semuanya.. apa yg baik ditambahbaikkan dan yg merugikan negara dan rakyat dimansuhkan..jangan takut utk membuat perubahan kerana manusia pun sentiasa berubah....hanya mereka yg pengecut dan bacul saja tidak mahu keluar dari kepompong dan berilusi dlm dunia ciptaan mereka sendiri..
- Ku Lihat Hijau · Pengulas Tertinggi
- Bobby Kang Yong Huat · Langgani · Pengulas Tertinggi · La Salle KlangKenapa harus RAKYAT mendengari keluhan siNajib kita ini? Sendiri tidur bilik kedap nyamuk, suruh RAKYAT tidur dalam kelambu...?! Kan sekarang dah ada RIDSECT/BAYGON/SHELLTOX! Sembur aje si nyamuk yang menghisap darah RAKYAT!
Pernah dengar nyamuk makan sayur ke, AJIB? - Aziz Abdul Hamid · Pengulas Tertinggi · SkillPreneur di Partner In Safety Services
- Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · 249 subscribersBobby Kang Yong Huat Hehe.. tolah pasal.. nape dia pilih nyamuk..?? keke
- Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · 249 subscribersAziz Abdul Hamid Apa yg berlaku sudah tidak boleh dikesali lagi.. tapi apa yg belum berlaku.. rakyat kena berhati hati.. kita membuat perubahan utk negara.. da yg paling penting utk generasi mendatang.. biar mereka tahu apa yg kita perjuangan hari ini adalah utk mereka..
- Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · 249 subscribersInsan Peduli Kita tolak UMNo bukan bereerti kita menolak pemimpin melayu.. bukan juga kita menolak Islam.. tapi utk memastikan bangsa kita dan agama kita dijaga dandipertahan oleh hulubalang dan tentera yg bingkas kehadapan bukannya yg ada sekarang.. membisu bila melayu ditipu dan menundukan kepala bila islam dihina...
- Ab Wahab Jusoh · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
- Hafiz Md Yasin · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Smk dato mohd taha
- Mark Kok Wah · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
- Ahmad Jakobi · Pengulas Tertinggi
- Norhamidi Black Itam Legam · Pengulas Tertinggi · MaT KlengToNg di Bank Tin KosongSeks (kaki pompuan/lelaki-survey brp ramai Ahli MT till Presiden x pernah berzina, dah jadi budaya keluarga UMNO), wang (halal/haram janji kaya raya-Melayu ka Cina ka, India ka peduli apa korang janji aku kaya, baru satu penggal ADUN dah kaya beb, belum lg jd Setpol, TM, M...), penipu (janji menang...sana sini nak projek..mana rakyat didahulukan?????), penakut (macam Nan Yakkub, tiba-tiba jadi perumpamaan pulak potong telinga), musyrik (Islam kena ikut UMNO/ tak peduli langsung macam semalam dh nak maghrib melalak lg kt PWTC), hidup mesti bergaya (tunjuk kaya dari bawah sampai ke atas, arak (minuman biasa majoriti atasan UMNO), mengampu...(jilat raja... baru jadi ADUN dapat Datuk.... hahaha)...
Ni lah kriteria spesis UMNO.... jadi jangan bagi can.... bukan sekor dua nyamuk... semuanya nyamuk aedes dalam B-enD - Ahmad Jakobi · Pengulas Tertinggi
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
- Radzi Suhaimi · Pengulas Tertinggi · Pengurus Ladang di Kerja sendiri jeeee
- Ridzuan Ahmad · Pengulas Tertinggi · Petaling Jaya, Malaysia
- Saleem Mohd Zain · Pengulas TertinggiAhli Nujum Negara berkata."Undi untuk pembangkang, adalah undi untuk masa depan yang tak tentu. Undi untuk BN, adalah undi untuk masa depan yang lebih baik. besar mana mangkuk tuk menenguk rakyat dah bosan dengan janji ditepati...dah tak sabar dah nak mengundi ni....mau janji dicepati tumbangkan Rejim BN..
- Badaruddin Selamat · Pengulas Tertinggi · Kolej Sultan Ahmad Shah, Bangi, Selangor darul Ehsan.RAKYAT BERUSAHA UNTUK MENGURANGKAN BEBAN HUTANG NEGARA DARI 497B KEPADA 90B. NEGARA AKAN SELAMAT.PERUBAHAN KEPIMPINAN. SATU KEMUNGKINAN YANG BAIK. NAK LEBIH REALISTIK ADAKAN DEBAT PERINGKAT TERTINGGI SUPAYA RAKYAT LEBIH CELIK UNTUK MEMILIH SIAPA PEMIMPIN YANG BULIH MERUBAH SUASANA BEBAN HUTANG NEGARA INI. AMAT BAHAYA,
- Nasir Mohd · Pengulas Tertinggisatu teori kemenangan pakatan pada ge 13, ramai yg nampak tapi buat2 tak nampak, madey dan nuar, masa nuar masuk penjara banyak kerusi pembangkang menang, disini org marah pada siapa? pakatan pun belum ada masa tu, hanya gagasan rakyat yg tak kuat, bila paklah amek alih, paklah menang besar, kerana yg tak disukai sudah kuar, ge 12, banyak faktor, adanya pakatan yg baru ditubuh dan paklah diperlekeh, sekarang seolahnya berjumpa lagi madey dan nuar, faktor lain, banyak juta2 terdedah, media alternatif melambak, satu lawan satu, media perdana yg sebelah pihak yg boring, heh heh heh
- Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAAUMNO merompak wang Royalty rakyat Kelantan! Adakah perompak yang dilindungi oleh polis ini mahu dikekalkan lagi memerintah negara? Sudah tiba masanya rakyat mengkuburkan UMNO/BN secepat mungkin! UMNO merompak harta negara dan membahagi2kan sesama kroni. Manakala rakyat diugut, ditakut2kan, dibodoh2kan dan diBR1Mkan agar tutup mulut dan jadi seperti lembu. Cukup cukup umno, sambungan tabung oksigen sudah tamat....tiba masa mendiang umno dikambus dgn tanah. VOTE PAS, PKR dan DAP untuk kesejahteraan Malaysia dan generasi masa depan! ABU!!!
- Anip Akmal · Pengulas Tertinggi
- Norashikin Abdul Rahman · Langgani · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan MalaysiaPuaka Tegar Pas kekeke... bkn rms sorang jek... ramai jek dlm mk ni yg sama ngan rms termasuk la haku... kalo ko kata kami otak rosak sekalipun, ada kami peduli??? kekkekeke... nama ko pon tak betul... puaka tegar pas tu kami la yg ngudi pr... ko leh ubah nama pas puaka tegar... aku tak marah... kekeke...
- Pertama Tengah Akhir MatiTidak semestinya sudah 55 tahun, bererti sudah sampai masanya untuk berubah
Kesombongan atau bongkak adalah musuh insan. Kesombonganlah yang menimbulkan pemusuhan antara Iblis dan Adam, kesombonganlah yang menjadikan Iblis dilaknat. Kesombongan juga yang menyebabkan Firaun dan Qarun menolak dakwah. Kesombonganlah yang menyebabkan ada insan yang dihina kerana kekurangan yang ada padanya. Kesyukuran membunuh kesombongan. Usia 40 tahun, usia yang menghalau kesombongan, bukan usia untuk mendabik dada dengan menyatakan ‘aku, aku dan aku..’ tetapi usia yang mengingatkan insan untuk berkata ‘segalanya nikmat Allah’. Hilang bongkak, lalu nikmat ibadah pun menjelang dan insan memohon kurnia agar dia dapat terus beribadah dengan cara yang diredhai Allah.
http://www.youtube.com/watch?v=_px3cqqN0ek
http://www.youtube.com/watch?v=9bfBo5b0LPY
http://www.youtube.com/watch?v=Nh3uIfN8DWU
MELAYU MUDAH LUPA JANJI ALLAH
http://www.youtube.com/watch?v=5FflBULtlQQ - Awang Leleh · Pengulas Tertinggi
- Hisyam Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Saifz Mohd · Pengulas Tertinggi
- Pakatan Rakyat Pakatan · Pengulas Tertinggi · 48 years old
- Mohd Faizal Awang · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di University of Papua New GuineaRaja Mohd Shahrim, si kalah sebelum perang(Awang Leleh) dah minta alasan lu tu.....hahaha!!!
- Jawa Dari Bali Jawabali · Pengulas Tertinggi · Institute Teknologi Bandung
- Rahim Yunus · Pengulas Tertinggi · Uitm
- Hamzah Mahmod · Pengulas Tertinggi · ForeverStandardlah mana-mana parti yang sedang bergelut dengan kemerosotan sokongan membuat kenyataan begitu.....walaupun mereka tahu begitu banyak kesilapan dan keburukan yang telah parti mereka lakukan selama ini....kebanyakan yang mendedahkan keburukan UMNO selama ni bukannya PAS atau DAP tetapi ahli-ahli UMNO sendiri samada yang masih berada dalam UMNO mahupun yang telah berada dalam PKR ...aku nak tengok penipu-penipu, perasuah-perasuah dalam UMNO ini dihadapkan ke mahkamah bila PR mengambilalih amanah pemerintahan Negara nanti....mendakwa mereka-mereka yang menipu, rasuah, penyalahgunaan kuasa juga adalah satu amanah yang mesti di tunaikan selain dari urustadbir telus, cekap dan berintegriti...
- Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTM
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
- Razali Muaz · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pasir Gudang, Johor, Malaysia
- Azman Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
- Avram John · Pengulas Tertinggi
- Pakpompat Mustape · Pengulas Tertinggi · Chulalongkorn UniversityNi bukan nyamuk sebarangan. Nyamuk yang akan membawa petaka kepada negara. Dah 55 tahun, wajar BN berehat dulu, lima tahun lagi kita pilih engko pulak. Kamu berceramah, bertempik macam org gila,di PPP, kau tu No#1, Malu aku tengok No#1, perangai hodoh dan busuk macam, tu. Wahai kak Ros, Najib ikut Kak Ros jer....
- Avram John · Pengulas TertinggiPM sepatutnya,,,dah tahu nyamuk bawa pd,,,dan ini yg patut Pm lakukan,,,kena tegas kepd siapa yg mengelapkan duit rakyat dah hasil bumi di malaysia bukan nak pertahankan nyamuk2 ini sampai darah rakyat habis dihisap,,,ini bukan mengajar PM,,,kami tahu PM itupandai lgi pintar dri rakyat kerana itu dipilih sbgi PM,,,dan ini lah sbbnya rakyat ingin keluar dri terus dibawa tempurung kelapa,,dan rakyat mahu penghisap darah rakyat itu diambil tindakan...
- Mat Bantai Membantai · Pengulas Tertinggi
- Chris Josue Kating · Pengulas Tertinggi
- Wan Luqman · Pengulas Tertinggi · Cleaner di Anfield Stadium, Liverpool
- Rosmadi Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
- Sahizan Zen · Bekerja di Siemens Ltd. Saudi Arabia
- Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTMYang paling aku fed-up ialah bl CEO-CEO yg d lntik k'jaan BN dlm syarikat2 yg k'jaan ada kepntingan melakukan korupsi, salah urus tdbir melibatkn kerugian berjuta-juta, buleh plak dia orang d 'bail-out'kn...cthnya si Tajuddin Ramli tuh.. Nk bunuh nyamuk ni bknnya senang sbb dia dok dlm kelambu yg besar, jd tpaksala kna bakar klambu jugak baru nyamuk tu mati...
- Idaham Rasna · Pengulas Tertinggi · STI College
- Amar Ariff · Langgani · Pengulas Tertinggi · Pembantu Bilal di Masjid UNIVERSITI SELANGOR.UNISEL · 189 subscribersJika Najib telah yakin kerajaan masih boleh memerintah dan menilai peribadi Anwar Ibrahim dan Pakatan, kenapa tidak dipanggil Pilihan Raya Umum lebih awal ???
- Tengku Adly Omar · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Dan nyamuk yg 2 ekor itu ialah ROSMAH dan NAJIB
- Love Umno · Pengulas Tertinggi · Kampung Hulu International UniversityMengapa banding dgn Arab Springs?? Mengapa Najib mengiktiraf BN seteruk kerajaan diktator Arab, mengapa Najib suka menghina BN? Mengapa tak banding dgn negara2 Barat, Amerika, Jepun, Korea, India, Pakistan, Thailand, Indonesia dan Filipina yg selalu menukar kerajaan yg tidak menepati kehendak rakyat terbanyak???
- B.s. Lim · Pengulas Tertinggiajib cakap sebelah tak boleh pakailah !! berdebatlah dgn anwar dn biar rakyat sendiri taruh 'harga' !!!
- Ustaz Najib Altantuya · Pengulas Tertinggi · Penjilat di Benedict XVI
- Wong See Pang Wong · Pengulas TertinggiNAK BERDEBAT DNG DSA..? MINTAK MAAF LERRR.. TELUQ AKU DAH KECUT LERRRR... HEEEIIII TAKUT LERRR... MANA NAK LETAK MUKA AKU.... AKU TAKUT TAK SEMPAT NAK LARI KEBILIK AIR LERRR..... BIAR LAR AKU BUAT CAM NIE... AKAU LALAK SORANG2 DAH TENTU AKU MENANG....... HEE...HEE....HEE.....
- Pertama Tengah Akhir MatiTidak semestinya sudah 55 tahun, bererti sudah sampai masanya untuk berubah
Kesombongan atau bongkak adalah musuh insan. Kesombonganlah yang menimbulkan pemusuhan antara Iblis dan Adam, kesombonganlah yang menjadikan Iblis dilaknat. Kesombongan juga yang menyebabkan Firaun dan Qarun menolak dakwah. Kesombonganlah yang menyebabkan ada insan yang dihina kerana kekurangan yang ada padanya. Kesyukuran membunuh kesombongan. Usia 40 tahun, usia yang menghalau kesombongan, bukan usia untuk mendabik dada dengan menyatakan ‘aku, aku dan aku..’ tetapi usia yang mengingatkan insan untuk berkata ‘segalanya nikmat Allah’. Hilang bongkak, lalu nikmat ibadah pun menjelang dan insan memohon kurnia agar dia dapat terus beribadah dengan cara yang diredhai Allah.
http://www.youtube.com/watch?v=_px3cqqN0ek
http://www.youtube.com/watch?v=9bfBo5b0LPY
http://www.youtube.com/watch?v=Nh3uIfN8DWU
MELAYU MUDAH LUPA JANJI ALLAH
http://www.youtube.com/watch?v=5FflBULtlQQ - Mansor Md Tahir · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Wan Luqman · Pengulas Tertinggi · Cleaner di Anfield Stadium, Liverpool
- Rosly Sani · Sek Men Keb GemasPepatah Melayu Marahkan Nyamuk kelambu dibakar dah tak boleh pakai lagi - Yang betulnya: marahkan nyamuk, eloklah kelambu dengan nyamuk2 sekali dibakar - he..hee...heee....
- Marimuthu Pachayappan · Pengulas Tertinggi · Universiti Utara Malaysia
- Haji Abdul Latip Mohamed · Pengulas Tertinggi · Completion & Intervention Coordinator di Talisman Malaysia Ltd
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
- Pertama Tengah Akhir MatiTidak semestinya sudah 55 tahun, bererti sudah sampai masanya untuk berubah
Kesombongan atau bongkak adalah musuh insan. Kesombonganlah yang menimbulkan pemusuhan antara Iblis dan Adam, kesombonganlah yang menjadikan Iblis dilaknat. Kesombongan juga yang menyebabkan Firaun dan Qarun menolak dakwah. Kesombonganlah yang menyebabkan ada insan yang dihina kerana kekurangan yang ada padanya. Kesyukuran membunuh kesombongan. Usia 40 tahun, usia yang menghalau kesombongan, bukan usia untuk mendabik dada dengan menyatakan ‘aku, aku dan aku..’ tetapi usia yang mengingatkan insan untuk berkata ‘segalanya nikmat Allah’. Hilang bongkak, lalu nikmat ibadah pun menjelang dan insan memohon kurnia agar dia dapat terus beribadah dengan cara yang diredhai Allah.
http://www.youtube.com/watch?v=_px3cqqN0ek
http://www.youtube.com/watch?v=9bfBo5b0LPY
http://www.youtube.com/watch?v=Nh3uIfN8DWU
MELAYU MUDAH LUPA JANJI ALLAH
http://www.youtube.com/watch?v=5FflBULtlQQ - Razali Muaz · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pasir Gudang, Johor, Malaysia
LGE: Jangan pandang ringan kemampuan Umno, BN
Walaupun
keyakinan yang tinggi ditunjukkan oleh para pemimpin DAP dalam
konvensyen negeri hari ini, namun setiausaha agung parti itu, Lim Guan
Eng mengingatkan ahli-ahli parti supaya jangan mengambil mudah potensi
saingan politiknya.Lim (kiri) mengingatkan mereka supaya jangan memandang ringan kemampunan BN dan Umno, bukan sahaja untuk memenangi majoriti dua pertiga di peringkat pusat tetapi juga untuk menawan semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau mengingatkan mereka supaya jangan memandang rendah keberkesanan pembohongan, ancaman dan politik wang serta sentimen perkauman dan melampau.
Berucap merasmikan konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini, Lim mendakwa bahawa Umno adalah pakar dalam taktik-taktik kotor tersebut.
Lim berkata, pemimpin dan ahli-ahli DAP tidak takut kalah tetapi tetapi tegasnya, rakyat Pulau Pinang tidak boleh kehilangan masa depan mereka kepada Umno dan BN.
"Jika kita kalah, rakyat juga akan rugi," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Beliau menambah bahawa pilihan raya akan datang akan menentukan bukan sahaja nasib DAP tetapi nasib rakyat.
Lim memberi amaran jika BN kembali berkuasa di negeri itu, Umno akan memastikan semua "program emas" Pakatan Rakyat untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah, akan tidak ada lagi.
Umno, dakwanya, akan memastikan pembaharuan demokrasi dan langkah-langkah integriti akan digantikan oleh rejim yang menindas dan zalim yang korup.
Umno juga, dakwanya, akan memastikan kerajaan yang mesra rakyat akan digantikan oleh kerajaan yang didorong oleh kroni.
Johor, Negeri Sembilan kembali dilanda banjir
Johor
dan Negeri Sembilan antara tiga negeri yang kembali dilanda banjir
dengan merekodkan jumlah mangsa sehingga pagi ini seramai 150 orang
termasuk mangsa di Selangor.
Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sembilan merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 71 orang melibatkan 27 keluarga diikuti dengan Selangor 58 orang melibatkan 17 keluarga manakala di Johor seramai 21 orang melibatkan enam keluarga.
Portal MKN turut melaporkan banjir di Negeri Sembilan melibatkan kawasan di Kampung Jimah Lama, Port Dickson dengan sebuah pusat pemindahan dibuka di Sekolah Rendah Kebangsaan Jimah Lama.
Di Selangor banjir melibatkan kawasan di Jalan Kebun dan Bukit Changgang, Kuala Langat dan sebuah pusat pemindahan dibuka di Dewan Genting Sanyen, Kuala Langat manakala di Johor melibatkan banjir di kawasan Kampung Spang Loi dan
Kampung Awat, Segamat dengan sebuah pusat pemindahan dibuka di Balai Raya masing-masing, menurut portal itu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang berjaga-jaga berikutan bacaan paras air sungai melebihi aras amaran.
Kawasan terbabit ialah sekitar Sungai Plus di Kampung Lintang, Kuala Kangsar di Perak, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau di Negeri Sembilan, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat di Johor, Empangan Repas, Bentong dan Sungai Triang di Triang, Bera di Pahang.
Setakat 9.30 pagi ini, bacaan Sungai Plus di Kampung Lintang, Kuala Kangsar 54.53 meter, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau 6.53 meter, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat 8.77 meter, Empangan Repas, Bentong dan Sungai Triang di Triang, Bera mencatat 113.67 meter dan 34.10 meter iaitu masing-masing telah melebihi aras amaran.
- Bernama

7 juta pengguna telefon pintar M'sia diancam penggodam siber
Kira-kira
tujuh juta pemilik telefon pintar di negara ini diancam penggodam siber
yang menjadikan ia instrumen dalam kegiatan penggodaman untuk menipu
bagi mendapatkan wang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kurangnya kesedaran terhadap risiko keselamatan telefon pintar menjadikan pengguna ini mudah disasarkan sebagai mangsa.
"Modus operandi antaranya dijalankan dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dikenali sebagai 'SMS Trojan' kepada pengguna yang tanpa disedari kos dikenakan ke atas pengguna dengan hanya membalas sms berkenaan. Pengguna
hanya menyedari perkara itu apabila mereka menerima bil telefon yang tinggi sedangkan mereka tidak menggunakannya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Katanya, kegiatan itu juga dikesan dengan menipu menerusi aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam peranti (telefon bimbit) sebagai contoh aplikasi 'Type-On' yang sekiranya dimuat turun akan menyebabkan pengguna menanggung kos yang kononnya dikenakan selepas memuat turun aplikasi tersebut walaupun mangsanya telah menghentikan aplikasi berkenaan.
'Lookout Mobile Security' yang dipetik dari agensi berita luar negara, AFP, menganggarkan pengguna di seluruh dunia mengalami kerugian jutaan dolar pada tahun lepas melalui virus 'malware' dan 'toll fraud' yang menyerang pengguna telefon pintar kerana mendapatkan aplikasi daripada sumber tidak rasmi berbanding sumber yang dipercayai seperti Apple atau Google 'online shops'.
Syed Ismail berkata, berdasarkan statistik polis, kerugian yang direkodkan dalam tempoh Jan hingga Sept tahun ini bagi jenayah siber yang menggunakan modus operandi melalui SMS atau panggilan telefon, perbankan internet atau perbankan
telefon, penggodaman dan salah guna rangkaian termasuk belian barangan adalah kira-kira RM21.8 juta.
Katanya, kes belian barangan melalui internet mencatatkan kerugian tertinggi iaitu RM14.5 juta bagi 1,298 kes diikuti SMS atau panggilan telefon sebanyak RM3.4 juta (412 kes), 24 kes penggodaman (RM3.3 juta) perbankan internet atau perbankan telefon sebanyak RM590,000 (74 kes ).
"Bagaimanapun bagi kes salah guna rangkaian tidak merekodkan sebarang kerugian memandangkan ia tidak melibatkan kerugian harta benda tetapi ia lebih kepada jenayah peras ugut terhadap mangsa seperti menggunakan gambar dan
kata-kata mengugut. Ia mencatatkan sebanyak 25 kes," katanya.
Syed Ismail berkata, selain daripada tujuh juta pengguna telefon pintar, pengguna internet mudah-alih berjumlah 7.7 juta pengguna di Malaysia.
Katanya polis akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut dan bekerjasama rapat dengan agensi itu.
Justeru Syed Ismail berkata berdasarkan laporan yang pernah diterima, pengguna yang mendapati bil telefon mereka melambung tinggi tanpa sebab munasabah dengan penggunaannya hanya akan melaporkannya kepada syarikat telekomunikasi sekadar untuk membuat aduan dan mendapatkan penjelasan mengenainya tanpa membuat tindakan susulan.
"Dalam perkara ini, mereka juga boleh menyalurkan aduan mereka kepada SKMM sebelum tindakan sewajarnya diambil seperti mengenakan kompaun kepada syarikat telekomunikasi sekiranya didapati syarikat berkenaan mengenakan kadar bayaran tanpa alasan yang munasabah.
"Melalui langkah ini juga mungkin dapat mengesan kewujudan kegiatan penipuan oleh penjenayah siber terhadap pengguna telefon pintar," katanya.
Dalam aspek penguatkuasaan, Syed Ismail berkata pihaknya berusaha untuk melengkapkan polis dengan kemahiran Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) dan berkongsi maklumat antara agensi lain, sama ada dalam mahupun luar negara.
"Seiring dengan perkembangan jenayah siber semasa, penambahbaikan dari segi peralatan dan teknologi khas seperti perkakasan dan perisian harus sentiasa dikemaskini dalam memastikan langkah pencegahan yang lebih berkesan," katanya.
Katanya, masyarakat sendiri harus mempunyai ilmu tentang tahap keselamatan telefon pintar mereka dan bagaimana untuk mencegah sekaligus mengurangkan risiko daripada menjadi sasaran penjenayah siber yang sentiasa bekerja 24 jam mencari
mangsanya.

KP kesihatan diturun pangkat satu gred lebih rendah
Ketua
Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung
kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred
yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.
Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.
SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.
- Bernama
"Tuduhan itu tidak berasas ... Adakah saya bertemu dengan Musa (kanan)? Tidak. Kecuali apabila dia menarik balik saman sivil terhadap saya... adakah dia menunjukkan minat untuk menyertai PKR? Tidak. Bagaimana jika dia nak? Saya akan berfikir mengenainya.
"Tetapi isu itu tidak relevan, ia tidak adil (untuk menuduh Pakatan Rakyat) kerana saya tidak pernah mendengar darinya dan tidak pernah dia menunjukkan minat untuk menyertai dalam politik," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini.
Mengenai Deepak pula, Anwar berkata, kes pertikaian tanah yang melibatkan bekas Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah dan implikasinya mengenai dakwaan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah secara kebetulan dibuat pada masa yang sama dengan perhimpunan agung Umno.
"Dia mahu mempertahankan dirinya (di mahkamah) dan mendakwa bahawa wang telah dipindahkan kepada perdana menteri dan isterinya... Apa kena mengenanya dengan saya? "katanya.
Naib presiden Umno, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Hishammuddin Hussein - semasa perhimpunan agung Umno - minggu lalu, mendakwa tuduhan yang dilemparkan terhadap pemimpin Umno oleh pembangkang adalah mengalih perhatian perwakilan Umno daripada perhimpunan tersebut.
Bagaimanapun, kata Anwar, kenyataan itu datangnya dari bekas ketua polis negara, maka Hishammuddin, yang juga menteri dalam negeri, perlu menjelasnya.
Begitu juga dengan Deepak (kiri), kata Anwar, di mana perdana
menteri telah dikaitkan dengan dakwaan menerima sogokan dalam satu perjanjian tanah dan kerana itu, juga perlu diperjelaskan.
Menurut Anwar lagi, dakwaan Deepak mengenai pembabitannya dalam akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk mengubah SD awal yang didakwa mengaitkan perdana menteri dengan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu, juga memerlukan siasatan.
Katanya, Deepak mendakwa yang dia telah dipergunakan oleh pihak-pihak untuk memujuk atau menakut-nakutkan Bala supaya menandatangani SD kedua.
Oleh itu, kata Anwar, Deepak berkata bahawa SD pertama adalah betul, yang merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan memerlukan siasatan segera oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.
Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.
SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.
- Bernama
- Mus Mashkadov · Pengulas TertinggiDgr ceramah DSAI kena buang kerja.. Berzina dgn bini org.. turun 1 pangkat je.. mmg wasatiyyah sungguh..
- Mohamad Effendi · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah kebangsaan tun saban
- Joy Oren · Langgani · Pengulas Tertinggi · SMK Sultanah Bahiyahtu la tau beza dosa besar dengan pahala.....kalau ada hukum hudud kan senang!!!!
- Cikgu Madya · Langganiinilah hukum dunia, Islam, tapi x nak ikut hukum Allah, apa dah jadi ni? dosa tetap dosa yg wpun dikenakan tatatertib tapi jauh dari terhapusnya dosa, ikut la hukum Islam sebenar,,,, ALLAHUAKBAR!
Anwar: Kami tak terlibat dalam pendedahan Musa, Deepak
Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan bahawa
pembangkang bertanggungjawab terhadap dakwaan kontroversi yang dibuat
oleh bekas Ketua polis Negara, Tan Si Musa Hassan dan ahli perniagaan
Deepak Jaikishan terhadap pemimpin Umno."Tuduhan itu tidak berasas ... Adakah saya bertemu dengan Musa (kanan)? Tidak. Kecuali apabila dia menarik balik saman sivil terhadap saya... adakah dia menunjukkan minat untuk menyertai PKR? Tidak. Bagaimana jika dia nak? Saya akan berfikir mengenainya.
"Tetapi isu itu tidak relevan, ia tidak adil (untuk menuduh Pakatan Rakyat) kerana saya tidak pernah mendengar darinya dan tidak pernah dia menunjukkan minat untuk menyertai dalam politik," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini.
Mengenai Deepak pula, Anwar berkata, kes pertikaian tanah yang melibatkan bekas Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah dan implikasinya mengenai dakwaan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah secara kebetulan dibuat pada masa yang sama dengan perhimpunan agung Umno.
"Dia mahu mempertahankan dirinya (di mahkamah) dan mendakwa bahawa wang telah dipindahkan kepada perdana menteri dan isterinya... Apa kena mengenanya dengan saya? "katanya.
Naib presiden Umno, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Hishammuddin Hussein - semasa perhimpunan agung Umno - minggu lalu, mendakwa tuduhan yang dilemparkan terhadap pemimpin Umno oleh pembangkang adalah mengalih perhatian perwakilan Umno daripada perhimpunan tersebut.
Bagaimanapun, kata Anwar, kenyataan itu datangnya dari bekas ketua polis negara, maka Hishammuddin, yang juga menteri dalam negeri, perlu menjelasnya.
Begitu juga dengan Deepak (kiri), kata Anwar, di mana perdana
menteri telah dikaitkan dengan dakwaan menerima sogokan dalam satu perjanjian tanah dan kerana itu, juga perlu diperjelaskan.
Menurut Anwar lagi, dakwaan Deepak mengenai pembabitannya dalam akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk mengubah SD awal yang didakwa mengaitkan perdana menteri dengan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu, juga memerlukan siasatan.
Katanya, Deepak mendakwa yang dia telah dipergunakan oleh pihak-pihak untuk memujuk atau menakut-nakutkan Bala supaya menandatangani SD kedua.
Oleh itu, kata Anwar, Deepak berkata bahawa SD pertama adalah betul, yang merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan memerlukan siasatan segera oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
K'jaan kaji semula undang-undang kebankrapan
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan akan
membuat peraturan baharu berkaitan undang-undang kebankrapan kerana
undang-undang sedia ada dilihat terlalu ketat.
Beliau turut mengumumkan had pinjaman untuk peniaga kecil di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan dinaikkan kepada RM100,000 daripada RM50,000 sekarang.
Menyentuh peraturan baharu itu ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2012 semalam, Najib yang juga presiden Umno berkata: "Kerajaan akan mengkaji semula dan membuat peraturan baharu serta mencari jalan bagaimana melepaskan individu daripada kemelut kebankrapan.
"Tapi bukan semua kerana ada yang berhutang berjuta-juta. Yang mana boleh dan munasabah, kita akan bantu."
Najib turut menarik perhatian bahawa 120,000 rakyat Malaysia telah diisytihar muflis dan kebanyakan mereka tidak mendapat peluang kedua.
"Kalau diisytihar bankrap, kadang-kadang ia bukan salah kita, (kadang-kadang) kita jadi penjamin saja. Kasihan, tak semena-mena kena," kata Najib.
Mengenai pinjaman AIM, Najib berkata ia banyak dimanfaatkan golongan wanita.
"...dan terbukti mereka merupakan peminjam yang baik dan tekun (dalam mengusahakan perniagaan)," jelas beliau.
Antara perwakilan yang membangkitkan mengenai had pinjaman AIM ialah Pemangku Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Ramli Norani yang juga Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia.
Semasa membahaskan usul ekonomi pada perhimpunan agung itu, Ramli berkata:
"Umum mengetahui golongan wanita tu pandai meniaga, takkanlah pinjaman Amanah Ikhtiar tu masih RM50,000, naikkanlah ke RM100,000, barulah sedap orang Melayu nak meniaga."

Najib: 'Saya khuatir sikit soal kita sesama kita'
Presiden
Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menyembunyikan kekhuatiran
terhadap kemungkinan 'tindak balas' dari anggota yang tidak terpilih
sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Walau percaya bahawa sokongan umum akan memihak kepada BN, Najib tetap bimbang bahawa beliau akan menghadapi tindakan sedemikian daripada pemimpin Umno yang tidak dipilih sebagai calon.
"Saya percaya musuh kita tidak kuat... saya yakin orang ramai akan memihak kepada BN... yang saya khuatir satu sahaja.... sikit sahaja.. soal kita sesama kita," tegasnya dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
Sepertimana dalam perhimpunan terdahulu, Najib turut meminta perwakilan membacakan ikrar agar taat kepada parti serta bekerja demi kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
Tapi bezanya para perwakilan kali ini diminta menjawab soalan cepu emasnya – sama ada akan menyokong calon pilihan Umno sekiranya mereka sendiri tidak terpilih.
"Saya beri lima kemungkinan. Pertama sokong sepenuhnya calon yang dipilih parti; kedua, sokong; ketiga, tidak bekerja; keempat, sabotaj dan kelima lompat parti," katanya.
Tambahnya, soalan berkenan lebih penting untuk dijawab daripada kajian yang menunjukkan sokongan besar pada BN - seperti dikemukakan naib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelumnya.
"Sebab itu dalam perhimpunan ini kita mesti kata kita mesti dengan suara yang cukup hebat bahawa jawapan yang kita hendak 'adalah saya tetap akan sokong BN'," kata Najib yang disambut laungan "Boleh" sebanyak tiga kali oleh para perwakilan.
"Kalau itu jawapannya yang sebenarnya dalam hati kita, Insya-Allah, akan memberi kemenangan kepada Umno dan BN (dalam pilihan raya umum)," tambahnya.
Najib seterusnya meminta para perwakilan membawa soalan itu pulang untuk difikir secara mendalam dan mengawasi golongan penghasut - yang digelarkan "tukang kipas dan "batu ronson" di dalam parti.
"..dalam kereta, dalam bas ekspres, cuba tepuk dada tanya selera... Kita nak bawa semangat ini, kita nak menghayati semangat ini, (apabila) kita nak jumpa penyokong kita bila balik," katanya.
Sekiranya ahli berkenaan tidak kuat iman, "sokongan penuh" kepada calon berkenaan mungkin akan menyebabkan mereka berubah pandangan sehingga melakukan sabotaj ke atas parti, kata Najib.
"Jangan lupa ada juga bekas menteri, bekas timbalan menteri yang telah mengkhianati parti... kerana gila jawatan, kerana dirasuk orang tertentu sekarang jadi orang yang menentang Umno dan BN," katanya.
VIDEO l 4.52 min

- Mhdisjh Udin · Pengulas Tertinggi · Pesara di Kementerian pertahananSaya percaya musuh kita tidak kuat... saya yakin orang ramai akan memihak kepada BN .. abis kenapa Datuk Seri terjerit, terlolong sana sini, kutuk mengutuk dan fitnah.
- Shirts Frenzy · Pengulas Tertinggi
- Amn Mohdnor · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Aker SolutionsNi sume tactic umno atau p.Jib nak menutup kelemahan umno sbb bila kalah PRU13 nanti mereka akan kata bukan disebabkan oleh pakatan kuat tapi disebabkan sabotaj parti dalamanlah, lompat partilah & pelbagai macam helah lagi...tahu dah...belajar dari C.Det...
- Muhammad Hisham · Pengulas Tertinggi · Musk Ox Hunter di Musk Ox FarmKalu dah yakin kuat bubarkan Parlimen cepat sikit....... tak sabar nak tengok orang hilang telinga........kekekeke
- Braim Drive · Pengulas Tertinggi · SMK Dato Pengawa Timor
- Nur Serie · Pengulas Tertinggi · United States Naval Academy
- Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · 249 subscribersIsu calon.. tak pernah menjadi masalah di PAS, DAP dan PKR.. tapi berlaku di dalam UMNO, MCA dan MIC.. hehe.. korang fikirlah sendiri kenapa..? perjuangan utk rakyat atau utk diri sendiri...
- QhaLeef Faiz · Pengulas Tertinggi · SSB High School
- Inginkan Kebenaran · Pengulas Tertinggi · Kolej bandungalaaa, kebiasaannya lah, puak2 tertentu dlm UMNO akan melobi antara satu sama lain. Bakal2 calon pula akan melabur kpd pencacai2 utk menaikkan namanya sebagai calon. Sekiranya bakal calon iru terpilih dan menang pula dlm PRU, adalah imbuhan yg akan diberi kpd pencacai2 tersebut. Kebiasaannya imbuhan tersebut adalah projek2 kerajaan.
Mulai skrg, bakal2 calon dlm UMNO bolelah melobi ketua2 cawangan2 dan ketua Bahagian masing2.
Inilah dinamakan "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN". - Pertama Tengah Akhir MatiNajib: 'Saya khuatir sikit soal kita sesama kita'
I HELP U HELP ME
kemungkinan 'tindak balas' dari anggota yang tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum
TAK KAN NAK JADI LEMBU
http://www.youtube.com/watch?v=IVg2B9-rFgc
Tapi bezanya para perwakilan kali ini diminta menjawab soalan cepu emasnya – sama ada akan menyokong calon pilihan Umno sekiranya mereka sendiri tidak terpilih.
BOCOR - Pertama Tengah Akhir MatiSEBELUM SOKONG ADA MATLAMAT DUIT
HUKUM PUN TOLAK KERANA DUIT
MENANG DAPAT DUIT
KALAH TAK DAPAT DUIT
http://www.youtube.com/watch?v=SeQmJKD42BI
kerana gila jawatan, kerana dirasuk orang tertentu sekarang jadi orang yang menentang Umno dan BN,"
KERANA KENA TIPU BILA BERI SOKONGAN - Pelangi Malam · Pengulas Tertinggi · UUMKalu org dalaman yg jd kekhuatiran Najib, apatah lg org luar.. Kirenya ia menampakan terlalu bodohnya org luar (rakyat marhain) yg terus menyokong BN sedangakan org dalaman sendiri masih berbelah bagi...
So.. kpd org2 luar (rakyat & bukan barisan kepimpinan BN), korang nk tunggu lg ngan BN ker, sedangkan mrk yg dok pegang jawatan pun dok berkire2 (x yakin ngan Najib)..? Fikir2kan lah.... - Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTMBiasala dlm UMNO bnyk rakit.. Rakit Najib, rakit Muhyiddin, rakit Madey... Lepas ni akn timbul bnyk lg rakit bl tarikh PRU d umumkn... Najib dn kebanykan pimimpin2 UMNO mewar2kan dlm PR xde kesepakatan tp dlm UMNO sndiri asyek berebut tuk jd calon.. Tu blum sebut dlm BN lg tuh... betul dh tu PAS doa KO kpd UMNO tu... Kalu xdoa pun mmg UMNO dh mnuju kehancuran...
- Jariah Bob · Pengulas Tertinggi · TemerlohPak Jib khuaitri sikit kita sesama kita...kerana 4hari 4 malam bersama diPWTC, dia dah nampak, songkok je sama hitam, hati bukan saja merah..! ada yg kelabu...wanita nampanya selendang sama merah..hatinya belum tentu semuanya merah, tidur sebantal belum tentu bersama mimpi.., apatah lagi mereka diluar dewan..,terutama mereka diatas pagar..mendengar persidang umno, untuk menambahbaik ahli dlm umno, tapi sebaliknya...kutuk mengutuk pembangkang..pikir sendirilah...
- Halik Zaman · Pengulas TertinggiBuat apa sokong BN kalau yang kaya itu adalah Menteri-Menteri
BN ? Tanya diri anda kenapa Najib bermati matian sehingga air liurmya meleleh minta anda undi BN ? Sebab rakyat punya kuasa dari segala kuasa untuk menentukan Kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa. Tukar !! Tukar !! Tukar !!- Hj Wahab Timpai Wahab · TenomBila Najib menjerit 3 kali hidup Melayu,kawan2 saya yg Murut ikut kah juga menjerit,macam juga dulu Lajim bila dia berucap seprti begini"KITA ORANG2 MELAYU PERLU SOKONG UMNO" begini lebih kurangnya,sekarang berubah pula sperti begini" KITA ORANG BISAYA PERLU PERTAHANKAN SABAH" lebih kurang lah begitu.mana yang betul dalam dua ungkapan ini?
- Pertama Tengah Akhir MatiNajib: 'Saya khuatir sikit soal kita sesama kita'
I HELP U HELP ME
kemungkinan 'tindak balas' dari anggota yang tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum
TAK KAN NAK JADI LEMBU
http://www.youtube.com/watch?v=IVg2B9-rFgc
Tapi bezanya para perwakilan kali ini diminta menjawab soalan cepu emasnya – sama ada akan menyokong calon pilihan Umno sekiranya mereka sendiri tidak terpilih.
BOCOR
- Fauzi Othman · Pengulas Tertinggi · Smk machangnampaknya bila najib dah bersuara itu bukannya khuatir sedikit dah namanya....khuatir banyak la tu.....senang cakap si najib ni dah x percaya orang dia sendiri....selama ni dok cakap lawa....kita kuat kita bersatu hati...last2 sampai masa penggulungan hujah baru pecah tembelang....rupanya x adalah kuat sangat parti UMNO ni....kuat mulut je tapi hati kecut.....
- Mdsaad Papa · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Agama Khairiah (SMAKH)
- Spekulasi Semasa · Pengulas Tertinggi · Berubah demi masa depanduri dalam daging paling berbisa tahu pun najib takut harap2 bnyklah pgkianat dlm umnosex....umnosex undi menipu memangla menang besar semua peti undi dah dirncang takut kalah...kalu umnosex kalah habis la malaysia ni apa jd xtaula bila BNend naik gler
- Mann Greco · Pengulas Tertinggi
- Nasir Mohd · Pengulas Tertinggiada yg kata bley menang besar, ada yg kata da 70% menang, ada yg cakap paling tercabar pru kali ni, ada yg kata kena habisan kali ni, ada yg kata kalo kita tumbang hilang semuanya, masih dlm kebimbangan sebenarnya, sekadar penyedap hati, yg paling runsing ialah pilihanraya dah dekat, namun tarikh masih tak bley beritahu, kalo beritahu mungkin akan rasa seperti org nak mati, dah tahu tarikh, heh heh heh
- Pertama Tengah Akhir MatiNajib: 'Saya khuatir sikit soal kita sesama kita'
I HELP U HELP ME
kemungkinan 'tindak balas' dari anggota yang tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum
TAK KAN NAK JADI LEMBU
http://www.youtube.com/watch?v=IVg2B9-rFgc
Tapi bezanya para perwakilan kali ini diminta menjawab soalan cepu emasnya – sama ada akan menyokong calon pilihan Umno sekiranya mereka sendiri tidak terpilih.
BOCOR - Pertama Tengah Akhir MatiSEBELUM SOKONG ADA MATLAMAT DUIT
HUKUM PUN TOLAK KERANA DUIT
MENANG DAPAT DUIT
KALAH TAK DAPAT DUIT
http://www.youtube.com/watch?v=SeQmJKD42BI
kerana gila jawatan, kerana dirasuk orang tertentu sekarang jadi orang yang menentang Umno dan BN,"
KERANA KENA TIPU BILA BERI SOKONGAN - Malik Sulaiman · Pengulas Tertinggi · Sek men semerah
- Pelangi Malam · Pengulas Tertinggi · UUMKalu org dalaman yg jd kekhuatiran Najib, apatah lg org luar.. Kirenya ia menampakan terlalu bodohnya org luar (rakyat marhain) yg terus menyokong BN sedangakan org dalaman sendiri masih berbelah bagi...
So.. kpd org2 luar (rakyat & bukan barisan kepimpinan BN), korang nk tunggu lg ngan BN ker, sedangkan mrk yg dok pegang jawatan pun dok berkire2 (x yakin ngan Najib)..? Fikir2kan lah.... - Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2Sebenarnya kemenangan BN di Sarawak dan Sabah hanya memenangkan UMNO shj, bukannya memenangkan BN. Sbb yg memerintah nanti ialah UMNO. Rakyat Sabah dan Sarawak harus sedar dan bangkit utk menjatuhkan UMNO ni..kalau tak seumur hiduplah akan diperintah oleh UMNO.//./..///.//
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2UMNO tidak akan adil kepada rakyat Malaysia yg berbilang kaum. Masa perhimpunan UMNO kita dah tahu sikap sebenar pemimpin UMNO. Pakcik, Makcik, nenek dan datuk kat tempat aku semua tak suka pemimpin UMNO bila berbahas lebih2 lagi Najib...kalau UMNO(BN) kalah dalam PRU13 kita memang tak hairan la./././.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan