Khamis, 20 Oktober 2011

ALLAH TAHU...MANA TENTERA ALLAH....MANA TENTERA SYAITAN....LAKSANA HUDUD...ILMU ALLAH MERANGKUMI SEMUA TIADA YG TERTINGGAL...JANGAN KITA SIILAP

HIMPUN: Jangan cabar larangan sebar agama lain

Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN menegaskan agar larangan untuk menyebar dan mengembangkan agama selain Islam kepada umat Islam hendaklah dihormati dan tidak dicabar.

protest israel penang 020109 teras president azmi abdul hamidJusteru, pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata usaha pihak yang sengaja mahu mengelirukan kefahaman umat Islam atau cubaan memurtadkan mereka perlu sentiasa diwaspadai.

“Kami akur bahawa sememangnya cara mendidik dan memberi kefahaman yang mendalam adalah cara terbaik dalam memperkukuhkan akidah umat Islam, namun usaha pihak yang sengaja mahu mengelirukan kefahaman umat Islam tetap perlu diwaspadai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Sehubungan itu, Mohd Azmi mengundang semua kepimpinan Islam dari semua parti politik untuk turut hadir pada perhimpunan Sabtu ini dalam “semangat ukhuwwah sejati untuk menjunjung amanah Allah dan mengembalikan izzah ummah”.

Katanya, dengan kehadiran semua pemimpin Islam dari pelbagai parti politik pada perhimpunan itu, diharapkan semua ahli beragama Islam dari mana-mana parti politik akan memahami bahawa isu akidah umat Islam merentas dan mengatasi mana-mana kepentingan yang lain.

“Ia juga adalah kesempatan baik semua kepimpinan Muslim di negara ini menunjukkan bahawa mereka komited kepada usaha mengekalkan keamanan dan kehidupan harmonis antara agama di negara ini berdasarkan kedudukan Islam yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan.

NONE“Sekaligus ini juga peluang kepada semua pihak dari semua kelompok dan lapisan masyarakat Islam untuk menyatakan komitmen sebagai keluarga besar ummah menghargai betapa negara ini perlu dilindungi dari sebarang konflik antara agama,” katanya.

Mohd Azmi merujuk keputusan PAS dan PKR yang mengumumkan keputusan masing-masing untuk tidak menyertainya secara rasmi tetapi tidak menghalang ahli mereka daripada menghadirkan diri.

Hubungan harmonis

Menurut beliau, tindakan itu menjelaskan keadaaan bahawa tidak ada pengaruh parti politik atau mana-mana agensi yang berkait dengan instrumen parti politk dalam penganjuran perhimpunan yang digerakkan oleh NGO Islam.

Sebaliknya, kata Mohd Azmi, persetujuan agensi-agensi kerajaan dan separuh kerajaan serta NGO untuk hadir dan memberi sokongan adalah atas jemputan sekretariat HIMPUN.

NONE“HIMPUN beriltizam untuk memastikan bahawa penyatuan ummah dapat diperkukuhkan dalam ikatan akidah sebagai satu-satunya prinsip yang tidak mungkin umat Islam mahu berkompromi atau berpecah.

“Oleh kerana itu kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik agar bersama dalam perhimpunan tersebut supaya mendidik umat Islam bahawa akidah umat Islam mesti dipelihara dan betapa perlunya hidup berakidah di kalangan umat Islam diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama,” katanya.

Menurut beliau, perhimpunan itu juga adalah kesempatan baik semua kepimpinan Islam di negara ini membuktikan bahawa mereka komited kepada usaha mengekalkan keamanan dan kehidupan harmonis antara agama di negara.

Ia juga sekaligus memberi peluang kepada semua pihak dari semua kelompok dan lapisan masyarakat Islam untuk menyatakan komitmen sebagai keluarga besar ummah menghargai betapa negara ini perlu dilindungi dari sebarang konflik antara agama.

azlan“HIMPUN bertujuan untuk mendidik umat Islam supaya meningkatkan keiltizaman terhadap hidup berakidah Tauhid dan memastikan penghayatan Islam benar-benar diamalkan secara menyeluruh.

“Semangat untuk mengujudkan perhubungan yang harmonis antara semua penganut agama di negara ini tetap akan dipertahankan berdasarkan hak dan kebebasan beragama seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu ini selama empat jam dijadualkan bermula pada jam 2 petang.

Setakat ini, puluhan NGO Islam telah mengesahkan penyertaan dalam perhimpunan itu.

Antara mereka Gabungan Penasyid Malaysia, Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

  • Pakngah Rock · Pengulas Tertinggi · Kuli batak di PENCARI ROTAN
    Kalau dilaksanakan hukum hudud, masalah murtad tidak akan timbul di Msia. HIMPUN seharusnya digunakan sebagai wadah meminta kerajaan melaksanakan hukum hudud. Klik LIKE jika bersetuju dengan cadangan ini.
  • Rex Xar · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Intel
    adakah depa akan membenarkan pertubuhan agama lain untuk membuat perhimpunan yang lebih kurang sama. sure melaung membantah.. sudah2 la jangan membuat islam agama lemah. agama pilihan individu, salah sapa kalau penerapan iman tak sampai.. cuba bukak tv tgk wayang , cerita melayu tak there unsur islamik nye. kalau ada ustaz mai buang hantu saja. suasana kat rumah mengalahkan mat salleh.

    kesimpulan nye perhimpunan nih sia sia. korang kata ngo. apa end product. korang bukan nye parti politik nak buat dasar.
    kalau tgk agenda. pakai ramai2 kumpul pastu ucapan 2-3 org lepas tu bersurai. ada end product nye? yg nak murtad akan murtad juga.
    “HIMPUN bertujuan untuk mendidik umat Islam supaya meningkatkan keiltizaman terhadap hidup berakidah Tauhid dan memastikan penghayatan Islam benar-benar diamalkan secara menyeluruh." apa yg mendidik nye.. pakat yg berhimpun bukan nye iman yg goyang. yg goyang tak there nak port la pasal nih.. baik guna tenaga turun padang buat keja missionary/ dakwah.
    pi berhimpun kat masjid lagi baik ler.
    • Mohd Alias Hashim · Pengulas Tertinggi · University of Kentucky
      baik himpun nie g masjid n sama2 mengimarahkn masjid tanpa perlu mencetuskn ketegangan agama
    • Mohd Nor Nor · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Security
      Rex Xar mempunyai pandangan jauh ,penganjur cuba menyatukan Umat Islam dalam himpunan,mungkin penganjur tersalah pandang selama ini umat Islam memang telah bersatu hidup dalam harmoni ,tiada himpunan kesatuan umat islam tetap utuh,contohnya dalam satu kampong atau taman taman umat islam tetap berganding bahu apa jua bentok kebajikan sesama jiran walaupun berlainan idealogi politik dan taraf hidup.Umat isalam tahu tugas untuk membendong gejala murtad terletak dibahu Jabatan Ugama Islam dan Persekutuan.apalah daya umat islam untuk mengambil peranan lebih dari jabatan itu,masa bagi mereka hanya mencari rezeki bukan menjaga hal hewal murtad,dengan mengumpul umat islam dalam himpunan tidak akan kemana-mana,selepas 4 jam selepas itu ia akan menjadi sejok jika tiada langkah susulan pihak kerajaan mengumbal undangx murtad ,sama jua ibrat mencurahkan air didaun keladi.
    • Jamarul Nizam · UITM
      jangan mudah sangat buat kesimpulan...mereka mereka ini ( NGO) telah banyak melakukan dakwah ..cuma ramai yg x sedar...HIMPUN ini ada salah satu lagi kaedah bagi menunjukan Umat Islam di Malaysia tidak setuju dakyah agama lain terhadap umat Islam...adakah anda rasa ahli NGO ini x pergi jemaah di masjid?? Syukurla ada pihak yg melakukan untuk kita...doa kan agar usaha mereka ini diberkati Allah amin
    • David John · Top Commenter · Imperial College London
      saya sokong penuh dengan Perhimpunan Sejuta Umat islam ini... dan disini saya nak tanya apa kata NGO bukan agama islam yang lain pun nak buat satu Perhimpunan Seperti ini supaya agama mereka pun turut perlu dijaga dan tidak dipesokan oleh agama agama orang lain?
    • Ariff Wan · Top Commenter · Works at Bekerja sendiri
      kata Malaysia negara Islam. pemerintah Islam..ada Jabatan Agama Islam, tp kenapa ada org islam yg murtad..??
    • Rex Xar · Top Commenter · Works at Intel
      Jamarul Nizam ada ke berhimpun dan mewujudkan unsur ketegangan di tuntut oleh islam?. adakah ini cara yg terbaik. dah la perhimpunan nih membuat masa tanpa action plan dan objective yg jelas.
      ada byk benda bulih buat yg menunjukan keindahan islam bukan dengan cara tunjuk islam nih hooligan
    • Rex Xar · Top Commenter · Works at Intel
      Ariff Wan itu yg menarik tuh.. bila org lain tolong org tuh yang kena taji.. cuba tgk kes pesakit dan org tua yg dijaga oleh mubaligh kristian.. mana pi ustaz2 kita ngan bmw depa
    • Yazrin Yasin · Top Commenter · Senior Lecturer at Universiti Terbuka Malaysia
      Jamarul Nizam kamu jangan hipokrit macam penganjur HIMPUN tida kemananya HIMPUN malah BERSIH berkali-kali lebihbaik. Saya mahu HIMPUN diharamkan dari berhimpun
    • Yazrin Yasin · Top Commenter · Senior Lecturer at Universiti Terbuka Malaysia
      Jamarul Nizam saya nampak yang ramai akan menyertai himpun ini adalah ngo pro umno, puak umno, pencacai, perosak agama, pemuda umno dan puak hipokrit dan golongan katak. PKR dan PAS tidak menyokog 100 peratus kerana tujuan HIMPUN ini tidak ikhlas dan bermotif politik pihak musuh Kerajaan Pakatan Selangor. WallahuAlam.
    • Jamarul Nizam · UITM
      Yazrin Yasin ...maapkan saya kalau awk marah..saya x ada kaitan dengan politik...cuma saya risau dengan keadaan akidah umat di Malaysia sekarang..kalau dalam perhimpunan itu ada unsur politik , saya akan keluar stadium...x salah kalau awk dan saya berbeza pandangan..cuma kita jangan bermusuh ye...saya dan awk saudara se Islam..:)
    • Sahar Sahat · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Mohd Nor Nor

      sokong. yg pecah belahkan umat hanya pemimpin parti politik je. menghasut dan menakut-nakutkan.
    • Sahar Sahat · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Yazrin Yasin

      ya betul dan beratus2 bas membawa ahli umno (datang nak melancung je niatnye) dr seluruh malaysia akan tiba di Shah Alam. makan dan minum disediakan. sedikit wang poket.
    • Manman Mai · Top Commenter
      Mohd Alias Hashim betul tu....org nak bercakap bab ugama dlm masjid o surau ditangkap,,,,lg nak himpun2 lak...saja nak perbodokan rakyat,,,adakah sejuta org je yg rosak aqidah?,,,,hahahaha....betulkan pemimpin yg diatas tu dulu....semasa mufti perak umumkan ramai org islam yg murtad ,,,knp masa itu xnak panggil berhimpun....betul x,,,hipokrit yg menganjurkan ini....
  • Peter Peace · Top Commenter
    himpunan tidak bermakna jika pengganas atas nama islam mc teruskan misi mereka.. murtad ke kristian tiadk akan mengancam dunia kerna kristian (Yesus Kristus=Isa Almasih) bukan pengganas... adakah keganasan lebih baik dari murtad? pemimpin islam lebih takut umatnya murtad daripada umatnya penagih dadah, pencuri, perompak, pelacuran, maksiat, bohsia, matrempit, clubing, merogol dll. bagi pemimpin islam biarlah mereka menagih dadah, mencuri, merompak, pelacuran, bohsia, matrempit, clubing, merogol dll asalkan jgn murtad.. lucu.. god bless u all..
    • Xyza Caution · Top Commenter
      maaf saudara...kamu telah menghina agama kami (Islam)....harap jgn bagi komen dalam bab agama.....komen ini boleh memecahkan perpaduan antara rakyat malaysia berlainan agama....provokasi ini terlampau teruk jika orang agama kami baca statemen kamu ini...
    • Peter Peace · Top Commenter
      Xyza Caution - maaf jika terasa. saya tidak menghina. ambil lah yang keruh dan jadikan la ia jernih.. kalau rasa tidak benar apa yang dikata pedulikan... kata2 ku tidak akan memberi kesan bagi orng yang beriman.. damai serta mu semua...
    • Rex Xar · Top Commenter · Works at Intel
      Xyza Caution aku tak rasa dia provoke pun
  • Halik Zaman · Top Commenter
    HIMPUNAN bertujuan untuk mendidik umat Islam supaya meningkatkan keiltizaman terhadap hidup berakidah Tauhid dan memastikan penghayatan Islam benar-benar diamalkan secara menyeluruh.

    Satu lagi cubaan UMNO dalam berselindung dibalik himpunan sekadar nak test market sokongan orang Melayu kepada UMNO.

    Akidah, Tauhid dan penghayatan Islam bukan terdapat didalam perhimpunan ia MESTI tertanam SEDIA ADA didalam hati masing masing. Saya anggap himpunan itu bagai kereta buruk nak charge batery sahaja.
    ...See More
  • William Yap · Top Commenter
    Tak kisah la kalo nak berhimpun sampai bila dan mana2, negara malaysia ni negara democrasi....

    Aku hairan, kalo berhimpun ini boleh memartabatkan aqidah umatnya? Ini la orang yang terlalu taksub dengan agama, biasanya orang yng terlalu taksub ni la yang selalu sesat dari Yang Maha Esah.... Baik korang buat expo Islamiah daripada himpun gitu saja?

    Aku percaya, semua agama ada punyai keindahan istimewa yang tersendiri, ia terpulang kepada lubuk jiwa suci individual untuk menikmatinya. Namun, kekadang kita tak sedar keindahan ini telah dirosaki oleh ketaksuban seseorang dalam agama yang dibelengui dengan penuh nafsu...
  • Fahmi Iberahim · Pengarah Urusan II at Bingkisan Fikrah Group
    Untuk rekod, sudah 3 kali pemimpin PAS membentangkan Rang Undang2 anti Murtad utk diluluskan di Parlimen...tapi siapa yg jadi penghalang???
  • Gikal Samud · Top Commenter · UITM
    himpunan dilakukan disaat ambang PRU.apakah kebetulan diadakan atau dirancang saat akhir atau ada tangan-tangan ghaib yang sengaja. Ianya dilakukan di Shah Alam. walaupun tujuannya adalah baik tapi takut2 ada orang yang meneguk di air yang keruh.
  • Hamdan Sopian · University of Ottawa
    sekejap tak libatkan politik sekejap ajak parti politik join pulak....apa benda ni...macam ada yang tak kena aje...
  • Haji Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Works at Sk chukai
    Islam agama rasmi negara. Islam agama yang benar. Islam agama kesehteraan. Islam agama keadilan. Islam agama yang lengkap. Orang Islam hendaklah kembali kepada al-Quran sebagai penyuluh kehidupan. Orang Islam hendaklah mematuhi segala suruhan dan larangan Allah. Orang bukan Islam boleh hidup aman di bawah panji-panji Islam. Oleh itu janganlah ganggu menganut Islam untuk murtad dari agamanya. Jangan ambil kesempatan kelemahan iman orang Islam untuk mendorong mereka menganut apa-apa agama lain di Malaysia. Saya sokong himpunan ini jika ia bertujuan untuk menyedarkan rakyat di negara ini.

    “Hari ini telah Aku sempurnakan agamamu bagi manfaatmu, dan telah Aku lengkapkan nikmat-Ku atasmu dan telah Aku sukai bagimu Islam sebagai agama”. (S.5 Al-Maidah:4).
    • Stephen Chung · Top Commenter · University of Nottingham
      20 PERKARA

      Perkara 1: AGAMA

      "WALAUPUN TIADA BANTAHAN TERHADAP ISLAM MENJADI AGAMA RASMI MALAYSIA, AGAMA RASMI TIDAK ADA DI BORNEO UTARA DAN PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN ISLAM MENGIKUT PELEMBANGAAN MALAYA HENDAKLAH TIDAK MERANGKUMI BORNEO UTARA."
      ...See More
    • Peter Peace · Top Commenter
      bersaing la dengan adil jika kalian mangaku agama islam ada keadilan... damai serta kalian..
    • Rul Cornalgo · Top Commenter · UKM Bangi
      bukan di sarawak bro..........
  • Shashi Kumar
    kalau dia nak murtad biarlah, lagipun nak tukar sebab hilang keprecayaan pada islam. nak himpun 16juta rakyat islam pun tak guna, sebab lihat di bandar selangor, johor, kl, PP. ramai warga islam kunjung pub, minun arak, peluk dgn wanita belun di kahwin, kerja kat kilang arak di tepi highway federal, kerja kat pasaraya yang jual babi dan arak.baju ketat dgn pakai tudung,, simpulanya himpunan buang masa dan tak bermakna. hidup dgn kebebasan agamaaaaaa
  • Wawe Aklee · Top Commenter
    MAAF TUAN, KALI INI KITA BERBEDA PENDAPAT DALAM MENILAI KESAN BAIK ATAU TAK BAIK DARI TINDAKKAN INI.........SAYA AKAN TERUS MEMINTA SUPAYA ORANG RAMAI LEBEH BERWASPADA.DAKWAH MEMPERTAHANKAN AKIDAH SEHARUSNYA JUGA TIDAK LARI DARI SEMAGAT PERSAUDARAAN YANG DIAJAR NABI MUHAMMAD SAW.
  • Din Gombak · Top Commenter
    Usah ditangis pada peristiwa semalam kerana ia akan menjadi tragedi yang akan dikenang. Tapi, usah juga dikenang tragedi semalam kerana ia akan menjadi sembilu yang menikam. Biarlah dia menjadi penumpang malam, terus melukut bagi meraih impian di dunia yang bukan syurga...
  • Foxtrot Juliet · Top Commenter · Bukit Mertajam
    lepas ni semua pihak agama harus anjur HIMPUN.
  • Fadzli Hussin · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    daripada kita menghimpun sejuta ummah ditengah padang dan cakap merepek2..apakata kita buat himpunan tiap-tiap waktu solat di masjid2 dan surau2 sambil mendengar kuliah dan solat berjamaah. Apakah mereka yang "cinta" Islam ni menjadikan solat berjamaah dan menuntut ilmu sebagai amalan harian mereka demi memperkukuhkan ukhwah dan aqidah Islam? Kalau tidak, maka tak payah buang masa mendengar ucapan2 sentimen perkauman dan agama. Kenapa nak salahkan penganut agama lain memperkembangkan ajaran mereka sedangkan kita sendiri menghalang perkembangan Agama Islam?
  • Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHA
    Isu murtad perlu dilihat puncanya - antaranya didikan agama yang diperolehi, masyarakat sekeliling, jabatan dan badan kerajaan dan kerajaan sendiri. Mengapa undang2 murtad yang lebih tegas tidak dilaksanakan dan mahkamah syariah tidak berkuasa mengapa? Ini bukan gara2 pemerintah yang sedia ada bersifat sekular dan takut serta tiada berkeinginan untuk melaksanakan undang2 Islam. Bila perkara murtad dah jadi pekung baru nak tunjuk jaguh konon merekalah pembela Islam. UMNO perlu bertanggungjawab dalam kes ini jangan lepas tangan. Jawablah di akhirat nanti pemimpin2 Islam yang ada kuasa tetapi tidak menjalankan amanahnya.......
  • Ishak Ahmad · Top Commenter · Ilp
    Jangan salahkan orang lain atas kegagalan kita, MUHASABAH dimana silap kita/dimana kelemahan dan perlu perbetulkan.Kita harus bermula dari garisan permulaan untuk menuju ketitik penamat yang tiada penghujungnya? Semasa ABIM dan gerakan Islam dizaman puncaknya dulu tak pernah dengar pun gejala macam ni? Tetapi bila gerakan islam dilemahkan oleh pemerintah islam tu sendiri ini lah jadinya. Aktikan semula NGO semarakan gerakan mereka semacam tahun 70/80an. Laksanakan perundangan islam secara menyeluruh.
  • Kamaruddin Kassim · Top Commenter · Universiti terbuka
    HIMPUN perlu letakkan asas perhimpunan ini kepada asas AQIDAH ISLAMIAH SAHIHAH & AKHLAQ ISLAMIAH SALIMAH ... ini sahaja yang dapat harmonikan suasana .... masyarakat bukan Islam akan melihat akhlak mereka yang berhimpun dan mesej Islam yang akan dikumandangkan supaya jelas Islam itu agama yang membawa rahmat seluruh alam ... buruknya Islam dari pandangan bukan Islam apabila mereka kaitkan Islam itu melayu dan melayu itu Islam. Melayu yang jahil terhadap Islam yang membawa imej yang tersasar dari aqidah dan akhlak Islam.
  • Basir Parto · Top Commenter · Un. Putra Malaysia
    SAYA CADANGKAN PERGI JE DLM PERHIMPUNAN HIMPUN..JIKA ADA UCAPAN YG MEMBAKAR KEHARMORNIAN KAUM DIMALAYSIA N MENGUNTUNGKAN PARTI YG TERDESAK UTK MERAIH UNTUNG , KELUAR BERAMAI2 DRPD SETADIUM AGAR PENGANJUR TAHU APA YG TERSIRAT DRPD APA YG TERSURAT...HARAP2LAH PENGANJUR JANGAN JADI BABI TUNGANGAN PHAK TERTENTU...BAGITULAH YG KITA HARAPKAN
  • Smiley Everyday · Top Commenter · Chulalongkorn
    Tak payah berhimpun buang masa.Bukankah di masjid tiap-tiap kali Jumaat sudah ada khutbah jumaat.Bukankah umat Islam telah berhimpun setiap Jumaat seluruh negara.Lebih baik penganjur Himpun bagi tek kepada iman masjid seluruh negara apa yang nak disampaikan supaya dibaca pada khutbah Jumaat.

    Kalau nak buat juga boleh tapi desak Putrajaya buat hudud di Malaysia bukan Kelantan sahaja.
  • Yong Chun Wah · Top Commenter
    Menunjuk perasaan dan Melarang google, yahoo, dll enjin mencari internet sebab cuma satu klik, seseorang boleh dapat mazhab2 syiah, sikh, buddha, dll..dan kemungkinan akan meninggalkan kepercayaan dulu dulu? Biar semua manusia di dunia tau? kaka!
    • Yong Chun Wah · Top Commenter
      Satu keajaiban dunia? dengan berhimpun, akidah akan kembali? semua maksiat seperti rasuah, zina, dll akan hilang? kaka!!
  • Wan Umno Wan Najib · Top Commenter
    Kenapa kita nak salahkan agama lain jika ada orang islam jadi murtad. Bukankah kita sendiri yang gagal mempertahankan akidah kita sendiri. Tolak hukum hudud, itulah puncanya.
  • Mohd Alias Hashim · Top Commenter · University of Kentucky
    HIMPUN harus mendesak kerajaan malaysia utk melaksanakn hukum hudud....lagi bgus sbb kalo hudud dilaksankn maka umt islam xkn murtad.......
  • Aiman Rizal · Sekolah atap rumbia
    kalau betok karana Allah, perjuangkanlah hudud.....kalau tidak memang kumpulan HIMPUN hipokrit......adik beradik munafik...
  • Ahmad Shanif · Works at Self Employed (Business)
    HIMPUN. Never too late rather than doing nothing. 1M just a number! and then what's next? keep up the good work and stay awake. Maher Zain: Insyaallah.. ada jalanNya.
  • Man Kadir · Top Commenter
    Program menguntungkan Umno untuk pecah belah perintah menjelang PRU 13 - Ngambeh kan boreh jo kalau poyi berhimpun tu .... APA MACAM?
    • Azri Mohamad · Petaling Jaya, Malaysia
      Yg menentang hudud juga salah satu perkara yg merosak kan akidah.masuk kan juga dlm Himpunan tu nanti,kalau betul2 ikhlas nak perjuang Islam lah.
    • Man Kadir · Top Commenter
      AM: Mana boleh cadangan kamu tu - puak tu yang sponser sakan nak buat dasar pecah belah perintah .... APA MACAM?
  • Shahrul Nizam · Top Commenter · Seri Kembangan
    Berhimpun selama 4 jam dari pukul 2 sampai pukul 6 duduk dalam Stadium bersama SEJUTA manusia? Apa kebaikannya?
  • Ahmad Bohari · Works at MDKpr
    setuju tapi haramkan NGO umno/bn sertai HIMPUN ini.
    • Nedy Ganu · ITM Shah Alam
      Dasar hipokrit. Konon mperjuang agama islam. Amno sebagai parti pemerintah yang berkuasa, kenapa x laksana akta/undang berkenaan murtad jika bebenor perjuangkan islam.
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Director at Own business
    SAYA KIRA ALLAH TAK AKAN SURUH KAMU SEMUA BUAT BEGINI, ISLAM SANGAT HALUS BUDI BAHASA. KALAU HENDAK ORANG LAIN MENGHORMATI ORANG ISLAM DAN AGAMA ISLAM DENGAN CARA MEMBERI PANDUAN SECARA LISAN ATAU BERTUKAR PENDAPAT DENGAN AGAMA LAIN , SUPAYA HUJJAH KITA DI-TERIMA DAN ISLAM AKAN DI-HORMATI.
  • Abdul Rahmat Abdullah · Top Commenter · SEK MEN KUALA KETIL 2
    SEMUA NYA DARI UMNO BAGI LESEN JUDI, ARAK, PELACURAN, HIBURAN YG TAK MASUK AKAL, JADINYA ORANG MURTAT, BANTAH HUDUD LAGI MURTAT....
  • Jamlus Abu Bakar · Top Commenter · Kota Bharu Teachers College
    pandangan sayalah kalau nak berdakwah tak payahlah nak berhimpun hingga satu juta....ini akan menimbulkan riak dikalangan orang tertentu. Rakyat semua tahu dan yakin akan akidah islam. Pada saya apa yang penting ialah melihat dipersekitaran kita...apa yang sedang berlaku. Kenapa ramai yang murtad....dan cuba analisa siapakah yang terjerumus....Rakyat diMalaysia bukan semuanya berada...ada tu nak makan pun susah. Jangan pandang depan mata sahaja...cuba pandang jauh2 sampai ke Sabah...Sarawak...dalam hutan..Orang Asli. Jangan tinggal kan juga orang yang sakit teruk...tak dapat bayar bil hospital...Selalunya mereka ini yang dipancing sebelum orang Islam (Ulamak) dapat memainkan peranan. Ulama Islam ni biasanya melihat yang dibandar2...yang berkedudukan....yang sihat...dan mereka inilah yang diceramahkannya....Cuba lihat dalam TV...apa yang berlaku...
  • فايز ناقمان · Top Commenter
    Usah berbicara soal hudud jika perkara semudah hadir berhimpun demi menzahirkan ukhwah sesama saudara-saudara seakidah di atas satu padang pun kita tidak rela bahkan ada pula yang MELARANG Muslim lain dari menyertai mungkin satu-satunya perhimpunan terbesar umat Islam Malaysia setelah merdeka ini.... ALLAHUAKBAR!
  • Letung Lilih · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    Kalau perlembagaan dah mmemberitahu bebas beragama, ertinya tak salah murtad.
  • Mohd Kamal · Top Commenter · Ikbn
    apakah objektif akan tercapai andai agama lain pun nak pertahankan agama mereka jugak? kena cari punca apa masalahnya. KENA INGAT, PM kita bersama BUAH HATINYA di LOMBOK. so, apa2 berlaku, dia akan lepas tangan. KENA INGAT, Ops LALANG dan PERISTIWA MEMALI. di mana PM pada masa tu? kenapa PM tak dijemput secara RASMI @ beliau mmg akan hadir? NIAT BAIK TAPI PERANCANGAN BURUK, ROSAK JUGAK NATIJAHNYA.
  • Aminuddin Jusoh · Top Commenter
    pakat istigfar banyak-banyak, pakat-pakat jaga keluarga agar selamat dari api neraka.... sejuta nak berhimpun? setiap hari berjuta-juta rakyat tanpa berhimpun dihidangkan dengan menu api neraka dari media cetak dan elektronik...
  • Arl Alex · Top Commenter
    Boleh la cakap gah mcm tu, siap bg warning lg. Tapi selama ini pengislaman umat kristian apa cerita? Ada umat kristian buat protes? buat bising? come on la otak udang...kalau nak kata yg muslim masuk islam sebagai usaha umat kristian mengkristiankan islam, hal yg sama sebenarnya menjadi sentimen umat kristian! So hal2 agama hendaklah ditangani dengan bijaksana bukan dengan berlagak hero seperti ini! Sekali lg sya tekankan bahawa di Sabah dalam 20 perkara pra syarat tubuh negara MALAYSIA ( terdiri dari tanah malaya, Sarawak dan Sabah), perkara pertama adalah berkenaan AGAMA dimana Perkara 1 menyetakan : walaupun tiada halangan agama islam sebagai agama rasmi di peringkat persekutuan, TIDAK ADA AGAMA RASMI DI SABAH DAN PERLEMBAGAAN BERKENAAN UNDANG2 ISLAM DI PERSEKUTUAN ADALAH TIDAK TERPAKAI DI SABAH". So kalau u all nak cabar agama lain, berlagak sombong dan gagah...buat la di tanah malaya sahaja. Kalau u all rasa agama lain xda perasaan sya percaya agama lain pun tak akan peduli perasaan u all suatu ketika nanti! Ingat u all shj yg sembah Tuhan? Mana dunia tak berperang dengan kaum fanatik mcm u all!
  • Gm Insaniah · Kolej universiti insaniah
    kami boleh sertai HIMPUN dengan syarat HUDUD juga dketengahkan untuk UMMAT ISLAM.... itu jelas dahulu.
  • Mapia Mapio · Top Commenter · Cyber cafe
    Number of words from article : 554.
    Words that not found : (Use Ctrl-F to find).
    1. Program
    2. Aturcara Himpunan
    3. Prosedur / Kawalan Himpunan.

    Where to find this 3 things, any suggestion or more details.
  • Mazlan Mohd Hassan · Top Commenter · MPPP TERENGGANU DAN USM
    Hukum Hudud dan Qisas TIDAK MAHU dilaksanakan, macam mana nak laksana Hukum Murtad. BODOH punya program. Kelantan nak laksana hudud kerajaan pusat sekat.
  • Ah Cong · Top Commenter · University of Texas Medical Branch
    tak nak bagi umat islam murtad bagi orang yang pandai ajar agama islam banyak2...
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    raayat di ajak berakidah pemimpin2 yang ada kuasa buat endah tak endah
  • Koyoka Kakatuk Ma · Top Commenter
    Kepada Agama bukan Islam, teruskan menganuti dan fahami agama masing-masing kerana Tuhan itu lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Tiada seorang pun manusia didunia ini yang dapat mengatasi kekuasaan Tuhan, cuma manusia itu kekadang lupa akan kekuasaan Tuhan terhadap semua umat manusia. Saya percaya setiap agama mengajar penganutnya untuk melakukan kebaikan.
  • Ddy Fahmin · Top Commenter · Works at Berniaga
    Acara himpunan lepas ansar adalah sembayang SOLAT HAJAT di imamkan Datuk IBRAHIM ALI - PERKASA. YB Zul 9/10 dan Ezam. semua peserta himpunan wajid bersama solat hajat tersebut.
  • Ahmad Aiman · Top Commenter · Kulim
    alhamdulilah satu tulisan yang telah menjelaskan lagi kenapa perlunya HIMPUN ini.utk lebih lanjut sila ke web nya...............................................................................................

    Bermacam-macam tulisan artikel yang tidak optimis, baik secara timbulkan bermacam solan dan secara emosi yg ingin meragukan KITA daripada hadiri HIMPUN sabtu tenghari ini.

    kami katakan...TIDAK akan dapat meragukan KITA.
    ...See More
  • Tengku Wong · Shah Alam, Malaysia
    ..semoga perhimpunan tersebut berlaku dalam suasana aman..diharap tidak ada barang yang merbahaya dijumpai oleh pihak keselamatan seperti parang panjang, molotov cocktail (dalam botol plastik), baju kunig.rantai basikal, mercun bola dsb seperti dalam perhimpunana BERSIH 2 tempohari..
  • Ah Cong · Top Commenter · University of Texas Medical Branch
    nanti agama kristian nak buat himpun, pastu hindu nak buat himpun pastu budha nak buat himpun dan ramai lagi yang buat himpun sapa yang susah polis juga yang susah... umat islam wajib belajar agama baru la tak murtad walaupun bapok iblis datang menghasut... setiap umat islam perbetulkan akidah masing2 yang haram wajib jgn buat yang baik dan selari dengan allah suruh wajib buat baru betul akidah...
  • Kamall Dinn · Top Commenter · Network Administrator at Telekom Malaysia
    amaran azmi ni sama dak ngan amaran presiden perkasa.
  • Ah Hads · Top Commenter · Critical Thinking at The National Gallery of Art
    Dewan Pemuda PAS Malaysia, sebagaimana telah dipertegaskan oleh ketuanya, Ustaz Haji Nasrudin bin Hasan Tantawi, menyatakan sokongan terhadap usaha beberapa NGO muslim untuk menggerakkan dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pada 22 Oktober 2011 ini dengan tujuan menunjukkan keperihatinan bersama terhadap usaha menyelamatkan dan memperkasakan akidah umat Islam daripada diganggu gugat oleh musuh-musuh Islam yang berusaha merosakkan akidah umat.
  • Nohal Lah · Top Commenter · Jurukur Bahan at JURUBINA AMANAH
    Taktik terbaru UMNO untuk kekalkan kuasa. main isu sensitif dah cuba cetus huru hara, kemudian mereka isytihar darurat, apabila darurat mereka akan berkuasa, kerana dalam keadaan darurat sape yg melanggar arahan pemerintah akan ditembak, jadi UMNO makin berkuasa kembali..jgn terpedaya ngn taktik UMNO..jatuh UMNO dahulu kemudian kita himpun 100 juta umat sokong hudud..first thing JATUHKAN UMNO.
  • Soby Jaafar · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
    KADANG2..ORANG LEBIH BANYAK BUAT BENDA MENGARUT DARI BENDA2 YANG PATUT........DUNIA AKHIR ZAMAN.
  • Hasbarullah Din · Top Commenter · Sandakan
    Harap perhimpunan tersebut tidak lari dari tujuhan asalnya........... rasanya lebih baik jika ketua agama negara serta agama lain juga dijumput hadir supaya memafahi akan tujuhan perhimpunan tersebut serta amanat yg disampaikan tidak disalah ertikan oleh pihak tertentu.............. kebebasan beragama di negara kita jgn disalah ertikan tetapi jika ada pihak yg hendak memaksa @ mengajak seseorang tu utk menukar agama nya dgn memburukan agam lain tindakan keras harus diambil pada pihak tersebut.........................

HIMPUN: Umno S'gor mahu hadir, PAS tak ikut serta

Pemuda Umno Selangor akan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu itu atas dasar perjuangan Islam dan bangsa Melayu, kata ketuanya, Engku Salleh Engku Jamal.

“... Siapa yang menganjurkannya tidak penting kerana yang paling utama adalah perjuangan Islam dan pertahankan akidah umat lslam di negara ini," katanya dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini.

Laporan itu memetik Engku Salleh berkata dianggarkan lebih 2,000 Pemuda Umno Selangor akan turut serta dalam perhimpunan itu.

Bagi PAS Selangor pula, ia tidak akan mengambil bahagian, selaras dengan keputusan yang dicapai oleh pemimpin parti itu malam tadi.

"Oleh itu, Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) mengarahkan semua ahli PAS di Selangor agar tidak terlibat dalam himpunan tersebut selaras dengan arahan pusat," kata setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dalam satu kenyataan.

Malam tadi, presiden parti Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak akan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut kerana penganjurnya berkata ia tiada kaitan dengan politik.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.

PKR Selangor bagaimanapun, akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

ketua penerangannya, Shuhaimi Shafiei dipetik Sinar Harian sebagai berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut memandangkan pihaknya belum membincangkan perkara itu.

ezam mohd noor at mca function 2Selasa lalu, penganjurnya memberi jaminan HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Secara khusus, pengerusi bersama himpunan itu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi - Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.

Sinar Harian juga melaporkan perhimpunan itu mendapat sokongan daripada NGO Islam, termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

"Program yang asas tujuannya penyatuan ummah dan menentang mana-mana organisasi yang cuba mendakyahkan agama mereka untuk memurtadkan umat Islam," kata setiausaha agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman dalam laporan tersebut

  • Hassan Dinar · Pengulas Tertinggi · Kedah
    komen ketua pemuda Umno “... Siapa yang menganjurkannya tidak penting kerana yang paling utama adalah perjuangan Islam dan pertahankan akidah umat lslam di negara ini,... YANG PAS NAK TEGAKKAN HUKUM ALLAH NAPE TENTANG.

    TALAM DUA MUKA PUAK UMNO NI.
    • Kawan Maya · Pengulas Tertinggi · umur 36 tahun
      1000 muka,bermuka2
    • Ahmad Hj Saad Ahmad · Pengulas Tertinggi
      bila masa pas nak tegakkan hukum islam...bila nak pilihanraya je baru cerita nak buat hukum hudud..habis pilihanraya bila dah menang kelantan knapa tak buat dah 20tahun pegang..cerita je lah lebih...Himpunan ni untuk umat islam yg benar nak kan islam ni kuat di dunia..jadi kalau korang rasa tak nak islam yg kuat di dunia..korang tak payah komen lah buat bodoh je seperti org bodoh dah...kuasa agama kat tangan negeri buat kat kelantan dan kedah dulu...barulah tercabar umno...ni bila ceramah kat penyokong sendiri bolih lah cakap macam macam..yg nyata kelantong je lebih
    • Imlaini Mohd Zain · Pengulas Tertinggi
      Hassan Dinar..UMNO x suka buat keja, dia suka buat teori, practical x mo buat, PAS buat teori n praktikal...nak suh org kata dia org buat keja, join la perhimpunan ni ha, masukla paper front page..keja depa ni kelauut!!
  • Mak Oda · Universiti Teknologi MARA
    SELALUNYA UMNO HIDANGKAN KONSERT ROCK, HEAVY METAL, MUZIK RANCAK YANG MELALAIKAN...HARI TETIBA NAK BUAT KONSERT NASYID PULAK DAH... PELIK BILA MAK TIRI YANG HARI HARI BAGI MAKAN LAUK BASI, TIBA TIBA BAGI MAKAN HIDANGAN YANG SUNGGUH LAZAT DAN MENYELERAKAN...
    • Amir Ehsan Zulkifli · Pengulas Tertinggi · Auckland, New Zealand
      mAK oDA...TRINGAT CITER BAWANG PUTIH BAWANG MERAH..BILA AYAH ADA KAT UMAH..SKIT NYER BAIK MAK TIRI LAYAN BAWANG MERAH...BILA TAK DER AYAH KAT UMAH.....HIHIHHIHI.....MAKAN PENAMPAQ JER LER KIJER BAWANG MERAH TUHH..KUIII
    • Mujahid Rusydi · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
      mak tiri tue kak ros....keh2...
    • Sahar Sahat · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      nak ubat penyakit tapi hisap rokok gak....mana nak sihat.
    • Ahmad Muhammad · Top Commenter
      dekat p/raya tu...
    • Corleone Don · Top Commenter · UTM Skudai
      keputusan yg PAS buat adalah tepat...jelas UMNO akan mengambil peluang untuk mempromosi geng songkok tinggi sama ada PAS ikut atau pun tak...teringat masa Allahyarham Fadil Nor berada atas pentas yg sama dgn mahathir dlm isu palestin dulu...
    • Mohd Nor Nor · Top Commenter · Works at Security
      ok mak oda,beralih selera,pulak nampaknya,biarlah mak oda ,moga-moga selepas dengar lagu nasyid,insaflah meke-meke ni..
    • Ujang Bah Nie
      yg baik sokong, apa yg susah? otak dah tak boleh terima kebaikan? klu pas sokong islam, umno sokong islam, salahkah disisi agama?
    • Zaman Huri · Top Commenter
      Amir Ehsan Zulkifli
      BAWANG PUTIH LA YG SELALU KENA DERA..HE HE
    • Imlaini Mohd Zain · Top Commenter
      Ujang Bah Nie , bak kata Cik Det kita..dah lamaaa dahh! tulis atas kertas berjela2..mana perlaksanaanya??? mcm cikgu suruh ketua kelas tulis nama murid2 yg buat bising dlm kelas, pas tu dia kasi pada cikgu, cikgu tong sampahkan..lama2 ketua kelas tu pun malas dah nak tulis!!
    • Zaimafauzie Bin Zainun · Top Commenter · 40 years old
      Abg Bob Lokman mesti tengah duk gelak kat rumah bila baca UMNO nak himpun pasal islam... dia pun kena tangkap pasal nak ajak org islam ikut islam.... fening2....
    • Tarik Tali
      Ujang Bah Nie dalam politik ni penuh dengan helah dan tipu daya... orng yg sebelum ini nk laksana islam..nk hudud..nk keadilan..nk bersihkan sistem pilihan raya..mereka UMNO dan Barisannya tolak habis-habisan..fitnah mcm2..yg terbukti di mahkamah x disabitkn kesalahan masih diwar-warkn dlm media terluas tb1,2,3 surat khabr berita harian dan utusan.. nk mintak kaji balik penyelewengan dlm pemerintahan..dlm simpanan duet2 zakat yg kita x nafikan ade ketirisan.. menyebabkan orng islam n bukan islam jauh dengn Islam.. selama 50 tahun lebih dh pkara ni berlarutan..di tentang oleh mereka.. tiba2 sabtu ini nk berhimpun dengan mendakwa diri mereka adalah pejuang agama.. aqidah.. bangsa.. negara.. sama2 kita fikirkan...
  • Nat Halil · Works at Mesin memesin
    lebih baik buat himpunan menuntut kerajaan malaysia laksanakn undang2 murtad yg berlandaskan Islam..
  • Kngah Nazmi · Works at Self employed
    Zaman Nabi pd tahun 9 Hijriah puak2 Munafik bina Masjid dan ajak Nabi gi rasmikan atas nama Islam..lalu Jibrel turun arah pd Nabi jangan pergi pasal tu sume perancangan puak MUnafiq dan Allah suruh bakar Masjid tu dan dinamakna masjid Dhirar..(sesat),, sama dengan HIMPUN ni...keje puak munafik belaka!
  • NuAr's Forever's
    Motif : adalah perjuangan Islam dan pertahankan akidah umat lslam...hukum allah korang tentang...Puiii.
  • Syeikh Amri Al-Baluni · Top Commenter · Sukuruti Gad at Import and Export
    Perjuangan Islam dan pertahan akidah? wakakakak! Lagi lawak dari Edisi Khas puak-puak nih!
  • Shahrul Nizam · Top Commenter · Seri Kembangan
    Kalau dah Hishammuddin tak kata apa2, Soi Lek pun senyap, polis pun senang2 bagi permit, NGO2 yg buat huru2 hara beria2, senatak, katak2, muka2 kontroversi dalam PR, kakitangan kerajaan yg pro BN &.. beria2. Lu fikir la sendiri. Ada udang sebalik katak.
  • Tsunami Bomb · Top Commenter · Works at Human Rights First
    betulkan la akidah pemimpin2 umno dahulu sebelum nk jaga akidah umat islam di negara ni..ajak la rosmah skali berhimpun kalau berani wahai ezam, nordin, ibrahim ali..hidup keris!
  • Zainal Hashim · Top Commenter · ITTAR
    ANTARA HIMPUNAN SEJUTA UMAT... LEBIH AFDAL LAGI HIMPUNAN RAKYAT TUNTUT SPRM HERET ROSMAH DENGAN CINCIN BERLIAN KE MUKA PENGADILAN.... AMACAM?
  • Azman Ripin · Top Commenter · Works at My own business
    Perhimpunan yang tiada tujuan...PAS no need to involve..
  • Azman Abidin · Kuala Lumpur, Malaysia
    Bukan dengan cara berhimpun dapat membetulkan akidah umat islam, ini perangkap umno kepada semua umat melayu.
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    pemuda umno selangor wajib mendesak najib mengubal undang2 murtad,,, itu pun kalau pemuda umno selangor ada telor.....

PERKASA tetap sertai HIMPUN walau tak berucap
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau tiada masalah dengan penganjur Perhimpunan Sejuta Umat yang tidak mahu beliau berucap dalam perhimpunan 22 Oktober.

"Kita pun tak berminat (berucap)," katanya lagi ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.

NONEJelasnya, penglibatan beliau dalam perhimpunan itu hanyalah dalam soal memberikan ucapan.

"(Penganjur) nafikan (penglibatan) sebab ada khabar angin kata saya dan (ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk) Zulkifli Noordin berucap.

"Tapi kita sokong dan akan turut serta dalam perhimpunan itu.

"Malah PERKASA turut diundang secara rasmi pada awal lagi untuk menyatakan sokongan," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mempertikaikan pendirian penganjur yang tidak mahu badan politik turut sama terlibat dalam perhimpunan itu.

"Sebab Islam sendiri tidak boleh pisah dengan politik, jadi macam mana nak halang badan politik terlibat.

"Sebab itu saya tidak bersetuju dengan pendirian penganjur itu. Tapi soal untuk pastikan siapa yang patut berucap itu dia boleh tentukan," katanya lagi.


Tiada ulasan: