Khamis, 6 Oktober 2011

JANGAN KITA BANYAK CAKAP TENTANG HUDUD...INI HUKUM ALLAH BUKAN HUKUM PARTI...DAH SEDIA MASUK MASUK NERAKA KE...JIKA MENENTANG ALLAH..

Cincin Rosmah terus hangat selepas dipulangkan | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Isu cincin bernilai RM24 juta yang diposkan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dikatakan telah dipulangkan terus hangat diperkatakan.

Ini kerana, jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mengesahkan cerita kewujudannya dan kini masing-masing tertanya 'apakah benar ia telah dipulangkan'.

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat miliknya.

Kolumnis terkenal Harakahdaily yang juga bekas pemimpin PAS, Haji Subky Latif dalam kolumnya kali ini mengulas panjang mengenai isu ini dari segi lojiknya.

"Menteri Nazri dalam jawapannya kepada soalan mengenainya di Parlimen memberitahu bahawa cincin itu telah dikembalikan kepada syarikat pemunyanya.

"Apabila ia telah dikembalikan kepada sipengirim, bererti pernah dibawa masuk ke negara ini dan dihantar kepada Rosmah di alamatnya.

"Bagaimana ia dibawah masuk telah didedahkan oleh Cikgu Bard. Bagaimana ia dipulangkan tidak pula diketahui," tulis Subky dalam kolumnya di sini.

Penafian

Sebelum ini, apabila ia didedahkan Cikgu Bard (gambar) atau nama penuhnya Badrul Hisham Shahrin, para blogger Umno menghentam balik beliau dan Rosmah pula menafikannya.

Ogos lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya berjuta-juta ringgit.

Akhbar Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New York dialamatkan kepada Rosmah.

Persoalan timbul sama ada nama Rosmah telah digunakan dengan pengetahuan beliau ataupun sebaliknya oleh elemen-elemen jenayah.

Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu telah menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah.

Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin muncul, Rosmah menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada masa mahu melayan perkara itu.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

“Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (pemblog) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau.

Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak penafian isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor sebelum ini bahawa beliau bukan pemilik sebentuk cincin berlian RM24 juta yang diimport dari Amerika Syarikat.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin berkata penafian Rosmah tidak boleh diterima kerana ia tidak menangani isu dokumen-dokumen Kastam bersabit cincin itu yang dikemukakan oleh SAMM kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Menurut Badrul, tabiat boros Rosmah akhirnya akan memberi kesan kepada pentadbiran negara yang berada di bawah naungan suaminya sendiri.

Beliau berkata ada bukti jelas dalam rekod kastam menunjukkan kemasukan sebentuk cincin berharga lebih RM24 juta pada 16 April lalu atas nama beliau sebagai penerima.

“Sikap boros dan sombong beliau yang kita lihat banyak sangat menghancurkan negara ini dan kerana itu Rosmah boleh cakap apa sahaja seperti juga Imelda Marcos yang langsung tidak mempedulikan protes dan suara rakyat. Dan akhirnya kehancuran Marcos penyumbang besarnya adalah Imelda,”katanya kepada Tv Selangor.

Badrul berkata, beliau tidak membuat sebarang tuduhan melulu ke atas Rosmah, namun ia bersandarkan kepada bukti yang dibekalkan kepada pihaknya.

“Mengenai cincin ini saya tidak melemparkan sebarang tuduhan cuma saya mengeluarkan pada peringkat awalnya pada 8 Julai beberapa dokumen yang membuktikan ada kemasukan sebentuk cincin belian berharga RM24.45 juta yang dalam nama penerima ada tertera nama Rosmah Bin Mansor.

“Jadi saya bangkitkan dan minta untuk Rosmah atau mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran,”katanya lagi.


Rais diminta hentikan sandiwara pejuang bahasa | Print |
Harakahdaily

PULAU PINANG, 6 Okt: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim perlu menghentikan permainan menunjukkan dirinya saja sebagai pejuang Bahasa Malaysia dengan menafikan orang lain juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataanya berkata, siri pembohongan yang berniat jahat dan menyerang peribadi beliau oleh Rais yang mendakwa bahawa sebuah majlis rasmi yang dihadiri Rais di Pulau Pinang telah meminggirkan Bahasa Malaysia.

(Laporan akhbar Umno yang mendakwa Lim Guan Eng yang ketepi Bahasa Melayu)

"Rais jelas tidak dapat membezakan antara salah dan betul," kata Lim dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Pertamanya, kata Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang hak dalam majlis yang dianjurkan oleh agensi swasta dan di samping itu, beliau enggan mengakui bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang turut bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Rais pada mulanya berbohong bahawa hanya beliau seorang sahaja bercakap Bahasa Malaysia pada majlis makan malam di Kolej Han Chiang pada 29 September 2011 ketika beliau hadir mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

"Dakwaannya adalah tidak benar kerana saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin. Rais juga turut berucap beberapa patah dalam Bahasa Mandarin. Mengapa Rais cuba menggambarkan dirinya seorang sahaja pejuang Bahasa Malaysia dengan menafikan bahawa saya turut bertutur dalam Bahasa Malaysia?" soal Lim.

Bagi beliau, Rais telah salah menilai majlis anjuran Han Chiang sebagai majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila majlis tersebut merupakan anjuran kolej swasta.

Jelas sekali orang yang ingin menutup pembohongan akan terpaksa berbohong lagi, katanya.

Menurut Lim, daripada mengakui kesilapan yang mengatakan bahawa majlis anjuran Han Chiang bukan merupakan majlis kerajaan negeri, "Rais terus menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menyuruh supaya saya menasihati konco-konco (pengikut) di Kolej Han Chiang supaya menghormati bahasa kebangsaan."

Penggunaan perkataan 'konco-konco' (pengikut) adalah tidak munasabah kerana pihak pengurusan Han Chiang hanya terlibat dalam bidang pendidikan dan bukan politik, jelas beliau.

Rais, katanya, bukan sahaja biadap dan tidak menghormati penganjur malah telah melanggar protokol dengan meminta kerajaan negeri untuk campur tangan dalam sebuah majlis yang dianjurkan untuk pemimpin tertinggi Kerajaan Persekutuan.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai apa jua peranan dalam penganjuran majlis di Kolej Han Chiang pada 29 September yang lalu.

"Tambahan pula, bagaimana kerajaan negeri sekarang boleh terlibat dengan penubuhan Kolej Han Chiang sebagaimana didakwa oleh Rais sedangkan kolej tersebut sudah lama wujud sebelum Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengambil alih pada 2008?" tanya beliau.

Sekiranya Rais tidak gembira dengan Han Chiang, beliau sepatutnya berani membantah pada malam tersebut, cadangan Lim.
Sebaliknya, katanya, beliau hanya 'berani' mengkritik Han Chiang daripada jarak yang jauh dan selamat, iaitu ketika beliau berada di Negeri Sembilan.

"Jelas sekali, sebanyak mana pembohongan Rais pun tidak cukup untuk menyembunyikan kebenaran bahawa beliau dengan tidak adilnya telah menghina Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas majlis anjuran Kolej Han Chiang.

"Seharusnya Rais berhenti daripada berkelakuan seperti Utusan Malaysia yang enggan mengakui pembohongan dan akan terus menipu untuk memainkan sentimen perkauman.

"Adakah Rais Yatim akan menafikan bahawa saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia pada malam tersebut?" soalnya.

Itulah sebabnya, kata Lim, mengapa Rais Yatim harus menghentikan permainan bahaya kononnya beliau merupakan seorang pejuang Bahasa Malaysia, dan juga berhenti menyalahkan Kerajaan Negeri untuk sebuah majlis anjuran kolej swasta.

Hudud jadi undang-undang zaman Sultan Mansur | Print |
Aslani M

KOTA BHARU, 6 Okt: Perundangan Islam termasuk hudud yang menjadi polemik di kalangan sesetengah pihak sekarang sebenarnya bukan perkara baru, malah ia sudah dilaksanakan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah.

Ketika itu sudah ada hukuman rejam bagi kesalahan zina dan potong tangan pesalah yang didapati mencuri.

Malah pada zaman awal kegemilangan Islam di Kelantan, hukuman mencuci kolah dikenakan bagi kesalahan kecil sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Menurut banyak catatan dalam sejarah lama Kelantan hasil pelaksanaan hukum tersebut kehidupan rakyat aman dan damai.

Maka tiada sebab ada pihak menolak pelaksanaan hukum tersebut terutamanya pemimpin-pemimpin politik yang mengaku beragama Islam.

Bagi Gabungan NGO Kelantan (GNK) kenyataan pelbagai pihak mengeksploitasikan hukum hudud dilihat semata-mata bermotifkan politik sempit.

Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Dr Abdul Halim Yusof berkata, sikap kurang bertanggungjawab dalam menangani isu hudud cukup membimbangkan di mana ia menjadi tajuk utama media arus perdana kebelakangan ini.

“Menginsafi hakikat bahawa Islam adalah al-din yang mesti diterima secara menyeluruh dari segi aqidah dan syariatnya, pelaksanaan hukum hudud adalah suatu tanggungjawab agama.

“Sebagai seorang yang mengaku beragama Islam dan berimankan al-Quran, kita tidak mempunyai pilihan selain daripada patuh menerima hukum-hakamNya.

“Dan mengakui bahawa ia adalah hukum terbaik dan teradil tanpa sebarang berdolak-dalihk lagi,” katanya di sini.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) dilulus di persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 selepas digubal melibatkan pakar tempatan dan luar negara.

Bagaimanapun perundangan Islam tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat, lebih-lebih ada surat amaran daripada Perdana Menteri.

Dr Abdul Halim berkata, pihaknya menyokong penuh usaha kerajaan Kelantan dan kalangan ilmuan Islam secara konsisten memberi penerangan mengenai hukum hudud kepada rakyat.

Katanya, kefahaman rakyat secara lebih jelas penting bagi membolehkan pelaksanaannya dibuat secara bijaksana dan memberi keadilan kepada masyarakat.

Oleh itu beliau menyarankan semua pihak termasuk pemimpin politik, gerakan sivil, rakyat dan media alternatif memberikan sepenuh perhatian terhadap isu tersebut.

Selain itu katanya juga penggemblengan tenaga semua pihak bagi menuntut pelaksanaan pilihanraya umum ke-13 lebih adil dan telus perlu diteruskan.

“Janganlah kita mudah teralih arah jika terdapat isu-isu yang cuba ditimbulkan pihak-pihak tertentu.

”Isu hudud dipolemik dalam suasana setiap kali datangnya musim pilihanraya. Ia juga berlaku dalam suasana pembongkaran satu demi satu bukti penyelewengan pengendalian pilihanraya termasuk pendaftaran pengundi yang meragukan,” ujarnya.

Menurutnya kewujudan pengundi berganda, undi pos dan terdedahnya pemberian kewarganegaraan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi begitu membimbangkan.

Hudud: Kerajaan negeri tiada kuasa penuh | Print |
Abdul Hadi Awang
Banyak kenyataan ditujukan kepada PAS supaya melaksanakan syariat khususnya hukum hudud yang menjadi sasaran untuk menghina Islam atau sesiapa sahaja yang mendesak hukum Islam dilaksanakan sepenuhnya.PAS dicabar melaksanakannya kerana memerintah beberapa kerajaan negeri.

Kalangan mereka yang mencabar ini lebih bertujuan untuk menakutkan khususnya masyarakat bukan Islam bagi memancing undi pilihan raya, pada hal mereka berkuasa sepenuhnya sejak lebih lima puluh tahun. Sekiranya dicetuskan oleh penganut agama lain atau para orientalis tidaklah menghairankan.

Namun apa yang menghairankan ialah, suara yang lantang datang daripada kalangan mereka yang mengaku Islam dan menunjukkan sebahagian daripada aktiviti Islam kepada masyarakat awam sehingga menjemput Imam Masjidil Haram bagi menjenamakan Islamnya.

Perlu difahami bahawa Islam adalah agama yang merangkumi segala aspek fitrah manusia, menjadikannya berbeza dengan takrif agama lain dan teori ciptaan manusia. Islam hendaklah dikenali secara menyeluruh, kerana setiap aspek dalam ajaran Islam berkait di antara satu sama lain, laksana mata rantai yang tidak boleh dipisahkan.

Undang-undang hudud adalah berkait dengan undang-undang jenayah yang banyak cabangnya,yang berkait pula dengan sistem kehakimannya sendiri, berkait juga dengan fikah, syariat, akidah dan akhlak yang ada roh perhitung an dosa dan pahala.

Kalau silap melaksanakannya, ketua negara dan hakim yang masuk neraka, bukannya penjenayah. Mengenali Islam dengan hukum hudud sahaja boleh menjadikannya laksana seorang buta yang mengenali gajah dengan hanya memegang salah satu anggotanya tanpa mengetahui seluruh jasad dan perangai gajah. Mereka bukan sahaja terus-menerus tidak kenal gajah, bahkan boleh binasa dipijak gajah.

Islam seringkali menjadi mangsa tuduhan ganas dan keras kerana hukum hudud tanpa memahami dan melihat pelaksanaan, syarat dan adabnya secara menye luruh. Tetapi mereka yang mempertikaikan berkenaan hudud memejam mata terhadap hukuman bunuh dengan gantung di tali secara mencekik yang primitif dan sangat zalim. Begitu juga hukuman sebat yang diamalkan di penjara seperti zaman batu dan banyak lagi bentuk hukuman lain.

Sekiranya mereka membaca dan mengkaji semua pelaksanaan hukum Islam dan dibuat perbandingan, nescaya mereka tahu betapa jauh perbezaannya. Ini kerana hukum Islam itu lebih bersikap mendidik secara yang menakutkan, bukannya menyeksa, tetapi mencapai matlamat maslahah yang tidak boleh dipertikaikan bahawa ianya membawa kebaikan dan menolak kemudaratan.

Perlu difahami bahawa undang-undang yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadis adalah perkara yang tidak harus dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, kerana firman Allah dalam surah Al Ahzab yang bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi seseorang lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.” - (Surah Al Ahzab ayat 36)

Penerimaan Islam (menyerah diri) tanpa pertikaian dan keraguan menjadi ciri seseorang Islam tanpa mengira bangsa dan parti yang dianut, tempat dan masa, kerana al-Quran adalah petunjuk akhir zaman dan mukjizat yang tidak mati dengan wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.

Kegagalan undang-undang ciptaan manusia

Allah telah menunjukkan kegagalan undang-undang ciptaan manusia dengan krisis nilai diri kemanusiaan dan merebaknya penyakit diri, keluarga dan masyarakat.

Firman Allah bermaksud: “Telah zahir terserlah dengan nyata kerosakan (kejahatan) di darat dan laut dengan sebab dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka kembali kepada Allah.” - (Surah Al Rom ayat 41)

Adapun penganut agama bukan Islam mereka tidak boleh dipaksa bukan sahaja menganut Islam, bahkan undang-undang yang berkait dengan agama. Ada pun yang berkait dengan hubungan cara hidup bermasyarakat perlu disamakan dengan adil dan seksama.

Ada juga undang-undang yang ada dalam al-Quran disebut dalam kitab yang terdahulu seperti Taurat. Maka Syariat Islam membahagikan undang-undang yang sama tanpa mengira agama seper ti undang-undang jalan raya yang berkait dengan hukum qisas dalam kemalangan.

Ada pula undang-undang yang diberi hak kepada penganut agama lain seperti undang-undang keluarga. Ada juga undang-undang yang diberi pilihan kepada mereka, di antaranya undang-undang hudud.

Hukuman Hudud adalah salah satu daripada undang-undang jenayah Islam yang dinaskan seperti hukum qisas dan di sana ada yang tidak dinaskan iaitu takzir yang terlalu luas ruangnya.

Bagi seseorang Islam wajib percaya bahawa hukum Allah semuanya adil dan baik bagi manusia kerana Allah pencipta alam Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Penyayang, Maha Adil dan segala sifat terpuji, Yang Maha suci daripada segala sifat kekurangan. Sebarang langkah meninggalkan hukum Allah pasti membawa kemusnahan kepada alam semula jadi, termasuk kehidupan manusia.

Hukum-hukum yang wajib dilaksanakan oleh manusia dibagikan pula kepada wajib dilaksanakan oleh diri masing-masing secara fardu ain dan oleh umum secara fardu kifayah. Kepada mereka yang mampu melaksanakan fardu kifayah menjadi fardu ain kepadanya pula. Diantara hukum yang wajib itu mensyaratkan adanya kerajaan yang berdaulat sepenuh.

Pelaksanaan hukum Islam pula mewajibkan syarat dan rukunnya. Kalau hendak sembahyang mestilah bersih dengan berwuduk,pakaian dan tempat yang bersih.

Jika hendak melaksanakan ibadat haji maka syaratnya mampu daripada segi harta, jasad dan aman dijalanan. Begitu juga kalau hendak melak sanakan undang-undang jenayah mestilah oleh kerajaan yang berkuasa sepenuhnya bagi mewujudkan sistem kehakiman yang adil.

Hukum yang adil hendaklah melalui sistem mahkamah yang melibatkan hakim, saksi dan persekitaran bidang kuasa yang adil. Pelaksanaan hukum qisas dan hudud ditambah dengan syarat yang lebih banyak supaya tidak berlaku zalim.

Apa yang penting ialah menakutkan penjenayah, tetapi untuk menjatuhkan hukuman diwajibkan syarat yang payah dipenuhi. Pelaksanaannya pula dengan syarat dan adabnya, bukan bertindak sewenang-wenangnya.

Semua para Rasul yang dipaparkan oleh Al Quran menunjukkan bahawa mereka mengajak pemimpin kerajaan yang memenuhi dyarat yang penuh berkuasa dan berdaulat, supaya melaksanakan hukum Allah.

Apabila pemimpin itu berdegil maka diberi masa yang sangat panjang sehingga bergilir pemimpin dengan umur panjang, sihat dan senang, supaya mereka kembali kepada hukum Allah. Para Rasul dan yang menyambung perjuangannya disuruh bersabar dan berusaha mendirikan kerajaan yang menunaikan kewajipan tersebut.

PAS yang memerintah di peringkat negeri dan berjaya menghantar wakil dip eringkat pusat. Negeri yang diperintah oleh PAS melaksanakan kewajipan mengikut kadar kemampuan kuasanya dan berjuang seterusnya bagi melaksanakan Islam secara menyeluruh.

PAS memerintah negeri yang terhad kuasanya. Di Kelantan PAS telah meluluskan undang-undang jenayah syariat dan belum di wartakan. Ketika memerintah Terengganu satu penggal Kerajaan PAS mengikut jejak Kelantan meluluskan undang-undang yang sama dan berjaya diwartakan setelah diperkenankan oleh DYMM Al Sultan.

Kelantan menerima amaran Perdana Menteri pada masa itu. Terengganu pula dijatuhkan kerajaannya. Adapun Negeri Kedah, PAS hanya memimpin kerajaan campuran dan Selangor pula PAS menyertai kerajaan campuran.

PAS tetap melaksanakan Islam mengikut bidang kuasa dan melaksanakan Islam secara ilmu dan kefahaman. Umno adalah teras kepada kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan banyak kerajaan negeri. Mereka memerintah sejak le bih lima puluh tahun negara men capai kemerdekaan dengan bidang kuasa sepenuhnya.

Perlembagaan yang ada pada hari ini digubal oleh Suruhanjaya Reid yang banyak di dalamnya warisan penjajah bagi menghalang pelaksanaan Islam. Walaupun kuasa urusan agama Islam diberi kepada kerajaan negeri dan Islam adalah agama Perseku tuan, penganut agama-agama lain bebas menganut agama mereka.

Tetapi Islam yang diberi kuasa kepada negeri dan raja-raja dibelenggu dengan jadual kesembilan daripada Perlembagaan, di mana bidang kuasa negeri tidak lebih daripada 3, 5 dan 6 (tiga tahun penjara, lima ribu ringgit dan enam sebatan), malah sebatannya mengikut undang-undang Inggeris bukan syariat Islam.

Di Parlimen penggal 1990-1995 saya pernah mengemukakan usul supaya diselesaikan perkara ini tetapi ditolak begitu sahaja. Di sana ada pula tuduhan bahawa undang-undang itu ciptaan PAS. Wa laupun semua tahu bahawa undang-undang Syariat yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadis adalah jelas, tetapi PAS tetap dituduh dan difitnah.

Apabila PAS menyatakan kesediaannya untuk bermuzakarah dan ada pihak ketiga yang bersedia menjadi orang tengah, maka Umno mengelakkan diri. Umno yang menerima kemerdekaan bersyarat daripada penjajah itu, sepatutnya tempoh masa lebih 50 tahun telah diberi bagi melupuskan syarat yang sudah ketinggalan zaman penjajahan itu, tetapi masih terus mengekalkannya.

Adakah Umno masih terikat dengan penjajah atau berfikir an penjajah? Maka eloklah kita merdekakan fikiran atau merdekakan diri daripada Umno. Malangnya pula media yang berada di bawah ketiak Umno yang sudah lama berpeluh itu menggunakan pekerja dan khadam yang beragama Islam menyiarkan rencana dan kartun-kartun yang menyindir hukum-hukum yang dinaskan dengan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w.

Mereka pula tidak membaca hukumnya yang berat terhadap orang-orang yang seperti itu secara nyata didedahkan dalam buku Mustika Hadith Jilid Pertama yang diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri sejak tahun 70-an.

Bagi penganut Islam, jangan dipandang mudah dan ringan untuk mempermainkan isu ini sekadar undi pilihan raya, nanti menang di dunia dan kalah di dalam kubur dan terjunam di hari akhirat. Wahai Tuhan! Saya telah menyampaikan. Saksikanlah!

Tiada ulasan: