| Rizal Tahir | ||||||||||||||||||
| KOTA BHARU, 19 Okt: Biar pun pasukan The Red Warriors (TRW) gagal melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, namun kerajaan negeri tetap menghargai kesungguhan pemain. Sehubungan itu kerajaan Kelantan akan menyumbang sejumlah RM60,000 kepada pasukan bola sepak sebagai insentif penghargaan terhadap usaha mereka menaikkan imej negeri ini dalam sukan bola sepak negara. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood berkata, walaupun TRW gagal ke peringkat separuh akhir, namun kerajaan negeri tetap menghargai sumbangan pasukan itu. Katanya, kesungguhan pemain tetap dihargai biar pun ketika menang atau atau sebaliknya. ”Pada perlawanan peringkat suku akhir baru-baru ini kita tewas kepada Terengganu dengan agregat 2-5 dalam perlawanan penentuan di Stadium Sultan Muhammad ke-1V,” katanya di sini. Oleh itu beliau berharap peminat bola sepak perlu menyedari nasib tidak menyebelahi pasukan Kelantan tahun ini. Kata beliau kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini bagi menjemput pemain dan pihak pengurusan hadir pada majlis makan tengahari. “Insentif itu akan disampaikan pada satu majlis makan tengahari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan diadakan di Dewan Teratai sebelum Hari Raya Aidiladha ini,” ujarnya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 20 Oktober 2011
DUA SAJA...SATU ALAT UNTUK ISLAM...SATU LAGI ALAT BAGI SYAITAN...MANA2 ADA UNSUR2 MAKSIAT ITU JADI ALAT SYAITAN....
Biar pun tewas Red Warriors diberi RM60,000
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kerajaan perlu menjelaskan punca utama kelewatan atau tertangguhnya projek-projek berkepentingan awam di seluruh negara, kata Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
KUALA LUMPUR, 20 Okt: "Apa salahnya saya menjadi alat kepada Islam yang merupakan the way of life?" tanya bekas selebriti terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman.
TAIPING, 20 Okt: Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) Negeri Perak telah menghulurkan sumbangan kepada tujuh orang balu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kesempitan hidup.
“Dalam tempoh itu tidak ada sebarang bantuan diterima daripada agensi-agensi kerajaan bagi meringankan beban yang kami tanggung walaupun sudah beberapa kali mengisi borang memohon bantuan daripada pihak-pihak yang berwajib,” katanya sebak.
KUALA LIPIS, 20 Okt: PAS Kawasan Parlimen Lipis menggesa pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) bersama semua agensi kerajaan berkaitan mengambil tindakan segera mengatasi masalah air berkeladak dan berbau busuk yang dialami penduduk Kampung Chegar Perah, di sini.
Menurut Roslan, dalam pertemuan tersebut pihak JBA telah berjanji untuk menyiasat perkara berkaitan dan akan mengambil langkah susulan.
KUALA LUMPUR, 20 Okt:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan