Sabtu, 8 Oktober 2011

BAJET ORANG KAYA TAK PENDULI SEBAB IA KAYA...PERNIAGA JUGA...BARANG NAIK...GAJI NAIK BARANG NAIK

Najib umum bajet p'raya bela rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

NONEBerpakaian baju Melayu merah hati, Najib yang juga menteri kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".

Ucapan perdana menteri disiarkan langsung melalui stesen radio dan televisyen utama.

Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan langkah-langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.

INTIPATI BAJET 2012


azlanJumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.


azlanPeruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

azlanPolis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

NONETeksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

azlanMeringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.


TPM: Nak kata bajet p'raya, terserah
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terserah kepada mana-mana pihak untuk melabelkan belanjawan yang diumum hari ini sebagai "belanjawan pilihan raya".

Katanya, kerajaan sebaliknya memberikan pelbagai kemudahan dan tawaran kerana prihatin dengan keperluan rakyat pada masa ini.

"Tapi kalau ada pihak yang mengatakan ini election budget, itu terserah kpd mereka... Bila election nak diadakan? Bila?" soalnya.

NONESejak awal lagi, banyak pihak menjangkakan belanjawan kali ini - di ambang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi - bertujuan memenangi hati pengundi.

Malah, bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, banyak pemberian yang diberikan masih hanya kerana hampir pilihan raya umum, tidak seperti negeri Pakatan yang memberikannya setiap tahun secara tetap.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas pembentangan menteri kewangan, Muhyiddin berkata, jika dibandingkan dengan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat, belanjawan hari ini bersifat people centric.

"Selepas 54 tahun mereka baru sebut negara kebajikan, nak buat dasar kebajikan, kita dah laksanakan dulu, jadi kita sudah lebih 54 tahun dasar-dasar tentang apa yang kita harus buat.

"Pembangkang sekarang baru sedar. Baru inilah sekarang kata nak buat dalam parlimen... Buku Jingga untuk menarik minat rakyat. Tapi rakyat sudah tahulah," katanya.

Defisit berterusan 15 tahun

Sementara itu, ditanya tentang pencapaian defisit selamsa 15 tahun berterusan, Muhyiddin berkata pertumbuhan ekononomi masih boleh dikekalkan.

Katanya, walaupun sampai tahap di mana rating Malaysia di peringkat antarabangsa menurun, tetapi dengan kebijaksanaan menguruskan dana negara, pelaburan masih masuk dan pertumbuhan tetap ada.

NONE"Jadi defisit walaupun kita anggap penting, tapi yang penting ialah menguruskan defisit. Yang ini kita telah pun laksanakan," katanya lagi.

Sementara itu, ditanya tentang belanja pembangunan sebanyak RM51 bilion yang tidak seimbang dengan belanja operasi sebanyak RM181 bilion, Muyhyiddin berkata, perkara sebegitu boleh dilihat dalam belanjawan di banyak negara lain.

Katanya, kebiasaannya kos operasi untuk mentadbir negara memang lebih tinggi daripada kos pembangunannya.

"Tapi apa pun ia dilaksanakan secara berkhemah, dan tidak menyebabkan defisit yang agak melampau sehingga kita tak boleh uruskan. Ini tak berlaku di Malaysia," kata timbalan perdana menteri.

"Defisit kita boleh uruskan dan kita telah tunjukkan kita telah dapat kurangkan. Bermakna itu tidak harus jadi satu perkara yang membimbangkan. Tapi ada langkah dibuat untuk mengurangkan (defisit), umpamanya penambahan jawatan baru dibekukan."

  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Bajet umno adalah memberikan pandangan kepada rakyat dan pelabur asing bahawa malaysia :
    1) Tidak menghadapi krisis ekonomi.
    2) Imej Kerajaan yang stabil.
    3) UMNO penaung rakyat.
    4) Bajet untuk semua masyarakat.
    Ini lah mainan politik umno, supaya menarik balik keyakinan hati rakyat , pada hal dalam realiti malaysia menuju ke haluan bankrap. Syabas rakyat. ada duit kita sapu, ada percuma kita ambil, bila pilihanraya lupa semua kebaikan umno. terus tolak hingga umno runtuh bankrap.
    • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
      Bajet apa pun tak mengapa asalkan 8 tuntutan BERSIH siapkan dulu, bajet apa pun karut, 8 tuntutan lebih mustahak dari segala.
      Bangkit rakyat!! Malaysia ini bukan milikan umno tapi milik rakyat. rakyat adalah taukeh , rakyat mempunyai hak tendang umo jadi parti pemerintah.
    • Meor Zahidi Tahir · Pengulas Tertinggi · USM Penang
      Kong Bu Fenzi BERSIH DAH KOTOR !
    • Sifu Ug · Pengulas Tertinggi · Tanta University
      Meor Zahidi Tahir.. kau apa hal... apa yang kotor.. semua yang di tangkap tak de seorang pun di buktikan besalah di mahkamah.. umno je yang pengecut...
  • Susahnya Menjadi Rakyat · Pengulas Tertinggi · University of Michigan
    betul ke prihatin? lepas PRU nanti macam-macam cukai di kenakan.
    • Ramlan Rahmat · Batu Pahat
      Mesti punya rakyat digula2kan.
    • Meor Zahidi Tahir · Pengulas Tertinggi · USM Penang
      Ramlan Rahmat elakkan makan gule gule.....ghongak gigi...haha
    • Ampun Tuan · Pengulas Tertinggi
      Betulll....!! 6% GST sedia menanti!! Kerajaan tutup 1 lubang tapi digali seratus lubang lagi!!!! mmapos lah masuk lubang tuHa ha ha...baru rakyat tau muslihat Bee Enndd

Bajet 2012 tak realistik, kata Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan kerajaan hari ini sebagai tidak realistik kerana tidak dapat menangani defisit belanjawan yang semakin bertambah.

Peningkatan defisit itu tidak pernah ditangani walau dalam bentuk perbelanjaan, kata Anwar lagi yang mengesyaki BN akan membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

NONE"Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet dibentangkan perdana menteri hari ini dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa defisit sejak 1998 itu dikurangkan ke kadar 4.7 peratus pada tahun hadapan.

Najib juga mengumumkan jangkaan pertumbuhan ekonomi akan kekal pada kadar 5 hingga 5.5 peratus tahun ini dengan peruntukan RM232.8 bilion untuk tahun hadapan.

“Tiada langkah efektif untuk menangani defisit dan angka tersebut tidak realistik," kata Anwar lagi.yang menambah, beliau akan membuktikan perkara itu.

"Cara mereka berbelanja tanpa pendapatan, dan mereka masih bercakap tentang defisit 4.7 peratus, berbanding apa yang kita cadangkan," katanya lagi.

Jumlah pelaburan luar negeri Malaysia mencatat kadar paling kukuh di rantau Asia dengan RM21.2 bilion direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Jika anda bercakap tentang kejayaan dalam pelaburan luar negeri, ianya banyak di Selangor dan Pulau Pinang (tetapi) itu tidak diiktiraf," kata Anwar.

Pakatan sebelum ini mengumumkan bajet berjumlah RM220 bilion untuk mengurangkan defisit ke kadar 4.4 peratus.

"Ini bukan cara sesuatu bajet dirangka," katanya yang turut membangkitkan bahawa isu ketelusan, rasuah, salahurus dan pembaziran tidak ditangani," kata Anwar.

Anwar juga berkata pengumuman Najib untuk menaikkan gaji dan elaun ahli parlimen juga tidak disokong oleh ahli dewan pembangkang.

Jelasnya kerajaan tidak sepatutnya memilih waktu rakyat mengalami kesusahan untuk menaikkan gaji dan elaun tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa pengumuman oleh perdana menteri hari ini akan menggembirakan rakyat, namun ianya perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab, kata Anwar.

  • Wan Muhamad Hadif
    NAJIB BERCAKAP TAK PERLU BAYAR PUN...KITA LIHAT BALIK BUDGET 2010 DIMANA BN BERJANJI UTK MEMBERIKAN GAJI MINIMUN KPD PENGAWAL KESELAMATAN TAPI SAMPAI HARI INI TAK TUNAI PUN. DALAM TV3 TAK DIMAINKAN ISU INI SEBAB BN YG BERJANJI KALAU PR DAH TENTU HARI2 KUAR PAPER.
  • Khamshanah Nurul Huda
    bg aku macam tak berapa suka sgt belanjawan ni. kalu dpt bonus pun utk byr road tax jah..dkt 1000 habis..matseman.
    • Rakyat Perihatin Rakyat Perihatin · Pengulas Tertinggi · Universiti Akhirat
      apa cerita ni spare part kenderaan dan tayar moto keta pun tiap2 bulan naik harga sana sini naik apa yg ada dgn bajet kali ni tk da penyelesaian langsung..kalo mcm ni terpaksa la tukar undi kpd PR baru nmpk keikhlasan utk perubahan..
    • Hariff Ita Danish · UKM KL
      dh tau duit tak berapa byk yg g bli kete mahal sapa suruh, pakaila viva, roadtax baru 400
    • Dee Valey · Pengulas Tertinggi · Kuala Krai
      Hariff Ita Danish : Tak pakai kereta lg baik krn tak perlu bayar ibody dan rtax
    • Amie Ain · Top Commenter
      bayar roadtax pun tak cukup.kalau gred 17 cukup ke nak bayar roadtax ngan insurans...
    • Luk Man · Top Commenter
      sapa2..yg tk dapat..bonus..tu....pi..le mintak dekat pak anuar..hee
    • Abdul Hadi Said Adie · PECHACHAI PGF at PgF
      Hariff Ita Danish hang nie lagi gila mana ada road tax sampai rm400 insuran ada la
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Luk Man : Beri bonus pun bkn dr kocek najib, itu wang dr cukai rakyat, lain2 cukai dan pinjaman krjaan. Fahamlah sikit , jangan terus jd pak turut je
    • Zulkhfli Alias · Top Commenter · Kuala Terengganu
      Dee Valey jangan berbelanja lagi bagus, simpan aje duit
    • Zulkhfli Alias · Top Commenter · Kuala Terengganu
      Hariff Ita Danish mana ada kereta murah? pakai kereta sorong tak payah ambil roadtax
    • Zahali Mamat · Works at SMK Permaisuri Nur Zahirah Besut
      Belajarlah bersyukur dgn nikmat yg ada,,Insya-Allah rezki akan datang dengan pelbagai cara nanti..
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Zulkhfli Alias : Betul le , kita simpan je utk beli aksesori spt kak ros. Luk Man dan Md Shukri Aziz ada plannya
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
      Dpt bonus 1 kali, tapi benda2 sekeliling kita byk naik berkali2... BOLEH HIDUP KE MCM NI?
    • Luk Man · Top Commenter
      Dee Valey ...hee pak turut kerajaan ada hasilnya...kalau pak turut...pak anuar...kena pakai cawat besi..seramnya..heee
    • Luk Man · Top Commenter
      Uwais Al Qarni ....orang malas..je..cakap mcm tu heee
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Luk Man : Kamu kena jaga sikit , madey pun minat dgn kamu tu. Pak turut krjaan ada hasilnya, ingat hasil yg kamu dpt itu dr wang rakyat, jika kamu tak layak terimanya, api neraka menunggu diakirat kelak, dunia ni gedebelah kamu
    • Keladi Kelad · Top Commenter
      Luk Man....merepek....tak....sudah....sudah....nape....??? keh....keh....keh....
    • Amirul Iman Anuar
      kalau tak nk byr road tax, beli kereta hybrid atau beli teksi. tak payah road tax. haha.
    • Noor Hisham
      Dee Valey btl bro,pkai je rapid kl yg najib dok naik tu...
    • Luk Man · Top Commenter
      Dee Valey ...mcm orang kecewa..jee...kamu tak dapat wang rakyat ke kesiaannnnn...nanti pas/pkr/dap..uluk..kat kamu..hee
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Luk Man : Aku tak pernah kecewa, alhamdulillah hidup aku tak perlu kpd bantuan dr krjaan, tambahan pula bantuan itu dirampas dr mrk yg berhak. Duit peruntukan bantuan tu bkn duit umno dan pemimpin umno. Aku juga tak mengharapkan duit dr PR krn aku sentiasa menghulur derma dimana2 sj majlis ceramah atau tabung parti. Kamu tdk biasa dgn derma sedeminkian krn minda kamu. minda peminta sedekah
    • Yop Tambun · Top Commenter · King Edward VII Secondary School, Taiping
      gila pakai kete apa ni? roadtax smp 1k? pada2 pun nak komen...
    • Zahali Mamat · Works at SMK Permaisuri Nur Zahirah Besut
      Luk Man ..btul,,saya sokong,,nak bnyak mintak la dgn PR,,tak payah kerja..
    • Mohamad Mustapa · Top Commenter · Sekolah Sri Garden
      Tak payah nak terangkan sumber macam mana semua , banyak cukai dah di kenakan , minyak dekat brunai sedang proses digali, byk lagi ler nak bgitau demo semua.tapi kerajaan bijak juga bagi lanjut usia persaraan ke 60, aku rasa x ramai sangat yg boleh sampai angkat 60 tu hehehe, jimat ler kerajaan nak bayar pencen kalau sebelum pencen dah goll, boleh kurangkan bilangan pesara akan datang, tapi aku yakin yang buat sampai 60 thn tu, pekerja yang selalu minum waktu bekerja(kencing),sebab mereka nie takut nak pencen awal ,kalau kat luar payah nak kencing hehehe, tapi kesian tentera , dulu minta naik gaji lebih dari awam, akhirnya polis yg berjaya hehe, kalau setakat nak bina kuarters tu berjuta2 saper yg dapat projeknya tentu kroni mereka yg kaya, tentera hampeh, menterinya pun hampehhh jani jer boleh, apalagi tentera undi pos kamu a...See More
    • Shuhaimee Baharuddin · 40 years old
      Hariff Ita Danish anak sorang boleh le...
    • Ruzalmy Ab Rahman · USM
      Hariff Ita Danish diaorang pakai prinsip biar papa asalkan bergaya,mungkin dia nak bonus sejuta kot
    • Mohamad Mustapa · Top Commenter · Sekolah Sri Garden
      Kalau tukar kerajaan pun sama, Pakatan nanti ajak rakyat berceramah saja, banyak cakap, kata orang tua2 kalau orang banyak bercakap kerja apa pun xboleh buat hehehe, aku cadangkan ler semua ahli parlimen, adun, pegawai2 kerajaan, anggota yang ada kaitan penguatkuasaan,menteri , tim kerajaan atau pembangkang semua kena istihar harta, untuk penguatkuasa pulak selalu dengar rampas sana sini tapi mana yg dirampasnya faham2 ler kan ..........
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Zahali Mamat : Kenapa org umno payah nak faham dr mana sumber wang krjaan?. tak sekolah ke mrk?. klu PR krjaan, mrk tak pernah menipu rakyat dgn mengatakan duit itu duit mrk atau parti mrk, mrk beritau itu duit rakyat, cuma mrk yg tolong uruskan (sbg krjaan)
    • Yop Tambun · Top Commenter · King Edward VII Secondary School, Taiping
      Shuhaimee Baharuddin : van murah ada ler...insurans baru berapa jer.... itu masaalah diri sendiri nafsu...
    • Luk Man · Top Commenter
      Dee Valey ....ikhlas apa bendanya..cerita kat orang...riak le tu..kau derma kat tabung prti...pakatan rapuh patut lee kalah...pi derma kat anak yatim lagi bagus...bonus akhirat
    • Ruzalmy Ab Rahman · USM
      tak bersyukur pun orang
    • Mohd Shah · Top Commenter · Jertih, Terengganu, Malaysia
      Road tax rm 2.00. Tapi insurance RM 230.00. bantu rakyat apa ni.
    • Yop Tambun · Top Commenter · King Edward VII Secondary School, Taiping
      buka ler co insurans sendiri....bg insurans murah2 ler... tapi excident jgn x blh claim ler pulak....
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Luk Man : Aku cuma nak beritau kamu bkn riak, aku tak mengemis dgn bantuan krjaan spt kamu (kononnya dpt habuan). Klu kamu ingat akhirat baguslah, tp ingat hudud itu hukum yg Allah SNW turunkan, duit krjaan BN tu duit rakyat, 1 sen yg kamu terima melalui jln yg salah pun akan dihitung diakhirat kelak
    • Idris Halim · Top Commenter
      Abdul Hadi Said Adie dan yop tambun..mmg angpa ni katak bawah tempurong la..tu la ingt orng umno kaya..dapat pakai keta proton road tax murah dah jadi jakun..roadtax keta aku 1600..insuran 1200..tak minta duit umno pun..cuba la study sikit..tanya jpj..berapa banyak gov umporno balun duit setiap kereta yag rakyat guna..koo dua orang pakai kancil je ke ? bangga sgt la tu...koman la weeehhh
    • Farid Chan · Kuala Lumpur, Malaysia
      Hariff Ita Danish
      Roadtax apa rm400...?? keta viva ko berapa CC ..3000cc ke ...
    • Idris Halim · Top Commenter
      Farid Chan ni lg sorang jakun..pakai keta kancil pi main jauh2..sia sia ja sokong umporno..tapi tak kaya2..baik sokong PR..miskin pun tak apa asalkan jgn kena bodoooo..
    • Idris Halim · Top Commenter
      Aku nak bg tau angpa..sepanjang hayat sebijik kereta berapa banyak roadtax dan insurance rakyat kena bayar ..duty mahal , kereta mahal ..tapi masih bodo tetap sokong umporno..cuba kira berapa banyak kenderaan atas jalan di malaysia ni...tak pernah ka kerajaan nak kaji nak ringan kan beban rakyat soal kenderaan...tol kena ..minyak tetap mahal ..apa umporno buat ?
      syarikat insurance sapa punya ? ada hak milk kerajaan ke ?
    • Idris Halim · Top Commenter
      saman laju / saman ekor usah cakap la..orang pakai BMW tak kan nak lari 110 ..pikir ka weeeeeiiiii ingat nak pergi beli sayur ke..
    • Abdooleziz Abdoolrachman · Top Commenter · Senior Consultant at REAL ESTATE AGENT
      Yang mahal insurance bukan nya road tax kahha
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Abdooleziz Abdoolrachman : Ibody mahal, krn cukai krjaan pun banyak RM. Kalau umno tak kenakan cukai pd rakyat, takkan najib nak keluarkan duit kocek nya utk bantu rakyat kan?
    • Yop Tambun · Top Commenter · King Edward VII Secondary School, Taiping
      Idris Halim : saya percaya kamu jutawan kedai kayu...
    • Idris Halim · Top Commenter
      Abdooleziz Abdoolrachman ..pakai kancil ke ? hilux 3000 road tax 1600..kalau tak mampu pakai je la kancil ..sbb duduk bawah umporno asyik pikir makan gaji ..tgk tow key cina apa kereta depa pakai ? berapa harga ? ..dengki je kuat tapi tak nak usha..
    • Yop Tambun · Top Commenter · King Edward VII Secondary School, Taiping
      Idris Halim : tapi sayang nama kamu dalam top 10 orang kaya di malaysia x ada pun? kenapa?
    • Mzln Re · Top Commenter
      Rakyat Perihatin Rakyat Perihatin kalau dah hati tu busuk, buat apa pun busuk juga. kalau dah tau spare part tu mahal, semua naik harga jangan beli. tengok je orang lain pakai.
    • Mohd Shah · Top Commenter · Jertih, Terengganu, Malaysia
      Amie Ain Road tax RM 2.00. Insurance RM 200.00.kerja gila ni.
    • Yop Tambun · Top Commenter · King Edward VII Secondary School, Taiping
      Mohd Shah : bro kenapa kita kena ada insurans yer bro?
    • Ahmad Ayoob · Kuala Lumpur, Malaysia
      Hariff Ita Danish viva pun jgn pakai.....kita pakat2 naik teksi mulai sekarang,misti tambang teksi murah....
    • Idris Halim · Top Commenter
      Yop Tambun ..bengong..mahadir , najib, hisham , ada tersenarai ke ? depa naik keta apa ? aku tak harap top 10 tapi tak usik harta rakyat..mmg la angpa ni kelammmm
    • Yop Tambun · Top Commenter · King Edward VII Secondary School, Taiping
      Idris Halim : oh mungkin kamu dulu bekas kawan mereka...
    • Yop Tambun · Top Commenter · King Edward VII Secondary School, Taiping
      Idris Halim : kenapa x ikut cara tok guru?
    • Aleeya Azizie · Top Commenter · Klang
      Hariff Ita Danish jangan la buat kenyataan ngokkkkk family besar kena beli keta besarrrrr.......................aduhhhhh itu pun nak kena beritau keeeeeeee,,,,janganlah jadi......? sendiri kena ingat
    • Azzam Idris · Top Commenter · Guru at SK Seri Tunjong, Beseri, Perlis
      Hanya org yg beriman sahaja tahu bersyukur.
    • Yop Tambun · Top Commenter · King Edward VII Secondary School, Taiping
      Azzam Idris sokong
    • Kimie AZbio · Top Commenter
      Yop Tambun :myvi 2009 roadtax insurans firstparty...,lain la ko punya kereta 3rd party
    • Saiful Azhari Zainal Abidin
      Zahali Mamat ada lagi org bongok mcm ko no yee
    • Brian Sasqie · Works at Arkitek Azman Zainonabidin
      xnk bayar road tax n nk jimat pakai beca la brader,,,biol
    • Hafiz Hasan · Mechanics at Kok hai trading
      Idris Halim kalau x mampu bayar road tax/ insurans, naik bas la..
    • Hafiz Hasan · Mechanics at Kok hai trading
      Aleeya Azizie betul2.. nafsu nk bergaya.. bila takle bayar , salahkan k'jaan.
    • Mohd Harmizi Bin Ariffin · Top Commenter · Works at Pan-West Malaysia
      Idris Halim sugguh angkuhnya ko aku ucapkan syabas kerana jadi melayu kayu.
    • Hafiz Hasan · Mechanics at Kok hai trading
      Zahali Mamat .. bg sejuta pon merungut gak.. mcm mana?
    • Hafiz Hasan · Mechanics at Kok hai trading
      Idris Halim pakai bmw tp kene cukai x mampu bayar..
      malu lah wei!!!
    • Hafiz Hasan · Mechanics at Kok hai trading
      Zahali Mamat anwar byk simpan harta diluar negara sbb tu pkr bleh janji mcm2. itupon duit rakyat yg sempat dia kebas masa jd tpm dulu..
    • Hafiz Hasan · Mechanics at Kok hai trading
      Idris Halim ko jgn taksub sgt la dgn harta dunia.. Allah bkn nilai ko pakai keta apa pon..
    • Hafiz Hasan · Mechanics at Kok hai trading
      Kimie AZbio Nik Aziz naik basikal takde nk bising2 pon! Ko pon bleh naik basikal apa.. takyah kecoh 1st party or 3rd party.
    • Hafiz Hasan · Mechanics at Kok hai trading
      Amie Ain .. syukur la.. dpt jugak..
    • Yop Tambun · Top Commenter · King Edward VII Secondary School, Taiping
      Kimie AZbio : ko nak pakai keta tapi insurans nak murah esok ko tubuh kedai insurans sendiri ler..kimie azbio insurans hahahaa tahun depan chap lap hahaaa

Tiada ulasan: