KOTA BHARU, 23 Okt: Saksi plaintif kes saman anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terhadap blogger Mohd Faisal Rohban Ahmad memberitahu defendan cuba menyembunyikan wajah ketika gambarnya dirakam semasa beliau menghantar writ saman. Mohd Shah Karim, 30 berkata, semasa menghantar writ saman kepada Mohd Faisal pada 31 Mei 2010 dia membantah ketika cuba dirakam gambar dengan telefon bimbit di hadapan rumahnya di Shah Alam. “Ketika saya sampai di rumahnya dia baru tiba dan terkejut ketika diberitahu ada notis saman daripada Datuk Husam. “Selepas itu beliau menghubungi rakan, peguam dan anggota polis. Tidak lama kemudian datang seorang anggota polis lengkap beruniform dan dua lagi berpakaian biasa serta peguam. “Anggota polis yang datang dengan kereta Kancil itu membaca wris saman yang saya bawa, kemudian meminta kad pengenalan saya dan Faisal. Ketika itu saya nampak namanya pada kad pengenalan,” katanya menjawab soalan peguam Adly Abdul Manas, mewakili Mohd Faisal pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini. Kes terebut dibicara di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Plaintif diwakili peguam Hisham Fauzi. Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.” Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya. Ekoran itu plaintif melalui peguamnya mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama, membayar ganti rugi RM500,000. Selain itu gantirugi teladan, gantirugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut. Mohd Shah seorang peniaga yang berasal dari Salor, merupakan saksi kedua kes tersebut. Sebelum itu Husam dalam keterangan secara bersumpah memberitahu mahkamah sebelum artikel tersebut disiarkan beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Faisal. Katanya, selepas artikel tersebut disiarkan, beberapa blog lain turut memetik rencana tersebut sehingga nama baiknya sebagai seorang ahli politik dan anggota pentadbir kerajaan terjejas teruk. ”Oleh itu saya berpendapat wajar dikenakan ganti rugi yang lebih tinggi kerana melemparkan fitnah sehingga menjatuhkan air muka seseorang,” katanya. Husam berkata, berdasar kepada pencarian dibuat blog tersebut didaftar bukan menggunakan namanya yang sebenar, sedangkan nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan daerah mengundi merupakan milik Mohd Faisal. Ketika disoal balas peguam defendan, Husam memberitahu Mohd Faisal menggunakan alamat yang sering berubah-rubah, namun rumah bapanya dikesan di Wakaf Bharu, Tumpat. Menjawab soalan peguam lagi katanya, selepas menerima notis saman, defendan tiba-tiba berubah sikap di mana Faisal dalam SMSnya memberitahu mahu sertai PAS dan memohon balak. Hakim kemudian menangguh kes tersebut dan menetapkan sambung bicara pada 12 dan 13 Disember hadapan. Adly sebelum itu memohon penangguhan kes tersebut memandangkan anak guamnya sedang menunaikan haji. Beliau juga memberitahu akan mengemukakan tiga saksi iaitu Mohd Faisal, wakil daripada Umno Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Pua: TPM secara tersirat sokong kanak-kanak difitnah Ketua publisiti DAP Tony Pua hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya bertindak ke atas timbalannya kerana "memberi sokongan tersirat" kepada blogger pro-Umno yang memfitnah anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"Daripada bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan penipuan keji bagi memalukan keluarga ketua menteri Pulau Pinang itu, lebih-lebih lagi kerana mereka adalah pemimpin dan ahli-ahli Umno, (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) memilih mempertahankan mereka yang tidak sepatutnya dimaafkan itu," kata Pua (atas, kanan) dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Katanya, bagi melindungi imej kerajaan, Najib mesti segera menghentikan kegilaan ini dengan menegur timbalannya dan ahli-ahli Umno daripada membuat tuduhan melulu terhadap anak remaja Lim.
"Jika tidak, ini akan membuktikan kepada semua rakyat bahawa Umno telah bankrap dari segi moral dalam usahanya untuk terus berkuasa, termasuk menjadikan kanak-kanak yang tidak bersalah sebagai modal politik."
Muhyiddin (berbaju biru) semalam dipetik oleh agensi berita nasional Bernama sebagai berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama."
Muhyiddin juga meminta Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar. Usaha sengaja
Bagi naib presiden PKR N Surendran, sindiran Muhyiddin itu seolah-olah memberi gambaran terdapat kebenaran dalam tuduhan yang dibuat terhadap anak Lim itu.
"Bagaimana seorang timbalan perdana menteri boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu apabila guru besar sekolah berkenaan dan ‘mangsa’ yang didakwa dicabul itu telah menafikan perkara berkenaan? Ia usaha yang sengajakan oleh TPM untuk meneruskan fitnah ke atas anak Lim itu, katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Surendran serentak itu, menuntut Muhyiddin membuat permohonan maaf kepada kepada ketua menteri dan anaknya itu. Pada 18 oktober lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.
“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.
Pada Jumaat lalu, gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu. Penafian
Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.
“Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.
“Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, “ tulis gadis warga Britain itu.
Muhyiddin akui bimbang 'pergolakan' dalaman BN
| Jimadie Shah Othman 3:00PM Okt 22, 2011 |
|
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui beliau bimbang dengan 'pergolakan' dalaman parti dalam BN, khususnya dalam proses pemilihan calon untuk pilihan raya umum akan datang.
"Ya, sejujurnya saya bimbang," katanya ketika ditanya perkara itu oleh pemberita.
Bagaimanapun, timbalan pengerusi BN itu berkata, pihaknya sudah mengambil langkah segera untuk menanganinya.
"Kita sudah mula manage (uruskan) perkara ini," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama dalam program penerangan perdana BN di Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat Serdang. Katanya, bagi tujuan itu, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan sebahagian parti yang bergabung dalam BN.
Tambahnya, walaupun laporan badan penyelidik menunjukkan kedudukan BN baik ketika ini, laporan pelbagai pihak diperlukan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.
Sementara itu, berucap di hadapan lebih 1,500 penyokong dalam program turun padang itu, Muhyiddin mengingatkan anggota BN supaya jangan 'tidur' menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.
"Kalau kita tidur pun, tidur-tidur ayam sudahlah. Jangan gaduh sesama sendiri.
"Jangan bebankan pimpinan kita dengan masalah di bahagian dan cawangan," nasihat Muhyiddin lagi.
'Kata tidak dikota'
Katanya, jika terdapat masalah di peringkat akar umbi, perkara itu mesti diakui dan diselesaikan sekarang sebelum menjejaskan keputusan pilihan raya.
Muhyiddin menggesa anggota BN mengambil iktibar daripada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan ada pihak yang berjanji menyokong calon yang dipilih tetapi tidak mengotakannya.
"Ada kata tunggul kayu (kalau dipilih) pun kita akan sokong. Tetapi bila sampai pilihan raya, kata tidak dikota," katanya. Muhyiddin hari ini turun ke pelbagai tempat di seluruh Selangor, antaranya Dengkil, Kuala Langat, Kajang dan dua tempat di Puchong, dalam agenda merampas semula negeri itu dalam program yang dinamakan "Sayangi Selangor, Yakini BN".
Acara hari ini dilihat susulan kepada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Oktober lalu di Ijok, Kuang, Rawang dan Gombak Setia.
Dalam sidang media di UPM awal petang tadi, Muhyiddin menyifatkan lawatannya mendapat sambutan menggalakkan sehingga orang ramai turun lebih ramai daripada yang dijangkakan.
"Harap ini petanda kesedaran rakyat (kembali menyokong BN)," katanya.
Hadir sama dalam sesi itu Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Noh Omar.
Sementara itu, dalam ucapannya sebelum itu, Noh mengingatkan supaya anggota BN bersatu tidak kira siapa pun calon yang terpilih nanti.
"Kalau rakyat mahukan perubahan dan pemimpin berkorban, saya yakin kita akan menang dalam pilihan raya umum akan datang," kata menteri pertanian dan industri asas tani itu.
Kantung besar
Dalam program sehari suntuknya di Selangor, Muhyiddin mengambil peluang menemui rakyat berbilang bangsa untuk menyampaikan sumbangan Deepavali, menziarahi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta bertemu ketua masyarakat dan veteran Umno.
Beliau juga menjawab isu-isu terkini seperti kenaikan harga barang, peruntukkan kerajaan melalui belanjawan 2012, sekali gus menempelak janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga.
Isu krisis air Selangor juga disentuh apabila beliau mengingatkan kerajaan negeri perlu segera bersetuju dengan cadangan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 atau menghadapi kirisis air pada tahun 2014.
Dalam masa yang sama, perlbagai risalah diedarkan dalam pelbagai bentuk, termasuk risalah, salinan keratan akhbar dan buku kecil yang menyenaraikan kembali agenda BN dan membela dasar kerajaan.
Manakala, berucap di Puchong - destinasi terakhir Muhyiddin - ketua pembangkang negeri Datuk Satim Diman berkata, timbalan perdana menteri terpaksa turun padang kerana menteri besar Pakatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa tidak membuat kerja.
Bagaimanapun, Satim yang terkenal dengan sikap jenakanya itu berkata, Muhyiddin turun dengan "kantung yang cukup besar".
Program di Puchong lebih santai dan meriah apabila di awal petangnya diisi dengan persembahan nyanyian, termasuk oleh penyanyi terkenal Nash.
Bahkan, ketika lagu zapin disampaikan, ada terdapat peserta mengambil kesempatan menari bersama.
Beg Rosmah: MP soal mengapa Nazri senyap DAP mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menjawap soalan bertulis yang dikemukakan di Dewan Rakyat berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri Perdana Menteri.
Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, tindakan Nazri yang membisu itu menimbulkan pelbagai soalan.
Dalam soalannya, Teo menyoal sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta berlian dan juga beberapa beg tangan yang mahal.
"Bagaimanapun, Nazri mengelak menjawab soalan yang berkaitan dengan beg tangan Birkin.
"Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?" kata Teo yang juga adalah penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP, dalam satu kenyataan akhbar.
Sebelum ini, Nazri telah menafikan isteri Datuk Seri Najib Razak memiliki cincin RM24 juta yang menjadi kontroversi itu.
Menurut ahli parlimen Serdang itu, Rosmah telah dikesan "berulang kali membawa beg tangan Birkin" di khalayak awam.
"Berdasarkan gambar-gambar yang dibekalkan oleh ‘netizens’, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa oleh beliau dalam majlis-majlis rasmi serta apabila bercuti, bukan sahaja berjumlah satu atau dua beg, tetapi terdapat sekurang-kurangnya 11 warna yang berlainan!"
Menurut Teo, beg tangan yang dinamakan sempena pelakon-penyanyi Britain yang terkenal Jane Birkin itu dihasilkan oleh Hermes sejak tahun 1984 dan ia adalah lambang barangan mewah yang eksklusif dan hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu yang kaya raya secara luar biasa.
Bagi beg edisi terhad itu, kata beliau, harga sebuah beg boleh mencecah daripada US$ 9,000 (RM28,000) hingga US$150,000 (RM472,000).
Istidraj... Saya telah merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini. Pengarang kamus ini berkata: " Istadrajahu- membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya". Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut! Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A'raf yang bermaksud(sila rujuk untuk kepastian) :"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu." Cuba anda lihat maksud ayat Alquran yg berada di dalam isyarat { }. Itu adalah maksud "istidraj" yang sedang kita bincang sekarang. Iaitu ia membawa makna "Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut. Jika kita beriman benar-benar pada Allah, Insya Allah takkan terjadi "istidraj" pada kita. Percayalah.. :) Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku tafsinya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam. Antaranya:- Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf ini. Katanya: "Allah berfirman :Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui maksiat yg baru maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat ke atas mereka". *** Dr.Abd.Qadir As-Sa'di(bekas pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata mengenai asal usul pemberian nama"Add-Dhohhak-ulamak tafsir" tadi : "diberi beliau nama tersebut kerana... beliau berada dalam kandungan ibunya selama 2 atau 4 tahun. Pabila dilahirkan beliau lahir dalam keadaan yang sudah pun bergigi(tumbuh gigi) dan pabila dilahirkan beliau terus ketawa". Subhanallah... begitulah keajaiban penciptaan Allah. Ketika mana Tentera Islam mendapat harta Kisra(Maharaja Parsi) maka Saidina Umar Al-Khattab telah berkata: ["Wahai Tuhan! Aku ingin meminta perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj" kerana aku mendengar Engkau berfirman(maksud ayat 182 Surah Al-A'raf) :Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu" ] Istidraj: "diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran". Professor Dr.Qahtan Ad-Duri(salah seorang pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata di dalam bukunya Usuluddin Al-Islami: Al-Istidraj :- Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa. Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat 44 - 45 surah Al-An'am yang bermaksud: (sila rujuk untuk kepastian) "Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45- Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud... (sila rujuk makna ayat 44 dan 45 pada perenggan yg tersebut tadi). Tamat Cerita "Istidraj". Semoga anda faham dan berwaspada atau berhati-hati dalam setiap langkah anda !!!
Apa Itu Istidraj
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Apakah istidraj itu? Patutkah atau tidak kita jauhi istidraj? Inilah yang akan saya ulas dalam risalah ini. Tajuk ini adalah amat penting, terutama kepada anak-anak dan generasi muda kita agar tidak terkeliru dengan risalah ini. Pemikiran kebanyakan umat Islam di zaman moden ini nampaknya jelas kelihatan kian jauh menyimpang dari pemikiran seseorang Islam di zaman silam. Pemikiran manusia di zaman serba maju ini telah dihanyutkan oleh arus keadaan dan diselaputi oleh kebendaan.
Itulah sebabnya kita lihat masyarakat pada hari ini berbeza dengan masyarakat dahulu. Bagaimana masyarakat pada hari ini? Mereka telah terpengaruh dengan apa yang ada; dengan suasana sekelilingnya. Mereka tidak memandang jauh sepertimana orang-orang dahulu. Padahal orang dahulu tidak belajar tinggi sehingga ke universiti. Kita sekarang cerdik, ada ijazah, ada PhD dan macam-macam, tapi bodoh.
Manusia tersebut telah tertipu dengan kekuasaan, pangkat, kebesaran dan kekayaan yang diperolehi. Lantas mereka tidak faham lagi dengan nikmat Allah. Jika dia berkuasa, dia gunakan kekuasaannya untuk menindas orang-orang bawahannya kerana dia tidak tahu menggunakan nikmat kekuasaan yang ada padanya. Dia tidak faham tentang nikmat dan rahmat Allah S.W.T.
Kuasa Dan Kekayaan Untuk Maksiat
Kalau dia ada kebesaran, dia menzalimi orang dibawahnya. Kekayaan yang ada padanya digunakan bukan untuk kebaikan dirinya dan orang lain, tetapi untuk berbuat maksiat kepada Allah S.W.T. Manusia golongan ini telah terkeliru dengan fahaman mereka sendiri. Mereka tidak faham dan tidak dapat membezakan nikmat pemberian Allah kepada hambaNya yang setia dengan hambaNya yang derhaka.
Saya pernah ditanya oleh seorang mahasiswa, "Ustaz, betulkah atau tidak, aya dengar ustaz bersyarah, ulama'-ulama' kalau bersyarah menyatakan bahawa barangsiapa yang mahu mendapatkan kebahagian di dunia dan di akhirat hendaklah mengikut jejak langkah Rasulullah S.A.W. dan berpegang teguh kepada agama Islam. Betulkah ustaz?"
Saya jawab, "betul."
"Minta maaf ustaz, saya tidak percaya. Sebab, apa yang saya lihat realitinya tidak begitu. Orang-orang yang mengikut jejak langkah Rasulullah inilah yang teruk."
Dia kemudian menyebutkan beberapa contoh, "Mak dan ayah saya, bukan sahaja sembahyang sehari semalam lima waktu, tapi tengah malampun bangun sembahyang tahajjud. Rumah kami roboh juga. Puasa bukan sahaja puasa Ramadhan, Isnin mereka puasa, Khamispun mereka berpuasa. Tapi kami makan sebulan sekali daging pun susah. Ayah saya, orang belum azan sudah pergi ke masjid. Begitu azab mak dan ayah saya yang berpegang teguh kepada agama."
"Tapi, bapa saudara saya (adik mak saya), tak pernah sembahyang seumur hidupnya. Rumahnya rumah batu. Puasapun tidak pernah. Kalau kita tanya, pakcik tak ingat mati? Bukan saya seorang sahaja yang mati, katanya. Kalau masuk nerakapun ramai juga orang lain yang masuk. Dia hidup kaya, hidup mewah, kita yang sembahyang ni, hidup susah."
Sebenarnya, hendaklah kamu tahu tentang nikmat-nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada makhluk-makhlukNya. Pemberian nikmat Allah kepada hambaNya yang setia (yang dikasihiNya) ialah pemberian yang diredhaiNya, tetapi pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat dan kejahatan adalah pemberian yang tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan ISTIDRAJ.
Pemberian yang redha ini seperti pemberian ayah kepada anaknya. Ketika si ayah hendak sembahyang, tiba-tiba lalu si penjual aiskrim. Si anak merengek minta dibelikan. Si ayahpun membelikannya kerana tidak mahu anaknya mengacau dia sembahyang. Dengan senyum mesra diberikannya aiskrim itu dengan layanan yang baik. "Makan baik baik nak, jangan bising-bising, ayah nak sembahyang."
Kemudian, baru saja nak sembahyang, si anak menjerit-jerit minta tambah aiskrim lagi. Si ayah naik darah. Dengan perasaan marah, dibelikan juga aiskrim tersebut kerana takut sembahyangnya tidak khusyuk. Tetapi pemberiannya pada kali ini tidak disertai dengan kemesraan. Pemberian inilah yang dikatakan sebagai pemberian yang tidak redha.
Begitu juga Allah S.W.T. dengan kita. Kadang-kadang manusia mendapatnikmat yang diredhai Allah dan kadang-kadang tidak. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah S.W.T." (Riwayat At-Tibrani, Ahmad dan Baihaqi)
Akan tetapi manusia derhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat bahawa dengan nikmat yang datang mencurah daripada Allah S.W.T. kepadanya itu walaupun dia sentiasa melakukan maksiat, dia menyangka itu adalah bukti yang menunjukkan bahawa Allah kasih dan berserta dengan perbuatan maksiat mereka.
Manusia Istidraj ? Manusia Yang Lupa Daratan
Walaupun dia membuat maksiat, tapi dia merasakan Allah menyayanginya. Manusia seperti ini kadang-kadang memandang hina kepada orang-orang yang suka beramal dan ke masjid. Apatah lagi orang yang selalu ke masjid itu hanya berselipar jepun atau berterompah kayu, sedangkan dia naik kereta jenis mewah.
"Alah, siang malam ke masjid, kesurau, tapi basikal burukpun tak ada. Tengok aku. Aku nak ke kelab malam dengan kereta mewah. Walaupun aku tidak pernah sembahyang, tapi Allah sayangkan aku. Kalau awak sikit ibadat, tentu awak juga akan kaya macam aku." Katanya sombong. Inilah jenis manusia yang tidak sedar akan dirinya sendiri. Dia melakukan maksiat pagi petang. Siang malam, dia sangka Allah sayangkannya.
Maka mereka yang berpendapat sedemikian, baik mereka yang mengaku muslim, lebih-lebih lagi yang kepada orang yang sudah nyata kafirnya, berterusanlah mereka menggunakan nikmat pemberian Allah yang berupa harta kekayaan, kebesaran, pangkat dan kuasa mereka untuk melakukan penindasan dan kezaliman serta maksiat (derhaka) kepada Allah yang berpanjangan.
Sesungguhnya mereka tidak faham dan tidak sedar sama sekali bahawa pemberian nikmat itu adalah istidraj daripada Allah. Dengan pemberian nikmat yang tidak diredhaiNya itu mereka akan lalai dari mengingati Allah. Akhirnya mereka akan menemui kehancuran dan kemusnahan.
Kadang-kadang Allah S.W.T. memberikan manusia nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semut itu dengan dua sayapnya." (Daripada kitab Nasa'ibul 'Ibad)
Anai-anai misalnya, kalau tidak ada sayap selamatlah dirinya. Dia akan duduk diam di bawah daun atau merayap di celah-celah batu. Jika Allah hendak membinasakannya, Allah beri ia sayap. Anai-anai kalau sudah bersayap namanya akan berubah menjadi kelkatu. Otaknya menjadi otak kelkatu. Kelkatu, bila dapat nikmat dia cuba nak lawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, dia cuba hendak melawan Allah.
Pemimpin-pemimpin Yang Dilaknati Allah
Buktinya telah banyak kita lihat dan kita dengar. Berapa banyak pemimpin-peminpin yang dahulunya gagah dan sombong telah dilaknati Allah. Tidak kurang juga jumlahnya kerajaan yang besar lagi utuh telahpun hancur dan musnah.
Firaun yang gagah mengaku Tuhan, Namrud yang sombong membakar Nabi Allah Ibrahim, Qarun yang kaya, Tha'labah yang bakhil dan banyak lagi ? semuanya telah musnah kesombongan dan keangkuhan mereka!
Nikmat Allah yng diberikan kepada Firaun tidak terkita banyaknya. Bersinpun tidak pernah. Jangan kita ingat kita sihat Allah sayang kita. Firaun lagi sihat, tetapi dengan nikmat kesihatan itulah Allah binasakannya. Orang lain selalu sakit, tetapi Firaun tidak. Orang lain mati, sedangkan dia belum juga mati mati hingga dia merasa besar diri, sombong dan takabbur. Akhirnya dia mengaku dirinya Tuhan.
Namrud begitu sombong dengan Allah hingga membakar Nabi Ibrahim. Berapa besar pangkat Namrud? Bagaimana dia menemui ajalnya? Kematiannya hanya disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke lubang hidungnya!
Tidak ada seorangpun manusia pada hari ini yang sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya saja 40 ekor unta membawanya. Akhirnya Allah tenggelamkan hartanya dengan dirinya sekaligus. Hingga kini harta itu tidak timbul-timbul. Harta Qarun itulah yang kita cari cari sehingga lupa sembahyang! Kalau kita kaya, kita sangka Allah sayang. Qarun lagi kaya, akhirnya Allah jahanamkan harta kekayaannya dengan dirinya sekali.
Di mana dan bagaimanakah keadaan mereka itu sekarang? Tanyalah pada tanah! Tanah yang mereka pijak semasa mereka diistidrajkan oleh Allah yang akan memberikan jawapan.
Kita baru naik kereta sudah sombong. Rasulullah S.A.W. naik ke langit pun tidak sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasulullah S.A.W. berjumpa dengan Allah S.W.T. di langit, tetapi baginda tidakpun sombong. Kejadian seperti ini akan terus berlaku sepanjang zaman. Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud,
"Sunnah Allah tidak pernah berubah atau bertukar."
Apabila kita tinjau semua ini, akan hilanglah segala persoalan yang tidak terjawab dan yang menjadi keraguan selama ini yang sentiasa mengganggu fikiran kita. Mengapa orang-orang kafir kaya raya? Mengapa orang-orang yang sentiasa membuat maksiat hidup mewah? Tidakkah kita hairan mengapa orang-orang yang selalu ke masjid hanya berbasikal buruk? Yang ke kelab malam naik kereta mewah?
Cara Untuk Menentukan Nikmat Yang Diredhai Allah
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu. Adakah pemberian itu diredhai Allah atau tidak? Caranya ialah hendaklah dia sentiasa mengkaji dengan teliti nikmat yang diterimanya itu dan bagaimana serta ke mana digunakannya?
Seseorang yang menerima segala nikmat itu akan terus mensyukuri Allah. Dia akan menggunakan pemberian itu ke jalan kebaikan dan selain dari itu, dia sentiasa redha mengabdikan dirinya kepada Allah. Maka dengan limpah kurnia yang diperolehinya itu adalah pemberian yang diredhai Allah.
Pemberian yang diredhai Allah akan membuatkan seseorang itu ikhlas apabila bersedekah. Apabila dia melihat orang membawa list derma, dia lantas memanggil orang tersebut walaupun dia hanya ada wang 50 sen ketika itu. "Ini sedekah saya. Maaflah, hanya 50 sen." Katanya.
Akan tetapi pemberian yang tidak diredhai Allah akan membuatkan orang yang menerimanya enggan bersedekah atau berbuat kebajikan dengan ikhlas. Dia ada wang RM500.00 dalam sakunya. Ketika orang minta derma dia menyatakan dia tiada wang. Maknanya wang yang ada dalam sakunya adalah wang istidraj.
Pada ketika setelah itu, lalu seorang gadis cantik yang menjual tiket "pertunjukan amal". Belumpun sempat gadis itu menawarkannya, dia pula yang memanggilnya terlebih dahulu. Diapun membeli tiket untuk pertunjukan amal itu.
Pertunjukan amal? Ini juga satu kekeliruan bagi kita. Kita sering tertipu dengan label "amal" ini. Kadang-kadang pada waktu Maghrib, lalu sebuah van yang riuh rendah dengan muzik dan memberi pengumuman. "Tuah tuan, silalah datang ke taman hiburan, kita akan mengadakan pertunjukan amal." Ada ibu bapa yang terpengaruh lalu pergi dengan membawa keluarga. Pasal pertunjukan amal, dia ingat dapat pahala.
Inilah cakap-cakap yang mesti kita jaga. Begitu juga dengan orang yang bersyarah. Kita mesti tengok betul gerak-geri orang yang bersyarah tersebut. Ke mana pensyarah tersebut hendak membawa kita. Sebab kadang-kadang banyak kekeliruan dalam syarahan-syarahan.
Ada pensyarah yang berkata, "Kita sekarang hendaklah sesuaikan Islam dengan zaman." Nampak jelas di sini otak kita hendak dikelirukannya. Hendaklah kita sedar, Islam itu tidak boleh disesuaikan dengan zaman, tetapi zaman itulah yang mesti disesuaikan dengan Islam.
Kalaulah Islam hendak disesuaikan dengan zaman, maka zaman orang bertelanjang Islam sesuai dengan orang yang bertelanjang, zaman orang merompak, Islam mesti sesuai dengan perompak. Tidak boleh islam disesuaikan dengan zaman. Islam tidak boleh tunduk kepada zaman, tetapi zaman itulah yang mesti tunduk dengan Islam.
Tidak beberapa lamu dahulu, saya berjumpa dengan seorang ulama'. Ditanya tentang loteri, dia kata haram. Habis, bagaimana kalau kita hendak membantu orang, macam loteri kebajikan? "Halal." Katanya.
Loteri haram, dibalut dengan label kebajikan jadi halal. Inilah cakap-cakap yang mengelirukan kita. Kiranya di samping seseorang yang menerima segala nikmat Allah, maka bertambah pula maksiat dan derhakanya kepada Allah, maka jelaslah segala kemudahan dan kemewahan yang diperolehinya itu adalah istidraj, iaitu pemberian nikmat yang tidak diredhai Allah S.W.T.
Namun, jangan pula apabila ada orang kaya datang ke masjid dengan kereta besar kita katakana istidraj. Orang naik pangkat istidraj, orang-orang besar istidraj. Jangan! Orang-orang yang menggunakan nikmatnya untuk kebajikan, untuk mengabdikan dirinya kepada Allah, itu bukan istidraj namanya.
Bukan bermakna kita tidak boleh kaya. Kaya tidak salah di sisi Islam, tetapi masuk ke syurga agak lambat sedikit. Ibarat orang dari Singapura hendak masuk ke Johor. Orang yang membawa barang yang banyak akan diperiksa oleh kastam. Makin banyak barangnya, makin lama pemeriksaan, makin lambat dia masuk ke Johor. Orang yang tidak membawa barang akan lepas dengan mudah memasuki Johor.
Inilah yang sangat-sangat kita takuti dalam hidup ini dan kehidupan kita di dunia ini. Sebab itulah umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W. sentiasa merintih di hati sanubari sambil berkata, RedhaMu yang selalu kami rindukan, Dan marahMu yang sangat kami takuti, Tuhan ? Lebih baik kami hidup miskin ? ? asal dalam redhaMu, kami tak - ingin kepada kekayaan ? ? di dalam marahMu.
Inilah sajak yang penuh makna. Apakah maknanya? Hidup kita di dunia mesti ada terget, mesti ada pedoman. Jangan hidup kita seperti kumbang di tengah kolam, ditiup angin ke tepi ia ke tepi, ditiup ke tengah ia ke tengah. Tidak ada pegangan langsung.
Kita kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada terget atau matlamat atau tujuan. Tujuan hidup kita di dunia ialah mencari keredhaan Allah S.W.T., baru kita selamat. Bukan kaya yang kita cari dan bukan juga miskin yang kita cari!
Kalau target kita hanya untuk kaya, akan jahanamlah diri kita. Jika ada kesempatan untuk kaya, kita lihat dulu. Kalau ada keredhaan Allah, barulah kita ambil. Kalau tidak lebih baik kita miskin. Bukan tujuan kita untuk menjadi miskin, tetapi hendak mencari keredhaan Allah. Kalau hidup miskin ada keredhaan Allah, maka kita pilih miskin. Kalau mahu menjadi kaya dengan keredhaan Allah, katakan aku tidak mahu kekayaan tanpa keredhaanMu.
Bila hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita didunia dan di akhirat. Wallahu A'lam.
(Dipetik dari buku Siri Syarahan Ustaz Yazid Jaafar)
Maksud Istidraj Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan