Ahad, 16 Oktober 2011

SAPE YANG PUTAR BELIT...LAWAK2...MEMANG LAWAK...MACAMLAH RAKYAT MUDAH2 NAK TIPU....INSAFLAH...SEDARLAH...KUASA MUTLAK DITANGAN ALLAH...

Koh sanggup korban diri dalam PRU
Presiden GERAKAN Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan beliau bersedia mengorbankan dirinya sendiri supaya parti itu dapat menyediakan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum depan.

koh tsu koonKatanya, beliau tidak akan memberitahu apa yang akan dilakukannya buat masa ini kerana beberapa perkara masih perlu disemak dan diselaraskan.

Bagaimanapun, ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam persidang nasional GERAKAN di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata beliau boleh menjamin akan mengorbankan dirinya untuk parti.

Janji itu ekoran suara-suara cemas, antaranya Ketua Wanita GERAKAN Datuk Tan Lian Hoe yang semalam menggesa Koh tidak bertanding pada pilihan raya umum demi kepentingan parti.

Koh yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak mengesahkan atau menafikan kemungkinannya untuk bertanding lagi.



Pakar perlembagaan akan saman Utusan
Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata akan menyaman akhbar Umno Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam laporan berkaitan kenyataannya terhadap titah diraja dan isu agama.

"Sebab utamanya kerana Utusan memutarbelit dan pusing kenyataan saya.

"Mereka menggambarkan saya sebagai sombong, angkuh, tidak tahu hormat dan dan keras kepala," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kepada Malaysiakini hari ini.

NONEAziz pada 11 Oktober lalu berkata, tindakan Sultan Selangor Sultan campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Aziz berkata beliau sudah mengarahkan peguamnya Hanipa Maidin bagi menyaman Utusan dan seorang lagi peguam Zulqarnain Lukman bagi menguruskan perkara berkaitan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

"Isunya di sini, saya bercakap berdasarkan pengetahuan dan kepakaran saya," katanya - ahli akademik tunggal yang menulils tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.

"Tetapi mereka bukannya memberitahu saya pandangan mereka, sebaliknya pergi ke merata tempat dan membuat dakwaan terhadap saya." [Baca berita penuh]

Utusan terus kritik

Katanya lagi dalam
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Utusan melalui kolumnis kontroversinya Awang Selamat terus mengkritik Aziz dan Malaysiakini yang menyuarkan kenyataan pensyarah itu sebelum ini.

majlis raja raja rulers council 300609 2Awang menulis, Aziz memberikan isyarat salah kepada pelbagai pihak termasuk bukan Islam bahawa Sultan boleh disanggah biarpun bawah bidang kuasa baginda.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam, reaksi Aziz yang mempertahankan kenyataannya dan enggan memohon maaf kepada Sultan Selangor, dilihat angkuh.

"Awang percaya seandainya kenyataan Sultan Selangor berhubung insiden di gereja itu dilihat memihak kepada pembangkang, nescaya Abdul Aziz akan berdiam.

"Tidak mungkin beliau akan menyanggah baginda kerana ada percaturan lain yang mengatasi soal kepentingan agama dan perlembagaan," coretnya.




Umno tak akan tuntut jawatan KM P Pinang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

NONE"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.

Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno dan masih perlu dibincangkan dalam BN.

"Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno," katanya lagi.

Sementara itu, Najib turut ditanya berhubung kenyataan ketua wanita parti itu, Datuk Seri Tan Lian Hoe semalam yang dilaporkan mahu Koh meletakkan jawatan.

Tan menyatakan kebimbangan bahawa kedudukan Koh sebagai teraju utama parti itu akan menjejaskan peluang calon GERAKAN dalam pilihan raya akan datang.

"Apa pun, saya mempunyai hubungan kerja yang baik dengan Tan Sri Koh Tsu Koon dan kita telah berbincang apa yang patut dilakukan dan saya serahkan kepada beliau.

"Saya fikir dia tahu apa perkara yang perlu dilakukan," kata Najib lagi.

'Bersedia untuk keputusan perit'

Dalam ucapannya terdahulu, Najib berkata GERAKAN perlu bersedia untuk membuat keputusan perit dan mengemukakan diri mereka sebagai alternatif yang baik kepada rakyat negeri itu.

"Pelan alternatif untuk Pulau Pinang dan juga barisan pemimpin alternatif untuk Pulau Pinang juga mesti dipersembahkan kepada rakyat.

najib abdul razak"Setiap daripada kita mesti menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan sebahagian daripada masalah.

"Kalau kita buat perkara ini, saya tidak akan putus asa dengan Pulau Pinang," katanya yang turut berjanji untuk berlaku adil kepada pemimpin GERAKAN, Umno MCA, dan MIC di negeri itu dalam soal calon pilihan raya.

Katanya BN perlu membuat ubahsuai itu mengikut realiti serta kekuatan dan kelemahan diri mereka.

"Realiti politik adalah tentang nombor. Bila kita dah tahu ini, kita mesti buat kerja. Bila anda kata cakap serupa bikin, anda perlu turun ke bawah dan dapatkan sokongan... Tambah lagi pengundi.

"Kita nak parti GERAKAN kembali ke zaman kegemilangannya, tapi jangan terperangkap dengan nostalgia.

"Yang lepas itu lepaslah, apa yang berlaku sekarang adalah soal masa depan," katanya lagi.



Pembangkang pakar putar belit, kata PM
Pembangkang memang pakar putar belit yangsuka memanipulasi sesuatu isu untuk keuntungan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sambil menyindir pembangkang apabila berucap di khalayak pada Persidangan Perwakilan Gerakan Kebangsaan ke-40 di Menara PGRM di Kuala Lumpur, hari ini, beliau berkata pembangkang suka menyalahkan kerajaan dalam semua perkara termasuk apa yang tidak dilakukannya, sebagai contoh, menuduh kerajaan menipu dalam sistem daftar pemilih.

najib abdul razak"Mereka suka mengatakan Barisan Nasional (BN) memanipulasi daftar pemilih. Kenapa dia tak persoal (kemenangan DAP) di Pulau Pinang.

"Jika kita mahu memanipulasi daftar pemilih, adakah anda fikir kita akan membiarkan mereka menawan Pulau Pinang atau Selangor?

Kenyataan beliau menerima respons serentak "tidak sama sekali" daripada perwakilan tetapi dalam nada berseloroh beliau membalas "Saya lakukan ikut cara saya".

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau akan membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan BN ialah sebuah kerajaan yang berkhidmat dan mengotakan janji.

"Kita kena buktikan bila kita cakap transformasi, kita lebih baik daripada reformasi," katanya.

gerakan national delegates conference 161011 02Katanya, beliau juga komited untuk merealisasikan semua program transformasi yang dilaksanakan bagi membawa Malaysia ke arah status negara berpendapatan tinggi.

Katanya, rakyat juga mulai melihat agenda-agenda transformasi yang dilakukan kerajaan mula membuahkan hasil yang memanfaatkan mereka.

"Saya percaya BN hari ini mendapat sambutan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Rakyat mula dapat lihat perubahan yang dijalankan.

"Sebagai pemimpin anda, saya akan penuhi permintaan rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas itu, Najib ditanya mengenai dakwaan pembangkang bahawa dua akta yang bakal digubal untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), juga akan menyerupai akta yang telah dimansuhkan itu.

"Tunggu, kita akan buktikan mereka salah," katanya.

- Bernama

  • Kamal Kasim · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    hahahaha... memang daftar pemilih tak bersih la. masalahnya sekarang, kalau daftar pemilih spr bersih, sudah pasti selangor & penang akan dimenangi pakatan rakyat dengan MAJORITI YANG LEBIH BESAR!
  • Silversempoi Kl · Pengulas Tertinggi
    Kata Najib : Pembangkang pakar putar belit.
    Kata Rakyat : BN-Umno pakar putar alam..
    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      aku pula kata : Bini Najib kaki putar belit no 1 Malaysia.....!!!
    • Ismahaji Abu · Pengulas Tertinggi
      Pembangkang amendenye...harix..siang malam..lidah depa je yg terjelirx kat TV tu...Ade tuanx nampak muka pembangkang yg terjelir dan terbelit lidah kat TV tu....
  • Mohd Nor Nor · Works at Security
    satu pihak membentangkan hujah, satu pihak menidakannya, maka masing-masing salah menyalahkan antara satu dengan yg lain, terpulang kpd rakyat untuk menilai siapa yang sebenarnya putar belit..
  • Jafry Jaff · Top Commenter
    Ha Ha HA.Atas kertas kamu sudah tewas Najib..kami ingin bertanya kamu..siapa yang belit siapa? kamu mengangku ke yang PR ini rakyat kamu? aku rasa tidak. sebab pembangkang ini adalah musuh kamu selama ini.
    "Sebagai pemimpin anda, saya akan penuhi permintaan rakyat Malaysia," katanya.(Najib).Kau patuh ke apa yang diminta atau dituntut dalam Bersih 2.0.
    Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau akan membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan BN ialah sebuah kerajaan yang berkhidmat dan mengotakan janji. Soalnya berapa banyak janji dan apa yang terlaksana? berapa ramai konco2 kamu mengkhianati rakyat? hasil negara(rakyat) sewanang2nya dibelanja, Rasuah berleluasa. Projeck2 kroni BN baik dikampong atau didesa terpapar lambang Barisan Nasional(cuma tidak diletak nama2 kroni).Isi yang kamu orang makan dan tulang kau bagi pada rakyat.
    Sekarang Rakyat Malaysia sudah tahu siapa BN yang sebenar.
    Mari kita sama2 laungkan 3 kali Malaysia BOLEH. Boleh tumbangkan BN.
  • Gohhoe Hoe · Kuala Lumpur, Malaysia
    Koh Tsu Koon dalam bahasa hokien bermaksudnya Syurga membenarkan benih yang jatuh ke tanah bertumbuh jadi akar yang kuat , dan tumbuh sebagai Pokok besar untuk memberikan naugan kepada anak cucu. Yang menteru Tsu Koon undur orang yang tak berakal , tak rasional , manusia mana yang tak pernah menemui kekalahan. Dr. Mahatir sekitika dulu pun pernah kepada Calun Pas. MP yang buat tuduhan misti tahu kenang budi , rasa tersyukur kepada pengundi dan pucuk pimpinan dan akar umbi Barisan Nasional terrmasuk president PPP Dr.Karveas. Saya pun tak pasti dengan tuduhan yang di buat oleh MP itu dia masih boleh dapat sokongan dari Pengunding Kawasan Parlimen Renong .I doubt very much.
  • Viva Da
    "Tunggu, kita akan buktikan najib salah....kata pembangkang
  • Chai Aqua · Top Commenter · Unimap
    negara pendapatan tinggi la..br boleh potong incometax rakyat....kos hidup makin tinggi, ape guna pendapatan tinggi....k'jaan tlg rakyat kurangkn kos hidup dulu br la pendapatan tinggi...
  • Roszan Md Nor · Top Commenter
    Pak najib lagi licik belit rakyat
  • Ismahaji Abu · Top Commenter
    Najib...kene reform dulu...baru boleh transform...kalau x sampai bila pun x tercapai hasrat utk transform...yg karat...bengong dan biul tu kene buang dulu...tukar lubrican..fully sintetik...baru lancar nak transform...
  • Mohammad Ismail · Top Commenter
    Malaysia ke arah status negara berpendapatan tinggi.
    apa guna negara brpendapatan tinggi sedangkan rakyat teramai berpendapatan rendah.nak makn pun kena catu
  • Marimuthu Pachayappan · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
    Kata bagi stadium utk Bersih 2.0 demostrasi dari pagi hingga ptg. Bila mereka setuju tak tunai janji pula ( Beri alasan pegurusan stadium tak setuju dll, kalau tau tade kuasa nape keluar kenyataan pula )...... Siapa agarnya pakar putar belit ...?l
  • Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHA
    BN parti putar alam, putar sana putar sini, beri sedikit ambil banyak - kita tunggu tranformasi yg hendak dibuat - rakyat didahulukan (disusahkan) pencapaian (kantung sendiri) diutamakan. Lihat nanti
  • Razali Haroun Scirocco · Top Commenter
    Bukan ker makna PM tu = Pakar Memanipulasi?
  • Syahror Sa'ari · Top Commenter · Smk simpang
    PRU 12 be end klh 5negeri..sb 2skg manipulasikan daftar pemilih..
    • Jafry Jaff · Top Commenter
      Hebohkan berita2 ini, bahawa orang Umno pun tak begitu suka dan setuju dengan cara BN, Budak yang cukup umur nk undi pun tak suka BN, apa tah lagi ..orang yang masuk Umno tu hanya nakkan pemberian. kita kena cerdik..kita tidak marah org2 mcm ni. yg perlu rakyat lakukan masa PRU nanti. Undi PR
  • Zainuddin Salleh · Top Commenter · UM
    Alaihai najib... Takkan org yg menang nak mempersoalkan kemenangannyaa sendiri... Sama juga kat pekankan?

Tiada ulasan: