Ahad, 9 September 2012

MANA ADA MILIK PERIBADI TERMASUK PUNGGUNG...TUBUH KITA MILIK ALLAH ..KITA AKAN KEMBALI MENEMUINYA....KIRA SAYANG RAKYAT ...KITA PULA SAYANG RAKYAT ATAU SAYANG KRONI2...FIKIR ELOK2...TAK SAMA...NAMA PUN LAIN...PENDIDIKAN PUN LAIN TAPI KETIDAK TAAT PADA PEMIMPIN DAN PARTI SAMA KOD

PERKASA: Polis 'takut' bertindak kes hina foto PM
10:17AM Sep 9 2012
Setiausaha agung NGO PERKASA Syed Hassan Syed Ali menyelar tindakan polis yang dilihatnya "takut" bertindak serta merta ke atas individu yang didakwa melakukan perbuatan menghina gambar perdana menteri dan bendera Malaysia ketika kejadian 30 Ogos lalu.

Katanya NGO pro-Melayu itu tidak dapat menerima alasan polis bahawa individu berkenaan tidak terus ditahan kerana mahu mengelak berlaku ketegangan ketika perhimpunan Janji Demokrasi itu berlangsung.
"Bukankah dulu walaupun ribuan berkumpul di rumah (bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri) Anwar Ibrahim, pihak keselamatan boleh menahannya di rumah dan dibawa ke Bukit Aman.

"Tidak pun berlaku huru-haru di rumahnya itu ketika itu. Dulu berani tetapi sekarang mengapa takut untuk bertindak?," soalnya.

Katanya, penjelasan polis itu juga "melucukan" kerana pasukan itu terpaksa memburu baki individu yang didakwa terlibat pada malam tersebut.

"Satu kerja pula nak memburu mereka padahal boleh tahan mereka pada malam kejadian... Jika kes itu membabitkan warga asing, mereka sudah keluar lari balik ke negara asal mereka," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang dilaporkan berkata, polis tidak bertindak agresif pada malam itu bagi membolehkan sambutan ambang kemerdekaan berjalan lancar.

Polis mengenal pasti individu terlibat namun "mempunyai sebab untuk tidak menahan mereka pada malam itu", katanya.

"Mereka yang terlibat dalam insiden itu dikenal pasti, namun PDRM tidak melakukan penahanan serta-merta bagi mengelakkan sebarang ketegangan," katanya seperti dipetik.
Kenyataannya itu timbul ekoran kenyataan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa polis gagal bertindak serta merta ke atas individu yang terlibat.
Nasib Nasha tak sama Hasan
Wartawan Sinar Harian
9 September 2012
 Nasharudin Mat Isa
Nasharudin Mat Isa
KUALA LUMPUR – Kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang bakal ditentukan Majlis Syura dijangka tidak seburuk keputusan ke atas bekas Pesuruhjaya Pas, Datuk Hasan Mohamed Ali yang dipecat parti, awal tahun ini.
Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan, bagaimanapun menyerahkan keputusan kepada Majlis Syura yang akan bermesyuarat untuk menentukan nasib Nasharudin.
“Saya serah kebijaksanaan Majlis Syura, yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membincang dan membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat di ibu pejabat parti, semalam.
Menurutnya, keputusan itu dirujuk kepada Majlis Syura memandangkan, Nasharudin merupakan anggota Majlis Syura.
“Semua ahli Majlis Syura dihantar surat pekeliling seawal dua minggu lalu, dan ini adalah jika seseorang tidak hadir, dia perlu memaklumkan kepada Majlis Syura beberapa hari lebih awal.
“Maka, memandangkan Nasharudin tidak memberi apa notis, kita menjangkakan beliau akan hadir dalam mesyuarat itu nanti,” katanya.
Jangan hentam peribadi Anwar, Pas Terengganu
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
9 September 2012
Mohd Abdul Wahid Endut
Mohd Abdul Wahid (kiri) dan Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman ketika sidang media sempena Majlis Sambutan Aidilfitri.
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut meminta mana-mana pihak menghentikan perbuatan menghentam keperibadian ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sering menjadi sasaran politik pihak tertentu.

Sambil mempertahankan Anwar, beliau berkata, serangan demi serangan yang berlaku terhadap Penasihat PKR itu telah menyebabkan timbulnya kemarahan dalam kalangan orang ramai terhadap pihak kerajaan.

Perkara itu diakui memandangkan Anwar mempunyai pengaruh yang cukup besar sehingga isu-isu yang membabitkan individu tersebut telah menjadi salah satu faktor kepada kebangkitan pembangkang sebagaimana gelombang 1999.

“Gelombang 1999 adalah kerana Anwar. Orang Melayu hilang sabar ada marah. Sekarang faktor Anwar masih ada dan jangan main-main (dengan membabitkan Anwar dalam sesuatu isu).

“Saya perhatikan orang ramai tidak berganjak. Faktor Anwar masih ada. Jadi kita jangan melebih-lebih. Jangan ‘gomo’ (hentam) Anwar kerana itu akan menyebabkan orang terlampau marah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini.

Sementara itu, beliau yakin gelombang kebangkitan rakyat turut berlaku di Terengganu, sebagaimana yang ditunjukkan masyarakat di Pantai Barat ketika ini.

Bagaimanapun, dari segi sikap dan tindakan, pengundi negeri ini lebih tenang tanpa menunjukkan sikap agresif kerana majoriti rakyatnya orang Melayu yang masih terkenal dengan sikap sopan-santun.

“Orang Melayu mempunyai budaya lain sedikit. Mereka lebih senyap, tenang, senyum dan tetap bertanya khabar antara satu sama lain,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, sikap pengundi yang terus tertanya-tanya berhubung tarikh pilihan raya menggambarkan isyarat jelas daripada rakyat untuk memastikan berlakunya peralihan kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mohd Abdul Wahid berkata, semangat yang ditunjukkan rakyat itu adalah trend baru yang tidak pernah berlaku pada pilihan raya-pilihan raya sebelumnya.

“Saya ingat bila orang tunggu pilihan raya, seolah-olah ada trend (untuk pembangkang menang). Saya berasa begitu (boleh menang) sebab dahulu orang tidak kisah (tentang tarikh pilihan raya). Kita pun tidak susah berkempen,” katanya.
PRU13: Rakyat sayang akan kekalkan BN, kata MB Perlis

9 September 2012
Md Isa Sabu
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu
KANGAR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti sebagai pentadbir negara yang cekap dan perlu dikekalkan demi menjamin masa depan negara dan rakyat, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Sehubungan itu, beliau berharap, masyarakat yang sayangkan negara tidak berubah arah untuk menguji keupayaan pihak lain mentadbir negara.
Berucap merasmikan program Merdeka Raya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kayangan Indah, Taman Bukit Kayangan dekat sini malam tadi, beliau berharap masyarakat menghayati sejarah pentadbiran negara sejak= merdeka sehingga kini.
Beliau yang juga Pengerusi BN Perlis berharap masyarakat tidak mengambil risiko untuk mengubah sokongan kepada pembangkang kerana jelas risikonya amat besar terhadap negara dan rakyat.
"Kalau kita kehilangan kuasa bermakna kita tidak berupaya untuk membuat apa-apa lagi dan kita akan kehilangan segala kenikmatan hidup yang kita kecapi selama ini," katanya.
Md Isa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong turut berharap masyarakat menerima sebarang projek pembangunan yang dibawa masuk ke negeri ini demi kebaikan masa depan mereka.
Sebagai contoh, Menteri Besar berkata, projek pembinaan lencongan sungai di kawasan Bintong antara lain bertujuan mengawal banjir dan masyarakat sekitar perlu memahami niat kerajaan melaksanakan projek itu walaupun ada di kalangan penduduk membantah cadangan projek itu atas pelbagai alasan. - Bernama
Mat Sabu gesa BN henti salahkan PR
Wartawan Sinar Harian
9 September 2012
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
SEREMBAN – Semua pihak, khususnya Barisan Nasional (BN), diminta hentikan tuduhan mengaitkan insiden menayang punggung dan memijak gambar Perdana Menteri serta isteri dengan Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, insiden terbabit tiada kaitan dengan parti atau politik, tetapi merupakan isu moral perbuatan individu membabitkan golongan muda.
“Hentikanlah tuduhan terhadap PR. Malah, pelakunya juga sudah membuat pengakuan bahawa ia dilakukan atas kehendak sendiri dan tidak dipengaruhi atau dibayar mana-mana pihak.
“Saya ingatkan BN agar tidak mengalihkan isu tersebut dengan menyalahkan pembangkang kerana kita pun tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Rumah Terbuka Pas Negeri Sembilan di Dataran Senawang, dekat sini, semalam.
Mohamad Sabu berkata, beliau yakin tindakan beberapa pihak yang mewujudkan isu berkenaan adalah akibat terlalu mengikut emosi dan semangat di luar kawalan.
Bagaimanapun, katanya, dia kecewa kerana tindakan undang-undang tidak diambil terhadap mereka yang memijak gambar pemimpin PR sebelum ini.
“Kenapa sebelum ini perkara sama terjadi kepada gambar pemimpin PR polis tidak bertindak, tapi apabila membabitkan pemimpin BN, baru mereka bising?" katanya.
Penganalisis ramal Nasha kekal dalam Pas
Wartawan Sinar Harian
9 September 2012
Azmi Hasan
Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan.
SHAH ALAM – Penganalisis politik meramalkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa akan dikekalkan sebagai ahli biasa demi kepentingan parti kerana beliau diketahui mempunyai penyokong akar umbi yang kuat.
Keputusan mengekalkan beliau akan dibuat walaupun ramai melihat Ahli Parlimen Bachok dilihat seperti ‘duri dalam daging’ apabila mengeluarkan beberapa kenyataan bertentangan dengan dasar parti.
Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan berkata, Nasharudin tidak boleh dipecat secara drastik kerana pemimpin Pas sedar tindakan itu akan menggoncangkan akar umbi yang masih menyokong perjuangan Nasharudin.
Menurutnya, pimpinan Pas perlu memujuk Nasharudin untuk kembali kepada parti itu kerana ia akan memberikan impak positif.
“Sekiranya Nasharudin digugurkan dan diberikan keahlian biasa, ia akan memberikan impak negatif kepada parti itu sendiri. Pas sepatutnya memberikan kedudukan yang baik kepada Nasharudin kerana kepimpinannya dan popularitinya di kalangan ahli Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Azmi mendakwa, kelompok Pas yang digelar Anwarinas juga dilihat sering beri tekanan kepada kedudukan Nasharudin dan Majlis Syura perlu bertindak bijak dengan memberikan keadilan kepada kelompok ulama dan Anwarinas.
“Lazimnya, dalam isu ini, menurunkannya sebagai ahli biasa akan dilakukan, ia demi  kepuasan kepada kelompok ulama dan Anwarinas dalam Pas. Itu strategi.
“Namun, Pas perlu pujuk dan kembalikan martabat Nasharudin  untuk kepentingan parti,” katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat pula berkata, Pas tidak akan pecat Nasharudin seperti mana yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Menurutnya, Nasharudin akan dikekalkan keahlian biasa, tetapi tidak menjadi calon  bertanding dalam pilihan raya akan datang serta tidak memegang sebarang jawatan lagi dalam kepimpinan Pas.
“Itu tindakan selamat. Beliau tidak akan dilucutkan keahliannya walaupun isu yang dibawa tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan yang dilihat memberikan liabiliti kepada Pas, terutamanya dalam hal mengekalkan hubungan dalam PR,” katanya.
Beliau berkata, jika dilucutkan ia akan memberikan tamparan kedua kepada Pas kerana ahli Pas akan melihat siapa pula pemimpin Pas ketiga yang akan dipecat selepas parti itu bersama PR.
“Kebijaksanaan Pas penting untuk menentukan nasib Nasharudin kerana berkemungkinan besar Pas mendapat tekanan DAP. Jika Pas tidak mengeluarkan Nasharudin, DAP tidak akan berpuas hati,” katanya.
Rakyat terutamanya penyokong Pas akan tertumpu kepada keputusan nasib Nasharudin yang akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas yang dijadualkan bersidang malam ini.
Punggung adalah milik peribadi!
TOK PERAK
9 September 2012
*JANGAN ambil ringan pada punggung, sebab anggota bahagian belakang itu – tidak kira bentuk, warna atau ukuran – adalah milik mutlak peribadi, dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.
Ada pun perihal punggung, telah terbukti dulu, kini dan selamanya, sekiranya digunakan secara baik, ia boleh membawa faedah. Tetapi kalau tersilap guna, tidak kira apa cara, boleh membawa padah.
Seorang remaja 19 tahun telah menggunakan punggung tidak pada tempatnya, menyebabkan dia ditahan polis Selasa lalu untuk disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Pendek kata jangan main-main pada punggung, dan jagalah punggung masing-masing!

*ARAKIAN perihal remaja berkenaan rupanya seorang pelajar jurusan multimedia kreatif di sebuah kolej swasta berhampiran Kuala Lumpur. Ternyata dalam hal punggung pelajar semester tiga itu tidaklah begitu kreatif, atau mungkin terlebih kreatif.
Dia dikatakan terlibat dalam insiden menunjukkan punggung ke arah gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, pada perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ di Dataran Merdeka malam merdeka lalu.
Ketika rakyat seluruh negara menyatakan rasa syukur sambil menjeritkan kemerdekaan, remaja berkenaan memilih untuk mempamerkan punggungnya di khalayak ramai. Tidaklah diketahui mengapa dia tidak berasa malu berbuat demikian.
Mudah-mudahan siasatan polis nanti – di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan – dapat mengetahui bagaimana seorang yang waras boleh menayang punggung seperti menayang iPad atau iPod.
Ayah kepada pelajar berkenaan telah pun memohon maaf bagi pihak anaknya kepada Najib, Rosmah dan seluruh rakyat Malaysia.

*ADA pun perihal menonggeng punggung bukanlah sesuatu yang luar biasa di tempat kita. Dulu-dulu hanya orang tidak waras @ gila yang tidak segan silu melondehkan seluar atau kain untuk mempamerkan punggung dan benda-benda lain dalam kain.
Semenjak dua menjak ini orang waras pun gemar menonggeng punggung di khalayak ramai, walaupun tujuannya bukanlah untuk dibuat penilaian punggung siapa yang lebih besar lagi lebih menawan.
Tentu ramai masih ingat insiden bulan Mei lalu, apabila sekumpulan lelaki yang mengaku dari sebuah NGO telah berkumpul di hadapan kediaman Datuk Ambiga a/p Sreenevasan, untuk beraksi menonggeng punggung ke arah rumah tersebut.
Mereka berbuat demikian kerana menentang tindakan Ambiga menganjurkan perhimpunan ‘Bersih 2.0’. Setakat ini tidak ada tindakan ke atas tukang tonggeng tersebut. Apakah tonggeng punggung jenis ini tidak termasuk dalam kategori biadab atau kurang ajar?
Pada hemat saya, tonggeng punggung di tempat umum tidak kira di mana, apa tujuannya – sama ada bertutup atau terdedah – tetap aksi kurang sopan. Maka yang sengaja mempamer punggung di kediaman Ambiga itu pun patut disiasat.

*AKHIR kalam, masih mengenai punggung, akhir-akhir ini ada satu kegilaan baru, terutama dalam kalangan remaja di seluruh dunia, mengenai apa yang disebut ‘gangnam style’. Ini satu lagu Korea dinyanyikan oleh Jae Sang Park atau PSY.
Muzik ini disertai dengan gerak tubuh @ tarian seperti orang menunggang kuda. Sejak disebarkan dalam Youtube, 100 juta orang seluruh dunia telah menyaksi, menikmati, dan meniru penuh semangat tarian ini.
Oleh sebab macam menunggang kuda tentu sekali ada aksi tonggeng dan goyang-goyang punggung. Remaja seluruh dunia, termasuk di negara kita, sudah terikut-ikut gaya gangnam. Ada yang suka, ramai juga yang menentang.
Dulu Inul, penyanyi dangdut dari Indonesia itu pun pernah mencetuskan kontroversi di negara ini, gara-gara punggung. Persembahannya mendapat sambutan yang amat hangat, bukan sahaja sebab dangdut, lebih-lebih lagi gaya dia berpunggung-punggung.
Aksinya di pentas membuat penonton – terutama lelaki – menjerit gila-gila, terutama apabila Inul menggoyang punggungnya bagaikan menggerudi bumi itu. Sebab gaya gerudinya yang hangat itu persembahannya di sini pernah diharamkan.
Sama ada ‘gangnam’ atau ‘gerudi’ dua-dua melibatkan punggung. Bagi yang tidak suka, mereka kata itu aksi kurang sopan. Bagi yang suka @ gila-gila, itu dianggap hiburan dan penuh seni. Dulu-dulu ada seni panggung, sekarang ada seni punggung!
Isu Nasha: Keputusan Majlis Syura malam ini
Wartawan Sinar Harian
9 September 2012
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
SHAH ALAM – Masa depan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam parti itu bakal ditentukan dalam Majlis Syura Ulama Pas yang dijangka membuat keputusan mengenainya malam ini.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada mesyuarat berkenaan dan enggan mengulas sama ada Ahli Parlimen Bachok itu akan kekal atau tidak dalam Pas.
Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu hanya akan menghadiri mesyuarat berkenaan jika keadaan kesihatan beliau mengizinkan.
“Tunggu esok (malam ini) memang ada (perbincangan mengenai Nasharudin). Pagi mesyuarat agung dan petang ada jamuan raya. Kita tengok mesyuarat esok macam mana.
“Dia (Nasharudin) manusia. Apa dok bising sedangkan orang lain pun manusia biasa juga. Dia manusia biasa, malah dia bertanding tiga penjuru pun kalah,” katanya pada majlis Himpunan Pendidik Islam 2012 bertemakan
‘Pendidik Menjana Kebijaksanaan’ yang dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali di sini, semalam.
Nasharudin sebelum ini mencetuskan kontroversi menerusi kenyataannya yang mahu Pas meninggalkan Pakatan Rakyat selain melabelkan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai anti-Islam berikutan pendirian Karpal yang menolak pelaksanaan hudud.
Keadaan menjadi lebih hangat apabila Karpal bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Nasharudin.
Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dianugerahkan Tokoh Pendidik Nusantara oleh Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (Pendidik) Malaysia selaku penganjur program dengan kerjasama Universiti Selangor (Unisel) dan Mappis.
Ketika ucaptama beliau, Nik Abdul Aziz mengingatkan umat Islam agar mengiktiraf dan memartabatkan ibu bapa sebagai pendidik utama.
Ini, katanya, kerana anak yang lahir ke dunia seperti kain putih dan ibu bapa adalah insan pertama yang memberi bimbingan, tunjuk ajar dan didikan sebelum diambil alih  guru mereka.
Pada majlis berkenaan, beliau kelihatan sedikit uzur dan dipapah salah seorang pegawai pengiring.
Bashah: Saya pasrah jika saya bukan calon PRU

9 September 2012
 Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Pengerusi Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
PADANG SERAI - Pengerusi Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah akan menerima keputusan pucuk pimpinan parti sekiranya tidak dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU`3).
Katanya, beliau tidak akan terkilan tidak dipilih semula setelah empat penggal menjadi wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Bakar Bata.
"Ini pengakuan ikhlas saya. Yang penting kita jangan khianati parti dan pucuk pimpinan. Jika tidak terpilih, saya pasrah dan rela," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Padang Serai di Dewan Besar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dekat sini, petang semalam.
Menjawab pertanyaan wartawan, beliau berkata calon-calon yang dicadangkan oleh bahagian-bahagian untuk dipilih dikemukakan kepada ibu pejabat Umno yang membuat tapisan sebelum senarai terakhir diumumkan. - Bernama
Sharizat: Wanita Umno perlu perluas konsep kasih sayang menang PRU13

8 September 2012
Shahrizat Abdul Jalil
Shahrizat Abdul Jalil
KUALA LANGAT - Anggota Pergerakan Wanita Umno perlu meningkatkan usaha mereka bagi menambat hati rakyat melalui kasih sayang untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
 
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sudah menjadi naluri wanita di negara ini menerapkan konsep itu dalam kehidupan seharian mereka termasuk Wanita Umno, yang melaksanakannya melalui beberapa program seperti Skuad Sayang.

"Nak tambat hati pengundi orang kena hormat kita, kena disiplin..kehormatan itu tidak boleh dijual beli. Kalau rakyat sayang kita, mereka akan tetap bersama kita dalam apa jua keadaan," katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kuala Langat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat di sini, hari ini.
 
Shahrizat yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Wanita Umno perlu mempunyai harga diri yang tinggi selain menjaga keterampilan bagi meraih kepercayaan masyarakat.
 
Katanya anggota pergerakan itu juga perlu amanah dan memberi komitmen sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
 
"Kalau kita jalankan tugas dan tanggungjawab sampai umur 80 tahun pun orang masih hormat kita. Bukan umur dan kekayaan jadi ukuran, tetapi sumbangan kita pada pilihan raya umum," katanya.
 
Beliau turut mengingatkan anggota pergerakan itu supaya menerima siapa saja calon yang dipilih pucuk pimpinan untuk bertanding pada pilihan raya umum.  
 
"Takkanlah dalam 1.3 juta wanita dalam parti tidak ada calon wanita yang layak. Semua pemikiran seperti ini perlu diubah," katanya.
 
Shahrizat juga mahu Wanita Umno tidak lagi digelar sayap parti, memandangkan peranan besar dimainkan pergerakan itu dalam parti dan Barisan Nasional.
 
Sebaliknya beliau berkata, pergerakan itu perlu diberi penghargaan sebagai tulang belakang parti berdasarkan kepada keanggotaan, sumbangan dan jasanya membantu jentera pilihan raya parti. - Bernama
Pakatan: BN guna politik lapuk takutkan pengundi
NURUL AINI MOHAMED ALI
8 September 2012
Tian Chua
Tian Chua
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan Barisan Nasional (BN) kini menggunakan politik lapuk dan tidak relevan dengan menakutkan para pengundi supaya tidak menyokong mereka dalam Pilihan Raya Umum  ke-13 atas alasan kononnya masa depan negara tergadai jika memilih perikatan tersebut.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, persaingan politik merupakan perkara biasa atau normal dalam arena politik dan BN tidak seharusnya menggunakan kenyataan-kenyataan lapuk untuk menakutkan para pengundi.

“Perkara ini tidak pernah menjadi satu isu jika BN mengeluarkan kenyataan yang jika undi PR, masa depan negara akan tergadai.

“Ini bermakna BN sendiri yang sedang berada dalam ketakutan kerana mereka takut kehilangan kuasa jika PR dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta rakyat tidak sesekali menggadaikan masa depan negara dengan cuba memberi peluang atau menguji keupayaan pembangkang memerintah negara.

Katanya, rakyat perlu memastikan keputusan yang dibuat akan membolehkan kerajaan sedia ada meneruskan segala agenda pembangunan menuju ke arah negara maju selain mengekalkan kestabilan dan keamanan negara.

Tian Chua turut membidas Subramaniam dengan berkata kenyataan itu sekadar mahu meraih undi rakyat semata-mata.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga bertegas supaya BN perlu mengeluarkan hujah berdasarkan fakta yang mampu menarik perhatian rakyat.

“Kenyataan menteri (Subramaniam) jelas menunjukkan mereka terdesak untuk meraih undi rakyat hingga sanggup memberi ingatan yang tidak masuk akal kepada rakyat,” tegasnya.

Beliau juga berkata, "undi terletak sepenuhnya di tangan rakyat jadi, tidak perlu timbul isu masa depan negara bakal terjejas jika mengundi pembangkang."

“Saya juga dapat melihat yang BN sendiri mula hilang keyakinan kepada undi yang bakal diraih dalam PRU13 nanti. Buktinya, hingga kini Parlimen masih belum dibubarkan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw pula yakin yang rakyat kini semakin yakin dengan pemerintahan yang dibuat oleh PR dan oleh itu, tidak timbul soal masa depan negara bakal tergadai jika menyokong PR.

“Saya yakin rakyat bijak memilih dan para pengundi akan memilih pemerintahan yang lebih cekap, telus dan amanah. Ini prinsip yang PR amalkan selama ini,” katanya.

Tiada ulasan: