Sabtu, 22 Oktober 2011

ALLAH TAHU SAPE YANG BERPURA2@MUNAFIK....SIMUNAFIK DIBAWAH KERAK NERAKA...LAKSANA HUDUD HABIS CERITA...MENAFI SEMPURNA SIFAT ALLAH...MENOLAK HUDUD

Perhimpunan anti-murtad di Shah Alam

Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat.

Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan
nyanyian lagu-lagi nasyid.

Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

himpun rally crowd in shah alam stadium booklet coverSelain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"

Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium
bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."

"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.

"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.

himpun rally 221011 booklet 2Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.

Ia juga mengandungi gambar pastor tersebut dan isterinya serta individu lain dalam DUMC dan Sinar Harapan - NGO yang terbabit dalam kontroversi tersebut.

3pm: Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium.

himpun rally hasan ali, harussani zakaria, yusri mohamad3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Turut kelihatan di kawasan VIP ialah bekas menteri besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim.

Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut.

3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan.

3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.

Himpun chairperson Mohd Yusri Mohamad4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."

4.20pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.

"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.

Himpun placards4:40pm: Berucap seterusnya ialah Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.

Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.

Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya.

Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.

himpun rally crowd in shah alam stadium 6 perkasa ibrahim aliBeliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.

4:50pm: Seorang wakil NGO belia dari Felda, Abdullah Abu Bakar, pula berikrar bahawa tidak akan ada kes murtad di tanah rancangan Felda.

Beliau tidak menyebut sama ada pernah ada kes seumpama itu sebelum ini.

himpun rally 221011 muslim singingSementara itu, pihak penganjur memuji para hadiran kerana
semuanya berjalan dengan aman.

5.00pm: Bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah membangkitkan kegiatan kristian militan yang kini didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang bermatlamat memurtadkan orang Islam.

Memetik dari buku 'Armies of God' tulisan Iain Buchanan, beliau menambah buku itu menyatakan bahawa mereka itu berada di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Katanya murtad berlaku kerana umat Islam tidak bersatu dan bercakaran antara satu sama lain walaupun berdepan dengan
ancaman.

himpun rally 221011 crowdApa yang diminta adalah supaya umat Islam tidak diganggu, dan untuk semua mengikut undang-undang, katanya merujuk kepada kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau juga menyentuh dakwaan konspirasi bahawa Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan beberapa pemimpin Kristian, merancang untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.

5.10pm: Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan berkata berkata pertubuhan itu berharap supaya media menyampaikan fahaman Islam yang betul dan bagi memantapkan kefahaman dan ilmu Islam.

Tujuannya supaya anak muda tidak mudah disongsangkan.

"Kita harap keterbukaan media dalam beri laporan kerana anak muda tolak pemberitaan yang banyak bermotif keutamaan politik dan orang tertentu.

himpun rally crowd 2"Kita mahu golongan penyampai maklumat media harus bebas
memberi maklumat," katanya.

Gamis juga mahu silibus pembelajaran Islam di universiti dikaji semula kerana mendakwa kegiatan murtad juga berlaku di kampus.

5.18pm: Pihak penganjur kemudian bertanya kepada para hadirin sama ada mereka bersetuju jika Himpun diadakan di seluruh negara. Para hadirin bersetuju.

Menurut pihak penganjur, tidak kira berapa ramai yang hadir hari ini tetapi apa yang penting ialah suara mereka sekuat seolah-olah terdapat satu juta orang yang hadir di situ.

Kelihatan ada orang yang beredar meninggalkan stadium.

5.35pm: Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamada yang mewakili Front Bertindak Anti Murtad berkata "musuh Islam' membuat tuntutan melalui 'interfaith commission' kerana orang Islam berpecah.

Beliau berharap perhimpunan hari ini menjadi titik mula untuk perpaduan Islam di Malaysia.

himpun rally crowd 1"Marilah kita ketepi perbezaan ideologi dan bersatu atas kalimah shahadah," katanya.

Dalam ucapannya, Kamaruzzaman turut membaca sebuah sajak bertemakan anti-murtad karangan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

5.40pm: Hujan mula turun sejurus sebelum Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memulakan ucapan.

5:43pm: Mufti Perak itu memulakan ucapannya kepada para hadirin. Ramai yang kelihatan bangun dari tempat duduk mereka untuk pergi lebih dekat kepada mufti untuk mengambar gambar.

NONEHarussani berkata masyarakat Melayu merupakan golongan paling istimewa berbanding bangsa lain di dunia kerana "Melayu dikaitkan dengan Islam dalam perlembagaan".

Orang Melayu juga istimewa kerana mempunyai lidah yang fasih. Allah menurunkan Islam dalam bahasa Arab, tetapi orang Melayulah yang menguasainya, kata Harussani.

Beliau membaca ayat-ayat suci Al-Quran kepada para hadirin bahawa Allah telah memberi amaran mengenai malapetaka jika manusia gagal melindungi iman mereka.

Hujan berhenti selepas beberapa minit Harussani selesai berucap.

6.00pm: Pengerusi bersama HIMPUN yang pengerusi Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan pihak yang mempertikaikan penganjuran Perhimpunan Sejuta Umat.

"Apakah salahnya orang Islam berhimpun untuk membincangkan masalah mereka?" katanya yang turut membaca 10 resolusi HIMPUN.

himpun rally hasan ali speakingAntara lain, Mohd Azmi berkata kerajaan mesti menggubal undang-undang pencegahan murtad walau kerajaan hendak memansuhkan ISA.

HIMPUN juga mahu media dikawal supaya penyiaran perkara yang
menyentuh sensitiviti orang Islam diambil tindakan segera.

6.15pm: Exco hal ehwal agama Selangor yang ADUN PAS bagi Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali (kiri) menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa.

Bagaimanapun, pengumuman dibuat bahawa Dr Hasan hadir sebagai seorang Islam, dan bukan sebagai ahli politik dan ahli exco.

Majlis tersebut berakhir dan diikuti dengan satu sidang akhbar.

  • Rakyat Perihatin Rakyat Perihatin · Pengulas Tertinggi · Universiti Akhirat
    Beberapa kain rentang turut dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat...hehehehe...dah sah dan paham lah sapa punya agenda..tk habis2 puak ni nk berlakun jadi hero dan tk habis2 nk berlakon jadi penjahat juga...geli hatidan meluat kekadang permainan2 ini..sepatutnya kain rentang harus bertulis kembalikan kedaulatan islam dgn mengamalkn dan menanamkn islam di hati rakyat...mudah mudahan allah akan buka kn lagi sejelasnya segala permainan syaitan laknatullah..supaya dapat di beza antara intan permata dan kaca.
  • El-Haneef Abd El-Hameed · Pengulas Tertinggi
    Isu murtad ni penting. Tapi saya rasa ada isu yang lagi penting yang lebih asas utk mengatasi Murtad.

    Sepatutnya fikirkan bagaimana nak handle isu 80% orang Islam Malaysia yang tak sembahyang 5 waktu.
    • Abdul Muiz Badrulhisham · Pengulas Tertinggi
      btoi2...saya pernah dgr kuliah ustaz kazim elias di youtube...beliau kata org yg xsolat fardhu 5 waktu adalah sejahat-jahat manusia di muka bumi kerana itulah yg pling penting
    • Tajul Patail · Pengulas Tertinggi · Uitm
      btl bro, tak sebhg dan amik rasuah duit dan juga rasuah seks
    • Sinar Fatamorgana · Pengulas Tertinggi · Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia
      stuju... sbb org yg solat itu trcegah dri mlakukan kmugkaran.. 5 minit je tmpoh plig kurag nk lksanakan tp amatlah brat kcuali bg yg briman....
    • Abdul Muiz Badrulhisham · Top Commenter
      tu mmg btoi....saya mngku la...walupun kita kata kita dah solat fardhu 5 wktu,tpi dok buat jgk maksiat...sbb tu kena check blik solat kita....brulah akidah mantap
    • Abdul Muiz Badrulhisham · Top Commenter
      kcuali la klau buat kat kelantan...TGNA akn conduct solat jemaah kat satdium sultan Muhammad IV
    • Din Menteri · Top Commenter · SMA Negeri 1 Bandung
      Saya ingat dekat 90% org Islam Malaysia tak sembayang 5 waktu. yg tak sembayang tu murtad ke?
    • Mustakim Yang Lurus · Malaysian institute of aviation tecnology(MIAT)
      btl 2...check list ngan studend universiti...80% yg xfasih al-fatihah...wanauzubillah...spptnye al-fatihah mnjadi teras kemasukan ke universiti bru d turuti ngan akedemik dll...
    • Mohd Muktasim · PPPLD at Kementerian Pelajaran Malaysia (SMK Raja Tun Uda)
      setuju 100%... ini yang perlu di utamakan.. :)
    • Samsi San · Top Commenter · UPM
      Islam yg tak solat 5 waktu, yg main bini org, main anak org, anak org main bangla, org tua ambil rasuah, makan harta Bumiputra dengan tipu daya, bunuh org dgn C4 tuuuuu yg patut ditazkirah dulu, depalagi senang murtad... sbb iman cam kaca nipis...
    • Noriman Saari · Top Commenter
      yang solat pun masih lagi melakukan kemaksiatan, dedah aurat, rasuah,menipu, pembohong, hiburan melalaikan. sedangkan solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar...sama-sama kita check solat kita...perteguhkan iman dan akidah kita.
    • Sinar Fatamorgana · Top Commenter · Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia
      mmg xsolat tuh xmmbwa murtad ... tp fkirknlah kita brsama apakah prkara prtama yg dhisap di depan Allah nnti... Solat tiang agama, tnpanya maka rntuhlah agama seseorag tuh, rntuhlah jati dri dari takut buat mksiat...
    • Pejuang Kebenaran · Egypt
      akidah adalah prkara usul..solt adalh prkara furu'..sekiranye usul sudah rosak..maka furu'akn trgadai..waAllahualam..
    • Ahmad Zaki Bin Shahabudin · Top Commenter
      isu ini memang penting..tp pokok nya sekarang..dh tau kejadian sebegini menular..then the final answer is laksanakan hukum hudud...ingat jgn persenda hukum Allah..
    • Pejuang Kebenaran · Egypt
      Ahmad Zaki Bin Shahabudin :kesatuan ummah lbh pntng dr melaksanakn hukuman hudud..mengikut fiqh aulia..yg lbh utama adalah kesatuan dlm islam..bru lksanakn hukumn hudud..waAllahualam
    • Pejuang Kebenaran · Egypt
      Samsi San akidah adalah prkara usul..solt adalh prkara furu'..sekiranye usul sudah rosak..maka furu'akn trgadai..waAllahualam..
    • Ahmad Zaki Bin Shahabudin · Top Commenter
      Pejuang Kebenaran apakah sedara ini mengatakan hudud x boleh dilaksanakan dinegara ini..apakah sedara ini masih sangsi dgn hukum Allah...nauzubillahiminzalik...
    • Pejuang Kebenaran · Egypt
      Ahmad Zaki Bin Shahabudin :hudud adalah wajib dilaksanakan..bagaimana hendak laksanakn hukuman hudud..sedangkan umat islam brpecah belah...sebelum nabi melaksanakn hukumn hudud dan mndirikan daulah islmiyyah..Nabi mnyatukn puak brtelagah anatara aus dan khazraj..harap fahami mngenai islam sempenuhnye..dan fahami sirah nabi..
    • Ahmad Zaki Bin Shahabudin · Top Commenter
      Pejuang Kebenaran kalo gitu statement sedara mcm gini..nampaknya bertambahlah org yg akan murtad..ingat dlm undang2 hudud itu sendiri mencaritakan ttg murtad...jd apakan daya..org kalo nk laksanakan dia takkan menggunakan dgn seribu alasan...Malaysia mengaku jer negara Islam tapi undan2 syariah masih sangsi..wallahualam...
    • Lim Wee Foo · Top Commenter · Muar, Johor, Malaysia
      Tajul Patail , itulah umnoporno? tetoi ta?
    • Ddy Fahmin · Top Commenter · Works at Berniaga
      Senang saja ; Peratus yang tidak sebahyang 5 waktu itu hampir 95% adalah ahli parti UM. Jija mereka kembali kepada Islam secara outomatik selesai kes Iman dan murtad ini. Ini lah kenyataannya. bahkan menterinya 90% tidak cukup
      sembahyang 5 waktu.
    • Pejuang Kebenaran · Egypt
      Ahmad Zaki Bin Shahabudin :dr perpaduan akan wujudnya kesatuan ummah..dr c2 akan adakan titik prbincangan..tpi umat islam brpecah dimalysia..saudara belum mahir dibahagian fiqh..sy brhujah brdsar penilitian mngenai fiqh..waAllahualm
    • Ahmad Zaki Bin Shahabudin · Top Commenter
      Pejuang Kebenaran kesatuan ummah?apakah sedara fikir saya nie x bercakap berpandukan fiqh?..kalo nk org malaysia bersatu mudah jer...suruh kerajaan persekutuan bayar royalti minyak kepada kerajaan negeri kelantan walhal negeri kelantan byk org melayu beragama islam...naper mereka harus berdalih,jd pokok nyer sedara..apa pandangan sedara ttg hal ini..saper yg pecah belahkan masyarakat..nk wat perhimpunan sebegini mmg murni,tp kalo setakat hukum hudud Allah dah ader org yg persendakan jd sia2lah perhimpunan sebegini dijalankan..sedara lihat sendiri adakah ia mencapai target..wallahualam
    • El-Haneef Abd El-Hameed · Top Commenter
      Pejuang Kebenaran Hudud dan Kesatuan Ummah keduanya adalah tuntutan. Ia perlu seiring, bukan mendahulukan ini meninggalkan yang ini. Hudud adalah sendi kesatuan ummah. Sekiranya asas dan sendi syarak tidak seragam, bagaimana kesatuan ummah dapat dibentuk?

      Bagaimana solat boleh menjadi furuk? Solat bukan furuk tapi ada furuk dalam solat.

      Din Menteri - meninggalkan solat tidak murtad, tetapi meninggalkan solat dekat kepada kekufuran. 3 pendapat ulama, pertama tidak kafir tetapi jatuh fasik, kedua jatuh kafir dan ketiga tidak kafir tetapi perlu ditakzir. Wallahualam.
    • Pejuang Kebenaran · Egypt
      El-Haneef Abd El-Hameed :nabi membina negara dan baru melaksanakn hudud..dlm sirah..dlm kitab fiqh sirah..mualif..dr Ramadhan Al-butti ..didalam bab al-imamah kubra:nabi membangunkan daulah..dalam membangunkn daulah..perlu kesatuan..kekuatan akidah,mamahami hukum..apabila kita mengetahui hukum baru mudah untk melaksanakan..waAllahualam..
    • Pejuang Kebenaran · Egypt
      El-Haneef Abd El-Hameed :solat adalah salah satu dr cabang pada akidah..bagaimana sesorang itu tiada akidah?adakah soltnye diterima..adakah dia islam?..:-)..WaAllahualam..
    • El-Haneef Abd El-Hameed · Top Commenter
      Pejuang Kebenaran - ya benar penjelasan anda tentang perkara itu. Islam Malaysia tiada kesatuan ummah? jelaskan.

      Soal furuk dan solat, mohon rujuk kembali pengajian anda. This is basic. Penggunaan term harus bersesuaian. Bukan semua benda bercabang kita boleh katakan furuk. Solat bukan hukum cabang tetapi hukum dasar.
    • Otakku Simpson · Top Commenter · UNIVERSITI PENGALAMAN MALAYSIA
      bagus semua dah insaf. harap2 jumlah jemaah masjid di setiap negeri meningkat.
      hadirkan diri anda untuk solat maghrib jemaah dan seterusnya
      Tempat : Setiap masjid, surau di taman, kampung dan di kawasan2 yang terdekat
      Masa : 7.00 pm (waktu maghrib KL)
      Tarikh : 22hb Oktober 2011
    • Musa Grapix · Top Commenter · Unibesiti semandin
      SUPPERB POINT made!!
    • Mhd Shah Mahadi · Top Commenter · Smk batu kikir
      setuju dgn el-haneef solat itu adalah dinding utk mencegah murtad, dahlah tak solat yg perempuan pakai baju nampak pusat berpoya2, berpeluk-pelukan di khalayak ramai pun dah tak segan
    • Tuan Zawawi Tuan Leh · Top Commenter · USM Malaysia
      mengapa masa lina joy murtad tak sibuk pemimpin NGO melayu kalau kita renung pata pepatah dahulu " Kalau tiada apa-apa mengapa tempua bersarang rendah". Isu murtad telama dibincangkan tak pernah menjadi realiti sesungguhnya UMNO tidak ikhlas dalammemmurtabatkan islam
    • El-Haneef Abd El-Hameed · Top Commenter
      Pejuang Kebenaran - pendapat saya, Islam di Malaysia mempunyai Kesatuan Ummah. Kita mempunyai kesatuan dalam mazhab dan dokongan doktrin. Perbezaan yang ada hanyalah perbezaan fahaman politik, bukan perbezaan doktrin. Melainkan kita seperti negara Timur tengah tertentu yang mempunyai mazhab sunni dan syiah. 2 dokongan asas yg berbeza. Berbeza dgn Malaysia, muslim di Malaysia mempunyai kesatuan yang kukuh dengan fahaman sunni dan mazhab as syafie dalam peratusan majoriti yang sangat tinggi.

      Perbezaan fahaman politik akan ada sampai bila-bila selagi sistem yang sedia ada kerana kita tidak menggunakan Syura.

      Islam telah mempunyai tapak asas yang kuat di Malaysia. Yang tiada ialah perundangan yang berasaskan Islam. Kewujudan hudud dan pure Islamic Law memperkuatkan asas sedia ada.
      ...See More
    • Zahary Ezanne · Top Commenter · Kaunselor at Guru
      ko nak cari salah je kan? knp ko tak lihat konteks yg lebih positif? himpun telah menyedarkan org ramai terutama belia akan kepentingan mempertahankan akidah diri dan umat islam yg lain. himpun menjdi benteng terakhir mempertahankan akidah & penyatuan umat islam berlainan ideologi selepas kegagalan parti politik melaksanakannya. himpun jg telah berjaya menyampaikan maklumat tentang bahaya kegiatan kristianisasi di kalangan umat islam. himpun telah mengejutkan ahli politik dan org ramai tentang kerisauan isu murtad yg dipandang remeh oleh mereka. himpun juga mjd wadah terpenting dan titik permulaan dlm merintis hubungan persaudaraan islam yg lebih besar dan dilihat mampu bersama mendepani isu2 islam pada masa akn dtg.
    • El-Haneef Abd El-Hameed · Top Commenter
      Zahary Ezanne - kepada siapa persoalan ditujukan? Kalau kepada saya, saya mohon tuan baca semula description di atas.

      Tiada sebarang statement menyalahkan HIMPUN. Harap maklum.
    • Pejuang Kebenaran · Egypt
      El-Haneef Abd El-Hameed saudara bole teliti didalam kitab farqu baina firoq dan firoq fi tarikh muslim..antara sebab perpecahan adalah disebabkn siasah(politik)..terlalu taksub pd kumpuln trtntu boleh mnyebabkan lahirnya akidah brlainan..sebagai contoh..khawarij,muktakzila..dan lain2..diorang brasal dr satu payung Islam..dan mereka saling salh mnyalahi.dan kita bole lihat kesudahannya?.skrg ni sy lihat sestgh puak mnganngap sesetgah puak kafir xmsuk syurga..e2 pntngnye perpaduan dikalngan islam.kalo ada persefahamn..baru sebuah ngara akn aman dan makmur..musuh akn takut apabila islam itu bersatu...bertepatan dlm firman Allah mafhumnye...:ngara baik mendapat keampunan Tuhannya..waAllahualam
    • El-Haneef Abd El-Hameed · Top Commenter
      Pejuang Kebenaran saya hormati pandangan kamu tetapi saya berpendapat perpecahan akan sentiasa ada dalam banyak ruang. Hatta ada Syura sekalipun, perpecahan tetap akan ada daripada perbezaan cara berfikir.

      Kalau kita melihat tawarikh, Rasulullah membawa Islam daripada permulaan. Maka haruslah, kesatuan itu diwujudkan terlebih dahulu. Itu adalah disaat terbitnya agama.

      Kita seharusnya merujuk bagaimanakah aplikasi hudud selepas Rasulullah. Suasana tidak akan sama seperti zaman Rasulullah. Kitab yang anda rujuk bukan dari zaman Rasulullah. Mengapa anda tidak mahu melihat perlaksanakan syariat selepas zaman Rasulullah sedang Islam itu melewati zaman.

      Isu condusiveness ini hangat dalam isu hudud tetapi satu persoalan yang saya belum terjumpa jawapannya sehingga sekarang ialah apakah benchmark condusive? Ataupun apakah benchmark untuk kesatuan ummah? Apakah dan Bilakah sesuatu keadaan itu dikategorikan sebagai kesatuan ummah? Boleh anda jelaskan?
    • Tiger Ramo · Melbourne, Victoria, Australia
      El-Haneef Abd El-Hameed , all religions are the same..... do you know more human died due to religions ? And more will continue to die for religion in the future. Stop defending your religion, let it go free. Then all can live without much problem.
    • El-Haneef Abd El-Hameed · Top Commenter
      Tiger Ramo - your religion is yours. My religion is mine. Whats burdening your mind with my words and act? Im not killing anyone, and not encourage any killing.

      How people died due to religion? If so, is it something related with what im doing now? DO you know what im doing now?

      Please stop talking something that make no sense. tq
  • Arjuna Kayangan Layangan · Top Commenter
    yang sekat penyebaran islam LGE ke?
    yang sekat tauliah LKS ke?
    yang dok biarkan masjid2 n majlis ilmu disekat diajar di masjid2 n surau tu karpal singh ke?

    sesungguhnya musuh Islam adalah kalangan umat islam sendiri yang sekat penyebaran islam...
    ...See More
  • Shahrul Nizam · Top Commenter · Seri Kembangan
    Hidup Melayu je ke? Yang Islam bukan melayu macam mana? Ni untuk masalah 'murtad' melayu di negeri Selangor je ke?
    • Abd Razak · Top Commenter · Executive (Document Controller) at Petronas Gas Berhad
      Nk selamatkan akidah...tp pihak yg sama sekat penyebaran Islam dgn alasan sampah seperti xde tauliah...pihak yg sama x sokong akta murtad...pihak yg sama x sokong hudud malah menghina dan memberi penerangan yg salah mengenai hukum hudud...pihak ni yg kita percaya nk selamatkan akidah umat Islam...lebih teruk dr yahudi laknatullah...
    • Abdul Muiz Badrulhisham · Top Commenter
      kes Natrah mcm mna??
    • Shahrul Nizam · Top Commenter · Seri Kembangan
      Pengedaran risalah "siapa bertanggungjawab kristiankan melayu di Selangor?" jelas berunsur politik.
  • Hata Shuib · Penyelidik Politik dan Sosial at Kedai Pukat Che Man
    kat mana puak nie letak kain rentang "laksanakan hukum Allah, hudud ummah akan selamat".....dok cari tak jumpa...
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    risalah di edarkan...siapa bertanggungjawab kristiankan melayu di selangor..masa khir toyo jadi MB selangor, umno selangor wajib bertanggungjawab, surau di roboh, kuliah2 agama di haramkan, masjid di pantau, ceramah atau kuliah yang disampaikan olih ustaz di rakam.....persoalan siapa kah bertanggungjawab kristian melayu di selangor, seluruh raayat memberi jawapan nya,,,,,,,, umno lah punca segala2 nya.
  • Steven Lee · Top Commenter · UTM
    Di Msia tercinta ini, I rasa tiada pihak kristian yg nak kristiankan org2 Islam. Ini hanyalah isu yg sengaja ditimbulkan untuk mengkaburi mata Rakyat tentang betapa teruknya ekonomi negara masa ini, betapa tingginya inflasi dan betapa susahnya Rakyat hidup ikat perut.
  • Abdul Muiz Badrulhisham · Top Commenter
    Islam tidak mengira bangsa atau warna kulit.....
  • Mohd Hasrul · Top Commenter · Sekolah pondok
    kalu dah idup melayu kt sepanduk kompem program umno..tambah2 lg mat misai tebal dari uitm tu haaa.............
  • Kelab Melayu Muda · Top Commenter · Hanya kuli biasa at Agensi Kerajaan Negara
    Nilah kalau dalam kepala OTAK masih menebal semangat MElayunya kesianla kerana telah berjaya minda mereka dinasionaliskan oleh PUAK2 itu. Mereka keliru antara ISLAM dan MELAYU kerana anggap ia adalah HAK melayu. Bangsa adalah kurniaan tuhan kerana kita tak ada kuasa memilihnya namun AGAMA adalah kehendak kita dan kitalah yang bersungguh untuk mencari dan hidup dengannya.
    • Zahary Ezanne · Top Commenter · Kaunselor at Guru
      HIMPUN telah menyedarkan org ramai terutama belia akan kepentingan mempertahankan akidah diri dan umat islam yg lain. himpun menjdi benteng terakhir mempertahankan akidah & penyatuan umat islam berlainan ideologi selepas kegagalan parti politik melaksanakannya. himpun jg telah berjaya menyampaikan maklumat tentang bahaya kegiatan kristianisasi di kalangan umat islam. himpun telah mengejutkan ahli politik dan org ramai tentang kerisauan isu murtad yg dipandang remeh oleh mereka. himpun juga mjd wadah terpenting dan titik permulaan dlm merintis hubungan persaudaraan islam yg lebih besar dan dilihat mampu bersama mendepani isu2 islam pada masa akn dtg.
    • Suhaila Ibrahim · Top Commenter
      [Tazkirah] "Bila sebut Allah, Allah itulah yang buat langit yang kita junjung, bumi yang kita pijak dan udara yang yang kita gunakan. Allah itu jugalah yang buat bangsa-bangsa yang ada di dunia ini, tujuannya untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain bukannya untuk bermegah-megah dengan darah keturunan kita.."
  • Demi Rakyat · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Adakah dengan berhimpun dapat menunjukkan kekuatan kita sebagai umat ISLAM dan boleh menjadi umat yang teragung tanpa melaksanakan hukum Allah SWT yakni hukum HUDUDDULLAH?
    http://wikimalay.blogspot.com/2011/10/petikan-khas-dari-ngo-badan.html
  • Azhar Muhammad · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    tu le pasal PAS x nak terlibat...sebab nya pengkhianat2 orang melayu akan ambil kesempatan..perkosa, ameno dll..mereka nak kumpul ahli mereka bukanya senang..mesti kena keluar modal besar....dasar buat kerana nak nama aje...benteras dulu tempat2 maksiat baru betul...ini x mereka rela lihat anak2 melayu hancur kat kelab2...pakai otak sikit
  • Akif Iskandar · Harvard University
    tengoklah perkasa tu..datang berkumpul dan bersorak2..tunjuk muka kat camera man. lepas tu..abis..diam sepi..kalo nk tunjukkan kekuatan..laksanakan hukum hudud! kaum lain xpayah nk campur tangan. hal ni hanya untuk org2 islam.tp masalahnya..org2 islam sendiri yg x setuju hukum hudud dilaksanakan..
    • Zahary Ezanne · Top Commenter · Kaunselor at Guru
      islam mana yg x setuju bro.... setahu aku belum boleh dilaksanakan krn faktor suasana yg tdk kondusif, perlembagaan yg perlukan pindaan & persetujuan majoriti parlimen, masyarakat majmuk dll. klu bro org PAS pi tanya mb kdh knp tak laksanakan hudud di kedah? beliau ada jawapannya iaitu perkongsian kuasa dgn bkn islam mjd penghalangnya. ko pi tanya dr. asri, beliau akan kata suasana belum kondusif. ko pi tanya mahathir, beliau akan kata tidak sesuai negara majmuk dan perlukan pindaan perlembagaan. ko pi tanya muhyidin, beliau akn kata tdk kondusif dan belum tiba masanya . ko pi tanya najib, beliau akan kata negara majmuk sukar melaksanakannya. ko pi tanya org kampung, mereka akan kata baguslah klu boleh buat. sapa yg ko maksudkan x setuju ni?
    • Achik Ghazi · Malenurse (A&E) at Damansara specialist hospital
      Zahary Ezanne bro nk tanya p tnya kat ulamak,bukan tnya yg bukan 'ahli',kalau ikut pd kondusif di malaysia ni sampai kiamat la xkan jalan..masa dah xlame dah..tgk dunia dah haru biru.
  • Kamarul Yusof · Top Commenter · Ceo,pngurus,krani dan kuli at Janji halal sdn bhd
    kenapa ada sepanduk pertahankan institusi raja.ni masuk political ni
  • Azarudin Mohd Arip · Top Commenter · Manager at ITechMal
    Slogan "Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat"...ini bukan slogan yg Nabi suruh ikut...Islam tidak mengenal Bangsa...bangsa bukan melambangkan agama apa yg dianuti...Islam bukan milik Melayu...ISLAM milik orang yang bertakwa...
    • Abdul Muiz Badrulhisham · Top Commenter
      Pertahankan Islam,Runtuhkan Jahiliyyah.......mafhum firman Allah SWT,org yang paling mulia dlm kalangan kamu adalah org yang bertakwa.....
    • Zahary Ezanne · Top Commenter · Kaunselor at Guru
      ko nak cari salah je kan? knp ko tak lihat konteks yg lebih positif? himpun telah menyedarkan org ramai terutama belia akan kepentingan mempertahankan akidah diri dan umat islam yg lain. himpun menjdi benteng terakhir mempertahankan akidah & penyatuan umat islam berlainan ideologi selepas kegagalan parti politik melaksanakannya. himpun jg telah berjaya menyampaikan maklumat tentang bahaya kegiatan kristianisasi di kalangan umat islam. himpun telah mengejutkan ahli politik dan org ramai tentang kerisauan isu murtad yg dipandang remeh oleh mereka. himpun juga mjd wadah terpenting dan titik permulaan dlm merintis hubungan persaudaraan islam yg lebih besar dan dilihat mampu bersama mendepani isu2 islam pada masa akn dtg.
    • Suhaila Ibrahim · Top Commenter
      [Tazkirah] "Bila sebut Allah, Allah itulah yang buat langit yang kita junjung, bumi yang kita pijak dan udara yang yang kita gunakan. Allah itu jugalah yang buat bangsa-bangsa yang ada di dunia ini, tujuannya untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain bukannya untuk bermegah-megah dengan darah keturunan kita.." - TGNA
  • Mex Juliddin Bin Lumanggong
    apa akan berlaku kalau yang berhimpun adalah orang non muslim mesti sudah ada yang masuk penjara malam ini, apakah perpaduan di malaysia terpelihara seandainya pihak lain berhimpun atas dasar mempertahankan orang2 yang telah di islamkan? pandailah Farhan Abdullah ni berucap.
  • M Syafiq Roslan · Top Commenter · Works at Umbrella Corporation
    hidup melayu? heh.. mmg tangan2 ghaib yg control perhimpunan ni..
  • Azha Ramli · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    5,000 orang? Masa Bersih 2.0 jika 5,000 orang turun berHIMPUN gerenti semua orang kena tangkap sebab 11,000 anggota polis sendiri dikerahkan turun. Dwi-standard di bumi Malaysia.
    • Mizie Rash
      bersih bt kat jalanan..himpun bt kat stadium..fahamkan perbezaanya?..
  • Sanmugan Raman · Top Commenter
    Dasar perkauman UMNO!
  • Sathia Kumar · Top Commenter · Insurance Agent at Agent insurans
    Pihak pengajur dan polis bertanggung jawab atas risalah yang di-keluarkan.Kerajaan perlu tahu ini musim cari nama/undi jangan sampai keterlaluan sehingga buta tuli, buat tak pegetahuan.UMNO hilang harapan pululan demi pukalan.Kita sama-sama raya Deepavali/Hari raya Korban dan Hari natal sehingga menunggu PRU.
  • Akif Iskandar · Harvard University
    Saya fikir secara logik..kalo nk selesaikan masalah murtad dan masalah2 lain. laksanakan aje hukum hudud. sy hairan..bercakap pandai..semua ahli politik mcm banggang..bodoh... nk laksanakan hukum hudud pon susah...
  • Asrol Affandi · Top Commenter · Engineer at Oracle
    baik je hasan ali masok UMNO!
  • Randy Andy · Top Commenter · Works at Im a Muslim & Im Proud
    Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad. MELUAT DENGAN USTAZ NI..NAK BAGI STATMENT PASAL KRISTIAN PUN BIARLAH BERASAS..(MEMALUKAN ORANG ISLAM DAN SABAH SAJA) PIGILAH.. confirm Barua UMNGOK..mmg bongok selamnya..alimlah konon..pii.
  • Zul Hizam
    Kenapa rasa macam bodoh je berhimpun tadi.
    Nasib baik balik awal.
    Kalau Dr.Asri yang bagi ceramah aku sanggup tunggu sampai habis..
    Nak dengar ceramah dari Pak Lebai poyo..hmm menyampah..
    maaf semua' Him;punan tadi sia2 dan sekadar melepas batuk di tangga..hmm.
  • Randy Andy · Top Commenter · Works at Im a Muslim & Im Proud
    nak cegah MURTAD' mimpi Beruk! Siaplah yang nak respect lagi dgn Islam kalau penekanan ke atas akidah, solat, tidak ditekankan..Islam atas namanya tapi perngai macam Syaitan..Patutla ramai yg nak MUrtad...sungguh malang Malaysia ni.
  • Tajul Muluk · Top Commenter · SMK Batang Berjuntai
    hajat nak sejuta org, tapi yg hadir cuma 0.5%, walaupun minoriti tetapi setiap org berhak bercakap tapi tak semestinya itu adalah pendapat majoriti.
  • Lexter Punk · Top Commenter · Kuching, Malaysia
    hanya 5 ribu jer...yg pasti ni semua org2 yg bodoh dn tak tau nak fikir....malanglah msia ada anak muda yg sekolah tinggi tapi cara berfikir lemah mcm lembu...
  • Tajudin Yaakob · Penolong Pegawai at Bank Simpanan Nasional (BSN)
    masaallahnya melayu tak bersatu, Islam pula merempat.........habis himpun, semangat pun habis.
  • حسن الإشراف · Top Commenter
    Kurang 9 minit lagi masuk waktu asar (4:18 petang), harap penganjur azan solat, kemudian solat jemaah ramai-ramai. :)
  • Muhammad Hakiem Taufik
    Islam itu Indah....Jgn dikotorkan
  • Muhammad Redza Ihsan Rosli · Works at JPA
    apolitical konon, hahaha.
  • Omaro Sam
    ribut dalam cawan kopi
  • Terry Xavier Law · N/A
    Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut. apakah tindakan selanjutnya?
  • Crsoldier Akamiro · National University of Malaysia
    naik muak aku dengar slogan 'hidup melayu' walaupun aku sendiri melayu..
    apeke bengap laa org(tahu2 jee laa, malas aku tulis cinie) bt kain rentang 2., macam laa melayu jee kat dunia nie yang beragama islam.
  • Suhaidy Dreamchaser · Technical University of Madrid
    Ketaatan secara total pada sultan menggugat aqidah...adakah HIMPUN membincangkan isu ini??
  • Sathia Kumar · Top Commenter · Insurance Agent at Agent insurans
    Apabila saya membaca komenX saudara baru saya faham ini bukan pasal agama.Slogan Hidup Melayu UMNO, Ampu raja-raja UMNO.Pandailah tok guru saya dah baca politik.Ini bukan ada kaitan dengan Hakida Ini besabit Hidup Melayu.Najib dan Datuk Hasan Ali dah berpakat.
  • Azman Salleh · Top Commenter · 42 years old
    lawak tul lah mangkok2 hayun pencacai umno ni....nasib baik kat swk tak ada umno....amannya...
  • Aida Murni Jasin · Top Commenter
    Ummmmm pi sana juga, tapi rupa2nya HIMPUN Perkasa dan UMNO rupa-rupanya. Menyesal sungguh.
  • Airmie Bravo · Top Commenter
    kristian melayu bukan ada di negeri selangor sahaja malah di seluruh malaysia lagi satu takde guna ja join perhimpunan ni takde kesan kepada masyarakat
  • Jalot Malok · Top Commenter · University of Michigan
    ha ha ha ha.....di satu lg babk dalm flm UMNO.....yg menghairangkan ada jugak yg ikut dengan puak puak ni......allahuakbarrrr.
  • Aridz Ridzuan
    Semoga Allah memberikan perlindungan akidah kepada umat Islam di Malaysia. Allahuakhbar!
    • Aridz Ridzuan
      Orang Islam sekarang ramai yang takut nak bersuara.. seolah- olah dicucuk hidung pula.
  • Zoe Jaafar · Top Commenter · SGGS, Penang
    STUPID FOOLS ATTENDED.
  • Mohd Lutfi · Penolong Kanan II at Gerak berjasa enterprise
    napa kain rentang msti tertulis hidup melayu hidup islam? napa tak tertulis hidup islam hidup melayu?



Ciri2 orang munafik sejati ..

Oleh Xmeng,

1. Dusta

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu SESEORANG YANG BERDUSTA AGAR ORANG2 TERTAWA."
Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."


2. Khianat

sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.


3. Fujur dalam pertikaian

sabda Rasulullah SAW:
"Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"


4. Ingkar Janji

sabda Rasulullah SAW:
"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)


5. Malas Beribadah

Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS..."
(An-Nisa': 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.


6. Riya'

Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.


7. Sedikit Berzikir

Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali.
(An-Nisa': 142)


8. Mempercepat Solat

Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.
Hadith Nabi SAW:
"Itulah solat orang munafik...lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)"


9. Mencela orang-orang yang Taat dan Soleh

Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat kepada Allah SWT


10. Memperolok-olok Al-Quran, As-Sunnah, dan Rasulullah SAW

Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH KAFIR.
Firman Allah SWT:
"...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..."
(At-Taubah: 65-66)


11. Bersumpah Palsu

Firman Allah SWT:
"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai..."
(Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)
Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.


12. Enggan Berinfak

Orang2 munafik memang selalu menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.


13. Tidak menghiraukan nasib Kaum Muslimin

Mereka selalu menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.


14. Suka menyebarkan Khabar Dusta

Orang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis2 pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.


15. Mengingkari Takdir

Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN TAKDIR.


16. Mencaci maki kehormatan orang-orang Soleh
Apabila orang munafik membelakangi orang2 soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan.
Firman Allah SWT:
"...mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan..."
(Al-Ahzab: 19)


17. Sering meninggalkan Solat Berjamaah

Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.


18. Membuat kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan

Firman Allah SWT:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar."
(Al-Baqarah: 11-12)


19. Tidak ada kesesuaian antara Zahir dengan Batin

Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA. Penampilan zahirnya bagus dan mempersona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya main-main.


20. Takut terhadap Kejadian Apa Pun

Orang2 munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan2 hidup apa pun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.


21. Beruzur dengan Dalih Dusta

Firman Allah SWT:
"Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir."
(At-Taubah: 49)


22. Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan

Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno (SEMIPORNO) dan narkotik.


23. Bakhil

Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.


24. Lupa kepada Allah SWT

Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, nyanyian2, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN SEMATA-MATA.


25. Mendustakan janji Allah SWT dan Rasul-Nya

Firman Allah SWT:
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya."
(Al-Ahzab: 12)


26. Lebih memperhatikan Zahir, mengabaikan Batin

Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan solat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir... Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan lain2.


27. Sombong dalam Berbicara

Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.


28. Tidak memahami Ad Din

Di antara "KEISTIMEWAAN" orang2 munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal2 remeh-temeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan2 Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.


29. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan Dosa

Orang munafik menganggap ringan perkara2 terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat
Firman Allah SWT:
"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai..."
(An-Nisa': 108)


30. Senang dengan Musibah yang menimpa orang-orang Beriman dan Dengki terhadap Kebahagian mereka

Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.

copy & paste
Org yg b'fikiran besar byk m'perkatakan ilmu,Org yg b'fikiran sederhana byk m'perkatakan peristiwa,Org yg b'fikiran rendah byk m'perkatakan diri sdri.

Tiada ulasan: