Rabu, 19 Oktober 2011

ALLAH TAHU SAPE YANG TAK BERGUNA DAN AKAN DIMASUK DALAM NERAKA...JANGAN TERASA PANDAI DAN HEBAT.....

Zul Noordin cabar Aziz Bari bertanding dalam PRU

Kontroversi berhubung kenyataan pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mengenai titah Sultan Selangor menunjukkan tiada tanda-tanda akan berakhir dengan terbaru ahli parlimen Kulim Bandar Bharu Datuk Zulkfili Noordin pula mencabar supaya perdebatan diadakan.

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Zuulklifi berkata bersedia untuk berdebat profesor undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa itu.

anwar qazaf case at syariah court 070110 zulkifli nordinBagaiamanapun, bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, semalam, Zulkifli (kanan), berkata beliau hanya sedia berbuat demikian jika Abdul Aziz terlebih dahulu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor kerana mengeluarkan kenyataan bersifat biadab dan kurang ajar.

“Saya sedia sahut cabaran dia untuk berdebat di mana sahaja dia hendak. Cuma satu sahaja yang perlu beliau lakukan, minta maaf dengan Sultan Selangor dahulu sebab majoriti berpendapat kenyataan beliau mempertikai titah tuanku sebagai kurang ajar dan biadab,” katanya dipetik Utusan.

Selain berpendirian bahawa kenyataan Abdul Aziz itu bukan sahaja kurang ajar dan biadab, Zulklifi berkata ia juga bercanggah dengan kedudukan profesionnya sebagai seorang pensyarah.

Letak jawatan

“Justeru dia perlu letak jawatan,” katanya dipetik akhbar milik Umno itu.

Sementara itu, akhbar Berita Harian pula memetik Zulkifli membuat cabaran supaya pakar perlembagaan itu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

NONE“Saya cabar Aziz bertanding pilihan raya di Kulim Bandar Baharu atau di mana-mana kawasan yang dia suka jika benar dia mahu menjadi ahli politik. Dia mesti berani meletak jawatan sebagai ahli akademik dan bertanding atas nama parti apa sekali pun.

“Saya tiada halangan dan bersedia menanti Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang. Dia akan tahu untung nasibnya dan boleh balik ke kampungnya di Sabak Bernam,” katanya dipetik Berita Harian.

Ini bukan kali pertama pemimpin Umno dan media miliknya membidas profesor itu dan menuntut supaya beliau mengundurkan diri.

Cabaran supaya Abdul Aziz meletak jawatan sebagai pensyarah undang-undang UIA turut disuarakan Senator Mohd Ezam Noor apabila bekas ketua Pemuda PKR itu menyifatkan Aziz tidak neutral.

Mohd Ezam berkata, bukti dimilikinya juga menunjukkan Andul Aziz banyak menerima habuan parti pembangkang khususnya dalam pembayaran royalti membabitkan beberapa buku tulisannya terbitan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ada kaitan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE“Aziz sudah membuktikan dirinya tidak neutral sebagai ahli akademik dan condong menyokong parti pembangkang dengan menggunakan kedudukannya. Dia memang banyak mendapat keuntungan daripada Anwar dan sebab itu, kenyataan politiknya sentiasa menyebelahi parti pembangkang.

“Saya juga cabar Aziz mendedahkan jumlah royalti diterimanya baru-baru ini menerusi buku tulisannya kerana jumlahnya amat lumayan,” katanya dipetik Berita Harian.


Guan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.

Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.

“Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional,” kata Lim.

NONEBeliau juga mengutuk tindakan beberapa pemimpin Umno yang memuat-naikkan artikeji yang keji itu di blog mereka. Antara yang dinamakan adalah naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau, sebelum itu telah menulis di tweeter @ PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”

"Saya berharap mereka yang menabur dusta ini tentang anak muda saya boleh melihat diri mereka sendiri di cermin sebagai seorang bapa, dan bertanya sama ada mereka mahu anak mereka menderita trauma pembohongan seumpama itu," kata Lim.

"Keluarga saya dan saya berhak mengambil apa-apa tindakan selanjutnya untuk melindungi diri kami daripada apa-apa ancaman. Buat masa ini, isteri saya dan saya akan cuba mententeram dan memulihkan anak muda saya dan berdoa bahawa dia akan pulih daripada dilakukan sebegitu kejam”.

Lim berkata jika seteru politiknya mahu ‘menghabiskan’ kerjayanya, mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya tetapi anak-anaknya tidak harus diusik.

najib lim guan eng cycle event 250911 3Katanya, ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak-anak, tetapi DAP tidak pernah tergamak mengganggu mereka dan tidak menaruh sebarang niat bagi membalas perbuatan itu.

“Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini,” kata Lim dengan kesal.

Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

“Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

“Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.

“Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya.


Umno nafi video seks ditayang pada majlis k'jaan

Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan bahawa parti itu dan BN menayangkan pita video seks seorang lelaki yang menyerupai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu taklimat kepada kakitangan awam dan pemimpin masyarakat di Perak Sabtu lalu.

NONEAhmad, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata hari ini tiada video seks yang ditayangkan pada majlis itu.

“Mana ada tayang video seks... Hanya yang (ditayangkan) ada dalam TV1 dan TV3 yang keluar sebelum ini.

“Macam gambar-gambar yang dah masuk dalam Utusan dan lain-lain akhbar... tak kan lah bodoh sangat saya ini (untuk menayangkan video seks itu),” katanya dalam jawapan sms ringkas kepada Malaysiakini.

Majlis Penerangan Perdana anjuran kerajaan negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar pada Sabtu lalu dihadiri oleh lebih daripada 2,000 kakitangan awam, pemimpin masyarakat, ahli-ahli badan-badan bukan kerajaan dan orang ramai.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Pakatan Rakyat membuat laporan polis semalam berhubung dakwaan klip video seks yang dikatakan mirip Anwar ditayangkan semasa majlis itu.

Diiketuai oleh ketua penerangan PKR Perak Zulkifly Ibrahim, Pakatan mempersoalkan tayangan klip berkenaan kerana perkara itu masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.

Tak bermoral

"Kami kecewa kerana video itu terdapat unsur seks dan tidak bermoral tetapi ditayangankan kepada umum.

“Tayangan ini juga menyalahi perundangan negara kerana melibatkan aspek moral keterlaluan dan menunjukkan penganjur juga tidak bertamadun,” Zulkifly dipetik Sinar Harian hari ini.

NONEBeliau juga mendakwa majlis itu anjuran menteri persekutuan, timbalan menteri, exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan yang sama, timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir berkata Umno dan BN dilihat kian terdesak dengan menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas Umno kerana menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah itu.

“PAS menyifatkan Umno dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka,” katanya.

Bagi Misbahul, Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa.

"Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin Umno yang tidak ada harga diri pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Ini adalah satu percubaan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dan kita mahu pihak polis untuk mengambil tindakan dan menyiasat perkara itu (kerana) Umno menggunakan acara dan premis-premis milik kerajaan untuk menunjukkan video itu,” katanya.

PAS dakwa ada ikrar sindiket IC
Pemuda PAS hari ini mendakwa terdapat "ikrar" seumpama akujanji diminta dilafazkan oleh warga asing yang didakwa terlibat dalam 'sindiket' kad pengenalan dekat Putrajaya baru-baru ini.

NONE"Ada ikrar dalam bas, tidak menggunakan mikrofon, yang memberi maksud kad pengenalan biru (warganegara) diberi dan (mereka) diminta undi parti pemerintah," dakwa pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat dewan itu Suhaizan Kaiat (kiri).

Katanya, berdasarkan maklumat "beberapa saksi", sesi ikrar itu dikendalikan oleh tiga orang di bahagian belakang bas ketika dalam perjalanan daripada Johor ke Putrajaya.

"Seorang daripadanya seorang wanita yang berjaket hitam yang mempunyai logo Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya.

Menurut Suhaizan lagi, wanita tertabit juga memberikan "taklimat tertentu" dalam bas.

Pemuda PAS minggu lalu dilapor mengepung sekumpulan 240 orang pendatang asing dalam peristiwa itu. JPN dan polis Sepang bagaimanapun dilaporkan manafikan dakwaan berlakunya sindiket itu.

Dakwaan ini hampir sama dengan pendedahan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 16 Ogos lalu yang dilapor berkata, kerajaan mensyaratkan pendatang asing tanpa izin membaca 'skrip bersumpah' menyokong Umno dan BN sebagai sebahagian proses pemutihan.

Desak jawatankuasa khas kabinet

Dakwanya, pada skrip itu, tertulis teks: "Saya/suami/isteri/anak-anak tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/BN".

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan mendakwa ikrar itu dikenalpasti berlaku dalam dua bas dan dijangka turut berlaku dalam semua bas.

pas mazlan aliman expose on migrant workers getting citizenship ic 121011 copBagaimanapun, tambahnya, saksi itu hanya rela tampil membantu siasatan sekiranya kerajaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa bebas yang dapat memastikan siasatan dilakukan dalam keadaan bebas tekanan terhadap pemberi maklumat.

"Buat dulu jawatankuasa bebas baru kita nyatakan siapa saksi kita," katanya yang enggan mendedahkan nama sumbernya buat masa ini.

Mengulas penubuhan jawatankuasa itu, Suhaizan mencadangkan jawatankuasa itu diselia di peringkat kabinet.

"Jawatankuasa ini hendaklah ditubuhkan kerajaan dan tidak boleh dianggotai menteri dalam negeri.

"Sekiranya jawatankuasa ini merasakan perlu ditubuhkan suruhanjaya diraja, baru kita lakukan," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.

Pelbagai pihak mesti dipanggil memberikan maklumat, termasuk pengusaha resort, warga asing terbabit, penganjur program, pihak polis dan Pemuda PAS sendiri, tambahnya lagi

'PSC bukan saluran tepat bincang sindiket IC'
Jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC) untuk menambahbaik pilihan raya bukanlah saluran yang betul bagi membincangkan dakwaan berlakunya sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing untuk tujuan pilihan raya, kata Pemuda PAS.

NONEPengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi rakyat dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, PSC bertujuan mencadangkan tentang perjalanan pilihan raya, bukan berkenaan pemberian kewarganegaraan untuk tujuan tertentu.

"Lagi pun perkara ini menjurus kepada (kes) jenayah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.

Beliau juga berkata, apa yang berlaku merupakan "masalah" Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata menyerahkan dakwaan Pemuda PAS untuk ditangani PSC kerana soal yang ditimbulkan itu "berunsur politik."

Ditanya dalam sidang media di parlimen, Hishammuddin berkata beliau sendiri tidak mengetahui apakah program yang dihadiri kumpulan warga asing itu.

bangi resort foreigners citizenship 121011Suhaizan berkata jawapan Hishammuddin tidak boleh diterima sedangkan polis di peringkat daerah sendiri sudah memberikan penjelasannya berhubung perkara itu.

"Macam mana dia boleh tidak tahu, sedangkan ketua polis daerah Sepang sendiri tahu.

"Adakah dia lebih tahu daripada menteri dalam negeri," soalnya.

Ketua polis daerah itu Superintendan Imran Abdul Rahman pada 14 Oktober lalu dilapor menjelaskan bahawa dakwaan itu tidak benar.

Kaatanya, maklumat hasil siasatan awalnya menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan

Mufti Perlis sangsi dakwaan '250,000 umat Islam murtad'
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertikaikan dakwaan bahawa hampir suku juta umat Islam di negara ini telah memeluk agama Kristian seperti yang didakwa oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

“Tidak logik apabila orang tulis di Internet kononnya lebih 250,000 orang Islam di negara ini sudah murtad. Kalau ada buktikan dan jangan beremosi,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

NONEMenurut Juanda jika ada kebenaran berhubung dakwaan itu, seseorang mesti dipertanggungjawabkan.

“Setiap negeri ada enakmen yang mengawal dakyah agama lain daripada disebar kepada orang Islam, kenapa mereka ini tidak didakwa?” soalnya.

Menurut Juanda, isu murtad tidak sepatutnya dihebohkan kerana ia menggugat sensitiviti umat Islam selain mencemarkan imej agama seolah-olah ia lemah dan tidak mampu menjaga penganutnya sendiri.

Bercakap di Kota Bharu, Dr Juanda bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan ada kes murtad berlaku di kalangan masyarakat Islam.

Juanda mengulas kenyataan yang dibuat rakannya Harussani, yang mahu hukuman ke atas mereka yang memurtadkan umat Islam kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan


PAS timbang hukuman lebih berat bagi perceraian
Kerajaan PAS Kelantan akan mempertimbang untuk melaksanakan undang-undang yang lebih berat termasuk hukuman penjara dan sebat bagi kes perceraian tanpa sebab munasabah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan perkara itu bagi mengelakkan peningkatan jumlah perceraian.

"Kita akan pertimbangkan,” katanya ketika menjawab soalan Hassan Mahmood (PAS-Tawang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di Kota Bharu hari ini.

Tanpa menyebut jumlah perceraian di Kelantan, Wan Ubaidah berkata, kadar perceraian di Kelantan sejak 2005 hingga 2010 ialah 14.67 peratus.

- Bernama

Warga Indonesia dijumpai mati dengan kesan kelar
Seorang warga Indonesia dijumpai mati dengan kesan kelar di leher di kawasan tapak pembinaan di Taman Rimbunan, Kepong di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ketua Polis Sentul ACP Zakaria Pagan berkata mayat lelaki itu yang belum dikenal pasti identitinya ditemui pada 7 pagi oleh seorang pekerja di tapak pembinaan itu.

Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan lelaki berumur lingkungan 30-an bermotifkan cemburu, katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki cedera dilibas dengan pisau ketika cuba menyelamatkan seorang wanita dirompak RM100 oleh seorang lelaki di mesin ATM di sebuah bank di Jalan Ipoh semalam.

Zakaria berkata dalam kejadian pada pukul 9 malam tadi, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu cedera di bahu kiri dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

"Suspek yang ketika itu memakai topi keledar penuh bertindak sedemikian setelah terkejut dengan tindakan mangsa yang cuba memukulnya dengan menggunakan beg galas.

"Selepas mencederakan mangsa, suspek merompak dua lagi lelaki yang baru tiba di bank tersebut tetapi jumlah wang yang dirompak dari dua lelaki itu tidak dapat dipastikan lagi," kata Zakaria.

Beliau berkata suspek yang lingkungan umur 20-an itu telah melarikan diri bersama rakannya yang menunggu di tepi jalan berhampiran bank itu dengan menaiki motosikal.

Terdahulu pada majlis itu, seramai 123 anggota polis dari daerah Sentul yang berpangkat Lans Koperal dinaikkan pangkat kepada Koperal.

- Bernama

AWAS ORANG YANG MENERIMA SURATAN TANGAN KIRI...


وَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُ ۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَـٰلَيۡتَنِى لَمۡ أُوتَ كِتَـٰبِيَهۡ (٢٥) وَلَمۡ أَدۡرِ مَا حِسَابِيَهۡ (٢٦) يَـٰلَيۡتَہَا كَانَتِ ٱلۡقَاضِيَةَ (٢٧) مَآ أَغۡنَىٰ عَنِّى مَالِيَهۡۜ (٢٨) هَلَكَ عَنِّى سُلۡطَـٰنِيَهۡ (٢٩) خُذُوهُ فَغُلُّوهُ (٣٠) ثُمَّ ٱلۡجَحِيمَ صَلُّوهُ (٣١) ثُمَّ فِى سِلۡسِلَةٍ۬ ذَرۡعُهَا سَبۡعُونَ ذِرَاعً۬ا فَٱسۡلُكُوهُ (٣٢) إِنَّهُ ۥ كَانَ لَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ ٱلۡعَظِيمِ (٣٣) وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (٣٤) فَلَيۡسَ لَهُ ٱلۡيَوۡمَ هَـٰهُنَا حَمِيمٌ۬ (٣٥) وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنۡ غِسۡلِينٍ۬ (٣٦) لَّا يَأۡكُلُهُ ۥۤ إِلَّا ٱلۡخَـٰطِـُٔونَ (٣٧)

Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku. (25) Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku. (26) Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi). (27) Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun. (28) Kuat kuasaku (dan hujah-hujahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku. (29) (Lalu diperintahkan malaikat penjaga Neraka): Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia. (30) Kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahiim. (31) Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! (32) Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar. (33) Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin. (34) Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya). (35) Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur. (36) Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah. (37)


Tiada ulasan: