Khamis, 5 Mei 2011

ORANG SOMBONG DIBALAS SOMBONG ITU SEDEKAH......MAKSUD HADIS...AGAR IA SEDAR DAN INSAF...KALAU TIDAK IA MAKIN BERLAGAK@SOMBONG....

Najib makin terhimpit politik perkauman BN
Wira Arjuna
Mei 5, 11
6:59pm

Di satu sudut, Umno sekali lagi berjinak dengan PAS dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengajak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan Umno demi Islam dan penyatuan orang Melayu.

umno pas mcaTidak apa jika ada bantahan keras dari parti komponen kedua terbesar BN, MCA, yang menolak agenda Islam PAS.

Di satu lagi penjuru, MCA mengugut kaum Cina kononnya mereka akan hilang suara dalam kerajaan jika terus menyokong DAP yang akrab dengan PAS dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran pihaknya akan menolak segala jawatan dalam kerajaan jika parti itu kecundang pada pilihan raya umum seperti yang dialami parti itu pada tahun 2008.

umno mca chua soi lek najibInilah pendekatan politik yang digunapakai oleh dua tonggak BN, satu-satunya parti yang memerintah negara sejak kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

Islam, survival Melayu serta ugutan bahawa orang Cina akan kehilangan suara dalam kerajaan dicanang dengan sewenang-wenangnya, dijaja dalam media setiap hari, demi mencari kemenangan di peti undi.

Dalam politik negara ini, lazimnya matlamat menghalalkan cara. Justeru, keghairahan Umno melamar PAS dan ugutan MCA kepada pengundi Cina tidak menghairankan sungguhpun ia membangkitkan beberapa persoalan asas.

Selamatkan Islam

Kenapa Umno begitu terdesak sehingga sanggup melamar PAS berulang kali dan membelakangkan perasaan rakan setianya MCA?

mca chua soi lek 050511 lost again then no cabinet 02Apakah MCA begitu tertekan sehingga terpaksa memberikan ugutan halus kepada pengundi Cina bahawa “sokong kami, jika tidak…”

Kalau itu bukan ugutan namanya, maka kita menunggu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan definisi yang lebih tepat.

Tindakan sebegini oleh Umno dan MCA untuk mendapatkan undi daripada kaum yang mereka wakili menyerlahkan politik perkauman sempit yang menjadi teras perjuangan mereka.

Sejak tahun 2008, Umno tidak pernah lelah untuk meyakinkan PAS supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Pelbagai alasan dilontarkan saban hari menerusi TV3 dan Utusan Malaysia bagi meyakinkan pemimpin-pemimpin PAS bahawa langkah itu cara terbaik untuk menyelamatkan Islam dan orang Melayu.

NONE“Pentingnya” Umno-PAS duduk semeja bagi memperjuangkan Islam, video lucah yang mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rekod DAP yang kononnya mengabaikan umat Islam di Pulau Pinang menjadi sandaran Umno kenapa PAS perlu bercerai dari Pakatan.

Segala perkembangan ini meresahkan MCA kerana strategi parti itu adalah menggunakan kerjasama DAP-PAS untuk menakut-nakutkan pengundi Cina demi meraih undi mereka.

Bagaimana MCA akan berbuat begitu, jika Umno semakin bersungguh-sungguh melamar PAS?

Muhyiddin-Mahathir menunggu

Malah Umno dikatakan menawarkan jawatan kanan dalam kerajaan kepada pemimpin-pemimpin PAS jika sanggup keluar dari Pakatan.

MCA pimpinan Chua Soi Lek sudah pun mengumumkan akan menolak jawatan kerajaan jika parti itu di tolak oleh pengundi pada PRU akan datang.

NONEBagaimana untuk mengekang kemaraan DAP, jika PAS tidak lagi menjadi rakan DAP dalam Pakatan Rakyat?

Persoalan ini membelenggui Chua namun tidak menjadi pertimbangan Umno dan Najib.

Ini kerana Umno terpaksa menjaga kepentingannya sendiri untuk mencari kemenangan mutlak daripada pengundi Melayu khususnya di kawasan luar bandar pada pilihan raya umum ke-13.

Hanya kemenangan sebegitu dan penguasaan semula majoriti dua pertiga di Parlimen akan membolehkan Najib menang selesa pemilihan Umno tahun depan. Jika tidak gandingan Muhyiddin-Mahathir menunggu untuk mencabar beliau.

NONEWalaupun Umno meminggirkan MCA demi survival politiknya sendiri, parti kaum Cina itu bernasib baik kerana PAS menolak pelawaan Najib.

PAS menolak undangan Najib itu bukan kerana parti Islam itu sayangkan MCA, tetapi kerana perjuangan Islam yang didokong PAS melarang kerjasama dengan pihak yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Tidak akan kerjasama

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi menegaskan PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awang“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama Pakatan adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” katanya lagi.

Kenyataan Hadi itu pasti melukai dan mencalar ego dan jatidiri Umno, khususnya Najib. Segala perancangan mengenai video lucah dan laporan Utusan mengenai rekod DAP di Pulau Pinang tidak mengenai sasaran.

Namun ada juga pihak yang berterima kasih kepada Hadi – iaitu MCA kerana satu-satu senjatanya (kerjasama DAP-PAS) untuk menakut-nakutkan pengundi Cina -- masih boleh bernyawa.

Itulah realiti politik BN. Kerangka perkauman sempit telah lama mencorakkan agenda parti pemerintah untuk menakut-nakutkan pengundi menerusi isu-isu agama dan perkauman.

NONESebenarnya kedudukan Islam di negara ini tidak luntur jika ada Umno dan PAS di pihak bertentangan, kerana kedudukan Islam terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga dengan soal kedudukan Raja-Raja dan hak keistimewaan Bumiputera dan pribumi.

Kedudukan Islam

Soal perbezaan politik Umno dan PAS tidak langsung menjejaskan kedudukan Islam di Malaysia.

Namun hakikat adalah penyatuan antara PAS dan Umno secara rasmi atau sebaliknya amat penting, kerana tanpanya Umno tidak boleh mendabik dada sebagai suara orang Melayu.

“Lesen” ini yang diperlukan oleh pemimpin Umno untuk menjamin jangka hayat politik mereka.

azlanTun Dr Mahathir Mohamad hilang lesen itu sejak tahun 1999 selepas memecat Anwar dan terpaksa berundur pada tahun 2003.

Penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekalkan mandat yang diperolehinya pada tahun 2008 dan dipaksa oleh Umno-Mahathir untuk meletakkan jawatan.

Kini tiba giliran Najib untuk mencari semula balik kiblat Umno – justeru beliau tidak putus-putus mencuba meleraikan ikatan PKR-PAS-DAP dengan pelbagai helah dan sogokan supaya tidak mengalami nasib sama seperti Abdullah.

Biarpun pelawaan kepada PAS mengundang kemarahan MCA dan parti lain dalam BN, bagi Najib matlamat menghalalkan cara – kemenangan mutlak harus dicari untuk

Umno supaya beliau boleh terus diangkat menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan editorial Malaysiakini



Anwar yakin pilihan raya umum tahun ini
Salhan K Ahmad
Mei 5, 11
4:40pm

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pilihan raya umum mengejut pada tahun ini.

NONEJusteru, katanya gabungan komponen Pakatan Rakyat perlu bersedia bagi menghadapinya apabila Dewan Rakyat dibubarkan.

"Saya percaya Pilihan Raya Umum akan berlangsung tahun ini. Kami mesti bersedia dan bekerja keras," katanya.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu mengakui bahawa Pakatan berdepan masalah bagi menggerakkan jenteranya seperti di negeri Sarawak.

"Kita tak boleh cakap nak jaga Permatang Pauh atau Ampang saja.

"Suruh dia pergi Ba' Kelalan, tengok trend di situ. Orang baca akhbar tak ada, kemudian media alternatif pun tak baca.

NONE"Cabarannya serius," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di satu majlis wacana berhubung pengangkutan awam di bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya petang ini.

Pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu, PKR hanya memenangi tiga daripada 49 kerusi yang ditandinginya manakala PAS tewas di semua lima kerusi. DAP pula menang besar dengan membolot 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi.

Selain sumber kewangan yang terhad, Pakatan mendakwa menghadapi kesukaran menembusi pengund di kawasan pedalaman kerana media masa arus perdana dikawal ketat BN dan maklumat mereka tidak sampai kepada rakyat kecuali di bandar-bandar.

NONEAnwar berkata PKR, DAP dan PAS akan terus bekerja keras dalam memberi pemahaman terhadap Buku Jingga dan dasar Pakatan Rakyat kepada rakyat di seluruh negara.

Desas-desus bahawa pilihan raya umum mengejut akan diadakan tahun ini bertiup kencang apabila beberapa pihak mendakwa iklim politik kini lebih memihak kepada BN.

Di kalangan Pakatan sendiri kerjasama parti komponen dilihat rapuh dan diburukkan lagi dengan masalah dalaman yang melanda mereka, terutamanya PKR.

Contohnya, di Sarawak, PKR dan DAP bertelagah semata-mata untuk menubuhkan kabinet bayangan yang terus menghadapi jalan buntu.

alleged four full sex videos on youtube 290411 02Selain itu, Anwar bukan sahaja berdepan dengan perbicaraan kes liwatnya yang sedang berlangsung tetapi kini terpalit pula dengan video seks yang didakwa mirip muka ketua pembangkang itu.

Umno juga dikatakan sedang 'melamar' PAS supaya berkerjasama dengan BN meskipun pemimpin utamanya telah menolak pelawaan berkenaan.

Mandat kerajaan BN yang dipimpin oleh Najib yang juga presiden Umno akan berakhir pada April 2013.

Tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.



Anwar tuntut panel bebas semak projek MRT
Salhan K Ahmad
Mei 5, 11
5:18pm

Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata satu panel bebas perlu diwujudkan bagi menyemak kos dan keberkesanan projek pengangkutan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) yang dijangka menelan belanja RM55 bilion.

anwar speech at mpaj 050511 04Katanya, panel bebas itu perlu dibentuk memandangkan pelantikan konsortium Gamuda-MMC sebagai rakan penyampaian projek (PDP) itu menimbulkan banyak persoalan.

Anwar berkata, isu berhubung tata kelola penganugerahan projek dan penentuan kos projek berkenaan perlu dijelaskan.

"Skop tanggungjawab yang terlalu besar dan menyeluruh yang diserahkan kepada PDP membolehkan Gamuda-MMC membuat keputusan bagi pihak (kerajaan) mengenai spesifikasi projek, kos projek dan menganugerahkan pakej projek kepada subkontraktor.

"Ini tidak ubah seperti amalan lama melalui rundingan terus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Gamuda-MMC mempunyai motif bagi menentukan spesifikasi projek demi memaksimumkan keuntungan yang bakal diperoleh.

NONE"Spesifikasi teknikal yang dicadangkan mungkin lebih mahal dan tidak diperlukan, tetapi dimasukkan untuk melonjakkan kos sesuatu pakej tender," katanya.

Tambahnya, Gamuda-MMC juga terlibat dalam konflik pertembungan memandangkan firma itu juga menjadi pembida utama bagi pakej kerja-kerja pembinaan bawah tanah.

"Pakej ini adalah pakej yang terbesar dan termahal kerana melibatkan kerja-kerja mengorek terowong," katanya lagi.

NONEAnwar turut melahirkan kebimbangannya berhubung hutang yang mungkin ditanggung negara berhubung pelaksanaan projek tersebut.

"Anggaran saya, jumlah ini akan melonjakkan kadar keberhutangan negara melebih paras 60 peratus daripada jumlah KDNK apabila projek tersebut siap dalam tahun 2016.

"Sebelum ini rakyat terpakasa menanggung beban apabila (kerajaan) BN terpaksa mengambil alih keseluruhan projek LRT dari Renong dan syarikat milik Tan Sri Vincent Tan pada kos RM7 bilion dalam tahun 2001.

Katanya lagi, rakyat masih lagi menanggung hutang kos pengambilalihan LRT tersebut walaupun sudah 10 tahun berlalu.

"(Kini kerajaan) BN mahu menambah lagi RM55 bilion hutang awam yang akan ditanggung generasi akan datang," kata Anwar.





Arutchelvan tuntut IGP buat permohonan maaf
Abdul Rahim Sabri
Mei 5, 11
6:14pm

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan hari ini menghantar memorandum kepada Tan Sri Ismail Omar menuntut Ketua Polis Negara itu memohon maaf secara terbuka.

Ini kerana dakwanya, pihak polis melakukan kesilapan berhubung penahanannya pada Hari Pekerja 1 Mei lalu.

psm send memorandum to igp bukit aman 05052011 03Hal itu berlaku susulan beliau ditahan semula pada hari tersebut kerana didakwa terlibat dalam satu kesalahan kecurian di bawah seksyen 380 Kanun Acara Jenayah yang dikatakan berlaku di Alor Star pada 1995 - 16 tahun lalu.

Susulan itu beliau diarahkan memberi keterangan berhubung perkara tersebut di ibu pejabat polis daerah Kota Setar pada 7 Mei ini.

Dalam memorandumnya hari ini, Arutchelvan mendakwa pegawai penyiasat yang dikenali Inspektor Shamsul menghubunginya dan memaklumkan bahawa beliau tidak perlu hadir ke IPD itu kerana terdapat kesilapan merekodkan nombor kad pengenalan lama beliau.

"Pada hal orang sebenarnya adalah seorang beretnik Melayu dengan nombor kad pengenalan yang sama tanpa huruf A dalam kad pengenalan.

"Inspektor Shamsul meminta maaf atas kesilapan ini yang dilakukan oleh orang lain yang menurutnya adalah kesilapan manusia," memorandum itu dipetik.

may day march 010511 crowd sit in at suhakamMenurut memorandum itu lagi, pegawai polis tersebut juga berjanji akan mengeluarkan nama aktivis pekerja itu daripada senarai orang yang dikehendaki atau "wanted list".

Memorandum yang disediakan oleh Jawatankuasa 1 Mei mendakwa penahanan Arutchelvan untuk menyabitkan beliau dengan kes kecurian "amat tidak masuk akal dan merupakan satu tindakan fitnah dan berniat jahat".

"Beliau juga pernah ditahan puluhan kali dalam kes-kes kepentingan rakyat marhaen dan isu-isu hak asasi manusia. Justeru, bagaimana sepanjang 16 tahun dari 1995 dan 2011, beliau tidak dapat dikesan polis," memorandum itu dipetik.

Sebelum itu bercakap kepada pemberita, Arutchelvan berkata beliau turut menghantar surat kepada Ketua Polis Daerah Kota Setar meminta supaya surat jaminannya dibatalkan. Tuntutan itu juga terkandung dalam memorandum tersebut.

psm send memorandum to igp bukit aman 05052011 04"Saya minta mereka memberi surat secara hitam putih... (Ini kerana) ia tidak ada kena mengena dengan saya.

"Bagi saya ini adalah (perkara yang) merosakkan nama saya. Ini menjejaskan nama saya," katanya yang juga anggota Majlis Perbandaran Kajang dan aktivis Suaram.

Salinan surat itu juga turut dihantar kepada Ismail, ketua polis daerah Dang Wangi serta Majlis Peguam Negara.

Selepas sidang media itu, Arutchelvan menyerahkan memorandum berhubung kes kecurian yang dikaitkan dengannya itu kepada seorang pegawai polis dari bahagian perhubungan awam Bukit Aman untuk dimajukan kepada Ismail.

Kira-kira 20 aktivis PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan tiga peguam - Datuk S Ambiga, N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri - hadir memberi sokongan kepada Arurchelvan.





Mat Zain: Persepsi buruk jika terus ikut karenah AG
Mei 5, 11 7:27pm

Persepsi buruk rakyat terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan berterusan jika pihak berkuasa itu "terlalu menurut karenah" Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, kata bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Sebagai bekas pegawai kanan polis yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, beliau sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan 'pisang akan berbuah dua kali'.

azlan"Saya tidak bimbang untuk menyatakan, bahawa akibat terlalu melayani karenah Peguam Negara dan terlalu mengharapkan dan percaya kepada Gani Patail, menyebabkan mantan ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor terpaksa masuk ke penjara selama dua bulan selain terpaksa membayar denda maksimum RM 2000.

"Pada hal, sekiranya Rahim Noor mengekalkan pendirian dan keputusan beliau sendiri yang dibuat secara gentleman pada 8.10.1998, untuk mengambil tanggung jawab sepenuhnya akan keterlanjuran beliau mencederakan Anwar, kemungkinannya beliau akan hanya didenda sahaja serta mengelakkan penyiasatan yang agresif terhadap beliau.

"Kemungkinan ini berdasarkan beliau mempunyai faktor mitigasi yang kukuh dan diperkuatkan lagi apabila mahkamah dijangka mengambil kira jasa beliau kepada keselamatan Negara yang tidak ternilai, khasnya ketika beliau menjadi Pengarah Cawangan Khas," katanya.

azlanDalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Mat Zain mendakwa akibat dipermainkan oleh Gani Patail, Rahim bukan sahaja telah dipenjarakan, malah sehingga lebih kurang dua bulan yang lalu, beliau dilabelkan "orang yang bertanggung jawab merosakkan imej negara di kaca-mata antarabangsa.

Bagi mengukuh dakwaannya, Mat Zain memetik tulisan memoir Doctor
In The House karya mantan perdana menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad muka surat 693 ... “Rahim did me no favours politically – in fact, he did much harm to Malaysia's International standing.”

"Tidak dapat dielakkan kenyataan tersebut akan kekal dalam sejarah hidup Rahim Noor dan keluarga dan menjadi sejarah hitam buat PDRM.

"Manakala segala pengorbanan dan jasa Tan Sri Abdul Rahim Noor kepada Negara dilupakan selamanya," katanya dalam surat setebal lapan muka surat itu.



Permohonan UUM sambung rebat cukai tanah ditolak
Mei 5, 11 1:10pm

Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Justeru, kata beliau pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.

"Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil di Baling, petang semalam.

Katanya, kadar cukai sebanyak RM0.20 bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi.

"Universiti Teknologi Mara pun bayar RM0.50 bagi satu kaki persegi... jadi UUM mampu nak bayar banyak tu dan kalau mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira RM1.6 juta setahun," katanya.

uumPertengahan April lalu, UUM menerusi Bendaharinya telah menghantar surat kepada PTG untuk mendapatkan rebat bagi cukai tanah untuk tempoh lima tahun setelah tempoh rebat terdahulu tamat pada 2008.

Azizan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meminta Pengarah PTG Negeri untuk memberi pandangan sama ada rebat yang diberikan kepada UUM sebelum ini selama dua tahun perlu disambung atau tidak.

Sepanjang tempoh rebat diberikan, UUM hanya membayar RM150,000 bagi cukai tanah universiti itu.

Sementara itu, mengenai hasrat UUM untuk menjadikan kawasannya zon bebas cukai, Azizan berkata sekiranya ia terlaksana, kadar cukai tanah yang akan dikenakan sudah pasti akan berbeza kerana tanah komersial cukainya berbeza.

- Bernama

Tiada ulasan: