Ahad, 16 Oktober 2011

TERIMALAH JIKA DAH LEMAH...SELIDIKLAH KESILAPAN...SUSAH KALAU TAK SEDAR2 JUGA...BAHAWA DAH LEMAH TAPI RASA GAGAH...

Ketua Wanita gesa Dr Koh tak bertanding dalam PRU

Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menggesa Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang demi kepentingan parti.

Tan yang membuat gesaan itu di persidangan perwakilan kebangsaan Wanita Gerakan, di ibunegara hari ini, bagaimanapun berkata Koh boleh terus memimpin parti pada PRU berkenaan serta membuat keputusan tegas mengenai masa depan dan kelangsungan Gerakan.

"Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti. Saya yakin beliau akan jadi lebih baik (sebagai pemimpin) jika tidak bertanding," katanya kepada pemberita selepas penggulungan persidangan sayap tersebut.

Tan berkata Gerakan yang merekodkan prestasi buruk pada PRU 2008 memerlukan pemimpin yang berani dan teguh sekiranya mahu terus 'hidup' selepas PRU akan datang.

Beliau juga mendakwa suara akar umbi semakin lantang mengkritik kepimpinan parti, dan menambah Wanita turut bimbang jika tidak ada tindakan tegas diambil oleh pucuk pimpinan sekarang, Gerakan akan terus dimalukan pada PRU akan datang.

"Kita nak dia ubah sedikit stail kepimpinan. Beliau perlu berani buat keputusan tepat dan jangan teragak-agak. Bila teragak-agak, persepsi rakyat dan ahli terhadap beliau ialah seolah-olah beliau adalah seorang pemimpin yang lemah.

"Kami mahu beliau berani membuat keputusan, tetapi ini tidak bermakna kami mahu beliau meletak jawatan," katanya.

Tan juga tidak bimbang kritikannya itu akan menyebabkan beliau tidak dicalonkan semula pada PRU akan datang.

"Saya tak ada masalah bertanding atau tidak, atau dipancung, tak ada masalah. Tapi yang penting saya mesti bertanggungjawab supaya parti tidak dipandang rendah oleh orang ramai," katanya.

Ahli parlimen Gerik itu turut berkata semua pemimpin parti yang telah kehilangan sokongan harus berundur daripada bertanding agar tidak melemahkan lagi semangat parti ketika menghadapi pilihan raya umum.

"Ini untuk survival kita, saya mahu sampaikan mesej kepada mereka supaya berundur, supaya parti kita boleh bangkit semula," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Tan yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan mengingatkan anggota Wanita agar memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) dan semua calonnya.

"Kita dah setuju bersama BN, BN adalah keluarga besar kita. Saya tak nak ada yang belot dan tak setia pada parti. Tak kira siapa (calon BN) yang bertanding, kita mesti undi," katanya.

Sementara itu, dalam persidangan Majlis Anggota Seumur Hidup (LMC) Gerakan hari ini, beberapa anggota menasihatkan Koh yang mempengerusikan mesyuarat selepas Pengerusinya Tun Dr Lim Keng Yaik tidak dapat hadir kerana jangkitan pneumonia, agar lebih tegas dalam memimpin parti.

Mereka berkata Koh yang memegang jawatan itu sejak April 2007, terlalu berlembut dan ini boleh menghalang parti daripada melangkah ke hadapan.

Ditemui selepas mesyuarat tertutup itu, Sow Siew Yong yang menyertai Gerakan sejak 1976, berkata semua perwakilan menghormati Koh, namun beberapa orang mengambil peluang menyuarakan kritikan mereka.

"Itu sajalah, ada yang kritik dia lembut sikit dalam membuat keputusan, jadi banyak yang bangun suruh dia berubah sikit," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun kata Sow, tidak ada seorangpun yang meminta Koh melepaskan jawatan presiden.

Dr Chee See Choke yang juga anggota Jawatankuasa Kerja Pusat parti berkata antara cadangan yang dibangkitkan LMC ialah agar Koh bertindak berani dalam perkataan dan tindakannya.

"Ya, tidak ada yang minta beliau berundur tapi mereka mahu beliau lebih tegas, mahu lebih banyak tindakan diambil," katanya yang menyertai Gerakan pada 1980.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin berkata semua anggota parti harus merapatkan barisan dan bersatu di belakang Koh.

"Beliau dipilih secara demokrasi. Suka atau tidak beliau masih presiden kita dan semua harus berdiri di belakang beliau.

"Saya fikir adalah suatu yang tidak betul untuk meminta presiden meletak jawatan tanpa alasan kerana kepimpinan adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya untuk Koh. Tentu buruk jika Koh berjalan dan berarak sendirian tanpa siapa di belakangnya.

"Bukan ini yang kita mahu dalam Gerakan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran persidangan sayap itu.

- Bernama


'Demi maruah Gerakan, Dr Koh mesti lawan Guan Eng'
Tiga perwakilan Gerakan hari ini menggesa presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di Pulau Pinang kerana ia berkaitan dengan maruah parti tersebut.

Berucap di Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-40 tengah hari ini, wakil Johor Teng Koh Keng menggesa presiden parti itu berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di kerusi Parlimen Bagan dalam pilihan raya umum akan datang.

tan lian hoe gerakan wanita chief agm 2011 4"Yang terbaik ialah untuk presiden kita untuk kembali ke Pulau Pinang dan berdepan dengan Lim Guan Eng," katanya dengan disambut sorakan dan tepukan hadirin.

Menurutnya, jika Koh bertanding di bekas kubu kuat parti itu, maka ia akan menaikkan semangat mereka dan menyatukan parti.

"Menang atau kalah adalah perkara lain, sekurang-kurangnya kita akan mengembalikan maruah kita."

Ia ekoran spekulasi sengit bahawa Dr Koh akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak, Kuala Lumpur atau Johor.

Gerakan telah memerintah kubu kuatnya Pulau Pinang selama hampir 39 tahun tetapi tumbang dalam pilihan raya umum lepas selepas ia kalah semua kerusi di negeri itu.

gerakan press conference koh tsu koon 2Perwakilan Kedah, Ngooi Ah Fatt juga bersetuju bahawa Koh harus kekal di Pulau Pinang jika beliau memilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Ngooi berkata: "Saya berharap beliau kembali ke Pulau Pinang untuk bertanding, ia akan meningkatkan motivasi Gerakan dan akan meningkatkan peluang kita untuk menang."

Turut bersetuju ialah wakil Terengganu, Feng Swee Heng yang berkata terdapat perdebatan hangat sama ada Koh patut bertanding di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau secara berseloroh berkata nama Koh bermaksud "anak Jantan" dalam bahasa Melayu, bagi menangkis kritikan bahawa dr Koh tidak berani berdepan dengan musuh politiknya.

Bagaimanapun, perwakilan Pulau Pinang Lee Boon Tien mengingatkan hadirin "jika Koh boleh menang di Pulau Pinang, ia adalah baik, tetapi bagaimana jika beliau kalah?"

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Dr Koh berkata beliau mengambil maklum sentimen para perwakilan parti.

"Saya dengar apa yang mereka katakan, tetapi di mana saya akan bertanding, saya akan membuat pengumuman tidak lama lagi."
Ketua Wanita Gerakan malu kepimpinan parti 'lemah'

Dalam satu serangan yang berlapik tetapi menyengat terhadap Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.

tan lian hoe gerakan wanita chief agm 2011 2Katanya, mereka malu menjadi bahan teguran dan dipandang rendah kerananya.

Tan menegaskan demikian dalam ucapan dasarnya di
persidangan perwakilan kebangsaan Gerakan hari ini.

Tanpa menamakan Koh (kanan), beliau berkata, "tulisan sudah terpampang di dinding" dan pucuk pimpinan tidak boleh menafikannya.

"Jika anda perlu berundur, maka berundurlah," katanya sambil menambah, sekiranya rakyat telah menolak seseorang pemimpin, maka akurlah dengan kehendak mereka.

Beliau yang juga ahli parlimen Grik turut membidas BN, yang disertai parti itu pada 1973, dengan mendakwa ia gagal belajar daripada pilihan raya umum lepas.

koh tsu koon gerakan agm 2011 storyKatanya, kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 tidak menjadi
pengajaran kepada kepimpinan parti-parti komponen dalam BN.

Malah, tegasnya, semangat permuafakatan "hanya dibibir saja".

Ini, katanya, ialah kerana ahli gabungannya angkuh, begitu tamak hingga merebut kerusi sesama sendiri serta bergaduh dan mensabotaj antara satu sama lain.

Beliau kemudiannya menggesa kepimpinan semua parti komponen supaya membiarkan pucuk pimpinan BN membuat keputusan mengenai "calon yang mampu menang"

Koh tolak gesaan berundur, kekal pimpin parti hadapi PRU

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah menolak gesaan supaya beliau meletak jawatan, sambil menegaskan bahawa beliau akan kekal memimpin parti itu sehingga pilihan raya umum akan datang.

tan lian hoe gerakan wanita chief agm 2011 2"Saya berhasrat untuk memimpin parti menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu sidang akhbar, sambil menambah beliau akan umumkan kemudian jika dan di mana beliau bertanding.

Sidang akhbar itu dipanggil sebaik berakhirnya mesyuarat perwakilan Wanita Gerakan di mana ketuanya, Tan Lian Hoe (kiri) - dalam ucapan dasarnya - membidas Dr Koh di atas kepimpinannya yang "lemah".
Tan menjelaskan kepada pemberita kemudiannya bahawa Dr Koh hanya mempunyai dua pilihan - perbaiki keadaan atau berundur.

Koh, sebaliknya menyebut, Tan kerap tidak menghadiri mesyuarat kepimpinan parti ,dan kerana itu, telah membuat penghakiman sedemikian.

"Mungkin jika lebih kerap menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) lebih kerap, dia akan lebih memahami apa yang sedang berlaku dan keputusan yang telah kami dibuat," katanya.

Dr Koh berkata Tan harus sedar bahawa ia adalah kepimpinan secara kolektif - merujuk kepada kedudukan Tan sebagai anggota CWC.

Mengenai dakwaan Tan bahawa beliau (Dr Koh) tidak mampu membuat keputusan yang sukar, presiden Gerakan berkat,a Tan berhak kepada pendapatnya.

Menurutnya, selepas persidangan perwakilan Gerakan ini, beliau akan membuat banyak keputusan yang sukar dan berharap Tan "boleh menerimanya dengan baik".


Wanita Gerakan harap diberi keutamaan jadi calon
Persidangan perwakilan tahunan Wanita Gerakan 2011 hari ini berharap agar calon wanita diberi keutamaan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Harapan itu disuarakan dalam resolusi sayap itu yang menyokong saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam merealisasikan Dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Wanita di Peringkat Membuat Keputusan Dalam Sektor Awam.

Ia merupakan satu daripada tujuh resolusi yang merangkumi 22 perkara berkaitan hak asasi rakyat, pendidikan, kesamaan gender, serta usaha membanteras kemiskinan dan gejala sosial, yang diluluskan sebulat suara dalam persidangan sayap itu hari ini.

Selain itu, Wanita Gerakan turut menggesa agar satu sistem pendidikan yang menyeluruh, teliti dan bersifat jangka panjang diwujudkan dengan memberi tumpuan kepada penguasaan Bahasa Inggeris dalam bidang teknologi.

Bagaimanapun, ia perlu dilakukan tanpa mengabaikan Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda demi mencapai taraf negara berpendapatan tinggi.

Bagi mempertahan dan memperkukuh kebebasan dan hak asasi manusia, persidangan turut mengusulkan agar mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan ekstrem dan berbaur perkauman yang boleh mengancam perpaduan dan keamanan negara dikenakan tindakan tegas.

Selain itu, mereka turut menggesa kerajaan membendung kenaikan harga barangan walaupun ia merupakan fenomena sedunia, dan memastikan rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik terus dibina bagi kemudahan rakyat.

- Bernama

Keng Yaik tak dapat hadir LMC atas sebab kesihatan
Bekas presiden Gerakan Tun Dr Lim Keng Yaik tidak dapat hadir untuk mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Seumur Hidup (LMC) hari ini berikutan masalah kesihatan.

Beliau sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu di Wisma PGRM di ibunegara pagi ini.

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon yang menggantikan Lim mempengerusikan mesyuarat itu memberitahu perwakilan bahawa pemimpin veteran itu mengalami pneumonia yang memerlukan beliau mendapat rawatan dan rehat yang mencukupi.

"Saya bercakap dengan beliau tiga minggu lepas dan beliau meminta saya untuk menyampaikan salam kepada semua anggota," katanya sebelum mempengerusikan persidangan itu.

Lim menjadi pengerusi LCM selepas meletak jawatan sebagai penasihat parti pada Oktober 2010.

Sementara itu, Koh memberitahu mesyuarat bahawa LMC, yang bertindak sebagai badan khas untuk parti, kini mempunyai 231 anggota.

Koh berkata generasi muda parti boleh mendapat faedah daripada pengalaman luas anggota seumur hidup itu, sekaligus merapatkan jurang antara kedua generasi.

"Ini adalah ciri-ciri yang sangat unik yang kita perlu jaga.

"Mereka adalah aset berharga bagi parti kerana ada antara mereka merupakan pengasas, malah sesetengahnya adalah anggota 'A' -- yang menyertai (parti) pada 1968 -- dan mereka masih bersama kita," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: