Selasa, 4 Oktober 2011

BELANJAWAN OH BELANJAWAN...BAGILAH RAKYAT LAPANG SIKIT...PEMIMPIN2 DAH KAYA RAYA....BERANGANLAH RAKYAT...BERHARAP KALAU TIDAK ADA YG TERTIARAP....

Belanjawan Pakatan peruntuk RM220 bilion | Print |
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion bagi belanjawan 2012 berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.

Dengan mengangkat tema "Kesejahteraan Untuk Semua", belanjawan Pakatan Rakyat memberi fokus yang lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Belanjawan itu dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik taklimat parlimen hari ini.

Ianya dibentang seminggu lebih awal berbanding bajet kerajaan pusat yang akan dibentang perdana menteri Jumaat ini.

Tujuh prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat antaranya adalah seperti berikut:

1 - Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit.

2 - Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit.

3 - Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar samapai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan.

4 - Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian memartabatkan rakyat.

5 - Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang manjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.

Pembelaan rakyat terbanyak

Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan:

a) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.

b) Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi.

c) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

d) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

e) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.

f) Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.

Mengembalikan martabat rakyat

a) Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan.

b) Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga.

c) Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima.

d) Akan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan.

e) Memperuntukkan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik termasuk menaiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.

f) Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan negeri.

g) Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang terainaya akibat projek perumahan terbengkalai.

h) Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu.

Menjamin Kelangsungan Wang Negara

Bagi menjamin kelangsungan wang negara, Belanjawan 2012 Pakatan Rakayat akan mengambil pendekatan berikut:

a) Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan bagi mengurangkan kecenderungan beberlanja berlebihan oleh perdana menteri

b) Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4 peratus bagi tahun 2012.

c) Dividen Petronas diunjur pada kadar RM26 bilion sahaja iaitu RM4 bilion lebih rendah dari BN bagi memastikan Petronas mempunyai sumber mencukupi untuk terus berkembang.

d) Penjualan Lesen Import (AP) akan dibuat secara lelongan bagi menambah pendapatan negara dengan kadar RM1.2 bilion.

e) Pendekatan perolehan kerajaan akan diamalkan secara tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputera.

f) Menyemak kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara.

g) Mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara.

h) Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain.

Membina keanjalan dan daya saing ekonomi

a) Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi yang tidak adil.

b) Meminda Akta Persaingan 2011 supaya meliputi sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli laian untuk memecahkan monopoli.

c) Mengurangkan pekerja asing menjelang 2015 mengikut sektor.

d) Elauan penjagaan anak RM1000 setahun kepada ibu-ibu yang layak dipadankan dengan pelaburan kerajaan membina pusat penjagaan kanak-kanak.

Kesejahteraan sekata dan seadilnya

a) Meminda Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap kepada prinsip formula berdasarkan faktor sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri.

b) Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar

c) Peruntukan khas RM100 juta untuk program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.

Mengukuhkan arus reformasi rakyat

a) Melaksanakan sepenuhnya janji Buku Jingga termasuk memansuhkan ISA, akta bersabit media percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan AUKU.

b) Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti dicadang Pakatan Rakyat pada 2011 untuk memansuhkan semua akta yang bertentangan dengan amalan demokratik.

c) Melaksanakan segera semua tuntutan Bersih 2.0

d) Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen.

e) Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara dibentang di Parlimen bersama laporan Ketua Audit Negara.

f) Membentuk tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahas belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.


Dr M: Belanjawan Pakatan ibarat poket kosong
Okt 4, 11 4:53pm
"Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada."

Itu jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.

NONEPakatan Rakyat membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 hari ini.

"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.

"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

- Bernama

  • Deansmen Dean · Pengulas Tertinggi · CEO di Self Employed Contractor
    hang cakap lebeyyy madeyy...masa hang dulu...habih hang p belanja duit buat projek mega..rumah PM kat putrajaya tu ja berapa juta harganya madeyy kutty......sib baik hang cepat letak jawatan....kalau dak jembatan bengkok ganti tambak johoq....hang kutuk rumah pemimpin UMNo mewah2..anak2 han punya rumah apa kurangnya...rumah hang kat the mines pun juta2 jugaaa....madeyy kutty...madey kutty...cakap tak serupa bikin..caiiitttttt...kcanggggggg grenggggg jugak pigi jual la....
    • Deansmen Dean · Pengulas Tertinggi · CEO di Self Employed Contractor
      sarah ni copek onar likes nya kat abg dia punya komen..almaklum kenangan mengusik jiwa.....kehkehlkeh
    • Sarah Abdullah · Kolej dar al-hikmah
      hahhaha..kenangan itu tiada maknanya sheikh DD...yg bermakna kata2 hikmah ja!
    • Mick Doohan · Pengulas Tertinggi
      Deansmen Dean : ko menyalak srupa anjing PR la..ckp pndai otak kosong..klo tk de tu madey kutty tu ko ingat Msia bole jadi mcm skrng?? bole ada trademark mcm skrng, kemudahan dll lagi?? pooiii hang pikiak la sendri bangang..,
  • Azwar Ansory · Pengulas Tertinggi
    GB tak tutup atau tutup tetap melibatkan wang.. dulu selangor janji nak bagi air percuma, lepas dapat pegang kerajaan negeri, depa laksanakan janji depa.. bila dah pegang negeri, baru tau duit negeri banyak rupanya.
    • Juan Montoya · Pengulas Tertinggi · Teluk Anson, Perak, Malaysia
      Tun ooo Tun : ade aku kesah ?
    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      Madey pandikutty, kau tu diam ajelah.....
      kamu tu dah lanjut usia... baik duk kat umah, main ngan Hasmah & anak cucu, belajar muqaddam, mendalami ilmu agama yang telah kamu abai selama ini...!!cukuplah nak campuri urusan negara....!!
    • Katak Lompat · Pengulas Tertinggi
      KANG MAHTHIR TONG TAHI NI BAHLOL. .CADANGAN PR TU UNTUK BAGI TAHU RAKYAT ,DUIT RAKYAT ITULAH CADANGAN TERBAIK DI BELANJAKAN. .BAHLOL PUNYA KANG MAHTHIR TONG TAHI
  • Nurul Izzah B · Universiti Sains Malaysia
    Duit dulu ada tp Tun buat apa? Memerintah bagai nak rak masih banyak yg tak tertunai sampai pencen tak ada kuasa. Skrg baru nak menyalak? Aduhai lah Tun M yg dikasihi sejagat..
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Mahathir, mahathir. Awk chek melalut ni! Apa dia awk cakap, 'duit yg kita x kawal mmg senang mahu blanje'. Apa punya statement ni! Duit yg awk & geng awk kawal la senang mahu blanje, kita Pakatan mana senang nak blanje, sbb duit mana ada pd kita skrg, bahkan ada pd kerajaan. Betul tak apa saya cakap, che det?! Itulah hakikat yg berlaku, umno/bn sonok je berbelanje duit yg ada pd mereka, smpai ekonomi negara jatuh merudum pun depa x kesah. Sampaikan salahguna (sperti guna utk parti bagi pilihanraya) pun depa buat 'dono' jer. Tabur sana tabur sini mcm la mak bapak depa punya duit, impaknya rakyat juga yg terkesan hasil dari kenaikan harga brg2! Betul x che det? Kita (Pakatan) mmg x boleh kawal lagi duit, krn kami blom lagi jadi kerajaan. Tapi katakanlah sekiranya kami diizinkan jadi kerajaan nnti, tgk la camne kami dpt jimatkan belanjawan negara, dimasa yg sama melonjakkan pendapatan negara, & menambahkan juga pendapatan rakyat malaysia serentak (dgn kenaikan gaji). Dan of coz, harga brg2 tidak lagi akan naik & jadi x terkawal sperti skrg. Itu kami dpt lakukan dgn penuh keyakinan, sekiranya kami lah yg pegang tampuk pemerintahan nnti!! Dan bukan setakat itu, kami yakin, yg track record yg kami bakal persembahkan nnti, akan meninggalkan jauh track record tun sendiri masa tun memerintah dl!!...
    • Katak Lompat · Pengulas Tertinggi

      KANG MAHTHIR TONG TAHI NI MIMANG BAHLOL PUNYA ORANG.TAHU KAH DIA BAHAWA DIALAH KEPALA BAPAK PERASUAH DAN PEROSAK UGAMA ISLAM. .INGAT. .MELAYU TIDAK SAMA SEKALI AKAN LUPA. .ADA FAHAM KANG MAHTHIR TONG TAHI
    • Asmadi Bujang · Pengulas Tertinggi
      Katak Lompat : Ya, Melayu tak akan lupa Tun! Melayu original le, bukan yg sekerat2 mcm Tun tu! Cakap dulu Soros kacau ekonomi negara tu sebab kewangan negara hancur, rupa2nya kemudian berpelukan dan sempat minum secawan kopi pulak dgn Pak Yahudi tu. Skarang serang Obama pulak. Apa cerita?
  • Mort 'G' Lemur · Pengulas Tertinggi
    mahathir....ssssssssssuuuhhhhhh.... pegi main jauh jauh...
  • Azhar Maa Takaful · Pengulas Tertinggi · Mengajar di Sekolah
    bail out sykt anak ada duit plak ye TUN..hehe
    • Musa Zalamuddin · Pengulas Tertinggi · SEK MEN ROYAL BATU GAJAH
      patut le mamak kutty ni marah sbb subsidi ipp d hapuskan
    • Leslie Chan · Pengulas Tertinggi
      Kah!kah!kah! Setuju dgb azhar bail out tongkah pakai duit sapa agaknya tun mamak keling oiii
    • Mohd Najib Budiman · Pengulas Tertinggi · Pegawai Akaun di Harakah
      anak jd bilioner boleh pulak hehehe
    • Othman Johor · Top Commenter · Pensyarah Kanan at Universiti Putra Malaysia
      Leslie Chan : Tongkah diistiharkan muflis dan yang menjadi mangsa adalah pekerjanya yang tidak dibayar gaji.
    • Musalmah Shaari · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Tun, mereka yg duduk dalam rumah kaca jangan baling batu. Punah ranah jadinya. Anak Tun dah kaya raya,baik Tun diam sahaja. Sekurang kurangnya rakyat tidak geram, bila Tun buka mulut, lahar gunung berapi akan mula mengalir semula.
    • Amirul Sempoi
      Tolong jawap dgn logik.....Kalau sesapa ckp Madey Kutty ni bukan melayu tulin(mamak keling)..adakah dikira perkauman?????
    • Muhammad Ismail · Top Commenter
      Leslie Chan -mamak kutty syaitan...
    • Muhammad Ismail · Top Commenter
      Musalmah Shaari -bila PR perintah sumbat jer mamak kutty syaitan ni dlm rumah besi, susah ke kalau kita yg perintah... syaitan tu nak ke kita buat dia begitu.tara otak punya mamak kutty syaitan...dia ingat dia sorang jer yg tahu kira duit...yg tak boleh bagi royalty minyak sampai 20% tu bukan apa... cuma takut poket dia anak beranak & kroni2 yg kurang...syaitan punya mamak kutty...
    • Irfan Malik · Top Commenter · Works at My own business
      jgn lupa Anwar juga bekas menteri kewangan yg dilantik oleh Mamak kutty............
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      Leslie Chan ,berbelit2 c mamak ni cakap senang bila mau belanja duit yg kita x ada,klu dah xada duit mcm mna nak belanja,dah pencen pun nak tipu rakyat lagi
    • Mat Akmal Akmal · Top Commenter · Works at Felda lu
      kerugian Perwaja stell,MAS,PKFZ melibatkan berbilon ringgit siapa punya angkara..??????
    • Asmadi Bujang · Top Commenter
      So Tun? Bajet BN banyak duit lah ye? Bajet bnyk duit pun tapi habis disonglap oleh kutu2 babi politikus BN yg korup tu tak boleh jadi jua kot! Buat apa? Akhir2 kosong juga bajet tu. Bukan ada menguntungkan rakyat marhain! Bajet BN tu penuh cuma utk mengenyangkan suku sakat puak Umnogok aje.
  • Lutfi Ahmad · Top Commenter · Drop out
    anak2 chedet kaya-raya sebab menabung dari kecil ke? haha
  • Syeikh Amri Al-Baluni · Top Commenter · Sukuruti Gad at Import and Export
    hehehee.. cakap lagi che det.. lagi che det cakap laagii kami sukaaaa! hahahaha!
  • Jamlus Abu Bakar · Top Commenter · Kota Bharu Teachers College
    Yang hang sibuk ni buat apa....Hang lah peghabih duit rakyat masa jadi PM. Sekarang ni memang lah duit PR tak ada sebab bukan kerajaan....bila dah jadi kerajaan baru ada duit.Hang ingat kalau BN kalah...dia bawak duit pergi sekali kah....bodoh punya olang.
  • Nazri Hamdan · Top Commenter · University of Malaya
    kita boleh kutuk pakatan rakyat semau kita. Kita boleh hina mereka jua dengan berkata mereka berangan kosong, duit kosong dan segalanya. tapi kita tak boleh lari dari kenyataan bahawa selangor setakat ini adalah negeri yang paling baik prestasi ekonominya walau dihina dan dicerca oleh media aliran utama. banyak pelabur asing yang pada awalnya memberi pertimbangan untuk melabur di johor telah membuat keputusan melabur di pulau pinang walau di negeri mereka tiada koridor ekonomi. ini adalah suatu kebenaran disebalik cercaan.
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      betul3,tapi pencacai mna nak terima kenyataan mcm ni,mcm lembu d cucuk hidung ikut je,menggong
  • Vincent Uh 余崇温 · Top Commenter · Sungai Petani
    Wakakaka apabila mendengar bahawa subsidi koprat akan dipotong dandan dia membantah.... Sebab apa??? Rakyat pasti tahu semua syarikat yang meneriwa bantuan krj itu ada link dengan keluarganya!!!
  • Harimau Malaya · Top Commenter · Universiti Tun Abdul Razak
    SOKONG Dr. Mahathir bin Mohamad... AIR LIUR X BERBAYAR LIDAH X BERTULANG SO SENANG LAH TABUR JANJI.. LG PN NAME PUN PEMBANGKANG KAN..... X PERNAH JD PM MEMANG SENANG KATA2 MANIS.... HMMMMMMMM.... ANWAR TUE PN BKN NYA BACKGROUND EKONOMI TP SASTERA SAHAJA.... HUHUHUHUHUU.... NK BANGGA KAN SANGAT EKONOMI SELANGOR SEKARANG BERJAYA.. ALA PASAL ANGKA SENANG JEK PUAK2 PAKATAN MENIPU.. SEKADAR ANGKA... ANGKA YANG DI DENGAR OLEH RAKYAT YANG SEDAP D DENGAR HAHAHAA.. KENYATAAN... HUHUAHHUHUU
    • Ahmad Fikry · Top Commenter · International islamic college
      alo mangkuk..mesti la ko sokong ..kau pon babun macam dia(che det) jugak...tak bagi jadi PM senang la kau menyalak..cuba bagi tengok ..kau nak merasuah pon susah kan..tu yg kau bising macam org gila tu..bangga la ekonomi selangor hebat..sampai terpaksa rampas balik negeri kaya tu..bab angka umbongok lagi pandai tipu..kau tu yg bebal..takat menyalak ..baik duduk diam dalam tandas la..
    • Lukas Fahmi Gerard · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
      dia jeles sbb tunai kerajaan negeri selangor skrg dah 1.1 billion....terbaik dlm masa 28thn....mcm la tun m tu dulu2 back ground ekonomi? perubatan je la tun m tu...tak yah nak bangga sgt
  • Addin Deen · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
    BN pun poket kosong..duit yg hang blanja tu duit rakyat bukannya duit mak bapak Umno yg punya!
  • Aleeya Azizie · Top Commenter · Klang
    Kita seharusnya sadar, bahwa pemimpin yang jujur biasanya akan terlihat kharismatiknya, bukan pecintraannya. Karena pecitraan adalah polesan dari luar untuk menampikan kebaikan. Sementara kharismatik adalah kebaikan yang terpancar dari dalam ke luar. Kebohongan dalam pecitraan akan terlihat ketika apa yang dicitrakan tidak sesuai dengan prilaku, tabiat dan kebiasaannya.

    Inilah kenyataan para pemimpin kita saat ini. Seringkali, mereka mencitrakan diri sebagai seorang pemimpin yang sederhana, namun prilaku hidupnya menampilkan kehidupan gelamor dan serba mewah. Mereka sering juga mecitrakan seakan ibarat seorang ulama, berbicara dengan berbagai referensi ayat dan hadis. Namun dalam prilaku behind the scene (dibelakang layar), berprilaku yang tidak berbeda dengan prilaku para mafia. Sehingga harapan, cita-cita yang diharapkan oleh rakyat agar dengan kepemimpinannya akan mewujudkan keadilan dan kesejahteraan tidak tercapai. Keberadaan para politikus bohong hanya menjadi kesia-siaan bagi para pemilih dan rakyat.
  • Olivier Naseer Polaskiey · Fireman officers at National Firefighters
    DA MASUK 13 TAUN DA PUTRAJAYA WUJUD KEBANYKKAN YANG DUDUK OWG2 YANG CONDEM MAHATHIR....HIPOKRIT C.OOOL,,,, XDA MAHATHIR BELOM TENTU LA MALAYSIA TERKENAL MACAM SEKARANG...NIK AZIZ LEH WAT KEW JGN DUK CERAMAH LA KLU DIRI SENDIRI PN XBTL...
  • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
    Suadahlah tu TUN, ko tu bukannya Tuhan. Kalau ko bagus sangat kenapa Malaysia tak menguasai ekonomi Asia masa ko memrintah, Kenapa banyak wng kerajaan lesap, kenapa banyak rasuah, kenapa melayu berpecah, dan banyak lagi persoalan yg timbul selapas ko bersara jd PM. kalau nak sangat... baik ko je jd PM ganti Najib...Najib tu pendekar lembik...hehehe
  • Megat Smtb · Friends with Berry Stroberry
    Faham apa dia cakap tu. ada yg tersirat tu.. tak faham.
    Ok.. Sebenarnya dia nak bagi tau.. Kalau sekiranya PR memerintah.. duit dalam kerantung Negara dah HABIS.. dah HABIS.. yellekk.. tu maksudnya. hahaha
    • Ahmad Fikry · Top Commenter · International islamic college
      dah kau kuat rasuah mana tak habis
    • Megat Smtb · Friends with Kakcik Nuha
      Memang pun kuat rasuah.. hehe.. lepas tu yg dapat projek besaq kebanyakkan kroni..! Buat stadium stadium runtuh..! MRR2 retak..repair pun berjuta..! Beli kapal selam... iskk...! mcm2 lah.. semua guna duit dlm kerantung negara..! yg PR ingat duit banyak lagi..! :)
  • Fatimah HajarIbrahim
    'benar' atau tidak dusta terkandung ddlm pengakuan harian setiap orang yg mengaku agama nya yang 'benar'. mengapa perlu banding dgn obama.. seronok sangat dgn nasrani, yahudi majusi.......
  • Hassan Dinar · Top Commenter · Kedah
    Sekarang ni memanglah poket kosong, pru13 kami menang ianya akan jadi poket penuh.....tunggu...wahai cekdek.
  • Jean Francoise · Top Commenter · Ampoo Bhodek Department F.L.O.M at Pejabat Perdana Menteri Sulawesi Selatan
    saya cadang abg mat malbari ni kembali menjadi PM, org lain seme ni sampah, tk reti memerintah.
  • Kawan Maya · Top Commenter · 36 years old
    DAH LAMA DAH EXPIRED.
  • Mohd Salleh Abdullah · Top Commenter
    Saudara Dr Mahathir, perkataan anda tu tidak betul, anda pun tau itu tidak betul. Golongan yg bertanding PRU semuanya berhak buat belanjawan, kerana semasa PRU berjalan , semua pehak "poket kosong". Siapa yang menang PRU saja yang " poketnya berisi". Tapi UMNO mrasa harta negara ni hak mutlak mereka, inilah silapnya.
  • Abd Rahman Abdullah · Top Commenter · STAMFORD COLLEGE
    Tun boleh komen tu pendapat Tun,,,,,, Pokoknya...PRU 13 BN mesti mesti kena ditumbangkan......
  • Zainal Hashim · Top Commenter · ITTAR
    KENA BACA BAJET TU DULU DAN SIASAT DARI MANA DUIT ITU DATANG BARU BOLEH KOMEN TUN KU SAYANG!
  • Burhan Deen
    Amboi, dak rasa takut dah bila PR menang nanti semua salah laku di korek habih.
  • Mohd Nasir Othman · Open University Malaysia
    Kalau belanjawan PR belanjawan kosong x boleh percaya....mcmmana belanjawan bn? duit negara mana pi? hasil cukai mana? oii che det ,, hang jgn nak auta kami la,,,, bkn kami ni bodo politik,,,, kalau PR menang semua duit negara jadi duit parti pemerintah... bn dah zero... jgn perbodohkan rakyat la.......
  • Adam Cylee · Top Commenter
    MELAYU CIPLAK, kalau betul hang berjiwa melayu.. dermakanlah 50% kekayaan yg hang kebas atas topeng melayu kembali kepada melayu miskin. Usah risau... bal 50% cukup kerabat mamak mu belanja berkurun2 tak habis.... kalau tak sanggup... tolong ZIP..Zip zip zzzppp...
  • Romy Izrilsyairi · Top Commenter · Johor Bahru
    hahaha...betul tu Tun. Aku pun boleh buat bajet sendiri. Gaji aku naikkan 100%. Penganggur aku nak bagi RM1000 sorang. Ok x? Lepas dapat kuasa aku kata duit tak cukup sebab bn habiskan. boleh lepas diri.
  • Ab Rahman Osman · Top Commenter
    kalau macam tu kena bagi PR jadi pemerintah la yer Dr M....baru boleh tahu dapat ke tidak tunai janji....dari dok bagi BN memerintah puluh tahun tapi tak juga tertunai janji...tak gitu Dr M
  • Aciaci Ci · Works at X keje lg
    Belanjawan Pakatan rakyat akan bantu rakyat yang telah sekian lamanya tersepit. Bak kata Mahathir belanjawan poket kosong. Maknanya selepas ini poket2 lahabau BN/UMNO termasuk Mahathir akan kosong kerana semuanya akan dibelanja untuk rakyat. Miskin papa kedana lah lahabau2 tu selepas ini.


Anwar: Bajet alternatif bantu rakyat tersepit
Salhan K Ahmad
Okt 4, 11
3:41pm

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bajet alternatif Pakatan Rakyat yang dibentangkannya hari ini bertujuan membantu rakyat "mengharungi suasana ekonomi yang semakin menghimpit."

NONEKatanya, bajet berkenaan juga akan menumpukan usaha untuk mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.

Anwar (tiga dari kanan) berkata, Pakatan memperuntukkan RM220 bilion kepada sasaran berkenaan yang melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM4 bilion dari kadar yang dibelanjakan BN.

"(Namun) kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20 peratus nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan BN selama ini," katanya.

Antara lain, bajet berkenaan turut menyasarkan untuk mengurangkan kuasa perdana menteri, kata Anwar lagi ketika mendedahkan bajet berkenaan hari ini.

azlan"Pakatan dengan itu bercadang untuk memotong belanjawan perdana menteri sebanyak RM10 bilion," katanya.

Selain itu, Pakatan juga akan memperkenalkan dasar untuk menghentikan kecenderungan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam membuat keputusan kerajaan.

RM4.4 bilion baiki sistem pendidikan

Tindakan berkenaan bertujuan mengembalikan peruntukan berkenaan kepada kementerian berkaitan dan mengurangkan kecenderungan perbelanjaan berlebihan oleh perdana menteri, katanya lagi.

Selain itu, bajet berkenaan menggariskan bantuan "untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat", antaranya dengan:

  1. Mengekalkan subsidi RM22 bilion dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini bagi mengelakkan sebarang kenaikan harga bahan api.
  2. Menghapus subsidi korporat seperti kepada pemilik penjana tenaga bebas, monopoli beras oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) serta monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan.
  3. Bayaran bonus kepada warga emas dijangka menelan balanja RM1.7 bilion setahun.
  4. Bayaran kepada suri rumah sebanyak RM1,000, membabitkan peruntukan RM2 bilion.
  5. Bayaran tambahan kepada keluarga kategori miskin tegar supaya dapat memastikan pendapatan sekurang-kurangnya sebanyak RM550 sebulan.
  6. Menyelaras bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM550 sebulan.

Selain itu, bajet berkenaan juga menggariskan RM4.4 bilion untuk memperbaiki sistem pendidikan, termasuk elaun khas guru (RM500 sebulan) dan juga gaji minimum untuk kakitangan awam sebanyak RM1,100.

Beliau mendedahkan sebahagian daripada intipati bajet bertemakan "Kesejahteraan Untuk Semua" itu kepada petugas media dan ahli parlimen pembangkang di bangunan parlimen hari ini.


[PANAS] Bajet PRU 13: Gaji Kakitangan Awam Dijangka Naik Sehingga 40%

Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus. Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.


Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek). “Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu. Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.


Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus. Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.


Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.


Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu. “Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.


“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.


“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi. Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.


SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam. SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.


Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi. The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.


Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat. Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.


Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini. Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa. Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Bajet 2012: CUEPACS harap bonus dua bulan diluluskan
Okt 4, 11 5:12pm

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berharap beberapa tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan diluluskan dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat ini.

cuepacs omar osman 181007"Berita gembira kepada kakitangan kerajaan ini tidak mustahil dan kita telah menanti sekian lama. Kita faham kalau dahulu tidak dapat laksanakan (tuntuan) kerana faktor ekonomi semasa.

"Tapi kini tiada apa yang menghalang tuntutan itu diluluskan memandangkan ekonomi bertambah baik dan tuntutan ini pun untuk menaikkan taraf perkhidmatan penjawat awam untuk keluar daripada beban kewangan selain meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Tuntutan berkenaan adalah semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM), menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Omar berkata tuntutan ini hanya cadangan sahaja dan tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk meluluskannya.

- Bernama


Pesara mohon dibayar COLA
Okt 4, 11 1:47pm

Persatuan Pesara-Pesara Malaysia meminta kerajaan menimbang pemberian elaun kos sara hidup (COLA) kepada semua pesara awam membantu meringankan beban mereka berikutan kenaikan harga barang.

Presiden persatuan itu Datuk Paduka Wan Mahmood Pawan Teh berkata, ini adalah antara beberapa perkara yang sedang diperjuang oleh persatuan untuk manfaat pesara.

"Perbincangan masih diteruskan dengan perkembangan positif,” katanya pada majlis perasmian persidangan perwakilan persatuan itu oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Langkawi malam tadi.

Seramai 430 anggota perwakilan dan pemerhati hadir pada persidangan itu.

- Bernama

Tiada ulasan: