Jumaat, 28 Oktober 2011

BILA MANUSIA LUPA BALASAN DIAKHIRAT...LUPA AKAN HUKUMAN ALLAH...LUPA AKAN KEMATIAN...TAUBAT YG PERLU IZIN DARI RAKYAT...SAKIT DIAKHIRAT...CARI PASAL

Kerja untuk Najib? Karut, kata Campbell
Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British Tony Blair - Alastair Campbell keras menafikan dakwaan penglibatannya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Campbell menulis dua kali di Twitter dalam tempoh 16 jam bahawa dakwaan itu adalah “Bull****” (mengarut), sebagai menjawab soalan tiga pengguna, dipercayai rakyat Malaysia.

NONEMenurut portal Sarawak Report, Campbell (gambar, kiri) baru-baru ini dilihat di ibu negeri Kazakhstan dan Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja perundingan.

Memetik sumber, portal itu melaporkan beliau sebagai orang di sebalik Najib sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool'.

Semalam, Campbell menulis di Twitter berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia atau bekerja untuk Najib.

Tulisan itu ekoran dakwaan pengguna Twitter bahawa beliau bekerja untuk kerajaan yang "korup".

Campbell pernah menerajui kempen ‘Cool Britannia’ untuk Blair (kanan) pada sekitar 1990an.

Beliau juga terkenal kerana menyakinkan rakyat Britain melalui usaha perhubungan awam untuk menyokong pencerobohan ke atas Iraq.

Ssalahuddin ayub 01ementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengingatkan, jika benar dakwaan dalam Sarawak Report itu, tindakan Najib mengupah orang asing untuk menaikkan imejnya adalah membazir, sia-sia dan tidak adil.

"Jika benar Najib mengupah Alastair Campbell yang pernah menjadi ketua komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menaikkan imejnya dan wang rakyat digunakan untuk tujuan itu, ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan partinya," kata Salahuddin Ayub.

Dalam kenyataannya hari ini, anggota parlimen Kubang Kerian itu juga mempersoal ke mana perginya pakar tempatan yang "hebat-hebat" untuk tujuan itu.


Keluarga TBH lapor polis supaya siasat trio SPRM

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini membuat laporan polis untuk mendesak supaya siasatan dijalankan ke atas individu yang dibabitkan dalam siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) ke atas kematian pembantu politik itu.

NONEPeguam, Gobind Singh Deo (kanan) berkata, keluarga Teoh mengambil langkah berkenaan susulan daripada kenyataan menteri undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen, Isnin lalu.

Nazri dalam ucapannya di Dewan Rakyat berkata tiada siasatan jenayah dijalankan kerana tiada laporan polis dibuat ke atas tiga orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibabitkan dalam siasatan RCI itu.


KWSP lulus pinjaman RM55b tanpa jaminan k'jaan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pinjaman bernilai RM55.1 bilion tanpa sokongan jaminan kerajaan.

Bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut. Peminjam berkenaan diberi pinjaman RM21.3 bilion.

azlanDaripada 12 baki penghutang tersebut, dua daripadanya dikecualikan daripada jaminan kerajaan kerana mereka mempunyai penarafan kredit yang tinggi.

Pinjaman kepada kedua-dua pihak berkenaan berjumlah RM7.3 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Khazanah Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad).

Menurut Laporan Kedua Audit Negara itu lagi, KWSP juga telah meluluskan 15 pinjaman bernilai RM35.69 bilion sehingga 31 Disember 2010.

azlanDaripada 15 pinjaman yang diberikan - menurut laporan itu - dua diluluskan kepada syarikat bukan subsidiari kerajaan walaupun mempunyai jaminan kerajaan - masing-masing bernilai RM1.24 bilion dan RM5 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Assets Global Network [AGN] dan Valuecap Sdn Bhd.)

KWSP menjelaskan AGN dimiliki sepenuhnya Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan oleh itu, merupakan syarikat subsidiari kerajaan.

Valuecap dimiliki oleh tiga syarikat induk, iaitu Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan masing-masing memerang peratus kepentingan yang sama.

Menurut penjelasan itu lagi, Valuecap adalah mirip kepada agensi kerajaan memandangkan dua daripada pemegang sahamnya adalah merupakan agensi kerajaan.



Tiada ulasan: