Selasa, 4 Oktober 2011

ZAKAT DIAMBIL...SEBAB MENGUNTUNGKAN...HUDUD DITOLAK MENAKUT PEMBUAT MAKSIAT...BAGAIMAN RUKUN IMAN 'PERCAYA PADA KITAB'...HARU2 BETUL

Skandal stadium, rakyat tuntut penjelasan
Dr Syed Azman Syed Ahmad
Okt 4, 11
7:39am

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu.

Projek 'kebangaan' kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta.

collapsed half of roof of the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium in Kuala TerengganuNamun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta.

Projek mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada tiga 'kontraktor kroni' utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk 'space frame' ini adalah syarikat Sowon Pte Ltd dari Korea Selatan.

Namun pada 2 Jun 2009 suatu tragedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Pada jam 9.40 pagi, sebahagian daripada bumbung utama stadium kebangaan ini telah runtuh.

Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini tetapi terdapat beberapa kenderaan yang rosak teruk akibat daripada keruntuhan itu. Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam tempoh tanggungan kecacatan' dan pihak kontraktor yang sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.

stadium sultan mizan terengganu gong badak 030609Pada 15 Jun 2009, satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini taklimat telah diberikan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia.

Antara faktor yang telah dikenalpasti olh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC adalah empat punca utama iaitu;

  • Rekabentuk yang tidak memadai; perekabentuk gagal untuk mengambilkira pertimbangnan yang secukupnya terhadap keadaan penyokong kepada struktur bumbung.
  • Bumbung tidak dibina dengan sempurna menyebabkan berlaku salah jajaran kepada geometri

  • Kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak.

  • Bahan dan kualiti hasilkerja (workmanship) tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan. Mutu pembuatan komponen keluli didapati tidak baik dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan.

stadium sultan mizan gong badak 020609Isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan ini adalah amat mendukacitakan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu.

Walaupun kerajaan negeri telah berbelanja ratusan juta, kini telah lebih dua tahun stadium ini tidak dapat digunakan langsung. Manakala kerja-kerja baikpulih tidak berjalan lancar seperti yang di jangkakan.

Ramai kalangan rakyat Terengganu yang tertanya-tanya bilakah baikpulih stadium ini akan disiapkan? Dan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap keruntuhan yang memalukan ini?

Dan pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih ini? Dan berapakah pula kos sebenar baikpulik stadium ini yang bernilai hampir RM300 juta ini?

ahmad said idris jusoh terengganuSkandal besar yang memalukan ini perlu kepada penjelasan telus dari pihak kerajaan Terengganu khususnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said (kiri) sebagai menteri besar. Beliau tidak boleh menutup 'sebelah mata' dengan menyalahkan 'kontraktor kroni' kepimpinan yang lalu di bawah Datuk Seri Idris Jusuh (atas, kanan) semata-mata.

Menurut Ahmad Said, tambahan kos kepada penyelengaraan pembaikan stadium ini adalah di tanggung oleh tiga kontraktor utama yang bertanggungjawab. Kini persoalan besar yang timbul adalah apakah keseluruhan struktur stadium ini selamat untuk digunakan?

Dan berapakah tanggungan kerajaan negeri dalam baikpulih yang sedang berjalan ini?

Amat malang nasib rakyat di negeri Darul Iman ini.

petronas petrol oil facility in terengganu kerteh 141108 02Negeri yang kaya raya ini berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus dan masalah kepimpinan yang amat lemah. Rakyat terpaksa menanggung bebanan masalah stadium yang runtuh, kolam renang yang bocor, stesen bas yang runtuh bumbungnya serta projek-projek pembaziran seperti zoo di Kemaman, subsidi 'atap biru', penberian air zam-zam dan buah kurma, yang semuanya melibatkan pembaziran dan kerugian ratusan juta ringgit.

Ya... RM300 juta yang dibelanjakan untuk Stadium Sultan Mizan ini berkemungkinan besar terbuang ke Laut Cina Selatan sahaja... dan penyu terpaksa menangis lagi di negeri Gganu kite ini.


syed azmanPenulis adalah penolong setiausaha Agung PAS dan juga ADUN Batu Buruk, Terengganu.

Zam Bin Zom · Pengulas Tertinggi · Boss di 4D (Duduk Diam Dapat Duit)
nak suruh siapa siasat? peg SPRM dah tukar profesyen, depa lagi seronok gi merompak. tak per, lps ni kta suruh Jho Lho pulak uruskan stadium tu.
PAS gerak kempen penerangan hudud
Okt 4, 11 7:24am

Kerajaan PAS Kelantan akan menggerakkan program penerangan mengenai hukum Hudud di negeri itu termasuk kepada golongan bukan Islam bermula esok, kata Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Katanya bermula malam ini, sesi ceramah akan diadakan di seluruh negeri termasuk ceramah perdana di Kota Bharu Khamis ini.

"Oleh kerana hukum Hudud menjadi isu besar, jadi kerajaan PAS perlu ada program penerangan secara besar-besar untuk elak kekeliruan tentang hukum Hudud," katanya pemberita selepas majlis pelancaran van dakwah bergerak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di Kota Bharu, semalam.

Mengulas dakwaan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kebangsaan (DHPP) yang mendakwa tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hudud, beliau berkata ia hanyalah satu salah faham.

Ahad lalu media melaporkan DHPP menjangkakan sokongan terhadap PAS di kalangan bukan Islam akan merosot pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, berikutan isu hukum Hudud.

Pengerusinya Hu Pang Chaw dilaporkan berkata walaupun DHPP sebagai salah satu sayap parti itu, tetapi tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan.

- Bernama

  • Haji Hassan Yaakob · Ketua Pusat Pengajian Perancangan Bandar & Urbanisasi di Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Inilah cara yang amat sesuai, mudah-mudahan hukum Allah terlaksana di atas mukabumi ini, walaupun ianya ditentang oleh hamba-hamba Allah sendiri dengan pelbagai alasan, kerana mereka tidak faham dan yang faham tidak mendapat hidayah.
  • Buzze Azam · Pengulas Tertinggi · Universty of salford manchester
    Sekarang baru nak buat "majlis" penerangan hudud? Bukankah hudud dah lama sejak zaman tun mahathir jadi zikir Pas? Kenapa lembab sangat Pas buat kerja dakwah ni? Umno dan anwar meme tak boleh di harap utk buat hudud. Pas lah satu2nya harapan kita. Cuma jangan lembab dan pedulikan benggali cacat tu.
    • Eddi Roslan Bin Sazalie · Pengulas Tertinggi
      Bukan UMNO dan Anwar saja yg perlu menerangkan pasal hudud, kita sebagai orang islam pun apa salahnya menerangkan maksud hudud kepada kawan2 kita.. tak gitu?? sebab tulah dakwah ni fardu kifayah kawan.. tak perlu nak salahkan sapa2, individu islam pun takut nak menerangkan sesama kawan2.. awak dah buat penerangan hudud dgn kawan2
    • Nik Faizai Mohamed · Universiti Sains Malaysia
      Better late than never..
    • Mawar Berduri · Pengulas Tertinggi · English collage johor bahru
      Kenapa kita tak tanya diri kita sendiri kelas KAFA nie ada gie tak, kalau kita LAPAR kita boleh lak gi cari MAKAN kat dapur ke gerai ke kantin ke tapi bila kita jahil bab Agama kenapa tak nak gi cari dan gali sendiri, sedangkan ia fardu(wajib) keatas kita setiap orang yang mengaku Islam.... fikir2kan. Walahualam.
  • Wak Senggol · Pengulas Tertinggi · Uitm
    Kaedah fikhul awaliyat, fekah keutamaan perlu dirujuk bagimana berhadapan dgn situsai masa dan masyarakat umum, dimana peringkat pakatan sudah ada persetujuan bersama dan kesepakatanya, justru mendpt kuasa dari kuasa yg zalim itulah keutamaannya.
  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
    Ambo stuju sgt nok dibuat majlis penerange ni. Moga2 lepas ni x ada lagi masalah x fhm dgn hakikat sbnar ttg hukum hudud & cara pelaksanaannya diKlantan. Hidup PAS! Hidup Tok Guru Nik Aziz! Hidup Pakatan! Krn Allah kita berjuang, & krn Allah kita tegakkan syiar Islam!...
    • Wawe Aklee · Pengulas Tertinggi
      Berjuang kerana Allah, tapi jangan jadi bodoh
  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
    Jgn dilayan sape2 yg dok buat berita bahawa DHPP bla bla bla....! Berita tu dari mana? Sumber berita mengarut aka fitnah no.1 negara, siapa lagi klau x utusan dot dot dot...
  • Anwar Zikri Othman · Top Commenter · TATI
    kami bersama2 mu pd jalan Allah, bukan kerana kepentingan politik semata2, tp demi menegakkan hukum Allah..
  • Nmr Nik Soh
    bagusla camtu, tp alangkah bagusnya kalu media elektronik pun dapat digunakan.
  • Mohd Firdaus · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
    Allah mesti tlg,, mereka yg menolong agamaNYA.
  • Kamal Ummi · Top Commenter · Jerantut
    "INILAH HUDUD ALLAH..TIADA SESIAPA YANG BOLEH MELANGGARNYA" ..Al Baqarah..ayat 229.... bukan sahaja Kelantan..malah ayat ini ditujukan pada semua manusia yg beriman dg Allah dan Rasul..
  • Din Gombak · Top Commenter · Friends with Sal Mohamad
    Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan.
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    pas perlu buat wacana ilmiah jelas hukum hudud kpd semua pihak termasuk bukan islam.undang2 yg baik perlu dpt pengesahan rakyat.zaman pemerintah tetapkan apa saja dari ats telah tamat.apa saja yg kerajaan nak buat kena bincang dan dpt restu rakyat kerana rakyat adalah raja dan pemegang saham negara..zaman ini adalah zaman rakyat adalah raja...
  • Mohd Remi · Top Commenter · Friends with Azni-Aishah Idris
    dah nak pilihanraya baru nak buat. hehehe. better late than never. jgn lupa buat kat penang sekali. :-)
    • Mawar Berduri · Top Commenter · English collage johor bahru
      Bukan soal cepat atau lambat... Bagi aku orang Islam, wajib taat dan faham HUDUD nie hukum Allah macam sembahyang, haji zakat puasa dan sebagainya ... kalau dah boleh buka akuan FACEBOOK sendiri takkan tak tahu hukum Allah lagi.. pergi le belajar takkan semua nak tunggu orang hidang... hahaha. Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka ....... pergi cari tafsir ayat nie bukan terjemahan tau. Walahualam.
  • Madrasah Nur At-Taufiq
    macam ikhlas aje buzer bagi komen.......i know who U are....
  • Mohd Zulkhairi Heiriey · Pegawai Pemasaran Cawangan at Malaysian Building Society Bhd ( MBSB )
    ragu pada apa jua yang datang dr Allah bermakna ragu kita kepada allah.. 99% peratus percaya kepada Allah bermakna kita seorang munafik sbb sbg org islam kita perlu 100% percaya kepada Allah.bg umat islam yg tak percaya pada hukum Allah bermakna seseorang itu juga adalah org2 munafik. hudud adalah hukum Allah bkn ciptaan pas @ tok guru. kenapa puak2 umno mengaku islam tolak hudud????.insaflah penyokong umno, walaupun anda tak suka pada pas tp tolongla jgn persenda sendakan hukum Allah..
  • Wawe Aklee · Top Commenter
    satu usaha untuk menyokong kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN oleh golongan tetentu dalam PAS. Gerakkan bodoh ....
  • Adam Gonzalez Full · Top Commenter · Friends with Lily Ilyana
    PAS menyambut ulang tahun ke 60 pada 1 Oktober 2011. isu HUDUD dah lama jadi mainan politik PAS sehingga 26 tahun PAS berkuasa tetapi tidak pernah menggerakkan program penerangan mengenai hukum Hudud di seluruh negeri atau bermuzakarah bersama pemimpin negara berkenaan hukum hudud. Hanya menyalahkan UMNO musuh politiknya. apakah PAS kini sudah terdesak dgn isu yg memakan diri? baru nak buat penerangan? kpd org islam & bukan islam.. selama ini ceramah apa? aib org maki org.. fitnah.
  • Ezam Razali · Top Commenter · Kuching, Malaysia
    Waktu buat penerangan janganlah banyak sangat kondem orang lain. Sebab puak2 tu dah Allah kondem dah. Tugas diberi hanyalah menyampaikan dan menerangkan. Semoga usaha mendapat keredhaan Allah.
  • Gattuso Nick · Top Commenter
    Hmm..kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik.
  • Abuddin Ibrahim · Top Commenter
    MOLEK BENAR BAGI PENERANGAN SEJELASNYA PADA SEMUA MANUSIA YANG HIDUP DI BUMI ALLAH LEBIH-LEBIH LAGI PADA ORG UMNO YANG ASYIK MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH. TEMPAT AKU ADA2 SAJA ORG BIRU MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH. DIA INGAT JADI MURTAD SEPERTI MERAUNG2 SAKIT. JADI MURTAD DAN KAFIR TAKLAH SAKIT BERGULING-GULING DAN MERAUNG-RAUNG. JADI KAFIR DAN MURTAD PADA AKIDAH DAN AGAMA.
  • Wawe Aklee · Top Commenter
    antara personaliti yang tidak setuju PAS menyertai Pakatan Rakyat PKR , tetapi berdiamdiri ialah YB Datuk Nik Amar. Sekarang, dia dah dapat ruang MENYOKONG MEMBAWA REBAH. heheheheh.

Tiada ulasan: