Selasa, 25 Oktober 2011

DAH LEMAH...MACAM DAH TAK BERTARING....MUNGKIN JAUH DARI ALLAH...TAK MENEGAH MUNGKAR SERTA TALI HAYAT KIAN HAMPIR TAMAT...

Penggantungan Aziz Bari ditarik balik
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

pro bari poster uia 241011Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.

Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.

Rampas laptop

Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

pro bari poster uia 241011Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.

"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.

Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.

"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.

Katanya, komputer itu milik UIA.

Demonstrasi

Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

NONESelepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.

Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.

Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.

Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok.



'Hak profesor lebih terhad dari siswa'
Penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kerana reaksinya terhadap titah Sultan Selangor terus dibantah pelbagai pihak.

Dalam kenyataan bersama empat NGO, antaranya pertubuhan pelajar dan penulis, kerajaan digesa menarik balik penggantungan itu, seterusnya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

universiti student auku uuca parliament protest 180808Dakwa mereka, akta itu memberi kuasa mutlak kepada universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi "bagi mengancam kebebasan akademik".

"Tindakan penggantungan terhadap beliau adalah tidak munasabah," kata NGO itu dalam kenyataan bersama hari ini.

NGO terlibat adalah Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Gerakan Demokrasi Belia dan Mahasiswa(DEMA), Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (WAMI) dan Jawatankuasa Masyarakat Sivil Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.

Menurut mereka, nasib Aziz menunjukkan hak Professor lebih terhad daripada seorang mahasiswa yang dibenar bebas bersuara tentang bidang pengajiannya, selepas pindaan dua tahun lalu.

"Hal ini menunjukkan pindaan AUKU pada 2009 tiada perbezaan dengan versi sebelumnya yang zalim, masih menyekat kebebasan akademik dan semangat demokrasi," katanya.

nasrudin hassanSementara itu, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan (kanan) dengan sinis berkata, tindakan itu menunjukkan UIA masih belum mampu menepati kualiti sebuah gedung ilmu.

"Kaedah umum persilatan ilmu di mana-mana universiti dalam dunia ini ialah hujah lawan hujah atau fakta lawan fakta, bukan hujah lawan maki hamun dan fakta lawan gantung tugas," sindirnya.

Tiada ulasan: