Rabu, 5 Oktober 2011

NERAKA TEMPAT YANG DAYUS JUGA YANG DERHAKA PADA SUAMI...LAGI ROSAK JIKA DERHAKA PADA ALLAH SWT...

Bil keganasan rumahtangga diluluskan
Okt 4, 11 11:01pm

Beberapa ahli Parlimen hari ini menyelar perbuatan lelaki yang melakukan penderaan serta keganasan terhadap golongan wanita serta kanak-kanak.

Sehubungan itu, mereka menyifatkan usaha kerajaan meminda Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga sebagai tepat pada waktunya memandangkan kes-kes keganasan rumah tangga semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

NONERang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie (kiri) bertujuan melindungi mangsa, tidak terhad kepada penderaan fizikal sahaja bahkan merangkumi aspek penderaan emosi, mental dan psikologi.

Pindaan itu juga akan membenarkan mahkamah mengeluarkan perintah untuk menghalang pihak ketiga daripada melakukan keganasan terhadap mangsa dan memudahkan urusan mendapatkan Perintah Perlindungan.

Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) berkata isteri yang keluar rumah tanpa meminta izin suami tidak boleh dijadikan alasan untuk suami melakukan keganasan rumah tangga.

domestic violence maritial rape"Ada isteri dipukul suami kerana keluar rumah tanpa izin suami dan si isteri menganggap itu salah mereka dan rela dipukul dan menganggap itu sebagai bukan keganasan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang itu.

Nancy berkata kesedaran wanita terhadap masalah keganasan rumah tangga amat diperlukan dan pengetahuan tentang keganasan rumah tangga juga perlu ditingkatkan supaya golongan wanita tidak ditindas.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menyediakan satu peruntukan bagi menubuhkan majlis keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak yang menjadi badan khusus untuk menguruskan kes-kes keganasan rumah tangga, sekaligus melindungi mangsa.

NONEChong Eng (kiri, tengah) (DAP-Bukit Mertajam) yang turut membahaskan rang undang-undang itu meminta supaya pendamai dan perunding masalah keganasan rumah tangga itu hendaklah daripada kalangan yang berpengalaman dan terlatih.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Heng berkata pindaan akta ini turut terpakai untuk penderaan terhadap suami dan tidak hanya terhad kepada wanita sahaja.

Bagaimanapun, katanya kes keganasan rumah tangga disebabkan lelaki adalah tinggi jumlahnya pada tahun lepas iaitu 3,173 kes manakala kes disebabkan wanita pula sebanyak 69 kes.

Rang Undang-Undang itu kemudiannya diluluskan.

- Bernama
  • Mohd Yusof Bin Musa · Smkutj
    isteri tak boleh keluar rumah tanpa izin suami kecuali ada sebab sebab yang diharuskan. Lain kali kena kaji Islam...jgn jadi org bodoh tak boleh diajar dan jgn jadi org cerdik yg tak boleh ditumpang belajar.
  • Ramesh Rao Adari Naidu · Pengulas Tertinggi
    PAKATAN PAKATAN tolong saman pemfitnah kalau berani- YB Datuk Zulkifli Nordin seorang peguam dan melihat kes liwat Anwar penuh dengan bukti yang cukup jelas. Jelas bahawa Anwar memang meliwat Saiful dan kejadian itu memang benar berlaku. walaupun Tim peguambela cuba memperdaya hakim dengan berbagai-bagai saksi yang tidak diketahui statusnya namun Datuk Zulkifli percaya kes itu akan terbukti benar.http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/10/saya-tengok-bukti-jelas-anwar-liwat.html.
  • M Lokman Yasin · Pengulas Tertinggi · SMV Simpang Sanggang 1981-1982
    Isteri keluar rumah tanpa izin suami dah memang hukumnya salah dalam Islam. Bagaimana pun kebijaksanaan Allah dalam mengenakan syarat ini kepada isteri dah jelas dan bukan ada noktah terus begitu sahaja. Macam babi yang haram dimakan pun dalam keadaan yang tertentu Islam melonggarkan larangan tersebut.

    Tapi tak semestinya Islam melonggarkannya dalam keadaan tertentu korang suka hati nak bedal babi. Islampun dalam bab isteri keluar rumah ada larangan dan batas2 tertentu serta kelonggaran pada saat tertentu tanpa izin suami yang dikira tolak ansur.

    Tapi kesempatan tolak ansur yang Islam bagi ada ramai isteri yang ambil kesempatan sampai bila2 masa isteri keluar rumah suka hati dia je tanpa izin suami..Akhirnya anak tengok sikap ibu nya dan anak pun keluar rumah ikut suka hati dia jugak le tanpa izin mak bapak pulak . Akhirnya anak jadi hantu pelesit....Padan muka ko..!! Sebabtu jangan main2kan hukum Allah..
  • Nashrudin Hj Abd Rahim · Pengulas Tertinggi · Politeknik Batu Pahat
    SUAMI YANG KENA DERA ISTRI TU DAYUS, MEMBIARKAN ISTERI KELUAR RUMAH SESUKA HATI PUN DAYUS JUGA.FIKIRKAN.

Bayaran RM150k: Najib diminta 'bersihkan' nama
Joseph Sipalan
Okt 4, 11
1:12pm
BERSIH 2.0 menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil menafikan bahawa pejabatnya terbabit dalam cubaan membayar seorang wakil DAP untuk berpaling tadah dan mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas di Dewan Undangan Negeri Johor.

NONEAhli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat (bertali leher kuning) berkata adalah penting bagi Najib menjelaskan dakwaan itu kerana kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan kredibiliti beliau.

"Dakwaan DAP Johor (mengenai) tawaran RM150, 000 menonjolkan satu lagi tuntutan BERSIH untuk menghapuskan rasuah.

"Kami gesa PM untuk membersihkan namanya, failkan saman terhadap orang ini kerana berdiam diri hanya bermakna bahawa ia (dakwaan itu) adalah benar dan beliau (PM) akan kehilangan segala kuasa moral untuk meneruskan pembaharuan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

dap gwee tiong hiang pc 011011 01Wong merujuk dakwaan ADUN Bentayan Gwee Tiong Hiang (kiri, menggesat air mata), yang mendakwa beliau telah didatangi seorang 'ejen' - yang mendakwa mewakili Perdana Menteri - supaya berunding untuk berpaling tadah daripada DAP.

Gwee mendakwa beliau ditawarkan wang tunai RM150,000 sekali bayaran, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 dalam elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan pembantu peribadi, beliau sangguh untuk melompat parti.

Dakwanya lagi ejen itu juga berjanji memberi sokongan kepadanya bagi menentang DAP pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.


RM9 juta bagi sewa pesawat PM tahun ini
Okt 4, 11 2:19pm

Kongsi 1593
Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

NONEDalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Nazri juga mendedahkan pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Nurul melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

najib private jet 020911Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya.

Bagaimanapun, tiada juga pengumuman rasmi bahawa perdana menteri sedang bercuti seperti yang lazim dilakukan oleh pejabatnya.

Berita itu kemudiannya disahkan bahawa Najib memang berada di Perth bagi mendapat rawatan fisioterapi berikutan pembedahan di lututnya dan juga untuk bercuti.

Ia kemudiannya menimbulkan persoalan sama ada adil atau tidak bagi seseorang perdana menteri untuk bercuti dengan menggunakan dana kerajaan dan kapalterbang milik negara.

NONEKapalterbang Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) itu adalah dimiliki sepenuhnya oleh badan pelaburan kerajaan persekutuan Khazanah Nasional Bhd.

Sebelum ini, Dewan Rakyat tahun lalu juga dimaklumkan bahawa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM21.4 juta wang rakyat bagi pelbagai lawatan di luar negara sejak 2008.


Siasatan: Polis langgar SOP di Hospital Tung Shin
Okt 4, 11 9:48pm

Siasatan dalaman Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa pihak polis telah melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada Julai lalu.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageDalam satu kenyataan lewat petang ini, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata anggota polis yang melanggar dan mengengkari peraturan yang ditetapkan itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib polis.

“Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis (SOP) oleh kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kata Mahmood.

Laporan yang dikeluarkan hari ini, juga mengesahkan bahawa meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin.

NONE“Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam hospital," kata Mahmood.

Siasatan dalaman itu juga mengesahkan gas pemedih mata dilepaskan dari arah premis Waz Lian oleh anggota polis ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di luar kawasan hospital.

Dakwaan tak benar

“Bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan,” kata Mahmood lagi.

Laporan siasatan itu juga menyatakan bahawa 'bom asap' telah dilontarkan oleh anggota polis ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan Hospital Bersalin Cina (CMH).

NONE“Berhubung insiden lontaran bom asap, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku di dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan CMH di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan dari Tung Shin.

“Pihak CMH sebenarnya telah memberhentikan operasinya (cease hospital operation) sejak September 2006, kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh (major renovation) terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011,” katanya.

Menurut Mahmood, keputusan merujuk senarai polis yang melanggar peraturan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya, membuktikan bahawa kerajaan serius memastikan setiap kakitangan menghormati garis panduan kerja yang ditetapkan.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3“Kementerian mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin kerajaan termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada mulanya menafikan dakwaan bahawa gas pemedih mata, bom asap dan meriam air telah dilepaskan ke kawasan hospital semasa perhimpunan 9 Julai lalu.

Walau bagaimanapun, gambar-gambar yang telah diedarkan secara meluas di Internet mencadangkan sebaliknya. Ini memaksa kerajaan untuk mengumumkan pembentukan “Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi Kementerian Kesihatan".

  • Peace All · Pengulas Tertinggi · UUM
    DAH LAH BODOH UNDANG2.. PASTU PENIPU PULAK 2! INI KAH JABATAN POLIS YG BERINTERGERITI? CHAIITTT... XUBAH MACAM POLIS ISRAEL!
    • Rozaimi Mohd · Pengulas Tertinggi · SMVKT
      tgk la penasihat dorg sape bro... renung2kn...
    • Hoking Kong · Pengulas Tertinggi · Harvard University
      Rozaimi Mohd : penasihat diorang pun perangai sama ajer...x heran lah....yang hairan rakyat pakai baju kuning boleh lak nampak....undang-undang UMNO memang mcn ni...semua dia nak guna kalau boleh tukang sapu pun nak kitai juga...kesian..kesian...org dan nazak mcn 2 lah ...
    • Rozaimi Mohd · Pengulas Tertinggi · SMVKT
      Hoking Kong : Ya la bro.. dh la nazak, meroyan plak tu... ahak!
  • Udin Dien · Pengulas Tertinggi · Pondok jer
    ha ha ha menteri kesihatan dgn menteri dlm negeri nak temberang apa pulak lepas nihh....buat malu kat org luar ja ada menteri tak berapa nak cerdik..
    • Nashrudin Hj Abd Rahim · Pengulas Tertinggi · Politeknik Batu Pahat
      salah tengoc cctv,tertengok yang kat bilik air..hehehe.
    • Marquess Henry Windsor · Pengulas Tertinggi
      bukan ke mereka menyatakan polis x salah masa Bersih 2.0???? padan muka....
    • Keladi Kelad · Pengulas Tertinggi
      sudahlah....pembohong ! penipu ! auta ! putar belit !
      hari tu bukan main menafikan, siap keluar statment dlm semua media arus perdana, siap buat video 2 minggu baru siap dan memburuk burukan BERSIH...teryata anda terlalu KOTOR...!!!!!!!!
  • Zaidi Ahmad · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Freelancer
    Masa Himpunan Bersih 2.0 macam-macam penafian yang menteri & polis berikan,,, Teringat aku kes mata lebam Dato' Seri Anwar Ibrahim dulu. Mahathir menafikan polis pukul DSAI. Polis menyiasat tidak jumpa sebarang bukti. Selepas Suruhanjaya Siasatan DiRaja menyiasat baru tahu Rahim Nor, Ketua Polis Negara yang membelasah DSAI...Sindrom penafian & penipuan sudah sebati dgn UMNO/BN. DEMI RAKYAT-UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA.
  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
    Sbnarnya, klau nak cakap ttg langgar sop, byk la sgt. Bukan stakat tembak kedlm hospital tung shin je. Meh nak habaq! Yg lepas gas pemedih mata menggila pd peserta demo depan jln pudu tu satu, knape lepaskan dlm keadaan mereka terkepung? Ni nak leraikan demo ke nak bunuh manusia? Pastu, yg polis belasah ramai2 peserta demo tu, tu pun sama, amat jelas langgar sop. Ada polis gila mana yg pijak kaki peserta demo smpai patah, lagi la langgar sop. Satu lagi distesen kl sentral. Tembak tepat gas pemedih mata kemuka anggota2 Bersih yg termasuk didlmnya Ds Anwar. Yg ni langgar sop tahap gaban!! Rengkasnya, jgn nak diambil tindakan pd polis2 yg tembak hospital tung shin sj, bahkan ambil tindakkan pd semua polis2/fru yg terlibat melanggar sop dihari perhimpunan Bersih tu. Termasuk pd sape yg kuarkan arahan tu!! Yg ni la baru adil & telus!...
  • Buletin Makmal Sains · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pembantu Makmal-semasa
    kan KPN tlh cakap yg polis tidak tembak kedlm kawasan hospital? yg ni pulak kata memang wujud. ishhhh ishhhh

Tiada ulasan: