Jumaat, 21 Oktober 2011

JAHIL MURAKKAB..TERUK JAHIL KEDEHHAK(ISTILAH PENULIS)..BODOH TAK BOLEH AJAR..PANDAI TAK BOLEH IKUT(MURAKKAB)..MELAWAN PULAK(KEDEHHAK)...

Aziz Bari: Kelantan dicadang tawar profesor pelawat | Print |
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Datuk Husam Musa mencadangkan Kelantan menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari bagi beberapa buah IPT kerajaan negeri.

“Selain daripada berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari tidak menggadaikan kejujuran dan keberanian akademiknya, saya cadangkan jika perlu, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat bagi beberapa buah IPT di bawah kerajaan negeri seperti KIAS,” katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau merakamkan ucapan takziah kepada Abdul Aziz yang telah dikenakan tindakan separa barbaric oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi pihak kerajaan Umno BN.

“Tidak syak lagi tindakan itu, mengembalikan kita kepada zaman Singapura dilanggar todak, di mana Hang Nadim yang bercakap benar dan berani telah difitnah, dinafikan kebebasannya serta dihapuskan.

“Saya berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari terus gigih di atas landasan keberanian demi kebenaran,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah kepada Dr Aziz kerana telah menjadi ikon kebebasan akademik pada era kongkongan ke atas mahasiswa dan pensyarah di negara ini begitu mencengkam.

Katanya, kebangkitan mahasiswa untuk bersuara dalam perhimpunan di UIA tengah hari tadi, disertai dengan kenyataan beberapa badan akademik universiti-universiti, membuktikan bahawa dunia akademik tidak boleh menerima budaya sempit yang ditunjukkan oleh kerajaan di negara ini.

Katanya, Mohamad Sabu didakwa oleh polis hanya kerana atas polemik sejarah, pensyarah UIA digantung hanya kerana beliau memberi lontaran pandangan.


Zulkifli Noordin ‘jahil murakkab’ tentang hudud
Mohamed Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.”

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan “ Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan ( lihat seksyen 13 (2) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan (lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “li wujudin ma’na al-zina fihi” ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa “selain daripada isterinya” suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal “Tasyri’ Janaie” terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia “menggunapakai hartanya ” mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd (idraul hudud bisyubhah).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama (apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas.

“Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian.”

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Noordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan takzir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik “hudud Umno”. Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Noordin: Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita? Ingatlah saudara Zulkifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud. Berhentilah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil).


PAS konsisten selamatkan akidah umat Islam | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Okt: PAS istiqamah untuk membersihkan dan mempertahankan akidah kerana ia adalah dasar perjuangannya sejak 1951.

Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, dasar Islam di dalam Perlembagaan PAS fasa 3 tidak pernah diubah walaupun kepimpinannya bertukar, sama ada dalam suasana menang atau kalah.

“Malahan penubuhan PAS, apabila sekelompok ulamak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan sikap Umno mengenai isu Natrah pada tahun 1950,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, sejarah perjuangan PAS untuk mempertahankan akidah di negara ini terpaksa membayar harga yang begitu mahal.

Katanya, sewaktu PAS mempertahankan akidah umat, Umno bukan sahaja tidak membantu malahan memfitnah PAS sehingga pemimpinnya ditangkap ISA.

Beliau berkata, antara jasa PAS kepada umat ialah memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai batas-batas iman dan kufur sehingga masyarakat tidak berani menghina hukum Islam.

Di samping itu, ujarnya tidak ada lagi masyarakat yang menghina Islam seperti hukum Islam hanya sesuai di zaman unta, jika laksanakan hukum Islam boleh membawa huru hara.

PAS juga, katanya telah menekankan pendidikan akidah kepada ummah di negara ini melalui kuliah-kuliah dan ceramah umum.

“PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad. Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis,” katanya.

Selain itu, ujarnya lagi, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy, Hartina Kamarudin, maka PAS ke depan melawan isu gejala murtad pada ketika itu.

“Di manakah Umno dan NGO Umno?” soalnya.

Beliau menambah, penyokong PAS mengadakan demo membantah seminar untuk membenarkan orang Islam murtad di Pulau Pinang dan Johor tetapi malangnya seorang menteri Umno mengatakan itu tindakan bodoh.

Ini semua, katanya membuktikan bahawa PAS konsisten untuk menyelamatkan akidah ia bukan agenda bermusim.

“Kita harap Umno berubah sikap selepas ini terhadap Islam dan hukum Islam. Perlu diingat bahawa murtad bukan sahaja menukar agama, tetapi juga boleh berlaku jika menghina hukum Allah,” jelasnya.


Semarak kuliah pengajian berteras aqidah Islam | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) amat prihatin dalam soal mempertahankan aqidah serta kesucian agama Islam.

Dasar untuk berpegang teguh kepada aqidah Islam adalah jelas seperti yang termaktub dalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud: “dan bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”

“Oleh yang demikian, PUM adalah sangat bertegas dalam isu-isu yang berkaitan dengan aqidah, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempertahan serta memperkukuhkan aqidah umat berpandukan kepada kekuatan serta bidang kuasa yang ada,” ujar Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa PUM, Ustaz Nik Muhd Nik Marzuki Muhd Nor kepada Harakahdaily.

Dalam mendepani isu aqidah umat, katanya PUM berpandangan salah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian berat adalah soal kefahaman umat Islam tentang manhaj serta prinsip aqidah Islam yang sebenar.

Pada hemat PUM, tambahnya kegoyahan pegangan aqidah umat Islam adalah kesan langsung daripada kegagalan umat Islam untuk memahami prinsip serta manhaj aqidah dalam Islam.

Oleh yang demikian, ujarnya berpegang kepada prinsip keilmuan yang akan tunjang kepada penghayatan umat, PUM berpandangan adalah menjadi komitmen kepada para ulamak dan agamawan untuk turun ke lapangan umat memberikan kefahaman berkaitan ilmu-ilmu aqidah Islam.

Katanya, platform-platform ilmu seperti institusi sekolah, masjid, surau, madrasah, pusat pengajian tinggi, jabatan serta agensi awam dan swasta perlu disemarakkan dengan kuliah pengajian yang berteraskan aqidah Islam.

Sesungguhnya, ujar beliau legasi-legasi keilmuan berkaitan aqidah perlulah ditebarkan seluasnya kepada umat tidak kira sama ada kepada kelompok kanak-kanak, remaja dan dewasa.

“PUM amat percaya dengan kefahaman berteraskan ilmu adalah tapak asas kepada penghayatan aqidah yang kukuh serta mampu menjadi benteng ampuh bagi menghadapi apa jua cabaran termasuk dakyah-dakyah yang sengaja dirancang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, dengan ilmu dan iman yang mantap, umat Islam pasti tidak akan mengorbankan aqidah suci yang diimaninya.

Beliau menambah, memang sudah menjadi tradisi para ulamak serta agamawan termasuk PUM yang sentiasa menjadikan platform ilmu sebagai wasilah untuk memperkukuhkan kefahaman aqidah umat.

“Sesungguhnya kita mempunyai banyak mekanisme untuk memperkukuhkan aqidah umat Islam dalam konteks Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, katanya adalah amat penting kepada semua pihak untuk berlapang dada serta menghormati usaha-usaha untuk memperteguhkan aqidah umat selagimana usaha tersebut diiktiraf syarak dan menjunjung tinggi prinsip maqasid al-syariah.


ASN, ASB: Beri perbezaan fatwa kebangsaan, negeri | Print |
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai perbezaan fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri berhubung pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, ini kerana Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April lalu memutuskan bahawa Pelaburan ASN dan ASB dan seumpamanya adalah tidak halal kerana ia masih belum menepati hukum syarak.

Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 hingga 3 Februari 2008 memutuskan ianya adalah harus.

"Sebahagian besar daripada pelaburan ASN dan ASB adalah di dalam faktor kewangan konvensional yang membabitkan keuntungan berasaskan riba dan pasaran wang. Apakah fatwa di peringkat Persekutuan berlainan daripada fatwa negeri Selangor? Hadis Rasulullah SAW bermaksud, “Tidak bercampur antara halal dan haram melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal.," katanya ketika membahaskan belanjawan 2012 di dewan Rakyat kelmarin.

Siti Mariah yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut menggesa kerajaan menghapuskan sistem riba dengan tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman yang dibuat namun cukup sekadar mengenakan yuran kepada rakyat.

"Sudah sampai masanya kerajaan tidak lagi terlibat dengan unsur riba. Semua pinjaman kerajaan perlulah diberi secara tanpa faedah. Kerajaan tidak boleh mengambil keuntungan daripada rakyatnya sendiri.Walau bagaimanapun yuran pengurusan yang berpatutan adalah wajar," katanya.

Katanya, bagi merealisasikan negara tanpa riba, kerajaan harus membuat perancangan berperingkat untuk tidak lagi terlibat dengan riba seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat katanya pernah meminta Menteri Kewangan mengasingkan pendapatan haram dan halal.

"Ahli Parlimen di sebelah sini termasuk daripada DAP sendiri sudah beberapa kali meminta Menteri Kewangan untuk mengasingkan pendapatan dari sumber
haram daripada yang halal. Cukai arak, cukai judi, cukai perniagaan khinzir dan lain-lain yang sewaktu dengannya yang faedah diperolehi daripada pinjaman daripada kakitangan kerajaan perlu diasingkan dan digunakan untuk perkara-perkara yang dibolehkan oleh syarak," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga harus memastikan syaraikat berkaitan kerajaan (GLC) mengamalkan pematuhan syariah dalam semua perkhidmatan dan perniagaan.


Zulkifli jahil, liwat isteri termasuk perkara syubhah | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.

Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.

Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

“ Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

“Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.

“Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie.

“Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

“Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah,” ujar beliau lagi.

ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

  1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
  2. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

Update: 09/06/2011, 0:14



Nabi dah pesan supaya jauhkan yang syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah – Ustaz Azhar Idrus


Tuesday, June 14, 2011

Keputusan Majlis Fatwa - Kalau Haram....itu tidak tepat,mengelirukan...

Salam Sejahtera,

Isu halal haram ASN/ASB memang tak selesai, perkara ni memang dah lama dah, apa yang aku ketahui, keputusan majlis fatwa negeri Selangor tu dikeluarkan zaman Mufti SS Datuk Ishak Baharom lagi,

Berita aku dapat sendiri dari salah seorang ahli majlis fatwa Selangor iaitu dari Dato Haji Hassan Ahmad (Mufti PP sekarang), sebabnya ialah Negeri Perak waktu tu mengeluarkan keputusan harusss, jadi aku sendiri tanya kepada Dato Hassan selepas habis kuliah di Ijtimak Sungai Petai Taiping Perak.

Untuk pengetahuan semua, ahli-ahli majlis Fatwa negeri Selangor waktu tu, semuanya yang berkualiti belaka, selain dari Dato Hassan, seorang lagi ialah Dato Hasyom Yahaya, (bekas mufti Wilayah), kedua-dua mereka ini adalah pakar hukum Feqah yang menjadi rujukan dan menjadi penasihat syariah oleh semua bank-bank dan koperasi yang menjalankan sistem islamik.

Jadi bila berita hari ini keluar mengatakan Majlis Fatwa Selangor mengelirukan, aku rasa orang yang mengatakan tu yang keliru,, ia mengambil mudah dengan apa yang dikeluarkan oleh Jakim untuk menyelamatkan ASN/ASB... mungkin Jakim ada helah dan dalil lain,, tetapi aku tetap berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Selangor dalam isu ASN/ASB... haram tu haramlah....

DALAM NEGERI

ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan

KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.

"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.

Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.

Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.

"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.

Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

"Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu," kata jurucakap jabatan tersebut.


ASN/ASB = J/K Fatwa Negeri Selangor vs Majlis Fatwa Kebangsaan

Gambo daghi (dari) gugel

Baghu2 (baru2) banyak blog yang paparkan sughat (surat)Majlis Mufti Negeri Selangor berkenaan dengan status ASN/ASB.......
ghamei (ramai) le yang penin nak keluo kan duit deme kat ASN/ASB......
tapi dalam mase same pulak awok terjumpe pulak fatwa yang dikeluokan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pade tahun 2008......

juge pasei status ASN/ASB ni.....
kat bawah ni awok serta kan jugak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan....
berkenaan dengan isu ini....

"Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
"
kome bulih jugak rujok ke sini untok pengesahan ....
Status ASN/ASB oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

dibawah ni pulak awok sertakan sughat (surat) Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Mufti Negeri Selangor mengenai isu ini......
terpulang le pade kome untok menilei (menilai)......
kalo kome maleh (malas) ato (atau) tak percaye...
kome bulih je klik ke sini Status ASN/ASB oleh J/K Fatwa Selangor, Majlis Mufti Negeri Selangor


KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR KALI KE 2/2011
( 14 JUN 2011M/8 JAMADIL ULA 1432H )

KEPUTUSAN TIDAK PERLU DIWARTAKAN

1. KERTAS KERJA PENILAIAN SEMULA HUKUM PELABURAN AMANAH SAHAM NASIONAL ( ASN ) DAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA ( ASB ) DAN SEUMPAMANYA;
KEPUTUSAN ;

i. Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-

a. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:
ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”

b. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

c. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

Tiada ulasan: