Ahad, 8 Mei 2011

LUCU...JIKA KITA BODOH LEBIH BAIK JANGAN CAKAP@KOMEN....BILA CAKAP@KOMEN...DAPATLAH ORANG MENILAI@MENENTUKAN...MEMANG 'CONFIRM' BODOH....



JANGAN TOLAK HUKUM ISLAM...TOLAK HUKUM ISLAM BERMAKNA TOLAK ALLAH...ALLAH MENCIPTA HUKUM...BUKAN MANUSIA....TAK KAN MANUSIA BOLEH HEBAT DAN LEBIH PANDAI DARI ALLAH....MENOLAK ALLAH BERMAKNA KITA MENGHUMBAN DIRI KITA DALAM NERAKA DAN KEKAL DIDALAMNYA KERANA TELAH KELUAR ISLAM...







Politik Selatan Johor berubah selepas p'raya Singapura
Suhaizan Kayat
Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya paling sengit di Singapura dimana pembangkang memperolehi kerusi parlimen sebanyak 6 daripada 87 kerusi dan hanya Tanjong Pagar sahaja tiada pertandingan. Pembangkang memenangi kerusi GRS(group representation constituency) Aljunied dan kerusi SMC(single member constituencies) Hougag. Tahun 2006 pembangkang hanya memperolehi 2 kerusi SMC sahaja iaitu Hougang dan Potong Pasir. Undi popular parti kerajaan PAP(People’s Action Party) merosot daripada 67% pada tahun 2006 kepada 60% dalam pilihanraya umum 2011. Ini bermakna pembangkang memperolehi 40 % undi popular dalam pilihanraya 2011.

Catatan sejarah dibuat oleh Parti Buruh Singapura apabila dapat mengalahkan PAP di GRC Aljunied yang mempunyai 5 kerusi parlimen di bawahnya. Singapura mempunyai dua jenis pewakilan parlimennya satu dikenali sebagai GRS(group representation constituency) yang diperkenalkan pada tahun 1988 dan keduanya dikenali sebagai SMC(single member constituencies) . Sistem GRC adalah pewakilan secara berkumpulan diantara 4 hingga 6 kerusi parlimen. Jika satu GRC dimenangi contohnya Aljunied maka 5 kerusi parlimen di bawahnya turut dimenangi secara automatik. SMC pula adalah individu yang mewakili satu parlimen. Terdapat 15 GRC dn 12 SMC di Singapura. Alasan Singapura melaksanakan GRC adalah untuk mempastikan kelompok minoriti Melayu dan India dapat masuk ke Parlimen. Biasanya satu GRC akan di wakili oleh seorang Menteri daripada PAP dan selalunya memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

Selain daripada kemenangan 6 kerusi parlimen terdapat 2 kerusi parlimen yang tipis dimenangi oleh PAP. Kerusi tersebut adalah SMC Joo Chiat dengan mejoriti kecil 382 undi dan SMC Pasir Potong 114 undi. Kekalahan wakil GRC di Aljunied daripada PAP yang juga Menteri Luar Singapura George Yeo memberi tambaran hebat kepada PAP. Walaupun 6 daripada 87 kerusi parlimen di lihat kecil bagi masyarakat diluar Singapura tetapi ia merupakan kejayaan berganda bagi pembangkang di Singapura. Isu-isu yang bermain di Singapura adalah masalah kebanjiran pekerja asing khususnya daripada tanah besar China menyebabkan rakyat Singapura terpaksa bersaing dengan mereka dalam pekerjaan, rumah, urusan harian dan lain-lain. Kos sara hidup yang sentiasa meningkat dan pemerintahan PAP yang sudah terlalu lama juga menjadi faktor kekalahan PAP di beberapa kerusi tersebut.

Dengan tsunami kecil Singapura, ini bakal merubah politik di selatan Johor khususnya parlimen Johor Baharu, Pulai, Pasir Gudang, Tebrau, Kulai dan Gelang Patah. Masyarakat Cina Malaysia yang sebahagiannya bekerja di Singapura sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku di sana. Terdapat ramai rakyat Singapura adalah saudara mara rakyat Malaysia khususnya di Johor Baharu. Mereka sentiasa berulang alik di tambak Johor mahupun second link di Gelang Patah. Sebahagian mereka mengikuti perkembangan politik Singapura secara langsung dengan menghadiri siri kempen-kempen pilihanraya Singapura. Isu kos sara hidup dan persaingan pekerja asing dengan penduduk tempatan adalah menjadi antara masalah yang turut sama di rasai rakyat Johor Baharu. Malah kesan kepada masalah pekerja asing dan kenaikkan sara hidup di Johor Baharu jauh lebih buruk daripada yang berlaku di Singapura. Perubahan yang berlaku di Singapura bakal merubah kehangatan politik selatan Johor.

Daripada 6 kerusi parlimen di selatan Johor terdapat sekurang-kurangnya 2 kerusi merbahaya kepada Barisan Nasional. Parlimen Kulai dan Gelang Patah bakal berubah dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Parlimen Kulai dengan komposisi 32.06 % Melayu, 58.72% Cina dan 9.22% India(data tahun 2010) ditandingi oleh DAP dalam pilihanraya 2008 mengalami kekalahan dengan mejoriti 11,744. Parlimen Gelang Patah dengan komposisi 33.36% Melayu, 54.78 % Cina dan 11.86 % India (data tahun 2010) ditandingi oleh PKR hanya kalah sebanyak 8,851 undi. Walaupun terdapat tsunami politik pada tahun 2008 tetapi ianya tidak sampai ke selatan Johor.

Walaupun angka kekalahan 11,744 di Kulai dan 8,851 di Gelang Patah mungkin kelihatan besar jumlahnya oleh negeri-negeri seperti pantai timur tetapi angka tersebut sebenarnya kecil bagi selatan Johor. Ini disebabkan oleh faktor pengundi yang terlalu ramai. Pengundi Kulai ada seramai 70,731 dalam tahun 2010 dan kekalahan 11,744 adalah hanya 16.6 % daripada jumlah pengundinya. Sementara pengundi Gelang Patah adalah seramai 86,399 pada tahun 2010 dan dijangka meningkat lagi dalam PRU ke-13. Kekalahan 8,851 pada tahun 2008 adalah 10.24 % sahaja daripada pengundi Gelang Patah. Bagi kerusi Parlimen Johor Baharu, Pulai, Pasir Gudang dan Tebrau bukanlah kerusi yang selamat buat Barisan Nasional kerana Tsunami besar bakal berlaku di selatan Johor dalam pilihanraya ke-13 akan datang. Faktor Singapura dan Sarawak inilah yang membuatkan Dato Sri Mohd Najib Razak masih tidak dapat menentukan dengan jelas tarikh pilihanraya ke-13.

*Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ketua Pemuda PAS Negeri Johor.


Utusan bermain api
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.

Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.

“Sungguhpun PAS menyertai ‘kerjasama politik’ bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini,” tegasnya.

Malah, tambahnya pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga Barisan Nasional yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara.

Beliau berkata, andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan.

Katanya lagi, sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti.

“Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam Barisan Nasional menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah,” ujarnya.

Menurutnya lagi, lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili Barisan Nasional untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menambah, malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot.

“Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul,” ujarnya.

Bahkan, katanya dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka.

Tambahnya, spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama.

“Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera,” katanya.

Menurutnya, spekulasi itu sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini.


Anak muda, Jom Ubah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Anak Muda Malaysia merupakan nadi kebangkitan rakyat hari ini ke arah perubahan politik negara yang lebih adil, bebas dan sejahtera.

Bagi menyemarakkan lagi kebangkitan itu, demi masa depan rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan siri Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan (Jom Ubah) ke seluruh negara.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata program Jom Ubah bakal dilancarkan di dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan pada 1 hingga 2 Jun depan di Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Beliau yang juga pengarah program berkata, Jom Ubah akan dilancarkan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Program, katanya itu akan memulakan siri jelajahnya yang pertama pada 23 hingga 26 Jun 2011 melibatkan Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Siri jelajah Jom Ubah ini, DPPP akan menyampaikan dan mengedarkan tawaran Pemuda PAS kepada anak muda sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang selain mengadakan program-program khas untuk santapan anak muda,” ujarnya.

Anak-anak muda juga, ujarnya akan berpeluang mendengar pidato dan amanat daripada tokoh-tokoh pemimpin PAS di samping bersama dengan selebriti-selebriti negara yang akan menampilkan suatu yang baru kepada peminat mereka.

Lebih menarik, tambahnya aktiviti konvoi bermotor dan berkereta ke seluruh negara juga akan diadakan dan pemuda PAS akan singgah di setiap negeri berjumpa dan beramah mesra dengan masyarakat.

Katanya, Jom Ubah akan meneruskan siri jelajahnya ke negeri-negeri lain, iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor (30 hingga 31 Julai 2011), Sarawak (23 hingga 25 September 2011) dan Sabah (28 - 30 Oktober 2011).


Sekolah mana Hishammuddin belajar DAP ganti PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS berpandangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa DAP menggantikan PAS.

Ketua Penrangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata Hishammuddin rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa Umno wajib diganti dengan PAS, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa DAP ganti PAS supaya orang Islam menjauhkan diri dengan PAS.

Katanya, Hishammuddin berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan.

Jelasnya, realiti yang berlaku ialah MCA, MIC, Gerakan ganti Umno.

Contohnya, kata beliau Umno memberi kerusi parlimen Grik, Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus.

Beliau berkata, bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan PAS.

“Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza PAS dengan DAP. Bagaimana DAP hendak mengganti PAS, sedangkan DAP hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, sama ada DAP melawan MCA, Gerakan, MIC,” katanya.

Katanya lagi, realiti yang berlaku ialah PAS lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS yang menang.

“Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan PAS, maka yang menang ialah DAP?” soalnya.

Justeru, katanya PAS mengharapkan Hishammuddin jangan nyanyuk sebelum sampai usia nyanyuk.

“Kalau nyanyuk hilang kelayakan hendak bertanding Timbalan Presiden Umno pula,” ujarnya.


Hukum Islam lebih kepada mendidik
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 7 Mei: Undang-undang Islam sebenar yang dilaksanakan bukan hanya untuk menghukum tetapi lebih kepada memberi didikan kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perkara inilah yang menjadi perbezaan ketara antara hukum tersebut dengan undang-undang ciptaan manusia.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan, di dalam hukum Islam, hakim seboleh mungkin berusaha untuk membebaskan pesalah daripada menghukumnya.

Inilah, ujarnya, keindahan hukum Islam yang mula-mula dilaksanakandi zaman Nabi Muhammad di masa manusia di seluruh dunia ketika itu tercari-cari model perundangan.

Ustaz Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab persoalan dari peserta Seminar Maqasid Syariah anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat, di sini hari ini.

Sebelum itu di awal majlis, beliau membentangkan kertas kerja berkaitan di hadapan hampir seribu peserta dalam kalangan pimpinan PAS berbagai peringkat dari seluruh negara.

Turut menjadi pengulas terhadap kertas kerja itu adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dan Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam ucapannya juga, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, namun di sana terdapat kes-kes yang pelaku kesalahan yang beriman itu datang menyerah diri dan mengaku serta meminta hukuman itu dilaksanakan.

"Selain itu, mereka juga boleh bertaubat yang mana Allah SWT akan menerima permohonan taubat yang dilakukan bersungguh-sungguh itu dan mereka terlepas daripada azab api neraka di Akhirat kelak," jelasnya.

Beliau juga menyebutkan tentang Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia yang mana boleh ditafsirkan dengan cara lebih positif di mana boleh diubah jadual tertentu bagi mencapai usaha pelaksanaan hukumnya.

Katanya, menurut tokoh undang-undang Islam, Prof Ahmad Ibrahim dan Tun Salleh Abbas yang mengatakan, untuk membolehkan pelaksanaan hukum Islam yang perlu diubah hanyalah Jadual 9.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan perundangan Islam itu hanya tertentu kepada orang-orang Islam sahaja, adapun bukan Islam, mereka boleh memilih sama ada hendak dijatuhkan hukuman menurut Islam atau konvensional.

Sebelum itu, beliau menyatakan takrifan agama atau religion tidak sama dengan Ad-Din yang sebenar kerana selain Islam, mereka mengganggap agama ini hanyalah menyangkuti hal-hal berkaitan rohani dan akhlak semata-mata.

Kerana itu, tambahnya, Islam melarang umatnya memaksa orang lain mengucap untuk masuk Islam kerana hal aqidah ini bersangkutan keyakinan dalam hati dan mesti beramal dengannya.

"Sehinggakan di dalam peperangan pun, Nabi Muhammad SAW. pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya, jika musuh ingin berdamai, hendaklah berhadapan dengan mereka secara damai kerana sikap itu lebih diutamakan," jelasnya lagi.

Sementara itu ketika membentangkan kertas itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, takrif Maqasid Syariah adalah mencapai tujuan yang sebenar daripada hukum syariah dan mendapat hikmahnya dengan pelaksanaannya yang tepat.

Tegasnya, syariah adalah petunjuk Allah tentang cara manusia mencapai maslahah menjadi tujuan hukum Allah Maha Adil Rahmat-Nya yang melimpah terhadap makhluknya, sama ada membawa kebaikan atau menolak mudharat dan menghilangkan masyaqqah (kepayahan) bagi mencapai tiga matlamat mereka diciptakan iaitu ibadah, khilafah dan amanah.

Bagi mencapai matlamat, tambahnya, enam Feqh perlu difahami secara mendalam iaitu auroq (kesesuaian lokasi), haraki (memahami perkara berlaku), Waqie' (situasi yang berlaku), Nawazil (peristiwa berlaku), Muwazanat (pertimbangan terperinci perkara yang berlaku tahap pelaksanaan hukum) dan Aulawiyyat (memahami perkara keutamaan, terpenting, besar dan kecil bagi nyatakan hukum dan pelaksanaannya).

"Hanya Kerajaan Islam mampu dan wajib laksanakan hukum Islam secara menyeluruh.

"Kerajaan wajib menguatkuasakan syariat yang dinaskan dan ijtihad bagi pelihara Maqasid Syariyyah yang tepat, istiqamah dan adil, bagi memelihara agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta," ujarnya.


Utusan makin melampau
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Mei: PAS menggesa pihak keselamatan untuk bertindak terhadap laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa pemimpin-pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas.

“Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli Parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.

“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” gesa Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Laporan muka depan Utusan Malaysia hari bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Menjawab balas permainan Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan tersebut tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang majoritinya Islam.

“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?

“Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” terang beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Lantaran itu, Tuan Ibrahim mengingatkan akhbar-akhbar dan media supaya lebih bertanggungjawab dan jangan memainkan sentimen rakyat yang boleh menimbulkan ancaman kepada kestabilan negara semata-mata untuk kepentingan politik.

PAS, katanya kini melihat Utusan Malaysia menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana ‘kebebasan suara’ double standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat apa sahaja kerana ianya milik Umno.

“Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera. Tindakan double standard inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks video dan perkara-perkara perkaumanan,” bidas Tuan Ibrahim.

Jikalau diikutkan peraturan tegas yang dikenakan terhadap media alternatif, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya permit akhbar Utusan Malaysia sudah ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri kerana seringkali memainkan sentimen perkauman dan agama yang mencetuskan amarah rakyat berbilang kaum.

“Sebelum ini, akhbar inilah yang memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yg dikeluarkan.

Sehubungan itu, PAS menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia.

“Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ianya tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum,” tegas Tuan Ibrahim.

Nuridah kekal Ketua Muslimat PAS Wilayah
Hazayani Zakaria

GOMBAK, 7 Mei: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh mengekalkan jawatan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan peringkat negeri hari ini.

Manakala kebanyakan jawatan lain juga dimenangi muka-muka lama setelah pengundian dijalankan di muktamar tahunan negeri itu, dekat sini tengah hari tadi.

Muktamar dirasmikan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim dalam ucapan perasmiannya mengingatkan pimpinan dan ahli parti agar bersikap terbuka dalam pertandingan dan tidak menjadikan perebutan jawatan sebagai agenda utama.

Sebaliknya beliau menegaskan, setiap ahli harus memantapkan hati agar terus istiqamah dalam perjuangan meskipun tidak dipilih untuk memegang sebarang jawatan.

"Sama ada dipilih atau tidak, ruang yang ada untuk bergerak kerja tidak terbatas. Orang yang tidak dipilih pun boleh berjuang yang penting istiqamah dalam perjuangan.

"Istiqamah berkait rapat dengan jiwa.Jangan kerana kita tidak dipilih kita terus anggap orang tak mahu pada kita.Itu bisikan iblis.

"Saya paling bimbang kita hilang dalam perjuangan.Orang yang lama bertungkus lumus tiba-tiba hilang, tak aktif. Jadi kita hilang sahabat. Bila hilang sahabat itu lagi sedih.

"Kita harus berlapang dada dan berjiwa besar dalam soal pemilihan ini sebab pemilihan dua tahun sekali. Naik turun itu perkara biasa dalam parti," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga berkata, PAS berjaya mengekalkan situasi tidak berkempen berlebihan untuk mendapatkan jawatan kerana berpegang kepada tiga perkara.

Tiga perkara itu jelasnya, sabar dalam perjuangan, ikhlas dalam melaksanakan kerja parti dan menjaga hubungan dengan Allah S.W.T.

Beliau bagaimanapun tidak menolak keperluan melakukan perubahan pimpinan kerana parti juga perlukan anjakan dan perubahan strategi.

"Saya melihat ada keperluan juga dalam pemilihan ini. Kadang-kadang ada perwakilan melihat perlukan sedikit anjakan dan perubahan.

"Perubahan itu dilihat dengan berubahnya cara. Setiap orang berbeza caranya. Bila berlaku perubahan akan bertukar kaedah dalam pendekatan politik. Kalau bertukar kaedah itu mungkin lebih baik sebab orang nak tengok perubahan," katanya.

Sementara itu, satu usul diluluskan iaitu dari kawasan Batu yang mencadangkan calon muslimat dikekalkan untuk kerusi PAS di Parlimen Titiwangsa.

Berikut adalah senarai penuh organisasi Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan bagi sesi 2011/13.

Pengerusi Tetap: Faizah Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap: Fauziah Bidin

Ketua: Ustazah Nuridah Salleh

Timbalan Ketua: Dr Rosni Adam

Naib Ketua: Sakinah Awang

AJK:

Dr. Hani Ali

Ustazah Nurhafizah Musa

Sharifah Rahida Syed Idrus

Kartini Ahmad

Rosiah Husien

Khairy Syutina Mahmud

Normilan Mamat

Ustazah Teh Izzanuri jamaluddin

Liti Artini Yahya

Hazmiza Mad Shahar


Tiada ulasan: