KUALA LUMPUR, 6 Okt: Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13. Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet.
Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosial Facebook pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011. Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook, dalam masa 48 jam.
Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela. MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim.
Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak.
Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!"
Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!
Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!
XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!
Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!
XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!
XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan!
Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!
Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim!
Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO!
Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka!
XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!"
Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau denganr PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?"
MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh? Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia!
Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau!
XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh!
Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?
PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan?
Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!
Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu.
Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada?
Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini. Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri!
Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini untuk memperbaiki nasib orang Cina di tanahair ini. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)! *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
M Faqih | KOTA BHARU, 6 Okt: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dikenakan tindakan menghina Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana menghalang Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II). Pakar undang-undang perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berhujah surat Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan pada 1994 dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap Dewan Undangan Negeri (Dun). Menurutnya anggota Dun di kalangan penyokong kerajaan boleh mengusulkan dalam dewan untuk diambil tindakan terhadap Perdana Menteri. “Tak kan pula surat yang pernah dihantar Perdana Menteri menghalang hudud dilaksanakan di Kelantan ada tarikh luputnya. ”Perdana Menteri boleh dipanggil menghadap Jawatankuasa Terpilih Dewan kerana surat yang dihantar boleh disifatkan sebagai menghina keputusan Dun,” katanya pada wacana pelaksanaan hudud di Kelantan di Kota Darulnaim petang ini. Turut bertindak sebagai ahli panel pada wacana tersebut dua orang yang terbabit menggubal rang undang-undang hudud iaitu Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan bekas anggota Exco, Datuk Mohamed Daud Iraqi. Jawatankuasa pengubal rang undang-undang tersebut diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Anggota lain termasuk Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamad, Prof Ahmad Ibrahim dan bekas Pendakwa Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty. Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan UIAM berkata, tindakan sama boleh dikenakan terhadap bekas Ketua Polis Terengganu yang pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu memberi kerjasama kepada kerajaan Terengganu yang juga melulus enakmen hudud ketika di bawah pentadbiran PAS. “Sepatutnya ada pihak yang membuat usul pada persidangan Dewan kerana tindakan seumpama itu boleh ditakrifkan sebagai menghina Dewan,” katanya. Sedangkan menurutnya di bawah Akta Polis disebut dengan jelas pasukan itu berperanan melaksanakan tugas sama di bawah undang-undang sivil atau syariah. Sebelum itu pada hujah awalnya beliau berkata, tidak ada lagi sesuatu pelik di negara ini apabila kerajaan melanggar sesuka hati undang-undang dan perlembagaan. Contohnya hal ehwal agama adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya persekutuan. Namun katanya, kerajaan pusat melanggar peraturan apabila turut menubuh agensi agama sendiri. Malah kata Dr Abdul Aziz banyak lagi perlanggaran perlembagaan dilakukan kerajaan pusat termasuk menghapus imuniti raja-raja Melayu dan kuasa perkenan yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya tidak perlu kepada pindaan perlembagaan dengan mendapat majoriti dua pertiga bagi melaksana hukum hudud di Kelantan. Ketua Hakim Syarie pula mencadangkan pelaksanaan hukum hudud dijalankan terlebih dahulu, biar pun ada pihak yang mahu mencabarnya. “Kita buat dahulu biar orang cabar perundangan itu kemudiannya. Perundangan tersebut mengambil masa agak lama untuk dilaksanakan bagi meredakan pertikaian di kalangan masyarakat,” ujarnya. Beliau juga memberitahu Jadual 9 Perkara 2 Perlembagaan membenarkan negeri melaksanakan hukum syariat. Begitu juga Perkara 11 berkaitan kebebasan mengamalkan agama membawa maksud membolehkan perundangan Islam dilaksanakan kerana termasuk dalam perkara membendung jenayah. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, polemik pelaksanaan hudud di Kelantan kini semakin terelai apabila banyak pandangan baru dicetus melalui siri wacana yang diadakan. “Perbincangan pada hari ini nampaknya memberi nafas baru kepada kerajaan Kelantan ke arah pelaksanaan undang-undang hudud. ”Tidak banyak lagi halangan untuk kita laksanakan kerana selama ini kita memikirkan ada krisis perlembagaan. ”InsyaAllah kita akan bincang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang terdekat ini,” katanya. Menurutnya kemungkinan pada 17 Oktober ini kelab penyokong kerajaan (BBC) akan mengemukakan sesuatu usul dalam Dewan berkaitan hudud. Mengenai dua mahkamah khas syarie yang dicadangkan Ketua Hakim Syarie katanya, ia hanya dari aspek teknikal sahaja.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 6 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan penyenaraian Felda Holding ke dalam Bursa Saham Malaysia dalam perbentangan Belanjawan 2012 Jumaat nanti.
Langkah ini dipercayai adalah klimaks dari pertembungan antara pihak berkuasa politik dengan pihak pengurusan dan warga Felda yang menentang usaha ini selama ini.
Ia bakal memberikan implikasi besar kepada Felda di masa akan datang, kata sumber Felda kepada Harakahdaily.
Yang menyedihkan pengurusan Felda dan warga peneroka adalah perkara ini tidak dibincangkan secara menyeluruh terdahulu dan keputusan ini menampakkan Felda benar-benar kesusutan dana sedangkan Felda tidak memerlukan sebarang dana hasil dari penyenaraian tersebut.
"Pihak yang bakal untung besar tentulah CIMB yang menikmati hasil jutaan ringgit seperti hasil menyenaraikan syarikat gula MSM milik Felda sebelum ini serta syarikat kroni Isa dan Najib yang berusaha memiliki perniagaan-perniagaan Felda yang selama ini sangat menguntungkan walaupun tidak disenaraikan dalam bursa," kata sumber itu.
Menurutnya, warga Felda kini berdebar-debar kerana meletakkan nasib warga Felda di kalangan pelabur bursa bermakna segalanya tentang duit dan bukan lagi budaya tanggungjawab sosial Felda iaitu syarikat perlu menyumbang kepada KPF, Felda dan juga menyokong program sosial dan pembangunan Felda.
"Penyenaraian bermakna ada kakitangan yang bakal dibuang atas dasar kecekapan penggunaan sumber manusia, sumber dana KPF dan Felda yang semakin berkurang serta tiada lagi peruntukan yang diutamakan kepada program sosial dan pembangunan warga Felda secara percuma (pelabur pasti bertanya tentang ROI)," kata sumber itu lagi.
Aziz Muda | KUALA LUMPUR, 6 Okt: Penyanyi irama dangdut, Iwan, menyeru rakan-rakan artisnya supaya segera berubah bagi mendapatkan keampunan Allah.
Menurut beliau, artis-artis yang ingin berubah tidak sepatutnya melengah-lengahkan keinginan itu supaya dengan itu mereka akan menjadi lebih dekat kepada Allah SWT.
Katanya, perubahan para artis ke arah yang lebih baik merupakan satu perkara yang penting bagi membolehkan mereka bersama-sama umat Islam lain melakukan perubahan ke arah yang lebih baik pula terhadap masyarakat.
"Marilah kita bersama-sama kembali kepada Allah, kembali kepada fitrah, inilah yang lebih baik. Kalau nak menyanyi tu menyanyilah lagu-lagu yang boleh memberikan manfaat kepada kita dan kepada peminat-peminat kita," katanya ketika ditemui Harakahdaily di sini, malam tadi.
Menurut beliau, perubahannya berpunca dari banyak sebab dan beliau bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kesempatan kepadanya untuk berfikir supaya berubah.
"Tapi yang pentingnya bagi saya, saya bersyukur dalam keadaan saya sekarang yang lebih tenang dan lebih suka untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT," katanya.
Iwan yang mula kelihatan berubah sejak 5 tahun lalu berkeupayaan memperlihatkan perubahan yang ketara pada diri dan kehidupannya sejak 2 tahun lalu dan beliau bersyukur kepada Allah kerana diberikan sokongan padu oleh para peminatnya.
Beliau yang kini lebih suka menyanyikan lagu-lagu yang berkonsepkan nasyid turut menghasilkan sebuah album seperti itu yang diberi judul Segalanya Allah.
"Alhamdulillah, saya lebih senang menyanyikan lagu-lagu seperti ini. Saya tak segan-segan untuk menyanyikan lagu-lagu ini," jelas beliau ketika ditemui sempena kunjungannya ke Markas PAS Taman Melewar, di sini, malam tadi bagi mengadakan persembahan pada program Rapat Rakyat anjuran PAS Kawasan Batu.
Kepada peminat-pemintanya, beliau tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberian sokongan yang padu terhadap album tersebut.
'Doakan saya untuk saya selalu beristiqamah dengan lagu-lagu macam ini untuk anda semua. Harapan saya dengan lagu-lagu macam ini juga dapat mendorong masyarakat untuk mendekatkan diri kepada Allah.
"Tujuan saya supaya apabila lagu-lagu ini sampai ke telinga orang, khususnya peminat-peminat saya yang masih tenggelam dalam arus dunia seperti saya dulu, kita sama-sama melakukan perubahan yang lebih baik ke arah mendekatkan diri kepada Allah SWT," ujarnya.
Album Segalanya Allah mengandungi 10 buah lagu. Kesemua lagu dan liriknya dicipta oleh Iwan sendiri. Album tersebut telah berada di pasaran sejak 2 bulan lalu.
Menerusi kemunculan album terbarunya itu, beliau yang sebelum ini hanya dikenali dengan Iwan turut melakukan perubahan terhadap namanya dengan menamakan dirinya sebagai Iwan Syahman.
Abdul Aziz Mustafa | KUALA LUMPUR, 6 Okt: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang semakin pasti menjanjikan beban ekonomi rakyat akan bertambah parah, kata kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Ketika membidas kenyataan ulangan dari pihak kerajaan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan selepas pilihan raya ini, beliau berkata, bukan cukai itu sahaja yang akan dipaksakan malah lebih banyak subsidi ditarik dan harga minyak akan naik jika BN menang pilihan raya.
"Bukan GST sahaja yang akan dipaksakan. Jangan lupa, awal-awal lagi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Idris Jala sudah memberi amaran bahawa Malaysia akan bankrap atau muflis pada 2019 jika subsidi berterusan.
"Amaran itu adalah isyarat yang sangat jelas bahawa BN akan menarik lebih banyak subsidi dari rakyat termasuk subsidi minyak yang dengan sendirinya bermakna harga minyak akan naik," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Kenaikan harga minyak pula, katanya, akan mengakibatkan kesan berantai kepada kenaikan harga barangan lain.
"Itulah bencana yang akan ditempuh oleh rakyat jika BN menang lagi dalam pilihan raya akan datang," Salahuddin mengingatkan.
Hari ini, ketika ditanya mengenai rang undang-undang yang akan membuka laluan kepada GST, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz tidak menolak cukai itu akan dipaksakan selepas pilihan raya.
"Mungkin selepas pilihan raya, apa-apa sahaja mungkin," katanya.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".
Sambil memberitahu bahawa GST tidak dimasukkan dalam belanjawan Pakatan Rakyat, Salahuddin mengingatkan, keinginan kuat kerajaan BN untuk memaksakan GST dan menarik balik lebih banyak subsidi sudah berulangkali dinyatakan oleh mereka.
"Perdana Menteri sendiri pernah kata, antara langkah kerajaannya untuk memperkukuh aliran pendapatan ialah memperkenalkan GST.
"Sebab itulah, rakyat mesti membuat pilihan sama ada hendak tersiksa di bawah GST dan kenaikan harga barang atau menolak BN ," katanya sambil berkata bayangan ngeri itu belum lagi mengambil kira berleluasanya rasuah sehingga Umno disebut parti perasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.
Rakyat, kata Salahuddin, hendaklah sedar bahawa kerajaan BN semakin ketara tidak mempunyai kemampuan untuk menjana pendapatan negara selain membebankan rakyat dengan pelbagai cukai seperti GST, menarik balik subsidi malah memperbanyakkan pelbagai saman ke atas rakyat.
Dalam ulasan terhadap pendapatan kerajaan baru-baru ini, professor ekonomi antarabangsa di Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCIEF), Prof Datuk Dr Mohamed Ariff berkata, pendapatan kerajaan tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan keadaan itu membimbangkan jika berlaku lagi krisis ekonomi. | | | | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan