Ahad, 8 Mei 2011

NO KOMEN..TAPI TAK SOLAT..MINUM ARAK..BERJUDI...ABAI HUKUM ISLAM..ANJUR MAKSIAT...AMALAN ISLAM BERPILIH2..DLL NI JUGA MENYUMBANG KEMURKAAN ALLAH

Pemuda PAS: Utusan bermain api
Mei 8, 11 4:44pm

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan akhbarnya berkata akhbar Utusan Malaysia seperti menyalakan api ketegangan antara agama.

pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2“Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam BN menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah.

“Lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili BN untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat.

utusan malaysia kritsian agama rasmi“Malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot,” kata Nasharuddin.

Menurut beliau, jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam dengan baik dan menjadikan ia semakin hari semakin kuat dan hebat, spekulasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul.

Katanya, bahkan dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka.

“Spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan BN Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meeting“Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera,” katanya.

Menurut ketua pemuda PAS itu lagi, spekulasi Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab.

“Selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini,” katanya.

NONEMenurut Nasharuddin, suatu fakta yang diketahui umum bahawa perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini dan umat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.

“Justeru itu, Islam tidak sewajarnya tergugat dan umat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat,” katanya.

Tambah beliau, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan BN.

NONE“Sungguhpun PAS menyertai "kerjasama politik" bersama parti - parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini.

“Malah pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga BN yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara,” katanya.

Menurut beliau lagi, andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan.

PAS: Utusan makin melampau
Mei 8, 11 9:40am

PAS menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, lapor Harkahdaily.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man“Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.

“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya.

Laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

utusan malaysia kritsian agama rasmiMengulas taktik kotor Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan berkenaan tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam.

“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?

PAS: Islam agama rasmi

“Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meetingLantaran itu, Tuan Ibrahim mengingatkan akhbar-akhbar dan media supaya lebih bertanggungjawab dan jangan memainkan sentimen rakyat yang boleh menimbulkan ancaman kepada kestabilan negara semata-mata untuk kepentingan politik.

PAS, katanya kini melihat Utusan Malaysia menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana 'kebebasan suara' dwi-standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat apa sahaja kerana ia milik Umno.

“Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera.

NONE"Tindakan double standard inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks video dan perkara-perkara perkaumanan,” bidas Tuan Ibrahim.

Jikalau diikutkan peraturan tegas yang dikenakan terhadap media alternatif, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya permit akhbar Utusan Malaysia sudah ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri kerana seringkali memainkan sentimen perkauman dan agama yang mencetuskan amarah rakyat berbilang kaum.

“Sebelum ini, akhbar inilah yang memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yang dikeluarkan.

NONESehubungan itu, PAS menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia.

“Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ia tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum,” tegas Tuan Ibrahim.




Biskop: Laporan Utusan tiup kebencian kepada Kristian
Mei 8, 11 11:24am

Presiden pertubuhan Biskop Katolik Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam berkata laporan akhbar Utusan Malaysia berhubung agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan merupakan laporan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

endon funeral 201005 murphy pakiamMurphy Nicholas menjelaskan, wartawan dan pengarang akhbar berkenaan tidak mengambil langkah sewajarnya bagi mengesahkan dakwaan yang dipetik daripada tulisan blog tersebut.

“Jelas sekali laporan sebegini akan memberi kesan mewujudkan (keadaan) ketidakharmonian agama dan mengapi-apikan kebencian ke atas agama Kristian.

“Kami menyeru kepada pihak berkuasa dan polis supaya segera menjalankan siasatan menyeluruh ke atas perkara ini bagi memastikan sumber kepada fitnah tersembunyi, provokatif dan berniat jahat (ini),” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, penganjur bagi pertemuan berkenaan – National Evangelical Christian Fellowship (NECF) – telah menafikan dakwaan penulis blog yang dipetik akhbar itu.

“NECF seterusnya menjelaskan bahawa pertemuan itu hanya meliputi topik kepemimpinan beretika dan tidak ada agenda agenda (bersifat) penderhakaan seperti didakwa penulis blog dan laporan berita,” katanya lagi.

utusan malaysia kritsian agama rasmiDakwaan berkenaan dilaporkan akhbar Utusan Malaysia dan pertemuan itu didakwa dijalankan semalam di Pusat Kristian Katolik, Pulau Pinang manakala satu syarahan umum akan diadakan pada hari ini.









Pertemuan paderi: Lagi NGO terus buat laporan polis
Elissa Helmy
Mei 8, 11
4:21pm

Lebih 50 ahli dari badan bukan kerajaan (NGO) negeri Melaka, yang diketuai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), hari ini membuat satu laporan polis berhubung petikan sebuah laman blog mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain berhasrat melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

perkasa police report, melaka on pastors meetingLaporan itu, dibuat oleh Yang Dipertua PERKASA, Abd Rahim Othman di Balai Polis Melaka Tengah kira-kira jam 11 pagi tadi sambil disertai Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka yang turut membuat laporan serupa.

Sebaik selesai membuat laporan Abd Rahim yang diiringi seramai kira-kira 50 penyokong berarak dari perkarangan balai polis menuju ke satu kawasan lapang dengan membawa beberapa sepandung dan kain rentang sambil melaungkan slogan 'Hidup Melayu'.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meetingMenurut Abd Rahim, pihaknya memandang isu berkenaan adalah suatu bentuk hasutan dan ia bertentangan dengan Artikel 3 di dalam perlembagaan yang menjelaskan agama rasmi Malaysia adalah Islam.

Di dalam laporan polis dibuat, katanya, pada 7 Mei lalu jam 2.30 petang beliau telah terbaca laporan sebuah akhbar yang memetik di dalam artikel sebuah laman blog satu perjumpaan paderi-paderi dan warga asing termasuk dari Sarawak anjuran DAP Jelutong, untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain berhasrat melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

perkasa police report, melaka on pastors meeting"Jika benar ia berlaku ia menampakkan suatu bentuk hasutan untuk mengajak rakyat negara ini membenci Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu selaku ketua agama Islam di negara ini.

"Kita bimbang keadaan ini akan mencetuskan satu suasana yang kucar kacir dan tidak aman terhadap masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

"Saya sebagai Yang Dipertua Perkasa membuat laporan ini bertujuan mahu mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung perkara yang berlaku.

"Sekiranya terdapat bukti, adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Hasutan dan berharap tindakan undang-undang akan dapat diambil kepada mereka yang terlibat," katanya.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, bigdogSementara itu, Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka membuat laporan sama yang dilakukan oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Sidang Shaari Abu.

Menurut Shaari, pihaknya berharap semua NGO dapat tampil ke hadapan dengan terlibat sama mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan segera dan seterusnya mengambil tindakan.

"Saya percaya selepas ini akan ada beribu-ribu laporan polis akan dibuat berhubung perkara ini," katanya.

Dr M: P'raya umum tak perlu diadakan hingga 2012
Mei 8, 11 9:26am

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya umum tidak patut diadakan sehinggalah sekurang-kurangnya tahun 2012.

"Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai spekulasi pilihan raya umum ke-13 diadakan November tahun ini.

mahathir at bum 2009 bloggers conference talking about sex and old age 290509 05Dr Mahathir berkata ramai orang masih tidak memahami akan "keadaan Malaysia".

"Kita mesti menjelaskan kepada mereka akan keadaan unik ini supaya mereka boleh memilih calon yang baik. Tetapi kita masih mendapati puak pelampau yang masih tidak memahami demokrasi dan mengajukan permintaan yang bukan-bukan," katanya.

"Pada masa ini, mereka yang bersikap perkauman sedang memainkan isu-isu yang menjurus kepada perpecahan rakyat. Anda perlu mengurangkan peranan mereka yang bersifat perkauman dan ekstremis ini."

Dr Mahathir berkata terdapat sesetangah orang yang begitu fanatik dan membuta tuli menyokong pemimpin yang kurang baik.

"Orang ramai mestilah berupaya untuk melihat pemimpin yang kurang baik dan pemimpin yang baik. Itu sebabnya kenapa kita perlukan masa," katanya.

Namun begitu, kata beliau, jika keadaan sangat baik dan BN yakin menang, ketika itulah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum.

Dr Mahathir berkata beliau berpandangan sedemikian berikutan keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu.

Beliau berkata adalah wajar bagi kerajaan untuk tidak menamatkan tempoh mandatnya sehingga ke saat akhir sebagaimana yang dilakukan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Apabila kerajaan mengadakan pilihan raya setelah tempoh mandatnya, elemen kejutan pastinya hilang, kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir kemudian menyampaikan syarahan sempena mesyuarat tahunan kelapan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia di Kota Kinabalu, semalam.

- Bernama

Banglo empat tingkat...KAYA TU

Banglo empat tingkat Tengku Adnan terbakar
Mei 8, 11 3:47pm

Rumah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Duta di Kuala Lumpur nyaris musnah apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini.

Tengku Adnan berkata kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api.

"Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu anak saya sedang tidur tetapi terjaga setelah terkena percikan api dari pendingin hawa berkenaan.

"Kemudian anak saya terus berlari ke bilik saya yang berada di tingkat yang sama bagi memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tengku Adnan berkata sejurus selepas itu, beliau terus mengejutkan kesemua 15 orang penghuni di dalam rumah tersebut termasuk anggota keluarga dan pembantu rumah supaya keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sentul, Halim Mustafa berkata enam jentera dengan 46 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas, Jinjang memgambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran.

Halim berkata bagaimanapun hanya bumbung dan tingkat empat sahaja yang musnah manakala tingkat satu hingga tiga tidak terjejas.

"Api di bumbung dan tingkat empat banglo yang berusia hampir 25 tahun itu merebak dengan cepat kerana strukturnya yang diperbuat dengan kayu namun tingkat bawahnya sempat diselamatkan," katanya.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.

- Bernama


Apabila Utusan menggugah keharmonian negara
Wira Arjuna
Mei 7, 11
8:32pm

Bagaimana agaknya persepsi pelabur asing, terutama yang datang dari barat dan beragama Kristian bila memahami kandungan laporan Utusan Malaysia pada Sabtu, 7 Mei 2011?

utusan malaysia kritian agam rasmiLaporan itu mendedahkan ada usaha untuk menjadikan Krisitian agama rasmi Malaysia dan perdana menteri negara ini mungkin seseorang yang beragama Kristian.

Mungkin ada di kalangan mereka yang teruja untuk terus melabur di Malaysia dengan harapan apabila Malaysia menjadi sebuah negara Kristian akan mudah mereka berurusniaga.

Sudah tentu ada yang berkira bahawa pegangan agama mereka akan memberi kelebihan dalam iklim niaga yang dikendalikan oleh pemerintah Kristian yang seagama dengan mereka.

Sudah pasti juga ada sebilangan pelabur yang waras dan bijaksana membaca laporan Utusan itu sebagai sesuatu yang membimbangkan. Pelaburan mereka mungkin dalam bahaya.

Sudah pasti sebagai pengusaha skala besar-besaran mereka dapat mencongak bahawa tidak mudah Kristian menggantikan Islam di Malaysia.

azlanMajoriti rakyat Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera. Hampir semua Melayu di Malaysia adalah penganut Islam. Sudah tentu pelabur kategori ini dapat merumuskan betapa gempita reaksi orang Melayu dan Islam tehadap komplot Kristian ini.

Mereka juga pasti akur bahawa majoriti anggota polis adalah Melayu-Islam. Begitu juga dengan tentera. Maka adakah institusi ini akan membiarkan perubahan tunggak agama ini dengan mudah berlaku di negara ini?

Jangan melabur

Natijahnya tentu mudah ditelah. Lebih baik jangan melabur di Malaysia. Peniaga yang bijak tentu tidak mahu melabur di bumi yang akan bergolak.

Benar atau tidak laporan Utusan itu bukan persoalan di sini. Itu harus dipulangkan kepada pihak berkuasa untuk menilainya.

azlanJika benar, tindakan perlu diambil bagi menjamin kedamaian dan ketenangan sosio-politik negara.

Jika tidak benar, maka makin lebih perlu lagi tindakan diambil ke atas jenis kewartawanan sensasi yang memperjudikan keharmonian negara.

Namun kesannya amat mengerikan. Yang pertama akan merasa bahana perang agama ini adalah pelabur. Ia juga akan mencengkam rasa damai dan tenteram rakyat beragama Kristian.

Bagaimana mereka dapat merenung mata jiran dan sahabat handai Islam mereka jika orang Islam mula curiga akan keikhlasan mereka bermaustatin di bawah naungan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan?

Orang Melayu Islam pun juga bimbang. Jika pelabur asing mulai meninggalkan negara ini tentu ramai yang menganggur.

NONENamun tidak kurang juga yang akan “berdiri tocang” kerana marah akan niat buruk Kristian mahu merampas kuasa di negara ini. Orang Melayu memang berdarah pahlawan.

Tentu ramai yang sedia syahid untuk mempertahankan agama dan bangsa mereka. Akibatnya tentu lebih parah daripada 13 Mei 1969.

Secara ringkasnya, ini adalah di antara pelbagai kesan negatif daripada laporan media arus perdana perihal perkara sensitif dalam negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Penawarnya...

Sebab itu, para pemimpin yang berfirasat tinggi memutuskan untuk meluluskan perundangan menghalang prasangka begini menular di kalangan rakyat. Akta Hasutan adalah penawarnya.

NONESedihnya, ini bukan kali pertama Utusan bersikap begini. Akta Hasutan langsung tidak menggerunkannya. Mungkin ini kerana Utusan yakin ia berada di luar lingkungan kuasa apa jua akta di negara ini.

Mungkin di atas lessen memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, ia wajib mendedahkan sebarang ancaman yang mungkin menggugat kepentingan khalayak yang menjadi pendokong parti pemerintah - Umno.

Menteri Dalam Negeri ahli Umno. Mungkin sebab itu, Utusan merasakan mustahil Umno akan bertindak ke atasnya kerana menjadi jurucakap Umno.

Bicara ini bukan soal kesahihan sumber atau landasan laporan Utusan itu. Ia bersabit soal tanggungjawab sosial dan politik Utusan disuluh dari sudut kewartawanan.

NONEApakah Utusan berharap dengan laporan sensasi ini ia akan membantu pulihkan jumlah akhbarnya yang kian merosot? Atau, agendanya ialah menggertak orang Melayu supaya terus berpayung di bawah parti pemerintah, Umno?

Jika itu niatnya, amat malang bagi Malaysia. Utusan mungkin mendabik dada ia berbuat demikian kerana sayangkan bangsa Melayu dan agama mereka.

Namun dalam pada itu, ia jelas tidak menunjukkan kecintaan kepada negara apatah lagi cita-cita 1Malaysia perdana menteri.

Tamil Eelam

Laporan Utusan itu menyindir ahli parlimen Jelutong dari DAP sebagai penganjur sidang paderi yang dikatakan mengatur konspirasi memartabatkan Kristian sebagai agama rasmi negara.

sri lanka tamil tigers 260106 sea tigersIni mengingatkan kita pada tuduhan beberapa tahun lalu bahawa gerakan pelampau Tamil Eelam bergerak di Malaysia dan beberapa pemimpin Hindraf turut terbabit dengan gerakan itu. Hingga hari ini tiada pendakwaan atau bukti kukuh diketengahkan.

Apa yang patut dilakukan oleh Utusan ialah serahkan pada pihak berkuasa menyiasast dahulu perkara sensitif ini sebelum menggemparkan rakyat.

Menyakat rakyat dengan kemiskinan, prasangka kaum dan prejudis agama adalah jelas bertentangan dengan semangat perpaduan 1Malaysia.

interfaithApa yang perlu ditanyakan Utusan bagi pihak rakyat apa sudah jadi dengan Badan Pemuafakatan Antara Agama yang ditaja oleh kerajaan? Hormati institusi kerajaan. Usahlah bertindak secara unilateral.

Jika tiada tindakan diambil ke atas laporan sebegini, maka rakyat haruslah maklum bahawa memang benar ada amalan siasatan terpilih berlaku dan dilakukan dengan sedar dan sengaja di negara ini.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.


PEMBELA: Agama Kristian ancaman terbesar Islam
Abdul Rahim Sabri
Mei 7, 11
8:04pm

NGO Islam - Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mempersalahkan agama Kristian sebagai faktor yang menymbang kepada kemerosotan Islam di negara ini.

yusri mohamad pembela spokesperson islam under seige"Adalah jelas, cara agresif dan konfrontasi masyarakat Kristian yang membawa kes-kes ke mahkamah, laporan polis mereka di seluruh negara dan kenyataan media (mereka) sama ada penggunaan kalimah Allah ataupun isu al-Kitab dalam bahasa Melayu.

“Ini semua boleh dikaitkan dengan gerakan untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam,” kata presiden PEMBELA Yusri Mohamad.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membentangkan resolusi forum "Islam Tergugat: Apa Tindakan Kita? di ibu negara hari ini.

Katanya lagi usaha halus untuk memurtadkan umat Islam, bermula dengan “mengelirukan” mereka dengan menggunakan istilah-istilah yang dipinjam dari Islam.

“Dalam resolusi hari ini, mereka ada satu strategi untuk menyebarkan dan menjinakkan umat umat Islam dengan agama Kristian dengan menggunakan istilah yang biasa dan selesa digunakan orang Islam,” katanya.

Sebelum ini PEMBELA mendakwa kedudukan Islam di negara ini terancam berikutan perkembangan hubungan Islam-Kristian.

pembela seminar on islam under seigePada forum yang dihadiri kira-kira 35 NGO Muslim, para panelis kerapkali merujuk kepada agama Kristian dan dan mempersalahkan masyarakat berkenaan yang menyebabkan kedudukan Islam 'terancam'.

Perwakilan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACCA) Ann Wan Seng juga bersetuju bahawa terdapat usaha halus oleh masyarakat Kristian untuk memurtadkan umat Islam di negara ini.

Umpama garam di makanan

"Ia cukup halus umpama garam di makanan anda. Awak tidak boleh melihatnya, rasanya tidak terlalu masin tetapi awak akan tahu ia ada di situ. Dan ia cukup berkesan,” katanya.

Ann juga mendakwa Petaling Jaya di Selangor adalah pusat aktiviti Kristian dan usaha mereka mengkristiankan penduduk semakin berani dan terbuka.

ann wan seng pembela seminar on islam under seigeMengulas lanjut, Ann - yang lebih 15 tahun memeluk Islam menyifatkan ia sebagai gejala sepanjang zaman dan perkara tersebut tidak boleh dipandang sebelah mata.

Dakwanya, bilangan umat Islam yang telah murtad mencecah lebih 200 ribu orang dan beliau berani bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuatnya itu.

Menurutnya angka tersebut diperolehi daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang memberitahunya maklumat tersebut diperolehi dari sumber yang sahih.

"Sampai sekarang beliau mempertahankan kenyataannya. Dan ia mungkin bertambah. Itu tiga tahun yang lepas," katanya.

Ann turut mendakwa berlakunya penyebaran ajaran Kristian di Johor Bahru termasuk pengedaran risalah disebar sebuah universiti di negari itu.

Beliau juga turut menegur beberapa ulama agar membincang dan menyelesaikan masalah yang lebih besar antaranya berkaitan denagn saudara baru yang baru memeluk Islam.

Belum dirasai

Wakil Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik turut bersependapat dengan Ann berhubung perasaan tergugatnya Islam di negara ini belum dirasai oleh masyarakat Islam.

Katanya ia disebabkan kerana isu yang timbul dilihat secara terpisah-pisah bukan secara kesatuan.

speakers pembela seminar on islam under seigeDengan memberi contoh apa yang berlaku di Iraq dan umat Islam di Malaysia melihat "itu bukan masalah kita".

"Ini disebabkan kita rasa selesa. Makan kita tidak tergugat, kerja kita (tidak tergugat)...," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam tanpa mengira latar belakang mesti bersatu mempertahankan Islam dengan menyusun gerak kerja serta menguat persefahaman.

Bagaimanapun Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengambil sikap bahawa Islam tidak tergugat di Malaysia.

Sebaliknya katanya ia tergugat dari sudut perlaksanaannya yang menjurus kepada memperkecil-kecilkan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Dengan memberi contoh antaranya terdapat sebuah negeri di utara Malaysia di mana fatwa mufti tidak diwartakan atas arahan exco agama.

Campuri urusan agama

"Mufti dapat surat daripada exco, ubah fatwa yang diputuskan, saya kira ia mencampuri urusan agama.

"Surat itu bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

abdullah zaik pembela seminar on islam under seigeManakala presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin berkata umat Islam perlu kepada kesepakatan dakwah di kalangan NGO.

"Kita tidak bergantung harap kepada parti politik dan orang lain.

"Kita perlu persepakatan, apakah perkara-perkara asas dipersetujui bersama dengan institusi dan parti-parti politik Islam.

"Perkara asas ini tidak (boleh) dipolitikkan atau digadaikan.

"Saya sifatkan sebagai satu piagam untuk kepentingan Islam supaya tidak ada orang yang menyalahinya," katanya.

Selain itu, Zaid juga turut menggesa agar memperkukuhkan solidariti dan ukhwah di kalangan umat Islam sebagai benteng yang kukuh demi kepentingan Islam.

"Pertubuhan Islam perlu rapat dan berpadu serta berhubungan baik dan melaksanakan kerjasama dan menjalankan (program) melalui konteks gabungan.

"Perkara ini harus dididik dan dipupuk melalui jalinan dengan melakukan kerjasama," katanya.


Pertemuan paderi: Bersedia hadapi tindakan, kata polis
Mei 7, 11 9:51pm

Polis akan menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu berhubung dakwaan dua blogger tempatan berkaitan isu agama yang disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar tempatan hari ini.

NONETimbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila menimbulkan isu-isu sedemikian dan bersedia menghadapi tindakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai laporan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan tajuk "Kristian agama rasmi?" selepas melancarkan program papan iklan dalam konteks pencegahan jenayah di Wangsa Maju di Kuala Lumpur.

Khalid turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang isu sensitif berkaitan agama kerana hal berkenaan boleh merosakkan keharmonian di negara ini.

"Kita tidak boleh biarkan isu-isu sebegini dimainkan oleh mana-mana pihak... jadi saya nasihatkan supaya jangan cuba bermain api nanti terbakar tangan," katanya.

utusan malaysia kritsian agama rasmiKhalid berkata apa jua isu berkaitan dengan agama, jika tidak ditangani dengan betul, akan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam dan polis tidak akan membiarkan perkara itu.

Mengenai laporan media berhubung dakwaan seorang ibu yang kononnya ditipu RM13,000 anggota polis yang menahan dua anaknya, dipercayai terbabit dengan kes curi motosikal, Khalid berkata pihaknya telah mengenal pasti pemilik akaun bank yang dimasukkan wang berkenaan.

Siasatan masih sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, katanya dan menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak demikian kerana ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Rasuah.

eo detainee brother righ mohd ramadan left mohd rafi"Kalau ada polis minta duit, lapor kepada kita (polis), ketua polis dan sebagainya dan kita akan ambil tindakan. Kita tidak akan membiarkan sesekali anggota kita terlibat dengan perkara sedemikian," katanya.

Menyentuh mengenai kempen pencegahan jenayah melalui papan iklan, Khalid berkata ia adalah satu strategi bagi memperkasakan lagi usaha pencegahan jenayah di negara ini, dan merupakan inisiatif Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah.

"Memang kita tengok di negara luar banyak kempen seperti ini dijalankan, dan ia cukup berkesan. Saya harap ia membuahkan hasil untuk mengurangkan jenayah di negara ini," katanya.

- Bernama

Hisham: Agenda jadikan Kristian agama rasmi serius
Mei 7, 11 8:25pm

Laporan berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius, kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEKatanya apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

"Sama juga dengan isu kaum, kalau satu kaum bawa satu perkara berlebih-lebih sangat, ia akan mengundang reaksi dari kaum lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di Besut, hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan wakil Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno mengulas laporan media berhubung dakwaan adanya satu majlis pertemuan tertutup paderi yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Hishammuddin berkata beliau kini menunggu laporan berhubung apa yang di bincangkan pada majlis itu.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meeting"Tapi saya lebih suka berdepan dengan mereka yang tidak fahami benda sebenar, kita beri penjelasan perkara-perkara yang dikipas dan diapi-apikan oleh pihak tertentu.

"Bila kita dah beri semua penjelasan, mereka masih lagi mengheret kepada perpecahan saya rasa polis akan buat keputusan nanti, tapi bukan saya (yang akan ambil tindakan), nanti kita dituduh berpolitik pula," katanya.

Katanya dalam menangani isu seumpama ini, kerajaan mementingkan keselamatan dan sentiasa memantau perbuatan-perbuatan yang boleh menimbulkan isu keselamatan.

azlan"Semua saya pantau, bukan sahaja kumpulan ini, yang ekstremis Islam pun ada, yang nak balas kematian Osama bin Laden (pemimpin Al-Qaeda)," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis akan menyiasat dakwaan tersebarnya satu lagi video seks yang didakwa membabitkan ketua pembangkang yang dipercayai dicetak di Thailand.

"Seperti biasa, bersandar pada laporan polis, polis siasat perkara ini dan kalau salah, polis akan ambil tindakan. Tiada siapa boleh letak diri mereka melebihi undang-undang termasuk trio 'Datuk T'. Kalau salah tetap salah," katanya.

- Bernama

PERKASA buat laporan polis di seluruh negara
Mei 7, 11 7:34pm

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berhubung laporan Utusan Malaysia yang memetik tulisan di dua blog pro-Umno yang mendakwa terdapat paderi yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

perkasa police report pastor meeting christian stateTulisan di dua blog pro-Umno juga mendakwa paderi tersebut berusaha mahukan perdana menteri dilantik dari penganut Kristian.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira jam 3.20 petang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas laporan polis dibuat, yang dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan Sharifuddin Abdul Hamid berkata dakwaan yang timbul itu adalah satu hasutan.

"Jika benar seperti apa yang dilaporkan, ia merupakan satu hasutan kepada masyarakat Kristian untuk mengembangkan agama itu bagi menjadikan satu hari jumlah penganut Kristian adalah majoriti dalam negara ini (dengan) pelbagai cara.

"Saya bimbang pendekatan ini akan menyemarakkan kemarahan umat Islam dalam negara ini," laporan polis itu dipetik.

perkasa police report pastor meeting christian stateSehubungtan itu, beliau mahu polis menyiasat laporan tersebut.

Pada sidang medianya selepas itu, Sharifuddin berkata pihaknya mengetahui perkara tersebut berdasarkan laporan akhbar tersebut.

Porak peranda

"Ia boleh memporak perandakan keselamatan (negara) sedangkan Islam adalah agama persekutuan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan PERKASA selepas ini, Sharifuddin berkata pihaknya telah mengarahkan semua ahli PERKASA di semua negeri untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

"Kita bertindak mengikut saluran undang-undang. Kita tidak akan bertindak sesuka hati. Harap polis dapat menyiasat," katanya.

Kira-kira 20 anggota PERKASA Wilayah mengiringi Sharifuddin membuat aduan polis tersebut.

perkasa police report pastor meeting christian stateDi Georgetown, Bernama melaporkan PERKASA Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lalu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Wira PERKASA Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin di Balai Polis Jalan Patani, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari.

Mohd Rizuad berkata menurut laporan akhbar hari ini, dua buah laman blog mendakwa pertemuan itu turut membincangkan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

ibrahim ali pc at pwtc"Isu ini akan merosakkan perpaduan kaum yang telah terjalin lebih 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan.

Mohd Rizuad meminta polis menyiasat dakwaan blog berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini.

10 laporan

Di Tumpat, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata sehingga petang ini sudah 10 laporan polis dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat segera laporan itu yang dianggap serius.

"Ini soal sensitiviti dan ia sangat serius dan sebab itu PERKASA membuat laporan polis ini untuk menyiasat segera perkara ini agar tidak berlarutan.

"Jika benar seperti yang dilaporkan, PERKASA begitu kecewa dan khuatir kerana ia membabitkan soal agama yang sangat sensitif," katanya kepada pemberita di kediamannya.

yusri mohamad pembela spokesperson islam under seigeSementara itu, Jurucakap Pertubuhan Pembelas Islam (PEMBELA) Yusri Mohamad juga menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan blog pro-Umno dan Utusan tersebut.

"Jika jelas (berlaku) maka ia bercanggah dengan undang-undang dan boleh membawa kepada hasutan.

"(Negara) kita ada undang-undang, jika degil untuk dipatuhi, undang-undang perlu dikuatkuasakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membentangkan resolusi




















Negara Kristian: MP Jelutong sedia buat laporan polis
Mei 7, 11 4:40pm

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan bahawa beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan yang sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.

penang freewifi contract signing ceremony 260311 jeff ooiKetika dihubungi, Jeff Ooi berkata, beliau melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh media kawalan Umno-BN dan blog pro Umno itu adalah tindakan sengaja itu untuk membangkitkan amarah rakyat.

“Saya jelaskan bahawa saya bukan penganjur. Saya hadir sebagai tetamu.

“Dan sepanjang berada di sana, saya tidak langsung mendengar paderi-paderi itu berkonspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, mahupun meletakkan seorang pemimpin Kristian sebagai Perdana Menteri,” kata Ooi.

Katanya tindakan dua blogger pro-Umno yang memuatkan namanya dalam laporan mereka sengaja dibuat bagi menghasut rakyat supaya membakar sentimen keagamaan dan kali ini sasaran mereka adalah masyarakat Kristian.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meeting“Saya beragama Budhha. Saya juga tidak mempunyai kuasa sebagai seorang Buddha untuk mengarahkan pihak Kristian melakukan apa-apa (seperti) yang didakwa itu.

“Seminar itu bertujuan mencari jalan merangi rasuah dan salah guna kuasa di negara ini dan bagaimana orang Kristian boleh membantu,” kata Ooi.

Justeru, katanya apa yang dilontarkan sebagai dakwaan oleh kedua-dua blogger pro-Umno dan juga Utusan Malaysia hanya rekaan palsu.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, bigdogSemalam blog 'bigdog' mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.

Menurut Ooi, pihaknya sedang menunggu masa yang sesuai untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah itu.

"Saya masih berfikir dan saya mahu lihat bagaimana Utusan memainkan perkara ini. Kalau ia berlaku seperti mana yang dimaksudkan maka saya akan buat laporan polis."

Tiada ulasan: