Jumaat, 14 Oktober 2011

JIKA PIHAK JPN DAN YANG LAIN TAK MENGAKU...MAKA SYARIKAT HANTU YANG BUAT...ZAMAN CANGGIH KEBANYAKAN BOLEH DIBUAT...YANG TAK BOLEH TAHAN DARI MATI...

Beri IC, PAS dakwa ada bukti

PAS Selangor mendakwa mempunyai bukti wujudnya pergerakan bas-bas yang membawa pendatang asing - yang didakwanya untuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi - dikesan berlaku hampir setiap hari.

Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata mereka mendapat maklumat berdasarkan risikan jentera mereka termasuk mengekori bas terbabit dan mengambil gambar sebagai bukti.

"Kita memang ada bukti sahih, kita ada sumber dalaman yang mengesahkan ia melibatkan 10 hingga 15 buah bas," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"(Modus Operandi) itu dibuat secara terang-terangan membawa (pendatang asing) dengan bas," katanya sambil menambah pendatang berkumpul di beberapa lokasi antaranya Paya Jaras, Hentian Sungai Buloh dan Hentian Serdang.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata pihaknya kekurangan petugas dan hanya dapat memantau pergerakan bas tersebut sebelum ianya menuju ke lokasi - antaranya dari Paya Jaras ke Janda Baik dan Putrajaya.

bangi resort foreigners citizenship 121011Khairuddin mendakwa, ianya berlaku sejak dua atau tiga minggu yang lalu.

Khairuddin mengulas tindakan Pemuda PAS semalam yang bertindak mengepung 240 pendatang asing di sebuah pusat peranginan yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih.

Sebelum ini, beliau juga mendedahkan pihaknya pernah menyerbu dua buah rumah berasingan di Paya Jaras di parlimen Subang dalam satu operasi Februari lalu bagi menangkap kumpulan sindiket yang didakwa mengedar kad pengenalan kepada warga asing.

Khairuddin mendakwa kegiatan itu "rancak" menjelang akhir September dan didakwanya akan berterusan hingga Disember tahun ini dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan pada Februari atau Mac tahun depan.

Beliau mendakwa wujudnya 'tangan hantu' yang melindungi pihak yang membawa pendatang asing bagi tujuan tersebut, tanpa mahu merujuk kepada mana-mana pihak.

Khairuddin berkata, sehingga ini pihaknya berjaya menjejaki dan membuat serbuan di tiga lokasi berlainan sejak awal tahun lalu - iaitu Salak Tinggi (Sepang), Paya Jaras (Subang) dan terbaru di Kampung Bukit Dugang dekat Putrajaya semalam.

Pihaknya juga telah membuat laporan polis, dan setakat ini masih belum mendapat apa-apa maklum balas, kata Khairuddin.

Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan terlibat dengan program yang didakwa memberikan kerakyatan untuk warga asing untuk didaftar sebagai pengundi.

"Setakat ini, tiada maklumat berhubung sebarang program itu sama sekali dalam dua atau tiga hari ini," kata pegawai perhubungan awamnya Jainisah Mohd Nor.


JPN nafi terlibat dengan 'sindiket' IC
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan terlibat dengan program yang didakwa memberikan kerakyatan untuk warga asing untuk didaftar sebagai pengundi.

bangi resort foreigners citizenship 121011"Setakat ini, tiada maklumat berhubung sebarang program itu sama sekali dalam dua atau tiga hari ini," kata pegawai perhubungan awamnya Jainisah Mohd Nor said.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Jainisah juga menolak dakwaan pegawai jabatan itu kelihatan bertemu warga asing yang datang dengan enam bas di Masjid Putrajaya sebelum tiba di resort berdekatan.

"(Dakwaan bahawa) pegawai kami bertemu (dengan warga asing)... Tiada maklumat sebegitu, tiada perkara sebegitu," katanya.

Tiada sindiket, dalam apa pun bentuk, untuk mengeluarkan kad pengenalan MyKad biru kepada kumpulan itu, jelasnya lagi.

pas mazlan aliman expose on migrant workers getting citizenship ic 121011"Kami tidak terlibat kerana menurut undang-undang negara ini, kamu tidak boleh mudah-mudah berikan kerakyatan," kata Jainisah.

Semalam, sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung oleh penyokong PAS. Pintu pagar resort itu didakwa berkunci ketika kejadian.

Anggota jawatankuasa PAS Mazlan Aliman mendakwa warga asing yang majoritinya daripada Indonesia itu didatangi seorang yang mengakui pegawai JPN yang kemudiannya mengiringi pendatang itu keluar daripada resort.


'Sindiket' IC: PAS mahu k'jaan perjelas
PAS menuntut kerajaan menjelaskan kegiatan sekumpulan individu yang disyaki parti itu sebagai sindiket mendaftarkan warga asing.

Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, PAS mempunyai asas kukuh untuk mendapatkan penjelasan berkenaan kegiatan yang didakwa berlaku di kawasan sekitar Putrajaya itu.

NONE"Wakil Pakatan Rakyat akan bawa isu ini di Parlimen dan minta penjelasan konkrit daripada kementerian khususnya kementerian dalam negeri," katanya.

Tambahnya, kerajaan perlu mengikut proses yang betul dalam memberikan kewarganegaraan kepada warga asing.

"Kalau nak beri anugerahkan warga asing ini kewarganegaraan Malaysia, bukan dengan cara macam ini. Bawa dengan bas macam ini," katanya.

"Kaedah yang biasa dilakukan adalah (beri kewarganegaraan) kepada golongan pegawai dagang, bukannya borong bawa bas macam ini.

"Ini kebimbangan ada memang ada sindiket untuk daftar warga asing sebagai warga Malaysia dan hujungnya memasukkan mereka sebagai pengundi dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Bercakap dalam sidang media sama, anggota exco pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata satu pasukan yang menyiasat kegiatan sindiket berkenaan hampir berjaya membuktikan usaha memberi kewarganegaraan itu semalam.

'Hampir dapat buktikan'

Beliau yang turut menyertai pasukan itu berkata beliau telah bertanya kepada seorang individu yang dilihat mengetuai operasi kumpulan disyaki sindiket tersebut.

NONE"Mereka menyatakan (warga asing dibawa) untuk kursus keusahawanan, tapi bila tanya warga Indonesia yang datang itu, mereka datang ini untuk diberi kad pengenalan," katanya lagi.

Ketika ditanya, Mohd Adram (kanan) berkata beliau tidak melihat sekiranya terdapat pegawai imigresen mahupun pegawai daripada jabatan pendaftaran di tempat tersebut.

Namun beliau telah mengesan kenderaan polis dan juga kenderaan jabatan kesihatan bersama kumpulan tersebut.

Tambahnya, beliau bersama sekumpulan penduduk kampung telah mengepung kumpulan berkenaan di sebuah resort berhampiran Putrajaya.

NONEPengurusan resort itu bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini hari enggan mengulas berhubung dakwaan itu.

Foto individu yang dinyatakan sebagai ketua kumpulan tersebut turut diedarkan kepada media di bangunan parlimen hari ini, termasuk foto bas yang membawa warga asing tersebut

"Semalam kita hampir dapat buktikan perkara ini dan kita desak kerajaan khususnya kementerian dalam negeri supaya beri jawapan," katanya.

Jelasnya, warga asing yang dikesan itu sebahagian besarnya terdiri daripada warga Indonesia dan terdapat juga warga Kemboja dan Bangladesh.

SPR akui 40,000 nama di daftar pengundi 'meragukan'
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

spr putrajaya penanti by election abdul aziz yusof 270409 02Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

"Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

"Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini.

Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.

azlanMengenai persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, beliau berkata proses itu akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ini kerana SPR memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk berbuat demikian, katanya.

Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, Abdul Aziz berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu terutama negeri-negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri yang angkanya genap.

"Kita hendak menukarkan DUN yang mempunyai jumlah kerusi genap kepada ganjil bagi mengelak kemungkinan berlakunya situasi kemenangan 50-50," katanya.

Abdul Aziz berkata mengikut ramalan SPR, PRU ke-13 akan menjadi lebih mencabar berdasarkan kepada senario politik semasa.

"Parti kerajaan memerintah akan berusaha sedaya upaya pertahan kuasa mereka dan parti pembangkang pula akan berusaha sedaya upaya ambil alih pucuk pimpinan negeri ataupun negara. Dalam dua pertembungan ini, kita ramalkan PRU ke-13 akan jalan rancak dan sengit," katanya.

NONEMengenai taklimat hari ini, Abdul Aziz berkata ia bertujuan memberi penerangan awal kepada pegawai pengurus dan penolong mereka tentang tugasan dan tanggungjawab mereka sewaktu menghadapi pilihan raya ke-13 nanti.

Taklimat hari ini, yang pertama seumpamanya adalah bagi negeri Selangor. Ia akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata taklimat itu adalah hanya untuk melatih petugas SPR agar sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan tidak semestinya bermakna "PRU ke-13 terlalu hampir".

Katanya SPR memerlukan sekurang-kurangnya 160,000 petugas untuk pilihan raya umum ke-13 nanti berbanding 150,000 pada pilihan raya umum lalu.

- Bernama

Tiada ulasan: