(Nama tidak disiarkan Malaysiakini sementara mendapatkan reaksi sebagai memberikannya hak menjawab atau right to reply.)
Usul berkenaan adalah untuk menggesa perdana menteri menggunakan kuasa mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk hakim itu ke satu tribunal yang ditubuhkan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh berkata, hakim itu perlu dirujuk ke tribunal berkenaan atas dakwaan memplagiat satu keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Singapura.
Beliau didakwa memplagiat sebahagian daripada satu keputusan yang disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi GP Selvam, kata Karpal.
Menurut Karpal yang juga pengerusi DAP, beliau sendiri telah menulis kepada hakim kanan itu pada 29 September dan memberi beliau masa selama tujuh hari untuk menjawab dakwaan berkenaan.
Katanya lagi, dakwaan tersebut merupakan sesuatu yang serius dan melanggar salah laku hakim.
Seorang hakim boleh menggunakan keputusan duluan oleh hakim lain, kata Karpal lagi.
"Tetapi dia kena beri penghargaaan (memetik penghakiman itu), jika tidak ia satu plagiarisme," katanya pada sidang media di bangunan parlimen hari ini.
Namun, menurut Karpal, memandangkan tiada jawapan diterima, maka ia dianggap terjumlah kepada pengakuan terhadap dakwaan tersebut, menurut sepucuk surat ahli parlimen itu yang dihantar kepada setiausaha Dewan Rakyat hari ini.
Keputusan yang didakwa telah diplagiat pada tahun 2000 itu adalah berhubung satu kes melibatkan undang-undang hakcipta.
- Deansmen Dean · Pengulas Tertinggi · CEO di Self Employed Contractorhakim plagiat keputusan hakim lain apa ada hal.....Lawyer Vk Lingham boleh buat keputusan untuk satu kes penghakiman bagi pihak Hakim Abd Wahab Patail dalam satu penyiasatan kes video VK Lingham apa ada hal.....Tuduhan rasuah oleh seorang hakim ke atas penghakman hakim2 di Malaysia sampai la ni senyap saja apa ada hal.....Hakim Augustine Paul tak bagi Madeyy kutty di panggil sebagai saksi dalam kes liwat pertama DSAI apa ada hal.....Gani Patail senyapkan kes berprofail tinggi melibatkan menteri2 apa ada hal.....Bekas Ketua Hakim Negara Eusoff Chin terdahulu pergi bercuti dengan lawyVK Lingham apa ada hal....Mr. Karpal Singh ini semua MALAYSIA BOLEHHHHH.....
- Firdaus Bin Omar · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Omar Jais · Pengulas Tertinggi · Bekerja di JKR dan RTM
- Mohd Kamal · Pengulas Tertinggi · Ikbnkategori correct.......correct.....
. jugak ke ni? mcm mana la mahkamah di malaysia tak digelar mahkamah kanggaroo? adoi ya. harapan rakyat agar masih ada hakim yg takut kepada ALLAH SWT. - Sa'adi Mohd Khairun Nasir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Sapu sapu ringgit
- Danny LaiElo! semua! Crude Oil 76.42 - 1.53%.
Harga Minyak dah semakin jatuh! kena fight untuk turun harga mainyak! Wahai Malaysia dapatkan hak kita!- Leo Warrier Sadnonstop · Pengulas Tertinggi
- Rosmadi Abu Bakar · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah IIkepala dah tak betul camne,, berani ke PM nak buat,, nanti hakim-hakim tu ugut PM pulak..
- Umno Roboh Masjid Bujalhahahahha selagi umno berkuasa datang la undang2 manusia sehebat mana pun takkan goyang sedikit pun malah rambut kak ros sehelai pun tak tercabut.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kenyataan palsu yang dibuat Rais itu cukup berbahaya.
Katanya, Rais seharusnya tidak berbohong seperti media milik Umno dan BN; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang yang meminggirkan bahasa Melayu.
“Saya mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 29 September lalu.
“Saya ingin mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan media.
Semalam, Bernama memetik Rais sebagai berkata beliau kesal kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP.
Main sentimen perkauman
Dakwanya, ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.
"Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," kata Rais dipetik Bernama.
Menurut Lim, kenyataan Rais bahawa beliau seorang sahaja menggunakan bahasa kebangsaan dan sedikit sahaja bahasa Inggeris adalah tidak benar.
Sebaliknya menurut Lim, beliau turut bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin dan mempersoalkan mengapa Rais tidak menyebut perkara yang sebenarnya.
Katanya, jika Rais tidak berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh Kolej Han Chiang, beliau sepatutnya menyampaikan rasa tidak puas hati berkenaan kepada penganjurnya.
“Mengapa beliau tidak menuntut penjelasan daripada Han Chiang?
“Sebaliknya Rais memilih untuk tidak berlaku adil dengan menyalahkan kerajaan negeri untuk program yang dianjurkan oleh sebuah kolej swasta,” katanya.
Menurut Lim kenyataan palsu menteri Umno itu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang jelas bertujuan untuk memainkan sentimen perkauman kononnya Pulau Pinang tidak menghargai Bahasa Melayu.
Tidak bermaruah
“Kenyataan sebegini tidak akan menyumbang kepada perpaduan nasional. (Malah) Rais turut menggesa orang Melayu di Pulau Pinang supaya membangkitkan isu tersebut.
“Jika Rais boleh membuktikan mana satu program rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang yang dihadiri beliau tidak menggunakan bahasa Melayu, kerajaan negeri akan mengambil tindakan bagi membetulkan kesalahan tersebut,” kata Lim.
Bagaimanapun, menurut Lim yang juga setiausaha agung DAP sekiranya Rais gagal untuk membuktikannya, maka beliau harus menarik balik dan meminta maaf atas kata-kata tersebut.
“Jika tidak, beliau akan dituduh sebagai seorang yang tidak bermaruah dan yang bersikap perkauman kerana cuba membangkitkan sentimen perkauman.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan kekecewaan terhadap percubaan sistematik dan bersiri yang dilakukan untuk melemahkan kerajaan negeri dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja berbau perkauman tetapi juga jelas merupakan satu pembohongan,” katanya.
Pemimpin miliki PR Australia?
Lim seterusnya menyifatkan percubaan itu sebagai satu cubaan terdesak yang sangat tidak bertanggungjawab dan yang boleh mengancam keharmonian serta kestabilan masyarakat.
Tambahnya, serangan Rais itu susulan laporan dalam The New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia pada 2 Oktober lalu bahawa kononnya Lim telah mendedahkan rahsia negara kepada pemimpin Singapura dalam satu majlis makan malam.
“Laporan tersebut turut mempersoalkan kesetiaan saya kepada negara.
“Saya tidak faham mengapa kesetiaan saya kepada Malaysia turut dipersoalkan seperti mana yang dilaporkan dalam NST apabila saya tidak mempunyai status pemastautin tetap di negara Australia walaupun saya merupakan graduan lulusan Universiti Monash.
“Kenapa laporan NST tidak pula mempersoalkan kesetiaan pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai status PR (penduduk tetap) di Australia?
“Datuk Seri Rais, bola berada di gelanggangmu. Apa kata anda?” akhiri Lim.
- Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
- Wroy Yowl · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Managing director
- Antanom Ontoros · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaysia SabahIni adalah bukti pemimpin BN dah takut menghadapi PRU13, krn itu cuba membangkitkan sentimen perkauman atau apa saja yg boleh menguntungkan mereka...tp malang sungguh, rakyat hari bkn begitu bodoh dgn mainan tipu muslihat mereka...rakyat tahu siapa yg bercakap benar. PR akan lbh untung krn rakyat semakin benci pemimpin yg menipu spt mrk itu.
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas TertinggiKlau sblom ni, media arus perdana & media milik kerajaan yg diperkudakan utk putar belit fakta, skrg ni menteri yg jaga hal ehwal komunikasi tumpang sekaki buat fitnah?? Dah kemaruk sgt ke nak putar belit fakta & buat fitnah, smpai menteri pun ikut sekali? Malang sungguh dgn apa yg berlaku. Yg lebih malang, cerita rais ni bukannya org nak caya, bahkan diri dia sendiri dah org pandang hina sbb dia dah letak dirinya sebaris dgn media pencacai perdana!...
- Diplomatik Bebas · Pengulas Tertinggi · Friends with Azhar Arsad IIINegara Jepun maju kerana MENGAGUNGKAN bahasa mereka. Negara Perancis maju kerana MEMARTABATKAN bahasa mereka.
MALAYSIA? Lagi jahanam... NKRA la, GTP la, TI la, NEM la, apa kejadah lagi la... bahasa apa tu? Siapa yg AGUNG2 bahasa nie...
Kot yer pun nak angkat Bahasa Inggeris, pertajamkan la Bahasa Malaysia dulu... nak moden konon... habis budak2 Melayu minum sana.. minum sini.. moden la tu... ikut TREND la katakan.. ABAH KO IKUT TREND! Mati besok jawab la... kekeke....
...Lihat seterusnya.. - Udin Dien · Pengulas Tertinggi · Pondok jerdia bkn kira apa janji MATLAMAT MENGHALALKAN CARA..walaupun nampak bodoh tetapi utk keuntungan politik rasa bodoh itu di ketepikan...
- Marquess Henry Windsor · Pengulas Tertinggi
- Mohamad Ismail · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Al faqir billahRais tu sejak dulu cakap berbohong, lebih2 lagi jawatan dai jawatan yang berkomunikasi, makin banyaklah bohongnya,, tak bohong bukan rais namanya
- Razman Abd Razak · Pengulas Tertinggi · Jitra
- Rozaimi Mohd · Pengulas Tertinggi · SMVKT
- Musa Zalamuddin · Pengulas Tertinggi · SEK MEN ROYAL BATU GAJAH
- Aleeya Azizie · Top Commenter · KlangDalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.
Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurniakan kerajaan dan kekuasaan oleh Allah’. Kesemua pendapat ini dilaporkan dalam al-Jamik li Ahkamil Quran oleh Imam Qartubi.
Pemimpin yang bagaimanakah yang mendapat pertolongan dan diredai Allah? Secara dasarnya Allah tidak memberi cek kosong kepada para pemimpin, sebaliknya yang diberikan kepada mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Antara tanggungjawab itu ialah “mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar”. - Aleeya Azizie · Top Commenter · KlangBacalah firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ‘Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.’ Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (Surah an-Nur 24:11-13).
- Aleeya Azizie · Top Commenter · Klang“Anda melihat manusia membaca al-Quran dengan cepat. Mereka membaca huruf-huruf al-Quran dengan suara yang baik (sebutan) yang baik. Mereka berdebat tentang baris di bawah, di hadapan dan baris di atas seakan-akan mereka sedang membaca syair-syair Arab. Merenungi maksud al-Quran serta mengamalkannya menjadi tidak penting bagi mereka. Adakah dalam dunia ini wujud keadaan terpedaya yang lebih daripada itu?
- Ashaha Lee · Top Commenter · Sek men bukit mercu kuala kangsarINILAH SIKAP SEBAHAGIAN BEKAS PEMIMPIN SEMANGAT 46.
"Saya tidak puas hati dan jawapan (menteri) tidak menjawab misteri di sebalik cincin itu," kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (kiri).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di parlimen hari ini berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin itu benar-benar wujud.
Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Nazri berkata tiada pembelian dibuat terhadapnya.
Dalam reaksi segeranya kepada Malaysiakini hari ini, Badrul Hisham berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap laporannya yang dibuat pada 13 Julai, termasuk terhadap pegawai syarikat kargo, membuktikan dokumen yang didedahkan sah.
"Lepas itu puak-puak blogger (penulis blog) Umno dan lain-lain jawab konon cincin itu masuk untuk pameran sulit dan sudah keluar semula. Dan ada yang siar borang cincin itu keluar.
"(Tetapi) borang itu banyak keraguan, antaranya ada pindaan tanpa pengesahan dan tandatangan pegawai kastam itu ialah pegawai kastam yang bertugas di bahagian latihan HQ (ibu pejabat) kastam," katanya.
25,000 risalah akan beredar
Bagaimanapun, Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhujah,barangan untuk pameran seharusnya melalui prosedur dan borang berbeza.
"Semakin mereka nafi semakin bercelaru. Sekarang rakyat kena hakimi," katanya lagi.
Di sebalik kontroversi cincin mewah itu, Badrul Hisham hari ini turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama.
Badrul Hisham juga berkata, SAMM pada minggu depan akan mula mengedarkan 25,000 naskhah risalah buku kecil mengenai cincin itu dan "pembaziran lain" kepada umum.
Kandungannya tidak didedahkan buat masa ini.
Badrul Julai lalu tampil mendedahkan kemasukan barang itu dan mendakwa rekod menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan - yang didakwa bukti menunjukkan pembabitannya.
Badrul Hisham melaporkannya kepada SPRM dan Rosmah kemudiannnya menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah selepas dua minggu ia ditimbulkan.
- Affendi Hasbullah · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia1. mula2 cakap xde cincin.
2. pastu ada tapi untuk pameran sulit ke singapura melalui malaysia.
3. rosmah plak ckp fitnah.
4. pastu keluar kenyataan oleh pro BN yg cincin tu dibeli untuk besan rosmah.
5.kastam kata ada transaksi berlaku.
...Lihat seterusnya..- Malik Sulaiman · Pengulas Tertinggi · Sek men semerah
- Bro Ranger · Pengulas Tertinggi · Madrasahtul al badawiah
- Shahidi Samsudin · Pengulas Tertinggimcm2 helah serta alasan yg diberikan..cincin masuk ke malaysia hanya sekadar utk pameran sulit semata..mula2 rosmah nafikan cincin tersebut wujud...skang kastam mengiyakan kewujudan cincin tersebut..cincin pon pndai main nyorok2 gak...hehehe.
- Belalang Juta · Pengulas Tertinggi · Kuala Terengganuhari tu rosmah ckp cincin tu beli guna duit sendiri.. konon2nya duit simpanan dia simpan sejak kecil lagi.. pastu hari ni nazri kata dah keluar malaysia dah.. hahaha.. dua2 jawapan nak memperodohkan rakyat.. tp rakyat tak bodoh.. lantaklah apapun, yg penting tolak BN PRU 13 nt
- Atan Khalid · Pengulas Tertinggi · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
- Duck Young · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE
- Pakngah Rock · Pengulas Tertinggi · Kuli batak di PENCARI ROTANSepandai2 Rosmah berbohong, akhir diketahuinya orang juga. Walaupun semua orang tahu Rosmah berbohong, namun Najib tetap menyebelahinya. NKRA = Najib kerja Rosma Arah.
- Uwais Al Qarni · Pengulas Tertinggi · UKM Bangi
- Rosmi Mahmud · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bisnes Sendiri
- Justin Lodukim · Pengulas Tertinggiha ha ha dah kantoi apa lagi nak nafikan, rakyat dah tahu pun penipuan dan pembaziran isteri PM.
- Rosmi Mahmud · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bisnes Sendiri
- Rahim Abas · Pengulas Tertinggi · Dipolma Pendidikan LI Lembah Pantai
- Mazrab Kanan · Pengulas Tertinggirepot kat rakyat, jangan repot kat polis atau sprm cekgu bad, sampai bila pun tak akan disiasat, tunggu bn lingkup baru kita suruh sprm atau polis siasat
- Rosmi Mahmud · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bisnes Sendiri
- Mohd Rizman Maman · Pengulas Tertinggi · University of Massachusetts Amherst
- Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Director at Own businessSHABAS BADRUL HISHAM, TERUSKAN PENDEDAHAN, ALLAH SELALU ADA DI-PIHAK YANG BENAR.
- Aleeya Azizie · Top Commenter · KlangBERBOHONG, bukanlah suatu sikap yang baik. Semua orang dewasa sadar bahwa berbohong adalah perbuatan yang tercela, melanggar norma agama, norma hukum Negara, dan dapat merusak tatanan sosial dan budaya. Namun dalam politik, berbohong seakan telah menjadi suatu budaya. Sampai ada satu semboyan yang menyatakan bahwa tidak akan sempurna “iman” seseorang dalam berpolitik jika ia tidak berbohong. Begitu juga, tidak akan mudah bagi seseorang dalam meraih kekuasaan (memimpin) jika ia terlalu jujur. Anehnya, rakyatpun ikut berbohong dan tidak lagi percaya bahwa masih ada orang yang masih jujur dalam berpolitik. “Meujoe hana dijok peng, bek tapileh, tapileh mantong yang tem jok peng”. Demikianlah ungkapan-ungkapan rakyat ketika musim pemilihan pemimpin tiba. Politik dan wang telah dianggap bagai dua sisi yang tidak dapat dipisahkan. Sehingga seperti yang dikatakan oleh Mazhab Machiavelli, bahwa politik dan kekuasaan cenderung sebagai permainan kotor dan tidak mengenai etika.
- Yasin Faizin · Top Commenter · SMA WACHID HASJIM MADURANKemana penyokong2 Najib al-Rosmah? senyap jer, dah kelu lidah ke tak tau nak cakap?
- Shuhaimee Baharuddin · 40 years old
- Yasin Faizin · Top Commenter · SMA WACHID HASJIM MADURAN
- Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
- Pauzi Ibrahim · Top Commenter · AHLI MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH - BUSINESS CONSULTANCE & MOTIVATOR at NOSGLOBAL SDN BHDwayang cina apa pulak yg cuba dimainkan oleh pak menteri amporno ni...??
pekara ini bocor sebab ada pegawai kerajaan yg prihatin pada rakyat, ad hati perut pedal, ada maruah, ada jatidiri....PENYAMUN, PEROMPAK, PENYANGAK & PERASUAH ADA SEMUA ITU..? - Aleeya Azizie · Top Commenter · KlangKita seharusnya sadar, bahwa pemimpin yang jujur biasanya akan terlihat kharismatiknya, bukan pecintraannya. Karena pecitraan adalah polesan dari luar untuk menampikan kebaikan. Sementara kharismatik adalah kebaikan yang terpancar dari dalam ke luar. Kebohongan dalam pecitraan akan terlihat ketika apa yang dicitrakan tidak sesuai dengan prilaku, tabiat dan kebiasaannya.
- Sangga Buana · Top Commenter · 41 years oldkalau benar cincin itu dibeli dan atas nama milik Rosmah, berlaku dua kemungkinan kerugian. Pertam jika benar wang yang diguna untuk membelinya adalah duit rakyat maka ini membazirkan wang dan merugikan rakyat. Kedua katakan cincin tersebut benar dibeli menggunakan wang peribadi Rosmahini benar-benar merugikan Rosmah secara peribadi sebab wangnya habis diguna pakai kita tak nampak rosmah pakai...
- Mohd Zamani · Top Commenter · Sekolah menengah zaabakorang tak geli ke bila rakyat asyik tengok jari kita , lengan kita, leher kita dan beg tangan kita.....kalau aku menda2 ni rimas aku, mau jer aku pakai topeng mr.bean bila keluar rumah...bukan apa semua benda2 tu wang rakyat kalau wang sendiri nak taruk rantai kapal kat leher pun sapa ada kisah.....
- Dinns Kamar · Top Commenter · Pulau Pinangaduhhhhhhh tak dpt aku nak pakai cincin 24juta ni....xper yang ros nnt abe belikan cincin lain diam22 kita pegi naik jet kerajaan bawa balik sendiri mana kastam nak periksa,,,,berani dia nak periksa kastam ni makan gaji dgn saper??sabar222 yang ros...jangan la sedih kna abe ada...
- William Lau · Top Commenter · Works at Kerja sendiripm dan bini dia memang membebankan rakyat. aku jangka semua rakyat malaysia tahu mana mahu pangkah di kertas undi pru13.
- Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
- Rashid Hussein · Top Commenter
- Hj Afandi Abdul Samad · Top Commenter · Sekolah menengah seri mahkotaCerita putar belit keluar dahhh.
Hai Rosmah...ante fikir engkau lepas keeee.... PRU13 makin hampir utk hakimi nanti.... Kes ini akan bangkit semula satu hari nanti...
Apa pung, makin putar belit makin RAKYAT FAHAM bahawa UmnoBN sedang mempermainkan rakyat jelata..... So kertas undi akan membuat keputusan nanti... - Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM BangiKALU DI AFGHANISTAN, LEPAS JER MUJAHIDIN MENANG, GENG2 PENIPU RAKYAT DI KENALPASTI, LEPAS TU DI HUKUM BERAT... SBB MASA MEREKA BERKUASA, MEREKA ANIAYA RAKYAT. JD MULAI SKRG, KENALPASTI PENCACAI UMNO..LPS PRU-13 NANTI, HUKUMAN MENANTI MEREKA..
- Mohd Nasir · Top CommenterKantoi..kantoi... jawapan Nazri..., pegawai bertugar pilihanraya sedang dilantik. banyak kes beserabut. Cincin oh cincin mengapa rahsia kau dibocor..macam mana rahsia tak di bocor, harga mahal sangat.
Bangau oh bangau..memang selera aku begitu.( gubahan semula lagu bangau oh bangau ) - Syazwan Shah · Top Commenter · 38 years oldbnda adr jd xda ..bnda xda di adr2kan...cb lh kak azizah kte nie yg beli cincin 2 ape jd kan..???ak rasa msa 2 jgak bapak barua polis nie dh tngkap kak zah nie...ape protokol pd bdan si rosmah nie...stakat bini pm je..ape isemewa nyer ko nie ...ko nie ak rasa adr menuntut kat mona fandy kot....psal 2 org tkut kat ko...helo rosmah bertaubat lah...mlm2 sblum tido gk tv9 pkul 12 tanya lah ustaz..msa 2 ko bru tau sapa dri ko rosmah...ak xnk komen panas2 nie dpt dosa kering je...
- Musafir Di Dunia · Top CommenterDah dasarnya dlm kehidupan seharian manusia, siapa lah yg akan mengakui jika berak di tengah jalan, nak di tuduh pun x boleh sbb ianya berlaku dimalam hari dlm keadaan gelap pekat. Nasib baik lah juga blogger blogger UMNO nak tolong kambuskan longgokan najis di tengah jalan tu.
- Julia Sandra · Friends with Umngok Apcosemakin dijelaskan semakin bodoh plak semua penjelasan tu...hmmm penyokong tegar umno x nak buka mata buka hati lagi ke? dah semakin terbelit nih....makin hari makin membelit diri sendri....
- Ashaari Hamad · Top CommenterBuatlah apa saja bila ada kuasa.....tapi bila dah jatuh macam Libya, Mesir Algeria dan seumpamanya....baru tahu tinggi rendahnya langit itu...itu baru dunia, akhirat tak kira lagi...
- Bulan Bintang · Top Commenter · Anadolu UniversityBetullah kata blogger Pakatan Rakyat.
Blogger UMNO pening kepala sebab Nazri sudah sahkan cincin itu memang ada dan masuk 1malaysia. - Saidi Liasan · Top Commenter · Pen.Kanan Kokum at KPMAda individu kot yg mungkin ada niat nak ambil.....sedikit masa lagi mungkin atas namanyalah cincin misteri itu....ada kemungkinan...woouuu kayalah dia....
- Abd Manaff Mat Yusoff · Top Commenter · Works at OYL R&D CENTREbuka matalah rakyat malaysia, jgn duk sokong membuta tuli, dia orang tu diibaratkan sebagai robin hood moden, tolong rakyat lepas tu rompak duit rakyat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan