Ini didedahkan oleh peguam veteran Karpal Singh, yang semalam memfailkan notis kepada Dewan Rakyat untuk mengemukakan usul bagi merujuk hakim berkenaan ke tribunal kehakiman dengan sokongan hampir 60 ahli parlimen Pakatan Rakyat.
"Ia agak ganjil, saya diberitahu, hakim yang dihormati itu memilih untuk memplagiat penghakiman bekas hakim Singapura GP Selvam berhubung isu hak cipta," kata Karpal sambil terbahak.
"Saya juga difahamkan tindakan itu telah mencetuskan kemarahan di kalangan hakim-hakim di Singapura dan Malaysia. Saya juga difahamkan Ketua Hakim Singapura telah menulis kepada CJ kita untuk membuat aduan mengenai perkara berkenaan."
Karpal berkata demikian kepada Malaysiakini semasa permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengeluarkan sebahagian daripada penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang dianggap bersifat menghina dan merendah-rendahkan ahli politik dan peguamnya berhubung perbicaraan liwat II di Mahkamah Persekutuan hari ini.
Mengulas isu yang sama, Anwar yang juga ketua pembangkang dan ketua umum PKR berkata tindakan itu menunjukkan bahawa sesetengah hakim di negara ini tidak mempunyai integriti.
Nama Hakim Mahkamah Rayuan itu tidak disiarkan sehingga beliau bersedia dan sanggup memberikan jawapan terhadap dakwaan itu.
Semalam, Karpal mengemukakan usul itu mengikut Perintah-Perintah Tetap 27 yang dibaca bersama dengan 36 (8) dan Perkara 127 perlembagaan persekutuan, yang mahu dibenatngkannya di Dewan Rakyat.
Menurut Karpal yang juga pengerusi DAP, beliau sendiri telah menulis kepada hakim kanan itu pada 22 Ogos lalu dan memberi beliau masa selama tujuh hari untuk menjawab dakwaan berkenaan.
Karpal kemudiannya menulis sepucuk lagi surat pada 29 September lalu dan memberitahu hakim itu bahawa sekiranya tiada jawapan diberikan beliau akan mengandaikan ia sebagai pengakuan salah laku.
Speaker mempunyai tempoh tujuh hari untuk memutuskan sama ada untuk menerima usul itu sebelum ia dibentangkan di Parlimen.
Hakim yang dituduh memplagiat itu pernah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Tinggi di Johor Baru.
- Wal-Ibni Royce · Pengulas TertinggiApabila perlantikan Hakim Mahkamah Rayuan tidak berdasarkan merit..cuma bersandarkan pautan politik maka ini lah hasil nya.
Kes Lingam sudah terbukti dalam komplot mengaturkan siapa siapa yg patut di lantik sbg Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan....Orang yang dipilih ialah orang yg boleh menangis dan melutut di kaki PM.
Banyak kes yg dipersembahkan dulu ke JPM dan sebenarnya mereka yg buat keputusan... hakim buat pe? baca penghakiman tapi kertas/alasan penghakiman tadakkk..tak tau buat. Sibuk kira duit ke yang Arif?- Kelab Melayu Muda · Pengulas Tertinggi · Hanya kuli biasa di Agensi Kerajaan Negara
- Mohd Zahri Bakar Klonghoy · Pengulas Tertinggi · MIHRMBiasale, kan negara kita ni pusat Cetak Rompak, hakim pun nak Cetak Rompak juga, senang tak payah banyak study. Hakim Mamula Moon/Terang Bulan.
- Mohd Asri Ab Rahman · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysiainilah rantaian dari sumpahan "correct, correct, correct"...kesian Malaysiaku..habis rosak..bermula dengan PM (boros dan memberi muka pada bini), TPM (racist), Menteri (skandal dll)..Hakim (ikut ahli politik, penghakiman meniru..) Pegawai Kerajaan (rasuah...), Rakyat..semakin bodoh sebab dibodohkan oleh kerajaan yg suka rakyat tolol sebab senang nak makan undi bila pilihanraya....hancussss..
. - Kong Bu Fenzi · Top CommenterPlagiat itu macam lahorang tiru thesis.
Plagiat itu macam tiru karangan.
Plagiat itu macam certak rompak.
Kalau hakim malaysia pandai plagiat.
Macam mana lah hakim dapat menimbangkan keadilan.
OOOOi.... hakim
Mahkamah bukan sekolah , boleh tiru karangan puna.
sebodoh bodoh rakyat , eloklah hakim letak jawatan.
pilih penternak lembu jadi hakim.... tak payah ada law degree.
ULASAN Rangkaian gerakan Islam ABIM-PKPIM-WADAH merakamkan rasa terganggu dan terkilan dengan gejala sikap kurang bertanggungjawab dalam menyikapi isu hudud yang kembali dipolemikkan dan dipolitikkan sebagaimana tercermin dalam kenyataan-kenyataan pelbagai pihak, termasuk yang mengeksploitasikannya dengan motif semata-mata untuk kepentingan politik sempit, juga yang menanggapinya secara dangkal, nakal dan provokatif.
Isu penting dan berimplikasi besar ini seharusnya ditanggapi dan disikapi dengan rasa tanggungjawab keagamaan, amanah keilmuan, dan kesedaran kewarganegaraan sesuai dengan nilai-nilai budaya bangsa yang bertamadun dan beradab.
Bagi kaum Muslimin yang menginsafi hakikat bahawa al-Islam adalah al-din yang harus diterima secara kaffah, utuh dan menyeluruh (aqidah dan syariatnya), pelaksanaan hukum hudud adalah suatu tanggungjawab keagamaan. Justeru,ia adalah bahagian daripada undang-undang jenayah (al-'uqubat) yang menjadi salah satu komponen utama syari`at Islam.
Demikianlah hakikatnya, pelaksanaan hukum hudud harus dilihat sebagai bahagian integral daripada proses pelaksanaan syari`at (tatbiq al-shari`ah) keseluruhannya, meliputi segala bidang cakupannya. Syari`at adalah cara hidup yang lengkap (the complete way of life) yang mengatur segala dimensi kehidupan manusia: hubungannya dengan Tuhan dan hubungannya dengan sesama manusia sebagaimana yang diperincikan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti `ibadat, munakahat, mu`amalat dan jinayat.
Dengan demikian konsep pelaksanaan syari`at harus difahami dalam pengertian luas, termasuk dimensi hukum-hakamnya, semangatnya, akhlaknya, dan maqasidnya iaitu objektif pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Malang sekali andainya pelaksanaan syari`at direduksikan menjadi hanya sekadar hukum “potong tangan” dan “rejam”.
Dalam menyikapi hukum Ilahi (termasuk hudud) umat Islam tidak mempunyai pilihan selain patuh (sami`na wa ata`na), menepati ikrar raditu bi ‘Llahi Rabban (aku redha dengan Allah sebagai Tuhan) yang berimplikasi kerelaan menerima hukum-hakam-Nya, dan pengakuan bahawa ia adalah hukum yang terbaik dan teradil.
Dalam hal ini akal manusia harus tunduk kepada wahyu, menerima hukum Tuhan seadanya, bukan memandai-mandai memperlekeh dan mempersenda hukum yang telah ditanzilkan oleh Tuhan Ahkam al-hakimin sebagai hukum yang barbaric dan zalim. Manusia mukmin sebijak mana pun seharusnya menerima hakikat bahawa Tuhanlah yang Maha Tahu apa yang membawa kebaikan dan apa yang membawa keburukan (…ya`lamu al-mufsida min al-muslih).
Bagaimana melaksanakannya
Apa yang ditentukan oleh Tuhan, itulah keadilan. Tuhan tidak berkepentingan ketika menentukan sesuatu hukum, tidak seperti manusia yang selalu membuat peraturan-peraturan yang didasari motif memelihara kepentingan diri dan kelompok.
Ternyata penerimaan terhadap syari`at (termasuk hukum hudud) sangat terkait dengan `aqidah atau iman. Justeru, memang syari`at selamanya tegak di atas asas `aqidah. Demikianlah dua serangkai yang tidak dapat dipisahkan, dan kerananya al-Qur’an selalu menyebut kedua-duanya dalam bentuk gandingan: iman dan amal salih (`aqidah dan syari`ah).
Dengan kata lain, tidak ada syari`at tanpa `aqidah. Berasaskan premis tersebut, bagi umat Islam persoalannya bukan lagi perlu atau tidak melaksanakan hudud. Yang menjadi persoalan adalah bagaimana melaksanakannya.
Syari`at Islam adalah bersifat abadi dan universal, dan kerana itu ia sesuai dan relevan sepanjang masa dan di semua tempat, termasuk dalam masyarakat majmuk. Kemajmukan masyarakat tidak boleh dijadikan alasan untuk umat Islam menolak hukum hudud.
Kemajmukan adalah fenomena yang tidak asing dalam sejarah pelaksanaan hukum Islam. Sejak zaman Perlembagaan Madinah fenomena kemajmukan sudahpun wujud. Penolakan atas alasan tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan `aqidah kerana ia menyiratkan anggapan kelemahan hukum Allah, yang bererti juga kelemahan Allah. Seolah-olah Tuhan terlepas pandang tentang adanya kaum Muslimin di tengah masyarakat majmuk.
Kemajmukan adalah ciptaan Allah Yang Maha Esa sebagaimana hukum syari`at juga adalah ciptaan Allah Yang Maha Esa. Faham Keesaan Allah berimplikasi bahawa segala ciptaan Allah terjalin dan terpadu dalam kesatuan tauhidik yang harmonis.
Hudud sebagai bahagian daripada syari`at adalah amanah Allah yang harus dilaksanakan dengan bijaksana (berhikmah) dan penuh tanggungjawab demi mencapai objektif keadilan Ilahi. Untuk itu proses pelaksanaan hukum hudud harus mematuhi kaedah-kaedah perubahan yang realistik dan strategik.
Hudud dalam konteks M'sia
Antara realiti yang harus diambil kira termasuklah hakikat bahawa pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia ketika ini diperjuangkan menerusi proses demokrasi, dan dalam kerangka perlembagaan negara. Selain itu ia juga diperjuangkan di tengah masyarakat majmuk, dan di tengah suasana wujudnya masalah al-ummiyyat al-diniyyah atau gejala “buta agama” yang cukup fenomenal.
Mengambil kira realiti tersebut, perjuangan melaksanakan syari`at harus didasarkan kepada fiqh al-awlawiyyat, perubahan yang menepati urutan keutamaan dengan mengenalpasti apa yang harus didahulukan dan apa yang perlu dikemudiankan. Perjuangan melaksanakan syari`at juga harus menepati kaedah dan pendekatan al-tadarruj, beransur-ansur, subtle dan gradual.
Minda umat keseluruhannya harus dipersiapkan untuk sedia menerima perubahan (hidup dalam kawalan syari`at dan hududu ‘Llah). Para penguasa perlu dipersiapkan dengan 'political will', tekad politik yang kental untuk melaksanakan syari`at. Rakyat massa pula harus dipersiapkan dengan ilmu, kefahaman dan kesedaran keagamaan agar siap mendukung pelaksanaan syari`at.
Sesungguhnya suasana yang kondusif adalah keperluan utama menjayakan agenda perubahan. Dengan demikian pelaksanaan syari`at tidak akan berupa suatu pemaksaan ke atas masyarakat yang enggan (reluctant society) kerana jahil dan keliru. Sementara itu mekanisme dan jentera pelaksananya juga harus dipersiapkan dengan tahap profesionalisme, kompetensi dan integriti yang tinggi.
Tahap kemampuan yang sedemikian adalah syarat yang tidak boleh dikompromikan demi menjamin tercapainya objektif keadilan, mendidik serta menginsafkan penjenayah, dan lebih penting daripada itu dapat melindungi mangsa dan masyarakat seluruhnya. Memang demikianlah falsafah hukum dalam Islam, tidak seperti undang-undang rekaan manusia yang terkesan bersimpati kepada penjenayah sehingga mengabaikan tanggungjawab melindungi korban. Akibatnya jenayah berleluasa, sedang masyarakat hidup dalam ketakutan.
Ternyata pelaksanaan hudud sebagai bahagian daripada pelaksanaan syari`at bukan hanya urusan para fuqaha’ dan ahli undang-undang, tetapi urusan kolektif pelbagai pihak: penguasa, ahli politik, pentadbir, pendakwah, pendidik, ilmuwan, cendekiawan dan lain-lain.
Para penguasa harus berusaha menggunakan kuasa mereka sejauh yang dimungkinkan oleh realiti tempat, masa dan kemampuan. Pendakwah dan pendidik harus berjihad membina generasi dan umat Muslim yang komited, berjiwa dan berfikrah Islamiah. Para ilmuwan dan cendekiawan harus berjuang membasmi kejahilan dan kekeliruan masyarakat tentang hakikat syari`at termasuk hukum hudud.
Masyarakat umumnya harus disedarkan bahawa perjuangan mendaulatkan syari`at tidak hanya sebatas melaksanakan hukum jenayah, tetapi mencakupi daerah yang lebih luas, meliputi segala usaha ke arah kehidupan berkualiti (hayatan tayyibah) yang penuh barakah, adil dan sejahtera, bermaruah dan berakhlak mulia.
Tanggapan negatif
Segalanya diperjuangkan secara terpadu, seiring dan sehaluan. Hukuman hudud ke atas pencuri misalnya, harus dilaksanakan seiring dengan perjuangan meningkatkan taraf hidup rakyat dan menegakkan prinsip keadilan sosial, pemerataan kueh negara, dan seterusnya memerangi amalan pembolotan kekayaan negara oleh kaum kroni.
Dengan demikian hukuman hudud ke atas pencuri hanya dilaksanakan setelah mengambil kira konteks sosio-ekonominya. Andainya jenayah mencuri itu berlaku dalam keadaan kecukupan dan taraf hidup yang selayaknya (reasonable), wajarlah pelakunya dihukum hudud. Memang ia tidak layak hidup dalam masyarakat manusia yang beragama dan berbudaya.
Demikianlah hakikatnya, undang-undang jenayah Islam tidak dilaksanakan secara terpisah dari syari`at keseluruhannya. Ia selamanya terkait dan terpadu dengan komponen-komponen syari`at lainnya, termasuk komponen kerohanian seperti iman, taqwa, dan nilai-nilai akhlak mulia lainnya.
Dalam masyarakat pengamal syari`at secara utuh dan terpadu seperti itu tidak akan banyak kes jenayah yang berlaku. Gambaran tentang masyarakat yang penuh dengan potongan-potongan tangan yang berserakan akibat hukum hudud sebenarnya hanya imajinasi jahil dan mengada-ngada.
Keadaan yang mengerikan seperti itu tidak pernah terjadi sepanjang sejarah pelaksanaan hukum hudud pada masa lalu. Dalam kaitan ini terdapat catatan bahawa sepanjang sejarah generasi Islam seratus tahun pertama (dari bi`thah hingga pertengahan era Umawi) hukuman hudud zina hanya dilaksanakan sebanyak enam kali, sementara hukuman hudud ke atas pencuri dilaksanakan hanya empat kali sepanjang tempoh yang sama (seratus tahun).
Perjuangan mendaulatkan syari`at ketika ini terpaksa berhadapan dengan kenyataan bahawa Islam, terutama undang-undang jenayahnya telah lama dimomokkan dengan pelbagai label negatif: kejam, barbaric dan menakutkan. Dalam kaitan inilah pentingnya usaha pemulihan citra Islam sebagai agama yang ramah dan pembawa rahmah.
Islam tidak datang untuk mendera, tetapi untuk menyejahterakan (aslim taslam!). Tanggapan negatif terhadap syari`at di kalangan sebahagian umat Islam dan bukan Islam harus ditangani dengan usaha pencerahan, memberikan kefahaman menerusi pendekatan dialog yang meyakinkan dan penuh hikmah.
Semangat toleransi
Semua pihak, terutama warga bukan Islam seharusnya bersikap terbuka dan objektif dalam memahami dan mempersepsikan Islam. Untuk itu mereka perlu mewaspadai jebakan Islamophobia yang disebarkan oleh dalang-dalang konspirasi global.
Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, semangat toleransi antara agama harus sentiasa dipupuk dengan menyuburkan sikap saling hormat, termasuk mengakui hak umat Islam mengamalkan agamanya (`aqidah dan syari`at Islam), sebagaimana umat Islam menghormati agama lain dan mengakui hak penganut-penganutnya mengamalkan agama masing-masing.
Dalam hal ini warga bukan Islam perlu memahami bahawa hak mengamalkan agama dalam konteks umat Islam adalah meliputi pengamalan hukum-hakam agama (Islam) dalam segala bidang, termasuk bidang hukum jenayah.
Justeru, pelaksanaan hukum hudud di kalangan umat Islam adalah sebahagian daripada hak beragama dan hak mengamalkan agama anutan mereka.
Warga bukan Islam tidak perlu merasa terganggu dengan pelaksanaan hukum tersebut kerana ia tidak melibatkan mereka dan tidak menjejaskan hak mereka untuk beramal dengan ajaran agama anutan mereka sendiri.
Sesuai dengan semangat toleransi antara agama, semua pihak harus menghentikan segala bentuk perlakuan dan pernyataan yang menghina dan mempersenda agama.
Kenyataan-kenyataan sinis dan provokatif yang kadang-kadang diucap atau diungkapkan oleh media atau pemimpin masyarakat jelas tidak membina dan tidak mendidik, juga bertentangan dengan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan bangsa yang beradab dan bertamadun.
Nota: Tulisan sumbangan sekretariat Bersama, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).
- Rashid Hussein · Pengulas Tertinggialangkah eloknya.. hukum hudud ini dilaksanakan,, ia menjurus kepada pengajaran serta pencegahan, bukanya berunsur penganiayaan.. pikir pikirkan... kalau kita sendiri yg beragama islam tidak menghormati hukum ALLAH... SIAPA LAGI? bunuh, samun, ragut, rogol.. buang bayi dan sebagainya.. adakah dengan denda serta penjara dapat mengisafkan pelaku jenayah terbait? 50thn lebih dah... hasilnya sudah jelas didepan mata... kalau pemimpin yang ada sekarang tidak mampu melaksanakanya' bermakna menjadi tanggungjawab kita untuk memilih peminpin yg baru.. islam adalah harta yang tak ternilai.. jangan menggadaikan agama sematamata kerana kepentingan politik.
- Rimau Sumatera · Pengulas Tertinggi · Friends with Samsudin Baharomharap SIS baca dan fahami dengan betul....jangan jadi maknusia yg lupa diri setelah hidup dimuka bumi ini dilahirkan dengan kehendak Allah S.W.T tapi masih mempersendakan peraturan Allah ....bertaubatlah wahai SIS begitu juga dengan pemimpin beragama Islam yg lain yg mempertikaikan peraturan Allah ini.....
- Khairul Nizam · Universiti Kuala Lumpur (MICET)kalau kita jauhkan diri kita dari segala kemungkaran, tak melakukan jenayah, buat apa nak takut dengan hukum hudud?? aku tak rasa hukum hudud ni terlalu kejam atau terlalu sadis atau terlalu kolot atau tak adil. ambil contoh hukaman Rejam Sampai Mati. takkan bila hudud dah dilaksanakan, penguasa aku merejam mati setiap semua orang..sifirnya mudah, kalau tak berzina, tak kena la hukaman tu. apa yang susah dan menakutkan sangat. aku pun x paham!!
bila dipikirkan balik, hukum hudud ni hukum alam. katakan anda terserempak dengan sorang makcik yg baru kena ragut. tanya makcik tu, apa dia nak buat dengan si peragut tu? mesti dia akan cakap "kalau dapat, makcik nak KERAT2 tangan dia..." dan makcik tu xkan cakap "kalau dapat, makcik nak penjara dia 3 tahun pastu nak denda RM3000.." (hahaha...xmungkin kan???)
- Pejuang Revolusi Hijau · Pengulas Tertinggi · PEMBANTU SHOPPING BIK MAMA di Bik Mama (FLOM) CompanySGT SETUJU. NASIB BEK XDE BUTANG LIKE. YANG BUKAN ISLAM LAK HERANNYE LEBIH2 LAK TAKUT PADAHAL BUKAN KENA KAT DORANG PUN. NTAH APE2
YG PEMIMPIN UMNO PLAK BAGI ALASAN BODO MASYARAKAT MAJMUK LE, X SESUAI LE.BUKAN NAK CARI JALAN USAHA LAKSANAKAN. BODO UMNO- Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi
- Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi
- Long Ok · Pengulas Tertinggi · Friends with Pas Kawasan Lumutkita tiada pilihan dlm ketaatan kpd perintah Allah,maka berilah sokongan kpd pihak yg berusaha utk menegakkan hukum Allah,kalau kurang faham maka wajib mempelajarinya,mungkin dgn manusia kita mampu memberi hujah dgn akal fikiran tapi dgn Allah adakah kita mampu menjawabnya kelak?
- Rai KukusanDosa syirik boleh diakibatkan oleh….
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
...See More - Amin HakimiHudud Bukannya Ikut Suka Belasah Buat Gitu Saja, Ada Sistem Cara Disiplin Yg Mesti Di Patuhi, Mesti Dengar, Jom Sama-Sama Mengertikan, Sila LIKEs Sebar-2-kan Kpd Semua ~ http://www.youtube.com/wat
ch?feature=player_embedded &v=u8Sz79o43AA.... - Yong Chun Wah · Top CommenterIndonesia, Brunei, kebanyakan negara timur tengah tak nak hudud.... cukuplah dengan permainan isu hudud.... tumpukan perhatian untuk tinggikan mutu pendidikan, taraf hidup, ekomomi, sosial, kebajikan, dll.... sekian!
- Yong Chun Wah · Top Commenter
- Yong Chun Wah · Top CommenterKadar jenayah/rasuah yang tinggi tiada kaitan dengan undang2 yang dikatakan tak cukup ketat. Hukuman gantung sampai mati dikenakan ke atas pengedar dadah tapi masih banyak kes yang melibatkan dadah... Masalah rasuah dan jenayah adalah berpunca daripada ibubapa tak meluangkan cukup masa untuk mendidik/ajar anak2 mereka sejak kecil... Ekonomi yang tak baik juga mendorong penganggur2 melakukan jenayah, dll. Sekian!
- Yong Chun Wah · Top CommenterRasuah berleluasa kerana tiada pelaksanaan dan penguatkuasaan polisi dan prosedur yang sempurna atau tiada orang peduli dalam sesebuah organisasi/syarikat... mentaliti nak cepat kaya juga menyumbang kepada gejala rasuah melonjak dengan tinggi dalam sesebuah masyarakat... sekian!
- Kelab Melayu Muda · Top Commenter · Hanya kuli biasa at Agensi Kerajaan NegaraKenapa BUKAN ISLAM marah kerana mereka tiada kena mengena? Mengapa mereka bersuara seolah2 mereka akan didenda atau rasa akan terkena? Janganlah hanya sebagai PROKSI kawan2 mereka yang x suka.
- Amar Hakim · Kuantaninsyallah....insaflah wahai saudara seislam sebelum izrail datang menghampiri anda
- Yuzz Azmiebetul tu.harap orang umno yang mengucap dua kalimah shadah sangat alim dan faham untuk menyokong hudud Allah.
- Ddy Fahmin · Top Commenter · Works at BerniagaSenang saja kita adakan debat / bincang antara Kerajaan, pembangkang, PUM, majlis fatwa dan NGO.
- Syeikh Amri Al-Baluni · Top Commenter · Sukuruti Gad at Import and Export
Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempersoalkan sikap dwi-standard Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dalam pelarasan semula terowong Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Kelang berhampiran jajaran Damansara bagi mengelakkan rumah seorang kenamaan menjadi laluan projek berkenaan.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendedahkan perkara itu pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Dakwanya, rumah mewah kepunyaan orang kenamaan berkenaan, mengikut pelan projek asal, berada di laluan projek MRT itu tetapi secara misteri telah "diselamatkan".
"Plan asal jelas menunjukkan sebuah terowong akan melalui di bawah banglo VIP... Bagaimanapun atas alasan yang hanya diketahui oleh pihak berkuasa, kerja-kerja di tapak asal telah dihentikan dan portal terowong dilencongkan,” katanay.
Ditanya mengenai identiti pemilik hartanah itu, Pua tidak mahu mendedahkannya.
Beliau kemudian menunjukkan kepada pihak media, salinan plan terowong yang dibuat sebelum dan selepas arahan berkenaan dikeluarkan.
Menurutnya lagi, arahan supaya laluan itu dilencongkan dikeluarkan meskipun kerja-kerja sudah dijalankan. Kontraktor dikatakan diarah supaya mengubah laluan terowwong daripada menghampiri hartanah di sekitar Jalan Damansara dan sekitar Jalan Duta.
"Kerajaan mesti menjelaskan hiprokrasi dan sikap dwi-standard ,” kata Pua.
- Hamid Awang · Pengulas Tertinggi · Other di Open University MalaysiaCuba laluan itu PASTI atau surau atau masjid banyak helah dibuat untuk merobohkannya. Inilah gaya pemimpin Malaysia yang korup.
- Uwais Al Qarni · Pengulas Tertinggi
- Wal-Ibni Royce · Pengulas TertinggiDah rumah org kenamaan pasti nilainya juta juta beb.....
Bab ini aku sokong ..kalau tak , jenuh lak nak minta peruntukan tambahan untuk projek ni. Nti nilai sebenar 5mil , minta 10mil pulak. tu baru lalu kat jamban dia tu ...
Tapi betul lah ..jgn ada dwi-standard akan datang. kalau rumah org miskin siap halau, guna Akta Tanah la rampas..tapi bila kena tanah/rumah org kaya raya guna Akta Kroni Negara...Hampeehhhh - Rosmi Mahmud · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bisnes Sendiri
- Ikhqoi Ikhmal Rebok · Pengulas Tertinggi · Elite Health Planner di Woongjin coway (M) Sdn Bhdhmmm. itulah Malaysia..
- Termizi Majid · Pengulas Tertinggi · Sendirian di Pesara Kerajaan
- Ikhqoi Ikhmal Rebok · Pengulas Tertinggi · Elite Health Planner di Woongjin coway (M) Sdn BhdZawawi Mahbot : maybe....
- Iskandarnaim Zulkarnain · Top Commenter · University of Missouriiya ke? Mari kita cari bukti dan hentam habis-habisan.
- Pengundi Pas Kedah · Top Commenter · Ketua bilik gerakan at Majlis Tindakan DUN Sungai Tiangini mesti VIP berkaitan umno be end....
- Azham Bin Abdullah · Top Commenter · 36 years oldDasar Umno/BN yg dah tak lama lagi nak mampos memang sanggup melanggar tapak binaan kalau ianya setakat ada rumah ibadah termasuk masjid tetapi sanggup pula mengelak dari melalui rumah VIP kalau ianya rumah VIP dari parti BN. Cuba kalau rumah itu kepunyaan dari kalangan pembangkang? Makin sengajalah parti BN akan cari jalan untuk merempuhnya! Rumah rakyat miskin - kerajaan BN tak akan pandang pun.
- Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
- Joehan Arif · Top Commenter · Friends with Mohd Salimon
- Ampun Tuan · Top Commenter
- William Lau · Top Commenter · Works at Kerja sendirimungkin kawasan itu ramai kroni2 bn tinggal di sana.
- Mnazrima Mdb · Top Commenter · UTM
- Farouk Harakiri · Top Commenter · Ground Support Engineer Team at MAS engineering Depot Subang
- Mnazrima Mdb · Top Commenter · UTM
- Reich Skanzler · Friends with D-Yana Leeada apa beza kita dgn negara India? sistem kasta diguna pakai
- Pemuda Pewaris Malaya · Top Commenter · Friends with Samsudin BaharomKERAjaan Jaga Kawan, Rakyat Susah Kos Naik Ubah Itu Ini, brg naik biar lantak Itu Biar Rakyat Yg Tanggong, Tapi Makan Gaji Mentekedarah $$$ Rakyat Juta-2 Tak Pe Pulak, Bingai punya Sistem, dah 54 Tahun Merdeka Pun Masih Cerca Merba ~ Sila LIKEs Kerajaan Gini Elok D Pencenkan Je
- Azhar Agger · Top Commenter · Setapak High School, Kuala Lumpurkat taman esplanad dah berbuih penduduk komplen laluan LRT ke puchong dekat dgn rumah...pihak berkuasa wat dekkkkkk jek..cuba yg kena tu rumah VIP...dilencongkan ke longkang pun sanggup...wakakakaka.
- Agaknya La · Top CommenterKlu melencong itu dekat dgn destinasi.. bermakna ok.. kos berkurangan
Tp klu melencong itu jauh dgn alasan utk selamatkan rumah vvip... kos berlebihan..erm ada komisyen lebih atau ada kepentingan ka? - Riyaz Ahmadkawan2, undang2 di Malaysia, jika nak korek terowong (bawah tanah), tanah diatas mesti dimiliki bersama. Itular undang2 didalam pelembangan Malaysia. Kita xsama seperti di Singapore. Biasanyer diMalaysia, rata2 terowong akan dibuat dibawah jalan raya federal untuk memudahkan aktiviti penyelamatan dikala kecemasan disebabkan oleh tertimbus/ rosak. Lagi pun, kalo kawasan rumah itu dimiliki oleh org kaya/bangsawan, mesti lar mahal nak bayar balik pampasan untuk akta tanah.. marah lar diorg.. nanti diorg adu kat sape2 org besar... that's why developer nak cari cara senang, buat area umah miskin2/setinggan.. senang nak halau/ bayar pampasan. Hope boleh jawap soalan kenapa dilencongkan.. Maybe developer boleh bagi press meet/jawapan secara lebih details. Aku just provide secara kasar je..
- Dhomdhom Dasuki · Top Commenter · SMEVO and SM Panji AlamYB Pua...ini bukanlah sesuatu yang pelik dan luar biasa...Yang luar biasa ialah kediaman VIP terpaksa dikorbankan demi projek orang ramai. Itu yg pelik.
Biasalah kat Malaysia. Hanya yg bertaraf Menteri dan kerabat raja sahaja yg kebal. Marhein hanya sampah je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan