Maklumat MH370 Berbelit Lagi, Tapi Perlukah Kita Diam Saja?
Posted on Wednesday, April 02 @ 07:23:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Semakin
lama misi pencarian pesawat MH370 berjalan, cara kerajaan menangani
dan mengendalikan insiden ini semakin kalut dan mengelirukan. Bukan
saja waris dan anggota keluarga yang jadi keliru dan marah, rakyat kita
sendiri turut bingung dibuatnya.
Dalam tragedi yang melibatkan
239 nyawa ini, apa dimahukan oleh semua pihak ialah kebenaran dan
bersikap telus tentang apa yang sebenarnya berlaku. Jangan cuba
menyembunyikan maklumat, bersikap main-main, menyelitkan unsur retorik
politik atau dilihat tidak serius kepada penderitaan waris mangsa serta
anggota keluarga yang terlibat.
Setelah semalam Pemangku
Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein menafikan bahawa Najib
pernah mengatakan MH370 telah terhempas dan semua penumpangnya
terkorban sedangkan pengumuman Perdana Menteri bahawa pesawat itu
didapati berakhir di sebuah kawasan terpencil dan jauh dari landasan di
selatan Lautan Hindi, sambil menyatakan rasa sedih, membawa usul
takziah di Parlimen dan memaklumkan Majlis Fatwa akan menetapkan tarikh
sembahyang jenazah ghaib, adalah sama maksud dengan ianya telah
terhempas dan penumpangnya turut terkorban, tidak berapa lama kemudian
berlaku lagi percanggahan maklumat.
Kali ini melibatkan
perbualan terakhir antara kokpit dengan pusat kawalan udara di Subang.
Sebelum ini kerajaan memaklumkan perbualan terakhir daripada kokpit
MH370 ialah "Allright good night" dan telah dikenalpasti diucapkan oleh
pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid tetapi semalam Kementerian
Pengangkutan menjelaskan ayat terakhir ialah "good night malaysian 370"
dan tidak dikenalpasti siapa yang mengucapkannya.
Kenapakah
maklumat yang sebegitu mudah pun boleh bercanggah hanya dalam beberapa
hari? Jika maklumat yang begitu senang pun kerajaan tidak boleh
memberikannya secara tepat, apakah jaminan maklumat lain turut tidak
bercanggah juga?
Apakah ini memperlihatkan sikap tidak serius dan main-main dalam memproses maklumat?
Sebelum ini juga, beberapa maklumat yang diberikan kerajaan turut
bercanggah dan tidak tepat. Ketika awal tragedi ini berlaku iaitu pada 8
Mac, kerajaan memaklumkan pesawat itu didapati terputus hubungan dan
hilang di perairan Vietnam. Namun setelah pencarian berskala besar mula
digerakkan di Laut China Selatan, diumumkan pula maklumat bahawa radar
TUDM telah mengesan pesawat itu berpatah balik daripada laluan asalnya.
Najib sendiri ketika mengumumkannya seminggu kemudian iaitu pada 15
Mac mengesahkan bahawa pesawat itu telah berpatah balik, mematikan
semua alat komunikasi dan dipercayai menghala ke sempadan Kazashtan dan
Turkmenistan atau Lautan Hindi. Sejak itu pencarian beralih daripada
Laut China Selatan ke Lautan Hindi pula.
Seminggu pencarian
dilakukan di Lautan Hindi, tetapi tiada apa yang ditemui. Pada 24 Mac,
Najib muncul lagi membuat pengumuman berdasarkan penemuian satelit
Immarsat bahawa MH370 telah berakhir di sebuah kawasan sunyi yang jauh
daripada sebarang landasan di selatan Lautan Hindi, berhampiran barat
daya Perth.
Berita itu diterima dengan sedih oleh seluruh
dunia, lebih-lebih lagi anggota keluarga dan waris mangsa, namun
selepas lebih seminggu daripada pengumuman Najib itu, tiada juga
sebarang kesan, sama ada serpihan pesawat atau cebisan mayat yang
ditemui. Ini menjadikan waris keluarga mula sangsi dengan kesahihan
pengumuman Najib itu, tambahan pula kemudian Immarsat tampil
menjelaskan bahawa kesimpulan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi
bukannya datang daripada mereka tetapi dilakukan oleh kerajaan Malaysia
sendiri.
Dengan tiada sebarang bukti kukuh atau penemuan
bahawa pesawat itu telah terhempas atau penumpangnya terkorban
sedangkan Najib sudah membuat pengumuman yang jelas maksudnya
sedemikian, memanglah waris penumpang berhak untuk berada marah dan
menunjukkan protes tetapi tindakan Hishammuddin menafikan apa yang
diperkatakan oleh Najib bukanlah jawapan yang mahu didengar oleh
mereka.
Jawapan dan penafian Hishammuddin itu adalah jawapan
politik untuk menyelamatkan abang sepupunya, Najib sedangkan waris
mangsa tidak berminat pun dengan sebarang agenda politik ketika ini.
Apa yang mereka mahukan ialah maklumat yang tepat.
Setelah
misi pencarian memasuki hari ke 25 dan masih tiada sebarang bukti kukuh
ditemui, sama ada pesawat itu terhempas atau berakhir di Lautan, teori
terhempas atau dirampas mula bercampur-baur. Ada yang percaya ia
terhempas tetapi ramai juga yang percaya pesawat itu sebenarnya
dirampas.
Apa pun teorinya, apa yang dimahukan tetap kebenaran.
Apabila rakyat mempertikaikan maklumat tidak tepat dan bercanggah yang
diberikan oleh kerajaan, ia bukanlah bermakna mereka ini tidak
menyokong segala usaha pencarian itu. Mengkritik dan membidas bukan
bermakna tidak menyokong segala usaha kerajaan tetapi yang
dipertikaikan ialah sikap berdolak-dalik sesetengah pemimpin dalam
banyak perkara berkaitan isu ini turut menjejaskan nama baik negara di
mata dunia.
Apa yang kita mahukan ialah mereka yang diberikan
tanggungjawab ini agar bersikap lebih profesional dan memberi keutamaan
kepada waris mangsa. Jika Perdana Menteri atau sesiapa saja didapati
memberikan maklumat tidak tepat atau menyinggung perasaan waris mangsa,
mengakulah dengan baik dan tiada salahnya meminta maaf.
Meminta maaf lebih mengharumkan nama negara daripada menafi dengan ayat yang berbelit-belit.
Kalaulah nanti didapati pesawat itu tidak terhempas atau kalau
terhempas pun bukan di Lautan Hindi, persoalan yang timbul ialah apakah
pula agaknya jawapan Hishammuddin ketika itu? Apakah semua kenyataan
Najib sebelum ini bakal dinafikan juga?
Sebab itu teguran dan
kritikan banyak pihak, termasuk di blog dan media sosial, terhadap cara
kerajaan menguruskan tragedi ini bukanlah bermakna rakyat tidak mahu
bersatu hati dengan kerajaan, tetapi teguran dan kritikan adalah
peringatan supaya kerajaan sentiasa berhati-hati dan hanya maklumat
yang disahihkan ketepatannya saja disalurkan kepada orang ramai.
Pengkritik hanya mahukan kebenaran dan keutamaan adalah nama baik negara.
Ini bukanlah medan untuk bermain politik dan menyokong Najib atau
Hishammuddin secara membabi buta sebagaimana pertembungan dalam politik
kepartian atau pilihanraya. (01/04/2014)
SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com
Tiada luar biasa dari komunikasi akhir MH370
Posted on Wednesday, April 02 @ 07:05:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Selepas
25 hari, pihak berkuasa Malaysia akhirnya hari ini mengeluarkan
transkrip komunikasi terakhir pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370
dengan pengawal trafik udara.
Pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tiada apa yang luar biasa daripada transkrip itu.
“Tiada tanda-tanda apa yang tidak normal dalam transkrip itu.
"Transkrip itu sebelumnya tidak didedahkan kerana menjadi sebahagian daripada siasatan polis,” katanya.
Dalam kenyataan hari ini, Hishammuddin juga berkata, dokumen itu turut didedahkan kepada anggota keluarga.
Baca salinan transkrip itu di sini.
RM100 juta baiki stadium runtuh, baik bina baru - MP
Posted on Tuesday, April 01 @ 22:28:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KUALA LUMPUR:
Kerajaan Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said digesa menjelaskan
peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membaik pulih Stadium Sultan Mizan
Zainal Abidin yang runtuh pada tahun 2009.
Ahli Parlimen Kuala
Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah
berkata, peruntukan membaik pulih stadium itu terlalu besar dan dengan
peruntukan itu kerajaan mampu membina sebuah lagi stadium.
Katanya,
runtuhan pertama dan kedua pada 2013 telah mengakibatkan RM40 juta
peralatan elektrik termasuk generator telah dicuri walaupun stadium 24
jam dikawal oleh kakitangan keselamatan.
"Kenapa kos asal kedua
dan bumbung runtuh berharga RM34 juta tetapi harga membaik pulih akan
memerlukan sekurang-kurangnya RM100 juta?
"Adakah ini termasuk
kos mengganti barang-barang letrik, lampu, generator yang telah dicuri
dan juga harga kos membaiki padang bola dan trek larian yang tidak
dijaga?"soal beliau dalam sidang media hari ini.
11 Februari lalu
kerajaan negeri Terengganu menganggarkan sekurang-kurangnya RM100 juta
diperlukan bagi membaik pulih stadium terbabit.
Dariada kenyataan
itu, Raja Bahrin percaya jumlah peruntukan membaik pulih mungkin jauh
lebih tinggi dari anggaran yang disebut iaitu antara RM150 juta hingga
RM200 juta.
"Nampaknya dalam gesaan Pakatan Rakyat agar kerajaan
berjimat dan bijaksana menguruskan perbelanjaan, kerajaan masih
membenarkan pembaziran berlaku,"katanya.
Sehingga hari ini,
katanya kerajaan Terengganu masih berdiam diri untuk memberi maklum
balas berhubung kontroversi stadium runtuh yang akan menerima peruntukan
ratusan juta untuk baik pulih.
sumber
Bagaimana PM buat kesimpulan MH370 ‘berakhir’ di Laut Hindi?
Posted on Tuesday, April 01 @ 22:11:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KUALA LUMPUR
31 MAC: KEADILAN mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak yang secara mudah membuat kesimpulan berhubung
kehilangan pesawat MH370 dengan mendakwa pesawat tersebut ‘berakhir di
Lautan Hindi’.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata,
Najib membuat kesimpulan hanya berdasarkan analisis data satelit
Inmarsat tanpa sebarang bukti kukuh.
“Hanya semudah itu Najib
membuat kesimpulan, jelas kerajaan tak bersifat telus dalam
mengendalikan MH370. Maklumat lengkap tidak sampai kepada keluarga,
mereka mahu tahu sebab dan apa alasan mengatakan pesawat tersebut
berakhir di sana.
“Kerajaan seolah-olah sembunyikan sesuatu, ini
tindakan tidak wajar,” jelasnya yang turut mengatakan kegagalan tersebut
sebagai punca kerajaan dipersalahkan masyarakat antarabangsa.
Sementara
itu, Surendren turut mempersoal keangkuhan kerajaan yang enggan membuat
sebarang perbincangan dengan pihak lain dalam menguruskan krisis
tersebut.
“Kerajaan juga tidak menunjukkan prestasi yang baik,
media tempatan dikawal, kerajaan terus sombong dan bongkak, tak panggil
Ahli Palimen Pakatan Rakyat untuk berbincang dengan BN,
“Mereka
juga gagal untuk membuat perbincangan dengan Ketua Pembangkang, semua
buat sendiri, taknak berbincang akhirnya kita dikutuk dan dikritik hebat
oleh mereka. Bagus,” sindirnya.
Pada 29 Mac lalu, jurucakap
Inmarsat, Jonathan Sinnatt dalam kenyataannya menerusi laporan China
Daily berkata pihaknya hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada
kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri.
Jonathan
dalam kenyataanya turut menegaskan bahawa Inmersat tidak terbabit dalam
membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah “berakhir di Lautan
Hindi”.
sumber
Himpunan besar-besaran KL bantah pelaksanaan GST 1 Mei
Posted on Tuesday, April 01 @ 21:16:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
SHAH ALAM 1
APRIL: Satu perhimpunan besar-besaran membantah pelaksanaan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diadakan pada 1 Mei ini di Kuala
Lumpur.
Jurucakap Jawatankuasa Himpunan 1 Mei, Dr Hatta Ramli
berkata beliau demo besar-besaran itu sebagai referendum rakyat bagi
mendesak Kerajaan BN membatalkan pelaksanaan cukai berkenaan.
Katanya,
usaha mengadakan perhimpunan itu dibuat dengan mengambil kira kejayaan
perhimpunan besar yang dianjurkan sebelum ini, termasuk dessakan untuk
memnasuhkan ISA pada 2008.
“Macam dulu (berhubung isu) ISA pun,
lepas kita turun ke jalan, selepas 50 tahun baru (kerajaan) mansuhkan,”
katanya dipetik Malaysiakini.
Mengulas mengenai jumlah peserta
yang dijangka akan hadir ke perhimpunan tersebut, Hatta berkenaan ia
pasti lebih ramai berbanding perhimpunan menuntut pemansuhan ISA.
“ISA tidak mempengaruhi semua orang, hanya orang tertentu sahaja. Tapi GST beri kesan kepada semua orang,” katanya.
NGO
lain yang menganggotai jawatankuasa itu termasuk Solidariti Anak Muda
Malaysia, Gabungan Mansuh ISA, Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil dan
Gerakan Turun Kos Sara Hidup.
Rang undang-undang untuk melaksanakan GST dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.
Sementara
itu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam sidang media sama
menegaskan Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan kempen anti-GST dan
bersama NGO lain memberi penerangan berkenaan pelaksanaan cukai itu.
Menurut Rafizi , walaupun mengakui GST merupakan sistem percukaian yang efektif, ia amat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
“GST
sesuai dilaksanakan di negara yang berpendapatan tinggi atau amat
rendah saja. Di negara berpendapatan tinggi mereka mengurangkan cukai
pendapatan tetapi perbelanjaan isu rumah dengan cukai GST masih sama.
“Tidak di Malaysia apabila banyak cukai tersembunyi ditanggung. Hutang isi rumah pada kadar 82 peratus,” kata beliau.
Justeru beliau merumuskan himpunan ini merupakan kesinambungan terhadap perkara yang diperjuangkan Pakatan sejak dulu.
“Sejak
2009, kita dah lawan di Parlimen, kita dah lawan di jalan. Kalau kita
boleh lawan di mahkamah pun kita lawan,” tambah beliau.
sumber
Ramai tak puas hati cara tangani isu MH370
Posted on Tuesday, April 01 @ 18:46:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Satu
tinjauan terbaru oleh Merdeka Center menunjukkan ramai dari kalangan
pengundi yang ditinjau menyatakan rasa tidak puas hati ke atas tindakan
kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370.
Laporan
yang dikeluarkan firma penyelidikan bebas itu menujukkan 50 peratus
daripada 513 orang berpendapat demikian, berbanding 43 peratus yang
menyatakan rasa puas hati.
Tinjauan itu dijalankan dalam tempoh 13 Mac hingga 20 Mac.
Menurut
tinjauan tersebut, 50 peratus dari responden tidak berpuas hati dengan
pengurusan krisis, manakal 43 peratus lagi berpuas hati.
Pecahan
responden berkenaan menunjukkan lebih ramai pengundi dari kaum bukan
Melayu yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan – 74 peratus
dari masyarakat Cina dan 59 peratus pengundi India.
Sebaliknya,
63 peratus pengundi Melayu menyatakan rasa puas hati, berbanding 30
peratus yang tidak berpuas hati dari pecahan sama.
Golongan yang
lebih banyak berpuas hati itu pula didapati terdiri dari golongan
penjawat awam (53 peratus) dan yang tidak bekerja secara rasmi (50
peratus).
sumber
Cadangan Shahidan Kassim akan lahirkan wakil rakyat tidak peduli rakyat
Posted on Tuesday, April 01 @ 18:39:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KUALA LUMPUR,
1 APRIL: Cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Shahidan Kassim untuk melaksanakan sistem pengundian berasaskan kaum
akan memburukkan perhubungan antara kaum di Malaysia.
Menurut
Ahli Parlimen DAP Serdang Dr Ong Kian Ming, selain melebarkan jurang
antara kaum dalam negara, pelaksanaan sistem ‘satu orang, satu undi,
berasaskan kaum’ juga akan melahirkan wakil rakyat yang tidak peduli
tentang nasib dan pandangan kaum lain yang bukan dari kaum mereka
sendiri.
“Jika wakil rakyat Melayu hanya mendapat undi dari orang
Melayu, mereka tentunya hanya mewakili pandangan pengundi mereka
sahaja. Begitu juga untuk wakil Cina, India, Iban, Kadazan dan lainnya.
“Ini
bermakna pilihan raya tidak lagi menjadi insentif untuk wakil rakyat
yang dipilih mempertimbangkan pandangan pengundi bukan dari kaum mereka
sendiri,” ujarnya.
Strategis Pilihanraya DAP itu menegaskan,
cadangan itu amat bercanggah dengan keadaan semasa di mana banyak wakil
rakyat mewakili kawasan etnik campuran seperti Parlimen Serdang.
Penduduk Serdang terdiri 49 peratus Cina, 40 peratus Melayu, 10 peratus India dan 1 peratus lain-lain.
“Di
Serdang, saya perlu mendengar pandangan dan pendapat dari semua
pengundi. Jadi, jika ia tetap dilaksanakan, apakah wakil rakyat tidak
perlu lagi menghadiri perayaan agama dan budaya kaum lain kerana mereka
bukan pengundinya?
“Untuk apa seorang wakil rakyat Melayu melawat
sebuah kuil Cina atau India atau gereja jika semua pengundinya adalah
Melayu? Untuk apa wakil Cina berbuka puasa dengan Melayu di surau dan
masjid jika semua pengundinya adalah Cina?” soalnya.
Parti
komponen Barisan Nasional (BN) sendiri, iaitu Gerakan, turut membantah
cadangan Shahidan kerana ia jauh tersasar dari konsep ‘Bangsa Malaysia’.
Portal
The Malaysian Insider melaporkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Kong
merasa “kecewa dengan Shahidan” dan menyebut bahawa sekiranya cadangan
berkenaan dilaksanakan, ia akan memecah-belahkan rakyat berbilang kaum,
sekaligus berlawanan dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan perpaduan
masyarakat.–roketkini
Rahsia Mengapa BN Menang Besar Di PRK Balingian Sudah Terbongkar...
Posted on Tuesday, April 01 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Rahsia mengapa BN menang besar di PRK Balingian sudah terbongkar... Sekolah disana talian talipon dan fax pun tidak ada!!!!
Barisan
Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian
pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, dengan majoriti
6,911 undi.
Pada
2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh
6,210 undi untuk memenangi kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154
undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah
daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh
Jafaruddin 1,056 undi.
Begitulah ayat yang dipapar dan disiarkan
merata negara oleh media arus perdana dan blog pro UMNO/BN.. Berasa
megah dan sombong sebab berjaya menang dengan majoriti lebih besar dari
dulu.
Omak Kau bila selidik selain dari Ketua Menterinya
menggunakan Imigresen sekat para pemimpin tertinggi KEADILAN dari di
benarkan masuk kenegeri Sarawak untuk berkempen, alasan besar lain ialah
sekolah di Balingian talian talipon dan fax pun tidak ada.
Ertinya
akses kepada internet sifar .. mendapatkan maklumat yang benar lagi
sahih dari sumber alam maya adalah sifar ... menunjukkan bahawa penduduk
dan pengundi Balingian jenis menerima maklumat dari saluran yang
dibekalkan oleh media milik UMNO/BN sahaja.
Peliknya kalau sampai
sekolah pun tiada talian talipon menunjukkan betapa terpinggirnya
kedudukan Balingian ini .. terpinggir dari segala-galanya .. bukan
sahaja terpinggir maklumat... pembangunan dan keperluan asas pun di
pinggirkan.
Jadi tidak perlulah pemimpin BN mau berlagak sombong
dan angkuh sambil dabik dada. Sepatutnya berasa malu yang BN kini hanya
ada sokongan dikawasan yang cukup daif dan terputus perhubungan dunia
luar.
sumber
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 2 April 2014
SAMPAI MANA NAK BELIT....SAMPAI MANA NAK KEBAS....SAMPAI MANA NAK TIPU...AKHIRAT ALLAH DAKWA.....DAN HUKUM BARU TAHU NASIB KITA SEBAB JAHAT DIDUNIA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan