JANGAN TERSALAH AMPU@BODEK..APALAH KUASA MANUSIA NI...BAGAIMANA ORANG YG MENGHINA HUKUM ALLAH...BUKA AURAT..BERGAUL BEBAS..BERPEGANG TANGANUKAN MUHRAM MENOLAK HUKUM ALLAH...RASUAH...MAKAN HAK RAKYAT SECARA BATIL...SYIRIK... DENGAN TAKUT MANUSIA DARI ALLAH...MEMUJA MANUSIA LEBIH DARI ALLAH.....DAN BANYAK LAGI PERBUATAN MUNGKAR DAN MAKSIAT YG MEREKA LAKUKAN.....AKHIRAT ALLAH AKAN TANYA...JIKA SABIT KESALAHAN....ALLAH AKAN SUMBAT MEREKA INI DALAM NERAKA....INILAH UBAT PALING SESUAI KEPADA MANUSIA YANG LUPA DARATAN....LUPA JALAN PULANG....IAITU KAMPUNG AKHIRAT...KALAU MEREKA NI DEGIL JUGA...BIARLAH MEREKA TERJUN DENGAN LABU2NYA DALAM NERAKA....SEBAB PERBUATAN MEREKA SEOLAH2 BERKEHENDAKAN NERAKA DAN MENCABAR ALLAH SWT...
| Surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari hina UIA | | Print | |
| Muhammad Faizal | ||||
|
"Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia. "Saya melihat seolah-olah ada tangan-tangan tentu yang mengarah agar dikeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz," jelasnya ketika ditemui di parlimen. Tambah Nizar lagi, pemberian surat tunjuk sebab itu sebenarnya telah menaikkan martabat Abdul Aziz sebagai seorang profesor. Katanya, ia merupakan penghinaan kepada tokoh-tokoh akademik yang telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berbincang serta membahas isu-isu yang ada di negara ini tetapi dikenakan tindakan jika tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. "Saya tekankan di sini seolah-olah ada satu arahan yang dibuat oleh pihak atasan barangkali ada pihak dalam Umno Barisan Nasional yang merasakan apa yang didedahkan oleh Abdul Aziz itu akan memberi kesedaran yang meluas kepada warga akademik dan juga rakyat. "Sepatutnya yang dilakukan oleh kerajaan mahupun institusi pengajian tinggi adalah memberi kebebasan untuk mereka meluahkan pendapat kerana ia tidak melibatkan politik, malah beliau merupakan seorang profesor dan pakar dalam Perlembagaan Malaysia sudah tentu ia mempunyai sebab tertentu untuk berhujah jadi kenapa ia dihalang," sambungnya. Nizar juga berpendapat tindakan itu merupakan satu sekatan untuk tokoh akademik bebas berpendapat serta merupakan satu sejarah baru dalam dunia akademik negara ini dan akan menyebabkan seluruh dunia memandang serong kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sebelum itu, Abdul Aziz mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu. Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi tetapi tidak jelas mengenai kandungan surat tersebut. Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan polis Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu. Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama.
|
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari adalah tragedi baru serta satu penghinaan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang dihormati di negara ini.
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) ingin menarik perhatian terhadap tohmahan dan tekanan di dalam media terhadap tokoh akademik Profesor Abdul Aziz Bari.
Tidak jelas mengenai kandungan surat itu kerana pakar perlembagaan itu tidak dapat dihubungi.
Editor berita, Wee Yu Meng disoal selama sejam dan diminta mengesahkan bahawa Abdul Aziz mengirimkan emelnya kepada portal berita berkenaan dan sejauh mana ketepatan berita yang disiarkan.
Abdul Aziz dipercayai disiasat mengikut Akta Hasutan.
Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan beberapa aktivis NGO tampil membuat laporan serentak dengan mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu.





















































































































Tiada ulasan:
Catat Ulasan