TAAT BUKAN SEX SEMATA2...BAGAIMANA DAH TUA SUAMI TENGOK PUN TAK SELERA(RAMBUT DAH PENUH UBAN)...BAGAIMANA AKIDAH ISTERI...SAH KE TIDAK IBADAH ISTERI....NI JUGA PERLU DIAMBIL KIRA@AMBIL BERAT...BANYAK LAGI CARA...UNTUK TAAT PADA SUAMI...DIKHUATIRI PEMBACA BAYANGKAN WAJAH DAN TUBUH PENULIS SEMASA BERSAMA ISTERI...KAN NAYA...ISLAM TAK GALAKKAN WANITA TERDEDAH DIKHALAYAK RAMAI...ITU SEBAB PEREMPUAN DILARANG JADI IMAM DAN MELAUNGKAN AZAN....MASALAH IMAM TU...KECUALI IMAM MENJADI DIKALANGAN PEREMPUAN2 SAJA NI DIBOLEHKAN...
Penulis buku kontroversi Seks Islam, Hatijah Aam hari ini tampil mempertahankan penerbitan buku panduan yang didakwa menampilkan ajaran untuk melakukan hubungan seks di antara suami isteri secara kerohanian.
Hatijah berkata, beliau setentunya telah ditahan pihak berkuasa sekiranya ajaran yang dibawa dalam buku dengan tajuk kecil Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia itu tidak sah di sisi Islam.
"Patutnya bila pihak berkuasa tahu, sebab kami bercakap dengan (polis) Bukit Aman, dengan cawangan khas (polis). Sepatutnya bila mereka tahu (Seks Islam diterbitkan) tentu dia kata 'ha, ini mesti nak buat hiruk pikuk, buat kesesatan lagi.'
"Tangkap sajalah. Tapi tak tangkap pun. Dia pun seronok tentang seks. Memang seronok, nak tahu macam mana nak goda isteri sampai gilakan suami," kata Hatijah yang juga isteri kepada pengasas kumpulan al-Arqam, allahyarham Ashaari Muhammad.
Bukan sebilik, serentak
Hatijah juga menjelaskan laporan akhbar sebelum ini yang mendakwa bahawa kelab pro-poligami itu menganjurkan supaya suami melakukan seks secara serentak bersama para isteri mereka melalui buku berkenaan.
"Serentak itu bukan keempat-empat (isteri) duduk sebilik, (para) isteri melakukan (seks) bersama. Kalau pelacuran, memang ada orang tempah dua, empat (wanita) sekali.
"Tapi dalam Islam tidak boleh, bukan sunnah Nabi duduk semua isteri sebilik, serentak. Bukan. Itu satu penipuan, satu salah faham," katanya lagi dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Bercakap kepada wartawan melalui panggilan Skype, Hatijah yang berada di Mekah berkata, perlakuan seks tersebut bukanlah secara fizikal tetapi secara "kerohanian."
"Yang dimaksudkan adalah bila manusia ini sudah mampu mencapai taraf perkembangan perasaannya, roh itu disuburkan (dan) terjadilah aktiviti roh yang sangat berlaku di kalangan orang-orang tuhan atau orang yang sangat mendalami perkara ini," katanya lagi.
Satu petikan di kulit belakang buku tersebut menyebut: "Selaku pemimpin roh, kebolehan yang Allah izinkan kepada mereka ialah boleh serentak dengan semua isteri-isteri melakukan hubungan jenis. Manakala kalau isteripun orang roh, lagilah hebat.
“Ke mana-mana terbang untuk atau sambil melakukan hubungan sulit itu dalam keadaan lebih nikmat dan lebih ringan dibanding dengan perlakuan yang menggunakan fizikal. Untuk itulah Abuya sedang proses isteri-isterinya ke arah roh."
Salinan buku panduan seks yang menarik perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu turut diedarkan kepada wartawan yang membuat liputan sidang media berkenaan.
Dilaporkan, Jakim sedang menimbang untuk menyekat pengedaran buku yang didakwa menonjolkan seks dengan cara tidak beradab itu.
Kelab Taat Suami mengehadkan jualan buku kecil setebal 115 halaman itu kepada anggota Kelab Taat Suami yang telah berkahwin dengan harga RM50.
Kelab yang ditubuhkan Global Ikhwan - syarikat bekas pengikut al-Arqam - itu sedang meraih populariti, terutamanya di negara dengan kepadatan umat Islam yang tinggi, lapor Reuters.
Bagi seorang rakyat Indonesia Gina Puspita, beliau sanggup meninggakan kerjaya dalam bidang kejuruteraan pesawat untuk memenuhi misi menyampaikan ajaran Islam dan membantu wanita muda membina perkahwinan yang bahagia melalui amalam seks yang baik.
Ibu berpendidikan Perancis itu menganjurkan program keagamaan melalui kelab itu, berdasarkan kepercayaannya bahawa memenuhi tuntuhan seks merupakan penawar kepada masalah sosial "gaya Barat" seperti penceraian dan penderaan rumah tangga,
"Isteri mesti taat kepada suami dalam segenap aspek kehidupan, seperti menyediakan makanan dan minuman, menenangkan dan memberi sokongan kepada suami, termasuk juga dalam hubungan seks," Puspita dilaporkan sebagai berkata kepada agensi berita antarabangsa itu.
- Aidan Generous · Pengulas Tertinggi · Top Commentator di Online CommentatorBiasanye isteri mmg taat, yg gatal it biasanye suami je...
- Aidan Generous · Pengulas Tertinggi · Top Commentator di Online Commentator
- Aidan Generous · Pengulas Tertinggi · Top Commentator di Online Commentator
- Anak Papar · Pengulas Tertinggi · umur 27 tahunbaguslah bah ada kelab macam ini daripada rakyat kita ikut Perkasa yang jelas cuba menhancurkan konsep/gagasan 1Malaysia
- Hayat Minda · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai, Johor
- Rindu Bayangan · Pengulas Tertinggi · Smk gunsanad keningau
- Ilham Najah · Top CommenterMelalui Kelab Taat Suami Global IKhwan akan memperluaskan pengaruhnya kembali...Awasi pertubuhan ini sekiranya mereka masih mengamalkan Aurat Muhammadiah yang jelas bercanggah dengan Islam..Ummu Jah berapa org kanan GI masih berpegang dengan AMuhammadiah mewmpercayai Abuya Ashaari Ghaib...berhati2lah.
- Ilham Najah · Top Commenter
- Fyda Dida · Top Commenter · UNITARxperlu terlalu ekstrim dlm urusan duniawi...memadai la dgn ape yg diterapkn dlm agama...xpayah puplisiti nk tunjuk hormat suami..kita hamba Allah bukan hamba suami...
- Faiza Othman · Top Commenter · Works at Suri rumah
- Hj Masran Haron · Top Commenter · Simpang Rengam, Johor, MalaysiaKenapa kelab taat tidak mengambil contoh Istri2 Rassullah SAW?
- Tie Aziz · Top Commenter · Sek men dato bentara luar batu pahat
- Tie Aziz · Top Commenter · Sek men dato bentara luar batu pahat
- Mohammed Nor Zainal Abidin · SmvkkBagus...semoga ramai isteri yg mengerti.....bg lelaki seks is top priority.......kalau seks hari2 ngan isteri barulah x sempat nak seks ngan orng lain........
- Pak Tua · Top CommenterJika hendak dijadikan panduan , jangan sama-kan pelacur terhormat dengan isteri solihah , jangan sesatkan minda muslimat kita.banyak perkataan yang baik-baik untok kita jadikan panduan kepada masyarakat.
- Mimpi Itu Indah · Top Commenter · University of Tokyokata2 kelab isteri taat suami dahulu " isteri perlu melayan suami seperti pelacur atasan"... gila ini suami,,, sex sex sex,, dimana rasa toleransi, tanggungjawab, jujur antara suami dan isteri! itu yang perlu diajar bukan hanya pada nafsu serakah! rohani juga perlu diberi santapan!
- Laila Syahni · Ipoh, Peraksuami adalah imam dalam sebuah keluarga,, dapat mencontohi kepemimpinan Rassulullah SWT dari semua sisi,, insya'Allah dapat membentuk istri yang taat dan anak2nya soleh dengan sendirinya..
- Mohd Zamani · Top Commenter · Sekolah menengah zaabadalam islam semuanya telah di sentuh, cuma aku cadangkan kelab isteri taat tu belajarlah islam itu dari segi semua sudut jangan bab "sex"je lebih, puasa, solat dan ibadah2 lain juga sama pentingnya.
- Rozaimi Mohd · Top Commenter · SMVKTsetahu hamba, islam mewajibkn setiap wanita bergelar isteri taat pd suami selagi x menyalahi hukum syarak...
suami pn wajib kena taat kt isteri ke?
setahu hamba x wajib..- Kapitan StesenIslam menyuruh seorg isteri wajib taat pada suami selagi tidak menyalahi hukum syarak...
Tetapi seorang suami masih wajib mentaati ibu bapanya lebih drpd isterinya selagi keduanya2 menyuruh yg tidak menyalahi syarak..
Ingatlah akan kisah Alqamah dan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: ” Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. ”
- Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMKbaguslah tu kau pergi negara lain ada kat malaysia menyusahkan orang aje .... Kementerian Dalam Negeri wajib pantau kegiatan mereka.
- Ehmek Chasutperkahwinan itu semata mata kerana seks ke? can anyone explain it to me..sebab sekarang saya perhatikan banyak rumahtangga musnah hanya kerana masalah seks...sila bagi saya panduan sebab saya belum lagi berkahwin dan insyaallah sudah ada niat ke arah itu...wassalam.
- Muhammad Zulfarissetuju ddengan isteri taat, yang dok jadi laki cari lain sebab seks la.
- Hayat Minda · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
- Khairil Amri · Top Commenter · CSR Level 1 at VADS
- Hans Adam Newtron · Top Commenter · Ipoh, Perakbaguih ni...di harap kelab n akan jadi kelab yang memberi faedah untuk semua..mengajar para isteri bagaimana melayan suami, mendidik anak-anak, menjaga rumah tangga, kelas memasak dan menjahit dll.
Anak daftar isteri aku kat kelab ni, tapi takde kat zimbabwe. - Zamzari Mohdmcm zul nordin ckp yg paling layak jadi presiden kelab adalah wan azizah.
- Apek GlamTAAT PADA SUAMI WP SUAMI NAK TAMBAH KUOTA...
TETAP PADA SUAMI WP SUAMI NAK EHEM2 MENGGATAI PI URUT SEBERANG...HAHAA. - Home Learning HS · Top CommenterSudahlah berdakwah malas asik nak seks je.Naluri haiwan betul.Kalau dah ada kerangka islam semua dah sattle tak payah nak berkelab2 tambah dosa je.Buat kelas pengajian, dakwah baru pemikiran mantap.Nak masuk syurga ke neraka?Hidup ini bukan untuk berseronok2.Bagi pihak adam kat syurga nanti ramai isteri jangan bimbang tak payah sokong
- Pecinta Keadilan · Top Commenter · Shah Alam, MalaysiaSuami curang sebab tidak mendapat hajat di rumah. Seks ni mcm makan juga, bila kenyang kita berhenti. Sebab laparlah, suami 'makan' luar. Sebab tu dlm Islam, isteri WAJIB memenuhi keinginan seks suami (kecuali ada sebab spt haid dll).
- Pasteluk Kepayang · Top Commenter · BotaBekas Arqam ni apa yg diperjuangkannya? Atau suka nak cari publisiti je ke? Perjuangkanlah Islam yg syumul atau sertai dan bekerjasamalah jemaah lain,,,
- Siti Sharifah Che Din · Top Commenter · SMK TENGKU PANGLIMA RAJAapa kelab ni? semua isteri dah memang kena taat suami.
- Abe Man · Top Commenteryang menentang tu ada niat ker x nak taat pada suami;; nama pun dah kelab; elok ler tu;; pesan memesan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mengenakan tindakan ke atas Kelab Taat Suami berhubung pengedaran buku panduan seks di ranjang yang setebal 115 muka surat.
"Kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada KTS yang diketuai Hatijah Aam (isteri Assari) ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam laporan Berita Harian hari ini.
Menurut laporan itu, Jakim akan juga menyekat pengedaran buku kontroversi yang mengulas seks suami isteri secara terperinci.
Buku panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang itu, kata Jamil Khir tidak wajar kerana ia ditonjolkan dengan cara tidak beradab serta boleh mengundang tanggapan negatif.
Buku berjudul: Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia itu memaparkan gambar bekas pemimpin Al-Arqam, allahyarham Asaari Muhammad di kulitnya.
Berita Harian juga memetik Jamil Khir berkata buku itu “sebagai mengarut dan memalukan” kerana mencemar Islam.
Buku terbaru itu dipercayai diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu dan hanya dijual kepada ahli atau pengikut Al-Arqam dengan harga RM50 senaskah.
- Dee Valey · Pengulas Tertinggi · Kuala Krai
- Jemali Budin Budin · Pengulas Tertinggi · Dublin Institute of Technology
- Uwais Al Qarni · Pengulas Tertinggi · UKM Bangi
- Mohd Shukri Mat Nor · Top Commenter · SMK Clifford Kuala KangsarMenteri umno dan pemimpin umno memang "gila seks"...kalau dalam bab seks, cepat aje respon..kalau bab lain...meliat aje.
- Jafry Jaff · Top Commenter
- Rohan Abd Rahman · Top Commenter · Works at Peroduadahlah Jamil Khir..., buku2 seks dah lama berlambak kat kedai tu.., KAU DAN JAKIM PERGI MANA HAH!!!! LEMBU punya menteri!!!!
- James Valentino Js · Top Commenter · SEGi College Malaysia
- Manuk SeramaRohan. Buku panduan sex tu ko dah beli ker buat hadiah pd isteri?Jangan asyik salahkan org. Kata hudud ditegakkan utk berlaku adil utk suma masyarakat, tak kira islam mau pon bukan islam. So, buku sex tu utk tatapan bukan islam. Sama jga klu ko haramkan ARAK, ko dikira tak berlaku adil kat org bukan islam.
- Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANGBUKU "PERMATA YANG HILANG" LAGI REAL. DAH BERPULUH TAHUN DI PASARAN. MAU KA?
- Topi Hijau · Top Commenter · Teluk Anson, Perak, Malaysia
- Pauzi Mohd · Top Commenterbuku2 lucah terdedah sana-sini dikalangan seleberiti di jual berlambak-lambak dan terbuka ada di sekat ! ada dikalangan artis2 ada yang pakaian menjolok mata, terkangkang sana-sini kenapa boleh dijual !
- Halijah Asari · Kuala Lumpur, MalaysiaPM, media2 lucah hanya melakukan perkara2 yg haram tetapi tidak menghalalkan yg haram,kita boleh lagi mendidikdan menyedarkan mereka dan masyarakat kembali kejalan yg benar.Ini berbeza dgn kumpulan GISB yg menganggap ketua mereka Ashari tidak mati tetapi ghaib,dan membawa ajaran karut melalui bekas isterinya ummujah yg tlh dicerai talak 3.Uj mempengaruhi 5k pengikutnya terutama kanak2 belasan tahun percaya ummujah sentiasa berhubung dgn Ashari dan rasullullah.Cerita2 seks semuanya datang dari Rasulullah katanya.
- Pauzi Mohd · Top Commenter
- Emi Suhaimi Nizamala...isu lapok tu halijah asari...mmg teori ketua mereka x mati sesuatu yg pelek n jauh dr adat manusia biasa, n jakim serta pihak bkuasa pon da fatwa itu ini n buat pelbagai cara bg mengekang mereka namun 1 hape pon x jalan, dicaci maki kump masih tetap utuh n x bganjak, dinista dihina malah dituduh sesat masih tidak mggoyahkan mereka...so namoak sgt pohak bkuasa tu gagal dalam mengekang kemaraan mereka..tidak spt ajaran sesat lain yg skali diambil tindakan terus senyap atau skurang2nya tidak begitu menonjol lagi melainkan senyap2 x sepeti kumpulan ni yg betah melawan arus...
- Marimuthu Pachayappan · Top Commenter · Universiti Utara MalaysiaYB Jamil, saya rasa cerita liwat Anwar lagi memalukan. Kanak2 umur 6 tahun pun tanya apa maksud masuk ikut dubur dll..... yang jadi tajuk utama media pro kerajaan. Buku seks ni hanya untuk KTS tapi hal liwat & seks ( yg blm dibuktikan ) menjadi tajuk utama dalam akhbar kita & luar negara. Org asing yg saya jumpa pun cerita pasal ni. Saya rasa malu tapi tak tau perasaan YB.....
- Tebuan Tanah · Top Commenter · Works at C.I.A
- Tebuan Tanah · Top Commenter · Works at C.I.A
- Suhaini Niey · Top Commenter · Sekolah menengah teknik seri pelindung kuantancerita sex dlm utusan tidak ambik tindakkan ke?
- Andi Silahhuddin · Top Commenter...Byk lagi buku2 seks di pasaran yg tak diharam2kan, bebas dijual begitu saja...
- Pecinta Keadilan · Top Commenter · Shah Alam, MalaysiaCerita2 tahyul yg berlambak di TV dan wayang tu, buat tak tahu pulak.
- Mohamad Bashah · Top Commenter · Hamba at Hamba Allahxde ke isu2 selain sex yg nk ditonjolkan......
sana sini isu sex......vdeo laa.....
pas2 papar besar2 kat muka depan paper....
apsal xwat biilboard je sng................
bila negara mau maju........ - Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMKKelab Taat Suami dirasmikan oleh Tim.Menteri DiJabatan PM Dr.Masitah dah melampau dari batasan kelab Taat Suami bermacam andaian dibuat tidak mengikut hukum islam, Dr.Masitah diam aja ... beri mereka penerangan sedikit jamil khir Baharom.
- Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMKSetiap jemputan merasmikan sesuatu majlis kita mesti tahu apakan tujuan majlis itu diadakan sila anda baca keratan akhbar tersebut dan selepas perasmian baru YB nak tahu sama ada pendaftaran pertubuhan tersebut sudah diluluskan atau belum...? tapi sayangnya pendaftarannya sudah diluluskan..?
- Roslan Ibrahim · Top Commenter · USM PenangHerk herk... Tahniah laa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang kini sudah menjadi Jutawan!! herk..herk...!
- Kuasa Rakyat · Top CommenterKalau benda2 mcm ni, walaupun dh haram, mesti ada org nk cari punya..nak tau mujarab ka?tapi harga mahal sgt tu..kasi rendah sikit la tauke. Hah hah. Jgn mare..
- Mohd Hafizi Rameli · Works at BPPNKBuku boleh pulak, Filem2 JAKIM tak cek ke apa kandungan Filem, yang terbaru Filem Klip 3GP, belum ada apa2 tindakan dr JAKIM.
- Mohd Hafizi Rameli · Works at BPPNKManuk Serama , kita pun tak sokong Buku Kelab Taat Suami ni, tapi kita pertikai Double Standard, kenapa hanya Buku ini yang diambil tindakan sedangkan banyak lagi kemungkaran dan perkara yang becanggah dengan Islam yg lain di luar sana.
Baik Filem, Majalah2, banyak lagi yg JAKIM patut pantau....bukan yg ini sahaja.
- Fadzli Abu Hanifah · Top Commenter · Works at MOE Malaysiapi buat buku macam buku seks tu apasal, sepatutnya kena terbitkan video seks dengan kerjasama papa gomo baru menteri senator ni tak bising.
- Marimuthu Pachayappan · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
- Hijau Muda · MTQPPjamil khair ni nampak salah orang sahaja , dia tu patut kena siasat sebab dah melencong...
- Tiara Slam · Top Commenter · High schoolBN makin kusut jamir makin bengong. masa video porno dato Tahi itu hari jakim kat mana jamir tidur ke???....
- Muhaimin Abdurrahman · UMmcm mana pula buku2 seks yg tumbuh bagai cendawan lepas hujan, tak de tindakan pun?
- Kuasa Rakyat · Top Commenter
- Mohd Hafiz Hashim · Kuala Lumpur, Malaysiaabis tu movie-movie dari luar negara kat TV tu JAKIM xmau sekat ke??
- Emi Suhaimi Nizamhaha...nasib la....x sbut kat madia buku tu lepas...bola sebut kat media buku tu lak org makin nk mencari..hihi...free2 je dapat liputan meluas :D
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap penubuhan Kelab Taat Suami yang dilancarkan baru-baru ini.
Pada dasarnya sebagai pertubuhan dakwah, dan kebajikan yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat, Wanita IKRAM mengalu-alukan usaha pelbagai pihak termasuk Kelab ini yang ingin mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.
Namun Wanita IKRAM begitu kesal dengan kenyataan Dr. Rohaya Mohamad, Naib Presiden kelab tersebut yang mengumpamakan isteri sebagai objek seks dan perlu menjadi pekerja seks bagi suami sebagai tanda ketaatan kepada suami disamping mengelakkan suami daripada berlakucurang.
Dalam majlis pelancaran itu juga, Dr Rohaya dilaporkan sebagai berkata isteri harus baik dan taat kepada suami walaupun didera sebagai tanda ketaatan kepada suami.
Kenyataan seperti ini sebenarnya tidak tepat, menghina dan merendahkan martabat wanita serta boleh mengakibatkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap kedudukan dan peranan sebenar wanita sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam.
Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 juga menunjukkan faktor utama perceraian ialah tiada persefahaman, curang dan enggan dimadukan, tidak bertanggungjawab, campur tangan mentua atau ipar duai, disebabkan ketagihan dadah atau alkohol, masalah kewangan, terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan serta didera.
Wanita IKRAM ingin menegaskan bahawa:
1. Ajaran Islam selaku sistem hidup yang lengkap, adil dan menyeluruh serta rahmat bagi sekalian alam telah memartabatkan wanita sebagai rakan kongsi lelaki yang mempunyai hak-hak yang sama walaupun mungkin berbeza peranan dalam pelbagai bidang kehidupan baik dari sudut individu, berkeluarga dan kehidupan bermasyarakat.
2. Ketaatan wanita kepada suaminya adalah dalam rangka dan batasan ketaatan kepada Allah. Ini bukanlah suatu ketaatan membuta tuli sehingga merelakan segala perbuatan suami walaupun ternyata suami telah berbuat kedurhakaan terhadap Allah.
Rasulullah SAW bersabda “Tiada ketaatan dalam kemaksiatan kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara makruf” (Sahih Bukhari dan Muslim).
Peringatan Allah dalam surah An Nisa 4:34 wajar menjadi ingatan bagi kita semua:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.
"Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukul mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
"Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
3. Meletakkan kesalahan semata-mata kepada isteri dalam memberikan layanan seksual kepada suami sebagai punca lelaki berlaku curang adalah satu pandangan yang amat dangkal. Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati tiada persefahaman, tidak bertanggungjawab, masalah akhlak dan sosial, masalah ekonomi dan masalah seksual adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam.
Kajian dibuat syarikat Pfizer pada tahun 2008 pula menunjukkan 62 peratus lelaki dan 73 peratus wanita di negara ini yang tidak berasa puas dengan kehidupan seksual mereka.
Dengan itu, kepentingan untuk para suami menjalankan peranan mereka dengan sempurna dan memberikan perhatian yang lebih teliti dalam memenuhi keperluan lahir dan batin isteri mereka juga perlu ditekankan.
4. Wanita IKRAM menerima dan menyedari bahawa poligami dibenarkan dalam Islam sebagai satu institusi yang mempunyai pelbagai hikmah dan kebaikan sekiranya dijalankan dengan betul berlandaskan syarat yang digariskan syara’ dalam semua peringkat perlaksanaannya.
Persepsi masyarakat perlu diperbetulkan selain pengamal poligami terutama golongan lelaki perlu mendapat pendidikan dan latihan sebelum mengamalkannya.
5. Semua pihak lelaki dan wanita, suami dan isteri haruslah kembali berpegang dan mengamalkan ajaran Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadisnya yang masyhur; “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Al Quran menunjukkan kita “ Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” At Taubah 9:71
Semoga dengan ini kita dapat membetulkan persepsi kita tentang peranan wanita dalam Islam disamping memperbaiki kehidupan berkeluarga dalam usaha kita untuk mempertahankan institusi keluarga ini sebagai unit asas dalam pembinaan masyarakat yang harmoni dan sejahtera
Penulis, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim adalah Timbalan Ketua Wanita-wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
- Reformis Malaya Politikus Bebas · Pengulas Tertinggi · umur 104 tahunSOKONG ISTERI JGN PERCAYA MEMBUTA TULI...TAK SEMUA suami BAIK...tak semua suruhan suami baik...guna akal bpandukan quran.
- Cikgu K TutorPro · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Principle of Professional Tutor Academicsetuju matlamat kelab ini ditubuhkan, cuma sedikit 'tounge slip' jadikan kelab ini bahan sasaran, walhal byk wanita yg dijadikan objek seks seperti dlm filem, iklan, model, majalah, akhbar tabloid, majalah lucah, ratu cantik dll.Mereka dibuat umpama 'pameran dan sarkas'.., siapa endah? bahkan menyokong wanita2 ini dihina darjat kewanitaan & martabatnya tanpa disedari...
Ya, mereka dibayar lumayan..mmg betul.., dan pelacur juga dibayar lumayan..apa bezanya?
Namun sandaran terbaik sbg rujukan-baca dan rujuk lah juga tulisan di atas oleh Datin Paduka kerana ianya lengkap dgn hujah dan nas. Semoga kita perbuat sesuatu keputusan yg baik utk ummah.., saya terima pakai ulasan penulis di atas yg tersebut.Terima kasih. - Jalal Man · Top Commenter · Information Collector at Own workerSUAMI SOLEH TAK AKAN MINTA ISTERINYA JADI PELACUR MALAH DIA AKAN BINA ISTERINYA JADI WANITA SOLEHAH. Kelab Isteri Taat patut ditubuhkan tetapi kenyataan yang seperti meremehkan martabat wanita tak diperlukan.
- Mona Fendi · Top Commenter · 54 years oldini lah akibat ny bila belajar islam cara umno, cakap ikut sedap mulut tp akal letak kat lutut, camne wanita umno nk bersuara sbb diaorang pun same cam dr ni.
- Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMK
- Daiyiimpi DillaAmirul Othman baca sendiri gak laa.. nanti discuss ok? hehe
- Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMKMertabat kaum wanita cerdik pandai dikotori dan dicemari oleh Dr.Rohaya Mohamed Naib Presiden Taat Suami sepatutnya memdapat tentangan hebat dari kaum wanita sendiri atau NGO, kemana hilangan wanita UMNO yang tidak berani bersuara, kemana hilang sharizat... dengan kata-kata Dr.Rohaya menganggap wanita sedemikian rupa, semuga Allah s.w.t melanati Dr.Rohaya yang berpelajaran tinggi tetapi dianggap bodoh macam baldi.
- Jalal Man · Top Commenter · Information Collector at Own workerKalau takat cakap je...semua orang boleh tapi mungkin cakap berdasarkan pengalaman kot? Kalau berdasarkan pengalaman la, tak ada WANITA SOLEHAH sanggup jadi objek seks sebab SUAMI SOLEH tak akan minta isterinya jadi macam pelacur. Cuba beri komen tentang pendapat saya ni.
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.
Timbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohaya itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.
"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.
"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.
"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.
Minggu lalu, Dr Rohaya dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Katanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.
Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".
"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.
"Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.
Sehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.
Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.
Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan