Sabtu, 8 Oktober 2011

TAK MENARIKLAH...KITA BUAT BAJET...KITA KOMEN SENDIRI...JANGAN KITA JADI ORANG PERASAN...TAK SYOKLAH...



'Gagal laksana bajet ibarat bunuh diri di segi politik'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia ibarat bunuh diri di segi politik sekiranya kerajaan tidak dapat melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkannya semalam.

"Adakah kita mempunyai wang untuk melaksanakan? Ada. Kalau tak ada wang, saya takkan bentangkan semalam.

"Saya akan melakukan perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya membentangkan bajet yang kerajaan tidak boleh tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan mesra rakyat di Kundang, Kuang di Kuala Selangor hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab kritikan pembangkang bahawa kerajaan tidak mempunyai dana untuk menunaikan janji-janji dalam bajet 2012.

"Bajet kita adalah telus. Jadi, apa yang kami lakukan pun dalam lingkungan kemampuan kita, dan dalam kemampuan itu, kita telah berkata yang kita mampu melakukan," katanya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa belanjawan negara yang dibentangkan semalam tidak realistik, Bernama melaporkan Najib berkata Belanjawan Negara dibuat berdasarkan fakta yang amat diketahui oleh kerajaan dan melibatkan banyak pihak termasuk pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan
Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Jadi tidak mungkin mereka ini tidak mengetahui apa yang patut dibentangkan dari segi fakta untuk keputusan Perdana Menteri dan kerajaan, katanya.

"Jadi apa pun yang penting sekali ialah pelaksanaannya dan apabila pelaksanaannya nanti berkesan segalanya akan terjawab dengan sendirinya, kata beliau.

Kalau dikatakan tidak realistik maknanya "kita tidak mungkin memenuhi janji-janji kita seperti terkandung dalam Belanjawan 2012 sebaliknya saya nak tahu apa yang dia akan kata kalau kita dapat melaksanakannya. Itu akan menjawab segalanya," kata perdana menteri.

Mengenai reaksi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa kurang berita gembira untuk pekerja swasta berbanding kerajaan dalam belanjawan kali ini, beliau berkata faedah untuk kakitangan swasta bergantung kepada rundingan mereka dengan majikan masing-masing.

"Kita tak boleh mengarahkan pihak swasta tapi kita harap melalui rundingan terutama sekali bila kita telah wujudkan mekanisme untuk menentukan gaji minimum mereka boleh menimbangkan gaji minimum yang munasabah bagi setiap sektor pekerjaan," katanya.

Najib juga berkata tiada kenaikan cukai rokok pada Belanjawan 2012 kerana kadar penggunaan rokok haram kini terlalu tinggi, iaitu 40 peratus dan jika harga rokok meningkat peratusan mereka yang menghisap rokok haram ini akan meningkat.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan boleh menimbang untuk menaikkan cukai atau harga rokok pada bila-bila masa jika keadaan memerlukan.

Mengenai perkembangan jentera BN Selangor selepas konvensyennya dua minggu lepas, Najib berkata jentera BN semakin bersemangat dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin bertampah rapi tetapi mereka perlu berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada BN.

Sebelum itu semasa berucap di majlis mesra rakyat, beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan membina satu jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang sejauh 3.2 km dengan kos RM4.2 juta.

Beliau berkata jalan ini akan memberikan manfaat kepada 10,000 penduduk sekitar apabila masa perjalanan dapat disingkatkan kepada lima minit berbanding dengan 30 minit jika mengikut jalan lama sejauh 20 km.

Najib juga berkata pihaknya akan berbincang dengan syarikat yang mengendalikan Lebuhraya Latar yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kuala Selangor supaya dapat menyediakan satu jalan keluar dari lebuh raya itu ke Kundang.

Beliau dimaklumkan pada masa ini hanya terdapat jalan masuk dari Kundang ke lebuh raya itu dan beliau berharap syarikat yang mengendalikan lebuh raya tersebut akan bersetuju dengan pembinaan jalan keluar ke Kundang dari Lebuhraya Latar.


Bajet: Pembangkang mati akal untuk serang k'jaan, kata PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tuduhan pembangkang bahawa Bajet 2012 tidak realistik, menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerang kerajaan.

Beliau berkata Bajet 2012 yang dibentangkan semalam merupakan sesuatu yang boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan serta bukan hanya janji-janji kosong.

"Untuk Bajet 2012 kita guna pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain, bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd.

"Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat. Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok di Kuala Selangor hari ini..

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan kerajaan hari ini sebagai tidak realistik kerana tidak dapat menangani defisit belanjawan yang semakin bertambah.

Katanya, peningkatan defisit itu tidak pernah ditangani walau dalam bentuk perbelanjaan, dan ketua umum PKR itu mengesyaki BN akan membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

"Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Kaji keperluan rakyat

Sementara itu, perdana menteri berkata Belanjawan 2012 dibentangkan bertujuan supaya kerajaan dapat membina rakyat dan mensejahterakan negara.

Beliau berkata kerajaan juga terlebih dahulu telah mengkaji dengan mendalam apakah sebenarnya keperluan rakyat.

"Dalam gagasan dan falsafah 1Malaysia saya telah gariskan beberapa tunggak, antaranya dasar kita mesti bersifat keterangkuman, erti kata di setiap ceruk pelusuk negara tidak kira bandar atau desa, tidak kira mana-mana kumpulan etnik atau kaum setiap warganegara Malaysia mesti mendapat pembelaan dan perlindungan daripada kerajaan.

"Sesuai dengan prinsip itu maka Belanjawan 2012 yang dibentangkan semalam telah menepati prinsip asas yang antaranya ialah untuk menentukan semua golongan dan kelompok masyarakat mendapat faedah," katanya.

Perdana menteri berkata dalam Belanjawan 2012, kebajikan masyarakat kaum India juga diutamakan di mana kerajaan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM50 juta untuk menyediakan kemudahan asas yang sempurna kepada masyarakat kaum India yang menetap di kawasan ladang.

"Khusus bagi Ladang Tuan Mee, saya dah bincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif KL Kepong, Tan Sri Lee Oi Hian sebentar tadi dan pihak beliau telah setuju supaya KL Kepong ambil tindakan segera keluarkan belanja yang dapat bekalkan bekalan air bersih dan berkualiti untuk ladang ini," katanya.

Pekerja estet

Najib berkata sebelum pembentangan belanjawan, beliau telah mengambil tindakan memohon kepada semua pemilik ladang estet sama ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta untuk menaikkan gaji pekerja estet.

Perdana Menteri berkata beliau difahamkan bahawa sebahagian besar pekerja ladang Tuan Mee telah menerima kenaikan gaji sebanyak RM200 sebulan.

"Saya berharap dalam masa terdekat semua (pekerja estet) akan dapat kenaikan gaji...kita akan jaga kebajikan para pekerja semua," katanya.

Beliau juga berkata beberapa masalah berkaitan perkhidmatan bas dan banjir yang dikemukakan Penyelaras BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K.Partiban akan segera diberi perhatian.

"Seperti diumumkan menerusi Belanjawan 2012 semalam juga, setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan akan menerima RM500. Ini bermakna setiap keluarga yang tinggal di estet di seluruh negara akan menerima RM500 pada tahun depan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk G. Palanivel, Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M.Kayveas dan barisan kepemimpinan BN Selangor.

- Bernama


PM bidas pihak uarkan konsep negara kebajikan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pihak tertentu yang menguar-uarkan konsep negara kebajikan supaya tidak berlagak seolah-olah mereka orang pertama yang menemui formula itu.

NONE"Bukankah Kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan?" katanya ketika membentang Bajet 2012 petang ini.

Walaupun Najib yang juga presiden Umno tidak menyebut secara langsung pihak itu, tetapi PAS sebelum ini mengumumkan "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema muktamar parti itu Mei lalu.

Dalam ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor menegaskan komitmen merealisasikan bentuk pemerintahan itu yang didakwanya telah diperkenalkan di negeri Pakatan, termasuk Perak dan Terengganu yang pernah dimenangi mereka.

Katanya, negara berkebajikan yang ingin dicapai bukan hanya hebat pencapaian ekonomi, Pakatan juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material tetapi jiwa kosong.

Najib berkata, pendekatan itu sudah dilaksanakan BN, melalui:

Pertama: Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40 sen, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari harga sebenar;

azlanKedua: Bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen atau 8 peratus dari harga sebenar;

Ketiga: Bagi setiap kilogram minyak masak, harga asal RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50. Subsidi Kerajaan berjumlah RM2.25 atau 47 peratus dari harga sebenar; dan

Keempat: Bagi setiap kilogram tepung gandum, harga asal RM1.90, rakyat hanya bayar RM1.35 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 55 sen atau 29 peratus dari harga sebenar.

Dalam pembentangan Najib hari ini, beliau menegaskan, keseluruhan subsidi bahan makanan asas itu menelan belanja RM2.3 bilion.

"...dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh yang demikian itu, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?" katanya.

Bahan makanan asas


NONETidak cukup sekadar itu, kata perdana menteri, subsidi kerajaan bukan terhad hanya kepada bahan makanan asas sahaja, tetapi ia juga merangkumi subsidi produk petroleum dan bantuan tunai yang melibatkan sebanyak RM17 bilion.

Menurut Najib, ini meliputi:

Pertama: Bagi setiap liter petrol RON95, harga asal RM2.75, rakyat hanya bayar RM1.90. Subsidi kerajaan berjumlah 85 sen atau 31 peratus dari harga sebenar;

Kedua: Bagi setiap liter diesel, harga asal RM2.66, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi Kerajaan berjumlah 86 sen atau 32 peratus dari harga sebenar; dan

Ketiga: Bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak, harga asal RM48.02, rakyat hanya bayar RM26.60. Subsidi Kerajaan berjumlah RM21.42 atau 45 peratus dari harga sebenar.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah RM20 sebulan dan ke bawah yang telah dilaksanakan sejak 2009.

"Pemberian subsidi ini melibatkan peruntukan RM150 juta dan seramai 1 juta isi rumah akan mendapat manfaat.

"Untuk makluman, segala subsidi, insentif dan bantuan ini berjumlah RM33.2 bilion. Semuanya dengan semangat ulukan," tambahnya.

NONEBagi tahun 2012, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan RM1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi:

- Bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan;
- Bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan, dengan had maksimum RM450 sebulan, serta;
- Bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya (OKU) antara RM150 hingga RM300 sebulan.

"KAR1SMA akan memberi manfaat kepada hampir 500,000 rakyat dalam membantu meringankan beban sara hidup," tambahnya.

Bendung kenaikan kos

Selanjutnya, kata Najib, kerajaan juga akan mengambil langkah bagi membendung kenaikan kos dan harga serta membantu mengurangkan beban rakyat seperti berikut:

NONEPertama: Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia ke seluruh negara. KR1M menawarkan 250 jenis produk berjenama 1Malaysia meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40 peratus lebih rendah.

Menurutnya, memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, kerajaan juga bercadang membuka 85 unit tambahan sehingga akhir 2012 dengan peruntukan 40 juta ringgit;

Kedua: Membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat di seluruh negara bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia.

Di samping itu, katanya, kerajaan akan memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), kedai FELDA dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara; dan

Ketiga: Memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutan iaitu maksimum RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari.

NONESehingga kini, katanya, lebih 700 pengusaha telah mengambil bahagian dan dijangka diperluaskan kepada 3,000 pengusaha pada akhir 2012.

"Untuk mengembangkan lagi langkah ini, kerajaan menggalakkan semua pengusaha kafeteria di pejabat Kerajaan dan swasta melaksanakan inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia," tambah perdana menteri.

Tiada ulasan: