Menjelang musim haji yang bakal tiba,saya membaca kembali buku,’’Malcolm X: As They Knew Him ‘’(editor David Gallen, 1992) dan kali ini tumpuan lebih diberikan kepada cerita perjalanan haji Malcolm X . Lebih dikenali sebagai Malcolm X, Malik ElShabazz (1925-1965), pemimpin pejuang hak asasi kulit hitam di Amerika yang aktif dengan Nation of Islam (NOI) di bawah pimpinan Elijah Muhammad telah mengalami perubahan yang ketara terhadap pemikirannya sebaik sahaja menunaikan ibadah haji di Makkah. Sebelum menunaikan ibadah haji, beliau agak lantang memperjuangkan hak-hak bangsa kulit hitam (African American) dan dilihat mempunyai sikap anti bangsa kulit putih. Pada bulan April 20 1964, Malcolm X telah mula menulis pengalaman beliau sewaktu menunaikan haji di Makkah, dan menceritakan bagaimana beliau berjumpa dengan ramai orang berkulit putih yang turut menunaikan haji bersama beliau, semangat kesatuan persaudaraan Islam, dan hal ini membuatkan beliau mulai sedar tentang peranan Islam dalam mengatasi masalah perkauman dan mengatur hubungan antara kaum yang berbeza. Malcom X telah menghantar poskad kepada sahabatnya, Dick Schaap yang tertulis ‘’Greetings from Mecca’’ dan menggambarkan kota Makkah sebagai ‘’the fountain of truth,love,peace and brotherhood’’. Malcom juga menulis dalam poskad tersebut pengalamannya sewaktu menunaikan haji di Makkah antaranya: ’’eaten from the same plate with fellow Muslims whose eyes were bluer than blue,whose hair was blond,blonder than blond,whose skin was whiter than white..and we were all the same’’ Dalam poskad pertamanya kepada James Farmer pula, Malcolm X menulis:- ‘‘Dear brother James,I am now in Mecca, the most beautiful and sacred city in the world,where I have witnessed pilgrims of all colors...worshipping Allah in perfect peace and harmony and brotherhood such as I have never seen in the States’’ Malcom X menggunakan nama barunya Malik El Shabazz, menghantar poskad keduanya kepad James Farmer dan beliau mencatatkan coretan berikut:- ‘’Here I am,back in Mecca.I am still travelling,trying to broaden my mind,for I’ve seen too much of the damage narrow-mindedness can make of things and when I return home to America,I will devote what energies I have to repairing the damage’’ Dan bila ditanya adakah catatan beliau tersebut menunjukkan berlaku perubahan pada corak pemikirannya, beliau berkata ya dan mengatakan :- ‘’I have some explaining to do....I was not so lucky as you were.I had very little formal education,eight grades.I am self-educated.I read for myself:mostly in prison I read the dictionary backwards’..’Consequently I believed everything the Honourable Elijah Muhammad told us and the Honourable Elijah Muhammad told us that Islam was a black man’s religion-exclusively-and that the blue-eyed devils could not get close to Mecca,that they would be killed if they tried to enter that sacred city.In Mecca I saw blue-eyed blonds worshipping Allah just as I was,kneeling right beside me,so obviously the Honourable Elijah Muhammad had lied’ Ketika berjumpa dengan sahabatnya Maya Angelou, Malcolm X turut membicarakan pengalaman barunya di Makkah dan mengungkapkan :- ‘’I have always said whites were blue-eyed devils but I have been to Mecca and I have seen whites with blue eyes with whom I felt a brotherhood,and so I can no longer say this-that all whites are evil’’ Perjalanan kembaranya menunaikan ibadah haji di Makkah ini mencetuskan perubahan kepada pemikiran Malcolm X dari seorang yang memiliki sifat perkauman sempit kepada seorang yang menghargai perbezaan warna kulit, bangsa dan agama seseorang, memperjuangkan persaudaraan sesama umat Islam dan persaudaraan sesama manusia lainnya. Perjuangan cinta persaudaraan dan kemanusian inilah yang membuatkan beliau berbeza pandangan dengan Elijah Muhammad dan Nation of Islam(NOI) ketika itu dan akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau. Pada 1 Februari 1965, tatkala baru mulai menyampaikan pidato di program anjuran Organization of Afro-American Unity(OAAU), Malcom X telah ditembak beberapa kali dan disahkan meninggal dunia selepas itu. Malcolm X meninggal dunia sewaktu masih muda tatkala aktif dengan jelajah pidatonya di serata dunia memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, keamanan dan persaudaraan sejagat.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 25 Okt: “Artis yang cukup rosak seperti (Elton John) ini mahu dibawa ke negara Malaysia?” tanya Nik Nasri Nik Malek. Ketua Lajnah Penerbitan dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu itu menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan sebuah akhbar harian bahawa Elton John akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 22 November ini di Genting Highlands. Elton John ‘berkahwin’ dengan David Furnish pada Disember 2005 selepas kerajaan negara mereka membenarkan perkahwinan sejenis. Tahun sebelumnya mereka merancang mengambil seorang anak angkat yang dikatakan mengidap penyakit HIV dari Ukraine, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian apabila kerajaan Ukraine tidak membenarkan perkahwinan sejenis dan juga atas faktor umur Elton John. Pada tahun 2010, mereka mendapat ‘anak’ hasil dari bayi yang dikandungkan oleh seorang ibu tumpang kepada bayi tersebut yang diberikan nama Zachary Jackson Levon Furnish-John. Menurut sebuah majalah, Elton John dan pasangannya itu rasa amat gembira dengan kehadiran ‘anak’ mereka itu: “We are overwhelmed with happiness and joy at this very special moment. Zachary is healthy and doing really well, and we are very proud and happy parents“. Menurut Nik Nasri, apa yang dipaparkan ialah kehidupan teramat songsang bagi manusia yang sihat fitrah kemanusiaannya. Justeru, beliau mempersoalkan adakah wajar artis yang rosak seperti ini mahu dibawa ke negara ini. “Ketua negaranya beragama Islam, agama Persekutuannya agama Islam dan sebahagian rakyatnya beragama Islam dan rakyat lain beragama lain yang juga tidak boleh menerima cara hidup yang sangat songsang ini,” ujarnya. Menurutnya, mungkin ada yang berhujah kami bukan mahu ikut cara hidupnya yang songsang itu tetapi kami minat lagunya sahaja. “Ya! Mungkin begitu untuk sebahagian orang yang tak kisah dengan seks rambang atau hidup secara songsang, tetapi bagi mereka yang berfikir tentang kehidupan yang lebih harmoni termasuk masadepan remaja, maka kepentingan nilai dan budaya itu lebih penting dari hanya semata-mata lagunya,” katanya lagi. Ada juga, katanya yang beralaskan dengan hak asasi manusia, hak untuk bercakap dan hak untuk menyuarakan pandangan. Jelasnya, hak untuk sesuatu yang menjadi fitrah semulajadi manusia mesti diraikan tetapi hak berhibur dan kemudian terpengaruh dengan kehidupan ‘bersuami isteri’ secara songsang menyalahi fitrah semuljadi manusia itu sendiri dan ia sangat merosakkan. Beliau menambah, remaja di Malaysia dilaporkan mengalami krisis identiti seramai 6 juta orang, tidak termasuk lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki, jenayah seks dan pelbagai kehancuran nilai. “Pergi ke enjin pencari di internet dan taip ‘gay’ atau yang sepertinya, anda akan terkejut dengan budaya gay di Malaysia,” katanya. Justeru, katanya kerajaan dan agensi terlibat mesti sensitif dengan isu-isu nilai yang terhakis dengan dahsyatnya sekarang. “Batalkan konsert Elton John itu atau bersedia menghadapi murka Allah dan makin hancurnya remaja Malaysia sendiri,” katanya lagi.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 25 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengucapkan tahniah kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar). Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari berkata, UIAM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa yang sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea bukannya menekan ahli akademik yang berbeza pandangan terhadap parti memerintah. Katanya, kemungkinan keputusan menarik balik penggantungan ini disebabkan ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri serta orang awam. “Apa pun kita semua kesal dengan tindakkan UIAM sebelum ini yang menggunakan seksyen 15(1) terhadap pakar undang-undang itu dan tidak menggunakan pertimbangan yang baik serta mengakibatkan persepsi bahawa pihak berkuasa universiti di Malaysia kurang kebebasan dan hanya bertindak sebagai alat kepada parti pemerintah,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda mahasiswa serta masyarakat. Katanya, jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidang beliau, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan dibisukan. “Gamis menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati serta mempertahankan hak kebebasan akademik,” ujarnya lagi.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 25 Okt: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik dan mengalu-alukan penarikan balik arahan penggantungan tugas oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang telah dikenakan ke atas pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari. Presiden PKPIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menganggap bahawa peristiwa penggantungan tugas beliau merupakan satu tragedi keilmuan kepada institusi pendidikan tinggi negara. Ini, katanya memandangkan isu itu sebenarnya dibangkitkan oleh pihak luar berkepentingan yang sengaja mencari publisiti murahan yang akhirnya membawa kepada penggantungan beliau yang pada dasarnya boleh diselesaikan dengan cara berhikmah tanpa menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan. “PKPIM berpandangan bahawa sekiranya tafsiran, pandangan dan hujah ahli akademik yang dilihat menyalahi kebenaran, sewajarnya pendokong ilmu mahupun universiti sebagai gedung ilmu harus mengangkat dan menghormati perbezaan pendapat secara ilmiah dengan mengutarakan tafsiran, pandangan balas tandingan dan bukannya melalui tindakan yang memberi tekanan melalui elemen undang-undang dan sebagainya,” ujarnya kepada Harakahdaily. Tambahnya, PKPIM memandang Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sebagai seorang intelektual yang konsisten dan dilihat berjalur inteligensia dan bersosok massa dalam memasyarakatkan hujah dan idea beliau agar difahami masyarakat berbanding kebanyakkan ahli akademik lain yang kebanyakkannya terikat, takut dan tidak melangkaui batasan dunia universiti. Justeru, katanya PKPIM melihat sokongan yang ditunjukkan oleh mahasiswa bukanlah diminta-minta, tetapi diangkat dan diusulkan sendiri oleh golongan ini yang memahami bahawa budaya ilmu yang sebenar adalah apabila meletakkan ilmu dan ilmuan di tempat tertinggi, menganiaya ilmuan bukan langkah yang berilmu dan membela ilmuan teraniaya merupakan langkah yang berilmu. Ujar beliau lagi, PKPIM berharap peristiwa sebegini dijadikan iktibar dan pengajaran oleh pihak tertinggi universiti di seluruh Malaysia agar tidak terjadi lagi pada masa depan. Menurutnya, institusi pengajian tinggi sewajarnya dianggap sebagai the last bastion iaitu kubu terakhir tradisi keintelektualan. PKPIM, katanya berpendapat amat mendukacitakan sekiranya institusi ini telah kehilangan autonomi dan kebebasan akademik apabila ikut terpalit dengan kepentingan tertentu yang menyebabkan ia kehilangan kekuatan meritokratiknya dan kehilangan misi keintelektualannya. “PKPIM sekali lagi menyambut baik penarikan balik arahan penggantungan tugas Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan mengharapkan kebijaksanaan Rektor UIA, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin dalam menyelesaikan kemelut ini dengan baik dengan proses siasatan yang telus dan adil lantas memberikan gambaran dan respon yang positif terhadap institusi Taman Ilmu dan Budi ini,” ujarnya lagi. | | | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan