Rabu, 5 Oktober 2011

إنا لله وإنا إليه راجعون ....SEMUA AKAN MATI...MASA HIDUP ELOK KITA BUAT KERJA2 BAIK BUKAN BUAT KEZALIMAN

Dr Asri: Pantang larang semarakkan filem hantu
Okt 4, 11 3:11pm
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, fenomena filem hantu bukan sahaja disebabkan kecenderungan penonton tetapi juga kerana ruang berkarya yang sempit.

Katanya, pantang larang berasaskan aliran pemikiran yang sempit menyebabkan banyak karya yang baik bertemakan perkara lain akhirnya gagal mendapat kelulusan.

NONE"Banyak karya yang baik tetapi tidak boleh mendapat kelulusan di media kita disebabkan 'pantang larang' pihak penapisan yang bukan atas asas moral atau agama, tetapi (berdasarkan) aliran pemikiran yang sempit," kata Dr Asri (kanan).

Pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, karya berkaitan isu agama dan politik kadang kala dinilai dengan cara yang begitu sempit.

"Umpamanya 'satira politik' mungkin sukar diluluskan jika ia mengkritik parti pemerintah. Satira politik (sebaliknya) boleh mendapat tempat sepatutnya.

"Ia boleh membangunkan kesedaran tentang kenegaraan. Satira politik merangkumi (kritikan pada) pembangkang dan kerajaan," katanya lagi.

Polemik

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri mengakui, lambakan filem hantu memang fonomena yang buruk, merosakkan minda dan kadang kala akidah umat Islam.

Isu kesan negatif filem hantu dan seram muncul semula selepas kontroversi Hantu Bonceng karya Ahmad Idham yang didakwa Pemuda PAS sebagai menghina Islam dan mempermainkah kalimah syahadah.

NONESelepas polemik itu dianggap selesai, media semalam melaporkan penggiat dan pengarah filem tema itu menafikan karya mereka menjadi punca suburnya kepercayaan tahyul dan merosakkan akidah.

Sehari sebelum itu, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) dilaporkan berkata, lambakan cerita hantu menggalakkan kepercayaan karut dan tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah melalui pendekatan saintifik.

Bekas perdana menteri berkata, cerita mitos pula banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

Senada dengan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem jenis itu.

'Keburukan lebih banyak'

Sementara itu, seorang editor buku-buku agama Zahiruddin Zabidi (bawah) berkata, walaupun bukan semua filem hantu membawa keburukan, hakikatnya "keburukan itu lebih banyak daripada kebaikan" dan wajar diatasi segera.

islamic book editor  zahiruddin zabidi"Tidak cukupkah lagi bukti yang ada di sekeliling kita mengenai kesan segala tahyul mahyul cerita hantu ini?" katanya yang menyokong penuh kenyataan Dr Mahathir.

Menurut graduan pengajian usuludin itu lagi, menjadi keutamaan kepada pendakwah pelbagai NGO dan agensi kerajaan menyatakan sokongan padu kepada teguran Dr Mahathir.

"Semoga dengan teguran bernas daripada tokoh berpengaruh tanah air ini, para karyawan akan sedar dan tidak hanya terus memikirkan keuntungan wang ringgit sahaja sehingga sanggup melihat anak bangsa terus punah dengan hasutan-hasutan dan pemikiran tahyul dalam filem-filem mereka," kata Zahiruddin.

Dalam masa yang sama, tambahnya, masyarakat tetap mengharapkan pekerja seni terus berkreatif dan menghasilkan filem yang membawa nilai positif kepada agama, bangsa dan negara.

Bagaimanapun, kumpulan ini memerlukan panduan dan petunjuk seperti tergambar dalam pertemuan Pemuda PAS dengan produksi Hantu Bonceng sebelum ini, kata Zahiruddin lagi.

  • Diplomatik Bebas · Pengulas Tertinggi · Friends with Azhar Arsad III
    Semakin banyak ULAMA yg memberi penerangan KESAN NEGATIF cerita hantu nie kepada RAKYAT, semakin MENINGKAT pula drama2 Hantu di kaca TV.

    Dulu time Raya... SARKAS jer memanjang... sekarang cerita Hantu.. dah habis raya pun cerita HANTU... raya Hindu cerita Hantu.. raya Cina cerita Hantu....

    Apa Menteri Penerangan percaya HANTU dari Ulama ker? Nak untung pun agak2 la... takkan sepanjang tahun nak tengok cerita HANTU... apa da..

    TUMBANGKAN BN pada PRU ke 13!
    • Johari Bakar · Pengulas Tertinggi
      Dah mmg pemimpin UMNGOK pun minat pada hantu.....selain deme ni jugak hantu pelesap duit dan harta rakyat.....deme jugak pengasas dalam mewujudkan pengundi2 hantu.......
    • Diplomatik Bebas · Pengulas Tertinggi · Friends with Azhar Arsad III
      TERBAIK la bang Johari Bakar... patutla banyak cerita hantu... hantu2 banyak sangat kat negara kita nie... tu belum kira roh2 yg berkeliaran akibat Sistem Kehakiman yg KORUP!!!!!
    • Mohamad Fauzi Abu Samah · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
      Johari Bakar kenalah bykkan cerita hantu.... sebagai hiburan kepa semua pengundi2 hantu BN...huhuhu....
  • Mawar Berduri · Pengulas Tertinggi · English collage johor bahru
    HAHAHAHAHAHA.... Hantu arghhhhh ada aku takut... Aku lagi takut dengan hantu kepala hitam atau botak...hehehe. Kalau ko orang tak percaya ko orang pergi interview pacik2 JAGA tu... siapa yang meka takut HANTU yang memang Hantu ka atau Hantu Botak atau HANTU KEPALA HITAM... Sejahat-jahat hantu dia tak REMBAT BINI ORANG, TAK REMBAT DUIT RAKYAT, TAK MAKAN RASUAH, TAK PAKAI CINCIN 24 JUTA Hinggit, TAK PEGI CUTI PAKAI DUIT RAKYAT, TAK REMBAT TANAH RAKYAT, Boroi-boroi Hantu Toyol buruk lagi Hantu Khir ToyoL... rumah je berjuta-juta. Alah kalau setakat tahyul tu sesat, sesat lagi yang gi sembah TUGU NEGARA tu saban tahun bila sambut MERDEKA... betul tak? Cuba koorang fikir...kalau aku salah aku minta maaf... huhuhuhu.
  • Muhammad Taufik Abdul Wahab · Architect di East Design Architect
    Hantu sekarang sudah menjadi selebreti, cerita HANTU, pengundi HANTU, ustaz tangkap HANTU, HANTU bonceng, lori HANTU, my KAD HANTU, dan HANTU KAK LIMAH, mungkin kita sudah maju kedepan dengan memajukan industri dan sektor pengHANTUan ini...berbanding INDONESIA yang masih kebelakang dalam industri HANTU ini, mungkin kita boleh majukan INDUSTRI hantu ini dengan mengadakan acara OLAHRAGA TAHUNAN dan INDUStRI KECIL dan SEDERHAN buat mereka...mungkin juga mewujudkan PROGRAM ANGKAWASAN HANTU pertama negara...
  • Roslan Ibrahim · Pengulas Tertinggi · USM Penang
    Kalau buat filem hantu tapi tak seram langsung nak buat apa? Asyik2 jalan citer sama saja... puja2.., jampi mentera.., kalau adengan yg seram sikit tiba2 mimpi.. fed up lah!
    • Manman Mai · Pengulas Tertinggi
      dada didlm zaman yg canggih masih mengikut fahaman tahyul yg bolih memesongkan aqidah umat islam,,,,dlm rukun iman xde termasuk percaya hantu syaitan....jika percaya kan ini dah lebih dr 6 rukun tu......sama2 kita muhasabah diri......
    • Habsah Abdul Hamid · Pengulas Tertinggi · Maran, Pahang
      Manman Mai : orang kita kalau buat cite hantu ada lucunya. yang jadi hantu tu pelakon2 veteren pulak tu sebab nak letak jadi hero ke heroin x sesuai. yang sesuai cuma watak hantu yang menakutkan itu menghina namanya.....kalau buat filem pasal agama pulak asyik2 kutuk golongan agama buat fitnah macam2... wahai pembuat filem di Tanah Melayu..beristighfarlah banyak2 sesunggugnya anda telah sesat dan jangan menyesatkan orang lain. nauzubillah minzalik.
    • Atan Khalid · Pengulas Tertinggi · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
      Habsah Abdul Hamid: Wa tengok filem hantu kat malaysia n hantunya semua comelx,mcmana nak real jadi hantu...hahaha
  • Dalil Lahashim · Sekolah melayu Temoh
    bosan tenguk filem hantu ni..xde ke cerita lain.? malah penggiat filem melayu ni..kt tv lain cerita xde.. hantu..cinta..hantu cinta..x habis2
  • Abd Harun · Top Commenter · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
    Sebab banyaknya pengundi hantu, itu pasalnya banyak cerita hantu. Ini akan berlarutan hingga PRU 13 nanti. Tunggu dan lihat.
    • Ismahaji Abu · Top Commenter
      Filem hantu x de nye baik...Galakkan penonton jadi penakut dgn jin & syaitan...Tapi x takut kat Tuhan...sbb tu depa brani perkarax khurafat yg boleh membawa ke syirik...Cuba buat filem mcmana nak berhadapan dgn mahlukx tu...apa ayatx yg patut dibaca...Tanye le dgn ustazx yg berkecimpung dgn rawatan Islam...
  • Tajul Muluk · Top Commenter · SMK Batang Berjuntai
    suka cerita hindi yg penuh dgn kisah sebenar polis dan kerajaan yg korup dan penuh rasuah..
  • M Sudarmaji Matal · Top Commenter · Kajang, Malaysia
    Klu pasal hantu hantu ni, memang k'jaan suka sbb cukup sinonim ngan k'jaan Najib. Lagi-lagi bila dah dekat PRU ni. Hantu pangkah...
  • Zack Zarifli · Top Commenter · Smkr
    sy suka tgk program ustazah pilihan..
  • Sya Fikri · Works at Kedai abah
    sume nk jd antu. antu betul la!
  • Jamlus Abu Bakar · Top Commenter · Kota Bharu Teachers College
    Anda mahu tahu sebabnya.Sekarang ni kan dah ramai hantu.....macam2 hantu jadi itu belum cukup lagi...maka direka lagi cerita hantu agar semua menjadi hantu.Tak kiralah hantu politik ke, hantu rasuah ke...hantu kuasa ke kan semua tu melanggar hukum Allah....Jadi samalah mereka ni dengan hantu.......yang bunuh orang pun dah jadi hantu,,,, bukan yang mati tu jadi hantu...ha...ha...ha.Jangan salahan Ulamak ya ,,, mereka dah puas bagi penjelasan tapi kelian eja yang mada.
  • Fatimah HajarIbrahim
    hantu ni perkara alam ghaib, manusia mengkaji begitu asyik. Ghaib dalam ghaib, Yang Maha Pencipta, mereka langsung tidak peduli, sedikit pun tak ambil tahu.. begitulah manusia. taksub tak bertempat...asal ringgit berguni.... buat filem 'Father Pin' sbg cermin diri kpd segenap lapisan masyarakat.......
  • Mohamad Bashah · Top Commenter · Hamba at Hamba Allah
    buat la cita transformer ke......
    kampung boy live action ke.
    chempiang the movie ke.
    upin ipin live action ag ke.
    sorg wat cite hantu masing2 berebut wat cite hantu nk kutipan juta2 gak...... huhuhuhu apa pon xbleh.
  • Owi John · Top Commenter · Works at Specialist in all motorcycle parts and accessories
    itu tak boleh ini tak boleh! tak tahulah! filem negara nak maju macam mana kalau disekat macam ni! tunggu kiamat dulu rasa!
  • Amirul Syafiq · Top Commenter · Works at Japan Coast Guard
    hantu kat malaysia cantik2 taw....
  • Nana Corina De Silver · Top Commenter
    Ada tak filem hantu bodoh atau hantu penipu atau hantu gila sex atau hantu gay atau hantu rasuah atau hantu mencarut atau hantu homosex atau hantu kutuk org.Ada tak hantu pakai sarban ada janggut atau hantu tibai isteri org atau hantu tibai belakang atau hantu temberang lebih.Ada tak hantu takda SPM atau PMR.Tapi yg pasti ada hantu hantu dlm parti politik yg sibuk menipu org dan memfitnahkan org memburuk burukkan org memaki hamun org memakan duit org dan banyaklah hantu kat negara ini.Semua sama sahaja...
  • Mohd Sabri · UKM
    lebih banyak kesan negatif drp kesan positif...budak2 yg tak tahu cara dan ritual ilmu hitam dah mula mniru2 dgn cara tsebut, dah mula pandai baca mantera...yg positifnyer sikit saja...tgok saja filem Hantu Boceng..kononya lawak ttpi kalimah syahadah dan azan pun dijadikan bahan lawak...itu orang muslim sndiri yg buat tpi tak sure la plak dia tue mukmin...
  • Mohd Zulhilmi · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
    lambakan cite2 hantu ni psl nak memenuhi permintaan dikalangan pengundi2 hantu..
  • Ahmad Fikry · Top Commenter · International islamic college
    penggiat filem nak tunjuk kat rakyat yang pemerintah sekarang pon macam hantu agaknya..
  • Anak Ikan · Top Commenter · XXXIII LO w Warszawie
    sedang menunggu tayangan filem 'pengundi hantu IC 71' bila la nak kuar ni.

ADUN Johol meninggal dunia
Okt 4, 11 9:04am
ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi di di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

NONEAllahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa allahyarham mempunyai masalah kesihatan, sehingga pada 2009, Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa tampil membuat kenyataan bahawa Roslan, yang mewakili Umno itu telah meninggal dunia.

Menurut beliau, Roslan bercuti selama sebulan untuk menjalani rawatan fisioterapi di hospital selepas menderita akibat sakit tulang belakang kerana terjatuh semasa bermain badminton.

Berikutan itu, beliau telah menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal tahun ini.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hafizi, 28, berkata jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol, selepas zohor.

NONERoslan, seorang bekas guru yang mewakili BN mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

DUN Johol terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, yang turut mempunyai DUN Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri Menanti.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan ungan Negeri telah melului tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi di Johol akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.


Guru didakwa dipaksa hadiri seminar 'belasah' Pakatan
Okt 4, 11 12:26pm
Sekumpulan guru telah dipaksa menghadiri seminar wajip Kementerian Pelajaran yang dijadikan medan 'membelasah' pembangkang, dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang ( zon timur ) Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia itu diadakan pada 28 September lalu untuk guru-guru di wilayah pantai timur. Ucapan dasar disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi.

“Malangnya seminar ini telah bertukar menjadi seminar Umno untuk membelasah PAS, PKR dan DAP di samping menggesa agar para guru memberi sokongan kepada Umno pada pilihan raya umum yang akan datang,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan media hari ini.

NONE“Semua guru diminta mengenal pasti guru-guru lain yang disyaki menyokong pembangkang agar dipengaruh sehingga mereka menyokong Umno. Seminar ini tidak ubah sebagai Bengkel Strategi Umno menghadapi pilihanraya umum.”

Nasrudin juga mendakwa bahawa guru-guru dan pengetua khususnya diminta berkempen untuk Umno dan dijanjikan pembiayaan lumayan yang diistilahkan sebagai "wang dari langit" bagi memastikan tugasan mereka berjalan lancar.

Nasrudin juga menghasilkan bukti-bukti fotografi bagi menyokong dakwaannya.

“(Penganjur) seminar ini turut membekalkan risalah bersiri yang sarat dengan kecaman dan fitnah ke atas PAS dan Pakatan Rakyat di samping buku dan vcd turut disertakan dalam fail bercetak (dari) Institut Aminudin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia.

“Dewan Pemuda PAS melihat tindakan ini bukan sahaja tidak profesional dan menyalahgunakan kuasa tetapi sungguh memalukan (kerana) kementerian tersebut bertindak sedemikian bodoh, membohongi warga cerdik untuk kepentingan Umno yang jelas terdesak untuk meraih sokongan dari kalangan warga pendidik,” katanya.

Sehubungan itu, menurut Nasrudin, memberi amaran kepada Umno untuk berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan untuk kempen politik pada seminar seterusnya yang akan diadakan di Kuantan, Pahang, pada Khamis ini.

Menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai "tidak profesional", beliau mahu penyalahgunaan kuasa yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada negara dan rakyat dihentikan segera dan katanya, kerajaan juga perlu memohon maaf kepada rakyat dan pendidik.

Meskipun pilihan raya umum ke-13 boleh dilanjutkan 2013 tetapi parti-parti politik telah aktif berkempen berikutan spekulasi bertiup kencang bahawa ia mungkin diadakan sewal hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat saling tuduh menuduh satu sata lain menyalahgunakan jentera kerajaan persekutuan dan negeri bagi kepentingan politik masing-masing.


Tiada ulasan: