Sabtu, 15 Oktober 2011

ADA BAIK 'KELAB WANITA BOLEH BERMADU' MUDAH SIKIT SAPE NAK POLIGAMI...PASTU..'KELAB POLIGAMI'

JAKIM sekat buku panduan seks di ranjang KTS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mengenakan tindakan ke atas Kelab Taat Suami berhubung pengedaran buku panduan seks di ranjang yang setebal 115 muka surat.

NONE"Kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada KTS yang diketuai Hatijah Aam (isteri Assari) ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam laporan Berita Harian hari ini.

Menurut laporan itu, Jakim akan juga menyekat pengedaran buku kontroversi yang mengulas seks suami isteri secara terperinci.

Buku panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang itu, kata Jamil Khir tidak wajar kerana ia ditonjolkan dengan cara tidak beradab serta boleh mengundang tanggapan negatif.

Buku berjudul: Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia itu memaparkan gambar bekas pemimpin Al-Arqam, allahyarham Asaari Muhammad di kulitnya.

azlanBerita Harian juga memetik Jamil Khir berkata buku itu “sebagai mengarut dan memalukan” kerana mencemar Islam.

Ini bukan kali pertama KTS mencetuskan kontroversil. Pada Jun lalu, naib presidennya, Dr Rohaya Mohamed, mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama".

Buku terbaru itu dipercayai diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu dan hanya dijual kepada ahli atau pengikut Al-Arqam dengan harga RM50 senaskah.



Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.

musa awang syarie lawyers association pgsmTimbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohaya itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Pelacur kelas pertama

Minggu lalu, Dr Rohaya dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

NONEKatanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".

"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

"Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.

prostitution, desa mentari, police raidSehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.

Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.

Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam.




Kelab Isteri Taat dapat pelbagai reaksi
Penubuhan Kelab Isteri Taat oleh Global Ikwan - organisasi yang ditubuhkan bekas ahli pertubuhan Al-Arqam - mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam (ABIM) Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni berpendapat kelab sebegitu tidak mempunyai keperluan untuk diwujudkan.

"Saya rasa tidak perlu (tubuh kelab). Saya rasa, pendidikan dan ilmu itu yang lebih penting disampaikan. Macam ada kesepakatan hendak kumpul power pula," katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana masih belum jelas apa sebenarnya tujuan kelab itu ditubuhkan.

"Nampak macam hendak ke arah itu... supaya suami senang hendak kahwin satu lagi," katanya yang sering ketawa sepanjang dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kelab yang dianggap sebagai pelengkap kepada Kelab Poligami Malaysia yang ditubuhkannya sebelum ini akan dilancarkan di Rawang esok.

Ia antaranya dilaporkan bertujuan membentuk isteri supaya lebih taat kepada suaminya, sekali gus memainkan peranan mengelakkan penceraian dan keganasan rumahtangga.

Sementara itu, Naib Ketua Muslimat PAS Senator Mumtaz Md Nawi pula berpendapat sebaliknya.

Mumtaz berkata, beliau tidak akan menentang usaha itu kerana ia merupakan sesuatu yang baik.

"Ketaatan mesti seimbang mengikut tatacara seorang Islam secara menyeluruh dan berterusan," katanya ketika ditemui di muktamar PAS selepas membuang undi dalam pemilihan pemimpin pusat parti itu.

"Dalam al-Quran, ada menyebut supaya isteri taat kepada suami seperti Sulaiman kepada Balqis, Yusuf kepada Zulaikha dan Nabi Muhammad kepada isteri-isterinya."

Tiada ulasan: