Selasa, 1 April 2014

NAK LARI MANA...AKHIRNYA TAHU JUGA

KUALA LUMPUR: DAP melahirkan kebimbangan dengan hasrat kerajaan membeli aset pertahanan dan peralatan satelit sekiranya ia dilakukan secara membuta tuli, selain hanya menjadikan tragedi MH370 sebagai alasan untuk 'shopping'.

Kebimbangan itu lahir memandangkan projek satelit negara sebelum ini, RazakSat-1 menemui kegagalan dalam tempoh setahun beroperasi yang membabitkan kerugian sebanyak RM 1 bilion.

"Kita bimbang hasrat kerajaan untuk membeli peralatan itu hanya akan membazirkan wang rakyat dan menjadikan krisis MH370 sebagai alasan untuk ber'shopping'.

"Lebih-lebih lagi dengan kegagalan RazakSat-1 yang tidak pernah ada penjelasan mengenainya apabila ditanya sebelum ini," kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, di lobi parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Steven mempersoalkan sejauhmana fungsi projek satelit RazakSat-2 yang akan dilancarkan pada 2016, sedangkan ia hanya mampu merakam satu meter persegi sahaja.

Jika ia benar, tambah beliau RazakSat-2 tidak berkeupayaan untuk membantu mengenalpasti serpihan-serpihan kerana saiz satu meter persegi hanya akan dipaparkan sebagai 1-dot sahaja.

Menegaskan bahawa Pakatan Rakyat menyokong usaha kerajaan untuk memajukan sains dan teknologi, Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping, berkata dalam masa sama kerajaan perlu meneliti secara terperinci bagi memastikan segala projek itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Kami sudah menuntut beberapa penjelasan, khususnya berkaitan RazakSat-1, namun tiada sebarang penjelasan, audit bebas mengenainya. Kini, kerajaan nampaknya hendak sambung juga program ini walaupun tiada manfaat dari RazakSat-1," tegas beliau pada sidang media sama.

Dalam pada itu, beliau turut kesal dengan keengganan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih parlimen berhubung insiden MH370, sedangkan Pakatan Rakyat sentiasa bersedia untuk membantu memperbaiki sebarang kelemahan dalam menangani krisis tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Noordin Ahmad menyatakan RazakSat-2 akan dilancarkan pada 2016, yang dikatakan boleh merakam imej khusus bagi tujuan perancangan pembangunan, bahkan dapat juga digunakan seperti kehilangan pesawat dan bencana.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran kenyataan Menteri Pertahanan merangkap pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang mengatakan sudah tiba masanya untuk negara membeli aset pertahanan baru selepas kelemahan negara menangani krisis MH370.

KUALA LUMPUR: Keengganan  pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussien memberi taklimat MH 370 kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menggambarkan kerajaan BN tidak serius mencari jalan penyelesaian berhubung kehilangan pesawat itu.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dijadualkan akan mengikuti taklimat MH370 oleh Hishamuddin pada malam ini.

Bagaimanapun Hishamuddin pula tidak berada di dalam negara kerana mengikuti sidang yang lain di Hawaii.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan bahawa menteri berkenaan akan memberi taklimat itu kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata, Pakatan Rakyat sering menegaskan akan memberi komitmen dalam membantu kerajaan dalam operasi SAR untuk menjejak MH370.

"Kita sedia beri kerjasama apatah lagi lihat banyak percanggahan berlaku di antara satu agensi dengan agensi lain.

"Tetapi pagi ini kita dapat maklumat menteri pun lari untuk hadir sidang lain," katanya dalam sidang media si lobi parlimen.

Katanya, percanggahan maklumat MH370 yang berterusan di kalangan menteri akan menghilangkan keyakinan rakyat kepada usaha SAR bagi menjejak pesawat tersebut.

"Shahidan bersetuju membentuk hanya selepas kotak hitam dijumpai tetapi keesokannya Hishamuddin menafikan tidak ada PSC lepas kotak hitam dijumpai,"katanya.

Justeru Pakatan Rakyat mendesak supaya Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) berhubung MH370 segera dibentuk supaya mengembalikan keyakinan rakyat.
PUTRAJAYA: Saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
  
Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan Anifah bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menghidupkan semula saman sivil Anwar terhadapnya.
  
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, dalam keputusan sebulat suara, memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
  
Beliau juga memerintahkan Anifah membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar.
  
Perbicaraan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid, dijadual selama tujuh hari bermula 8 April.
  
Pada 27 Mei, 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasitinya secara peribadi dan rasmi dan Kerajaan, mendakwa beliau telah difitnah dalam sidang media Anifah bersama-sama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu Hillary Clinton. 
  
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa bahawa dakwaan Anifah adalah tidak berasas dan amat cuai dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.
  
Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
  
Pada 6 Jan, 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk menggugurkan saman itu, Mahkamah Rayuan pada 25 Jan, 2013, membenarkan rayuan Anwar untuk menghidupkan semula saman terhadap Anifah atas kapasiti peribadi.
  
Mahkamah (Mahkamah Rayuan), bagaimanapun menolak rayuan Anwar untuk menghidupkan semula samannya terhadap Anifah atas kapasiti rasmi sebagai Menteri Luar dan juga terhadap Kerajaan Malaysia.  
  
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Anifah manakala Anwar diwakili peguam R. Sivarasa. - Bernama
KUALA LUMPUR: Adalah dimaklumkan bahawa, bermula sesi 2014/2015, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) perlu membuat permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah.

Permohonan atas talian akan dibuka pada 01 April 2014 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 16 Mei 2014 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.

Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen dihantar ke KPM. KPM tidak melantik mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Nama: Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel: 03-8870 6611/6627 - Bernama

Sementara itu Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah kecewa apabila pihaknya terpaksa mencari  maklumat pesawat terbabit dari luar bukannya daripada kerajaan sendiri.

"Sepatutnya dalam isu yang besar ini kita wajar mendapat maklumat daripada orang pertama iaitu kerajaan bukannya maklumat luar. Kerajaan pula harus jujur dan telus memberi maklumat itu,"katanya.

Tegasnya, percanggahan maklumat yang berlaku di kalangan menteri seolah-olah menafikan Pakatan Rakyat untuk diberi peluang bertanya.

"Kita hendak bantu kerajaan agar peristiwa besar ini diuruskan dengan baik,"katanya

Tiada ulasan: