Isnin, 24 Oktober 2011

LAH NI ZAMAN SAMAN...SAMAN...AKHIRAT ALLAH PULAK SAMAN..SEBAB BUKA AURAT...BUAT MUNGKAR...RASUAH...MAKAN WANG RAKYAT...DAN SEGALA MAK NENEK KEJAHATAN

Ibu pertimbang semua pilihan bagi lindungi Anya
Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog pro-Umno untuk menuduh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya.

NONEIni, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyebarkan khabar angin ke atas Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun.

"Sebagai ibu bapa Anya, saya akan semak pilihan yang ada untuk melindunginya daripada gangguan seumpama ini," katanya yang dipetik dalam akhbar South China Morning Post hari ini.

Anya, yang satu ketika dulu adalah juara catur satu Hong Kong kini menuntut di Amerika Syarikat. Beliau didakwa oleh penulis blog pro-Umno telah dicabul oleh anak remaja Lim dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa telah membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa Anya untuk menutup skandal berkenaan.

NONEAnya, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Bagi Lim, celaan itu bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya yang sekaligus cubaan meranapkan kehidupan anak remajanya yang dianggap “cukup keji dari segi moral dan tidak bertamadun”.

Anya, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu dan juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang yang disebutkan dalam blog berkenaan.

“Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun,”katanya.




Cukai RM1 juta: Sekolah tua Melaka mungkin dirampas
Apa sahaja akan dilakukan bagi membantu Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis (SFI), antara sekolah tertua di Melaka, menyelesaikan cukai tanah tertunggak dan penalti lebih RM1 juta, kata exco kerajaan negeri.

pig farmer vigil 210907 gan tian looPengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Datuk Gan Tian Loo berkata, perkara itu termasuk mengadakan perbincangan dengan Pejabat Tanah dan Galian dan Jabatan Pelajaran Negeri, seterusnya membatalkan notis arahan pembayaran.

"Saya telah dihubungi Pengetua sekolah Lee Bun Chuan dan Pengarah SFI Bro Ambrose Loke, meminta saya membantu menyelesaikan permasalahan ini.

"Saya akan pastikan sekolah hanya membayar RM1 sebagai pembayaran token manakala tunggakan itu dimansuhkan.

"Sekolah ini menyimpan banyak kenangan untuk saya dan saya akan berusaha menyelamatkannya," kata Gan yang juga bekas pelajar sekolah itu ketika ditemui hari ini.

Gan berkata, beliau juga telah menghubungi Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi membawa masalah ke mesyuarat exco akan datang.

SFI kini berhadapan kemungkinan dirampas berikutan kegagalannya melunaskan cukai tertungguk semenjak tahun 1967 berjumlah RM200,000 dan penalti sebanyak RM976,000.

NONEGan berkata, kegagalan membayar cukai berkenaan mungkin disebabkan perubahan pengetua yang sering berlaku di sehingga menyebabkan isu berkenaan dilupai.

Sekolah berkenaan dikatakan perlu membayar RM12,000 sebagai cukai tanah setiap tahun sebagaimana disyaratkan Kanun Tanah Negara 1965.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengusulkan cadangan untuk memindahkan sekolah terbabit ke Pulau Melaka berikutan kedudukannya di tengah-tengah kawasan warisan di Bandar Melaka.

Bagaimanapun, cadangan itu dibatalkan berikutan bantahan bekas pelajar sekolah berkenaan, termasuk menerusi laman sosial Facebook.

Sementara itu, Gan berkata, beliau difahamkan terdapat beberapa sekolah lain juga mempunyai cukai tanah yang tinggi, termasuk Sekolah Menengah Canossa, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pay Fong Satu dan SJK(C) Yu Sin, Kuala Linggi.


KM Pulau Pinang: Lawatan rasmi k'jaan BN lebih mahal
Kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta untuk perjalanan luar negara sepanjang tempoh tiga setengah tahun memerintah di Pulau Pinang, kata ketua menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata dari Mac 2008 hingga Mac 2011, kerajaan membelanjakan RM146,284 bagi 20 lawatan yang membabitkan ketua menteri dan RM1,066.697 untuk 123 lawatan yang melibatkan timbalan ketua menteri dan negeri ahli-ahli majlis eksekutif (exco).

NONEMenurut Lim, ketika Pulau Pinang di bawah pimpinan BN, kerajaan negeri berkenaan membelanjakan RM149,326 bagi sepuluh lawatan rasmi yang membabitkan ketua menteri dan RM782,988 untuk 56 lawatan yang melibatkan timbalan ketua menteri dan ahli-ahli exco yang lain.

Jumlah perbelanjaan itu adalah untuk tahun-tahun dari Mac 2005 hingga Feb 2008, kata Lim.

"Sebagai perbandingan, kos purata untuk lawatan rasmi ketua menteri di bawah kerajaan BN adalah RM14,932.60 berbanding dengan RM7,314.20 di bawah kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bersidang hari ini dengan sesi soal soal jawab pada sebelah pagi dan akan dikuti pembentangan bajet negeri 2012 pada waktu petang.

Dewan akan akan ditangguhkan esok untuk perayaan Deepavali dan disambung semula pada 31 Okt hingga 4 Nov.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, sebelum itu menjawab soalan oleh ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee, yang meminta perbandingan perbelanjaan kerajaan kerajaan BN dan Pakatan Rakyat sepanjang tempoh tiga tahun pemerintahannya.


Kebakaran pejabat DAP: Umno saman Lim RM30 juta
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman hari ini memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengaitkan Umno dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang pada Julai lalu.

Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur, hari ini melalui Tetuan Jahaberdeen & Co.

NONESelain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang juga syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang mewakili Zainal Abidin, 51, memberitahu pemberita bahawa saman itu difailkan atas kapasiti peribadi pemimpin Umno Pulau Pinang itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Lim menerbitkan satu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu.

NONEZainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terbabit dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan pembabitannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.

Beliau berkata, pada 18 Ogos lalu, Lim mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama.

Datuk Zainal Abidin Osman, penang umno chiefZainal Abidin berkata, antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terbabit dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.

Beliau berkata, akibat kenyataan itu, ia merosakkan reputasinya dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya.

Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu.

- Bernama

Tiada ulasan: