Ahad, 2 Oktober 2011

PRO DAN KONTRA...MEREKA DAH KENAL MENGENAL...MEREKA TAHU HALA TUJU...DAN PERJUANGAN MEREKA...MEREKA BUKAN BUDAK...YANG DENGKI NI BUDAK2 JE

Karpal: Saya tak boikot sambutan 60 tahun PAS
Okt 2, 11 3:46pm

Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menafikan bahawa beliau memulaukan majlis penutupan sambutan ulang tahun ke-60 PAS di Kepala Batas malam tadi.

Pas 60th anniversary at kepala batas, penangKatanya, keadaan kesihatan yang kurang memuaskan memaksa beliau tidak hadir dan perkara itu telah dimaklumkan kepada ibu pejabat DAP semalam. Karpal pada upacara malam semalam sepatutnya dijadualkan berucap kepada kira-kira 10,000 hadirin bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Menurutnya lagi, perkara itu bukan disengajakan ataupun beliau mempunyai niat untuk mengelakkan atau memboikot PAS dan penyokong parti itu.

Semalam, pemimpin-pemimpin kanan PAS dan DAP tidak dapat memberikan jawapan mengenai ketidakhadiran Karpal. Majlis profil tinggi itu malam tadi, turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir.

Hadir sama adalah presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang; timbalannya Mohamad Sabu; mursyidul am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin kanan lain parti itu.

Pas 60th anniversary at kepala batas, penang"Saya telah memberitahu ibu pejabat bahawa saya tidak sihat baik ... bukan, ini bukan boikot," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Sebelum ini, timbul ura-ura ketidak-hadiran Karpal ada kaitan dengan kontroversi baru-baru ini berhubung desakan PAS untuk melaksanakan hukum hudud.


Ketidakhadiran Karpal timbulkan persoalan
Susan Loone
Okt 2, 11
10:00am
Dewan Milenium di Kepala Batas seolah-olah berpesta malam semalam apabila ribuan orang membanjirinya bagi menyambut majlis ulang tahun ke-60 PAS.

Pas 60th anniversary at kepala batas, penangJumlah hadirin terus bertamabah dan ketika Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan amanatnya, diianggarkan tidaak kurang 10,000 yang hadir.

Bangunan tiga tingkat tempat majlis ini diadakan sesak, ratusan lagi duduk di atas lantai beralaskan tikar dengan membawa anak-anak termasuk yang masih bayi bersama.

Ucapan Nik Aziz banyak berkisar tentang agama tetapi diselitkan juga dengan anekdot, lawak jenaka dan kias yang terus memikat pendengar sambil disambut gelak ketawa, walaupun mesejnya serius.

Turut hadir pada majlis yang berlangsung hampir tiga jam itu adalah kepimpinan tertinggi PAS termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pas 60th anniversary at kepala batas, penangLim terpaksa mengundurkan dirinya dari majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 1,500 penyokong DAP yang bertujuan memgumpulkan dana oleh DAP Bukit di Tanjung Tokong, dan bergegas sisebalik kesesakan lalu lintas di pulau itu untuk tiba di Kepala Batas pada kira-kira jam 11 malam bagi menyaksikan majlis penutup sekutunya PAS.

Walau bagaimanapun, paling ketara yang tidak hadir pada malam itu adalah pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh.

Diminta menjelaskan ketidakhadiran Karpal, timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu berkata beliau tidak tahu sebab sebenar.

Katanya, tidak mungkin bahawa Karpal tidak dijemput kerana gambarnya juga tertera di kain rentang yang mempromosikan acara itu di seluruh bandar.

"Ini mungkin salah faham, mungkin pejabatnya tidak dapat surat jemputan, ataupun mungkin dia tidak sihat ... lagipun dia gunakan kerusi roda," kata pemimpin PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

azlanApabila diasak wartawan, sekiranya ketidak-hadiran Karpal ada kaitan dengan kontroversi baru-baru ini berhubung desakan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, Mat Sabu berkata "tidak... tidak".

Ketika ditemui, ahli jawatankuasa PAS pusat Mujahid Yusof Rawa juga berkata beliau tidak mengetahui sebab-sebab Karpal tidak hadir pada majlis PAS itu.

Malah, Lim berkata beliau akan berhubung dengan hari ini, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mengapa Karpal tidak hadir.

"Saya akan menelefon dia, saya akan telefon dia ... Jika saya ada kerja yang perlu dilakukan, saya juga tidak dapat hadir," katanya kepada pemberita yang terus menyerbunya untuk mendapatkan jawapan selepas ceramah itu berakhir.


  • Wan Zali · Universiti Purta Malaysia
    Menjadi tanggung jawab PAS memberi tunjuk penerangan kepada karpal... Xpelik sebenarnya kalau karpal tolak hudud.... tp y pelik melayu umno tolak hudud...
    • Xyza Caution · Pengulas Tertinggi
      orang bukan Islam tolak hudud smemangnya x pelik..sbb mereka xtau apa itu Islam....yg jenis mengaku Islam dan perjuangkan Islam...tapi hudud mentah2 d tolaknya....yg ni sepatutnya d pelikkan...
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi
      Xyza Caution : bukankah anwar dan hadi pun bersama DAP tolak hudud semasa majlis MPP tempohari ker.. mmg pelik..
    • Xyza Caution · Pengulas Tertinggi
      yup...sememangnya bukan...bukan tolak hudud...mereka menerima hudud....
  • Aaizat Abdullah Abdul Rahman · Pengulas Tertinggi · Petaling Jaya, Malaysia
    sepatutnya hudud telah dilaksanakan dinegara ini sabaik baik sahaja kita mencapai kemerdekaan. Itulah sabaik baik hukum untuk dilaksanakan.
    • Rosmi Mahmud · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bisnes Sendiri
      ya itu lah kesilapan besar,klu merdeka dulu terus d laksanakan aku rasa kita xada masaallah mcm skrg
    • Joseph Abdul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Banking
      Rosmi Mahmud manalak negara kita pernah dijajah.refer zainal keling. memang dulu dah ada pun sejak zaman melaka.
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi
      Rosmi Mahmud : maslahnya hudud ni masa nak pilihanraya jer baru sibuk nak buat.. lepas pilihanraya dok senyappp.. mmg masalah lahh..
  • Inowalk Imran
    UMNO tak pernah mainkan hukum hudud tapi PAKATAN (PAS, DAP dan KEADILAN) yang suka permainkan hudud demi politik. Kalu nak laksanakan buat aje la..jangan salahkan kerajaan. Sekarang 5 negeri di tawan pembangkang. buat aje laaa...kalau dah berjaya insyaAllah kami orang melayu islam akan sokong juga.
  • Shaharin Shariton · Pengulas Tertinggi · OUM
    yang berpuluh ribu mai hampa tak loghat....yang tak mai sorang dok buat ribut.....toksah dok berspekulasi....awat tak talipon tanya dia....tanya mat sabu, dia mana tau, dia bukan duduk serumah dgn karpal...lim guan eng yg setiausaha dia pun tak tau....inikan pula mujahid nak tau....
    • Sakiroh Abdullah · Bekerja di Kolej matrikulasi kedah
      yg depa kalut YB KARPAL tak mai awat,kalau nak tau tanya la dengan dia sendiri tak payah buat spekulasi
    • Zam Bin Idruse · Pengulas Tertinggi · OUM
      Kalau Hudud kena buat , buatlah apa yg bising2 , terpekik terlolong tp hampeh dok cari 1001 alasan lg. Nampak sgt hipokritnya PASik dlm melaksanakan hukum Islam. Ckp berbelit2 smpai pencacai PASik kat sini pun lidah terbelit.
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi
      Zam Bin Idruse : biasalah DAP ganti PAS.
  • Zainuddin Hamzah · Pengulas Tertinggi · Sekolah Tengku Menteri C.Jering
    Apa yg dapat di-petik dalam ucapan TN.GURU NIK AZIZ NIK MAT.1.Setiap ahli PAS mesti mendapat maklumat dari mulut Pimpinan Pas sendiri, bukan dari orang lain, tambahan jauh sekali dari akhbar yang cuba memutar belitkan maklumat.2. Bila sebut politik, bukan lah hanya semata -mata sembahyang.zikir dan sebagainya.Tetapi yang terpenting ialah KUASA.Sekiranya kita diberi KUASA untuk memerintah InsyaAllah perlaksanaan ISLAM dapat kita laksanakan.Olih itu memenangkan PAKATAN RAKYAT pada pilihanraya ke-13 ini WAJIB bagi setiap ahli.
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi
      karpal singh merajuk lah tu sbb nik ajis kata karpal singh nampak hantu.. nanti lepas nik ajis peluk cium karpal singh.. ok balik lah tu.. org tua merajuk biasa lahh..
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi
      ZainuddinHamzah : belum menang pun PR dah tolak hudud.. kalau dah menang jgn haraplah.. nanti hadi akan kata.. hudud ni hanya 0.0001 jer utk dilaksanakan .. bkn penting sangat... dah lupa ker...
    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Zulkifli Marzuki , kamu ni tak bersekolah ya? Tulis nama Dato Nik Aziz pun salah. Kalau setakat jadi pencacai umno/APCO, lebih baik kau kerja dengan Eskay atau Rahim Thamby Chik! Kamu tentu seronok tengok gambar Rosmah bercium dengan artis lelaki Bollywood kan?
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    biarkan lah karpal singh bertenang dah cool dulu....kena bagi muka kat orang tua ni....orang2 muda dap tak ambil pot sangat dgn isu hudud ni...mereka hendakkan perubahan kpd kerajaan adil...tu je...
  • Zulkhfli Alias · Top Commenter · Kuala Terengganu
    orang kafir tak suka islam. buat apa tanya karpal.hukum hudud t/jawab semua orang islam termasuk umno, pas, keadilan. Sekarang umno memerintah negara laksanakan syariat islam. apa nak susah sangat? susahke, buat apa nak jaga hati orang kafir, orang kafir jaga hati kita.
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    pecacai2 umno akan memutar belit lagi cerita ini. 60 tahun dah, pas ditubuhkan pas cukup masak dengan fitnah umno........lagi pas di tekan dan di fitnah, lagi ramai pas mendapat sokongan.pas sudah bersiap sedia menganti umno yang sedang nazak.
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    SUDAH SEMEMANGNYA KERJA DAN PROFESYEN WARTAWAN... SUKA MENGADU DOMBA... YANG TIADA DIADA-ADAKAN... YANG KECIL DIBESAR-BESARKAN.. YANG REMEH DIJADIKAN ISU SERIUS.. ASALKAN BOLEH MEMBAWA BALIK BERITA "PANAS" KEPADA BOS YANG BOLEH DISENSASIKAN.. AKHIRNYA YANG SERONOK ADALAH "TUAN bESAR" KERANA BARUA2 PELIHARAAN SANGAT RAJIN DAN PATUH DENGAN ARAHAN..

    JIKALAULAH DITAKDIRKAN KARPAL SINGH HADIR MALAM TADI DAN DUDUK BERSEBELAHAN DENGAN NIK AZIZ @ HAJI HADI... APA YANG DIPERKATAKAN OLEH WARTAWAN PULA ADALAH... LIHATLAH BAGAIMANA PAS TUNDUK DAN AKUR KEPADA KEHENDAK DAP

    LUCUNYA POLITIK MALAYSIA @ DEMOKRASI ALA MALAYSIA ADALAH JENIS POLITIK "SELAK KAIN"... SEMUANYA SERONOK UNTUK MELIHAT KEBURUKAN DALAM KAIN PIHAK LAWAN DAN KEMUDIAN MENCANANGKAN KEPADA SELURUH DUNIA.. SEMUANYA DENGAN TUJUAN UNTUK MEMALUKAN.. APAKAH INI SISTEM POLITIK YANG SESUAI DIAMALKAN DALAM ABAD KE 21?
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      nak bagi laku paper je,
    • Mohd Norazni Abdul Ghani · Top Commenter · SMKTA
      memang tapi bahaya juga kerjaya sebagai wartawan ni, risiko nak terjebak dgn gejala fitnah sgt besar,fitnah adalah perbuatan paling jahat dan keji disisi Allah,So berhati-hatilah wahai wartawan2 supaya anda tidak tergolong dgn golongan2 pemfitnah.....
  • Satu Dua · Top Commenter
    Itulah warna-warni Pakatan apabila ribuan orang membanjirinya bagi menyambut majlis ulang tahun ke-60 PAS.

    "saya melaporkan dari media "

    Sorong papan tarik papan,
    Buah keranji dalam perahu,
    Suruh makan engkau makan,
    Suruh mengaji engkau tak mahu.
  • Azahari Rangon AlHaj · Top Commenter
    Retak menanti belah, DAP boleh keluar.. KS sedang menimbangkan untuk menyahut seruan TGNA supaya DAP keluar dari Pakatan? rasenya takder rugi bagi PAS jika DAP keluar... kita ingin melihat perjuangan solo PAS seperti dahulu...
  • Black Pearlz
    Siapa pula yg pandai2 gunakan nik Saya ne....Andai ada komen2 yg menyinggung terus terang bukan saya.
  • Iskandarnaim Zulkarnain · Top Commenter · University of Missouri
    belim apa-apa dah bergigit kuku. Belum lagi memerintah. Dari wahai rakyat Malaysia saya berseru kita wajib berjihat mempertahankan kerajaan dan menolak pembangkang yang kuat penipu, putar belit dan king ofd fitnah dan dyu dumba demi masa depan anak-anak kita. Sedarlah seburuk-buruk kerajaan rakyat Malaysia hidup aman dan makmur/ Lihat apa jadi pada orng melayu Pulau Pinang. Ta[ak naoag berpuluh tahun dirobohkan. Diselangor pula titah Sultan diputar belitkan. Di Kelantan pasla hudut tetapi hanya dibibir sahaja. Dari itu kita wajib mempertahan kerjaan yang ada. jangan lari dari mulit singa masuk ke mulut naga. wallahaklam.
    • Azli Belacak
      tidak mengapa mengkhianati bangsa sendiri yg menolak hukum tuhan, tetapi jgn sesekali menolak hukum tuhan demi mempertahankan bangsa sendiri ahakssss
    • Raudhah Rawiah Rasydan · UPSI, Tanjong Malim, Perak
      ISKANDARNAIM..AWAK SPRT KATAK BAWAH TEMPURUNG.. JAHIL..AMAN KE HIDUP KALAU ANAK PEREMPUAN MELAYU BYK YG BUANG ANAK.ANAK MELAYU PENAGIH DADAH..AMAN KE HIDUP BUMI TERCINTA NI PENUH DNG PENDATANG..AMAN KE HIDUP KLU HARGA BARANG TERUS NAIK..MAAF..ENTAH LA JIKA AWAK ANAK HARAM-MCM UMI HAFILDA SUNDAL BELAAN UMNO!
  • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
    Kenapa begitu ramai sekali yg hadir hingga mencecah 10,000org. Apakah mrk tidak biasa mendengar ceramah TGNA, Mat Sabu, LGE, DSAI, TGHH?, kenapa mereka sanggup mengeluarkan belanja minyak kereta, menghulurkan derma, sanggup berasa-asak utk turut sama mendengar dan melihat wajah pemimpin secara life? INILAH TINDAKAN DR INSAN YG DI DORONG OLEH JIWA ROHANI YG MENDAMBAKAN KEBENARAN dan SANTAPAN ROHANI. Adakah majlis hariraya di permatang pauh oleh kerajaan malaysia kononnya mendpt sambutan begini?, wlpun disediakan berbagai kemudahan pengangkutan dan jamuan?
  • Hj Masran Haron · Top Commenter · Simpang Rengam, Johor, Malaysia
    Biarlah K/Sing xhadir,, bukan parti dia pun,, cuma seronok membaca bila lihat perkataan seolah2 "Pesta" dn yg hadir seramai 10,000 org. cuma rasa simpati bila Demo bersih blh mencapai 60,000 wlaupun haram sedangkan Ulang tahun ke 60 pas yg hadir hanya 10,000. jdi bila dilihat dri sgi kehadiran pas haruslah musahabah diri,, persoalanya dimana penyokong2 pas atau pr?,, sedangkan laungan selama ni rakyat telah bijak memilih,, rakyat memang bijak,, tapi memilin UMNO.
    • Shabri Ismail · Top Commenter
      demo bersih, rakyat yg turun berdemo ..apa la aji ni...umno leh ka kumpul orang seramai tu atas urusan parti ...dengan syarat jangan bayar,jangen sediakan bus,jangan bagi topi,nasi bungkus dan wang saku pada ahli sepaya datang reramai2..hihihihih...
    • Hj Masran Haron · Top Commenter · Simpang Rengam, Johor, Malaysia
      klu dilihat dri perangkaan, ambiga lbih popular dn rakyat (melayu) sbenarnya meminati demo,, jom demo utk tuntut undang2 islam,, ada berani!!!
    • Shabri Ismail · Top Commenter
      Hj Masran Haron ....nak buat prundangan islam kena ada kerajaan..nak mendapatkan kerajaan kena mendapat mandat rakyat kerana meyertai pilihanraya..dapat kuasa secara berdaulat.bolehlah digubal pelembagaan peringkat persekutuan..umno dah ada kuasa 50 thun sepatutnya umno yg mendahului dalam perkara ini..hih i..pas bantu ..bermuzakarah la pasal ketuanan islam..jangan ajak bersatu sebab umno nak ilang kuasa ja...
  • Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · ICTC
    Sekadar contoh :JAIS dan MAIS berkuasa atas hal ehwal agama Islam di Selangor.Kes khalwat, zina, minuman keras semua ada dalam enakman berikaitan Syariah.So, fikirlah sendiri , kalau nak jalankan Hudud kepada orang Islam , adakah ada masaalah.Selama ini pendakwaan kes Syariah adakah ditentang olih orang bukan Islam.
  • Fatwa Fatma · UM
    aku heran kapal ni...npk sgt tk suka undang2 islam...sbab apa, nti tkut dia tak laku lgi bila pguam syariah lebih mjadi tmpuan dlm perundangan...mknanya smpai ble2 la dia akan tolak hudud...sy syg pas krn Islam...dmi Islam, harap PAS buang la kapal ni...nmpk blh jd gnting dlm lipatan...PAS pun dh kuat lama dulu lagi...lau tk gbung dgn DAP pun tkpe...
  • Diana Maximus · Top Commenter · USM Penang
    To PAs Piss PUss from Kapal Singh - LaNGKaH mayat saya dulu... Org Pas Pis puss dh ketaqq lutut hahaha walaupun bersuara Atas kerusi roda hahaha.
  • Wari Nordin · Top Commenter
    Lantak dia laaa.. x payah nk layan sangat, bkn karpal sahaja sapa2 tolak hukum ALLAH Tok jib ka, soi lek ka anak yasin kaaa mampuih pi.
    • Norahzam Nordin · Top Commenter · 34 years old
      yang aku dengaq semalam, dia x mai pasai jem dan memang pun semalam jalan d Kepala Batas jadi mcm Jakarta ! bukan KL lagi dah... tp kalau Karpal mai pun aku yakin dia x akan berani kata yg dia menentang hudud sampai perlu langkah mayat dia dulu utk laksanakan, begitu juga Mahathir x kan berani kata org Malaysia akan jadi warganegara yg kudong tangannya dan Najib x kan berani kata bahawa kerajaan tidak melaksanakan HUDUD sbb mengutamakan ' Maqasid Syariah'.....
    • Abo Dzzar · Top Commenter
      UMPORNO SUKA BERSPEKULASI KONON2 KLU HUDUD BRJALAN RAMAI YG KUDUNG TANGAN..

      UMPORNO JD BARUA PERISAI KPD ''HARBI2'' MCA & MIC KONON2 NEGARA INI BRBILANG KAUM..

      TETAPI..PERNAHKAH UMPORNO ''TERFIKIR'' BERAPA RAMAI BAYI2 DIBUANG BERSEPAH2 MCM SAMPAH???!!! MUNGKIN DDLM PERUT ATANTUYA PON ADA BAYI SBB TU DISEPAI LUNYAI DEMI ''RAHSIA'' JGN PECAH!!!!
      ...See More
  • Cahaya Jati · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    toh sah nak kecoh2 lah.....hari merdeka, PM ke luar negara pulak...tak jd hal pun.....
  • Mohd Fakrudin Abdullah · Top Commenter · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
    Beliau ada la tu hal nya yang tersendiri.... Ataupun beliau uzur...
  • Cipot Ujang
    YB KARPAL tak mai pun takpa...dewan penuh sesak..kalau yang normal pun susah nak masuk dalam..ni pula yang berkerusi roda macam YB tu..kalau mai, pun rasa2 macam tak boleh nak selit pi pentas ja ...sesak..
  • M S Ibrahim Al-Malbar · Top Commenter · Gopeng
    ini le masalahnya wartawan yang otak mereka penuh dengan lambang keris dan dacing.
  • Ibnu Fatimah · Top Commenter · University melaya,kolej Darul hikmah bangi
    kehadiran kapar tk payah bimbng, kehadiran islam n hudud itu yg peting..
  • Ghazi Johar · Top Commenter · Samttaj shah alam
    karpal singh sakit perut kot,,!!!!!!semalam makan julap......(sorry YB....gurau je.....)
  • Adam Sejodoh · Top Commenter
    Pas nak laksanakan hudud, tapi omno halang dengan menggunakan undang2 Persekutuan. Macam di sabah satu ketika dulu semasa Datuk Pairin buat undang2 anti lompat.
  • Iman Qaireen Azzalea · UKM
    yg beribu dtg tu ahli2 pas ngok, yg org kecuh ialah ketua besar dap, bos besar yg tunggang kaldai pas, yg ckp langkah mayat aku dulu baru boleh tubuh kan negara islam, pahammm ngok..
  • Hj Afandi Abdul Samad · Top Commenter · Sekolah menengah seri mahkota
    Karpal tak sihat, selesai masalah... yang duk sibur wartawan tanya apa pasal...... Citer umno rompak harta rakyat tak lak sibukkkk nak siarkannn...
  • Rizal Man · Top Commenter · Sekolah menengah tengku menteri
    betul3... tya la tuan badan.... biasa la..lowyer..ada keje ler tu... masalah org lain , tya kt org lain..mna nk dpt jawapan... mcm doktor tya pembawa pesakit..bkn tya pesakit... sendiri mau ingat bang...
  • Satu Dua · Top Commenter
    Dewan sudah penuh hingga budak-budak sekolah tak dapat masuk.
    Dengan sebab itu seorang tidak hadir gamat wartawan dibuatnya, kerana dulu kini selamanya suka kontroversi.
  • Suntong Tutok · Swinburne University of Technology Sarawak Campus
    pesan TGNA; pnyokong pakatan hendaklah berkempen secara brhikmah...jgn ikut rentak UMNO yg gemar kutuk mengutuk...sasaran kita ialah pengungi atas pagar yg sedang memerhati komen2 kalian...kutuk mengutuk xkn mendatangkan faedah kepada kita...jika kita ikut rentak umno, pengundi ats pagar akan beranggapan bhwa pakatan dan umno 2x5 jer...
  • Fatwa Fatma · UM
    umnongok pun sekor...xreti2 nk martbatkan agama Islam...dasar pengarut atas sgala pengarut.
  • Mohd Zainasir Taib
    Zulkifli marzukil lbh baik mung diam
  • Mohd Firdaus · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
    X pa,, Lim kit mai.
  • Mazrab Kanan · Top Commenter
    tak ada kapal pun tak apa beribu sampai, kalau ada kapal aku ingat lagi karam denan manusia majlis tu hehehehe
  • Tengku Bob Silmi · Leeds Metropolitan U.
    Inowalk...you walk too much smpai otak turun ke lutut. Please refer balik surat dari DrM tentang ugutan perlaksanaan hudud di kelantan...dan masih disimpan oleh Tok Guru, dan telah dicabar oleh tok Guru supaya Tok Jib tarik balik surat tersebut. orang banyak berjalan luas pandangan..bukan makin sempit.
  • Harus Tayazi · Top Commenter · 24 years old
    UMNO terang kata tidak pada hukum Allah(hudud), yang timbul isu hudud sebenarnya datang dari mulut panglima Umno sendiri.pastu dok salahkan PAS pulak pelik perangai orang Melayu nie :p
  • Muhammad Aizat Mohammad Jan · Top Commenter
    Lain kali, Malaysiakini tidak perlu membuat tajuk yang berbentuk spekulasi kerana boleh merosakkan perpaduan parti
  • Zakri Long
    tadak Karpal Singh , tak semestinya tak boleh laksana HUDUD....apa? Karpal Singh ni hebat sangat ke?
  • Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Maktab Perguruan Sultan Idris
    Hudud hak orang Islam tiada kena mengena dengan Karpal. Jangan buat fitnah.

Tiada ulasan: