Menurut laporan Utusan 1 bertarikh 1 Oktober lalu, Namewee “menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar berkenaan serta mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...” yang disiarkan pada bulan lalu.
Dalam artikel itu, Fauziah menulis bahawa walaupun ramai yang memuji filem berkenaan, namun dia tidak berminat menontonnya walaupun ditawarkan tiket percuma.
Dia kemudian mengimbas kembali beberapa klip video yang diterbit oleh Namewee, yang dakwanya telah menyinggung orang ramai serta menghina umat Islam di negara ini, termasuk klip kontroversi Negarakuku.
Namewee, yang nama sebenarnya ialah Wee Chee Meng, kemudiannya membalas dengan memuat-naik satu klip video dalam bahasa pasar yang berjudul 'Namewee Fxxx Utusan'.
Video itu memaparkan kekecewaan Namewee yang 'menghentam' akhbar itu dan Fauziah.
Hujahnya, semua lagu-lagu yang digubahnya itu adalah bersifat patriotik dan mempersoalkan sama ada Fauziah memahami lirik berkenaan.
“Lu tak faham, lu cakap saya dulu buat apa xxx... Saya kutuk siapa? Dulu saya kutuk siapa?
“Saya panggil orang jangan jadi orang yang perkauman. Saya panggil orang kerja betul-betul. Saya sokong 1Malaysia tak boleh ah?”
Namewee kemudian melabel Fauziah sebagai 'tidak berotak' kerana menulis artikel berkenaan tanpa menonton filem itu terlebih dahulu, yang katanya, jelas tidak mencerminkan sikap profesional untuk seorang wartawan.
Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.
"Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah," katanya dipetik Utusan.
- Ahsan Umarler... dari dulu lagi lu merendahkan martabat wartawan lu sendiri, lu memang akhbar rasis, lu memang bodoh, lu menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah dan jangan luper video seks... dia hanya menyatakan yang benar jer.
- Uncle'mus Bah · Pengulas Tertinggitau pulak Utusan Mencarut ni marah bila di kritik.........bebal tahap maximum.............
- Yusrie Zainol · Pengulas Tertinggibaru Utusan tahu langit tinggi ke rendah..kali ni bertemu buku dgn ruas la..x sbr nak tggu UTusan lingkup..
- Xyza Caution · Pengulas Tertinggi
- Pemuda Pewaris Malaya · Pengulas Tertinggi · Friends with Sal MohamadLu Utusan, Lu Memang Buat Kerja Kasi Buat Betul-2 La, Jgn Lu Tambah Sana Sini, Lu Jgn Kasi Cerita Blur Flem Dlm Paper Lu Kerana Ramai Anak-2 Bawah Umur Baca Ma, Itu Pun Utusan Lu Tak Tahu Pikir Ke..Sebab Tu Majority Rakyat M'sia Suka Lu Utusan Kasi Keluar Berita Kasi Sopan Sikit, Lu Paham Bahasa Melayu Ke Utusan ~ Sila LIKEs Jgn Keluar Cerita Politik Lagi,
- Jack Teng · Top CommenterLU BODOH XGAKU BODOH.....SEBAB LU OLAN BODOH.....OLAN BODOH KERJA SAMA OLAN BODOH.....LU WUTUSAN XDA MARUAH...XDA OTAK SEBABITU NAMEWEE MAHU LU WUTUSAN PUNYA OLAN PERGI BELAJAR LAR....LU OLAN BODOH....GAKU BODOH DAN PERGI BELAJAR LAR...LU OLAN KURANG AJARXDA MARUAH..PEMBOHONG DENGARLAR NAMEWEE CAKAP PERGI SEKOLAH BELAJAR BODOH...MACAM IINI LU WUTUSAN PU X FAHAM KE.....TUTUP KEDAI LAR JANGAN BUAT FITNAH.......BODOH
- Gabot Dari Shah Alam · Top Commenter · SEKOLAH ATAPtau pulak ko marah dan angin selama ni hari2 ko duk kutuk org tak fikir pulak...
- Rizalman Yahya · Top Commenter · Edinburgh, United Kingdomutusan tiap2 hari kutuk org tak kisah pun.
- Sharull Lampard · Top Commenter · Chelsea, Newham, United Kingdomini paper sudh panas bontot kerna kritik,, paper ni kutuk lain diam ja
- Iman Daniel · Top Commenter · MMU
- Mohd Nadzri · Top Commenter · Technical University of MadridBudak cina ni sama taraf je dengan komunis. Macamana mat sabu, betul tak. Boleh tulis sejarah baru bahawa budak cina ni penulis asal lagu negaraku.
- Minah Lima · Top Commenter · UBA Argentina
- Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter · Friends with Mohd SapineMmg patut pon utusan meloya kene hentam dgn Namewee, memandai jer nk buruk2 kan org, sampah punyer suratkhabar!, sampah masyarakat!
- Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · ICTCkah kah kah , namewee dah jadi anak angkat......buang masa saja nak saman dia.tak baca tapi nak ulas....kah kah kah.
- Azri Naqiuddin Aie Sueaku syorkan namewee saman utusan berjuta rm...baru dorg tau...
- Zulkifly Hasbulah · Works at Kedai Emas Wansuakhbar yg suke fitnah! dan paling byk kene saman...utusang...
- Zulkiflinordin Pak Uda · Pegawai kastam pencen at Governmentmaaf cakap.pada saya wartawan2 utusan mmg tidak ada maruah dansenang2 menuduh sesaorang tanpa bukti nyata pandai buat tohmahan pada sesiapa saja dan yg pling teruk mereka sendiri merendahkan mertabat diri mereka dan tidak bertanggung jawab dlm segala hal malahan hukum allah pun mereka mempertikaikan nya so apa ada pada utusan hanya ayat2 setan yg merosakan fikiran rakyat hanya untuk mempertahankan tuan mereka umno.
- Pencari Kekasih Sjati Mansurmemang patut pun... buat report jgn x buat.
- Mohd Zahri Bakar Klonghoy · Top Commenter · MIHRMMemang pun utusan out of date, masih tak sedar atau buat-buat tak sedar.
Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga menyatakan bahawa pihak lembaga tiada masalah dengan Filem Hantu Bonceng. Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.
"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.”
Malah penerbit filem itu juga menyatakan bahawa filem ini telah ditonton oleh empat ulamak sebelum filem ini diluluskan.
Di dalam semua watak ini. Hanya “Zizan” sahaja sebagai watak utama telah memohon maaf kepada semua.
Usaha Dewan Pemuda PAS sewajarnya dipuji kerana ketegasannya menarik perhatian khalayak masyarakat untuk sensitif terhadap isu mempersenda agama dalam hiburan. Namun begitu terdapat beberapa elemen yang terlepas pandang apabila diperhalusi isu ini khasnya didalam filem “Hantu Bonceng”.
Kebanyakan pihak hanya menumpukan satu isu sahaja iaitu isu kalimah tauhid berbanding pelbagai mesej yang cuba disampaikan di dalam filem ini. Keadaan ini berlaku apabila media hanya menggaris besar hanya satu isu sahaja mengenai kontravensi dalam filem ini.
Apabila saya membaca blog Ketua Dewan Pemuda PAS, jelas melihat beliau memperjuangkan isu ini dalam banyak sudut. Semua pihak wajar melihat isu ini daripada pelbagai sudut. Apa yang dikesali ialah apabila pertemuan antara kedua pihak di akhiri dengan penerimaan penjelasan daripada penerbit dan penerbit berasa bangga.
Sepatutnya pertemuan ini wajar diakhiri dengan resolusi. Apakah tiada pendirian tegas untuk memastikan isu ini tidak akan timbul lagi sedangkan penerbit dan pengarah ini sudah acapkali mempersendakan agama didalam filem-filemnya. Terutama filem seramnya.
Untuk lebih memahami isu ini mari kita lihat beberapa mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini. Samada kita sedar atau tidak.
a. Menghalalkan tinggal serumah lelaki dan perempuan bukan mahram
Di dalam filem ini abang kepada kekasih “Zizan” tinggal berkesedudukan serumah dengan kekasihnya sehingga wanita itu hamil.
Di dalam filem ini tiada satu mesej yang menyatakan bahawa perkara ini salah. Malah wanita ini pada akhir cerita ini sanggup menunggu kekasihnya yang cedera parah selepas kemalangan seolah-olah perkara ini tidak salah.
Malah di dalam filem ini juga “Zizan” telah membantu adik kepada mangsa kemalangannya (yang menjadi hantu) tinggal serumah dengannya. Babak-babak ini seolah-olah memberitahu kita bahawa tidak mengapa tinggal serumah kerana terdapat bilik yang berasingan. Malahan mereka tinggal bertiga.
Mesej yang disampaikan seolah-olah tidak mengapa untuk tinggal serumah dengan mahram kerana niat kita untuk membantunya. Yang peliknya ketika ketika kekasih “Zizan” minta tolong daripada “Zizan” untuk menumpang dirumahnya kerana tidak lagi tinggal serumah dengan abangnya.
Boleh pula pengarah mengarahkan “Zizan” untuk menyebut dialog bahawa tinggal serumah itu haram. Nanti timbul fitnah. Tidakkah ini mempersendakan agama?
b. Saya kuat agama
Babak kekasih Kunyit yang menyatakan bahawa dia kuat agama. Ketika itu wataknya memakai tudung. Malah ada ketikanya dia begitu memarahi watak kekasih kepada abang kekasih “Zizan” kerana telah hamil seolah-oleh mencipta watak bahawa kuat agama yang penting adalah dalaman.
Tidak mengapa walaupun tidak menutup aurat dengan sempurna. Keadaan ini juga berlaku didalam filem gagal “Karipap-karipap cinta” Yang cuba menggambarkan walaupun bekas penuntul Al-Azhar, tetapi tidak mengapa untuk tidak menutup tudung/aurat dengan sempurna.
Saya tidak berniat untuk mengkritik mereka yang tidak bersedia untuk bertudung. Memang kita tidak tahu hati budi seseorang. Namun demikian sekurang-kurang mereka yang memakai tudung dengan sempuran telah mematuhi perintah Allah SWT yang memerintahkan kita menutup aurat dengan sempurna.
Dialog yang menyebut kuat agama tetapi tidak memenuhi syraiat yang telah diperintahkan jelas menyampaikan mesej yang mengelirukan umat Islam. Tidakkah ini mempersendakan agama?
c. Bergurau-senda terlampau di tempat ibadah antara mahram
Pada babak yang lain watak “Kunyit” yang sedang membantu bergotong royong di surau dilihat sedang bergurau dengan kekasihnya secara melampau. Tanpa mengira sesentiviti surau sebagai temapt ibadah umat Islam.
Mereka mengenyit mata sambil kunyit mempamerkan otot-otot tangannya kepada kekasihnya.Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh adegan ini? Mungkin ada yang berpendapat kita tak perlu terlalu sensitif dengan perkara yang dianggap mungkin kecil ini. Tetapi sekira kita tidak mula sensitif dengan perkara yang dianggap kecil ini. Kelak perakara ini akan merebak dan parah. Tidakkah ini mempersendakan agama?
d. Mengucapkan kalimah syukur selepas membonceng bersama kekasih bukan mahram
Penonton yang telah menyaksikan filem ini pasti tidak akan terlepas menonton adegan ini. Dalam adegan ini jelas memperlihatkan “Zizan” mengucapkan ucapan “Alhamdulillah” yang bermaksud “Segala Puji Bagi Allah”.
Dialog di dalam adegan ini jelas diucap “Zizan” dengan sekuntum senyuman. Apakah penulis dialog dan pengarah filem serta penerbitnya tidak memahami maksud ayat ini?
Ucapan yang kita pelajari sejak kecil yang tidak memerlukan kita mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang agama ini pasti mudah kita fahami malah penonton yang mahu mengkritik adegan ini juga tidak perlu mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai kelulusan yang tinggi. Kanak-kana pra-sekolah juga dapat memahami maksud “Alhamdulillah” ini dengan baik.
Adakah kita perlu mengucap syukur setelah membuat perkara haram?. Agama memang mudah. Namun jangan kita permudahkan agama dengan sesuka hati mengikut kehendak nafsu kita. Tidakkah mengucapkan ucapan ini merendahkan agama. Tidakkah ini mempersendakan agama?
e. Menggunakan Bacaan Surah Al-Ikhlas untuk menumpaskan sihir nasi kangkang
Inilah kesalahan yang kerapkali digunakan oleh penerbit dan pengarah ini. Malah kebanyakan pembikin filem kerap menggunakan perkara ini untuk filem seram mereka.
Namun yang lebih menyedihkan pada kali ini ialah apabila surah yang mulia ini digunakan untuk menewaskan sihir nasi kangkang. Tidakkah adegan ini menghina dengan jelas agama,al-Quran dan surah al-Ikhlas itu sendiri.
Adakah layak adegan sehina ini disama tarafkan dengan surah al-ikhlas yang kedudukan ayat ini ialah sama dengan satu pertiga isi al-Quran. Takutlah kita dengan perbuatan yang melampau dan zalim seperti ini. Kita tidak mahu seringkali ayatsuci al-Quran digambarkan sebagai alat penghalau hantu sahaja.
Penggunaan secara meluas aspek agama sebagai komedi wajar dibendung
Saya sebagai penulis ingin memohon kemaafan andai banyak ayat di dalam tulisan ini kasar bunyinya. Namun kita tidak wajar melihat agama terus dilonggarkan lagi.
Filem bercorak agama dan nasihat wajar tidak menjadikan agama sebagai bahan komedi. Jika mahu menjadikan filem agama menjadi komedi sekali pun. Biarlah senario kehidupan biasa dijadikan adegan lawak. Bukan kalimah agama,para ustaz dan ulamak, bukan pada ibdah, bukan syariat dijadikan bahan komedi. Kita tidak mahu filem komedi agama negara menjadi seperti filem komedi negara barat yang terus menjadikan para paderi mereka atau orang agama mereka sebagai bahan lawak.
Malah dalam salah satu cerita barat “Tuhan” juga dijadikan bahan lawak. Secara sedar atau tidak sedar ini semua adalah usaha secara halus untuk kita semua tidak menjadikkan agama sebagai jalan kehidupan.
Ini semua adalah jarum halus untuk mengakarkan faham sekularisme dalam minda kita semua. Memisahkan agama daripada kehiudpan kita tanpa sedar. Meskipun pengarah itu membuat jaminan bahawa para ulamak juga telah menonton filem ini sebelum diluluskan. Namun ini bukanlah jaminan bahawa filem ini bebas daripada unsur persendakan agama.
Dua kesan besar yang akan didapati apabila filem dan drama ditafsir sesuka hati oleh para pembikin filem.
1. Salah faham mengenai ajaran Islam sebenar terutamanya dari segi aspek Tauhid, Fekah dan Tasauf. Ketiga-tiga ciri ini adalah asas yang paling asas dalam ajaran Islam. Apabila Iblis dimenangkan, pergaualan bebas dibenarkan.
Tarbiyah seperti zikir dianggap sebagai simbol ajaran sesat. Maka akan rosaklah ajaran Islam yang sebenar. Ini memandangkan kuasa media yang sangat besar.
2. Lebih membawa kerosakan. Hujah ini berdasarkan bahawa kebanyakkan filem atau drama ini cuba memaparkan betapa bahaya dan betapa dasyatnya apabila manusia membuat dosa. Malangnya filem dan drama inilah yang menunjukkan cara-cara untuk melakukkan dosa.
Terdapat juga adegan yang sebenarnya membahaya bahaya besar kepada negara secara khususnya. Seperti yang dinyatakan diatas bahawa terdapat filem dan drama yang mengajar penonton bagaiaman mahu membuat jenayah terancang seperti pencolekan, pembunuhan, rogol, penipuan malah cara untuk membuat bom.
Kesan ini sangat besar samada kesan jangka pendek ataupun kesan jangka panjang. Kesan salah tafsir ini sangat penting untuk dibendung.
Kesan besar media
Menurut Dennis Mcquail (1996:53) seorang tokoh didalam dunia media massa pernah menyatakan bahawa antara peranan media ialah.
1. Berperanan meluaskan pengalaman dan pandangan kita dan memungkinkan kita memahami apa yang terjadi di sekitar kita, tanpa campur tangan pihak lain atau sikap memihak.
2. Pentafsir yang menjelaskan dan memberi makna terhdap peristiwa atau hal lain yang terpisah dan kurang jelas.
3. Pemberi dan pengantar informasi dan pendapat.
4. Jaringan interaktif yang menghubungkan komunikator dengan penonton melalui berbagai kaedah interaksi.
5. Penunjuk arah yang menunjukkan arah, memberikan bimbingan atau arahan kepada penonton.
6. Penyaring yang memilih bahagian mana senario yang yang perlu diberikan perhatian khusus dan menyisihkan senario yang lainnya, baik secara sedar dan penyisihan dan pengambaran sistematik maupun tidak.
7. Cermin yang memantulkan citra masyarakat terhadap masyarakat itu sendiri, biasanya pantulan citra itu mengalami perubahan kerana adanya penonjolan terhadap segi yang ingin dilihat oleh para anggota masyarakat, atau sering pula segi yang ingin mereka hakimi atau kritik.
8. Tirai atau penutup yang menutupi kebenaran demi pencapaian tujuan propaganda atau pelarian daripada suatu kenyataan.
Membina Karya Hasanah
Ainon Mohd dalam buku beliau iaitu “Panduan Menulis Novel :Teknik Surah Yusuf” menggariskan bahawa terdapat beberapa garis besar yang perlu dijadikan panduan untuk membina karya Hasanah.
Karya Hasanah adalah dimaksudkan karya yang baik. Iaitu karya yang mampu memandaikan masyarakat dan memberi ilmu yang benar. Beliau menyatakan bahawa ciri-ciri karya tidak hasanah adalah seperti berikut.
1. Mempromosikan Idea yang mengatakan Tuhan tidak wujud.
2. Mempromosikan idea-idea yang tidak selaras dengan ajaran di dalam al-Quran dan hadis.
3. Menimbulkan kesan psokologi dan emosi yang menyebabkan timbul keinginan pembaca/penonton mahu melakukkan perkara yang dilaran al-Quran dan hadis.
4. Memberi kemenangan moral kepada si pendosa, yakni watak yang melakukan perbuatan salah.
5. Memberi status rendah kepada Islam manakala agama lain diberikan status yang tinggi dan mulia.
“Piawaian Filem Patuh Syariah”
Sudah sampai masanya filem negara perlu patuhi “Piawaian Filem Patuh Syariah”.
Oleh itu adalah wajar industri hiburan bertemakan Islam diadakan badan pengawas seperti JAKIM mengawal produk halal negara. Badan penilai ini bolehlah mempunyai ciri yang sama dengan FINAS yang melakukan penapisan filem yang sesuai ditayangkan di negara kita.
Filem atau drama yang ingin di tayangkan dalam kosnesp karya Islamik perlulah melepasi piawaian patuh syariah atau “syariah compliant”.
Saranan ini sangat penting memandangkan kesan media sangat besar terutamanya kepada generasi muda Negara. Kita tidak mahu fahaman mengenai syariah sebenar kacau bilau.
Konsep Sastera Patuh Syariah adalah konsep yang di ketengahkan oleh Ainon Mohd. Beliau banyak mengetengahkan teori Surah Yusuf sebagai panduan untuk menghasilkan sastera Islamik yang patuh syariah.
Seperti senario diatas , banyak keadaan senario drama dan filem bertemakan Islamik adalah tidak patuh syariah. Oleh yang demikian panel pengawasan untuk filem dan drama Malaysia perlu segera diwujudkan untuk memastikan kemurniaan dan kesucian Islam.
Sekarang adalah masa yang terbaik memandang banyak usaha pengeluar filem dan drama sedang menghasilkan filem dan drama bertemakan Islam dan seram tahyul.
(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya).
Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
Al-A'raf : 51
ULASAN ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
- عبدالهادي بن أبو حسن · Universiti Sains Islam Malaysiasatu analisis yg sangat baik dan terperinci untuk dinilai oleh org Msia sejauh mana industri perfileman Msia sejajar dgn alquran dan sunnah..tahniah kepada penulis artikel ini...
- Ismadi Ismail · Pengulas Tertinggi · SM Ibrahim Fikri, SM Seri Dungun, SM Sultan Omar
- Mohd Hafizi Rameli · Bekerja di BPPNKAda Ulama UMNO & UMNO sendiri kisah? Ada Brahim Ali & Perkasa Kisah akan hal ini? Tak adanya.
- Ismadi Ismail · Pengulas Tertinggi · SM Ibrahim Fikri, SM Seri Dungun, SM Sultan Omar
- Shohor Enes · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysiamoga Allah terus bongkarkan "kebenaran" dgn lidah dan pena anda. Biar muslim tahu...."berlakon" sama juga dgn mana2 cara/kerja lain mencari rezki. WAJIB ada hukum hakamnya. Ada akhlak, adab dan susila yang wajib dijaga. Kerana "BERLAKON" tidak boleh sama sekali disama tarafkan dengan konsep feqah "tersalah/terlupa/terpaksa
" buat dlm pertuturan dan lakonan mereka. BELAJAR lah..... - Saidin Jusoh · Pengulas TertinggiFilem? Pompuan yg x tutup aurat sbg pelakon pun dah haram. Nak citer apa lagi. So citer bab artis ni mmg jauh sgt kalau nak kata semakin mendekatkan masyarakat dgn agama.
- Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi
- Nora Azlin · Pengulas Tertinggi · Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Saidin Jusoh · Pengulas Tertinggi
- Wong Saa Wah · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Dato' Harunnak tahu juga.. siapa 4 orang ulamak yang telah menonton dan "melepaskan" filem ini untuk tayangan...
- Nordin Othman · Top Commenter · Works at Ns2 Networkbg saya Pandangan ini bukan hanya untuk filem hantu bonceng..tetapi semua filem yg sewaktu dengannya..
- Kong Bu Fenzi · Top CommenterMelayu ini mati hidup pun bersama hantu.
Kecil kecil ditakuti hantu.
Bila muda jadi pengundi hantu.
Budaya hantu, anika hantu....
1. Pontianak/ Puntianak/ Kuntilanak.
...See More - Jean Francoise · Top Commenter · Ampoo Bhodek Department F.L.O.M at Pejabat Perdana Menteri Sulawesi Selatanpendapat dan pandangan yg wajib di beri perhatian utk penggiat filem yg sensitif dgn isu agama.
- Ghazi Johar · Top Commenter · Samttaj shah alamhebat!!!!! penjelasan seorang scholar....kepada yang tak scholar, patuh je le.....
- Rosli Assharif · Top Commenter · Universiti Putra MalaysiaSyukur, ada juga hamba Allah yang berani menyatakan yang benar.semoga penerbit drama atau filem kena lebih peka dengan penjelasan yang diberikan.Jangan buat-buat pekak pulak....
- MohamedHafiz Ramli · Top Commenter · Works at Dell.take note all muslim artis and producer! penjelasan y jelas sejelasnya dari segi kemanusiaan dan agama...
- Altramantaro Taro Taro · Top Commentermalas aku nk baca, panjang sgt...apa pon filem tuh mmg bangang tu je leh aku ckp.
- Sham Balau Isroterang dan jelas...kalu ada tak paham lagi tak tahu la...
- Roszaidi Murat · Universiti Utara Malaysiasaya mengandaikan semua adegan dalam filem tersebut merupakan rencah hidup golongan rempit yang almaklum tiada pegangan kukuh dalam beragama. Tidaklah filem ini dijadikan rujukan dalam hidup melainkan sekadar memapar realiti remaja Melayu Islam.
- Exs Peri Mental · Sekolah melayu tamat darjah tigabila saya baca artikal ni, sy teringat kt satu blog yg brcerita pasal filem kita.. cerita yg diambil dari satu buku..
http://mentalku.blogspot.com/2011/09/filem-filem-kit a-sepatutnya-memberi.html - Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years oldsokong...filem hantu bonceng banyak perkara yg mpersenda islam dan adab akhlak yg mulia.
- Haidar Othman Haidar OthmanFILEM HANTU BONCENG HENDAK LAH DIHARAMKAN DAN DI BOIKOT OLEH UMAI ISLAM MALAYSIA.
- Fairuz Ariffin · Top Commentermaaf nk ckp pada pengarah, penerbit n pengiat seni atau sape2 pun la yg mgaku korg tu beragama islam mintak tolong la subjek agama islam bkaitan hukum hakam, ayat suci kalam allah dan pakara bkaitan ibadat bknnya bahan gurauan n lakonan... korg nk wat filem byk mana pun wat la tp wat filem bserta dgn ilmu la penuhkn ilmu didada kuatkn keimanan insyallah korg tau apa yg boleh n yg x leh.. skrg ni mkn galak org seni wat ceta main belasah sampai kalam allah jd bahan gurauan... ble kalam allah jd mainan 1 hr nati xmustahil ble islam n kalam allah dhina masa tu org akn ckp "biasa je"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan