Ahad, 9 September 2012

BERPOLITIKLAH CARA SIHAT...MASING2 PARTI BERDAFTAR...CUMA ADA NGO BERGERAK MACAM PARTI POLITIK...JANGAN HALANG SAPE NAK BERKEMPEN...RAKYAT DENGAR...RAKYAT AKAN UNDI MANA TERBAIK DARI KALANGAN YANG TERBAIK....

Anwar: Biar polis siasat isu senjata api

  • Nigel Aw
  • 1:41PM Sep 9 2012
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahakan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut.

anwar malacca jasin tour bus bodyguard gun 090912Anwar berkata, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman.

"Saya serahkan kepada polis," katanya yang menambah, isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di satu majlis rumah terbuka PKR di Pantai Dalam pagi ini.

Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua polis berpakaian preman bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar itu dan memaksa senjata api tersebut dimasukkan semula ke sarungnya.

Pegawal peribadi itu kemudiannya ditahan.

Anwar menegaskan bahawa senjata api yang digunakan pengawal peribadinya itu berlesen.

Kejadian itu berlaku apabila bas yang digunakan PKR untuk kempen Jelajah Merdeka Rakyat disekat oleh kira-kira 20 orang berhampiran kawasan Kampung Rim.

Bas tersebut juga disimbah dengan cat merah.

Pimpinan PAS di jamuan Aidilfitri Kampung Baru

Harakahdaily, 09 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Saf kepimpinan PAS di pelbagai peringkat kini berada di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru sempena majlis hari terbuka Aidilfitri parti itu hari ini.

Bermula dari Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta seluruh AJK PAS Pusat berada di sini dan bersedia menerima kunjungan tetamu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara tetamu awal dilihat tiba pada majlis ini petang ini.

Majlis rumah terbuka PAS ini bermula jam dua hingga lima petang ini dan menyediakan pelbagai juadah untuk jumlah 100,000 orang.

Orang ramai juga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut hari ini.
Susulan bas diserang, PKR mahu temu IGP
Wartawan Sinar Harian
9 September 2012
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Bas PKR
Bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah kali kedua. -Keadaan bas PKR yang disimbah cat. - Foto ihsan dari Facebook Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Kepimpinan PKR berhasrat mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar susulan dua insiden serangan dan kekasaran ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat kendalian parti itu.

Kejadian kedua membabitkan bas itu disaksikan di Jasin, Melaka semalam.

"Untuk menghentikan kejadian ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution (Ismail) akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk bertemu dan memastikan polis memberikan perhatian terhadap amalan yang mengancam demokrasi negara ini," kata Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Hina pemimpin PAS: Lagi laporan polis dibuat

Harakahdaily, 09 Sep 2012
KEMAMAN: Dewan Pemuda PAS Kemasek membuat satu laporan polis berhubung sekeping gambar yang sedang tersebar di internet,mempamerkan aksi dua orang pemuda sedang kencing di atas gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu kain rentang.

Laporan polis itu dibuat AJK Pemuda PAS Kemasik, Syed Khairi Amir oleh di Balai Polis Kerteh kira-kira jam 5.30 petang semalam..

"Saya dapati ada beberapa keping gambar pemimpin PR dikencing, dipijak dan dibakar.

"Kelakuan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pihak pemuda PAS Kemasek dan saya pohon siasatan segera oleh pihak polis bagi menegakkan keadilan," laporan polis itu dipetik.

Sejak insiden seorang pelajar kolej swasta diambil tindakan segera oleh polis kerana didakwa menghina gambar perdana menteri ketika kejadian 30 Ogos lalu, beberapa pihak turut meyebarkan gambar seorang individu sedang kencing di atas gambar Mursyidul Am dan Presiden PAS itu internet.

Penyiaran gambar itu disertakan bersekali dengan desakan agar pihak polis juga bertindak segera kepada si pelaku yang menghina gambar pemimpin PAS itu.

Sebelum ini juga pelbagai pihak turut mengecam tindakan yang didakwa 'double standard' pihak kerajaan yang segera menangani kes penghinaan kepada gambar pemimpin BN sedangkan penghinaan kepada gambar pemimpin Pakatan Rakyat dibiarkan.

Ada juga yang mempersoal kenapa masih tiada apa-apa tindakan kepada pihak yang bertindak samseng menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang memberi tazkirah di sebuah masjid Pumpung Kedah baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, perbuatan khianat kumpulan samseng turut berlaku kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR yang dua kali diserang dengan disimbah cat merah dan cermin bas dipecahkan.
PKR nafi pengawal peribadi Anwar acu pistol
MOHD ARASHY AZIM
9 September 2012
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan salah seorang pengawal peribadi Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistolnya ke arah orang ramai ketika insiden menghalang bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka semalam.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pengawal yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan Anwar tidak mengacukan senjata tersebut ke arah orang ramai sebagaimana dilaporkan beberapa media hari ini.

"Pengawal yang ditugaskan tidak mengacu senjata api terhadap orang ramai.

“Sebaliknya, apa yang dilakukan adalah mengeluarkan senjata api dan menghalakan muncung pistol  ke tanah, di bawah paras pinggang," kata beliau yang juga Ketua PKR Jasin.

Tambah beliau, tindakan yang dilakukan oleh pengawal terbabit mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), yang akan dilakukan oleh mana-mana pengawal keselamatan untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya beredar dan tiada gangguan ke atas pihak yang dijaganya, dalam kes ini Anwar.

"Apa yang saya dengar daripada pengawal terbabit, dia berkata kepada semua orang ramai untuk bersurai dan jangan ada yang menggangu," tambah beliau.

Sebaik sahaja kejadian terbabit, beberapa anggota polis yang berpakaian preman menyerbu ke arah pengawal terbabit dan merampas senjata itu daripada lelaki tersebut, ujar Shamsul Iskandar.

Tambah beliau, satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara tersebut hari ini.

Sinar Harian Online difahamkan pengawal keselamatan telah diambil keterangan semalam dan dilepaskan malam tadi.

Laporan media hari ini menyebut polis menahan lelaki yang ditugaskan untuk mengawal Anwar selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai  di Kampung Baru Rim, Jasin petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 37 tahun, yang  menaiki Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke satu majlis di kampung tersebut.

Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.
Polis Melaka: Ketua pengawal peribadi Anwar bebas dengan ikat jamin
SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
9 September 2012
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
MELAKA - Polis Melaka sedang menyiasat dakwaan bahawa ketua pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistol ketika kejadian menghalang bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat yang turut dinaiki Ketua Pembangkang itu di Jasin semalam.

“Pengawal peribadi yang berusia 37 tahun itu telah ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas selesai sesi rakaman percakapan kira-kira jam 9 malam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Jasin, malam tadi,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah hari ini.

Laporan media hari ini menyebut polis menahan lelaki yang ditugaskan untuk mengawal Anwar selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai  di Kampung Baru Rim, Jasin petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 37 tahun, yang  menaiki Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke satu majlis di kampung tersebut.

Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.

Perkara itu dinafikan oleh PKR hari ini.

Dalam pada itu, Raja Shahrom juga berkata, pihaknya berharap mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai rakaman video atau foto berhubung kejadian bas dinaiki Anwar disimbah cat ketika siri Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Kelubi, Jasin petang semalam,  tampil membantu siasatan.

Raja Shahrom berkata, semua individu yang berada di kawasan kejadian diminta untuk tampil membantu polis mencari kebenaran dalam peristiwa yang berlaku ketika bas yang dinaiki pemimpin PKR dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Rim, Jasin.

"Sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes di bawah Seksyen 427 kerana kianat, bertujuan mencari kebenaran selepas empat laporan diterima antara jam 3.30 hingga 4 petang berkaitan bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat dan dibaling botol minuman ," katanya.


 PANAS!! Video Ahli Parti Syaitan sedang beribadat tersebar!! Saksikan!!
Posted on Saturday, September 08 @ 04:39:22 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: AnakSgDerhaka

"Pemimpin besar UMNO yang menjadi idola kepada kebanyakkan Blogger Pro UMNO telah mengibaratkan UMNO/BN itu umpama Syaitan.

Mengulas kenyataan Mahathir itu Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata “Kalau bekas presiden Umno pun mengatakan kerajaan BN adalah syaitan, maka langkah paling tepat ialah segera meninggalkan Umno dan berhijrah kepada Pakatan Rakyat,”

Sambil itu beliau juga memetik Al-Qur’an Surah Fathir, ayat 6 yang bermaksud “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu. Kerana itu hendaklah kamu memusuhinya. Syaitan hanya bermaksud mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka.”

Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka UMNO sebagai ketua , mestilah Iblis.

Bukan aku yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. UMNO ialah parti Iblis.

Dengan Masjid yang merupakan 'Rumah Allah' dan tempat beribadat ummat Islam sendiri tidak terlepas dari serangan Ahli-ahli atau penyokong-penyokong Parti Syaitan itu (Videonya di SINI ) ianya menimbulkan persoalan di mana dan bagaimanakah mereka beribadat?

Video di bawah menunjukkan mungkinkah ini caranya ahli-ahli Parti Syaitan itu beribadat...

Sumber di SINI 

 Bas Merdeka Rakyat disimbah cat lagi, Pemuda Umno sah terlibat
Posted on Sunday, September 09 @ 08:37:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh SharpshooterJASIN: Selepas kejadian di Kelantan yang pelakunya masih bebas hingga kini, bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat di Kampung Kelubi di sini, hari ini.

Bas itu disimbah cat merah ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung kelubi, Jasin kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Kejadian itu dilakukan kira-kira 30 samseng Umno yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin KEADILAN.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kini percaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno.
“Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka,” katanya.
Minggu lalu, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Khadijah, Kelantan.
Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan.
Mengikut jadual, mereka akan hadir Rumah Terbuka AidilFitri KEADILAN Melaka di Jalan Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka dan Rumah Terbuka keadilan PKR Tangga Batu pada jam 8 malam.
Konvoi kemudian akan bertolak ke Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka untuk acara Ceramah Perdana di Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka, antara jam 9 hingga 12 tengah malam.
Pada waktu sama, konvoi juga akan berada di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/


 Isu Ustaz Nazaruddin Mat Isa Jangan dijadikan Peluru UMNO
Posted on Sunday, September 09 @ 06:24:01 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"Malam ini majlis syura PAS Pusat bermusyuarat bulanan tahun 2012. Daalam coretan rengkas ini kami mengharap pemimpin PAS Pusat dan Ahli Majilis Syura Pas tidak menyentuh secara krusus atau diadakan satu agenda mensyuarat membicang Ustaz Nazaruddi Mat Isa.

Perlu diingat pemimpin UMNO, media jahat dan media tv milik UMNO, terutama TV3 akan menjadi suara syaitan yang berwajahkan manusia dan TV1, Tv2 serta astro awami akan bercakap dengan lidah syiatan untuk dijadikan isu Nazaruddin Mat Isa.
Dengan ini kami mengharap pemimpin PAS Pusat dan ahli majlis syura Ulama PAS tidak perlu membincang dan membuat kenyataan kepada wartawan jahat milik UMNO.
Jika ahli majlis mesyurat atau majlis syura ulama PAS membincang dan membuat keputusan perihal Nazasuddin Mat Isa, sepertilah gantung taling dileher atau pisau ditekak.
Biarlah perihal Nazaruddin hilang dibawa arus traformasi Politik Najib dab BN/UMNO . Satu kesilapan besar jika Majlis syura ulama dan pemimpin PAS Pusat membuat keputusan atau menjadikan agenda mesyuarat bulan dan harian bakal mengundang padah yang cukup parah mengjelang PRU13.
Biarkan Nazaruddin Mat Isa dengan karenahnya. Ingat Nazaruddin hanya tunggu keputusan dari pemimpin PAS Pusat dan Majlis Syura. Beliau akan hilang dan pupus bersama dengan egonya. Tidak rugi orang seperti Nazaruddin lari dari PAS atau tidak bergerak aktif dengan PAS.


 Jitra dilanda banjir teruk
Posted on Sunday, September 09 @ 03:36:35 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Sinar Harian

Kalidas (kanan) bersama penduduk ketika air mula surut kira-kira jam 3.50 petang, JITRA – Seramai 68 keluarga Kampung Muhibah mula berasa resah setelah rumah mereka dinaiki air setinggi lebih satu meter dalam kejadian hujan lebat kira-kira 2.30 petang, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Kampung Muhibah, Kalidas Munusami, 47 berkata, tidak sampai 30 minit hujan lebat, air sudah mula naik sehingga ke paras dada.

Katanya, kejadian banjir kilat hari ini (semalam) merupakan paling teruk dalam tahun ini dan boleh membahayakan nyawa kanak-kanak serta orang ramai.

“Kita minta Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan tampil tolong atasi masalah banjir ini seberapa cepat yang boleh.

“Kita percaya banjir ini adalah berpunca daripada sistem perparitan utama di jalan Jitra menghala Alor Setar di mana ia menempatkan lorong perparitan yang sempit sejak zaman jajahan Jepun.

“Sistem perparitan di Kampung Muhibah tiada masalah, cuma sistem perparitan di jalan utama sahaja yang menjadi punca utama banjir kerana saluran air lambat mengalir,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kalidas berkata, akibat kejadian itu, kebanyakan peralatan elektrik dan perabot dalam rumah mengalami kerosakanan. Bagaimanapun, nilai kerosakan belum diketahui.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, beberapa jalan utama di sekitar Jitra bergerak perlahan akibat air takungan dari sistem perparitan yang melimpah di atas jalan raya yang menyebabkan berlakunya banjir. 


 Budak Ini Tunjuk Punggung Di Khalayak Ramai Salah, Bik Mama Bercumbu Dan Berpeluk Di Khalayak Ramai Ok
Posted on Wednesday, September 05 @ 15:34:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh W. Fauzdin NS

Muka-muka basi yang dah lama tak keluar TV, kini dikutip semula untuk ambil kesempatan atas beberapa isu murahan Umporno. Isu bendera Sang Saka dan juga isu tunjuk punggung diulas oleh beberapa pencacai haprak.

Timbul kembali wajah Zul Kulum, Hassan Akidah dan beberapa ekor lagi cicak mengkarung belaan Umporno.


Kejadian di atas di dalam bilik atau di khalayak ramai? Apa hukumnya?

Pelik apa dengan bendera Sang Saka? Takut sejarah lampau diketahui oleh golongan muda? Jika mereka tahu pun, bukannya Pembangkang mahu tukar bendera Sang Saka bagi menggantikan Jalur Gemilang. Semua pimpinan PR sepakat bahawa yang akan berganti hanya Kerajaan, iaitu Umporno/Bn akan menjadi Pembangkang. Tiada kena mengena dengan bendera pun. Rakyat kurang minat mahu kibar Jaluir Gemilang semenjak tahun 1998/99 adalah kerana hilang selera dengan kerajaan yang zalim bermula di era mamak kutty. Jika tidak percaya, apabila PR menjadi kerajaan di Pusat nanti kita akan lihat seluruh jalanraya dan kenderaan akan berkibar megah Jalur Gemilang. Rakyat sudah meluat dengan Umporno/Bn, maka selera kepada Jalur Gemilang turut terjejas.


Antara Sang Saka dengan bendera Israel, mana satu lebih mulia?
Sudahkah ditangkap siapa yang koyakkan gambar MB Kedah ini?
Gambar Koh Tsu Koon, pemimpin Gerakan rakan dalam Bn pun mereka sanggup koyakkan, ada didakwa?

Tunjuk punggung pun satu hal. Aku pun tidak setuju dengan cara biadab dan menyalahi hukum Islam itu. Bukan kerana tunjuk punggung pada gambar Najib tu yang aku tidak bersetuju, malah jika tunjuk punggung di khalayak ramai walaupun pada seekor babi pun aku tidak bersetuju kerana perbuatan itu dilarang oleh Islam. Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai itu haram.

Bukan sekadar tunjuk punggung....ugut nak bunuh lagi....Apa cerita?

Apa beza tunjuk punggung di khalayak ramai dengan tunjuk lurah dada, tunjuk rambut oleh wanita Islam di khalayak ramai? Bik mama bukan tidak biasa tunjuk dada dan rambut di khalayak ramai. Ramai artis yang tunjuk lurah dada di khalayak ramai, bahkan ramai anak-anak mudi Islam yang memakai seluar ketat menampakkan lurah punggungnya di khalayak ramai. Apa beza dari segi hukum Islam?

Hukum tidak akan berubah oleh kerana Najib terlibat. Masakan tunjuk punggung di khalayak ramai kepada pokok hukumnya harus, manakala tunjuk pungung kepada gambar Najib hukum haram? Mendedahkan aurat di khalayak ramai itu tetap haram, samada di hadapan Najib atau di hadapan seekor babi. Jika budak itu didakwa atas kesalahan menunjukkan punggung di khalayak ramai, masakan Bik Mama tidak didakwa oleh Jabatan Agama Islam kerana mendedahkan aurat di khalayak ramai, tambahan pula bercumbu dengan pelakun Hindustan dan berpelukan dengan Jaguh Badminton di khalayak ramai. Apa bezanya?

Bezanya adalah kerana undang-undang ini mereka yang bikin..... /wfauzdin.blogspot.com


 Budaya UMNO Selepas 55 Tahun Merdeka
Posted on Friday, September 07 @ 15:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Cabai BurungRoketkini.com
Alhamdulillah. Malaysia telah mencecah 55 tahun merdeka. Kita harus berbangga dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan ini kerana sikap toleransi rakyat pelbagai kaum di Malaysia walaupun seringkali amanah negara dikhianati kerajaan UMNO-BN dan suku sakat mereka.

Kesabaran kita sangat tinggi biarpun wang negara dirompak, harga barangan keperluan meningkat, rasuah berleluasa, kadar kemiskinan bandar yang masih tidak memuaskan, kejadian jenayah yang makin membimbangkan, budaya fitnah yang makin membiak, monopoli kroni untuk  projek tertentu dan pemimpin boros bermewah-mewah. Ya kita masih sabar.

Tabik juga pada seluruh parti oposisi. Pakatan Rakyat tidak pernah pun menghasut rakyat membuat kacau-bilau dan huru-hara. Jauh sekali menjatuhkan kerajaan dengan cara kudeta. Nau’zubillah.

Apa yang pernah dilaksanakan seperti himpunan Hijau, Oren dan Bersih merupakan sebuah jaminan kebebasan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Inilah antara sebab negara ini berada dalam keadaan aman dan sentosa. Kalaulah rakyat Malaysia tidak baik hati, tidak hairanlah kalau muka Najib awal-awal lagi di baling telur.

Berpegang pada demokrasi berparlimen

Cabai Burung percaya seluruh rakyat Malaysia menjunjung tinggi prinsip Perlembagaan Persekutuan dengan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan.

Kita mahu negara ini terus aman sentosa, makmur sejahtera, dipayungi oleh Duli Tuanku dan dilindungi Tuhan yang maha esa.

Malangnya adakah UMNO-BN ambil pusing soal demokrasi berparlimen dan hak bersuara yang dijamin perlembagaan? Malah mereka kelihatan semakin keanak-anakkan dalam berhadapan dengan protes rakyat. Buktinya lihatlah Bersih 3.0 yang lalu.

Transformasi Najib yang paling berjaya

Dibawah pelan tranformasi Perdana Menteri Najib Tun Razak, tranformasi paling berjaya Najib adalah tranformasi budaya matang kepada budaya politik samseng.

Dulu masih ada segan silu, tetapi sekarang semakin menjadi-jadi lagi perangai samseng budak-budak suruhan mereka. Dulu hanya tahu berbohohng, lepas tu sudah berani tunjuk punggung, sekarang pakai kasut, baling tong cat.

Lihatlah insiden terkini berlaku ke atas bas ‘Merdeka Rakyat’ milik PKR dan perlakuan kurang ajar anak Melayu baling kasut dalam Masjid Al Husain, Seberang Pumpong Alor Setar Kedah semalam ketika Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim ingin menyampaikan tazkirah Maghrib.

Mungkin buku belum bertemu ruasnya. Biarlah, pasti setiap kejahatan bakal menerima padahnya kelak, hukum karma tetap ada.

Budaya samseng yang berlaku sama naik dengan budaya fitnah. Cuma Pimpinan UMNO tidak pun bersuara. Kata orang, ‘redha dalam diam’ dan baling batu sembunyi tangan. UMNO menggunakan cyber troopers untuk menfitnah, membiarkan jaringan suku-sakatnya seperti Perkasa, Jati dan pelbagai lagi topeng NGO untuk membiakkan budaya fitnah.

Masih ada hukum karma

Dalam keserakahan UMNO-BN mengaut semula sokongan rakyat, perbuatan samseng ini cuma mencemarkan imej mereka sendiri. Inilah model Melayu Islam ala UMNO. Kejantanan mereka sekadar baling tong cat,baling batu, baling telur dan baling kasut.

Ternyata, tindakbalas pra-matang UMNO-BN ini merupakan petanda bahawa mereka gagal memahami dan menerima arus perubahan dan gelombang kebangkitan rakyat yang mula menjiwai semangat demokrasi.

Atau, kerajaan UMNO-BN Najib mula merasai bahang kejatuhan mereka tersungkur di Putrajaya?

Kalaulah UMNO-BN matang dan anak jantan; tidak perlulah ‘baling-baling’ lagi. Hentikanlah budaya samseng ini, ayuhlah berpolitik secara matang. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.-Roketkini.com


 Ulamak Pelapis : Jika siang takut berubah bertukar malam ...
Posted on Saturday, September 08 @ 04:21:49 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: sripetaling

"Oleh : Ahmad Mouhyideen bin Hashim *

Apabila Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyeru agar jangan menyalahkan kaum lain jika orang Melayu terpinggir dan mempelawa ahli-ahli UMNO untuk menyertai PAS jika mahu menyelamatkan kaum sendiri, saya teringat tentang usaha yang dilakukan oleh UMNO yang mencanangkan bahawa hanya UMNO yang mampu menjaga orang Melayu.

Di sana sini mereka mendendangkan 'lagu' bahawa UMNO itu adalah Melayu dan Melayu itu adalah UMNO. Seolah-olah jika UMNO tidak ada, maka Melayu akan hilang. Terbaru adalah kata-kata bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang seringkali menulis tentang masa depan orang Melayu khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008 bahawa Melayu tidak boleh bergantung kepada kata keramat Hang Tuah "tak akan hilang Melayu di dunia" kerana kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Suatu gambaran seolah-olah UMNO yang berada di penghujung hayat sekarang ini jika kalah dalam PRU ke 13 nanti akan memberi kesan yang negatif kepada orang Melayu.
Dicanangkan juga bahawa jika UMNO kalah dalam PRU ke 13 akan datang, kuasa orang Melayu akan hilang dan akan diambil alih oleh bangsa lain. "Melayu" yang tinggal hanya Melayu yang merempat di bumi sendiri. Melayu yang menjadi hamba kepada bangsa lain. Melayu yang akan menyesal dikemudian hari.
Momokan-momokan seperti ini jika sentiasa diulang, pasti akan dipercayai. Apatah lagi jika diulang siar oleh media arus perdana. Menanamkan perasaan takut di kalangan orang Melayu untuk melakukan perubahan adalah strategi UMNO untuk mengekalkan survival mereka. Seteruk mana pun UMNO sekarang ini, keadaan orang Melayu akan menjadi lebih teruk jika UMNO tidak memerintah lagi.
Al-Quran menceritakan bahawa hancurnya sesuatu kaum adalah disebabkan tangan mereka sendiri. Pupusnya kaum 'Ad dan Thamud, hinanya Yahudi dan Bani Israel adalah kerana kesalahan yang mereka lakukan sendiri. Kezaliman, maksiat dan keingkaran kepada perintah Allah menjadi punca mereka menjadi demikian. Ibnu Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah (2003) menyatakan bahawa kezaliman akan memberi izin kepada runtuhnya pembangunan dan kemajuan. Syed Qutb pula dalam kitabnya Ma'alim fi at-Toriq menyebut bahawa rosaknya masyarakat Arab yang dikenali sebagai masyarakat jahiliyyah kerana mereka menolak cahaya Ilahi dengan melakukan perkara yang dilarang.
Justeru, UMNO tidak seharusnya menakutkan orang Melayu jika mereka tidak memerintah lagi. Hancur atau hilangnya kekuasaan orang Melayu bukan kerana UMNO hilang kuasa tetapi sebenarnya kerana UMNO telah mengkhianati orang Melayu yang memberikan kuasa kepada mereka. Jika ingin disenaraikan, sejak UMNO memerintah terlalu banyak dosa UMNO terhadap orang Melayu. Bermula dengan menolak hukum Syariat, menggadaikan tanah rizab Melayu atas nama pembangunan, menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, menghalau orang Melayu daripada Pulau Pinang atas nama pembangunan, menyeksa orang Melayu di Kelantan hinggalah yang terbaru dalam isu saham FGVH, tanah orang Melayu cuba digadai.
Menolak syariat Ilahi adalah dosa terbesar UMNO terhadap orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Pusat-pusat maksiat tumbuh bagaikan cendawan dengan lesen yang diberikan. Hukuman Islam dihina dan diperlekehkan. Hudud yang cuba dilaksanakan, diberikan amaran dan ugutan. Oleh kerana itu, tidak peliklah orang Melayu boleh hancur dan hilang kuasanya di tanah sendiri kerana menolak cahaya Ilahi.
PAS datang membawa rahmat Islam kepada orang Melayu. Membawa apa yang diajak oleh para Nabi dan Rasul untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan. Hanya dengan cara itu orang Melayu akan selamat dan kuasanya tidak akan hilang. Sejarah membuktikan bahawa Islam telah membawa kegemilangan kepada umatnya, mengeluarkan manusia daripada kehancuran kepada kemuliaan, kegelapan kepada cahaya Ilahi. Islam telah menukar orang Arab yang bangsat membunuh anak sendiri, berbogel ketika tawaf kepada orang Arab yang menjatuhkan kuasa besar kuffar dan memerintah dunia.
Orang Melayu tidak perlu takut untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan dengan menyokong PAS. Jangan selesa dengan 'kepompong' adat dan kebiasaan sehingga takut untuk keluar daripadanya. Hanya dengan keberanian yang mampu merubah orang Melayu ke arah kebaikan. Jangan jadi umpama kaum Nabi Ibrahim yang takut untuk berubah dan keluar daripada warisan nenek moyang mereka yang kufur kepada Allah. Menurut Dr. Solah al-Khalidi dalam kitabnya al-Qosos al-Qurani, kaum Nabi Ibrahim mengiktiraf dalam diri mereka bahawa baginda di atas kebenaran tetapi mereka tetap tidak mahu beriman.
Jika siang takut berubah bertukar malam, pasti manusia tidak merasai nikmatnya kedinginan malam. Walaupun malam dimomokkan dengan hantu dan kegelapan, dengan keberanian manusia berjaya tidur dengan aman.
......
*Beliau adalah Ketua Majlis Fellow Penyelidik Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP).
"

 KANTOI Gambar Rumah Terbuka Najib di Photoshopped
Posted on Saturday, September 08 @ 04:26:53 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO


Klik untuk besarkan
Edisi KANTOI Gambar Rumah Terbuka Najib di Photoshopped oleh pihak tertentu!!!

Gambar Raya Pun Mau Kencing Ka?

Seorang pemimpin DAP telah mempersoalkan kesahihan gambar yang kononnya menunjukkan puluhan ribu orang yang berkumpul di kediaman Perdana Menteri Najib Altantuya sewaktu Hari Raya Aidilfitri kedua pada 20 Ogos lalu.

Merujuk kepada laporan The Star pada 21 Ogos lalu, Senator S Ramakrishnan menganggap gambar muka depan harian berbahasa Inggeris tersebut sebagai satu lagi "pembohongan terang-terangan".



 DUPP Sokong Seruan Presiden : Melayu Perlu Perkukuh PAS, Tinggalkan Umno
Posted on Saturday, September 08 @ 04:31:54 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: sripetaling

"KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar rakyat Malaysia berbagai bangsa terutamanya orang-orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara ini.

Ini untuk memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada Umno dengan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon-calon pilihan raya PAS dan PR dalam PRU13 nanti.

Demikian ditegaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A Razali dengan hujah-hujah berikut:
1. Umno menerusi Barisan Nasional masih gagal memperkukuhkan ekonomi bangsa Melayu sedangkan kuasa berada di tangan mereka sejak merdeka. Ini berlaku kerana dasar ekonomi kroni mengkayakan segelintir Melayu sahaja menjadi teras pentadbiran Umno.
2. Umno gagal memperkukuhkan politik Melayu di peringkat Malaysia apabila kerusi-kerusi parlimen di negeri-negeri majoriti besar Melayu seperti Kelantan dan Terengganu tidak diperbanyakkan berbanding negeri Pantai Barat dan Malaysia Timur.
3. Umno gagal mengamalkan urus tadbir secara Islam yang membawa kepada ketidaktelusan dan penyelewengan pengurusan wang negara seperti didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara.
4. Umno gagal melahirkan masyarakat berakhlak dan beretika sehingga lahirnya pelbagai gejala sosial dan akhlak yang semakin kritikal termasuk melibatkan bangsa Melayu.
5. Umno gagal memperkasakan peruntukan perlembagaan "Islam agama persekutuan" dengan memberi ruang undang-undang jenayah Islam dilaksanakan sekurang-kurangnya di negeri majoriti Melayu yang telah mengkanunkan enakmen jenayah Islam, iaitu Kelantan dan Terengganu.
Beliau menegaskan, sebagai rakyat yang memiliki kuasa majoriti di Malaysia, orang Melayu Islam wajib menegakkan Islam di negara Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik dan sosial.
“Malangnya majoriti Melayu telah memberikan mandat kepada golongan yang salah iaitu Umno yang tidak mempunyai matlamat dan hasrat untuk menegakkan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Jelasnya, Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan maka tunggulah kiamat. Sahabat lalu bertanya bagaimanakah mensia-siakan amanah itu? Tegas baginda s.a.w.: Apabila diserahkan urusan (pemerintahan) kepada orang yang tidak berkelayakan maka tunggulah kiamat". (Hadis sahih Bukhari)
Khairuddin menambah, menurut tokoh ulama bernama al-Qari dalam karyanya Mirqat al-Mafaatiih, maksud "urusan" dalam hadis di atas ialah urusan kuasa atau pemerintahan atau kehakiman atau kerajaan. Orang yang tidak berkelayakan pula antaranya, contohnya ialah golongan yang jahil dan ahli maksiat yang fasiq.
“Justeru, sudah tiba masanya untuk Melayu beralih kepada PAS dan tidak dilekakan oleh pujuk rayu Umno yang hanya berhasrat untuk mengekalkan kuasa untuk kepentingan peribadi mereka dan bukannya untuk kepentingan Islam dan Melayu Islam,” ujar beliau lagi.
Dipetik dari Harakahdaily


 Banyak bendera PAS diturunkan MPS di Dataran Senawang
Posted on Saturday, September 08 @ 07:18:05 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Majlis Rumah Terbuka PAS di Negeri Sembilan hanya akan bermula jam 11 pagi Sabtu 8 September 2012 di Dataran Senawang. Akan tetapi awal pagi lagi sebuah lori MPS (Majlis Perbandaran Seremban) telah berlegar-legar sekitar Dataran Senawang, ketika petugas Majlis Rumah Terbuka sedang membuat persiapan, membuat air, menyusun kerusi, memotong buah dan sebagainya.

 
Sekitar jam 9.25 pagi kakitangan MPS memulakan operasi menurunkan bendera PAS di sekitar Dataran Senawang yang baru dipasang 1-2 hari yang lalu, sedangkan begitu banyak bendera BN dan Umno telah bergantungan berjuntai-juntai berbulan-bulan sebelum ini di Dataran Senawang tiada tindakan langsung oleh MPS untuk menurunkannya.
Satu demi satu bendera PAS diturunkan, dikait dengan galah besi oleh beberapa kakitangan MPS. Petugas PAS hanya memerhatikan sahaja tanpa membuat sebarang tindak balas, memaki hamun atau menghalang kakitangan MPS.
Kakitangan MPS ini bertindak demikian kerana menerima arahan dari pihak atasan.
Inilah demokrasi ala Umno dan BN di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.
Semoga Allah menumbangkan Umno/BN dalam pilihanraya yang terdekat ini.
Amin.
Saksikan lebih banyak gambar-gambar bendera PAS sedang diturunkan oleh kakitangan MPS dan gambar bendera BN yang begitu banyak di Dataran Senawang di http://pasns.blogspot.com/2012/09/banyak-bendera-pas-diturunkan-mps-di.html


 Nak sangat lawan... nah amik kau.. !!!
Posted on Saturday, September 08 @ 00:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: setisab

"Entah mangkok hayun anak haram mana yang dengki sangat nak sabotaj program DSAI. Tidak cukup dengan tindakan bahalol mereka di Kelantan, datang pulak anak haram jantan sundal belaan syaitan mengacau di Mesjid.

Syaitan dan Iblis ingat kami takut. Mereka khianati bas, Trailer Pentas Bergerak Merdeka Rakyat kami keluarkan!

Amik kau!!!

Trailer Pentas Bergerak Merdeka Rakyat

Perasmian yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat KEADILAN, di sini disempurnakan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Siri Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh negara itu dimulakan 31 Ogos lalu selama dua bulan.

Pada siri pertama program itu, bas jelajah Merdeka Rakyat bersama konvoi bergerak dari ibu pejabat KEADILAN menyelusuri tiga negeri bermula di Pahang, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan berakhir di Perlis.

Amaran kepada samseng Umno

Beliau juga mengecam tindakan samseng Umno yang merosakkan bas Merdeka Rakyat di Kelantan minggu lalu.

“Lebih baik anda buat bas sendiri dan jangan kacau bas kita. Saya harap bas dan treler ini akan selamat sepanjang program. Semoga peristiwa buruk itu tidak lagi berulang,” kata beliau.

Pada jelajah sulung hujung minggu lalu, cermin hadapan bas Merdeka Rakyat dipecahkan dan dibaling cat merah oleh samseng Umno ketika berhenti di Kota Bharu.

Tamat sidang media itu, bas terus bertolak untuk menjemput Anwar di KLIA dan berkonvoi ke Port Dickson, destinasi pertama untuk jelajah kali ini.

Selepas Negeri Sembilan, konvoi akan diteruskan ke Melaka dan Wilayah Persekutuan merupakan destinasi terakhir untuk siri kedua ini.

Pelancaran Trailer Pentas Bergerak Merdeka ...CUBAAN GAGALKAN KEMPEN KEADILAN

SERANGAN KE ATAS BAS KEMPEN JELAJAH Merdeka Rakyat.

Sidang Media: Bas Jelajah MerdekaRakyat ...

Bas Jelajah Merdeka yang dipecahkan cermin dan disimbah cat merah oleh puak yang irihati terhadap kebangkitan rakyat menentang regim Umno BN

Setelah 55 Tahun Merdeka. Ke Arah Mana Melayu

Rakyat Diingatkan TIDAK Menghadiri Himpunan Di Stadium Bukit Jalil Pada 31 Ogos 2012 ·

Rakyat Harus Dididik Fahami Tugas dan tanggungjawab polis ...

Tun Mahathir Berjanji Lagi. Nak menipu la tu.. !!!

1,365 Janji Kerajaan BN Di Kawasan Luar Bandar ...

Menurutnya, selain masalah jalan, ramai rakyat miskin Sabah terutamanya di kawasan luar bandar maupun pinggir bandar.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Trailer Pentas Bergerak Merdeka Rakyat

Trailer Pentas Bergerak Merdeka Rakyat

Trailer Pentas Bergerak Merdeka Rakyat

Trailer Pentas Bergerak Merdeka Rakyat
"


 Mengapa orang ada PHD agama hebat sombong
Posted on Saturday, September 08 @ 15:09:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: anaabdullah

"Kita tidak tahu mengapa boleh jadi macam itu, sedangkan mereka merupakan orang yang ada ilmu agama.

Kita sedia maklum orang ada ilmu tak sama berbanding dengan orang tak ada ilmu. Tapi bagaimana pula orang ada banyak ilmu dengan orang yang sikit ilmu.

Satu kajian yang di buat, hanya 5 peratus sahaja ilmu Allah yang di miliki manusia diatas muka bumi Allah.Mereka yang mendakwa diri banyak ilmu agama masih boleh di pertikaikannya.

Barangkali ada manusia yang mendapat lebih daripada itu. Mungkin mereka itu terdiri daripada kalangan ulamak mujtahid.(Faqih).

Bagaimana pula yang ada PHD yang tempoh masa belajarnya hanya 3 hingga 4 tahun sahaja berbanding guru pondok yang belajar agama sepanjang masa.Siapakah yang munasabah banyak ilmu agama antara mereka itu.

Guru pondok jika belajar macam orang buat PHD sudah tentu mereka ada tiga,empat PHD (DR).Munasabah mereka orang banyak ilmu.Orang ada PHD agama kebanyakan mengarut dalam mengeluarkan pendapat.Lebih lebih bagi mereka yang duduk dalam umno.

Orang buat PHD macam sekarang memang dapat gelaran Dr dan ijazah, tetapi ilmu tak banyak macam guru pondok.

Oleh itu, sangat tak kena dengan kata kata Dr Asri kepada Abby Abady sebagai kebudak budakan.

Tak munsabah dengan jawapan seumpama itu, kerana Abay Abady seorang pelakon yang baru sahaja terjun dalam gerakan islam dan Dr Asri seorang penyarah, pendakwah dan bekas mufti.

Pada penulis jawapan itu membuat reputasi seorang pensyarah , pendakwah dan bekas mufti yang ada gelaran DR (PHD) jatuh merudum.

Apa pun orang dapat menilai banyak sikit ilmu yang dimiliki Dr Asri, kerana ketika berhadapan dengan seorang bekas pelakon sudah mula gelabah.

Bukan setakat itu sahaja ianya mengambarkan Dr asri seorang yang hebat, tetapi hebatnya sombong dan angkuh kerana menyeru abby Abady kena belajar agama dulu baru boleh bercakap pasal hudud.

Seperkara lagi seolah olah orang yang sikit ilmu agama ini tidak boleh beri nasihat kepada orang banyak ilmu agama macam dirinya.

Hujah Dr Asri kelihatan lebih kurang sama dengan Abby Abady. Kalau Abby Abdy dianggap sebagai kebudak budakan apa kurang dengannya yang tak munasabah memberi jawapan kepada seorang yang baru hendak berjinak jinak dengan gerakan Islam."


Bersih yang kotor, syaitan yang baik…
Posted on Sunday, September 09 @ 01:03:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Lanh Sr

Sakit pale in My Mobile Photos by Triple Teen DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan  Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.' (HR. Bukhari dan Muslim)

HANYA sesekali saya menonton TV. Tatkala menonton, terlihatlah iklan propaganda murahan seperti ‘Bersih yang kotor’ dan ‘Saya pilih mengundi’.

Ya, sejak akhir-akhir ini media massa termasuk TV diperkudakan semahu-mahunya oleh sang penguasa demi kesinambungan politiknya untuk berkuasa dulu, kini, dan selamanya. Apabila ketamakan untuk berkuasa menguasai diri, maka keharmonian alam termasuk susunan tata kehidupan dilanggar sekehendak nafsu.
Kini kecelaruan semakin bermaharajalela di kalangan orang awam. Perkara baik dan buruk bercampur aduk, masyarakat kian keliru. Misalnya, apa maksud bersih yang kotor, dan akhir-akhir kita digembar-gemburkan dengan ungkapan ‘syaitan yang dikenali lebih baik daripada malaikat yang tidak dikenali’?
Masakan orang awam tidak ‘confuse’ (terkeliru), kerana keharmonian alam (termasuk dari segi laras bahasa seperti baik macam malaikat, jahat macam syaitan; apakah kita mahu menterbalikkannya...) sudah jadi tunggang langgang; bersih dikatakan kotor manakala ada syaitan pula lebih baik daripada malaikat…kita khuatir nanti akan muncul pelbagai pelanggaran lagi yang sudah pasti membingungkan anggota masyarakat termasuklah budak-budak sekolah. Akan tertanya-tanyalah mereka apa itu bersih yang kotor dan syaitan baik…!
Bagi penulis, kehidupan kita adalah mudah, tetapi manusia sendiri merumitkannya. Sesetengah orang termasuk pemimpin cenderung atau sengaja ‘mencari pasal pada perkara yang tidak ada pasal’.
Misalnya, sejak kecil kita sudah ditancap dengan Rukun Iman yang enam termasuk percaya kepada malaikat; kita tahu makhluk ini paling taat kepada Allah manakala iblis (syaitan) makhluk paling kufur, jadi tidak timbul langsung ada syaitan lebih baik daripada malaikat.
Namun apabila ada orang menimbulkan ‘kununnya’ ada syaitan lebih baik daripada malaikat…orang ini tidak wajar dilayan…ada yang tidak kena dengannya. Lebih baik lupakannya, sebaliknya tumpukan kepada kehidupan kita untuk membuat sebanyak mungkin kebaikan sebelum kita dipanggil-Nya.
Firman Allah SWT melalui ayat 179 Surah Al-A’raf bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
Berhubung kejahatan syaitan, di sini saya memetik pesanan ibu saya yang disampaikan dalam satu pertemuan keluarga tidak lama dulu. Apa ditekankan di sini adalah supaya kita awasi syaitan manusia (mereka inilah yang membuat onar dalam masyarakat) agar kita tidak disesatkan daripada mengikuti jalan lurus!
“Dalam Surah An-Nas, yang ertinya manusia kita diminta berlindung kepada Allah daripada sebesar-besar musuh yang terdiri daripada jenis iblis dan suku-sakatnya. Ada pun yang dapat menggoda yakni membisikkan hati sehingga terpesona dan mengikut atau menurut saja pihak yang menggodanya ialah syaitan daripada bangsa jin dan manusia.
“Tidak syak lagi syaitan daripada bangsa manusia itu lebih jahat dan sangat bahaya berbanding syaitan daripada bangsa jin. Apabila orang membaca ‘istiazah’ yakni meminta perlindungan Allah, syaitan akan bersembunyi sedangkan syaitan daripada bangsa manusia, dia akan sentiasa memperlihatkan perbuatan keji dan mungkar dengan pelbagai perhiasan yang menarik sehingga dipandang indah dan tidak akan undur sedikit pun malahan akan terus menggoda termasuklah percakapan yang manis-manis.
“Waspadalah kita semua kerana manusia itu termasuklah datuk nenek, ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak, cucu, adik beradik, ipar duai, mentua, sanak saudara, sahabat handai dan jirannya tertangga. Orang yang terselamat daripada godaan syaitan jin dan manusia hanyalah orang yang diperlihara oleh Allah, orang yang ikhlas dalam amal perbuatannya.
“Kalau dijaga dengan baik, manusia itulah yang paling mulia antara segala makhluk. Ada banyak ayat (firman) Allah di dalam al-Quran mengingatkan kita manusia supaya jangan ikutkan nafsu, nanti kita terjerumus ke lembah hina, lebih teruk daripada binatang. Kata pepatah, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Kita berusaha sikit saja, Allah memberi berlipat ganda. Dalam hidup jangan rasa tak cukup saja, manusia kebanyakannya tidak bersyukur apa yang ada…
“Doa saya kepada semua: “Ya Allah, jadikanlah kami daripada golongan yang ikhlas dalam beramal dan hindarkan kami daripada bahaya syaitan bangsa manusia dan jin yang kerjanya menggoda hati manusia. Selamatkanlah kami daripada azab api neraka dan janganlah kami diberi malu di hadapan khalayak ramai pada hari manusia sekalian diberi pembalasan.
“Ya Allah berikan kami sekeluarga petunjuk untuk mendapat kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami sekeluarga daripada azab api neraka.” 


 UMNO Terengganu Mahu MB Mat Said Kalah?....Biar Betul!
Posted on Sunday, September 09 @ 00:45:26 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"Mungkin usia Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said @ Mat Said @ Mat Zoo menjadi menteri besar Terengganu hanya satu penggal sahaja menjadi kenyataan. Mungkin nasib Mat Said@Mat Zoo seperti Deris Jusoh hanya sempat menjadi menteri besar Terengganu hanya satu penggal sahaja.

Butir hujah dan cakap ini diambil dari mulut pemimpin dan penyokong tegar UMNO Kemaman yang ada gelaran Dato' dan pemimpin UMNO Kemaman.

Peristiwa cakap dengar ini dipetik semasa pemimpin UMNO Kemaman menghadiri jamuan Hari Raya Puasa yang dianjurkan oleh penyelaras DUN Chukai Haji Hanafiah Mat. Rata rata cakap pemimpin UMNO Kemaman menolak dan tidak suka cara Mat Said bekerja dan perlu diturunkan dari kerusi menteri besar Terengganu.
Jika ini menjadi kenyataan dan betul betul terjadi UMNO Terengganu bakal kalah dalam PRU13. Mengikut maklumat dari orang kuat UMNO mahukan menjatuhkan Mat Said dan UMNO untruk pilihanraya umum yang ke13. Bila ditanya apakah hujahnya, hanya satu jawapan Mat Said per;lu ditumbangkan kerana gagal dan bodoh mentadbir sebuah kerajaan dan memamalukan UMNO Terengganu.
Jamaun hari raya yang diadakan ditengah bandar Chukai cukup baik dan mengambarkan satu anjakkan masyarakat setempat terhadap perubahan dalam PRU13, kata Haji hanafiah Mat merangkap penolong setiausaha Pas Negeri Terengganu. Malah yang cukup teruja ialah kehadiran kaum Hawa/wanita serta penyokong UMNO dan bekas bekas pemimpin UMNO .
Malah orang UMNO sendiri membuat sindiran tajam, PAS Terengganu mengambil masa 22 tahun untuk menjatuhkan UMNO Terengganu dan Tan Seri Wan Muhktar. Namum PAS Terengganu bakal membuat dan mencipta rekod baru untuk menjatuhkan MB Mat Said dan UMNO hanya mengambil masa tidak sampai lima tahun dengan disokong oleh orang orang UMNO yang tidak suka kepada cara Mat Said mentadbir negeri Terengganu.
Malah mengikut Haji Hanafiah merangkap pengerak utama DUN Chukai, orang orang kuat UMNO Kemaman sanggup memberi sokongan moral agar PAS Terengganu dapat menumbangkan UMNO dan MB Mat Said PRU13. Kita tunggu sahaja lonceng PRU13 dibunyikan.
Mungkin peristiwa 1999 akan berlaku pada tahun 2012 atau awal tahun 2013. Kita mengharap PAS Terengganu bersedia dari sekarang dan yang penting jangan berulang kesilapan dan kelemahan yang lalu. Rakyat sebahgian mahu perubahan. Namum pemimpin PAS Terengganu era Wahid Endut cukup lemah dan lambat macam kera-kura mabuk rumput.


 Pembangkang sarankan kita supaya sokong seks bebas kata Muhyiddin
Posted on Sunday, September 09 @ 00:49:31 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: lipasmalas

"LIHAT dengan mata dan kepala anda sendiri, Timbalan Perdana Menteri Malaysia tanpa segan silu, menyebarkan fitnah secara terang-terangan.

Tan Sri Muhyiddin yasin tanpa rasa bersalah memfitnah kononnya pembangkang (Pakatan Rakyat) sarankan rakyat menyokong seks bebas.

Di bawah ini petikan daripada Utusan Malaysia online.



Woi Muhyiddin tenuk! Kau ingat rakyat Malaysia ni bodoh macam lembu ke nak percaya cerita yang kambeng pun taknak percaya?

Ini namanya menipu depan batang hidung! Harap mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat sila saman kenyataan Muhyiddin gila ini.

ReJaM© "Macam mana orang gila ni boleh jadi TPM? "

Sumber: MiLo SuaM"



 MP cabar Nazri bahas isu rogol statutori
Posted on Sunday, September 09 @ 00:52:50 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh MalaysiakiniMP Puchong Gobind Singh Deo mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk membahaskan pendirian menteri yang bertegas bahawa undang-undang berhubung serangan seksual dan rogol bawah umur tidak perlu dipinda.

Peguam itu memberi alasan, beberapa keputusan mahkamah berhubung kes rogol statutori tidak menggambar hasrat Parlimen dalam menggubal hukuman mandatori.



NONE"Mengarut jika dikatakan bahawa Parlimen berhasrat supaya ada pilihan untuk kesalahan yang sama seperti itu," katanya.

Beliau mempertikaikan tindakan mahkamah yang melepaskan tertuduh dalam kes seperti itu atas kelakuan baik, walaupun hukuman (penjara) lima tahun dan maksimum 20 tahun untuk menyatakan tahap keseriusan jenayah berkenaan.

Keputusan itu dibuat dalam oleh hakim dalam dua kes yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Tindakan itu menimbulkan kritikan daripada banyak pihak, termasuk oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Heng Seai Kie, yang mengemukakan memorandum kepada kerajaan supaya menyemak semula undang-undang tersebut.

Laporan The Star hari ini memetik Nazri sebagai berkata, beliau tidak melihat apa-apa masalah dalam undang-undang berkenaan dan peruntukan Kanun Keseksaan itu tidak perlu dipinda.

Nazri berkata, isu dalam kes berkenaan adalah dalam soal menjatuhkan hukuman dan terpulang kepada mahkamah untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Nazri berkata badan kehakiman telahpun maklum mengenai perkara itu dan akan mengambil langkah untuk membetulkan semula perkara itu berdasarkan persepsi awam.



 AFP melaporkan: Najib marah Jerman tolong rakyat Malaysia.
Posted on Sunday, September 09 @ 01:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"Najib Razak 2002 deal to buy two submarines from France.Pihak Kedutaan Jerman bantu rakyat Malaysia untuk cari jalan penyelesaian dan dapatkan keadilan dalam isu kapal selam Scorpene yang melibatkan rasuah berbillion ringgit, tetapi Najib suami Rosmah Mansor jadi marah!!!

Kemarahan Najib seolah-olah membuktikan memang dia terlibat dalam kes rasuah berkenaan.

KUALA LUMPUR (AFP) - Malaysia has summoned Germany's ambassador after the embassy reportedly funded an opposition-leaning human rights organisation that has accused the government of corruption.

The group, Suaram, launched a complaint in a French court earlier this year accusing Prime Minister Najib Razak and others over a 2002 deal to buy two submarines from France.

"The action of the German embassy can be misconstrued and be seen as interference in the domestic affairs of a sovereign state," the Foreign Ministry said in a statement late on Thursday.

"Malaysia is deeply disappointed to learn that the embassy is engaged in such activities that show its partiality to certain issues that have implications on Malaysia's domestic situation." The embassy declined to make an immediate comment on Friday. But German Ambassador Guenter Gruber was quoted by the national news agency Bernama earlier this week as saying that the funding was for a one-off project in 2010.

AFP reports: Scorpene's Sensational Malaysian submarine scandal ...

AFP reports: Scorpene's Sensational Malaysian submarine scandal resurfaces. (AFP) - A scandal linking Malaysia's leader, a young woman's murder and alleged kickbacks in a French submarine deal has resurfaced as a ...

France will unlock Scorpene truth

It has instead propelled him into the heart of the country's most high profile arms deal – the purchase of two Scorpene submarines from France. The deal is mired in controversy with allegations of kickbacks and linked to the

'Damning' Scorpene details to be exposed in ...

She was referring to the RM7.3 billion purchase of two Scorpene-class submarines in 2002; the decision of theFrench court to hear evidence of alleged bribery of top Malaysian officials in connection with the submarine ...

Skandal Rasuah Najib Dibawa Ke Mahkamah ...

A potentially explosive scandal in Malaysia over the billion-dollar purchase of French submarines, a deal engineered by then-Defense Minister Najib Tun Razak, has broken out of the domestic arena with the filing of a request ...

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Tiada ulasan: