Rabu, 2 April 2014

BILA BUDAK KECIL DIBULI...DIBULI HINGGA TAK MAMPU MELAWAN....SAMPAI BILA KITA NAK JADI JAHAT DIDUNIA NI.... AKHIRNYA KITA MATI JUGA.....DUNIA AKAN HANCUR BILA ALLAH KIAMATKAN....MASA ITU BARU TAHU NASIB KITA DIAKHIRAT

سُوۡرَةُ القِیَامَة
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

لَآ أُقۡسِمُ بِيَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ (١) وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ (٢) أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَلَّن نَّجۡمَعَ عِظَامَهُ ۥ (٣) بَلَىٰ قَـٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُ ۥ (٤) بَلۡ يُرِيدُ ٱلۡإِنسَـٰنُ لِيَفۡجُرَ أَمَامَهُ ۥ (٥) يَسۡـَٔلُ أَيَّانَ يَوۡمُ ٱلۡقِيَـٰمَةِ (٦) فَإِذَا بَرِقَ ٱلۡبَصَرُ (٧) وَخَسَفَ ٱلۡقَمَرُ (٨) وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ (٩) يَقُولُ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ (١٠) كَلَّا لَا وَزَرَ (١١) إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمُسۡتَقَرُّ (١٢) يُنَبَّؤُاْ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ (١٣) بَلِ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٌ۬ (١٤) وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِيرَهُ ۥ (١٥) لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦۤ (١٦) إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُ ۥ وَقُرۡءَانَهُ ۥ (١٧) فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُ ۥ (١٨) ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا بَيَانَهُ ۥ (١٩) كَلَّا بَلۡ تُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ (٢٠) وَتَذَرُونَ ٱلۡأَخِرَةَ (٢١) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ نَّاضِرَةٌ (٢٢) إِلَىٰ رَبِّہَا نَاظِرَةٌ۬ (٢٣) وَوُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَاسِرَةٌ۬ (٢٤) تَظُنُّ أَن يُفۡعَلَ بِہَا فَاقِرَةٌ۬ (٢٥) كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ (٢٦) وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٍ۬ (٢٧) وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ (٢٨) وَٱلۡتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ (٢٩) إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمَسَاقُ (٣٠) فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ (٣١) وَلَـٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ (٣٢) ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ (٣٣) أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰ (٣٤) ثُمَّ أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰٓ (٣٥) أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى (٣٦) أَلَمۡ يَكُ نُطۡفَةً۬ مِّن مَّنِىٍّ۬ يُمۡنَىٰ (٣٧) ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً۬ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ (٣٨) فَجَعَلَ مِنۡهُ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ (٣٩) أَلَيۡسَ ذَٲلِكَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحۡـِۧىَ ٱلۡمَوۡتَىٰ (٤٠)
Surah Al-Qiyama
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Aku bersumpah dengan hari kiamat; (1) Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (2) Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (3) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (4) (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat). (5) Dia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu? (6) Maka (jawabnya: Hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), (7) Dan bulan hilang cahayanya, (8) Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (9) (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): Ke manakah hendak melarikan diri? (10) Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (11) Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. (12) Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan. (13) Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (14) Walaupun dia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (15) Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). (16) Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18) Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). (19) Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (20) Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (21) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (22) Melihat kepada Tuhannya. (23) Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh, (24) Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. (25) Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, (26) Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)? (27) Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; (28) Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih. (29) (Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan). (30) (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka dia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya)! (31) Akan tetapi dia mendustakan dan berpaling ingkar! (32) Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah. (33) (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! (34) Kemudian api Nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak. (35) Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? (36) Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? (37) Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? (38) Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan. (39) Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)! / (40) 

 






Akaun Twitter Maira Elizabeth Nari Digantung
Posted on Tuesday, April 01 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Punca sebenar akaun lama Maira dengan nama @Gorgxous digantung tidak pula diketahui sesiapa namun jangan risau kerana beliau sudah mewujudkan satu akaun baru yang menggunakan nama @MairaElizxbeth.

Setakat ini, akaun baru tersebut sudah mempunyai lebih 3,310 peminat dan semakin meningkat secara mendadak setiap hari.

Sementara itu, Maira mengakui statusnya sebagai orang biasa dan bukannya selebriti telah memudahkan untuknya menjawab pertanyaan-pertanyaan dari kalangan pengikut beliau di twitter berhubung tragedi pesawat MH370.



“I orang biasa je la. Makin kita membesar, makin kita mempelajari erti kehidupan.

Saya mempunyai kelapangan sekarang. Sebab itu saya boleh menjawab mesej daripada setiap peminat.”
Sumber

Siapa Bill Shorten dalam isu MH370?
Posted on Tuesday, April 01 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Tidak ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tahu siapakah Bill Shorten. Beliau bukanlah penumpang pesawat MAS MH370, bahkan tiada saudara maranya yang menaiki pesawat tersebut. Bukan juga pakar penerbangan yang membuat apa-apa teori berkaitan, malah bukan juga perisik.

Jadi apa kaitannya beliau dengan insiden MH370? Tidak ada lansung!

Beliau hanyalah Ketua/Presiden Parti Buruh merangkap Ketua Pembangkang dalam parlimen Australia. Shorten berusia 46 tahun dan menjadi ketua pembangkang sejak 2013. Beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 2007 lagi.

Yang menarik perhatian saya bukanlah latar belakang peribadi dan politik beliau tetapi cara masyarakat Australia menghormati sistem demokrasi dan antara satu sama lain.

Ketika membelek akhbar harian, The Star hari ini, saya terlihat suatu berita yang menunjukkan Shorten melawat pasukan Mencari dan Menyelamat MH370, Tentera Udara Diraja Australia di Lapangan Terbang Pearce, Bullsbrook, Australia.

Bagi negara seperti Australia, ketua pembangkang bebas untuk melawat mana-mana jabatan kerajaan dan kakitangan kerajaan pula tidak dicop yang bukan-bukan kerana kunjungan ketua pembangkang.

Perkara ini merupakan suatu contoh bagaimana demokrasi diraikan dan dihormati. Sebelum ini pun, Perdana Menteri Australia membentangkan penemuan baru di parlimen, bukannya secara sorok-sorok seperti di Malaysia – pembangkang kena memohon untuk mendapat taklimat tentang MH370.

Saya berharap, suatu hari nanti rakyat dan pemerintah di Malaysia benar-benar melaksanakan prinsip demokrasi dan menegakkan keadilan tanpa ada batas politik, pangkat, keturunan, agama dan bangsa.-hd


 Ketua Pengarah DCA kejutkan persidangan IATA
Posted on Tuesday, April 01 @ 15:17:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengejutkan para peserta Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di sini Selasa apabila beliau menghentikan ucapannya separuh jalan dan meminta media untuk meninggalkan dewan persidangan itu.
Azharuddin, yang memberi penjelasan mengenai kehilangan MH370 dan usaha pihak berkuasa dalam mengesan pesawat itu, secara tiba-tiba berhenti berucap kira-kira seminit berucap.


“Saya minta maaf, adakah ada media di sini? Saya tidak tahu yang media ada di sini. Saya minta maaf, bolehkah media diminta meninggalkan tempat ini?” katanya pada persidangan itu di sini, di Sheraton Imperial.
Keadaan menjadi senyap di dalam dewan itu apabila Azharuddin yang kelihatan tertekan, enggan untuk meneruskan ucapan sehingga media beredar.
Beliau turut enggan menjawab sebarang soalan daripada media sebaik sahaja meninggalkan persidangan selepas itu.
Peserta persidangan, Tom Ballantyne kemudian memberitahu The Star bahawa beliau tidak mengetahui alasan Azharuddin meminta media meninggalkan bilik berkenaan.
Beliau berkata, Ketua Pengarah DCA itu hanya bercakap mengenai beberapa langkah yang dilakukan oleh para penyiasat dalam usaha mencari dan menyelamat yang sedang berjalan, kini memasuki minggu keempat.
“Ia tidak sepatutnya tidak berlaku. Beliau tidak mengatakan apa-apa yang tidak dilaporkan sejak beberapa minggu lepas. Pegawainya turut memberitahu lebih awal bahawa media akan berada di sini, jadi saya tidak tahu kenapa beliau tiba-tiba berhenti (berucap),” katanya.
Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu, lapor mStar.

 "Cium pipi je, mak tak marah pun" - Gadis bertudung
Posted on Tuesday, April 01 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Gadis bertudung muatnaik foto bercium di Facebook

"Cium pipi je, mak tak marah pun" demikianlah penjelasan seorang gadis bertudung apabila ditegur seorang rakan. Dia tanpa segan silu memuatnaik fotonya sedang bercium di Facebook.

Bagi penulis, adalah sangat bahaya memuatnaik foto-foto kurang sopan di Facebook kerana ianya bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi juga bakal berdepan risiko gambar berkenaan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.



sumber

  
Onn Jaafar: MCA alat menjadikan Malaya satu wilayah negara China
Posted on Tuesday, April 01 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Dato’ Onn Jaafar “pernah menuduh Kerajaan Kebangsaan China di Taipeh mempunyai cita-cita hendak menjadikan Malaya jajahan China yang ke-20 dengan menggunakan MCA sebagai alat untuk mencapai tujuan itu.”

Penerbit: UKM, Bangi 2004
Penulis: Anwar Abdullah
Petikan daripada buku Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu
(mukasurat 217-222)

Dato’ Onn [yang pada masa itu memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri] mengasaskan kebimbangannya pada reaksi setengah-setengah orang bukan Melayu terhadap Undang-undang Kerahan Tenaga yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan pada 1952. Sayugia diingat bahawa pengganas komunis telah melancarkan pemberontakan bersenjata pada 1948, setelah orang bukan Melayu tidak berjaya mempertahankan MalayanUnion yang dikutuk oleh umat Melayu seluruhnya. Menurut Undang-undang ini, semua orang yang tertakluk di bawahnya dikehendaki mendaftarkan diri supaya pihak berkuasa boleh menentukan bagi seorang itu sesuatu perkhidmatan yang tertentu demi untuk kawalan dan keselamatan Malaya.
Sebaik sahaja undang-undang ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang bukan Melayu, kebanyakannya orang Cina, mencari helah untuk mengelakkan diri daripada kerahan tenaga itu, dan banyak pula yang telah meninggalkan Malaya kerana hendak melarikan diri daripada kerahan tenaga itu. Setengah-setengah hartawan tempatan yang bukan Melayu, menghantar anak-anak muda mereka keluar negeri – pemuda yang tertakluk di bawah Undang-undang Kerahan Tenaga – dengan alasan hendak melanjutkan pelajaran di seberang laut, kononnya.
Tetapi sebaliknya, pemuda Melayu tampil ke hadapan dengan suka rela mendaftarkan diri di bawah undang-undang tersebut. Dengan suka rela mereka menyerahkan tenaga, malah nyawa mereka untuk mempertahankan ibu pertiwi daripada terancam dan musnah di tangan segelintir manusia bersenjata yang di bawah arahan Parti Komunis Malaya. Pada ketika itu dan sebelumnya. Dato’ Onn melihat bagaimana semangat kebangsaan dan kesetiaan terhadap fahaman dan kuasa asing dipelihara dan dipupuk dengan berbagai-bagai cara di Malaya. Beliau menyaksikan sendiri bagaimana pada 10 Oktober setiap tahun, upacara diadakan untuk membaharui taat setia kepada Kerajaan Kebangsaan China – Kerajaan Kuomintang. Beliau pernah menuduh Kerajaan Kebangsaan China di Taipeh mempunyai cita-cita hendak menjadikan Malaya jajahan China yang ke-20 dengan menggunakan MCA sebagai alat untuk mencapai tujuan itu.
Ketika berucap dalam satu rapat partinya di Kuala Lumpur pada 1953, Dato’ Onn berkata: “MCA dan Dewan Perniagaan Cina sedang melaksanakan satu rancangan untuk menjadikan negeri ini jajahan China yang ke-20 – bertaat setia kepada Formosa yang menjadi jajahan yang ke-19 … MCA telah memainkan peranan yang dahulunya diambil oleh Wakil-wakil Konsul China dan Dewan Perniagaan dengan menjadi Parti Kuomintang bawah tanah dan mengeluarkan arahan-arahan politik kepada MCA.”
Ucapan Dato’ Onn itu menimbulkan bantahan yang hebat dalam Majlis Undangan Persekutuan. Tan Siew Sin, yang disokong oleh Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, menuduh bahawa ucapan itu memang dibuat dengan sengaja untuk membangkitkan sengketa dan rasa permusuhan antara kaum. Tetapi Dato’ Onn telah menangkis tuduhan itu dengan bukti bahawa segala tindakan dan kegiatan politiknya pada masa lampau tidak pernah berupa perkauman. Dalam memperjuangkan kepentingan Bumiputera beliau tidak pernah menjejaskan atau mengganggu kepentingan orang atau masyarakat bukan Melayu. Mungkin tiba masanya beliau membuat sesuatu rancangan atau mengambil sesuatu langkah yang dianggap perkauman oleh orang bukan Melayu. Tetapi Dato’ Onn sendiri pernah mengaku, “Saya tidak anti-Cina akan tetapi dengan tidak bersegan lagi saya mengaku, iaitu saya ini ialah pro-Melayu dan saya tidak boleh bersahabat dengan siapa-siapa pun yang hendak menjadikan umat Melayu itu ketewasan sama ada dalam lapangan politik atau ekonomi atau sosial di Semenanjung yang telah diaku oleh dunia ialah Semanjung Tanah Melayu.”
Tentang Hubungan Darah Tidak dapat dinafikan bahawa pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua, seseorang boleh melihat bagaimana penduduk Cina di Malaya memberi pujian dan sanjungan terhadap pemimpin kebangsaan China, dan gambar mereka tergantung di dinding atau di tembok kedai Cina, di rumah atau kelab kesatuan mereka dan di sekolah Cina di seluruh Malaya. Tidaklah juga dapat dinafikan bahawa bendera kerajaan kebangsaan China pernah dikibarkan di tempat tertentu di Tanah Melayu.
Jika Dato’ Onn merasa sangsi tentang taat setia penduduk Cina di Malaya, itulah juga perasaan orang Melayu di Malaya terhadap orang bukan Melayu. Apa yang kelihatan diamalkan oleh setengah-setengah penduduk Cina, seperti menggantung gambar pemimpin besar mereka dan mengibarkan bendera negeri Cina pada hari kebesaran bangsanya, begitulah juga yang dilakukan oleh setengah-setengah penduduk Malaya daripada keturunan India.
Menurut Tan Cheng Lock, yang menjadi Ketua Persatuan Cina Seberang Laut, AMCJA dan MCA, orang Cina di Malaya tidak dapat menumpukan taat setia yang sepenuhnya kepada negeri ini kerana mereka tidak mempunyai hak kerakyatan yang sama seperti orang Melayu dan lagi pula mereka sentiasa dianggap sebagai orang asing atau orang luar. Ketika mengkritik Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (1948), beliau berkata:
“Jalan tunggal untuk menyembuhkan orang Cina ‘Tongsan’ (lahiran negeri China) daripada digodai oleh politik kebangsaan negeri China adalah membuat satu tawaran murah hati (seperti yang dilakukan di bawah rancangan MalayanUnion) kepada mereka untuk menjadi rakyat Malaya. Inilah sahaja yang dapat menggantikan rugi mereka kerana berhenti daripada menaruh minat terhadap politik negeri China dan daripada menyertainya. Sebaik-baik cara untuk memutuskan kasih sayang mereka – penduduk yang mendatang – terhadap negeri asalnya ialah dengan memberikan mereka kemudahan yang lengkap untuk memindahkan kasih sayang seperti itu kepada negeri ‘angkatnya’. Selagi penduduk mendatang dilayani sebagai orang asing, maka selama itulah mereka berhaluan ke negeri tumpah darahnya dan dengan yang demikian mereka menjadi suatu bahaya kepada negeri tempat mereka menetap selama-lamanya.” .
Tan Cheng Lock yakin bahawa apa yang terkandung dalam kenyataannya seperti di atas adalah benar. Tetapi Dato’ Onn tidak dapat mengakui pendapat yang seperti itu benar kerana setiap orang Cina sedikit sebanyak terpengaruh oleh dasar Jus Soli dan Jus Sanguinis yang sudah menjadi tradisi hidup turun-temurun bangsa China, sama ada mereka dilahirkan di tanah besar China atau di seberang laut.
Tujuan hidup mereka di seberang laut ialah mencari kesenangan atau kekayaan sebelum berhijrah kembali ke tanah tempat tumpah darahnya untuk berkubur di sana. Sanak saudara mereka masih ramai yang masih tinggal di negeri China. Setiap bulan atau dari masa ke masa mereka mengirim wang atau bahan keperluan hidup lain, misalnya, dari Malaya ke negeri China. Menurut kehendak sendiri mereka memang tidak ingin campur tangan dalam hal ehwal politk di Malaya jika sudah ada jaminan bahawa segala peluang dan kemudahan hidup atau mencari kesenangan tidak tertutup atau terganggu. Jaminan ini didapati daripada British selagi British menjadi pihak yang berkuasa di Malaya.
Kebimbangan orang bukan Melayu, khasnya orang Cina, terhadap jaminan itu mula dirasai apabila umat Melayu bangkit mengganyang MalayanUnion dan bersiap sedia untuk melancarkan perjuangan seterusnya bagi mencapai kemerdekaan.
[...]
Tidak dapat dinafikan bahawa sejak 1917, bahasa kebangsaan China – Mandarin – dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah umum Cina di Malaya sejurus sesudah pergerakan bahasa kuoyu bermula di negeri China dengan mata pelajaran ditentukan oleh pihak yang berkenaan di luar negeri. Hal ini bertentangan sama sekali dengan kepentingan Tanah Melayu.
Tidaklah bijak bagi pihak berkuasa tempatan membiarkan sekolah Cina itu berjalan tanpa dikawal untuk mengeluarkan pelajar yang bermegah diri sebagai warga negara asing, dan enggan memikul sebarang tanggungjawab terhadap Malaya, iaitu sebuah negeri yang mereka anggap hanya sebagai sebahagian daripada negeri China.
Buku teks yang digunakan di sekolah China kesemuanya dicetak di negeri China dan banyak bahan yang anti-kerajaan Malaya telah disusupkan dalam buku itu apabila dikirimkan ke Malaya. Naskhah yang diseludupkan itu mengandungi tujuan untuk membangkitkan perasaan benci kepada pemerintah tempatan. Kerajaan Kebangsan China mengirimkan wakilnya untuk memeriksa sekolah Cina di Tanah Melayu, memerintahkan sekolah itu menghantarkan laporan ke Nanking yang pernah juga memberikan bantuan istimewa kepada sekolah-sekolah tersebut.
Buku teks yang digunakan di sekolah Cina di Malaya pada masa itu tidak mengandungi pelajaran yang bercorak atau berunsur Malaya. Tidak ada tersebut di dalamnya perkara mengenai sejarah, geografi, perdagangan, perniagaan, perusahaan, penduduk atau kepentingan Tanah Melayu yang lainnya.
Menurut Dr. Victor Purcell, semasa beliau melawat Chungking semasa Perang Dunia Kedua, beliau melihat sebuah peta yang dibuat dan keluarkan oleh Maktab Tentera di Chengtu yang memperlihatkan Tanah Melayu sebagai satu kawasan yang terletak di dalam empayar China yang telah jatuh ke tangan British dan perlu sekali direbut kembali. Tidaklah terbabas jauh daripada perenggannya kalau Dato’ Onn berkata bahawa ada setengah-setengah orang Cina di dalam dan di luar Malaya yang berusaha hendak menjadikan Tanah Melayu Daerah China yang ke-20.
Tetapi kerajaan Negeri-negeri Melayu telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya dan berjaya menghapuskan perbuatan anasir asing di dalam negeri yang cuba mempersendakan kemerdekaan dan kedaulatan Tanah Melayu dengan apa jua cara sekalipun.
Nota:
Sejarahwan British Arnold Toynbee menggambarkan Malaya akan dijadikan “wilayah ke-19 negara China”.
Dato’ Onn pula berkata “wilayah ke-20 negara China” kerana beliau menganggap Formosa/Taiwan sebagai “wilayah ke-19.


HELEN ANG
http://helenang.wordpress.com




Apa yang anda faham daripada gambar ini??
Posted on Wednesday, April 02 @ 10:04:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Hari ini tak nak ulas pasal MH370 lagi.. rasa dah banyak diperkatakan. Kita santai sedikit. Cuba lihat gambar di atas, apa yang kita boleh faham daripada gambar itu.

Mungkin jika lihat sekali imbas, kita akan rasa orang Islam terhina... tapi itu realiti yang ada sekarang. Tragedi MH370 pun ada juga nak kaitkan sebotaj pasal Malaysia pendudukan ramai Islam dan ini adalah kerja teroris.

Kerja seni dalam permetasan seperti gambar di atas adalah menunjukkan realiti sekarang. Jika orang yang berada di bawah seperti sujud itu bangkit sudah pasti dua orang di atas akan jatuh!!

Islam bangkit sudah pasti Yahudi dan Nasrani akan tmbang... masalahnya bila nak bangkit??


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com

Pesawat Boeing Boleh Diterbangkan Dari Darat, Membenarkan Teori MH370 Dilarikan Oleh US
Posted on Tuesday, April 01 @ 14:47:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






Sebelum ini kita telah membaca satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan itu, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian, laporan tersebut menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.


Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan" (pembaca boleh rujuk di sini)

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Sinifikan dengan talefon penumpang China berdering

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Pembaca boleh merujuk artikel di laman Tranungkite,net pada 9 Mac 2014 sehari selepas MH370 dikatakan hilang (rujuk di sini)

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat drone.


Semasa minum di tepi pantai bersama seorang sahabat yang pernah menjelajah dunia termasuk di Afghanistan kami berbincang pasal agak sukar untuk mengawal kapal terbang boeing yang besar secara remote seperti mengawal drone.

Saya mencari maklumat berkenaan dengan kawalan (romete) pada kapal terbang boeing.

Pada November 2006, syarikat pembuat kapal terbang Boeing menerima paten daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk sebuah sistem yang mana apabila ia diaktifkan, memampukan sesebuah pesawat diterbangkan ke lokasi tertentu dengan juruterbang tidak mampu berbuat apa-apa.

Autopilot ‘tanpa gangguan’ (bukan remote/kawalan) itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sensor dalaman atau menggunakan jaringan satelit serta radio dari jarak jauh oleh agensi kerajaan AS seperti CIA.

Ia bertujuan untuk mengambil alih penerbangan itu andai berlaku cubaan oleh pengganas untuk mengalih atau melencongkan sesuatu pesawat ke laluan atau destinasi lain.

Sistem baru yang dibangunkan selepas pasca 9-11 adalah untuk membolehkan pihak berkuasa AS menguasai dan mengawal sepenuhnya untuk mengelak rampasan.

Kalau sebelum ini kapal terbang boeing hanya boleh membuat auto pilot mengikut apa yang dimasukkan dalam sistem, itu pun pada ketinggian yang tertentu dan kelajuan tertentu. Ini juga membantu pilot untuk berehat dalam perjalanan yang jauh.

Apabila sistem berkenaan diaktifkan, sesuatu pesawat itu akan diterbangkan dengan kawalan luar ke lokasi yang telah diprogram lebih awal.


Boeing dalam kenyataan pada 1 Disember 2006 berkata, ada keperluan mendesak dalam industri penerbangan bagi mewujudkan satu teknik yang secara muktamad dapat mengelak invidu yang tidak bertauliah daripada menguasai sesuatu pesawat dan kemudiannya membahayakan keselamatan penumpang atau orang lain dalam laluan perjalanan kenderaan berkenaan, dengan ini ia akan dapat mengurangkan kesan kemusnahan yang mampu dilakukan individu di dalam sesuatu pesawat (yang dirampas).

“Secara khusus, ada keperluan untuk mewujudkan teknik yang akan memastikan laluan perjalanan sesuatu kenderaan adalah berkekalan dengan mengalihkan sebarang proses membuat keputusan yang salah oleh manusia termasuk ancaman keganasan di atas kenderaan (pesawat) berkenaan,” katanya.

Untuk menjadikannya bebas sepenuhnya, sistem itu mempunyai bekalan kuasa sendiri serta bebas daripada pemutus litar kapal terbang.

Kapal berkenaan akan berada dalam mode otomatik walapun telah mendarat dan mekanik atau kakitangan kerajaan yang berkenaan akan dipanggil untuk mematikan sistem berkenaan.

Boeing telah mewujudkan beberapa kaedah untuk mengaktifkan sistem berkenaan.

Antaranya termasuk suis manual untuk ditekan juruterbang atau pengesan khas di pintu kokpit yang akan mula bertindak apabila mode anti pengganas teraktif walaupun hanya tenaga yang minimum digunakan untuk memaksa buka pintu kokpit.

Pilihan lain ialah jaringan tersembunyi di mana pegawai kerajaan atau wakil syarikat penerbangan di darat akan memantau dan mengarahkan kapal dalam mode otomatik apabila sah keselamatan kapal terbang dikompromi.

Jaringan komunikasi radio juga boleh digunakan untuk memaklumkan kemudahan darat atau kapal terbang lain bahawa sebuah pesawat telah diaktifkan dalam mode otomatik.

Berbalik kepada teori rampasan

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.

Banyak kemungkinan boleh berlaku setelah 24 hari berlalu tanpa sebarang pentunjuk yang konkrit yang boleh kita mengata ya kepada apa yang berlaku.

Terpulang kepada pembaca....


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com


 






 

Tiada ulasan: