Ahad, 9 September 2012

JENERAL PALING BESAR...ALLAH LAH..IKUTLAH SYARIAT ALLAH SWT...JANGAN KURANG CERDIK...BERDALIH LAGI BAB HUDUD...DIA INGAT ORANG LAIN BODOH AGAMA AGAKNYA...YANG TAK SUKA HUDUD DAN SYARIAT ALLAH DITEGAKAN ATAU DIIKUT SYAITAN AJE

BAS jelajah Anwar disimbah cat lagi

  • Zulaikha Zulkifli
  • 4:20PM Sep 8 2012
Bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disimbah cat lagi di Jasin, Melaka hari ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, bas tersebut disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di kawasan itu.

NONE"Bas datang dalam jam 3.30 petang di Kampung Rim untuk hadiri program Aidilfitri. Tiba-tiba kami didatangi kira-kira 20 samseng BN yang halang laluan bas kami.

"Kami tahu itu BN kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," dakwanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, beliau berada dalam bas itu bersama Anwar dan pemimpin PKR negeri ketika kejadian.

Menceritakan detik cemas itu, Shamsul memberitahu, insiden bermula apabila bas yang dinaiki mereka dihalang daripada melalui jalan di kampung tersebut, sehingga mendorong berlaku perbalahan antara petugas AMK dan kumpulan itu.

''Memang ada pergelutan antara skuad AMK dengan mereka. Tetapi akhirnya mereka beri laluan. Selain cat, mereka juga balik objek lain. Tapi saya tak pasti objek apa," kata Shamsul.

Anwar: Samseng makin berani & biadap
Sehubungan itu, Shamsul berkata, PKR Jasin akan membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut selepas majlis jamuan Aidilfitri selesai, dijangka lewat petang ini.

''PKR Jasin akan membuat laporan polis selepas ini. Tetapi apa yang kita kesalkan ialah, pihak polis hanya tiba selepas setengah jam kejadian. Baru mereka datang," katanya lagi.

Kejadian ini merupakan kejadian kedua selepas Sabtu lalu, bas sama disimbah dengan cat merah di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah.

Sementara itu, Anwar Ibrahim di laman Facebooknya mengecam insiden itu.

''Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadap!'' tulis Anwar.
Anwar: Dr M betul, jangan ikut 'syaitan'

  • Darwish Zainal
  • 7:53PM Sep 8 2012
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan banyak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dalam isu ''syaitan yang dikenali'' seperti ditulis dalam blog bekas perdana menteri itu.

Sehubungan itu, Anwar berkata, rakyat tidak boleh menyokong "syaitan" kerana mereka akan selamat sekiranya bersama "malaikat" yang dikiaskannya sebagai Pakatan Rakyat.

anwar ibrahim jelajah merdeka bus tour in serembanBerucap di hadapan seribu penyokong pembangkang di Rantau Negeri Sembilan, Anwar berkata,
dengan kenyataan Dr Mahathir yang seolah-olah mengakui mereka merupakan ''syaitan'', beliau tidak boleh marah dengan kejadian malang yang menimpanya sebelum ini.

"Saya telah dimaki siang dan malam. Bila ke luar negeri keselamatan perlu dijaga. Bila berjalan, saya memerlukan pengawal peribadi sebab sekarang ramai sangat orang jahat.

''Saya tak boleh nak marah dengan semua ini sebab Mahathir telah pun mengaku bahawa mereka ini syaitan," sindir Anwar lagi.

Dr Mahathir sebelum ini menyebut peribahasa Inggeris yang terjemahan langsungnya berbunyi "'lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal".
MP cabar Nazri bahas isu rogol statutori
6:12PM Sep 7 2012
MP Puchong Gobind Singh Deo mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk membahaskan pendirian menteri yang bertegas bahawa undang-undang berhubung serangan seksual dan rogol bawah umur tidak perlu dipinda.
Peguam itu memberi alasan, beberapa keputusan mahkamah berhubung kes rogol statutori tidak menggambar hasrat Parlimen dalam menggubal hukuman mandatori.

NONE"Mengarut jika dikatakan bahawa Parlimen berhasrat supaya ada pilihan untuk kesalahan yang sama seperti itu," katanya.

Beliau mempertikaikan tindakan mahkamah yang melepaskan tertuduh dalam kes seperti itu atas kelakuan baik, walaupun hukuman (penjara) lima tahun dan maksimum 20 tahun untuk menyatakan tahap keseriusan jenayah berkenaan.

Keputusan itu dibuat dalam oleh hakim dalam dua kes yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Tindakan itu menimbulkan kritikan daripada banyak pihak, termasuk oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Heng Seai Kie, yang mengemukakan memorandum kepada kerajaan supaya menyemak semula undang-undang tersebut.

Laporan The Star hari ini memetik Nazri sebagai berkata, beliau tidak melihat apa-apa masalah dalam undang-undang berkenaan dan peruntukan Kanun Keseksaan itu tidak perlu dipinda.

Nazri berkata, isu dalam kes berkenaan adalah dalam soal menjatuhkan hukuman dan terpulang kepada mahkamah untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Nazri berkata badan kehakiman telahpun maklum mengenai perkara itu dan akan mengambil langkah untuk membetulkan semula perkara itu berdasarkan persepsi awam.
DPMM: 'Perangai pelik' merujuk pada pegawai Najib

  • Nigel Aw
  • 7:14PM Sep 8 2012
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Syed Ali Alattas hari ini menjelaskan bahawa saranannya supaya perdana menteri "tidak buat perkara pelik-pelik'' merujuk kepada cadangan untuk projek MRT.
Jelasnya lagi, ia adalah berhubung peranan pegawai perdana menteri yang mengemukakan cadangan untuk projek berkenaan.
''Saya fikir beginilah. Pegawai ini pelik-pelik. Mungkin pegawai ini terlalu sibuk. Bila sibuk, cadangan pelik-pelik dia bagi perdana menteri.
"Jadi, perdana menteri yang akan mencadangkan cadangan itu," kata Syed Ali kepada pemberita di pejabat badan itu di Bukit Damansara petang ini.

Pada Isnin lalu, Syed Ali menyuarakan kekecewaan terhadap projek MRT yang disifatkan meminggirkan usahawan bernaung dibawahnya dan dianugerah kepada kontraktor yang tidak layak.

Sehubungan itu, Syed Ali menggesa perdana menteri agar tidak mengulangi perkara sama pada masa akan datang.

Selain itu, Syed Ali berkata lagi, kenyataannya pada ketika itu hanyalah semata-mata hasil daripada forum meja bulat GLC DPMM
Wakil PBB: NGO boleh terima dana asing
3:36PM Sep 8 2012
Tidak patut ada kekangan terhadap bagaimana NGO mendapatkan dana sama ada daripada dalam negeri atau pun sumber luar, kata wakil khas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kebebasan berhimpun dan berpersatuan Maina Kiai.

Katanya, dana sangat penting supaya hak kebebasan berpersatuan dapat dipraktikkan.

Beliau juga berkata standard yang sama seperti dana kerajaan dan syarikat patut digunakan terhadap NGO.

NONE"Saya tahu Malaysia menerima banyak dana asing sebelum ini dan dia sekarang patut menjadi pemberi dana. Tiada sesiapa pun menuduh kerajaan menjadi agen asing.

"Perkara yang sama harus berlaku terhadap pertubuhan. Kamu tidak boleh menggunakan hak (untuk berpersatuan) sekiranya tiada dana," kata peguam terkenal daripada Kenya itu.

Kiai berkata banyak perniahaan daripada Malaysia mempunyai akses keapda dana kerana ia menunjukkan realiti bagaimana dunia moden bergerak.
Menteri agama: Selesaikan kes syariah 24,000 sebelum hudud
8:09PM Sep 8 2012
Kerajaan Kelantan diminta menyelesaikan kes tertangguh di Mahkamah Syariah yang kini mencecah 24,000 kes daripada terlalu sibuk membicarakan soal hukum hudud.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata berbanding negeri-negeri lain yang hanya sekitar 3,000 kes, Kelantan perlu mengutamakan usaha menyelesaikan segera kes tertangguh itu.

"Dalam soal ini kita menyusun, kebersamaan untuk kita mencapai(menyelesaikan) bicara mahkamah-mahkamah yang belum diselesaikan.

NONE"Pada rata-rata mahkamah lain ada 3,000 kes yang terbengkalai. Di Perlis ada 500 kes dan tahun ini kita letak KPI untuk selesaikan kes tertunggak dalam tempoh tiga tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Ketereh di Kota Baharu, hari ini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas Datuk Mohd Alwi Che Ahmad.

Menyentuh mengenai kuota haji, Jamil Khir berkata sehingga kini kerajaan Arab Saudi belum memberi jawapan untuk membenarkan kuota tambahan kepada jemaah haji negara ini.

"Sampai sekarang pun kita belum lagi diberi jawapan untuk kuota tambahan itu. Kita ada kuota tambahan itu," katanya.

Sementara itu Jamil Khir berkata rakyat kini sudah memahami banyak perkara yang disiar dalam sesetengah media baharu sebenarnya banyak mengandungi unsur fitnah.

"Tidak seperti tahun 2008 dahulu, mereka menganggap media baharu ini adalah sumber utama tetapi kini mereka mengetahui sebahagian besarnya adalah fitnah," katanya.

- Bernama
PERKASA PJ, NGO bakar 'Sang Saka Malaya'
7:59PM Sep 8 2012
Lima belas lagi NGO di daerah Petaling Jaya hari ini bergabung membuat laporan polis berhubung tindakan peserta Himpunan Janji Demokrasi memijak gambar pemimpin negara dan mengibarkan 'bendera baharu' pada sambutan ambang Merdeka 30 Ogos lepas.

Jurucakap NGO berkenaan, PERKASA Daerah Petaling Perdana Abd Hadi Mat Jani berkata tindakan segera perlu diambil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan peguam negara terhadap peserta perhimpunan itu yang jelas melampaui batas.

"Pihak yang membawa bendera baharu pada perhimpunan itu juga tidak harus dibiarkan tanpa dihadapkan ke muka pengadilan kerana perbuatan mereka jelas bertentangan undang-undang dan menghina Jalur Gemilang yang menjadi bendera negara selama ini," katanya.

"Kami NGO di Petaling Jaya mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kejadian yang melukakan hati semua warga Malaysia," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya selepas membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.

Selepas laporan polis itu dibuat, kira-kira 50 anggota NGO berkenaan turut mengadakan perhimpunan dan membakar bendera 'Sang Saka Malaya' bagi mengecam tindakan peserta perhimpunan Janji Demokrasi itu.

- Bernama
Hakim dikecam kerana kenyataan berhubung seks
1:28PM Sep 8 2012
Pusat Wanita untuk Perubahan (WCC) menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kenyataannya ketika melepaskan seorang pemilik pusat asuhan kanak-kanak atas dakwaan merogol kanak.

WCC yang bertindak sebagai pemerhati kes itu berkata, kenyataan yang dibuat dianggap "menghina" dan "tidak sensitif kepada isu kejantinaan".

NONEKatanya, kenyataan Hakim Zamani Abdul Rahim bahawa kanak-kanak mungkin membayangkan atau berfantasi juga bertentangan dengan keputusan undang-undang di negara lain.

"Suruhanjaya undang-undang di Australia dan Ireland membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak tidak konsisten keliru antara realiti dan fantasi.

"Laporan itu secara khusnya menyatakan, adalah sangat luar biasa bagi kanak-kanak untuk memalsukan satu siri acara atau berfantasi terhadap serangan seksual," kata wakil WCC Prema Devaraj (kiri) dan Melissa Mohd Akhir dalam kenyataan bersama.

Hakim Zamani pada Selasa mengubah sabitan terhadap Ewe Peng Lip, 49, kerana merogok kanak-kanak (kini lapan tahun) di Bukit Dumbar antara Januari hingga April 2008.
Mohd Zin, berhentilah merengek, kata SU Khalid
2:19PM Sep 8 2012
Tindakan BN Selangor terus mempertikaikan tindakan kerajaan negeri mengambil alih hutang Talam Corporation walaupun laporan audit 'membersihkannya' bertujuan menutup keaiban pemerintahan BN Sebelum ini, dakwa pegawai kanan menteri besar.

Sambil menyifatkannya mungkin cubaan"menegakkan benang yang basah", Setiausaha politik Faekah Husin berkata, Koordinator BN negeri Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed sepatutnya lebih prihatin kepada pelbagai isu besar lain.

NONEAntaranya, tambah Faekah (kiri), isu penswastaan berkaitan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang didakwa hanya akan menguntungkan syarikat dan individu tertentu tetapi merugikan rakyat Selangor.

"Ini adalah isu-isu besar yang sepatutnya beliau ketengahkan. Berhenti merengek dan berperangai seperti kanak-kanak yang mahukan gula-gula," kata Faekah.

Md Zin turut menyandang jawatan sebagai pengerusi KTMB.

Mohd Zin pada 6 September dilaporkan berkata, penjelasan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai penyelewengan yang didakwa berlaku dalam isu Talam Corporation Bhd masih tidak memuaskan, malah menimbulkan lebih banyak persoalan.

Katanya, audit bebas itu terang-terangan mendakwa langsung tidak membuat penelitian mengenai pendedahan MCA sebelum ini, sebaliknya hanya menyemak transaksi urus niaga dan dokumen berkaitan sahaja.

Dalam kenyataannya hari ini, Faekah juga berkata, Selangor pada masa yang sama tidak akan duduk diam atau tunduk kepada "tangan-tangan rakus dan kotor" yang mahu mengambil hak rakyat Selangor, baik dalam isu Talam atau KTMB.

"Kita akan lakukan yang terbaik agar hak rakyat dipertahankan mengatasi kepentingan individu haloba," katanya.

Juruaudit KPMG sehari sebelum itu mengesahkan bahawa urus niaga antara kerajaan Selangor dan Talam melibatkan kutipan hutang RM392 juta tidak mengandungi unsur-unsur keraguan.

Pengarah Eksekutif KPMG Advisory Unit Chan Siew May yang hadir pada sidang media bersama menteri besar menyatakan, semua transaksi melibatkan pembayaran hutang itu mematuhi undang-undang dan amalan perakaunan.
Zahid Hamidi: Ikut jeneral, baru menang
3:26PM Sep 8 2012
Anggota Umno perlu mengikis sikap suka merajuk kerana ia hanya akan mewujudkan kem tertentu dalam parti sekali gus melemahkan parti, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata budaya merajuk hanya kerana tidak mendapat sesuatu yang dihajati telah banyak memudaratkan parti seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lepas yang menyaksikan Umno kehilangan banyak kerusi.

NONE"Ada anggota parti yang merajuk kerana tidak puas hati dengan calon tertentu yang dipilih oleh kepimpinan parti... jangan kerana guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Yang tersingkir seketika, kuatkan semangat demi maruah dan kekuatan parti serta kepercayaan pengundi.

"Kesetiaaan kepada parti adalah penting terutama dalam mengukuhkan sokongan terhadap parti di peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Labuan malam tadi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, dalam memastikan kemenangan dalam setiap pilihan raya umum, strategi peperangan masih relevan dengan mengenalpasti musuh serta lawan.

"Kita harus mengikut arahan jeneral. Dalam peperangan apabila kita mendapat arahan, kita harus ikut, barulah kita boleh menang," katanya.

- Bernama
Penyair derma RM10,000 pada penduduk Bkt Koman
2:34PM Sep 8 2012
Seorang penyair mendermakan RM10,000 kepada penduduk Bukit Koman yang diperintah mahkamah membayar kos RM15,000 dalam kepada syarikat lombong emas dalam kes yang berjalan selama empat tahun.

Teh Hon Seng yang juga penulis kolum untuk Malaysiakini versi bahasa Cina mengumumkan perkara itu dalam laman Facebook beliau semalam sebagai sokongan terhadap pergerakan 'hijau' dan "keadilan".

NONEPegawai eksekutif FingerTec Worldwide itu memberitahu Malaysiakini, beliau harap sumbangannya itu memberi inspirasi kepada badan korporat supaya menyokong pergerakan sivil dan kumpulan yang serba kekurangan.

Jelasnya, kumpulan itu mengalami masalah mengutip dana ekoran sumbangan korporat kepada mereka tidak mendapat rebat cukai.

Selain itu, ramai yang tidak mahu dilihat mempunyai kaitan dengan pergerakan sosial.

Penduduk Bukit Koman hilang peluang terakhir mereka untuk mencabar melalui semakan kehakiman supaya Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar yang terperinci.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 6 September menolak rayuan mereka untuk mendapat kebenaran untuk didengar berdasarkan meritnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diarah membayar kos sebanyak RM15,000.

Tiada ulasan: