Khamis, 27 Oktober 2011

'Ibarat sireh pulang ke ganggang'..BETUL KOD..MASUK PERKASA TAK PE LAGI..JANGAN MASUK NERAKA DAH..KITA MASUK PATUT JUANG ISLAM DAN AKIDAH BUKAN BANGSA




Zul Noordin dilantik naib presiden PERKASA

Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.

Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

perkasa agm crowdZulkifli (empat dari kanan) mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.

Muhammad Zahid ketika membentangkan usul tergempar itu berkata, peguam tersebut merupakan bekas penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PERKASA memperuntuk empat lagi jawatan naib presiden yang kini diisi Abang Naseer Abang Hadari, Musli Oli, Dr Zubir Harun dan juga Dr Ashraf Wajidi Dasuki.

Terdahulu, Zulkifli dilihat hadir sebagai jemputan ketika perasmian perhimpunan pada pagi, selain bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin serta seorang lagi bekas angggota kabinet Datuk Khalid Yunus.

Zulkifli sebelum ini dipecat sebagai anggota PKR dan beliau kemudian mengisytiharkan dirinya anggota parlimen bebas.

Kali terakhir PERKASA merombak jawatankuasanya pada Mac lalu, yang dikaitkan banyak pihak dengan peletakan jawatan bekas ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah.

Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga hadir sebagai jemputan.



9 Julai: Bukan sebab takut, kata Ibrahim Ali

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.

Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.

"Ada yangboleh beritahu ada yag tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya petang inik apabila isu berkenaan dibangkitkan oleh seorang perwakilan.

"Kita buat laporan polis sebagai senjata perang saraf. Kalau (BERSIH) nak buat (perhimpunan), kita buat (perhimpunan juga).

"Sebab itu mereka tak dapat permit, kita pun tak ada permit," katanya mengulas isu yang dibangkitkan perwakilan Wilayah Persekutuan itu.

HIMPUN: Malunya kita

Tambahnya, beliau bagaimanapun memutuskan supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan setelah melihat satu titah daripada Istana berhubung perhimpunan 9 Julai.

"Bukan kita takut. Orang yang kata saya takut, dia jel sehari pun tak masuk lagi.

"(Perhimpunan) boleh timbul kucar-kacir, huru-hara. Kita tengok apa yang berlaku di London.

"Rakyat semua ada ijazah tapi masih bakar bangunan, bakar kereta," katanya merujuk kepada rusuhan yang berlaku di kota itu sebelum ini.

Dalam pada itu, Ibrahim turut menyatakan kekesalannya kerana Perhimpunan Sejuta Umat pada Sabut lalu turut gagal meraih jumlah peserta yang disasarkan.

"Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang tak sampai 10,000 orang. Malunya kita," katanya lagi.


PERKASA tak undi calon guris perasaan Melayu

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.

Katanya, PERKASA boleh berbuat demikian dengan mudah melalui kiriman SMS kepada ahlinya yang memberi arahan untuk tidak mengundi calon tertentu.

Ditanya, beliau berkata wakil rakyat yang diperhatikan itu bukan sahaja dari kalangan Pakatan Rakyat.

perkasa chief ibrahim ali 2nd agm 2"Jadi pihak yang mahu sokongan PERKASA itu hendaklah dapat mendekati kita," katanya lagi dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di perhimpunan agung pertubuhan itu di Setiawangsa hari ini.

Ibrahim (gambar, tengah) juga yakin PERKASA akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang apabila keanggotaan pertubuhan itu dijangka mencecah 500,000 orang.

"Nanti lepas pilihan raya baru dia tahu, bila kalah 600 undi sebab orang PERKASA tidak undi.

Bagaimanapun, PERKASA sendiri tidak akan meletakkan calon untuk bertanding, malah pertubuhan itu juga tidak akan menjadi parti politik, katanya lagi.




Bekas IGP: Awas gelombang hak asasi

Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor hari ini memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."

Katanya, penyokong kepada "agama baru human right" ini akan mengemukakan pandangan yang liberal sehingga mempersoalkan institusi raja.

abdul rahim noor perkasa 2nd agm"Banyak yang persoal hal-hal yang telah diterima, kontrak sosial ini, seolah-olah dia pandang remeh soal yang dipersetujui itu," tambahnya.

Katanya, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi gelombang ini, seperti juga pengalamannya ketika berdepan dengan gelombang Marxist dan komunisme sebelum ini.

Satu contoh yang dapat dilihat dalam kebangkitan gelombang hak asasi manusia ini ialah gerakan BERSIH yang mengadakan perhimpunan kedua pada 9 Julai lalu, dakwa Rahim.

Beliau yang juga bekas pengarah cawangan khas PDRM juga berkata, satu-satunya cara untuk menghadapi perkembangan itu adalah dengan memainkan peranan untuk kesepaduan dan perpaduan Melayu.

"Saya bukan bercakap kerana mewakili Umno atau PERKASA... Pada saya, bersatulah. Inilah yang jadi teras keamanan," katanya lagi dalam ucapannya ketika merasmikan perhimpunan agung PERKASA di Setiawangsa hari ini.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan seorang lagi bekas menteri kabinet Datuk Khalid Yunus.

Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut hadir di perhimpunan berkenaan.

  • Ibn Abd Halim · Pengulas Tertinggi · DTC
    Yang menyoal institusi raja tak lain dan tak bukan ialah UMNO. Siapa lagi kalau bukan UMNO yang berarak, berkempen seluruh negara mengaib dan merendah-rendahkan raja-raja dan kemudian melucut kuasa raja? Apa ingat rakyat sudah lupa? Hanya Mahathir yang lupa.
    • Kamall Dinn · Pengulas Tertinggi · Network Administrator di Telekom Malaysia
      rahim xkan dah lupa kot masa tu apa pendirian anda masa tu ya lah masa mahathir berarak nak melucutkan kekebalan raja bersembunyi ke atau sibuk melebamkan
    • Zulkhfli Alias · Pengulas Tertinggi · Kuala Terengganu
      raja melayu, hak melayu,tanah melayu biarlah pertubuhan melayu yang menentukannya
    • Amirul Taib · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Business
      betul 2 kata2 awk, bn dan umno ni dia dah tahu diakan kalah, dia sangup buat ape saje janji bn menang....bn suruh pls jaga dan askar jaga bn...sekarng bn dia gunakan nama2 raja2....bn ingat rakyat bodoh ke?
  • Abdul Hakim Jackal J · Pengulas Tertinggi · SMSAH
    Wow..samakan Human Rights dengan Communism dan Marxism? Leh x samakan kerajaan BN dengan Despotisme atau Dictatorship?
    • Mohd Karim · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      boleh tak samakan PAS degna hamPAS..parti yg berani dgn melayu tapi pengecut dgn bangsa asing...pasti yg emosi
    • Manzoor Hussain · Pengulas Tertinggi · George Town, Malaysia
      Mohd Karim : agak2 sama macam Najib takut Chua Soi Lek tak? kalau anda boleh bagi jawaban yang bernas, saya pangkah BN next PRU kerana saya masih belum mengundi
    • Safuan Karto · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi, Selangor
      Mohd Karim , jangan celupar mulut, hidup baru setahun jagong dah berani nak berlagak. Siapa yang takut dengan bangsa asing ni? Apakah sdra mempunyai pengalaman 13 Mei 1969? Kalau tidak tolong diam
    • Putra Rayyan · Top Commenter
      Safuan Karto siapa yg celupar..mamang parti HamPAS takut dengan DAP apa...bodonh punya org ...
    • Manzoor Hussain · Top Commenter · George Town, Malaysia
      Putra Rayyan : Sama tak macam UMNO takut MCA?
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      dah lengkap lah tuuu,,,,!!!
      dalam Perkasam ada raja gangster, raja katak puru, raja fitnah, raja pengampu, raja pencacai, raja porno & berbagai raja haprak.....!!!
    • Yahaya Gmg · Top Commenter · SMK Tengku Sulaiman
      AWAT HANG KATA MCM TU KARIM? HANG JGN BT MALU GANG KUALA KEDAH......
    • Nixsham B Mohamad
      Safuan Karto; AWAK TU JANGAN TAKBUR, WALAU PUN SETAHUN JAGUNG, KECIK JGN D SANGKA ANAK BESAR JGN D SANGKA BAPAK, BANYAK MEMBACA,BUAT KAJIAN DAN MUHASABAH DIRI, RUJUK QURAN & HADIS. KALU RASA DAH LAMA HIDUP BRFIKIRLAH SECARA MATANG JGN BRCAKAP SEBRONO. bukan hidup nak tongkat langit DRP (Gastapo gerakan pelajar)70n
    • Katak Lompat · Top Commenter
      Mohd Karim PANDANGAN HANG MACAM CELAKO. .MASA KECI TAK NAK MAMPOS. .DAH BESAR MENYUSAHKAN ORANG. .KASI HANCUR UMNO
    • Katak Lompat · Top Commenter
      Salehudin Hanafi TAMBAH SIKIT . .RAJA PEMBOHONG 1 MALAYSIA
    • Jamil Awab · Top Commenter · MPTAA
      Mohd Karim , bro, kau tengok parti kesayangan kau umno porno tu. Berapa banyak tanah rezab Melayu telah dijual dan digadainya. Berapa banyak kampung-kampung tradisional Melayu di kawasan bandar telah dijual digadai oleh pemimpin umno/APCO. Ada umno berani usik kampung cina, kampung majoriti India? Apa, berani ke umno mengambil kerusi KM P Pinang ketika ADUN umno majoriti dl PRU10 yg lalu? Jawapannya umno hanya berani merobohkan rumah2 dan kampung2 orang Melayu krana pemimpinnya gelap mata dah diberi habuan RM depan mata. Bro, jangan jadi pembodek yang kelihatan bodoh dan dungulah. umno/APCO memang suka pencacai bebal macam kau ni.
    • Mohd Ayub Harun · Top Commenter
      Safuan Karto tak payahlah layan org yg berfikiran lemah mcm tu....biarkn si luncai umporno tu....
    • Nel Hans · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
      Mohd Karim DAH LEBIH 50 TAHUN HAMPAS KELAPA JUGA.....JANGUAT BLH TAHAN
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Mohd Karim!! kenapa UMNO BN bagi mykad pada warga asing?! mendaftar warga asing sebagai pengundi.. UMNO itu bukan parti melayu, parti orang putih dan mamak...
    • Hazlan Yusoff Yusoff · Uia gombak
      Mohd Karim ...ini satu lg species otak udang,bangang,bahlol..sbb otak mcm kau lah bumi malaysia akan tergadai sedikit masa lg....PATI diberi pelbagai keistimewaan yg x terdapat didunia lain...fikir-fikirkanlah otak udang...
    • Ismel Zaid · Top Commenter · Sek Men Methodist NTebal
      Mohd Karim lancaulu
    • Aleeya Azizie · Top Commenter · Klang
      Mohd Karim aku boleh kata kan kau bacul tanpa otak. Nak bagi statement biar berfakta dan berilmu.
    • Wanmohdhazim Wanabdullah · UKM
      Safuan Karto perisitiwa 13 Mei 1969 adalah ciptaan UMNOPORNO utk menidakkan kemenangan pembangkang pada pilihanraya 1969 seperti tindakan MAGERAN oleh KERAjaan UMNOPORNO utk menjatuhkan kerajaan PAS 1978...pada masa itu pembangkang & rakyat tak sempat baca percaturan UMNOPORNO tu, itu sebab UMNOPORNO selamat ...tapi la ni semua rahsia dah ditelanjangkan...rakyat dah tak boleh ditipu lagi...dan UMNOPORNO ada satu lagi talian hayat Akta ISA?....la ni Ata ISA pun dah tak boleh tolong KERAjaan UMNOPORNO lagi...maknanya....hayat Bee eNd dah nak habis.....
    • Zach Zary · Top Commenter · Taukeh at Rozach Ent
      Mohd Karim, setidaknya taklah mcm UMNgOk, dahla nafi hukum Allah dah tu bersekongkol pulak dgn CSL menghina Wan Azizah pakai sarung tgn, menolak hudud & lansung tak berniat utk tegakkan hukum Allah.Kelantan nak jln hudud pun ditentang. Apa punya Islam tak tau la... Nak tau sbb apa? Lu fikirlah sendiri
    • Mohd Hafiz Abdullah Hadi · Top Commenter · MPTAR,SARAWAK
      Mohd Karim : cakap tu agak2 la.... nk berhujah pun biarla berfakta.....
    • Abdulhadi Muhamad · Top Commenter · Kolej Islam Kelang
      Mohd Karim ~~ Celuparnya kamu.
      إنا لله وإنا إليه راجعون ،
      ..
    • Ahmad Muhammad · Top Commenter
      Akik Desa...kau kata parti mamak... aku sokong...
    • Muhamad Azmi · Top Commenter · Penang, Malaysia
      Mohd Karim .anda baru masuk tahun satu sek. rendah ke?syabas baru th 1 dah pandai buka internet.
    • Mamat Al Khattab
      Mohd Karim macam pandangan lidah biawak
    • Adi Nordin · Top Commenter
      ramai benor marah dgn karim.. aku mmg tak marah kt karim sbb aku memahami perasaan org macam dia.. hahaha.. aku hanya mampu ketawa sahaja.. perkasa ni tak da org lain ka yg dorang ajak join? semua muka2 yg penuh kontroversi je.. integriti tadak...
    • Jamaludin ARahman · Top Commenter
      Manzoor Hussain ..semua bangsa didunia berasal dari Nabi Adam. Dan yang membezakan manusia dengan mahluk-mahluk lain dan akan dianggap istimewa disisi Allah, apabila mereka beriman dan bertaqwa kepada Allah dan Rasul.

      Manusia bertelingkah kerana meningalkannya... bukan kerana warna kulit. Kembalilah kepada cara hidup Islam.
    • Kamarudin Ong · Managing Director & CEO at Self employed
      Mohd Karim ,saudara jangan sama kan PAS dengan benda2 lain,jangan jadi macam orang tak CERDIK.
    • Kuning Bersih · UI (Universitas Insya Allah)
      Pehalla yg bela sgt pakatan... bagus sgt ke? kt s.alam mp s.alam khalid PAS tau dh memerintah dari 2008... itu kilang carsberg bila mau alih... rumah urut n karaoke berlambak2 lg... dulu adela dgr penguatkuasaan tutup rumah urut... skrg sunyi jer... pnt ke? jgn asyik salahkn pemerintah lama... korang dah memerintah skrg wtla keje plk... Pengikutnye kat sini pun bangang baru kena usik sikit je dh mencaci... orang PAS, PKR xde kemaluan ke asyik melenting bila kena usik sikit... bila belasah BN ikut suka bleh plk... PORNOO!!!!!
    • Qaseh Qaisarah Comey · Top Commenter
      Mohd Karim ,apa umporno ada brani ker dengan MCA,MIC ????..jgn jadi racist,buka minda baru la maju..ko harap kan umporno nk membela melayu..?? ko bangkit dari neraka pon belum tentu omporno boleh bela melayu...
  • Johari Bakar · Top Commenter
    Nampaknya puak2 jenis ni dah mula kecut dan takut dgn kebangkitan rakyat jelata (mungkin melihatkan apa yg berlaku pada Libya).......ingatlah bila hal2 yg diterima hanya menguntungkan pemimpin UMNGOK sahaja dan kontrak sosial yg menyebelahi kepentingan pemerintah dgn menjadikan rakyat terbahagi-bahagi mengikut suku dan bangsa........ justeru melanggar aspirasi rakyat jelata terutama rakyat marhean utk berdaya saing dan maju....... maka tidak dinafikan lagi nanti gelombang rakyat akan berterusan menuntut hak asasi mereka sehingga keadilan ditegak di bumi nyata ini......
  • aimy74 (signed in using Yahoo)
    bersatu bawah apa, umno, perkasa? jangan buat lawak bodoh tahun 70an. melayu skrg bersatu bawah PAS!!!
  • Arl Alex · Top Commenter
    Kebelakangan ini sya melihat isu melayu dan islam dihidupkan semula bagi menarik sokongan org melayu. Komen ex IGP ni agak kelakar, beliau jelas menulis berasaskan paranoid yg kuat (atau dgn niat jahat) mengaiktkan BERSIH dgn unsur2 perkauman dan keagamaan. Bagi sya dan majoriti rakyat yg menyokong BERSIH, matlamat BERSIH jelas berkait rapat dgn masa depan negara dan bukan ekslusif utk kaum2 tertentu. Sbb itu semasa BERSIH kita melihat pelbagai lapisan masyarakat (kaum/agama/miskin kaya) terlibat dalam demo tersebut. Suda tentu BERSIH tidak akan disokong sebegitu padu sekiranya agenda perjuangannya hanya menguntungkan segelintir manusia. Dan sya melihat sebab itu la Kerajaan merasa gerun dgn kebangkitan seperti ini..sama gerunnya apabila Azizbarisme melanda baru2 ini. Kebangkita yg ditunjukkan ini adalah hasil dari rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap sistem yg disalahgunakan oleh pemimpin2 semasa yg akhirnya membawa bencana kpd RAKYAT! Dan sya rasa majoriti RAKYAT berasa, suda sampai waktunya sistem sedia ada dijatuhkan bagi membolehkan MALAYSIA kembali ke landasan yg sepatutnya.
  • IQbal Ramlee · Top Commenter
    Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor hari ini memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."

    Katanya, penyokong kepada "agama baru human right" ini akan mengemukakan pandangan yang liberal sehingga mempersoalkan institusi raja.

    Habis tu apa erti demokrasi kalau perjuangan hak asasi manusia sudah dianggap sebagai kesalahan. Tidakkah hak asasi manusia itu menjadi perkara asas dalam sistem pemerintahan demokrasi.
    • Hafiez Mind Sick · Top Commenter
      Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu(PBB) ditubuhkan pada tahun 1945 pun atas kesedaran perjuangan Human Right. Sebab itulah kuasa-kuasa kolonial akhirnya beralah selepas daripada tarikh itu. Banyak negara dan tanah jajahan dibebaskan.
    • Modem Bodben · Top Commenter
      Hafiez Mind Sick bimbang sekiranya ada pihak yg mengunakan alasan 'human right"..
    • khas774 (signed in using Yahoo)
      human right...diguna oleh bukan bumiputra...tuntut hak sama rata dan lain2 lagi. yg ada sekarang pun kita banyak beralah

Tiada ulasan: